PENYAPU SIAL |
BN di gesa hentikan jadi perogol bersiri....!!!!! Posted: 29 Dec 2013 08:01 PM PST anjing anjing sebegini yang akan merosakkan perhimpunan aman Kita meminta supaya polis dan Barisan Nasional (BN) berhenti dari menjadi "perogol bersiri" hak rakyat sebaliknya jadilah polis yang berintegriti dan dihormati. Polis yang turut menerima bahana dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup sudah tentu tahu bahawa perhimpunan aman yang ingin diadakan 31 Disember ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan atau menurunkan takhta kerajaan BN. Sebaliknya perhimpunan aman itu adalah untuk jatuhkan dan turunkan harga barang dan kos sara hidup rakyat.Ini mengulas kenyataan polis dan media BN kononnya himpunan 31 Disember di Dataran Merdeka bertujuan menggulingkan kerajaan. Antara penganjurnya iaitu Pengerusi Badan Bertindak Turunkan Harga Barang (Turun), Nor Azan Safar telah ditahan polis untuk soal siasat. Kelmarin, Mingguan Malaysia menyiarkan satu surat dari rakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Rahim Ghouse kepada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli tentang pelan pelaksanaan perhimpunan 31 Disember ini. Kita memandang serius ancaman pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana peserta perhimpunan aman yang ingin diadakan pada 31 Disember ini bagi membantah kenaikan harga barang dan kos sara hidup. Ditegaskan di sini bahawa hak rakyat kepada perhimpunan aman tanpa senjata adalah hak asasi yang juga kebebasan fundamental mana mana rakyat negara ini yang dijamin oleh Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan. Polis dan BN, perlu faham Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara ini di mana semua undang undang dan tindakan pihak berkuasa adalah berasal dari Perlembagaan. Perlembagaan adalah kompas yang mengarah hala tuju undang-undang dan perilaku pihak eksekutif, legislatif dan kehakiman termasuk pihak polis.. Amat malang hasrat rakyat prihatin yang ingin mengguna pakai hak dan kebebasan yang diberikan oleh Perlembagaan tersebut bagi menyatakan bantahan secara aman menerima pelbagai respon dan reaksi pelik dari pihak polis. Begitu pelik ke tahap mengarut apabila dimomokan bahawa kononnya perhimpunan aman tersebut ingin jatuhkan kerajaan. Adakah pihak polis sudah kekeringan modal atau alasan baru sehingga terus menerus terpaksa mendendangkan lagu-lagu basi seperti ini setiap kali perhimpunan aman ingin diadakan?. Polis seharusnya sedar bahawa peranan mereka bukan untuk mengancam atau mengugut atau melarang mana-mana perhimpunan aman sebaliknya peranan dan fungsi polis adalah sekadar mengawal mana-mana perhimpun aman yang ingin diadakan. Polis,akan dihormati jika mereka tahu peranan sebenar mereka dan polis akan terus dikeji jika mereka dilihat bercakap seolah olah sebagai rakan sekutu BN. Apa guna wujudnya Akta Perhimpunan Aman jika polis dan BN terus melaungkan mentera Akta Perhimpunan Aman bagi menggagalkan mana-mana perhimpunan aman. Jika keadaan ini terus berlaku maka nama Akta Perhimpunan Aman elok ditukar kepada Akta Larangan Perhimpunan Aman.. Sejarah perhimpunan aman di negara ini menunjukkan bahawa jika polis hormati hak rakyat berhimpun maka mana mana perhimpunan aman di negara ini akan dapat dilaksanakan secara aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Jika sebaliknya berlaku perhimpunan aman juga akan bertukar sebaliknya. Ini menunjukkan aman atau tidak aman perhimpunan bergantung kepada bagaimana polis mempamerkan profesionalisme mereka.. |
Posted: 29 Dec 2013 07:51 PM PST Badan pencegah rasuah Malaysia tidak boleh menyiasat pembelian kontroversi kondominium mewah bernilai RM100 juta anak tiri Perdana Menteri kerana tiada undang-undang untuk menyiasat individu yang membeli aset di luar kemampuan mereka. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengatakan mereka mencadangkan agar peruntukan itu dimasukkan ke dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 akan tetapi Putrajaya masih belum membentangkannya di Parlimen. "Walaupun siasatan pemilikan harta tidak sepadan dengan pendapatan bukan fungsi SPRM sepenuhnya, SPRM mengalu-alukan jika perkara ini dimasukkan dalam senarai pindaan Akta SPRM 2009 yang bakal dibawa ke Parlimen pada tahun depan," kata badan itu dalam satu kenyataan malam tadi. Kenyataan itu dikeluarkan selepas ahli politik pembangkang mendesak SPRM menyiasat pembelian kondominium mewah penerbit filem Riza Shahriz Abdul Aziz di New York. Riza merupakan anak kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam perkahwinan sebelumnya. Laporan media mengatakan lelaki berumur 36 tahun itu bekerja dalam industri perbankan di London di mana beliau mengumpul kekayaannya dalam ekuiti dan hartanah. Riza juga memiliki Red Granite yang menerbitkan filem terbaru lakonan bintang Holywood Leonardo DiCaprio, "Wolf of Wall Street" - diarahkan oleh Martin Scorsese. Seorang kolumnis hiburan menulis tentang pembelian kondominum mewah ini pada Disember 2012 akan tetapi berita tentangnya hanya menjadi tajuk berita selepas laman sesawang Sarawak Report melaporkannya minggu ini, mempersoalkan pembelian tersebut. Kondominium tersebut dikatakan diantara yang paling mahal dan eksklusif di dunia, kata kolumnis tersebut, ia mempunyai 15 bilik dengan keluasan 7,738 kaki persegi dengan pemandangan menarik dari beranda seluas 1,244 kaki persegi. Akan tetapi laman sesawang hartanah New York, The Real Deal mengatakan Riza membeli hartanah mempunyai tujuh bilik di West 63rd Street Park Laurel pada 19 November, 2013. LA Times melaporkan minggu ini Red Granite mendapatkan wang daripada sekumpulan pelabur tidak dikenali dari Timur Tengah dan Asia dan hanya akan membiayai filem itu sahaja. Wolf of Wall Street dilaporkan berkos US$100 juta di mana Red Granite mengeluarkan dana sepenuhnya. Bagaimanapun, ahli politik pembangkang Malaysia lebih berminat kepada hartanya berbanding cara beliau berniaga dengan Naib Presiden PKR Chua Tian Chang mengatakan," "Pendedahan tersebut mengejutkan. Pada ketika rakyat bergelut dengan kenaikan kos sara hidup, sesetengah pihak berbelanja mewah." "Dari manakah dia (Riza Shahriz) mendapat wang sebanyak itu? Kerana angkanya terlalu besar iaitu RM110 juta," katanya semasa mendesak SPRM menyiasat perkara tersebut. Menurut SPRM, cadangan untuk menyiasat individu yang hidup di luar pendapatan mereka juga dicadangkan oleh badan panel yang memantau perjalanan SPRM iaitu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) dan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), yang dianggotai oleh ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Katanya, laporan tahunan SPRM 2012 juga menyatakan keperluan untuk akta dipinda membolehkan seseorang individu mengisytiharkan kewangan atau harta benda tanpa ada siasatan awal dibuat terlebih dahulu. "JKMR dan juga masyarakat melihat isu ini sebagai satu kekangan kepada kerajaan dan SPRM untuk membanteras rasuah dengan berkesan kerana didapati terdapat sesetengah anggota pentadbiran ataupun penjawat awam mempunyai harta kekayaan yang berlebihan dan tidak sepadan dengan pendapatan yang diperoleh," kata SPRM
penyapu sial
lawak bodoh menjelang 2014 dulu kata kecuaian , kelalaian dan kesilapan dalam amalan penyelewengan dan pecah amanah tidak boleh di dakwa...kini konek SPRM semakin lama di kulom rosmah...apa nak jadi tak tau la...apa guna ada SPRM kalau jerung perut boncit bini najib pon tak boleh nak diambil tindakan.bubar ajer SPRM...kewujudan nya membazir wang rakyat...dulu shahrizat terkucil nak di ambil tindakan kini anak rosmah pulak lagi takut nak di ambil tindakan... di negara ini ada dua undang undang lahanat buatan manusia yang memang celaka...untuk vip seperti burid rosmah dan satu lagi untuk rakyat yang macam sampah...untuk burid rosmah memang tiada tindakan...tapi untuk rakyat laju ajer dia bertindak... anak ada rm 100 juta...macam cincin mak dia rm 24 juta...hasil menabung dari burid rosmah sampai dewasa....memang melampau...inilah hasil kerja haramjadah anak beranak merompak seberapa yang ada duit rakyat... dah memang patut kerajaan ini di gulingkan....!!! |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan