Selasa, 17 Disember 2013

.

.


Standard menteri dalam sistem Umno sama

Posted: 16 Dec 2013 11:29 PM PST

SUSUPAN PETANG                                                       

Menteri atau ahli politik yang disistemkan oleh Umno mempunyai pandangan dan pola pemikiran yan sama, streotype. Tidak kira walaupun mereka itu dari latar belakang mana, iktisad atau profesionalisme bila masuk dalam kepok Umno mereka menjadi sama dan serupa. Ruang fikir mereka menjadi sempit sesempit lubang 'jebul'. Sempit dan penuh dengan colestrol rasisme, fasisme dan ortodoks.

Mereka akan lupa kepada ilmu dan disiplin diamalkan sebelum menyertai Umno. Sia-sia sesetengahnya menuntut sampai ke peringkat Phd akhirnya terjelapak dalam sistem Umno.

Mereka akan terikut dengan induk yang menjuarai sistem Umno itu sendiri. Kalau mereka berlatar belakang agama yang tahu halal haram, tahu kepentingan sifat perikemanusiaan, tetapi mereka akan lupa ilmu berkenaan.

Begitu juga kalau mereka berpendidikan ekonomi tahu pengurusan ekonomi dan sebagainya, tetapi bila sudah menjadi ahli politik mereka tidak lagi mempergunakan ilmu itu sebagai pandauan corak pemikiran mereka.

Misalnya perhati sahaja kepada jawaban-jawaban atau pun alasan diberikan menteri mengenai sesuatu tindakan yang memberi kesan langsung kepada rakyat hasil polisi dan dasar diperkenalkan kerajaan. Contohnya dalam menangani kenaikan harga barangan seperti ayam, gula, bahan bakar, kenaikan tol, cukai pintu, pengangkutan awam dan sebagainya. Bagaimana jawaban mereka? Perhatikan mereka menggunakan sifir atau formula yang sama untuk menjawab bagi meredahkan keresahan rakyat.

Menteri yang jaga ayam misalnya bila berlaku kenaikan harga ayam mereka menjawab dan menasihatkan rakyat agar jangan makan ayam. Yang menjaga petrol bila berlaku kenaikan dan rakyat merunggut mereka menasihati rakyat agar guna kenderaan awam atau kayuh basikal. Mereka juga akan menggunakan alasan, kononnya di negara lain harga minyak jauh lebih mahal dari Malaysia.

Bila ada rakyat yang mengkritik tindakan rasis Umno terhadap tindakan kerajaan, mereka akan marah kepada pihak pengkritik dan menghalau supaya keluar dari negara ini agar kembali ke tanah air asal datuk nenek mereka. Jika ada yang mempertikaikan sistem pilihan raya di negara ini, tidak telus dan minta diubah dari sistem menang berasaskan undi bukan peratusan, mereka menghalau agar cari negara lain yang difikir sesuai.

Terbaru jawaban yang sama kelasnya dibuat oleh tokoh korporat yang baru direndam di dalam tempayan budu Umno, bernama Abdul Wahid Omar. Beliau yang bertanggungjawab hal ehwal fizikal negara termasuk kenaikan tol lebuh raya menasihat rakyat agar jangan guna lebuh raya kalau tidak mahu menerima kenaikan tol.

Jawaban-jawaban berupana escapisme begitu tidak wajar diberikan oleh orang yang dianggap cerdik dan terkecuali dari menganuti fahaman politik Umno. Jawaban itu bukan memberi kelegaan kepada rakyat tetapi lebih untuk menyindir rakyat. Sebagai kerajaan bila mereka bersikap sindir dan herdik rakyat, rendah sangatlah darjat sesuatu kerajaan itu.

Rakyat boleh menerima kenaikan harga barangan, tetapi biarlah ia beralasan dan logik serta tidak terlampau membaban. Kerajaan perlu menggunakan alasan yang kemas untuk memerah peluh rakyat. Sebagai rakyat mereka sanggup lakukan apa sahaja kepada negara demi kedaulatan mereka, tetapi kalau alasan diberikan tidak munasabah dan berbentuk menyidir ia menyesalkan rakyat.

Kerajaan jangan berfkir selamanya mereka boleh lepas dengan jawaban dan penjelasan begitu. Rakyat mahluk yang hidup ada hati dan perasaan sedang memerhati sejauh mana kezaliman kerajaan kepada mereka. Mungkin tindakan mereka agak lambat sedikit kerana sebilangan besar terpengaruh dengan umpan dan gula-gula dari kerajaan.

Apa salah kalau kerajaan mengambil kira pandangan dan kritikan pembangkang. Kenaikan harga barangan disebabkan keadaan negara kita merudum. Hutang negara sudah melimpah tong kemampuan sebenar. Puncanya telah dikenali pasti oleh pembangkang, antara kerana berlaku ketirisan dan penyelewengan serta pemborosan oleh kerajaan.

Disebabkan ketirisan, penyelewengan dan pemborosan itu menyebabkan tabung keeangan negara tidak bisa ditampung lagi.

Cuba kerajaan mengambil perhatian atas teguran pembangkang itu tentu keadaanya tidak separah hari ini. Sepatutnya kerajaan bersikap terbuka dengan teguran dan kritikan itu kerana disamping ia menguntungkan rakyat ia juga memberi kebaikan kepada kerajaan sendiri.

Jangan kerajaan berdegil untuk tidak peka kepada teguran dan kritikan pembangkang. Manakala jawaban-jawaban berbentuk bersifat lepas tangan dan bodoh seperti yang dilakukan hentikanlah. Menteri berfikir dan berilah jawaban yang ada logik dan menggambarkan yang mereka ada akal sikit. [wm.kl.3:28 pm 17/12/13]

Kampung Temboro yang perlu dimalui (Bhg 3)

Posted: 16 Dec 2013 07:02 PM PST

CATATAN MUSAFIR                                                                       


Menjelang Maghrib kami memasuki ke kampung yang menjadi destinasi, Kampung Temboro terletak di Kacamatan Karas, Kabupaten Magetan Jawat Timur. Kota terdekat dengan kampung ini ialah Madiun yangf berjarak kira-kira 30km.

Dari orang dewasa sampai kanak-kanak tutup aurat.
Mungkin kerana perasaan yang berbuak-buak untuk mengetahui apa yang ada di kampung itu menyebabkan, sebaik saja kami melewat satu gapura kecil menandakan kami sudah bermukim di kampung itu, satu perasaan halus menyelinap ke dalam diri.

Terasa macam berada dalam satu daerah asing. Mungkin kalau mereka yang mempercayai kepada makhluk halus boleh dikatakan jin atau para halimunan telah menyusup masuk ke pembuluh saya. Bulu roma merinding dengan tiba-tiba. Saya menganggap itu ada kesen psikoligis saja kerana berada di sebuah perkampungan yang dianggap bening dan tenang.


 Sebenarnya perasaan itu wujud secara psikologis sahaja, Saya tidak pasti apa yang berlaku kepada kawan saya, Drs Zainuddin dan anak buahnya, Khuzaiman. Mungkin bagi mereka tidak mengalami apa-apa perubahan dari dalam diri secara mendadak. Ariff, mutawif kami.. apa lagilah..ia sudah biasa sebab kampung itu tempat kediamannya sejak lebih 10 tahun lalu.

Ariff ini asalnya Pelembang pulau Sumatera datang berkelana di Temboro untuk bermujahdah dan menggali ilmu di Jawa Timur. Beliau merupakan seorang anggota Tabligh.

Pemandangan di sebatang jalan waktu Maghrib.
Begitu terlihat penduduk kampung itu berjalan hilir mudik kerana hari menjelang Maghrib, yang semuanya berpakaian menutup aurat ingatan kembali ke sesuatu masa lampau menerjahkan ke dalam diri. Begitu melihat beberapa gerombolan kaum wanita yang berpurdah hitam, bak gagak, dan lelaki yang bermotosikal atau berjalan kaki memakai kopiah dan jubah, tiba-tiba terkenang kepada keadaan di Sungai Penchala di zaman kehebatan Darul Arqam dahulu.

Orang luar datang dengan bas untuk solat di masjid di pondok.
Sungai Pencahala di zaman kegemilangan dan kehebatan Darul Arqam itu, menjadikan kampung sebuah perkampungan unik dan tersendiri menjadikan ia menjadi kunjungan tetamu dari luar negara untuk memperlihat perkampungan Islam tersendiri. Satu segi Sungai Pencahala menjadi daya tarikan pelancong kepada orang asing khasnya mereka yang ingin mengkaji cara Islam berkomuniti.

Bagaimana pun sayang disebabkan kerana kesilapan baik dari pihak Arqam sendiri dan juga kebencian kerajaan yang ketika itu Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri yang melihat dari teropong sempitnya terhadap Arqam, akhirnya jemaah yang dipimpinan Asaari Mohamad itu yang menjadi model kota Islam di negara ini dihancurkan pada taun 1996, dua tahun sebelum Mahathir membunuh kerjaya politik Anwar Ibrahim.

Permandangan di kampung Temboro ini tidak ubah permandangan di perkampungan Arqam yang telah dihrakmkan itu. Dilihat dari segi lahiriahnnya semua golongan dari kanak-kanak sampai kepada orang dewasa menutup aurat. Tidak ada seorang pun yang berkepala 'goleng' atau 'bolos'. Keadaan kampung mereka serdahana saja, tetapi tertib, kemas dan tersusun. Ia menyerlahkan sebuah perkampungan Islam - yang mempraktikan syariah Islam.

Suasana kampung ini yang tenang, damai dan dilihat ada keberkatan inilah yang saya maksud kenapa saya menjudulkan catatan ini; Kampung Temboro yang perlu dimalui. Maksudnya negeri-negeri yang mengakui mereka obses (ghairah) kepada Islam, memperjuangkan Islam sejak berdekad tetapi tidak sampai 10% elemen ini terpapar, harus malu dengan apa yang dicontohi oleh pendudukan kampung ini.

Ambillah aspek penutupan aurat ia tidak memerukan wang atau belanja yang banyak. Sepatutnya kewajiban ini sudah lama terlaksana di negeri-negeri berkenaan. Penguatkuasaanya bukan saja di kalangan puak dan jemaah sendiri tetapi seluruh penduduk kampung dan negeri seharusnya menutup aurat. Apabila kita telah menjadi kerajaan menjadi tanggungjawab kerajaan menguatkuasakan penutupan aurat di kalangan rakyat. Apakah disebabkan hanya menerima Islam separuh dan corak kehidupan lain separuh maka ia tidak bisa berbuat?

Sesuatu yang berlaku di kampung ini mungkin boleh diambil sebagai contoh dan formula bagaimana untuk memastikan penutupan aurat berkuat kuasa. Katanya, peringkat awal dahulu pendudukan kampung itu sama dengan penduduk di tempat lain juga. Liar dengan agama dan tidak mempedulikan kepada dosa-dosa kering. Tetapi setelah wujudnya kesedaran dakwah yang digerakkan oleh pondok pesentran Al Fatah (Temboro) itulah baru ia berubah sedikit demi sedikit sehingga ke tahap hari ini.

Tidak ada guna kita memperjuangkan huhum hudud atau mendakwa kita negara Islam yang dimalui oleh negara-negara Arab tetapi soal penutupan aurat perkara paling mudah dan simple pun tidak boleh dilaksanakan. Paling memalukan bukan saja rakyat yang bolos, tetapi sesetengah pemimpin mengakui Islam, isterinya sendiri bolos.

Pengembangan syariat di kampung ini amat terasa sekali dan kelainannya juga. Ada getaran kerohanian hebat di kampung ini mungkin kerana ia sudah kesekian lama dinaungan dengan doa dan bacaan ayat-ayat Quran oleh ribuan sentri Tafdzufnya.

Saya sempat meninjau ke sebuah pasar terletak dipinggir jalan utama kampung berkenaan, tersimpang sedikit dari jalan utama membawa ke kampung itu. Keadaan pasar itu, samalah dengan pasar-pasar lain, berselerak dan kotor. Tetapi ada sudut lain yang menarik berlaku dalam pasar ini. Selain ia diletakkan papan tanda doa untuk membeli belah, urusan membeli belah di pasar itu juga mengikut kaedah Islam ada akad mengenai jual belinya. Melihat ini teringat saya kepada sesetengah urusan niaga di Kelantan yang melakukan akad dalam urusna jual beli.

Suasana dalam pasar, kecil tetapi tertib dengan Syariat.
"Saya beli barang ini dengan harga yang sudah dibayar", kata pembeli dan dijawab oleh penjual,"saya jual barang ini dengan harga yang telah berbayar." Begitu indah dan cantik sekali urusan jual beli begitu kerana ia memenuhi kehendak syariat. Jual beli itu ikhlas dan penuh keredhaan. Sayang hal ini yang menjadi satu budaya dan tradisi jual beli di Kelantan tetapi tidak lagi diberikan galakan.

Papan tanda doa untuk masuk pasar.
Sedar atau tidak sedar hanya di Kelantan sahaja masih ada urusan jual beli berakad begitu, di mana penjual melapazkan barangan jualan dan pembeli menerima barangan belian mereka. Satu perkara lagi perkara kecil tetapi memberi signifiken besar kepada urusan jual beli di Kelantan dan ini juga menandakan betapa Islam itu menyerapi ke dalam kehidupan orang Kelantan (perniaga) ialah mereka akan mensedekahkan barangan jual mereka kepada pembeli. Sedekah yang kecil tetapi mempunyai nilai besar di sisi Tuhan ini adalah identiti Islam orang Kelantan.

Misalnya kalau mereka menjual etok atau kacang selepas disukat mereka akan menjemput etok dan kacang sejemput, kemudian dimasukkan ke dalam kelosong yang sudah disukat itu, sambil berkata ini; "ini sedekah". Ertinya nilai bersedekah itu menjadi nilai amalan para peniaga di Kelantan sejak lama dahulu.  Dan sekali lagi saya hendak sebutkan nilai-nilai kecil yang murni ini sudah jarang dan bukan perkara disebut-sebut lagi atau pun menjadi galakan di Kelantan pada muasir ini.

Kerajaan negeri melalui agensi tertentu lebih suka mengadakan karnival atau festa atau pun seminar perniagaan peringkat dunia dengan mengutamakan keuntungan dan membina networking yang melampaui benua tanpa mempedulikan nilai-nilia kecil dan seni perniagaan yang dituntut Syariat seperti soal akad dalam urusan jual beli dan bersedekah itu tadi, tidak menjadi perhatian lagi.

Kembali ke Temboro, kebetulan tidak sampai 15 minit kami sampai ke kampung itu azan Magrhib dikumandang. Dari beberapa penjuru terdengar azan Maghrib menandakan terdapat beberapa buah surau. Selepas berhenti sekejap di kedai dan juga rumah kediaman Ariff, kami dibawah melalui jalan utama menuju ke Pondok Pesteran Al Fatah yang terletak kira-kira 1.5km dari jalan utama. Pondok inilah menjadi pusat perkampungan berkenaan dan menjadi magnetik yang menanrik para ahlilah dan juga pelancong dari seluruh dunia.

Untuk ke kawasan pondok itu kita melalui sebatang jalan serdahana. Kiri kanan penih dengan kediaman pendudukan dan juga kawasan pengajian anjuran pondok berkenaan. Suasana rumah dan komuniti di kiri kanan jalan ini sudah memberi gambaran sebenar kepada pengujung akan keistimewaan dan keunikan kampung berkenaan. Kita akan dapat menyaksikan satu komuiti yang begitu tinggi semangat untuk mendaulatkan hukum Allah.

Kehidupan mereka penduduk kampung rata-rata sedrhana. Kebanyakan bekerja kampung dengan mengusahakan sawah, kerjaan tangan, menternak lembu, kambing, ayam dan juga ikan air tawar. Perniagaan mereka lebih digunakan untuk keperluan sendiri. Sebilangan anak-anak mudah yang tinggal di luar lokasi Temboro berkerja kilang tebu yang terletak tidak jauh dari kampung berkenan. Motosikal menjadi kenderaan utama untuk penduduk kampung dan juga sentri pondok keluar masuk ke kawasan luar. Bersambung. [wm.kl.10:57 17/12/13]

Tiada ulasan: