Addin |
- Gambar Helikopter Nuri Terhempas Di Pulau Perak, Kedah Tersebar
- Gambar-Gambar Menarik Yang Di Pinggirkan Media Arus Perdana..
- Kebodohan Ahmad Maslan Di Belasah Pemimpin Pakatan Rakyat
- Najib Cakap Perjuangan Umno Sama Dengan Mandela Tapi Perwakilan MCA Nafikan.. Ini Buktinya
- Statement Dari Menteri Yang Tak Sanggup Kita Dengari..
Gambar Helikopter Nuri Terhempas Di Pulau Perak, Kedah Tersebar Posted: 23 Dec 2013 08:21 AM PST Sebuah helikopter Nuri dilaporkan telah membuat pendaratan cemas menyebabkan terhempas setelah hilang kawalan di Pulau Perak, Kedah. Kejadian yang berlaku semalam melibatkan seorang juruterbang dan enam orang penumpang.Setakat ini, semua yang terlibat selamat dan tiada sebarang laporan kematian direkodkan. Siasatan terperinci sedang dilakukan bagi mengenalpasti punca kejadian. |
Gambar-Gambar Menarik Yang Di Pinggirkan Media Arus Perdana.. Posted: 23 Dec 2013 01:36 AM PST Susulan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang diumumkan kerajaan BN, hari ini satu "flashmob" Bantahan Kenaikan Harga Barang telah diadakan oleh Jingga 13 Malaysia. Bantahan tersebut turut dihadiri Abby Abadi bekas pelakon Gerak Khas bagi membantah kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang didakwa menindas rakyat terutama yang berpendapatan rendah. Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata terpanggil dengan rintihan rakyat yang menanggung kenaikan harga barang yang membebankan dan menindas. "Kita lakukan 'falshmob' ini kerana membantah kenaikan harga barang yang dilakukan oleh kerajaan BN yang tanpa bersalah kepada rakyat. "Kami dan rakyat akan membantah kenaikan tol, minyak, tarif elektrik, harga Astro, cukai jalan, cukai pintu dan sebagainya seperti yang diumumkan kerajaan BN. "Apa yang berlaku sekarang rakyat yang sengsara," katanya dalam satu demontrasi yang diadakan di ibu kota hari ini. Awal bulan lalu, kerajaan telah mengumumkan jangkaan dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan termasuk tambang LRT dan monorel, tarif elektrik ,tol dan lain-lain. Dalam pada itu, beliau juga berkata, kenaikan harga barang terus memberi trauma kepada rakyat yang masih berpendapatan rendah. "Kenaikan harga yang dilakukannya juga memberi trauma kepada rakyat," katanya. Selain itu, demontrasi tersebut turut berarak di beberapa tempat tumpuan awam dengan membawa poster bantahan kenaikan harga barang yang mendapat sokongan masyarakat yang turut bersama melaungkan bantahan. |
Kebodohan Ahmad Maslan Di Belasah Pemimpin Pakatan Rakyat Posted: 22 Dec 2013 08:04 PM PST Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyelar Datuk Ahmad Maslan berhubung kenyataan timbalan menteri kewangan itu bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan menurunkan harga barangan keperluan. Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, berkata Ahmad perlu "kembali semula ke sekolah dan belajar Matematik untuk menajamkan kemahiran aritmetiknya" kerana dia gagal untuk menunjukkan logik dalam kenyataannya semalam. "Mengatakan harga akan turun selepas GST dilaksana menunjukkan kualiti rendah beliau sebagai timbalan menteri kewangan," kata Pua di Kuala Lumpur. Pua berkata, memang benar GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan, tetapi, ia tidak bermakna cukai yang perlu dibayar rakyat Malaysia akan turun kerana dua jenis cukai akan digantikan dengan satu seperti dikatakan oleh timbalan menteri berkenaan. Beliau berkata, walaupun cukai jualan kini merupakan 10%, ia hanya dilaksanakan di peringkat pengeluar dan hanya terhad kepada produk tertentu. "Sedangkan GST akan dilaksanakan kepada semua produk kecuali beberapa yang dikecualikan. 10% yang dikutip daripada pengeluar mungkin tidak melebihi 6% daripada perucit," katanya. Memberikan contoh, Pua berkata, pengeluar mungkin menjual produk kepada pengedar dengan RM100 dan membayar 10% atau RM10 sebagai cukai jualan dan pengedar kemudiannya menjual kepada peruncit dengan RM150 yang kemudiannya menjual kepada pengguna dengan RM200. "Apabila GST dilaksanakan, 6% akan dikutip daripada RM200 atau RM12 dijual peruncit akhir. RM12 sangat jelas lebih daripada RM10 walaupun kadar GST hanya 6% berbanding 10% cukai jualan," katanya. Pua berkata, sudah jelas kerajaan akan mengutip lebih banyak daripada GST berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST). "Pada 2012, SST memberikan keuntungan kepada kerajaan sebanyak RM15.9 bilion. Dengan pelaksanaan GST, kerajaan dijangka akan mengutip RM33 billion apabila ia dilaksanakan sepenuhnya. "Jika harga tidak naik, jika rakyat tidak membayar lebih disebabkan GST, bagaimana kerajaan boleh kutip lebih banyak cukai daripada rakyat," kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu. Kenyataan Ahmad Maslan hanya justifikasi akademik semata-mata, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar fail.Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bersetuju dengan kenyataan Pua dan terkejut dengan pendirian Ahmad berhubung GST. Katanya, apa yang dikatakan Ahmad hanya justifikasi akademik semata-mata dengan asas pengeluar boleh menuntut kredit cukai maka mereka akan menurunkan harga barang. "Ini hanyalah dongeng yang tidak akan menjadi realiti. "Apa yang mereka tidak sedar pengeluar sekarang terdedah dengan pelbagai peningkatan kos kerana perkhidmatan dan barang yang digunakan dalam aktiviti pengeluaran mereka juga perlu dicukaikan dan ini sudah tentu memberikan kesan kepada kos. "Ini bukan kebajikan tetapi perniagaan dan keputusan menurunkan harga bukan disebabkan undang-undang," kata Ahli Parlimen Pandan penggal pertama itu. Rafizi berkata, jika PR melihat GST daripada segi kepentingan politik, sudah pasti mereka akan membenarkan BN melaksanakannya dengan lebih awal. "Mengapa? Kerana pelaksanaan GST akan meningkatkan pelbagai harga barang dan akan memberikan manfaat politik kepada PR," katanya. Bagaimanapun, katanya, ini akan membebankan rakyat dan sebab itu PR menentangnya. Ketua Wanita PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff mahu Ahmad merenung kembali bagaimana kenaikan tarif elektrik dan kadar tol sudah menyebabkan kekecohan sebelum bercakap tentang GST. "Beliau harus fikir dahulu. Jika kita lihat negara lain yang melaksanakan GST, harga meningkat secara mendadak. GST akan meningkatkan harga dan kadar 6% terlalu tinggi sedangkan kadar gaji orang ramai masih ditahap sama," kata Ahli Parlimen Rantau Panjang itu. Semalam, Ahmad berkata, pembangkang akan "gagal dan merana" kerana menyebarkan pembohongan tentang pengenalan GST pada 2015. Ketua penerangan Umno itu berkata, kerajaan cuba untuk menurunkan harga barang dengan pengenalan GST sementara PR pula sebaliknya, menolak inisiatif tersebut. "Mereka akan gagal dan merana kerana berbohong kepada rakyat," kata Ahmad selepas merasmikan Bengkel Usahawan Melayu Innovatif di Kuala Lumpur semalam. "Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun. Apabila harga barang dan perkhidmatan turun, pembangkang tidak mempunyai modal untuk menyerang kerajaan," katanya. Ahmad memberikan respon terhadap laporan The Malaysian Insider semalam mengenai kempen PR menentang GST yang akan menyaksikan road-show diadakan di seluruh negara. ~tmi |
Najib Cakap Perjuangan Umno Sama Dengan Mandela Tapi Perwakilan MCA Nafikan.. Ini Buktinya Posted: 22 Dec 2013 05:32 PM PST Seorang perwakilan MCA menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mencontohi pejuang anti-apartheid Nelson Mandela dengan menghentikan dasar berasaskan kaum. Wakil Kedah Lee Yean Wang berkata dasar afirmatif bawah Dasar Ekonomi Baru boleh dijustifikasi apabila ia diperkenalkan pada 1970 kerana kadar kemiskinan di kalangan bumiputera pada masa itu melebihi 60 peratus, bukan seperti masa kini. Berucap ketika perbahasan di mesyuarat agung tahunan MCA hari ini, beliau memulakan ucapanya dengan meminta para perwakilan berdiri beberapa ketika untuk memperingati Mandela. "Hari ini kadar kemiskinan di kalangan bumiputera bawah 5 peratus. Adakah kita perlu mempertahankan 95 peratus yang lain dengan dasar yang tidak adil ini disebabkan yang 5 peratus itu? Saya rasa tidak perlu. "Kita baru saja memperingati Mandela. Saya saya perjuangan menentang diskriminasi kaum ini tidak harus berhenti dengan kematiannya, jadi saya seru pemimpin kita untuk menyampaikan perkara ini kepada perdana menteri. "Saya harap satu hari nanti, Najib akan menghentikan dasar berasaskan kaum ini dan menjadi seperti Mandela," katanya. ~mk |
Statement Dari Menteri Yang Tak Sanggup Kita Dengari.. Posted: 22 Dec 2013 04:50 PM PST Pembangkang akan "gagal dan merana" kerana menyebarkan pembohongan tentang pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2015 kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (gambar). Menurut ketua penerangan Umno itu, kerajaan cuba untuk menurunkan harga barang dengan pengenalan GST sementara Pakatan Rakyat (PR) pula sebaliknya, menolak inisiatif tersebut. "Mereka akan gagal dan merana kerana berbohong kepada rakyat," kata Ahmad selepas merasmikan Bengkel Usahawan Melayu Innovatif di Kuala Lumpur hari ini. "Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun. Apabila harga barang dan perkhidmatan turun, pembangkang tidak mempunyai modal untuk menyerang kerajaan. "Selama ini mereka mengaitkan Barisan Nasional (BN) dengan 'Barang Naik' tetapi apabila GST dilaksanakan, barang akan turun," katanya sebagai respons kepada kempen PR dan badan bukan kerajaan untuk menentang GST. Kempen PR menentang GST akan menyaksikan road-show diadakan di seluruh negara menurut Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin dalam satu program pada Jumaat. SAMM adalah NGO yang menjadi pengerak utama kempen tersebut. Salah satu objektif adalah untuk melawan kempen media kerajaan yang cuba meraih sokongan rakyat terhadap GST, kata Badrul Hisham. ~tmi Addin: Betul lah cakap Mahathir.. Umno ketandusan pemimpin yang bijak. Umno di penuhi pemimpin yang bodoh dalam masa yang sama cuba memperbodohkan rakyat yang sudah semakin bijak. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan