Khamis, 26 Disember 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Aksi terkutuk di surau spa

Posted: 26 Dec 2013 10:15 PM PST


Sekadar gambar hiasan. Pic: thepitter-patter.blogspot.com Sekadar gambar hiasan. Pic: thepitter-patter.blogspot.comIPOH: Seorang pekerja salun kecantikan di Taman Ipoh Jaya Timur, Rapat Setia, di sini, yang dipercayai melakukan maksiat bersama seorang lelaki dicekup majikannya dalam keadaan tidak berpakaian dipremisnya bekerja, awal pagi kelmarin.
Lebih memalukan, pekerja wanita berusia 23 tahun dan baru enam bulan bekerja di spa terbabit terkantoi melakukan perbuatan terkutuk itu bersama pasangannya yang berusia 25 tahun di dalam surau spa itu.
Menurut pemilik spa dikenali sebagai Yaya, 27, dia menangkap pekerjanya itu ketika bersama beberapa pekerja lain mahu menyimpan barang di kedainya jam 5 pagi kerana pembekal terpaksa menghantar barang awal pagi berikutan cuti Krismas.
"Saya hampir pitam akibat terkejut melihat pekerja terbabit bersama pasangan lelakinya tidur dalam keadaan bogel sebaik membuka pintu surau ditingkat atas kedai.
"Pasangan terbabit hanya menyedari kehadiran kami selepas dikejutkan beberapa kali dan sebaik tersedar, saya menyuruhnya memakai pakaian sebelum melaporkan kejadian berkenaan kepada polis," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Yaya berkata, sementara pasangan terbabit memakai pakaian, dia bersama yang lain menunggu kehadiran polis ditingkat bawah, namun kedua-duanya lesap melarikan diri mengikut koridor ditingkat atas meninggalkan kereta PERODUA Myvi didepan kedai.
Katanya, melihat kekecohan, beberapa jiran datang dan memeranjatkan apabila ada jiran mendakwa perbuatan maksiat dilakukan pekerja wanita warga tempatan itu berlarutan sejak lima bulan lalu.
"Jiran mendakwa hampir setiap malam terutama lewat malam dan awal pagi, ada lelaki datang ke spa kami, sedangkan perniagaan kami hanya beroperasi dari jam 11 pagi hingga 7 petang.
"Menurut jiran, lelaki yang datang pada waktu malam bukan seorang, tetapi ramai menaiki pelbagai kereta," katanya.
Yaya berkata, pekerja berkenaan memecah masuk pusat kecantikannya lewat malam kelmarin, mengambil barangannya yang ditinggalkan di spa dan pasangannya mengambil kereta yang ditinggalkan.
Menurutnya, dia tidak sangka pekerja yang diberi kepercayaan menjaga premis termasuk diberi kunci tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu di premis perniagaan mereka.
"Sejak dua tahun beroperasi di sini, kami menjalankan rawatan kecantikan terutama pasangan pengantin dan salun rambut," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong, mengesahkan mengenai kejadian dan pihaknya sudah menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian serta menjalankan siasatan bagi mengesan pekerja wanita itu.- Harian Metro

Guling kerajaan 31 Disember, propaganda Umno tak masuk akal

Posted: 26 Dec 2013 10:07 PM PST

(Basyar Abkadir)
Shamsul_AMKKUALA LUMPUR 27 DIS: Dakwaan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini adalah propaganda murahan Umno yang tak masuk akal dan cuba menakut-nakutkan rakyat.
Ahli parlimen KEADILAN Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tujuan sebenar perhimpunan tersebut adalah untuk menunjukkan kemarahan rakyat terhadap pelbagai kenaikan harga barang yang menyebabkan kos sara hidup rakyat semakin tinggi.
"Rakyat sekarang ditakut-takutkan dengan isu 'gulingkan kerajaan' dan sebagainya. Kerajaan cuba untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar.
"Isu sebenar ialah rakyat semakin terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barang, berpunca daripada kelemahan urus tadbir kerajaan pusat," katanya kepada Keadilandaily.
31-12Tegas Shamsul, rakyat bebas untuk berhimpun untuk menyatakan bantahan dan ia termaktuv di dalam perlembagaan Persekutuan.
"Himpunan terhadap sebarang isu banyak berlaku bagi negara yang mengamalkan demokrasi.
"Kalau betul Malaysia mengamalkan konsep demokrasi, maka himpunan aman hendaklah dibenarkan," katanya.
Himpunan 31 Disember 2013 di Dataran Merdeka bertujuan membantah kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang dilakukan kerajaan minoriti Umno Barisan Nasional, bermula selepas Pilihan Raya Umum 13 yang lalu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57733

Selepas mungkir janji, BN takut "digulingkan"

Posted: 26 Dec 2013 06:17 PM PST

KOMENTAR BERITA OLEH AMIN ISKANDAR
DECEMBER 27, 2013
Rakyat Malaysia menanti tahun 2014 dengan kebimbangan kenaikan kos sara hidup. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Disember, 2013.Rakyat Malaysia menanti tahun 2014 dengan kebimbangan kenaikan kos sara hidup. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Disember, 2013.Tahun 2014 sudah pastinya bukan berita gembira bagi majoriti rakyat Malaysia berpendapatan rendah kerana kenaikan kos sara hidup yang bakal mereka hadapi.
Semasa berkempen menjelang Pilihan Raya 2013 lalu, Barisan Nasional melalui "Manifesto: Menepati Janji, Membawa Harapan" memberikan pelbagai janji indah seperti mengurangkan kos sara hidup.
Di antaranya adalah penurunan harga kereta secara berperingkat, menyediakan sejuta rumah mampu milik, pendidikan lebih baik, pembangunan luar bandar secara agresif dan keselamatan awam.
Akan tetapi selepas pilihan raya 5 Mei, apa yang rakyat dapat?
Bermula September lalu, subsidi minyak dan gula dipotong, menyebabkan kenaikan harga kedua-dua bahan berkenaan.
Perlu diingat, kenaikan harga minyak dan gula mempunyai kesan berantai kepada barangan lain. Dalam erti kata lain, janji kerajaan harga barang lain tidak akan naik selepas subsidi minyak dan gula dipotong tidak boleh digunapakai.
Tidak cukup dengan itu kerajaan mengumumkan tarif elektrik dinaikkan sebanyak 15% dan cadangan kenaikan harga tol juga pada 2014.
Dalam Bajet 2014 yang diumumkan pada Oktober, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula pada kadar 6% yang akan berkuatkuasa pada April 2015.
Ertinya, selepas tamat 2014 juga, kehadiran 2015 belum tentu memberikan kebahagian kepada majoriti rakyat Malaysia dengan pengenalan GST.
Tindakan "ganas" pentadbiran Najib dalam memotong subsidi dan menaikkan harga barang dan perkhidmatan yang menjadi keperluan asas turut membimbangkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar).
"Kita faham kerajaan memerlukan lebih wang tetapi itu tidak bermakna peningkatan seperti yang diumumkan.
"Adalah lebih baik mengurangkan kos, mengekalkan atau mengurangkan harga. Perkara sama boleh dilakukan kerajaan," katanya dalam tulisan di blog Che Det semalam.
Menurut Dr Mahathir, banyak dapat dijimatkan jika kerajaan serius bertindak terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2012 mengenai ketirisan  dan pembaziran kerajaan.
"Kerajaan biasanya melakukan pembaziran kerana tidak memikirkan pulangan dalam apa juga bentuk perbelanjaan. Jika kerajaan berhasrat mengurangkan kos urus tadbir, mereka boleh melakukannya," katanya.
Dr Mahathir menulis menggunakan hujah yang sering dipakai pemimpin pembangkang.
Sebagai orang yang sudah memerintah Malaysia selama 22 tahun dan mengikuti perkembangan sejarah negara-negara jiran seperti Indonesia dan Filipina, Dr Mahathir sudah tentunya bimbang dengan tindakan pentadbiran Najib.
Dr Mahathir menyaksikan bagaimana rakan-rakan baiknya seperti Ferdinand Marcos dari Filipina dan Jeneral Muhammad Soeharto dari Indonesia digulingkan melalui demonstrasi jalanan selepas gagal mensejahterakan hidup rakyat.
Sudah pasti hujah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek mengatakan kenaikan kos sara hidup merupakan masalah kecil tidak dibeli bekas perdana menteri itu.
Maka tidak hairanlah Putrajaya juga dilihat begitu takut sekali dengan perhimpunan pada malam ambang Tahun Baru 2014 yang dikatakan berniat untuk menggulingkan kerajaan.
Semalam polis menahan pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II yang diburu sejak minggu lepas kerana menghasut orang ramai menyertai perhimpunan dikatakan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini.
Sebelum itu polis menahan pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) Azan Safar selepas seorang pengguna Facebook memberikan komen mengatakan akan berlaku rusuhan pada malam ambang Tahun Baru.
Selepas memungkiri janji, Putrajaya kelihatan begitu takut sekali dengan kemarahan orang ramai di atas tindakan mereka itu.
Yang hairannya, yang ditahan adalah orang yang marah kerana janji dimungkiri dan bukan yang memungkiri janji. – 27 Disember, 2013. -TMI

Tak tahan dengan serangan bertali arus, Bung Mokhtar akan tutup akaun twitternya @ MyKinabatangan

Posted: 26 Dec 2013 12:14 PM PST

  • Bung Mokhtar akan tutup akaun Twitter?
 1 / 1 
SHAH ALAM - Susulan bertali arus serangan daripada cybertrooper melalui laman Twitter, hari ini Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN (BBCBN) Datuk Bung Moktar Radin menyatakan akan "bersara" daripada terus aktif di laman sosial mikro itu.

Beliau yang dipetik dari laman sosial itu berkata :

"Kalau dah begini jadinya dunia Twitter mungkin saya nak bersara daripada terus bertwitter," tulisnya.


Pemerhatian, Sinar Harian Online, akaun Twitter Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan yang menggunakan nama Twitter @MyKinabatangan itu telah diasak dengan pelbagai soalan daripada pengikutnya.

Sebelum ini, media juga melaporkan pemimpin itu turut berperang tweet dengan beberapa cybertrooper pembangkang mengenai isu koyak kertas usul di pesidangan Dewan Rakyat.

[Video] DSAI : Najib, kamu Perdana Menteri, tak boleh tipu

Posted: 26 Dec 2013 05:06 AM PST

Polis tahan pemilik FB nak merusuh guling kerajaan...

Posted: 26 Dec 2013 02:19 AM PST

Polis telah menahan suspek pemilik akaun facebook, Asmaelz Hadzeny II yang membuat kenyataan berbaur hasutan mengajak orang ramai untuk menyertai sebuah perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan baru-baru ini.

Suspek tersebut ditahan pada Khamis pada jam 11.00 pagi di Saratok, Sarawak.

"Penganggur yang berusia 25 tahun itu dalam proses untuk dihantar ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen,"kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Datuk Hadi Ho Abdullah.

Media sebelum ini melaporkan mengenai Asmaelz Hadzeny II yang dikesan menulis kenyataan menghasut orang ramai melakukan rusuhan bagi mengguling kerajaan pada 31 Disember ini di laman Facebooknya.

Berdasarkan akaun FBnya, beliau dilapor mengajak orang ramai membuat persiapan untuk merusuh selain membawa peralatan mempertahankan diri daripada anggota polis.

"...kita akan memerlukan tenaga yang lebih untuk menggulingkan kerajaan zalim...pada malam ambang sambutan tahun baru.

Ayuh rakyat ayuh! kalau boleh sila bawa perkakasan, peralatan untuk mempertahankan diri daripada....polis," kata status berkenaan.

Berikutan kenyataan berbaur hasutan itu, polis telah membuka kertas siasatan dan menubuhkan pasukan khas dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman bagi menahan Asmaelz Hadzeny II dan mana-mana individu yang terlibat dalam perhimpunan itu.-26/12/2013 - AgendaDaily

Maknyah pengkid boleh diambil tindakan

Posted: 26 Dec 2013 02:02 AM PST

KUANTAN: Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) melaksanakan undang-undang syariah baru iaitu mengambil tindakan kepada mak nyah dan pengkid selepas mengemaskini Enakmen Jenayah Syariah 2013.
Menerusi enakmen jenayah syariah yang sudah dilaksanakan sejak 1 Disember lalu, mak nyah dan pengkid yang ditahan penguatkuasa boleh dikenakan tindakan penjara maksimum setahun atau denda tidak lebih RM1,500. 
Timbalan Yang Dipertua MAIP Datuk Seri Wan Wahid Wan Hassan berkata, sebelum ini tiada tindakan tegas dikenakan terhadap lelaki yang berpakaian seperti wanita atau sebaliknya menyebabkan kegiatan tidak bermoral itu berleluasa.

"Sebelum kita hanya menahan mereka dan memberi nasihat supaya berubah namun tidak memberi sebarang kesan malah semakin menjadi-jadi. Jadi selepas ini, tindakan penjara atau denda atau kedua-dua boleh dikenakan kepada mereka jika sabit kesalahan," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini tiada lagi kes mak nyah atau pengkid yang dikenakan tindakan undang-undang mengikut Enakmen Jenayah Syariah 2013 kerana ia baru dikuatkuasakan awal bulan ini. - myMetro

Derita rakyat tiada siapa yang tahu

Posted: 26 Dec 2013 12:04 AM PST

  • Derita rakyat tiada siapa peduliKesesakkan lalu lintas membebankan pengguna jalan raya.
 1 / 3 
SUDAH jatuh ditimpa tangga! Itulah perumpamaan paling tepat bagi menggambarkan keadaan rakyat Malaysia hari ini kerana terus dihimpit kesan daripada 'pesta'  kenaikan berganda barangan keperluan mulai tahun depan.

Tanggal 1 Januari 2014 adalah permulaan paling mencabar kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah, sederhana dan golongan miskin. Pada tahun itu, rakyat perlu 'survive' kerana harga barangan dan perkhidmatan mula dinaikkan secara serentak.

Semua kenaikan itu berlaku selepas PRU13 Mei lalu, apabila kerajaan mengumumkan satu persatu kenaikan harga barang dan perkhidmatan atau pengurangan serta pemansuhan subsidi berselang dalam tempoh sebulan sejak September lalu.


Bermula dengan pengurangan subsidi yang menyebabkan kenaikan petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, diikuti pemansuhan subsidi gula 34 sen, kemudian peningkatan tarif elektrik 4.99 sen satu kilowatt sejam (KWJ), semakan semula kadar gas, tambang LRT serta monorel dan terbaru kadar tol membabitkan 15 lebuh raya, seolah-olah membentuk siri rangkaian kenaikan harga.

Jadi, bermulalah era kos sara hidup tinggi. Pendapatan bulanan makin meningkat. Itu reaksi rata-rata rakyat yang mengakui kenaikan harga barangan dan perkhidmatan memberi kesan kepada mereka terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Masyarakat baharu hendak mengejar status negara berpendapatan tinggi, tetapi belum sampai ke tahap itu, kerajaan sudah menaikkan macam-macam harga barang keperluan. Mahu tidak mahu rakyat terpaksa 'menelan' juga.

Rasa tidak puas hati dan marah ini boleh ditinjau di mana-mana sahaja termasuk dalam laman sosial dan menerusi temu bual yang dilakukan. Seharusnya, pendapat dan suara mereka inilah yang perlu diambil kira serta dinilai apabila membuat sebarang keputusan.

Malah, terdapat segelintir masyarakat mempersoal, tidak cukupkah kerajaan menaikkan petrol, gula dan tarif elektrik untuk memulihkan ekonomi negara sehingga terpaksa menaikkan lagi harga tol dan tidak kurang juga ada yang turut mempersoalkan syarikat konsesi lebuh raya yang mengutip tol, apakah mereka tidak untung, sedangkan setiap hari membuat pungutan jutaan ringgit?

Ada desas-desus menyatakan, kerajaan seperti orang 'kemaruk' kerana tidak mempedulikan langsung akan kesan kenaikan harga yang membebankan rakyat.

Sejak diumumkan pelbagai kenaikan, rakyat amat terkesan terutama masyarakat yang tinggal jauh dari tempat kerja. Kos golongan ini boleh dikatakan meningkat 10 hingga 30 peratus daripada perbelanjaan biasa.

Pemerhati ekonomi yakin rakyat tidak ingin mendengar atau teruja berapa bilionkah diperuntukkan oleh kerajaan untuk mana-mana projek mega ataupun keuntungan pelaburan yang kononnya diakui kerajaan.

Yang mereka tahu dan mahu ialah apakah pulangannya kepada rakyat dan apa yang kerajaan boleh lakukan untuk mengurangkan bebanan mereka?

Ini kerana ada rumah perlu dibayar ansuran bulanan atau sewaan, duit perbelanjaan untuk makan, persekolahan anak-anak, kenderaan perlu diisi petrol, bil asas, kos rawatan penyakit dan macam-macam lagi.

Jika dahulu seseorang individu yang berulang-alik dari Banting ke Shah Alam membelanjakan hampir RM410 sebulan bagi isian petrol dan tol, tetapi kini meningkat kepada RM570. Itu belum termasuk kadar tol baharu yang akan diumumkan kerajaan.

Ini bererti peningkatan bulanan berlaku hampir RM170, jika naik sebuah kereta Kelisa atau Kancil. Itu baharu penggunaan untuk ke tempat kerja, belum lagi ke lokasi lain. Jumlah itu belum termasuk lagi dengan lain-lain bayaran.

Angka itu agak banyak bagi individu yang pendapatan bulanannya RM3,000 dan jika kesemua perbelanjaan itu ditolak seseorang individu  mungkin memperolehi lebihan wang sekitar RM50 dan mungkin juga negatif.

Betapa kecil pendapatan bulanan RM3,000 pada dunia hari ini. Apa akan terjadi jika seseorang itu mempunyai pendapatan yang lebih rendah daripada itu? Tidakkah mereka terus menderita?

Paling tidak rasional, mengapa perlu membayar tol di lebuh raya yang sentiasa sesak. Bukankah sepatutnya caj tol itu dikutip bagi melancarkan lagi perjalanan, bukan menyesakkan.
Ada individu yang menganggap sia-sia sahaja bayar RM1.10, pagi atau petang sama juga sesaknya.

Perkara seperti itu perlu dikaji dahulu oleh kerajaan. Berbaloikah kenaikan kadar tol untuk rakyat jika terpaksa mengharungi arus kenderaan yang panjang dan banyak masa serta tenaga dihabiskan di jalan raya.

Janganlah memberi alasan pengguna boleh menggunakan jalan alternatif mengelak tol. Penggunaan lebuh raya kini adalah satu kemestian bukan lagi ada jalan alternatif boleh mengelak tol. Jika ada pun berbatu-batu jauhnya.

Berbaloikah guna jalan tidak ada tol tetapi kos petrol meningkat? Kalau orang kaya tidak apalah setakat isi minyak RM100 celah gigi sahaja. Tapi kalau orang miskin banyak benda keperluan hendak dilakukan dengan wang sebanyak itu.

Terdapat juga suara mengatakan pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya menganggap kenaikan tol terlalu tinggi.

Tidak logik kerja di Kuala Lumpur, duduk di Shah Alam terpaksa mencari jalan jauh untuk ke tempat kerja bagi mengelakkan tol. Pihak berwajib patut beri penjelasan yang lebih rasional daripada meminta orang ramai mengelak menggunakan atau membeli itu dan ini apabila harga sesuatu perkhidmatan atau barangan itu naik.

Apabila terus-menerus memberi alasan sebegitu, ia akan memberi persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan. Sedangkan banyak usaha yang telah dibuat untuk manfaat rakyat, tenggelam begitu saja akibat salah beri penjelasan.

Bagaimanapun, masyarakat percaya sudah tentunya kerajaan mempunyai formula terbaik untuk mengurangkan bebanan rakyat. Asas kepada formula itu sudah tentulah dengan mendengar keluh kesah rakyat.

Perkara ini dipersetujui Presiden Pertubuhan Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), Dr Chandra Muzaffar yang menganggap pengumuman kadar kenaikan tol memberi satu kekeliruan kepada rakyat.

Dr Chandra berkata, kekeliruan ini berlaku berikutan kenyataan kenaikan kadar tol tersebut dikeluarkan oleh menteri yang berbeza.

"Semestinya rakyat sedikit terkejut, yang mana pada mulanya kadar tol akan disemak dan selepas beberapa hari kemudian kadar kenaikan telah disahkan.

"Namun demikian, elok kita tunggu beberapa hari lagi sebelum sebarang kenyataan dikeluarkan kerana saya percaya ianya akan diperjelaskan dengan lebih terperinci lagi," katanya.

Selain itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dalam kenyataannya, turut berpendapat kerajaan mengabaikan penderitaan yang dialami oleh rakyat, sedangkan kerajaan sepatutnya berusaha mengurangkan kos sara hidup rakyat agar tidak naik mendadak.

Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Mohd Nizam Mahshar ketika dihubungi Sinar Harian berkata pihaknya ada menerima maklum balas daripada rakyat yang rata-rata menyuarakan keresahan terhadap siri kenaikan yang akan dilalui mereka tahun depan.

Menurutnya, ramai rakyat tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan menaikkan harga barang dan perkhidmatan kerana kos sara hidup yang terus meningkat.

"Semua reaksi yang diperolehi MTEM adalah negatif  dengan tindakan kerajaan yang menaikkan harga barang dan perkhidmatan secara mengejut serta kegagalan memberi penjelasan berhubung kenaikan yang ingin dilaksanakan," katanya.

Mohd Nizam berkata, kerajaan perlu mendengar  pandangan dan keluh kesah rakyat kerana jika tidak, rakyat sudah pasti akan berasa dipinggirkan di negara sendiri. - Sinar Harian

Tiada ulasan: