Kelab Greenboc |
- TERKINI: Mahkamah Tolak Permohonan Untuk Reman Azan Safar -updated
- [SI TANGGANG MODEN] Anak Jadikan Ibu Sebagai Mangsa Seksualnya
- Parlimen Bagan Dato Bergegar: Si Angkuh Itu Bakal Terhukum
- [EDISI CAKAP BENAR] MP Pulai: BN Akan Kalah Teruk Pada PRU14
TERKINI: Mahkamah Tolak Permohonan Untuk Reman Azan Safar -updated Posted: 24 Dec 2013 12:01 AM PST Mahkamah Majistret hari ini telah mkenolak permohonan polis untuk mereman Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Azan Safar. Pihak polis dilaporkan telah memohon mahkamah untuk menahan reman Sdra Azan selama tujuh hari namun telah dibantah oleh peguan yang mewakili Azan yang yang mendakwa alasan reman yang tidak munasabah iaitu tuduhan untuk mengguling kerajaan. Peguam Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata beliau juga menjangkakan Azan akan dibebaskan selewat-lewatnya jam 11 malam ini, apabila tempoh penahanan 24 jam itu berakhir. "(Permohonan polis) ditolak memandangkan tiada keperluan dia ditahan begitu lama. "Namun,terpulang pada polis kalau ada bukti cukup untuk mendakwa di mahkamah. Kita akan bela Azan," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas keputusan majistret tersebut. Katanya lagi, polis menyiasat siswa Universiti Kebangsaan Malaysia itu mengikut Seksyen 124(C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman. Azan telah ditahan di Kuala Lumpur malam tadi berhubung satu rancangan perhimpunan pada malam ambang tahun baru 2014 yang dikatakan berniat menggulingkan kerajaan. Azan ditahan kira-kira jam 12 tengah malam tadi ketika sedang makan bersama kawan-kawannya di sebuah restoran di Kampung Baru. Azan yang sebelum ini melancarkan Turun di hadapan Kompleks Membeli-belah Sogo merancang untuk mengadakan himpunan ketika sambutan ambang tahun baru 2014 di Dataran Merdeka sebagai protes kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Kerajaan baru-baru ini mengumumkan tarif elektrik akan naik sebanyak 15 peratus bermula Januari 2014. Selain itu, kadar tol di 15 lebuh raya juga dijangkakan naik. Pada September, Putrajaya memotong subsidi petrol RON 95 dan diesel yang menyaksikan kenaikan harga bahan bakar itu dan harga barang keperluan asas lain. Pada Oktober semasa membentangkan Bajet 2014, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan mengumumkan subsidi gula dihapuskan secara serta-merta. Kumpulan aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk polis kerana menahan Azan malam tadi. "Kini masih dalam rumah pasung. SAMM mempersoalkan apa keperluan tangkapan seperti ini? Boleh sahaja panggil elok - elok datang ke balai polis untuk ambil maklumat," kata kumpulan aktivis itu dalam satu kenyataan hari ini. "SAMM mendesak pembebasan segera Azan Safar," kata kenyataan itu |
[SI TANGGANG MODEN] Anak Jadikan Ibu Sebagai Mangsa Seksualnya Posted: 23 Dec 2013 09:20 PM PST Kota Bharu - Seorang guru wanita mengalami igauan ngeri sepanjang hidupnya apabila menjadi mangsa pukul dan gangguan seksual anak sendiri yang berusia 19 tahun. Mangsa berusia 54 tahun yang menetap di Lorong LPP Lundang itu menjadi mangsa anak lelakinya hampir setiap hari sehinggalah kejadian terakhir pada jam 6.30 petang, 21 Disember lalu. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang berada di rumah ketika itu diserang suspek dengan kayu penyapu. Tanpa mengetahui puncanya, suspek tiba-tiba sahaja mengamuk dan memukul wanita tersebut di punggung, belakang dan bahu kiri. "Akibat daripada itu, ibu suspek cedera dan luka dengan kesan lebam, sakit serta pedih di bahagian yang dipukul suspek," katanya kepada pemberita, semalam. Suspek sebelum ini sering kali berkelakuan dan bercakap perkara-perkara lucah terhadap ibunya. "Setiap hari, remaja lelaki tersebut akan menunjukkan aksi perhubungan seks serta pernah meletakkan tangan di atas dada dan punggung ibunya. "Dia juga kerap kali datang ke sekolah untuk meminta wang dan mengugut pengadu menyebabkan pengadu ketakutan dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap tugasan seharian," katanya. Sudah tidak betah untuk bertahan, wanita terbabit kemudian membuat laporan polis menyebabkan pekerja kilang yang masih bujang tersebut ditahan bagi membantu siasatan. "Suspek dipercayai penagih tegar dan ditahan reman mengikut Seksyen 324 dan 509 Kanun Keseksaan," katanya. -SH |
Parlimen Bagan Dato Bergegar: Si Angkuh Itu Bakal Terhukum Posted: 23 Dec 2013 04:45 PM PST Mahkamah benarkan kemenangan Zahid Hamidi di Bagan Datoh dicabar Mahkamah Persekutuan hari ini menghantar semula petisyen pilihan raya bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh ke mahkamah pilihan raya dan ia menjadikan nasib Ahli Parlimennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi belum dapat diputuskan. Panel lima hakim diketuai Tan Sri Raus Sharif, ketika membenarkan permohonan oleh dua pempetisyen berkata, sesiapa sahaja boleh memfailkan petisyen. "Pempetisyen tidak perlu secara fizikal memfailkan petisyen itu sendiri," katanya ketika membacakan keputusan sebulat suara itu. Madhi Hasan dan Azmi Sulaiman memfailkan dua petisyen dengan asas bahawa Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri didakwa melakukan rasuah dan perbuatan menyalahi undang-undang. Antaranya ialah membeli undi dan berbelanja melebihi RM200,000 untuk mendapatkan kerusi Parlimen itu. Bagaimanapun, merit kes berkenaan tidak dapat didengar kerana Hakim Mahkamah Pilihanraya, Datuk Umi Kalthum Abdul Majid membuang petisyen berkenaan susulan daripada bantahan awal bahawa petisyen perlu dihantar sendiri secara fizikal oleh pempetisyen. Pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu, Zahid menewaskan Madhi dengan majoriti 2,108 undi. Zahid memperolehi 17,176 undi manakala Madhi yang bertanding atas tiket PKR mendapat 15,068 undi. Peguam Edmund Bon, New Sin Yew, Chan Yen Hui dan Joshua Tay mewakili pemohon manakala Zahid diwakili peguam Datuk Firoz Hussein. Mahkamah juga membenarkan atas alasan yang sama seperti rayuan K. Vasantha Kumar bagi petisyen pilihan raya Tapah. Kerusi itu dimenangi oleh Datuk M. Saravanan, kini Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Hal yang sama juga berlaku apabila ia membenarkan rayuan oleh calon pembangkang untuk kerusi DUN Lubuk Merbau di Perak. Bagaimanapun mahkamah menolak rayuan untuk kerusi Parlimen Sungai Besar, Kuala Selangor, Batu dan Lembah Pantai. Awal pagi tadi, satu jawatankuasa yang dianggotati lima orang dengan dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria membenarkan rayuan bagi kerusi parlimen Ketereh di Kelantan. Peguam Sivarasa Rasiah, yang mewakili perayu Abdul Aziz Abdul Kadir, memberitahu mahkamah bahawa bilangan undi dijadualkan dalam lembaran skor dipegang oleh Pilihan Raya Suruhanjaya dan terdapat enam Borang 14 yang berbeza. Beliau berkata, terdapat perbezaan 6,000 undi dan ini boleh mengubah keputusan pilihan raya. Mahkamah bersetuju dengan Sivarasa dan memerintahkan kes berkenaan diteruskan dan didengar sebagai perbicaraan penuh. "Kami akan dapat membawa saksi untuk memberi keterangan di hadapan hakim pilihan raya," katanya. Pada pilihan raya lalu, wakil BN Datuk Annuar Musa BN merampas kerusi daripada Abdul Aziz dengan 974 undi majoriti. Abdul Aziz mewakili parti PKR, memenangi kerusi itu pada tahun 2008. ULASAN GB Tak sangka begitu cepat Allah memperkenankan doa kita. Sebelum ini GB di dalam satu entri bertajuk: Ahli PAS Turut Terhina, Akan Berdoa Pastikan Zahid Hamidi Terima Hukuman GB menulis... petikan: Dengan membuat kenyataan seperti itu Zahid melakukan dua kesalahan besar. Pertama memfitnah Mat Sabu (orang no 2 PAS) dan kedua menghina ahli PAS yang telah memilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. Zahid sebelum ini dengan angkuh dan sombong menyatakan tak gentar ke mahkamah jika disaman Mat Sabu. Sekarang tak perlu tunggu saman Mat Sabu, kena mahkamah jawab kes salahlaku dalam PRU. Jika benar kemenangan Zahid Hamidi di parlimen Bagan Datoh itu adalah dengan salahlaku, rasuah dan penipuan, maka kemenangan itu tiada berkatnya. Jika terbukti salahlaku dan rasuah, hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan, Zahid Hamidi bakal menerima hukuman. Keangkuhannya selama ini akan segera terbalas. Ingatlah wahai Zahid. Sifat sombong hanya layak bagi Allah. Ia pakaian Tuhan dan makhlukNya tidak berhak memakainya. Allah SWT berfirman dalam Hadis Qudsi: "Sombong itu selendang-Ku dan keagungan adalah sarung-Ku. Barangsiapa merampas salah satu darinya, Aku lemparkan dia ke Neraka Jahannam." (Riwayat Abu Daud). |
[EDISI CAKAP BENAR] MP Pulai: BN Akan Kalah Teruk Pada PRU14 Posted: 23 Dec 2013 05:15 AM PST BN akan kalah lagi di bandar BN akan berdepan dengan kekalahan lebih teruk di kawasan bandar dan separa bandar pada PRU14. Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata demikian ketika mengulas mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang dibuat dan dirancang untuk dilaksanakan pada masa depan. "Akibat kenaikan itu orang marah dan tidak undi kerajaan. PRU13 kita sudah kalah di bandar dan pada PRU14 nanti, BN akan (kalah) lebih teruk (di bandar)," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Mengenai kesan daripada manifesto BN yang menjanjikan untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat, beliau berkata, pembangkang juga sebenarnya gagal melaksanakan sepenuhnya manifesto seperti mereka janjikan. "Perkara itu terbukti pada negeri-negeri yang ditadbir mereka. "Ada ketikanya, kerajaan tidak dapat elak demi kepentingan negara. Jadi perlu dikorbankan (manifesto itu)," katanya. Nur Jazlan, yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, kerajaan terpaksa berdepan dengan kemarahan rakyat akibat kenaikan harga "Bila dah lama sangat tangguh (melaksanakan sesuatu keputusan), akhirnya kerajaan terpaksa laksanakan juga (kenaikan yang dirancang)," katanya. Ditanya apa seharusnya dilakukan kerajaan sekarang bagi mengurangkan beban rakyat, Nur Jazlan berkata, keputusan yang tepat berada di tangan kerajaan, sama ada mahu tangguh lagi atau teruskan dengan kenaikan (harga barangan dan perkhidmatan). barangan dan perkhidmatan yang sebahagian daripadanya dibuat setelah ditangguhkan. "Kerajaan (sepatutnya) jangan buat keputusan (untuk menaikkan harga barang atau sebagainya) ikut kebimbangan (kerana berhadapan dengan) pilihan raya bagi meraih sokongan (pengundi), tetapi seharusnya buat keputusan ikut kepentingan negara. "Jika kenaikan itu terus ditangguhkan, kemungkinan besar rakyat akan makin terbeban kerana kos semakin meningkat dari semasa ke semasa," katanya. Bagaimanapun, beliau berpendapat, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan bukan hukuman kepada rakyat, tetapi disebabkan tuntutan semasa. Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun berkata, kemarahan rakyat adalah berpunca daripada kurangnya penjelasan agensi terlibat. "Kenaikan seperti (kadar) tarif elektrik dan (kadar) tol berkala sudah berlaku sepanjang masa, bukan perkara baru. "Oleh itu, agensi yang terlibat seharusnya lebih peka untuk memberi penerangan dan (mengadakan) komunikasi bersama rakyat lebih awal, bukan satu atau dua bulan nak naik, baru beritahu. "Keadaan ini memberi kejutan kepada rakyat. Penerangan perlu diberi setahun lebih awal bagi memastikan rakyat faham mengapa kenaikan (harga) diperlukan," katanya. Media, katanya, berperanan besar dalam menyampaikan maklumat tepat agar rakyat faham apa ingin disampaikan kerajaan. -SH ULASAN GB Amat jarang terjumpa kenyataan ahli parlimen UMNO BN apatah lagi para menterinya mampu bercakap benar. Dan pengakuan YB Nur Jazlan bahawa BN bakal kalah teruk pada PRU14 akibat dari kemarahan rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup adalah dipuji berbanding dengan kenyataan-kenyataan bebal seperti GST bakal menurunkan harga oleh Ahamd Maslan atau kenyataan Husni Hanadzlah kononnya dakwaan pembangkang mengenai GST tidak berasas dan seumpamanya. Laksanakan GST, naikkanlah tol dan lain-lain yang menindas rakyat, UMNO BN akan tetap dikuburkan oleh rakyat! |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan