Selasa, 17 Disember 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Ini Video Kes "Polis Terlampau" Yang Tersebar

Posted: 17 Dec 2013 12:45 AM PST


Georgetown - Aksi polis 'terlampau', itu gambaran dalam video bertajuk 'Polis Tampar Orang Awam' yang dimuat naik dalam laman Youtube sejak beberapa hari lalu.

Video berdurasi satu minit enam saat itu disaksikan kira-kira 1,230 selepas dimuat naik sejak Sabtu lalu.

Bukan sahaja tersebar di Youtube malah ramai pengguna laman sosial berkongsi video berkenaan di laman sosail Facebook dan blog.

Video yang memaparkan seorang anggota polis dari Balai Polis Bayan Baru menahan tiga lelaki warga asing terbabit boleh dianggap keterlaluan apabila anggota polis berkenaan bertindak di luar batasan dengan menampar beberapa kali serta memaki hamun tiga lelaki yang ditahan berkenaan.

Difahamkan, kejadian yang berlaku di hadapan sebuah klinik di kawasan Queensbay itu berpunca apabila dua lelaki daripada tiga lelaki berkenaan cuba melarikan diri apabila diminta berhenti untuk diperiksa.

Menurut sumber, anggota berkenaan yang ketika itu bertugas dalam Operasi Ops Payung di kawasan berkenaan meminta dua lelaki berkenaan berhenti untuk diperiksa namun tidak diendahkan mereka.

Berang dengan tindakan dua lelaki berkenaan, anggota itu bertindak mengejar mereka menggunakan motosikal dan berjaya menahan mereka sebelum berlakunya aksi itu.

Difahamkan, akibat daripada perbuatan anggota itu, beliau kini ditukarkan ke Unit Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi dalam satu kenyataannya di sini semalam berkata, Bahagian Tatatertib kontinjen negeri sedang menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.

Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota dan pegawainya yang melakukan kesalahan sehingga mencemarkan nama dan menjatuhkan imej PDRM.

"Arahan dikeluarkan kepada semua ketua jabatan, ketua polis daerah dan ketua formasi untuk memastikan semua pegawai dan anggota di bawah seliaan mereka melaksanakan tugas mengikut undang-undang.

"Jangan sesekali bertindak di luar batasan serta melakukan perkara yang mencemarkan imej pasukan," katanya. -SH

video

[DASAR APARTHEID BN] Hanya Si Kaya Layak Guna Tol!

Posted: 16 Dec 2013 09:10 PM PST


Kenaikan harga tol: Pengguna boleh guna jalan biasa, kata menteri

Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, kenaikan tol yang bakal berlaku tahun hadapan adalah munasabah.

"Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium.

"Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut," kata Abdul Wahid di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Wahid juga menegaskan pihak konsesi perlu menjalankan kajian daya saing untuk memastikan sama ada pengguna dapat menerima kadar tol baru yang dicadangkan sebelum ia dilaksanakan.

"Projek ini dicadangkan dan dilaksanakan oleh sektor swasta dan kerajaan kerajaan akan tentukannya berdasarkan keperluan memandangkan kita perlu pertimbangkan memperbaiki infrastruktur pada kos lebih rendah," terang beliau lagi.

Beliau bagaimanapun mengakui dalam kes dengan pengendali terbesar lebuh raya negara, PLUS, kerajaan mempunyai perjanjian dengan mereka untuk mengekalkan kadar tol hingga tahun 2015.

"Sebagai contoh dengan PLUS, terdapat peluang untuk memanjangkan tempoh konsesi dan mengekalkan kadar tol sehingga tahun 2015 dan kami telah lakukannya," kata Abdul Wahid.

Hujung minggu lalu, Abdul Wahid berkata enaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Beliau berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.

Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.

Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.

Pakatan Rakyat menentang cadangan tersebut kerana langkah itu hanya memberi keuntungan kepada syarikat konsesi dan tidak kepada pengguna. -TMI

Lebuh raya dibina guna dana awam, pemegang konsesi untung berganda


PETALING JAYA 16 DIS: Kadar tol di negara ini sepatutnya diturunkan ekoran syarikat konsesi sudah mengaut untung berkali ganda, kata ahli parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli.

"Sebahagian besar syarikat konsesi juga mendapat banntuan kewangan kerajaan semasa pembinaan termasuk subsidi pengambilan tanah dan pembiayaan mudah melalui Bank Pembangunan.

"Contohnya, Lebuhraya Maju Expressway dibina hampir sepenuhnya mengguna geran kewangan kerajaan RM976.7 juta hingga membolehkan pemegang konsesi membuat pinjaman kecil sahaja untuk menyiapkannya.

"Syarikat konsesi sudah mengaut untung berkali ganda. Sepatutnya umum penurunan kadar tol dan bukan umum kenaikan," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Rafizi turut menempelak kenyataan Wahid konon kenaikan kadar tol sukar dielak dengan alasan ia terkandung dalam perjanjian dengan syarikat konsesi.

"Alasan ini dangkal kerana hakikatnya sebahagian besar pemegang konsesi lebuhraya utama negara seperti Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Prolintas dan Gamuda dikuasai anak syarikat milik kerajaan persekutuan.

"PLUS dikuasai Khazanah dan Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP), Prolintas ialah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu agensi amanah milik kerajaan," kata Rafizi.


Katanya kerajaan adalah pemegang terbesar dalam Gamuda melalui KWSP, Tabung haji, Unit Amanah Saham dan lain-lain yang membentuk 22.59 peratus kepentingan dalam syarikat konsesi lebuhraya itu.

Plus mengendali Lebuhraya Utara Selatan, NKVE, Elite, Linkedua, Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang.

Manakala Prolintas mengendali Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Kemuning Shah Alam dan bakal membina Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang dan Damansara-Shah Alam.

Sementara Gamuda ialah pengendali Lebuhraya Damansara Puchong, Kesas dan Sprint.


ULASAN GB

Dasar Apartheid terbaru diperkenalkan oleh BN. Menteri di JPM dengan angkuh menyatakan "pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi".

Seolah-olah lebuhraya itu hanya untuk kegunaan orang yang ada kemampuan membayar tol, si kaya. Bagi si miskin, bagi yang tidak berkemampuan sila gunakan jalanraya alternatif!

Sedangkan lebuhraya itu dibina menggunakan wang rakyat sepertimana didedahkan oleh Rafizi Ramli:

"Sebahagian besar syarikat konsesi juga mendapat banntuan kewangan kerajaan semasa pembinaan termasuk subsidi pengambilan tanah dan pembiayaan mudah melalui Bank Pembangunan.

"Contohnya, Lebuhraya Maju Expressway dibina hampir sepenuhnya mengguna geran kewangan kerajaan RM976.7 juta hingga membolehkan pemegang konsesi membuat pinjaman kecil sahaja untuk menyiapkannya.

"Syarikat konsesi sudah mengaut untung berkali ganda. Sepatutnya umum penurunan kadar tol dan bukan umum kenaikan,"

[BERGAMBAR] Salji Turun Di Jazirah Arab, Petanda Kiamat Semakin Hampir

Posted: 16 Dec 2013 04:35 PM PST


Mekah - Beberapa hari kebelakangan ini salji telah turun di Jazirah Arab setelah badai Alexa menerjang kawasan tersebut.

Imam Masjidil Haram, Syeikh Su'ud Syuraim, menyatakan bahawa hal tersebut telah membuktikan bahawa Muhammad saw benar-benar seorang nabi dan rasul yang menerima wahyu dari Allah swt, lapor dakwatuna.com

Beliau mengatakan bahwa salji adalah komponen utama dalam pembentukan sungai dan tumbuhan. Berjatuhannya salji di Jazirah Arab membuktikan kebenaran Rasulullah saw. Dalam sebuah hadits, Rasulullah saw. bersabda, "Hari Kiamat baru akan datang setelah negeri Arab kembali menjadi padang yang hijau dan sungai-sungai."

Syeikh Syuraim juga menyebutkan bahwaa baru-baru ini salju telah turun di daerah Tabuk. Kita lansung teringat dengan perkataan Rasulullah saw. kepada Muadz ketika perang Tabuk, "Kalau umurmu panjang, maka engkau akan melihat tempat ini penuh dengan kebun-kebun."


Fenomena Hujan Salji Melanda Arab Saudi - Petanda Jelas Akhir Zaman?


Sesuatu yang janggal terjadi pada Rabu lalu (9/1/2013) di Arab Saudi. Worldbulletin menyiarkan berita bahawa Tabuk—salah satu lokasi perang yang terjadi pada zaman Rasulullah—dilanda salji yang sangat lebat, setelah beberapa jam lamanya dihantam ribut yang sangat dahsyat.



Seperti diketahui, Arab Saudi merupakan daerah gurun pasir yang sangat panas. Matahari bersinar sepanjang hari. Turunnya salji menjadi suatu fenomena alam yang di luar jangkaan.

Penduduk Tabuk dan juga orang-orang yang datang dari daerah lain menikmati hujan salji yang jarang terjadi itu. Jalan-jalan terutama menuju ke Gunung Alluz dipenuhi oleh kenderaan bermotor.


Jalan-jalan yang mengarah ke daerah gurun pasir dan pengunungan di Tabuk dipenuhi kenderaan dari arah kota Haql dan Bada. Hujan turun di sejumlah kota di Saudi hari Rabu yang lalu.

Tabuk letaknya sekitar 1500 km dari Riyad (Ibu negara Arab Saudi).

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama salji turun di Tabuk. Beberapa tahun yang lalu, Tabuk juga sudah pernah diselimuti salji dengan ketebalan mencapai 20 cm.


Lagi gambar-gambar menarik:







-zilzal.blogspot/google.image


RM2,000 Untuk Baiki Kenderaan Terjejas Banjir

Posted: 16 Dec 2013 07:01 AM PST


Bah yang melanda daerah ini awal bulan ini, bagai 'malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih', dengan ada yang mengalami kerugian dan ada pula yang meraih rezeki tanpa perlu dicari.

Peribahasa itu menggambarkan keadaan di bengkel-bengkel membaiki kenderaan di daerah ini yang dipenuhi kenderaan bersalut lumpur, menunggu untuk dibaik pulih selepas ditenggelami banjir.

Tinjauan Bernama mendapati ada bengkel yang beroperasi sehingga lewat malam bagi memastikan kenderaan pelanggan dapat dibaik pulih pada kadar segera.

Pemilik bengkel, Hashim Abdul Rahman berkata dalam situasi biasa bengkelnya menyelenggara sekitar lapan kenderaan sehari, namun kini mencecah 20 buah.

"Ada kenderaan yang ditenggelami air sepenuhnya dan ada yang hanya separuh. Dari segi kos baik pulih pula bergantung kepada tahap kerosakan, namun lazimnya paling teruk ialah sekitar RM2,000," katanya kepada Bernama.

Menurut Hashim, bagi memastikan pelanggannya memahami kos yang perlu ditanggung, beliau akan memberi penjelasan mengenai alat ganti yang mungkin perlu ditukar serta kosnya.

"Saya akan lihat komponen yang terlibat, jika masih elok ia tidak perlu ditukar. Kadang-kadang saya perlu mencari alat ganti kenderaan sama ada di Kuantan atau Kuala Lumpur," katanya.

Sementara itu, pengurus pusat servis Agenda Cendana Sdn Bhd, Mohd Fadil Ahmad berkata pihaknya menawarkan diskaun kepada pemilik kenderaan Perodua yang terjejas atas dasar keprihatinan.

"Kami menawarkan potongan sehingga 50 peratus untuk upah yang dikenakan dan 20 peratus potongan bagi alat ganti yang digunakan dan harga istimewa ini hanyalah untuk pemilik kenderaan yang ditimpa musibah banjir," katanya.

Katanya dengan diskaun itu pelanggan hanya perlu membayar sekitar RM1,200 berbanding RM2,500 bagi kenderaan yang rosak teruk dan kurang daripada RM500 bagi kenderaan yang mengalami kerosakan kecil.

"Sehingga kini, kami menerima 90 kenderaan untuk dibaik pulih dan saya jangka bilangannya akan terus meningkat," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: