Kelab Greenboc |
- Mahkamah Kekalkan Keputusan Perintah Blogger UMNO, Padijantan Bayar RM130,0000
- [VIDEO & GAMBAR] Ribuan Ikan Di Pantai Lahad Datu.. Penduduk Bimbang...
- Akhirnya Diyana Halik, Isteri Aaron Aziz Ambil Keputusan Berhijab
- "Himpunan Guling Kerajaan" Fitnah Lama Yang Didendang Semula
Mahkamah Kekalkan Keputusan Perintah Blogger UMNO, Padijantan Bayar RM130,0000 Posted: 25 Dec 2013 12:15 AM PST Alor Setar - Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam mengekalkan keputusan memerintahkan pengendali blog Padi Jantan, Sobri Sudin membayar RM130,000 kepada bekas Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor kerana memfitnahnya dengan menyiarkan laporan palsu di laman blog berkenaan. Pesuruhjaya Kehakiman, Abu Bakar Katar, membuat keputusan berkenaan dalam kamarnya. Gambar: Sanuri (kiri) lega dengan keputusan mahkamah. Abu Bakar menolak permohonan lampiran 22 dan 23 defendan untuk mengetepikan perintah mahkamah berhubung lampiran 16 berkenaan fitnah yang dibuatnya pada 22 Julai tahun lalu terhadap Sanusi mengaitkan plaintif dengan jenayah rasuah RM1.3 juta. Bagaimanapun keputusan memihak kepada plaintif yang dibuktikan dalam perbicaraan penuh. Menurutnya, lampiran 23 dan 23 berkenaan ditolak dengan kos RM2,000 kerana defendan gagal membuktikan isi kandungan afidavit sokongannya antara lain beliau tidak pernah menerima writ saman berhubung tuntutan kes berkenaan. Berdasarkan fakta, pada 30 April lalu penyampaian ganti sudah beberapa kali pergi ke alamat yang diketahui milik defendan namun beliau tiada di rumah. Akhirnya pada 9 Jun, penghantar notis mahkamah memfailkan afidavit penyampaian ganti di mahkamah dan menampalkan notis terbabit di alamat terakhir beliau di Flat Taman Seri, Gemilang, Mergong serta papan kenyataan mahkamah. Mahkamah memutuskan defendan gagal untuk membuktikan beliau tidak menetap di alamat itu dan kes berkenaan tamat serta tiada sebarang rayuan di peringkat mahkamah rayuan berikutan defendan gagal memasukkan sebarang notis rayuan yang berakhir pada 30 November lalu. Keputusan pada 30 Oktober kekal dengan defendan diarahkan membayar ganti rugi am RM100,000 dan kos RM30,000 serta tambahan RM2,00 Muhammad Sanusi diwakili peguam Amirul Fairuzzeen Jamaluddin manakala defendan diwakili Shariman Osman. Sementara itu, Shariman akan tetap membuat rayuan terhadap keputusan kehakiman dalam tempoh 14 hari. Pada 27 Februari lalu, Muhammad Sanusi yang ketika itu Setiausaha Politik bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak memfailkan saman fitnah berhubung laporan blog pada 22 Julai 2012, kerana mengaitkan dirinya dengan rasuah RM1.3 juta, selain didakwa berada dalam lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah. Menurutnya, dakwaan itu bersifat fitnah kerana ketika itu, beliau hadir pada program menteri besar menyampaikan sumbangan Ramadan di Masjid Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar. Dalam tuntutannya, Muhammad Sanusi mendakwa laporan itu berniat jahat memfitnahnya menyebabkan beliau dan keluarga menanggung malu. "Saya bersyukur kerana keputusan ini kekal sekali gus dapat membersihkan semula maruah saya yang tercalar. Duit berkenaan kelak akan digunakan untuk tujuan kebajikan," katanya. Dalam pada itu, Amirul Fairuzzeen berkata, pihaknya akan memfailkan pelaksanaan terhadap defendan untuk melangsaikan bayaran dengan segera. -SH klik untuk baca |
[VIDEO & GAMBAR] Ribuan Ikan Di Pantai Lahad Datu.. Penduduk Bimbang... Posted: 24 Dec 2013 08:34 PM PST Beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan. Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi tadi. Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan. "..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat. "Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut. "Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya. Dalam pada itu, Sinar Harian Online mendapati video mengenai peristiwa itu yang berdurasi dua minit tiga puluh lima saat telah dimuatnaikkan di laman Youtube. Sebelum ini, kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlaku bencana alam tersebut. -SH ULASAN GB Beberapa hari sebelum tsunami 26 disember 2004.. beribu-ribu ikan terdampar di pantai. PDan pernah juga peristiwa ikan mati secara banyak pernah dilaporkan di blog ini pada 10/3/2011 iaitu berjuta ikan mati di Los Angeles, yang kemudiannya pada hari berikutnya iaitu pada 11/3/2011 benar-benar berlaku bencana tak terperi dasyatnya iaitu Tsunami di Jepun. Ia ada kaitan kerana kedudukan pantai Los Angeles berada di sebelah timur Jepun. Begitu juga di New Zealand, pada 21 Feb 2011, GB memuatkan entri satu berita mengenai Misteri: 100 Paus Ditemui Mati Di Pantai New Zealand, dan kemudian pada 23 Feb 2011 pula, tiba-tiba berlakulah apa yang dikatakan [Bergambar] Lebih 60 Terbunuh Akibat Gempa Di New Zealand. Peristiwa ikan yang tmbul, hidup atau mati, nampaknya semacam tidak signifikan semasa kejadiannya, tetapi ia adalah impak dari satu malapetaka yang telah berlaku lebih awal di dasar laut sebelum ia benar-benar muncul sebagai satu bencana di permukaannya. Sekarang berlaku pula di Lahad Datu, Sabah, satu tempat yang pernah menggemparkan negara dengan kes tentera Sulu sebelum PRU13 dulu, petunjuk apakah itu ....? |
Akhirnya Diyana Halik, Isteri Aaron Aziz Ambil Keputusan Berhijab Posted: 24 Dec 2013 04:15 PM PST Pelakon terkenal, Aaron Aziz atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz melahirkan rasa syukur apabila isterinya Diyana Halik, 30, akhirnya membuat keputusan untuk berhijab. Memetik laporan mStar Online, Aaron, 37, berkata, dia ada meminta isterinya untuk bertudung selepas menunaikan umrah dua tahun lalu, namun tidak memaksa wanita itu untuk berbuat demikian. "Saya bersyukur akhirnya dia ambil keputusan untuk bertudung dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan. "Sebelum ini ada juga meminta dia berhijab iaitu selepas pulang menunaikan umrah dua tahun lalu, namun saya tidak mahu terlalu memaksa dan biar dia melakukannya dengan kerelaan hatinya sendiri," katanya ketika ditemui pada sidang media Oh My English-Hello America, di Hotel Hilton, semalam. Sementara itu, menurut Diyana, tindakan mengenakan selendang di kepala ketika berada di pesawat dalam perjalanan pulang dari percutian di Hong Kong menjadi titik mula hatinya terbuka untuk terus bertudung. Tambahnya lagi, Aaron kerap kali menghantar video-video dan bercerita tentang hari kiamat menguatkan lagi hatinya untuk berhijrah. "Sejak kebelakangan ini, Aaron banyak bercerita tentang petanda kiamat dan perkara itu menguatkan hati saya untuk bertudung. "Sebelum ini memang saya sudah ada niat untuk berubah, cuma hati masih belum benar-benar bersedia," katanya yang belum berkesempatan membeli tudung untuk membolehkan imejnya kelihatan lebih sempurna," katanya. |
"Himpunan Guling Kerajaan" Fitnah Lama Yang Didendang Semula Posted: 24 Dec 2013 05:15 AM PST Himpunan guling kerajaan hanya fitnah - Khalid Samad SHAH ALAM: Dakwaan kononnya perhimpunan pada 31 Disember nanti adalah usaha sesetengah pihak untuk mengguling kerajaan adalah fitnah golongan yang tidak bertanggungjawab. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad pada satu sidang media pagi ini menjelaskan, himpunan tersebut hanya untuk menyatakan rasa tidak puas hati rakyat berhubung dengan keputusan kerajaan menaikkan kadar harga beberapa perkhidmatan dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Katanya lagi, tuduhan 'menggulingkan kerajaan' adalah satu tindakan kotor pihak tertentu untuk menggagalkan perhimpunan tersebut serta memastikan suasana yang tidak aman dan mendatangkan kekecohan. "Tuduhan mengatakan himpunan pada 31 Disember itu sebagai usaha untuk menggulingkan kerajaan adalah fitnah yang dilemparkan oleh pihak yang tidak bertanggunhjawab. "Ia sebagai usaha untuk menggagalkan himpunan dan secara tidak langsung bertujuan menimbulkan suasana yang tidak aman dan boleh mendatangkan kekecohan. "Kita tegas himpunan tersebut hanya untuk menyatakan bantahan kepada keputusan kerajaan yang terus menekan rakyat dengan kadar kenaikan yang melampau serta pelaksanaan GST yang tidak sepatutnya," jelasnya. Jelas beliau, Pakatan Rakyat sentiasa menghormati prinsip demokrasi bahawa setiap peralihan kerajaan dilakukan secara aman melalui pilihan raya. Katanya, Pakatan Rakyat tidak sesekali mengambil alih kerajaan melalui kekerasan tanpa melalui sokongan serta mandat rakyat. "Kita hormati demokrasi, setiap peralihan kuasa kita akan lakukan melalui proses pilihan raya yang aman. "Bukan cara kita dalam Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan dengan cara kekerasan, kita memerlukan mandat sepenuhnya dari rakyat barulah pemerintahan itu dapat dilakukan dengan adil, aman dan saksama," sambung beliau. Beliau juga menasihati mereka yang hadir pada perhimpunan itu supaya mengawal tingkah laku dan tidak menimbulkan provokasi yang boleh mendatangkan ketegangan. Jelasnya, kerjasama baik antara pihak berkuasa dan mereka yang hadir akan dapat memastikan luahan tidak puas hati kepada keputusan kerajaan itu dapat berjalan dengan baik, lancar dan aman. -HD ULASAN GB Sebenarnya, gelaran "Himpunan Guling Kerajaan" adalah taktik lama yang dikumandang untuk menggagalkan sebarang perhimpunan rakyat. Sebelum PRU13 dahulu iaitu sewaktu BERSIH ingin mengadakan perhimpunan BERSIH 3.0, istilah "himpunan guling kerajaan" telah dimainkan. KPN ketika itu Tan Sri ismail Omar telah mengeluarkan kenyataan untuk memburu dalang himpunan guling kerajaan berkenaan. Menteri KDN sewaktu itu, Hishamuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah mengisytiharkan pertubuhan BERSIH sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai. Tetapi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kemudiannya telah membatalkan pengisytiharan menteri berkenaan. Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya berkata BERSIH telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang. Kini episod itu berulang semula. Sepertimana yang GB pernah ulas sebelum ini: Kerajaan yang ada tidak perlu digulingkan oleh rakyat. Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan dimana sesebuah kerajaan akan terguling dengan sendirinya apabila ia sudah tidak layak untuk memerintah negara. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan