Isnin, 23 Disember 2013

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


rosmah botox guna hadis palsu nak bagi pisang kat pengutuk beliau....logiknya sepatut dia yang dapat pisang...kita pun tak tergamak bagi pisang sendiri kat dia.....weeekkk....geli geleman aku tengok gelagat emak badak berjalan menghentak lantai....!!!

Posted: 23 Dec 2013 02:34 AM PST

Kita tidak pasti samada surat jawapan Rosmah Mansor yang berlegar-legar di laman web, portal dan media sosial  benar-benar jawapan dari beliau atau dari mana-mana pegawai beliau atau dari mana-mana siber trooper beliau.

Jika benar itu jawapan beliau, ada sedikit kemusykilan pada para akhir surat tersebut yang berbunyi:

"Saya serahkan kepada Allah. Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah. Saya sentiasa memaafkan. Tak apalah mereka memfitnah saya, Tuhan akan beri yang baik kepada saya. Ingat zaman nabi dulu, bila orang kutuk baginda, baginda beri pisang kepada orang itu".

Kemusykilannya ialah samada wujud atau tidak hadis dari Rasulullah SAW yang meriwayatkan baginda memberi pisang kepada orang yang mengutuk baginda.

Jika hadis yang dibawa ini tidak ada nas dan riwayatnya maka ini bermakna hadis tersebut adalah hadis palsu. *(Sila rujuk kepada Ustaz Khazim Elias, Ustaz Azhar Idrus atau Ustaz Fathul Bari tentang hukum mengamalkan hadis palsu).

Apapun mungkin akibat tekanan yang kuat setelah mendapat pujian yang hebat dari suaminya dalam perhimpunan agung UMNO yang lalu maka Rosmah terpaksa menguatkan hujahnya dengan memperumpamakan kisah nya dengan cerita nabi dan memetik pisang sebagai buah contoh kerana pisang sebagai buah yang popular di zaman ini.

Tetapi biarlah pisang emas yang kuning memuncak dan jangan pula yang masak ranum, lembik dan lebam kerana yang ranum hanyak layak diramas-ramas dibuat cucur kodok @ jemput-jemput tanpa gula dan digoreng dalam kuali yang memakan minyak yang banyak.

Melihat perkembangan ideologi terkini yang sebenarnya semua pihak harus berhati-hati memetik mana-mana hadis kerana silap haribulan akibat memetik hadis yang tidak sahih atau ciptaan sendiri dibimbangi mereka akan digolongkan sebagai puak Syiah atau Wahabbi.

kisah ahmad jalang kaki kencing...nak kencing pun tengok tengoklah sikit...ni tak buta buta depan orang ramai yang cerdik....bodoh piang tak boleh di ajar...kah kah kah

Posted: 23 Dec 2013 02:08 AM PST

GST akan turunkan harga....Ahmad jalang  patut masuk sekolah  matematik  semula...!!!

Ahmad perlu "kembali semula ke sekolah dan belajar Matematik untuk menajamkan kemahiran aritmetiknya" kerana dia gagal untuk menunjukkan logik dalam kenyataannya semalam.

Mengatakan harga akan turun selepas GST dilaksana menunjukkan kualiti rendah otak beliau sebagai timbalan menteri kewangan..

Memang benar GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan, tetapi, ia tidak bermakna cukai yang perlu dibayar rakyat Malaysia akan turun kerana dua jenis cukai akan digantikan dengan satu seperti dikatakan oleh timbalan menteri berkenaan.

Walaupun cukai jualan kini merupakan 10%, ia hanya dilaksanakan di peringkat pengeluar dan hanya terhad kepada produk tertentu.

Sedangkan GST akan dilaksanakan kepada semua produk kecuali beberapa yang dikecualikan. 10% yang dikutip daripada pengeluar mungkin tidak melebihi 6% daripada perucit..

Memberikan contoh, pengeluar mungkin menjual produk kepada pengedar dengan RM100 dan membayar 10% atau RM10 sebagai cukai jualan dan pengedar kemudiannya menjual kepada peruncit dengan RM150 yang kemudiannya menjual kepada pengguna dengan RM200.

Apabila GST dilaksanakan, 6% akan dikutip daripada RM200 atau RM12 dijual peruncit akhir. RM12 sangat jelas lebih daripada RM10 walaupun kadar GST hanya 6% berbanding 10% cukai jualan..

Sudah jelas kerajaan akan mengutip lebih banyak daripada GST berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Pada 2012, SST memberikan keuntungan kepada kerajaan sebanyak RM15.9 bilion. Dengan pelaksanaan GST, kerajaan dijangka akan mengutip RM33 billion apabila ia dilaksanakan sepenuhnya.

Jika harga tidak naik, jika rakyat tidak membayar lebih disebabkan GST, bagaimana kerajaan boleh kutip lebih banyak cukai daripada rakyat.

Apa yang dikatakan Ahmad hanya justifikasi akademik semata-mata dengan asas pengeluar boleh menuntut kredit cukai maka mereka akan menurunkan harga barang.

Ini hanyalah dongeng yang tidak akan menjadi realiti.Apa yang mereka tidak sedar pengeluar sekarang terdedah dengan pelbagai peningkatan kos kerana perkhidmatan dan barang yang digunakan dalam aktiviti pengeluaran mereka juga perlu dicukaikan dan ini sudah tentu memberikan kesan kepada kos.

Ini bukan kebajikan tetapi perniagaan dan keputusan menurunkan harga bukan disebabkan undang-undang.

Beliau harus fikir dahulu. Jika kita lihat negara lain yang melaksanakan GST, harga meningkat secara mendadak.

GST akan meningkatkan harga dan kadar 6% terlalu tinggi sedangkan kadar gaji orang ramai masih ditahap sama..

Semalam, Ahmad berkata, pembangkang akan "gagal dan merana" kerana menyebarkan pembohongan tentang pengenalan GST pada 2015.

Pakatan akan 'gagal dan merana' kerana berbohong tentang GST, kata Ahmad Maslan

Pembangkang akan "gagal dan merana" kerana menyebarkan pembohongan tentang pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2015 kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (gambar).

Menurut ketua penerangan Umno itu, kerajaan cuba untuk menurunkan harga barang dengan pengenalan GST sementara Pakatan Rakyat (PR) pula sebaliknya, menolak inisiatif tersebut.

"Mereka akan gagal dan merana kerana berbohong kepada rakyat," kata Ahmad selepas merasmikan Bengkel Usahawan Melayu Innovatif di Kuala Lumpur hari ini.

"Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun. Apabila harga barang dan perkhidmatan turun, pembangkang tidak mempunyai modal untuk menyerang kerajaan.

"Selama ini mereka mengaitkan Barisan Nasional (BN) dengan 'Barang Naik' tetapi apabila GST dilaksanakan, barang akan turun," katanya sebagai respons kepada kempen PR dan badan bukan kerajaan untuk menentang GST.

Kempen PR menentang GST akan menyaksikan road-show diadakan di seluruh negara menurut Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin dalam satu program pada Jumaat.

SAMM adalah NGO yang menjadi pengerak utama kempen tersebut.

Salah satu objektif adalah untuk melawan kempen media kerajaan yang cuba meraih sokongan rakyat terhadap GST, kata Badrul Hisham. -TMI

 

Tiada ulasan: