Jumaat, 27 Disember 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[TERBONGKAR] Wang Rakyat Disalahguna Biaya Perkasa Bantu BN Hadapi PRU14

Posted: 27 Dec 2013 12:45 AM PST


Isu dana: Isa tak perlu kecoh

SHAH ALAM – Pendedahan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad bahawa Perkasa menerima dana daripada agensi kerajaan dikritik pertubuhan tersebut.

Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya menyifatkan pendedahan itu tidak sepatutnya berlaku dan dibongkarkan kepada media.

"Jika benar pun berlaku (dana) tujuan suntikan itu juga pastinya untuk membantu Umno-BN menang dalam PRU14 kelak.

"Beliau (Isa) veteran parti yang sekian lama berkhidmat dan tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan yang mendedahkan kepada risiko seperti ini untuk digunakan 'musuh' menyerang kerajaan.

"Kalau tahu pun, diam saja tidak perlu heboh. Sekiranya Perkasa menerima suntikan modal pun ia untuk membantu kerajaan juga dalam kelangsungan survival politik BN pada PRU14 kerana agenda utama Perkasa ialah memperjuangkan hak keistimewaan Melayu dan Perlembagaan Negara bukannya kegunaan peribadi," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, katanya Perkasa Selangor tidak menerima saluran kewangan daripada agensi kerajaan tetapi tidak menolak kemungkinan ia hanya di peringkat pusat.

"Di peringkat Selangor, Perkasa mengumpul dana hasil sumbangan orang ramai dan usahawan yang sudi menghulur bantuan untuk menjayakan program yang dirancang bermatlamat Melayu, Islam dan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Ali Syed Hassan mengakui menerima bantuan kerajaan seperti dakwaan Isa namun menyifatkan bantuan tersebut tidak sebanyak yang diterima oleh badan bukan kerajaan (NGO) Cina dan India.

Bagaimanapun, beliau meminta Isa menyenaraikan jumlah bantuan kerajaan yang diberikan kepada pertubuhan itu dalam menjayakan program mereka selama ini.

"Senaraikan jumlah bantuan yang diberikan kepada Perkasa. Berapa banyak? Berjutakah? Berbilionkah? Kami tidak nafikan ada agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tata Negara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) membantu Perkasa," katanya. -SH


Bantuan kerajaan kepada Perkasa dedah wajah sebenar Umno, kata Nik Nazmi


Pengakuan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menerima bantuan kerajaan telah mendedahkan wajah sebenar Umno dan Barisan Nasional, kata seorang pemimpin PKR.

Ahli DUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata wang rakyat digunakan untuk memberi subsidi kepada sebuah NGO perkauman seperti Perkasa yang katanya adalah perkakas Umno dan BN untuk membakar sentimen perkauman.

"Pengakuan Perkasa dan Isa bahawa NGO tersebut menerima bantuan kerajaan menerusi agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tatanegara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) mendedahkan wajah sebenar Perkasa merupakan perkakas Umno-BN.

"Kita telah pun menegaskan sebelum ini bahawa Perkasa merupakan perkakas Umno-BN untuk membakar sentimen perkauman. Pendedahan ini membuktikan wang rakyat digunakan untuk memberi subsidi kepada NGO perkauman dan menjayakan strategi pecah dan perintah Umno-BN," kata Nik Nazmi yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.


Semalam, setiausaha agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali mengakui NGO itu menerima bantuan daripada agensi kerajaan, tetapi menyifatkan jumlah yang diterima tidak sebanyak yang diberikan kepada pertubuhan Cina dan India.

Kata beliau, bantuan yang diterima tidak setimpal dengan usaha Perkasa menarik semula sokongan orang Melayu kepada BN.

Menurut Nik Nazmi, bantuan dari BTN menimbulkan persoalan badan kerajaan itu tentang peranannya menyebarkan propaganda politik dan perkauman.

Katanya, kerajaan pada 2009 telah memberikan komitmen untuk melakukan perubahan kepada BTN, tetapi jika biro itu terlibat membantu Perkasa, maka tiada perubahan yang dilakukan kerajaan.

"Ramai termasuk saya sendiri sebelum ini membangkitkan program BTN yang bukan sahaja menyebarkan propaganda politik malah perkauman. Jika BTN merupakan antara agensi terlibat membantu Perkasa, nyata sekali tiada apa-apa perubahan.

"Slogan 1Malaysia dan transformasi yang diwar-warkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi terbukti tidak membawa sebarang makna," katanya.

Isnin lalu, Isa, dalam mempertikaikan dakwaan Perkasa bahawa ia boleh mengganti Umno untuk menjaga kepentingan orang Melayu, mendedahkan pertubuhan itu sendiri bergantung kepada Umno.

"Kami lindungi Perkasa dan mereka banyak menerima faedah daripada kita (Umno). Bagaimana mereka nak gantikan kami (Umno)," katanya.
-TMI


ULASAN GB

Pakatan Rakyat perlu membuat laporan polis dan SPRM terhadap isu ini untuk tujuan rekod.

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Segalanyanya terbongkar kini. UMNO BN menggunakan wang rakyat untuk disalurkan kepada PERKASA dan NGO yang lain bagi membantunya menghadapi PRU14 nanti.

Namun, yakinlah, setiap penyalahgunaan wang rakyat akan lebih cepat menamatkan riwayat UMNO BN kerana tindakan sedemikian tidak akan sekali-kali direstui rakyat.

Namun perbuatan salahlaku berkenaan wajar didedahkan dan mereka yang terlibat wajar menerima hukuman.

[BERGAMBAR] Mendiang Minta Mayatnya Dibalut Bendera Pas

Posted: 26 Dec 2013 06:45 PM PST


Keluarga Hindu balut keranda dengan bendera PAS

Jarang-jarang berlaku, sebuah keluarga India beragama Hindu memilih membalut keranda ahli keluarganya yang meninggal dunia dengan bendera PAS.

Tiga keping gambar berkaitan dimuatkan dalam akaun Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri Meru Dr Rani Osman semalam.

Ia memaparkan mendiang Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kota Raja, Letchumany Maniam diusung dalam keranda yang berbalut bendera parti Islam itu.

Ia mendapat komen menggalakkan daripada penggguna laman sosial itu.

Ketua Pemuda PAS Selangor Mohd Sany Hamzan memberitahu Malaysiakini, tindakan ahli keluarga mendiang bertujuan menggambarkannya mendiang sebagai pejuang PAS sejati walaupun beragama Hindu.

Tambahnya, ia sekali gus, menunjukkan penerimaan yang cukup baik dari kalangan bangsa lain terhadap parti itu daripada kalangan bukan Melayu.

"Apa yang terbukti perjuangan apabila Ketua Wanita DHPP itu dibalut dengan bendera PAS itu menunjukkan beliau seorang pejuang PAS sejati walaupun duduk dalam PAS sebagai DHPP.

"Ia menunjukkan PAS sudah boleh diterima bukan Islam," katanya lagi.

Ditanya sama ada tindakan itu bertentangan dengan perjuangan PAS, Sany menegaskan, ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan syiar Islam dan tidak membawa kesan buruk.

"Tiada sebarang tanggapan negatif pada saya dan PAS sendiri," katanya. -mk



ULASAN GB

GB difahamkan pembalutan mayat mendiang dengan bendera PAS itu diminta oleh mendiang kepada keluarganya sebelum beliau meninggal dunia.

Apa yang jelas kini ialah semakin ramai bukan Islam yang telah menerima dan menyayangi perjuangan PAS. Hukum kebenaran dan keadilan akan memperlihatkan kepada kita bahawa perjuangan yang benar itu akan sentiasa diterima oleh hati-hati yang cintakan kebenaran sekalipun zahirnya berlainan warna kulit, bahasa, bangsa ataupun agama. Ini kerana kebenaran dan keadilan yang berasaskan "addin" itu cuma satu yang sifatnya universal dan itulah yang menyatukan hati manusia yang zahirnya berbeza itu.

Semuga hidayah dilimpahkan ke atas ahli keluarganya yang masih hidup.

Tiada ulasan: