Sabtu, 7 Disember 2013

Addin

Addin


Gambar-Gambar Yang Membuatkan Pemimpin Umno Terkedu.. Saksikanlah

Posted: 07 Dec 2013 09:03 AM PST


Semalam telah berlaku pertemuan empat mata lebih dua jam antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin kanan Hamas Khaled Meshaal.

Pertemuan bersejarah ini diadakan sebaik saja Khaled Meshaal selesai mendengar cerita dongeng lipur lara Najib Razak di PWTC sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013.

Berita ini sudah pasti tidak akan disiarkan oleh mana-mana media cetak maupun elektronik milik dan kawalan UMNO/BN.


Sebab sebelum ini hampir semua media berkenaan menghebahkan kononnya kedatangan Khaled Meshaal adalah semata-mata mau berjumpa dengan Najib Razak dan hadir sebagai tetamu undangan VVIP Perhimpunan Agung UMNO 2013. ~hrkh






Iklan C (ii)



Umno Ibarat " Parti Mat Jenin".. Ini Buktinya

Posted: 06 Dec 2013 08:55 PM PST

Sepanjang tiga hari Perhimpunan Agung Umno 2013 berlangsung, isyarat diberikan oleh parti Melayu terbesar itu adalah mereka semakin hilang sentuhan dengan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Di kala orang ramai dikejutkan dengan pelarasan demi pelarasan subsidi, daripada minyak, gula dan terbaru elektrik, perbahasan perwakilan Umno dalam perhimpunan kali ini memperlihatkan mereka seolah-olah tidak hidup di bumi nyata sehingga ada yang mencadangkan PUmnoutrajaya perlu melahirkan lebih banyak jutawan Melayu untuk memastikan Islam terbela.

Semalam Datuk Mohd Haniff Koslan dari Umno Selangor menegaskan, jutawan di kalangan kaum Melayu masih kecil jika dibandingkan dengan kaum lain, hanya lapan orang daripada 50 jutawan (16%) di negara ini.

"Jutawan Melayu penting sebab orang Melayu beragama Islam. Bila orang Melayu kaya, Islam terbela," katanya semasa membahas ucapan dasar Presiden Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur petang semalam.

Lebih parah lagi apabila perwakilan Umno Pulau Pinang Datuk Shabudin Yahaya mencadangkan agar kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan dengan menambah istilah "Ahli Sunnah Wal Jamaah" bagi mengekang penularan ajaran sesat dan fahaman Syiah.

Cadangan Shahbudin ini merupakan suatu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh negara Islam lain di dunia ini termasuk di Afghanistan sewaktu diperintah Taliban.

"Perlembagaan Umno pun perlu dipinda dan memasukkan Islam sebagai agama Persekutuan, bukan agama rasmi. Masukkan juga terasnya Ahli Sunnah Waljamaah," kata Shabudin ketika perbahasan usul agama dan pendidikan semalam.

Tidak pernah kedengaran cadangan seumpama ini dibangkitkan oleh perwakilan daripada parti Islam PAS semasa muktamar mereka.

Ketika Barisan Nasional (BN) hilang sokongan daripada majoriti bukan Melayu semasa Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13) lalu, perwakilan dari Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir mencadangkan slogan 1Malaysia yang diperkenalkan Datuk Seri Najib Razak ditukar kepada 1Melayu.

"Buat apa nak tolong depa (mereka), kita tolong depa, depa tikam belakang kita," kata Musa, yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Pulau Pinang merujuk kepada kaum bukan Melayu ketika membahas ucapan Presiden.

Beliau juga mendesak agar kerajaan berhenti daripada terus berkempen dan mengadakan program semata-mata untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu apabila hasilnya gagal diperoleh.

Umno boleh terus bersikap sebegini jika parti yang menjadi teras kepada BN itu mahu terus menjadi "parti kepada orang-orang kampung" dan melihat parti komponennya mati sedikit demi sedikit.

Perbahasan dalam perhimpunan kali ini juga tidak menunjukkan Umno mahu menjadi lebih inklusif dan memenangi kembali undi bandar yang mereka hilang termasuk daripada orang-orang Melayu semasa PRU13 lalu.

Apakah isu-isu yang dibangkitkan oleh perwakilan Umno dalam perhimpunan kali ini untuk "menyembunyikan sesuatu" atau menutup isu lebih besar daripada dibincangkan orang ramai?

Semasa ucaptama Persidangan Asia Barat dan Afrika 2013 di Kuala Lumpur pada November, bekas Naib Cancelor Universiti Malaya Tan Sri Dr Ghauth Jasmon mengatakan isu perkauman digunakan oleh sesetengah ahli politik di Malaysia bagi melindungi kegiatan rasuah yang dilakukan.

Katanya isu perkauman juga dimainkan bagi melindungi salah laku selain mengelak mereka yang terlibat daripada dituduh atas aktiviti tidak bermoral itu.

"Jika negara dipenuhi dengan pemimpin rasuah, mereka akan menggunakan isu perkauman untuk melindungi kesalahan bagi menarik perhatian."

"Saya fikir kita perlu mengenal pasti pemimpin daripada parti, kumpulan mahu pun latar belakang agama supaya mereka tidak menggunakan isu lain bagi melindungi kegiatan mereka," katanya.

Tidak hairanlah jika bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Datuk A Kadir Jasin juga mempersoalkan dalam tulisannya baru-baru ini mengenai Umno yang tidak lagi menjadi sebuah parti mewakili suara orang ramai.

"Adakah pembesar Umno dan perwakilan yang berhimpun di PWTC untuk persidangan tahunan parti itu sekarang sedar akan perubahan yang sedang melanda mereka atau bagi mereka, 'it's business as usual'?

"Apakah slogan rakyat didahulukan akan terus menjadi pemanis kata dan perwakilan akan memberi 'standing ovation" kepada setiap patah perkataan yang presiden ucapkan?" soal Kadir dalam tulisannya bertajuk "Sejak bila Umno bukan parti rakyat jelata?" tiga hari lalu.

Semasa ucapan pembukaan, Najib mengingatkan perwakilan parti itu bahawa transformasi tidak akan berjaya sekiranya idea dan perubahan hanya digenggam di peringkat atasan sahaja.

Selepas tiga hari Perhimpunan Agung Umno 2013, kelihatan Umno masih lagi jauh daripada melakukan perubahan dan transformasi apatah lagi apabila perwakilan dari seluruh negara yang kebanyakannya berpangkat "Datuk" masih bercakap dalam bahasa berbeza dengan presiden mereka.

Ini sekaligus memperlihatkan masih banyak perubahan perlu dilakukan dalam parti Melayu terbesar itu sebelum rakyat diajak untuk melakukan perubahan dan transformasi. ~tmi




Iklan C (ii)


Bung Mokhtar Suruh Fuziah Salleh Bertaubat

Posted: 06 Dec 2013 07:30 PM PST

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Bung Mokhtar Raden menggesa Ahli Parlimen (MP) Kuantan Fuziah Salleh untuk bertaubat kepada Allah S.W.T jika beliau orang Islam kerana sekali lagi berbohong dalam Dewan Rakyat.

Menurutnya lagi, tidak timbul isu beliau harus meminta maaf kerana telah jelas dalam Dewan Rakyat bahawa beliau mempersoalkan keikhlasan Fuziah dalam membawa usul pengisytiharan darurat ekoran bencana banjir yang melanda bandar itu.

"Sebelum ini dia bantah Lynas dia sanggup di Kuantan berminggu-minggu buat demonstrasi tapi apabila rakyat berhadapan musibah, dia bawak dalam Dewan Rakyat usul tersebut.

"Seharusnya dia tak berada di Dewan Rakyat dan pergi ke kawasan seperti (yang dilakukan) Yang Berhormat Paya Besar. Soalan dia (dalam Dewan Rakyat) nombor satu tetapi dia tinggalkan soalan dia dan terus ke Kuantan," katanya kepada wartawan di luar Dewan Merdeka, Pusat Dangan Dunia Putra (PWTC).

Menurutnya, Fuziahlah yang harus memohon maaf kepada rakyat Kuantan kerana bermain 'politik murahan'.

"Saya mintak Fuziah bertaubat kepada Allah S.W.T kalau dia orang Islam sebab dia main politik murahan supaya rakyat simpati dia. Rakyat dia, dia boleh bohong tapi dia tak boleh bohong dengan saya," tegas beliau.

Tambahnya lagi, beliau sendiri sebagai Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah mengarahkan agensi tersebut menghantarkan bantuan makanan kepada mangsa banjir sehari sebelum Fuziah membawa usul tersebut dalam Dewan Rakyat.

"Ini bermakna saya betul-betul komitmen tinggi ke arah musibah rakyat bukan macam dia," jelasnya lagi.

Menurutnya, beliau tidak kisah dihentam oleh cybertroopers Pakatan Rakyat mengenai isu ini.

"Saya bukan macam wakil rakyat yang lain. Saya tak peduli….mereka jahat, kita jahat," kata beliau.

Semalam, PAS Pahang, seperti dilaporkan oleh portal Harakahdaily.net, menggesa Bung Mokhtar untuk meminta maaf secara terbuka kepada penduduk Kuantan kerana tindakan Bung Mokhtar dalam Dewan Rakyat seperti mempersendakan usul pengistiharan darurat yang disifatkan sebagai satu penghinaan kepada penduduk Kuantan.

PAS Pahang turut menggesa Bung Mokhtar untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kerana perbuatannya itu.

Dalam masa yang sama Bung Mokhtar mengingatkan PAS untuk tidak bersekongkol dengan penipuan.

"Jangan bersekongkol dengan penipuan, patut la parti mereka tak menang-menang," tambahnya lagi. ~fmt




Iklan C (ii)



Tiada ulasan: