Addin |
- Gambar Paling Sempoi Buat Najib Dan Rosmah.. Saksikanlah
- Dr. Asri Belasah Kerajaan
- Patutlah Undang-Undang GST Rakus.. Ini Puncanya
- Berita Ini Membuatkan Polis Terkucil..
- Jeneral Abdul Fattah As-Sisi Meninggal Dunia?
Gambar Paling Sempoi Buat Najib Dan Rosmah.. Saksikanlah Posted: 30 Dec 2013 03:00 PM PST Gambar sempoi ini khas ditujukan Najib, Rosmah dan menteri-menterinya. Kepada semua rakyat Malaysia, sama-samalah kita sertai Himpunan TURUN pada 31 Disember 2013.. Moga himpunan tidak diganggu oleh pihak yang tidak bertannggungjawab dan sekiranya pihak berkuasa memberi kerjasama dalam perhimpunan ini. Perhimpunan ini akan berjalan lancar dan aman. |
Posted: 30 Dec 2013 06:53 AM PST Posting yang dibuat oleh bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertajuk "Nasibku Rakyat Biasa" kini menjadi kegemaran para pengguna media sosial untuk dikongsikan. "Inilah nasib seorang rakyat biasa. Jika bicara soal kenaikan harga, dituduh ingin gulingkan negara, diri diancam undang-undang penderhaka. "Jika diam menyimpan rasa di dada, dikatakan pula suka dan redha... naiklah harga semahunya. "Jika merungut duka dihalau pula keluar dari negara... agak-agak Malaysia ini siapa yang punya?" tulis Mohd Asri dalam postingnya itu. Ia juga turut dikongsikan dalam laman Facebook Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan mendapat tanda "like" dari 50,940 pengikutnya di samping 8,014 orang lagi kongsikannya di laman mereka pula. Pelbagai komen diberikan pembaca ke atasnya yang kebanyakannya menyesali sikap pemimpin Barisan Nasional (BN) yang hanya berjanji untuk menurunkan harga barang dalam manifestonya dalam pilihan raya umum Mei lalu tetapi belum satu tahun ia sudah melanggarnya. Seorang pengguna Facebook, Abdul Rahim Jamil berkata, "Biasalah tu rakyat dari dulu sampai sekarang selalu diperbodohkan oleh pemimpin negara. "Undi Umno/BN rakyat akan senang seperti slogan 'Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' tapi bila menang pilahanraya slogan menjadi terbalik. Pemimpin Umno didahulukan, rakyat dikemudiankan. "Sampai bila kita akan kena kencing hidup-hidup," tulisnya. ~tmi |
Patutlah Undang-Undang GST Rakus.. Ini Puncanya Posted: 30 Dec 2013 06:10 AM PST PKR hari ini mendakwa Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tiada peruntukan bagi mencegah kenaikan harga barang dan Barisan Nasional (BN) hanya berharap peniaga mengambil inisiatif sendiri bagi mengurangkan harga jualan mereka, kata PKR. Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (gambar), tiada satu pun bahagian atau fasal dalam undang-undang itu menyatakan bahawa peniaga wajib menurunkan harga sekiranya mereka telah menuntut cukai input daripada pembelian dan kos perniagaan. "Salah satu propaganda BN ialah pengenalan GST akan menyebabkan harga barang turun. Pandangan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sebelum ini cetek dan tidak mengambil kira keadaan sebenar pelaksanaan GST. "Kenyataan Ahmad Maslan bahawa harga akan turun adalah bergantung kepada kesediaan peniaga menurunkan harga secara sukarela. Apabila GST dilaksanakan, harga barang akan meningkat secara keseluruhannya. Ini bermakna kos yang ditanggung peniaga akan meningkat dan keuntungan juga akan berkurangan," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini. Ahmad ketika ditemui pemberita sebelum ini berkata pembangkang akan "gagal dan merana" kerana menyebarkan pembohongan tentang pengenalan GST pada 2015 kerana menurutnya kerajaan cuba untuk menurunkan harga barang dengan pengenalan cukai tersebut sementara Pakatan Rakyat (PR) pula sebaliknya, menolak inisiatif itu. "Mereka akan gagal dan merana kerana berbohong kepada rakyat. Mengapa mereka tidak mahu GST? Ini kerana akhirnya harga barang akan turun. Apabila harga barang dan perkhidmatan turun, pembangkang tidak mempunyai modal menyerang kerajaan," katanya. Rafizi berkata di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), peniaga hanya mengenakan sekali caj cukai dan mereka tidak boleh menuntut kembali cukai yang dibayar ke atas pembelian dan kos perniagaan. Katanya, meskipun peniaga boleh menuntut kembali cukai di bawah GST namun atas faktor kenaikan harga barang, cukai yang dituntut tidak mencukupi untuk menampung kenaikan kos perniagaan. "Dalam keadaan BN hanya berharap supaya peniaga menurunkan harga barang tanpa ada peruntukan undang-undang yang mengekang kenaikan harga, peniaga tiada pilihan menaikkan harga bagi memastikan perniagaan tidak ditutup. "Sikap kerajaan BN sama seperti berharap pengeluar kereta menurunkan harga kereta secara sukarela tanpa menghapuskan cukai eksais. Sehingga ke hari ini, harga kereta masih tinggi malah ada harga kereta yang meningkat," katanya yang turut menyebut tidak ada negara yang memperkenalkan GST tanpa berlaku kenaikan harga barang. Ahli Parlimen Pandan itu berkata bahawa kenyataan Ahmad sebelum ini yang mendakwa selepas pelaksanaan GST harga barang akan mencatatkan penurunan adalah satu kenyataan tidak berasas dan mengundang salah faham di kalangan rakyat. Katanya, kenyataan Ahmad itu akan membuatkan pengguna meletakkan kesalahan kenaikan harga barang kepada peniaga meskipun BN sendiri yang tidak menetapkan kawalan dalam Rang Undang-Undang GST. "Mengatakan GST tidak bagus adalah salah kerana ia satu mekanisme mengutip cukai. Kita ada cukai pendapatan, GST, cukai hartanah dan cukai pusaka. Ia juga ada kebaikan dan keburukannya tersendiri. Dari segi kecekapan, GST lebih cekap kerana tidak perlu proses pemfailan atau penilaian. Anda beli, anda bayar. Pada hujung bulan, pengutip cukai akan datang mengutip cukai. "Dengan mengatakan GST itu teruk, ia menampakkan kita kelihatan bodoh. Bagaimanapun, sama ada GST itu adil dan sesuai dilaksanakan dalam keadaan ekonomi sekarang, itu pandangan berbeza," katanya. Beliau berkata di negara yang mengamalkan GST, gaji meningkat secara tetap dan majoriti rakyat membayar cukai. Justeru, apabila GST diperkenalkan ia pengubah kepada satu bentuk cukai kepada satu bentuk yang lain. "Pelaksanaan GST di Singapura, Australia dan Eropah tidak membuatkan bebanan tambahan kepada rakyat. Mereka membayar cukai pendapatan 20% dan GST sebanyak 5%. "Melaksanakan GST dalam keadaan dan pendapatan yang sesuai, tiada bebanan cukai tambahan. Di Malaysia berbeza, kerana 11% pekerja membayar cukai. Apa yang akan berlaku adalah 90% rakyat akan berdepan bebanan cukai tambahan," katanya. ~tmi |
Berita Ini Membuatkan Polis Terkucil.. Posted: 30 Dec 2013 12:58 AM PST Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan keterangan palsu bagi tujuan mewujudkan situasi tidak aman kepada masyarakat awam. "Kenyataan dikeluarkan Amar berniat jahat, cuba menghalang orang ramai menggunakan hak mereka berhimpun secara aman seperti yang dijamin perlembagaan Persekutuan. "Tindakkan melakukan satu sidang akhbar dan menamakan empat pertubuhan akan melakukan keganasan serta menyatakan secara teliti bahawa kumpulan itu akan menggunakan bom tangan dan senjata akhirnya disiarkan secara meluas dalam akhbar harian utama. "Jelas sekali itu satu kes fitnah yang boleh membawa kepada saman fitnah yang jelas," kata Ketua Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya. Beliau berkata demikian selepas satu laporan polis dibuat NGO Jingga 13 di IPD Dang Wangi semalam bagi mendesak polis mengemukakan bukti bahawa pertubuhan tersebut terlibat dengan segala pertuduhan yang dibuat Amar Singh. 28 Disember lalu, Amar Singh pada satu sidang media mengumumkan empat pertubuhan dikenal pasti kononnya menjadi dalang untuk mengadakan kekacauan dalam satu himpunan bagi menyuarakan bantahan terhadap kenaikkan harga barangan pada 31 Disember ini. Himpunan bagi membantah kenaikkan harga barangan itu kemudiannya diputar belit media arus perdana sebagai himpunan bagi menggulingkan kerajaan. "Tuduhan itu berat. Kita cabar lakukan siasatan. Jika tidak, kita menganggap polis telah dipergunakan sebagai alat bagi mempertahan Barisan Nasional," tegas Latheefa. ~kd |
Jeneral Abdul Fattah As-Sisi Meninggal Dunia? Posted: 29 Dec 2013 07:56 PM PST Rakyat Mesir kini tetanya-tanya ke manakah hilangnya Panglima Tentera Mesir, Jeneral Abdul Fattah al-Sisi yang sudah tidak kelihatan di khalayak ramai sejak 17 Oktober lepas. Al-Sisi yang melakukan rampasan kuasa menggulingkan Presiden Mohammed Morsi, 3 Julai lepas, sebelum ini sering membuat kenyataan secara langsung di televisyen Mesir. Namun selepas pembunuhan ribuan rakyat tidak berdosa di Dataran Rabaah dekat sini, khabarnya al-Sisi sudah tidak kelihatan lagi secara 'live' dalam laporan media elektronik Mesir. Televisyen Mesir masih menyiarkan footage video mengenai al-Sisi, namun umum mengetahui bahawa gambar statik dan video tersebut adalah rakaman lama yang sudah tersiar sebelum ini. Sehingga kini tidak ada pengesahan yang sahih sama ada Jeneral al-Sisi menghilangkan diri atau beliau sudah mati. Namun laporan rangkaian berita Sky News semalam (28 Disember 2013) agak mengejutkan rakyat Mesir. Laporan Sky News memetik kenyataan Pakar Tentera Britain kepada mereka, bahawa mayat al-Sisi ditempatkan di Kem Tentera di Iskandariah. Pakar tentera tersebut mendakwa Tentera Mesir menunggu masa yang sesuai untuk meletupkan bangunan dalam kawasan tentera, supaya boleh dizahirkan al-Sisi sebagai mangsa letupan. Isu ini menjadi bualan rakyat Mesir, kerana mereka melihat sendiri tiada langsung kelibat al-Sisi selama dua bulan. "Tiada kepastian drp sumber kerajaan, cuma suratkhabar pembangkang dan cakap-cakap belakang sahaja yang mengatakan al-Sisi sudah mati. "Apa yang pasti dah lama beliau tidak keluar televisyen untuk buat ucapan. Televisyen menyiarkan aktiviti al-Sisi, tapi semua gambar lama," kata seorang penganalisis politik Mesir. Bagaimanapun seorang wartawan terkenal Mesir bercakap kepada akhbar Aljazeera menyatakan keyakinan beliau bahawa Jeneral al-Sisi sudah mati cuma berita tersebut disembunyikan. Wartawan tersebut juga mendakwa puak kudeta (perampas kuasa) menunggu untuk meletupkan bangunan Kementerian Pertahanan dan mengisytiharkan al-Sisi meninggal. Lebih buruk lagi kata beliau, Ikhwan Muslimin yang dituduh sebagai pengganas akan dipersalahkan kerana didakwa melakukan pengeboman tersebut. Berikut ialah video lanjutan mengenai dakwaan kematian atau pembunuhan Jeneral al-Sisi dan pembantu kanannya Sidqi Subhi di SINI. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan