Isnin, 9 Disember 2013

GoMalaysian

GoMalaysian


Rusuhan Little India Singapura: Seorang Warga Malaysia Ditahan Bantu Siasatan

Posted: 09 Dec 2013 05:48 PM PST

KUALA LUMPUR: Seorang warga Malaysia ditahan untuk membantu siasatan kejadian rusuhan diLittle India, Singapura pada malam Ahad lalu.

Selain itu juga, lima anggota polis bantuan Singapura warga Malaysia juga adalah antara yang tercedera dalam menyuraikan insiden tersebut.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman dalam kenyataan medianya menyatakan bahawa Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura telah dimaklumkan secara tidak rasmi oleh gerakan polis Singapura bahawa lima polis bantuan warga Malaysia itu yang mempunyai taraf penduduk tetap itu telah mengalami kecederaan ringan ketika membantu anggota polis Singapura dalam menyuraikan perusuh-perusuh yang telah menimbulkan huru-hara pada malam tersebut.

"Dalam masa sama juga, kami dimaklumkan seorang warga Malaysia adalah antara yang telah ditahan oleh polis Singapura bagi membantu siasatan kerana disyaki terlibat dalam kejadian rusuhan itu," kata Anifah.

Pihak Suruhanjaya juga akan membantu sebaik mungkin kepada warga Malaysia yang terjejas dalam kejadian insiden tersebut dengan kerjasama pihak berkuasa Singapura.

Insiden yang berlaku pada malam tersebut merupakan hal-ehwal dalaman Singapura dan pihak Suruhanjaya telah seringkali mengingatkan warga Malaysia supaya menghormati undang-undang negara dimana mereka tinggal atau bekerja.

"Ini juga merupakan sepertimana yang kita mahukan daripada warganegara asing supaya menghormati undang-undang negara kita ketika mereka berada di negara kita," katanya lagi.

Kejadianbermula apabila seorang lelaki warganegara India yang berumur 33 tahun, dilanggar oleh sebuah bas milik syarikat swasta.

Polis berkata lebih kurang  400 orang yang berada di tempat kejadian mula merusuh dan menyerang bas tersebut dan turut menyerang kenderaan polis yang tiba untuk mengawal keadaan.

Sepuluh orang polis, empat pegawai pertahanan serta  pemandu bas dan konduktor berkenaan adalah antara mereka yang tercedera.

Seramai 27 pekerja warga asing dari Asia Selatan telah ditahan ekoran peristiwa itu dan boleh dipenjarakan selama tujuh tahun dan dirotan sekiranya didapati bersalah.


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/rusuhan-little-india-seorang-warga-malaysia-ditahan-bantu-siasatan-26762?cp

Tiada ulasan: