Kelab Greenboc |
- Tak perlu Digulingkan, UMNO Akan Jatuh Macam...
- Contohi Oki Setiana Dewi, Tidak Lakukan Photoshoot Pra Perkahwinan Sebelum Bernikah
- TURUN: Fitnah Macai UMNO Terhadap MB Kelantan Terbongkar!
Tak perlu Digulingkan, UMNO Akan Jatuh Macam... Posted: 28 Dec 2013 12:10 AM PST Selepas mungkir janji, BN takut "digulingkan" Tahun 2014 sudah pastinya bukan berita gembira bagi majoriti rakyat Malaysia berpendapatan rendah kerana kenaikan kos sara hidup yang bakal mereka hadapi. Semasa berkempen menjelang Pilihan Raya 2013 lalu, Barisan Nasional melalui "Manifesto: Menepati Janji, Membawa Harapan" memberikan pelbagai janji indah seperti mengurangkan kos sara hidup. Di antaranya adalah penurunan harga kereta secara berperingkat, menyediakan sejuta rumah mampu milik, pendidikan lebih baik, pembangunan luar bandar secara agresif dan keselamatan awam. Akan tetapi selepas pilihan raya 5 Mei, apa yang rakyat dapat? Bermula September lalu, subsidi minyak dan gula dipotong, menyebabkan kenaikan harga kedua-dua bahan berkenaan. Perlu diingat, kenaikan harga minyak dan gula mempunyai kesan berantai kepada barangan lain. Dalam erti kata lain, janji kerajaan harga barang lain tidak akan naik selepas subsidi minyak dan gula dipotong tidak boleh digunapakai. Tidak cukup dengan itu kerajaan mengumumkan tarif elektrik dinaikkan sebanyak 15% dan cadangan kenaikan harga tol juga pada 2014. Dalam Bajet 2014 yang diumumkan pada Oktober, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula pada kadar 6% yang akan berkuatkuasa pada April 2015. Ertinya, selepas tamat 2014 juga, kehadiran 2015 belum tentu memberikan kebahagian kepada majoriti rakyat Malaysia dengan pengenalan GST. Tindakan "ganas" pentadbiran Najib dalam memotong subsidi dan menaikkan harga barang dan perkhidmatan yang menjadi keperluan asas turut membimbangkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar). "Kita faham kerajaan memerlukan lebih wang tetapi itu tidak bermakna peningkatan seperti yang diumumkan. "Adalah lebih baik mengurangkan kos, mengekalkan atau mengurangkan harga. Perkara sama boleh dilakukan kerajaan," katanya dalam tulisan di blog Che Det semalam. Menurut Dr Mahathir, banyak dapat dijimatkan jika kerajaan serius bertindak terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2012 mengenai ketirisan dan pembaziran kerajaan. "Kerajaan biasanya melakukan pembaziran kerana tidak memikirkan pulangan dalam apa juga bentuk perbelanjaan. Jika kerajaan berhasrat mengurangkan kos urus tadbir, mereka boleh melakukannya," katanya. Dr Mahathir menulis menggunakan hujah yang sering dipakai pemimpin pembangkang. Sebagai orang yang sudah memerintah Malaysia selama 22 tahun dan mengikuti perkembangan sejarah negara-negara jiran seperti Indonesia dan Filipina, Dr Mahathir sudah tentunya bimbang dengan tindakan pentadbiran Najib. Dr Mahathir menyaksikan bagaimana rakan-rakan baiknya seperti Ferdinand Marcos dari Filipina dan Jeneral Muhammad Soeharto dari Indonesia digulingkan melalui demonstrasi jalanan selepas gagal mensejahterakan hidup rakyat. Sudah pasti hujah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek mengatakan kenaikan kos sara hidup merupakan masalah kecil tidak dibeli bekas perdana menteri itu. Maka tidak hairanlah Putrajaya juga dilihat begitu takut sekali dengan perhimpunan pada malam ambang Tahun Baru 2014 yang dikatakan berniat untuk menggulingkan kerajaan. Semalam polis menahan pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II yang diburu sejak minggu lepas kerana menghasut orang ramai menyertai perhimpunan dikatakan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini. Sebelum itu polis menahan pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) Azan Safar selepas seorang pengguna Facebook memberikan komen mengatakan akan berlaku rusuhan pada malam ambang Tahun Baru. Selepas memungkiri janji, Putrajaya kelihatan begitu takut sekali dengan kemarahan orang ramai di atas tindakan mereka itu. Yang hairannya, yang ditahan adalah orang yang marah kerana janji dimungkiri dan bukan yang memungkiri janji. -Amin Iskandar/TMI
ULASAN GB GB sudah ulas sebelum ini. Isu "gulingkan kerajaan" hanyalah lagu lama yang didendangkan kembali untuk menekan suara rakyat. Sedangkan sebenarnya UMNO BN tidak perlu diguling. Jangkahayat pemerintahannya sudah tamat dan ia akan gugur dengan sendirinya tanpa perlu digulingkan. Ia akan gugur ke tanah macam cempedak busuk. Tiada siapa lagi yang mengiginkannya. Itulah hukum kebenaran dan keadilan. Senarai checklist kesalahn UMNO BN yang menyebabkan berbilion wang rakayt hangus: RASUAH, KETIRISAN dan SALAH GUNAKUASA 1.Skandal PKFZ RM12 Bilion. 2.Skandal Baikpulih Kapal selam RM500 Juta. 3.Skandal Sime Darby RM964 Juta. 4.Skandal Paya Indah Westland RM88 Juta. 5.Skandal duit hilang PosMalaysia RM230 Juta. 6.Pembaziran Pembelian Eurocopter RM1 Bilion. 7.Stadium Terengganu runtuh RM292 Juta. 8.Kos baikpulih MRR2 RM70 Juta. 9.Skandal Maybank utk BII RM4 Bilion. 10.Rasuah utk Pelancongan NYY RM10 Juta. 11.3 lukisan MAS beli utk pejabat Munir RM 1.5 Juta. 12.Overpayment Kem. Belia & Sukan RM8.4 Juta. 13.Kompleks Sukan London - RM70 Juta. 14.Baikpulih MATRADE RM120 Juta.. 15.Pampasan jambatan bengkok RM257 Juta. 16.Kerugian menjual Augusta RM510 Juta. 17.Harga Kapal Selam RM4.1 Bilion. 18.Limbungan Kapal TLDM RM6.75 Bilion. . 19.Tukaran asing Bank Negara 1990an RM30 Bilion. 20.Royalti Terengganu 2004-2007 RM7.4 Bilion. 21.Perwaja Steel RM2.56 Bilion. 22.Skandal Bank Islam RM700 Juta. 23.Philharmonic Orchestra diwujudkan RM500 Juta. 24.Skandal perkakas ICT sekolah RM2.21 Bilion. 25.Komisen pembelian Jet dan Kapal Selam utk Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd RM910 Juta. 26.Pembaziran pembinaan Imigresen & Kuarantin (CIQ) & Pembatalan jambatan Malaysia-Singapore RM1.3 Bilion. 27.Pembelian dakwat kekal utk PRU RM2.4 Juta. 28.Pampasan 20 sykt lebuhraya 2006-08 RM38.5 Bilion. 29.Suntikan utk selamatkan LRT-Putra RM4.5 Bilion. 30.Suntikan utk selamatkan LRT-Star RM3.3 Bilion. 31.Subsidi Petronas sejak 1997 pada IPP RM30 Bilion. 32.Subsidi kerajaan kepada IPP RM17 Bilion. Hanya orang tidak siuman a.k.a orang gila yang akan terus memilih UMNO BN! |
Contohi Oki Setiana Dewi, Tidak Lakukan Photoshoot Pra Perkahwinan Sebelum Bernikah Posted: 27 Dec 2013 07:15 PM PST Bagi sebahagian pasangan yang akan bernikah, foto pra-perkahwinan seakan-akan menjadi suatu kemestian untuk dilakukan dari sekian banyak persiapan yang lain. Namun hal itu tidak berlaku bagi Oki Setiana Dewi. Sebagai muslimah yang taat, Oki tidak akan melakukan foto pra perkahwinan yang membuat ia terpaksa bersentuhan dengan calon suaminya. Kerana menurutnya, sebelum sah sebagai sepasang suami isteri, mereka tetap bukan muhrim. Oki lebih memilih untuk melakukan foto-foto selesai mereka dinyatakan sah sebagai sepasang suami isteri. "Foto nanti selepas perkahwinan. Insya Allah kan tarikh 12 bernikah, 13 ulangtahunku yang ke-25 tahun, jika pasca perkahwinan kan sudah boleh berpegangan. Kalau sekarang kan belum boleh," tegasnya ketika ditemui di kawasan Kemang, Jakarta Selatan, Khamis (26/12/2013). Beberapa waktu lalu foto pra perkahwinan memang telah menjadi topik perbincangan, dan sempat menjadi polemik antara halal dan haram. Oki dan Rio lebih memilih pasca perkahwinan untuk foto-foto agar lebih leluasa. -sumber asal:dakwatuna.com
|
TURUN: Fitnah Macai UMNO Terhadap MB Kelantan Terbongkar! Posted: 27 Dec 2013 05:01 AM PST MB Kelantan akan sokong Turun 31 Disember ini SHAH ALAM - Susulan kecoh isu wujudnya himpunan guling kerajaan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob menyatakan himpunan tersebut tidak wujud sebaliknya hanya gerakan NGO untuk mendesak pemerintah mendengar rintihan rakyat. Menurut beliau yang dipetik dalam akaun Facebooknya, Ahmad berkata, beliau akan sentiasa bersama Pas serta rakyat menjayakan program Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), yang akan diadakan hujung bulan ini. "Turun ialah gerakan rakyat. Ia hasil daripada denyut nadi rakyat yang mengeluh sekian lama akibat kenaikan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan kerana salah urus BN. "Saya sepenuhnya bersama kepimpinan Pas tentunya sentiasa bersama-sama gerakan rakyat untuk terus mendesak kerajaan Malaysia mendengar suara rintihan hari rakyat. "Jika ada yang berkata bahawa ia bertujuan untuk menggulingkan kerajaan, saya kira ia hanyalah omongan palsu semata-mata kerana takut akan bayang-bayang sendiri," tulisnya, semalam. Sebelum ini, mengikut laporan media beberapa pihak telah membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat penyebaran hasutan mengajak orang ramai menyertai satu perhimpunan haram di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember ini. Antaranya ialah NGO Persatuan Muka Buku Pulau Pinang yang turut menganggap perkara itu satu isu serius dan perlu ditangani dengan tegas. Hasutan itu dikesan menerusi laman sosial Facebook yang menggunakan nama 'Rejimen Anarki', mengajak orang ramai menyertai 'Himpunan Guling Kerajaan', kata Presidennya Salleh Ismail kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Lebuh Pantai di Georgetown. Katanya hasutan yang berbau ugutan "SAPA HALANG, KAMI LANGGAR...INI PROTES RAKYAT SAPA HALANG KAMI LAWAN" itu dimuat naik oleh pengendali akaun Facebook tersebut pada 18 Disember lalu. Sehubungan itu, Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan itu turut menyatakan desakan berterusan yang dilakukan rakyat itu akan mencapai matlamat. "Insha-ALLAH dengan desakan berterusan daripada rakyat, saya optimis gerakan ini akan berjaya mencapai matlamatnya," katanya lagi. -SH ULASAN GB Tak serik-serik dengan apa yang telah menimpa papagomo dan padijantan. Tetapi demikianlah cara kehidupan macai-macai UMNO. Mengeluarkan kenyataan fitnah kononnya MB Kelantan tak sokong TURUN sedangkan MB Kelantan dengan jelas menyatakan: "Saya sepenuhnya bersama kepimpinan Pas tentunya sentiasa bersama-sama gerakan rakyat untuk terus mendesak kerajaan Malaysia mendengar suara rintihan hari rakyat. Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Si peereka fitnah ini akan tetap menerima hukumannya, di "sini" dan di "sana"! |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan