MIMPI SENJA |
“Hassan Malek tak layak jadi Menteri” - Haniza Posted: 27 Dec 2013 07:04 AM PST (Ain Ismail) KUALA LUMPUR 27 DIS: Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi & Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek tak ubah seperti seorang Ketua Umno cawangan dan tidak menggambarkan kedudukannya sebagai seorang menteri "Kenyataan beliau seperti seorang Ketua Umno cawangan. Tak layak bergelar menteri," kata Naib Ketua Wanita KEADILAN Haniza Talha ketika dihubungi Keadilandaily. Katanya, kenyataan Hassan menyakitkan hati rakyat Malaysia yang telah sedia terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Hassan Malek dilaporkan The Malaysian Insider meminta rakyat Malaysia agar tidak merungut tentang kenaikan kos sara hidup, sebaliknya memberi kritikan membina terhadap langkah kerajaan menaikkan beberapa harga barangan. Manakala The Star melaporkan kenyataan Hassan bahawa rakyat Malaysia bersetuju dengan kenaikan harga barang berikutan tidak ada rungutan mengenainya. Haniza yang juga Adun Taman Medan berkata, tugas Menteri adalah mencari penyelesaian masalah rakyat, bukan sekadar mengeluarkan kenyataan sesuka hati. "Tugas Menteri adalah menjaga keperluan rakyat, bukan menyakitkan hati rakyat dengan kenyataan sedemikian," katanya. Haniza turut mencabar Hassan untuk membuktikan bahawa kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dam bertemu orang ramai bagi memantau kenaikan harga barangan yang disebabkan penstrukturan subsidi oleh kerajaan. "Sekiranya kenyataan itu benar, beliau perlu buat ke seluruh negara. Bukan sekadar cakap kosong," kata Haniza. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57780 |
Anak Rosmah [anak tiri Najib] beli kondo RM110 juta di New York Posted: 27 Dec 2013 03:48 AM PST Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berusia 36 tahun dilaporkan membeli satu unit kondominium berharga USD33.5 juta (RM110 juta) di New York. Riza Shahriz Abdul Aziz, anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu, membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York, menurut Sarawak Report. Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, yang menyatakan Riza membeli hartanah dengan tujuh bilik itu pada 19 November tahun lepas. Satu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition. Riza, menurut laporan Sarawak Report lagi, memulakan kerjaya perbankannya sebaik sahaja tamat pengajian di London School of Economics pada 2000. Laporan itu menyebut Riza pernah bekerja dengan firma perunding KPMG sehingga 2002 dan kemudian di HSBC London sehingga krisis kewangan pada 2008. - malaysiakini |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan