MIMPI SENJA |
- Banjir : Sumbangan anda diperlukan
- Banjir Pahang Johor semakin buruk
- Rogol Kambing - Mangsa diheret ke Mahkamah hadiri perbicaraan
- Banjir : Bandar Kuantan Lumpuh
- Erma Sindir Rabecca Kerana Enggan Terima Syiling 5 Sen
Banjir : Sumbangan anda diperlukan Posted: 04 Dec 2013 08:05 PM PST Kenyataan Media 5 Disember 2013 Bencana Banjir: Kuantan Perlu Bantuan, Trip Kedua Bertolak Petang Ini Hujan lebat yang tidak berhenti beberapa hari telah menyebabkan bencana banjir di beberapa negeri di pantai timur dan kawasan selatan tanahair. Daerah Kuantan mencatatkan bencana banjir antara yang terburuk dalam sejarah, kini berada dalam keadaan kritikal dan serba kesulitan. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengorak langkah awal dengan menghantar satu misi bantuan lewat malam tadi. Dengan bantuan rakan sekutu pelbagai pihak, hari ini SAMM melancarkan satu lagi misi bantuan penting bagi mengurangkan beban saudara kita di Kuantan. Kepada orang ramai yang ingin memberi sumbangan, trip kedua bantuan mangsa banjir Kuantan akan menyusul dengan sebuah trak 3 tan, akan bertolak dari Cheras jam 6.30 petang ini. Bantuan seperti makanan dalam tin, minuman, pakaian terpakai, selimut, lampin pakai buang dan apa jua keperluan asas boleh dihantar ke alamat berikut; Alamat: Lot 7, Jalan 16, Kampung Cheras Baru Penyelaras Misi Bantuan: Ilyana Rosli (019-2314161), Sani Md Shah (012-9781707) Masa bertolak: 6.30 petang ini Sumbangan kewangan juga boleh disalurkan ke; Akaun Maybank: Solidariti Anak Muda - 5550 4111 3224 (sila maklum melalui sms 012-6937908) ATAU Akaun Maybank: Azri Fauzir Mazlan 1620 2103 3077 (sila maklum melalui sms 019-2314161) SAMM menyeru orang ramai agar sudi memberi sedikit sumbangan yang termampu. Saudara kita di Kuantan amat memerlukan bantuan anda. Dalam perkembangan sama, SAMM tidak dapat menyembunyikan perasaan terkilan apabila usul tergempar Ahli Parlimen Kuantan supaya kawasan banjir yang terjejas teruk diishtihar darurat tidak mendapat tempat di Parlimen Malaysia. Apakah kerana ia diusulkan oleh MP pembangkang maka ia tidak layak diberi laluan? Apalah yang boleh dibuat apabila rakyat Kuantan yang memilih Pakatan Rakyat seolah-olah diberi hukuman. Sedangkan usul tersebut telah mendapat sokongan dari MP penyokong kerajaan namun atas sifat ego dan angkuh, sifat kemanusiaan dipinggirkan malah didapati ada MP yang menyindir hasrat murni MP Kuantan - ini satu sifat kebinatangan. Sekian Edy Noor Reduan Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/12/bencana-banjir-kuantan-perlu-bantuan.html#ixzz2mZNsFLR4 | |
Banjir Pahang Johor semakin buruk Posted: 04 Dec 2013 01:39 PM PST PAHANG KUANTAN - Keadaan banjir di Pahang dilaporkan semakin buruk apabila lebih 20,000 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir, manakala dua beranak dikhuatiri lemas ketika sedang memindahkan barangan di Perkampungan Sungai Isap malam ini. Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, kedua-dua beranak itu dikatakan cuba memindahkan barangan dari rumah mereka yang ditenggelami air di Perkampungan Sungai Isap menggunakan sebuah bot jenis fiber. Kedua-dua beranak itu, Jamal Ali, 40-an, yang juga AJK Umno bahagian Pekan dan anak lelakinya yang dikenali sebagai 'Megat' berusia belasan tahun dikatakan terjatuh ke dalam air ketika memindahkan barangan dari rumah mereka kira-kira jam 8.30 malam. Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu, bagaimanapun butiran lengkap mengenai kejadian itu masih belum diperoleh. "Pasukan mencari dan menyelamat masih berusaha mengesan mangsa terbabit," katanya. Bernama difahamkan kedua-dua beranak itu menggunakan bot fiber milik persendirian dan bukannya milik pasukan penyelamat bagi memindahkan barangan mereka. Sementara itu, jurucakap bilik gerakan banjir IPK Pahang berkata Lipis menjadi daerah keenam dilanda banjir apabila 11 mangsa banjir ditempatkan di sebuah pusat pemindahan. Daerah Kuantan masih mencatatkan jumlah pemindahan mangsa banjir tertinggi iaitu 14,044 orang yang ditempatkan di 46 pusat pemindahan. Di Rompin, sejumlah 4,144 mangsa banjir ditempatkan di 13 pusat pemindahan, di Pekan 3,061 mangsa banjir di 13 pusat pemindahan, di Maran 1,005 mangsa di tujuh pusat pemindahan dan di Jerantut 130 mangsa di empat pusat pemindahan. Jumlah keseluruhan mangsa banjir setakat 10 malam ini ialah 22,395 orang. - Bernama JOHOR BARU: Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat malam Rabu dengan 8,705 mangsa dipindahkan ke 63 pusat pemindahan berbanding 8,250 orang di sebelah petang. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berkata Pontian dan Ledang menjadi daerah terbaharu yang membuka pusat pemindahan banjir. Dua pusat pemindahan dibuka di Pontian lewat petang Rabu bagi menempatkan 303 mangsa manakala tujuh orang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan di Ledang. Jumlah mangsa di Mersing turut mencatatkan peningkatan daripada 5,694 kepada 5,711 orang; di Kluang meningkat daripada 975 kepada 1,005 orang; di Kota Tinggi meningkat daripada 212 kepada 223 orang; dan di Batu Pahat meningkat daripada 71 kepada 175. Bagaimanapun, di Segamat, jumlah mangsa menurun daripada 1,081 kepada 1,064 orang manakala di Muar kekal 217 orang. Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Mohd Nor Rasid berkata anggota polis melakukan rondaan di kawasan rumah yang ditinggalkan mangsa banjir sebagai langkah pencegahan jenayah. Beliau turut mengingatkan penghuni rumah yang perlu dipindahkan supaya mengunci rumah masing-masing dan membawa bersama barangan berharga. Dalam pada itu, katanya, beberapa jalan utama ditutup kepada semua kenderaan berikutan paras air meningkat melebihi 0.7 meter iaitu di Kilometer 40 Jalan Perepat-Sedili sepanjang 100 meter dan Kilometer 78 Jalan Johor Baharu-Mersing berhampiran Felcra Sungai Ara sepanjang 30 meter. Turut dinaiki air sedalam 3.1 meter ialah di Kilometer 59 Jalan Johor Baharu-Mersing berhampiran Dusun Panti sepanjang 20 meter dan Kilometer 73 Jalan Johor Baharu-Mersing sepanjang 30 meter. Di Segamat, Pengarah Pertahanan Awam Negeri Johor Kolonel Ghazali Abd memberitahu pemberita pihaknya cuba memberikan bantuan sebaik-baiknya kepada mangsa yang dipindahkan termasuk mereka yang menghadapi masalah kesihatan menerusi khidmat petugas dari Hospital Segamat. Seorang mangsa banjir Abdul Wahid Md Akin, 70, yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara Kampung Pogoh 2, yang tidak boleh bernafas dengan baik akibat masalah paru-paru, dipantau sepanjang masa oleh petugas berkenaan. "Dengan keadaan yang uzur saya tidak boleh berbuat apa-apa hanya berbaring menunggu air surut dan dapat pulang ke rumah dengan selamat," kata Abdul Wahid. Pihak pasaraya Econsave turut tampil memberi sumbangan kelengkapan asas seperti air minuman bersih, makanan, dan lampin pakai buang bayi untuk mangsa banjir di pusat pemindahan itu. - BERNAMA | |
Rogol Kambing - Mangsa diheret ke Mahkamah hadiri perbicaraan Posted: 04 Dec 2013 07:13 AM PST NAIROBI (Kenya) – Seekor kambing yang menjadi mangsa kes serangan seksual semalam hadir di mahkamah untuk berdepan penyerangnya seorang pemuda berusia 28 tahun. Katana Kitsao Gona dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menyetubuhi kambing berkenaan walaupun sudah beristeri. Dalam keterangannya di depan hakim, Gona berkata isterinya adalah seorang wanita kurang upaya dan hanya bergantung kepada dirinya untuk mencari rezeki. Justeru, katanya, dia berharap hakim dapat meringankan hukuman atas kesalahannya mendera kambing. Bagaimanapun majistret Muthoni Nzibe tidak mengendahkan rayuan Gona dan mengarahkan dia dipenjara 10 tahun selepas mengaku salah mengadakan hubungan seks dengan kambing. Kambing yang menjadi mangsa Gona dibawa ke mahkamah sebagai bahan bukti oleh pegawai pendakwa kes. Menurut pegawai pendakwa Jimmy Kema, Gona melakukan kesalahan itu Isnin lalu. Saksi yang juga jiran Gona berkata dia memasuki kawasan semak untuk membuang air kecil dan terkejut apabila melihat sehelai baju disangkut pada pokok. Apabila dia menyiasat lebih lanjut, saksi terkejut apabila ternampak Gona berbogel dan mengadakan hubungan seks dengan kambing yang ditambat itu. Dia memaklumkan pemilik kambing itu serta orang kampung sebelum Gona ditahan polis. Menurut laporan pejabat veterinar, kesan darah ditemui pada vulva kambing berkenaan yang turut membuktikan serangan seksual terjadi. – Agensi | |
Banjir : Bandar Kuantan Lumpuh Posted: 04 Dec 2013 03:24 AM PST Sidang Dewan Rakyat hari ini menolak usul Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh untuk mengisytiharkan darurat bagi kawasan yang terlibat dalam banjir walaupun beberapa bandar di Pahang dan Terengganu termasuk Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar di Pahang serta Kemaman di Terengganu hampir lumpur. Speaker, Tan Sri Pandikar Aman Mulia, berkata usul tersebut ditolak kerana memerlukan notis selama dua hari secara bertulis. Fuziah yang mempertahankan tindakannya itu berkata, apa yang diusulkan adalah perkara kecemasan dan Speaker boleh mempertimbang untuk mengenepikan peraturan kerana ia melibatkan nyawa rakyat. "Saya tahu memang dalam peraturan memerlukan notis selama dua hari tapi Tuan Speaker ini soal kecemasan yang berlaku semalam, tidak mungkin perlukan notis dua hari, kalau macam itu orang mati dah," katanya di Dewan Rakyat, hari ini. Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim akhirnya bangun memberi penjelasan bahawan bantuan kini digerakkan dengan menghantar pasukan penyelamat termasuk tentera. Sementara itu, Bernama melaporkan keadaan banjir di Pahang kini semakin buruk dan semakin banyak mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan di negeri ini. Bandar Kuantan kini hampir lumpuh apabila kebanyakan kawasan terputus bekalan elektrik dan air, selain jalan raya di sekitar bandar dinaiki air sehingga melebihi 1 meter akibat hujan tidak berhenti hingga hari ini. Beberapa kawasan perkampungan dan perumahan di sekitar Kuantan turut terputus bekalan elektrik dan air, selain dinaiki air sehingga melebihi dua meter. Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, sehingga jam 11 pagi tadi, sebanyak 11,721 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan banjir di daerah Kuantan, Rompin, Pekan, Maran dan Jerantut. "Di Kuantan, sebanyak 4,148 mangsa banjir ditempatkan di 33 pusat pemindahan, Rompin (3,615 mangsa di 10 pusat pemindahan), Pekan (2,716 mangsa di 9 pusat pemindahan), Maran (1,179 mangsa di sembilan pusat pemindahan) dan Jerantut (63 mangsa di sebuah pusat pemindahan). Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan premis perniagaan, swasta dan institusi kewangan di bandar Kuantan tidak beroperasi berikutan bekalan elektrik terputus. Pengamal media di Pahang turut menghadapi kesulitan untuk beroperasi bagi melaporkan situasi banjir terkini di Pahang. Penduduk di kawasan rendah dan kawasan perumahan di sekitar Kuantan diarah bersiap sedia berpindah berikutan hujan masih berterusan dan dijangka berlaku air pasang dari laut dan bertembung dengan air Sungai Kuantan serta Sungai Lembing pada malam ini. Beberapa pusat pemindahan juga mengalami masalah bekalan makanan dan keperluan asas berikutan kawasan penempatan mangsa banjir tidak dapat dihubungi menerusi jalan darat. Sementara itu, pelbagai pihak khasnya kerajaan, parti politik dan pertubuhan sukarela menubuhkan bilik gerakan bagi membantu mangsa banjir. Pemuda PAS turut menubuhkan bilik gerakan di samping Unit Amalnya diarahkan bergerak bagi membantu mangsa. Ketua Pemudanya, Suhaizan Kaiat dalam kenyataannya berkata, mereka melantik Ketua Bilik Gerakan Banjir DPPM, Yusapiza Ya'acob dan boleh dihubungi di 017 2692944. - TMI
KETIKA air banjir menenggelami hampir keseluruhan bandar Kuantan, keajaiban berlaku di Masjid Al-Fatah, Batu 3, Jalan Gambang-Kuantan. Air keruh berlumpur yang membanjiri pekarangan masjid tersebut didapati menjadi jernih apabila memasuki ruang solat masjid. Masjid Al Fatah, Gambang Kuantan Suasana sebuah jejantas di Simpang Tiga, Permatang Badak. Sayu hati melihat gambar ini bila anak-anak kecil dan kaum wanita terpaksa menumpang teduh di bawah jejantas untuk sementara waktu. Semoga Allah permudahkan urusan saudara kita di sana. | |
Erma Sindir Rabecca Kerana Enggan Terima Syiling 5 Sen Posted: 04 Dec 2013 01:48 AM PST |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan