DUNIACACAMARBA |
- Pelacur Cilik Banjiri Lokasi Piala Dunia di Brazil
- [Video] Isu Fitnah Mat Sabu Syiah: “Saya tidak pernah sebut (nama) Mat Sabu, saya sebut 'nombor dua'.” - Zahid Hamidi
- Susulan Rusuhan di Singapura: 10 Cedera, 27 Ditahan
- Ibu Mahu Campak Anak dari Tingkat 12
- Jual Isteri dan Motosikal
- [Gambar & Video] Rusuhan Pekerja Asing di Little India Singapura
- Suami Berusia 15 Tahun Tekad Buktikan Diri Mampu Jadi Suami dan Ayah Terbaik
- Fitnah Syiah: "Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah" - Mat Sabu
Pelacur Cilik Banjiri Lokasi Piala Dunia di Brazil Posted: 09 Dec 2013 05:30 AM PST
[HM] Brasilia: Ratusan remaja miskin Brazil - sesetengahnya semuda usia 11 tahun menjadi tempat pekerja pembinaan stadium Piala Dunia 2014 memuaskan nafsu masing-masing. Menurut siasatan media kadang-kadang ada bas dipenuhi kanak-kanak dilihat memasuki bandar raya Sao Paolo dipercayai untuk dijadikan pelacur. Sumber berkata, kanak-kanak terbabit biasanya diambil dari pelbagai petempatan miskin di seluruh Brazil. Setiausaha Kehakiman Sao Paulo, Eloisa de Sousa Arruda berkata, kerajaan memang bimbang dengan keadaan itu. Katanya, remaja perempuan dari Congo dan Somalia turut dikesan tiba lapangan terbang antarabangsa di Sao Paulo. "Dipercayai mereka dibawa ke sini oleh sindiket mafia Russia," katanya. Menurut Eloisa kerajaan bimbang kanak-kanak terbabit sebahagian daripada 'tsunami' pelacur dikuasai kumpulan dadah, rangkaian pemerdagangan manusia, malah mafia Rusia. Katanya, mereka menyasarkan pengunjung asing yang bakal datang ke Brazil untuk menyaksikan pertandingan bola sepak Piala Dunia Jun depan. "Kekurangan sokongan politik juga menyukarkan perbuatan itu dibendung, malah remaja terbabit mencari pelanggan tanpa berselindung walaupun ketika itu ada polis membuat rondaan," katanya. Siasatan media mendapati pelanggan biasanya dibawa ke hotel murah atau ke bilik tidur mereka di kawasan miskin yang digelar favela. Sementara itu penduduk setempat berkata, ramai gadis mereka dipaksa melacur oleh kumpulan penjenayah. Seorang daripada pelacur itu, Poliana, 14, berkata, dia menjual tubuh ketika pekerja pembinaan berehat pada waktu makan tengah hari. Caj yang dikenakan kadang-kadang serendah RM13. Poliana - yang kelihatan seperti gadis biasa, kecuali perutnya yang hamil - berkata kebanyakan pelanggannya terdiri daripada buruh binaan Arena Corinthians. "Saya mula melacur pada malam kematian ibu saya. "Memang sebelum itu saya ada memikirkan melakukannya, tetapi apabila ibu mati saya hilang arah. "Saya tidak tahu bagaimana untuk mencari nafkah lalu saya terus ke stadium mencari lelaki yang mahukan seks," katanya. Menurutnya, ramai lagi gadis dari kawasan miskin turut melacur, malah ada yang baru berusia 11 tahun. "Selalunya saya yang paling tua. Bila Piala Dunia bermula, ramai lagi yang akan datang. "Semua menganggap mampu membuat duit lebih dengan begitu ramai pelancong," katanya. Seorang lagi remaja, Thais, 16, yang juga penagih dadah berkata, dia mengenakan bayaran antara RM20 dan mampu melayan sehingga 15 pelanggan sehari. "Hampir semua pelanggan saya buruh binaan. "Pelanggan tiada masalah membuat bayaran, tetapi kadangkala mereka melayan saya dengan teruk. "Apa boleh saya buat? Ibu bapa saya sudah meninggal dunia dan saya perlukan wang," katanya. Menurut siasatan Majlis Bandar Raya Sao Paulo, buruh binaan di stadium itu ditemui bapa ayam yang menawarkan khidmat seks dengan gadis muda. Malah, 57 peratus daripada pekerja ditemui mengakui pernah menggunakan khidmat pelacuran kanak-kanak.- Agensi - 9/12/13 | ||
Posted: 09 Dec 2013 12:21 AM PST Zahid: Saya tak sebut nama Mat Sabu [MK] Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak pernah menyebut nama timbalan presiden PAS Mohamad Sabu ketika menggesa agar "orang nombor dua" PAS dikenakan tindakan kerana mengamalkan fahaman Syiah. "Saya tidak pernah sebut (nama) Mat Sabu, saya sebut 'nombor dua'," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media pagi ini berhubung tindakan yang akan dikenakan ke atas Mohamad. Wartawan seterusnya meminta penjelasan lanjut daripada Ahmad Zahid memandangkan Mohamad Sabu, yang baru dipilih semula sebagai timbalan presiden PAS, dikenali umum sebagai orang nombor dua parti Islam itu. Ahmad Zahid bagaimanapun tidak menjawab soalan tersebut dan hanya ketawa. Beliau juga berkata, pegawainya akan mengadakan satu lagi sidang media untuk mendedahkan bukti berhubung dakwaan bahawa "orang nombor dua" itu berfahaman Syiah. Menteri dalam negeri itu juga berkata "orang nombor dua PAS" itu tidak perlu takut kerana pegawainya akan mendedahkan bukti tersebut. Tambahnya, tindakan penahanan itu boleh dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan pihak berkuasa agama negeri. Kementeriannya tidak bertanggungjawab ke atas tindakan penahanan seperti itu, katanya yang turut mendakwa bahawa pengikut Syiah akan berpura-pura tidak mengamalkan ajaran seperti itu. Mohamad, yang menafikan mengamalkan fahaman Syiah, semalam berkata beliau sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Ahmad Zahid Atas dakwaan tersebut. Mohamad dalam laporan Harakahdaily menyifatkan dakwaan Ahmad Zahid itu sebagai tuduhan berniat jahat. "Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu... Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya lagi. - 9/12/13 P/s: Orang nombor dua PAS siapa, Zahid? ...atau Timbalan Mursyidul Am Datuk Haron Bin Din kalau mengikut hirarki parti? Sudah kecut? Takut kena saman? Video Zahid menuduh pemimpin nombor dua PAS menganut ajaran Syiah: Kita hairan bagaimana PAS memilih pemimpin syiah itu untuk menjadi orang kedua dalam PAS. Jangan berselindung. Jangan berselindung. Datuk Jamil Khir, KDN bagi kuasa. Ambik tindakan kepada pemimpin PAS itu. Dalam pada itu, Bernama melaporkan: Zahid Hamidi: Bukti Pemimpin PAS Terlibat Syiah Bakal Didedah [Bernama] Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi , berkata beberapa bukti bahawa pemimpin PAS terlibat fahaman syiah akan diterangkan secara terperinci dalam satu sidang akhbar khas dalam masa terdekat. Beliau berkata, sidang akhbar itu akan diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi serta pegawainya. Sehubungan itu, katanya, pemimpin yang didakwa terlibat itu tidak perlu takut atau menafikan penglibatannya dalam fahaman Syiah. "Kenapa dia takut. Kalau pegawai saya tunjukkan bukti dia nak cakap apa? Salah satu elemen orang Syiah ialah berpura-pura," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan KDN di Putrajaya, hari ini. Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak mahu umat Islam berpecah-belah seperti negara lain hanya kerana fahaman mazhab yang berbeza. "Bagi mengelakkan perpecahan dalam kalangan umat Islam, jadi pembanterasan hendaklah dilakukan sekarang termasuk ajaran sesat Tuhan Harun dan sebagainya," kata Naib Presiden Umno itu mengulas mengenai kenyataannya semasa menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno 2013 Sabtu lalu. Ahmad Zahid dalam perbahasannya berkata, pihaknya tahu siapa pemimpin Syiah dalam PAS. - Bernama, 9 Disember, 2013. | ||
Susulan Rusuhan di Singapura: 10 Cedera, 27 Ditahan Posted: 09 Dec 2013 12:08 AM PST [SH] SINGAPURA - Sekurang-kurangnya 10 anggota polis dan penjawat awam cedera selepas lima kenderaan pasukan itu dan sebuah ambulans dibakar di kawasan Little India republik itu, malam tadi. Rusuhan jam 9.30 malam itu, berlaku selepas kemalangan jalan raya, membabitkan seorang pekerja warga Bangladesh yang terbunuh selepas dilanggar bas dalam kejadian di persimpangan Jalan Race Course dan Jalan Hampshire. Rusuhan membabitkan kira-kira 400 perusuh terdiri daripada warga asing dalam kejadian. Susulan kejadian itu, sekumpulan pekerja asing bertindak balas dengan merusuh dan merosakkan harta awam termasuk membakar ambulans dan kereta polis yang dikejarkan ke lokasi. Sekurang-kurangnya dua letupan kedengaran di kawasan kejadian berikutan tindakan perusuh membakar kenderaan terbabit. Beberapa kereta polis turut diterbalikkan. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Teo Chee Hean, berkata rusuhan itu menyebabkan kerosakan harta benda awam yang serius. "Namun, situasi kini sudah terkawal. Polis tidak akan teragak-agak untuk bertindak terhadap mereka yang terbabit dengan rusuhan," katanya. Sementara itu, jurucakap polis berkata, lokasi tumpuan rusuhan itu sudah dikepung dan orang awam diarah menjauhi kawasan itu. Polis bertindak mengepung tempat kejadian di Jalan Race Course dan Hampshire di Little India itu dalam usaha mengawal keadaan. Premis perniagaan sepanjang Jalan Buffalo diarah tutup dengan pasukan bomba dikerah memadam semua kebakaran yang dicetuskan perusuh. ANTARA News melaporkan, 27 orang setakat ini ditahan ekoran rusuhan pada malam minggu itu. - 9/12/13 Berita awal di sini. | ||
Ibu Mahu Campak Anak dari Tingkat 12 Posted: 08 Dec 2013 08:30 PM PST Ibu Terkutuk [HM] Shanghai: Penghuni sebuah flat di Shanghai cemas apabila seorang wanita mengancam mencampakkan anaknya dari tingkap tingkat 12 bangunan berkenaan, lapor media semalam. Sebelum itu, kata saksi, wanita terbabit menangis dan meraung-raung mengugut mahu terjun selepas mencampakkan anaknya. "Jangan cuba halang! Aku serius! Aku mahu bunuh diri dan juga membunuh anakku!" katanya menjerit ketika memberi amaran kepada penghuni flat berkenaan. Di bawah, sekumpulan anggota polis, bomba dan petugas perubatan bersedia menghulurkan bantuan jika kejadian tidak diingini berlaku. Jurucakap polis berkata, seorang pakar psikiatri terpaksa dipanggil untuk memujuk wanita terbabit, manakala anggota bomba mencari jalan untuk masuk rumah berkenaan. Akhirnya penyelamat berjaya apabila mereka mendapat bantuan daripada jiran wanita terbabit. Mereka kemudian menariknya masuk ketika dia sedang bercakap dengan pakar psikiatri dari tingkap rumah sebelah. Wanita berkenaan kemudian dibawa ke hospital psikiatri manakala anaknya diletakkan di bawah jagaan keluarga angkat. - Agensi -8/12/13
| ||
Posted: 08 Dec 2013 06:30 PM PST
[HM] Virginia: Berdepan dilema gara-gara diberi kata dua oleh isterinya, seorang pemilik motosikal Harley Davidson mengambil tindakan mengejutkan apabila menawarkan kenderaan itu serta pasangannya untuk dijual. Hanya dikenali sebagai Bob, dia dilaporkan dimarahi isterinya kerana memberi terlalu banyak perhatian kepada motosikal. Justeru isteri Bob mengugut supaya dia mengubah sikap atau perlu memilih antara motosikal atau pasangan hidupnya. Bob kemudian mengiklankan motosikal dan isterinya untuk dijual. Kata Bob, motosikal Sportster 2006 XL1200L miliknya masih dalam keadaan baik, manakala isterinya ialah "model 1959" yang juga masih berkeadaan baik walaupun agak berusia. Gambar motosikal dan isteri Bob turut dipaparkan di laman sesawang itu. Wanita terbabit dilihat tersenyum di sebelah kenderaan itu dengan memakai kot mewah. Bob membuat tawaran AS$5,900 (RM19,000) untuk pembida berminat. - Agensi - 9/12/13 | ||
[Gambar & Video] Rusuhan Pekerja Asing di Little India Singapura Posted: 08 Dec 2013 04:17 PM PST [AA] SINGAPORE: Ratusan pekerja warga asing merusuh di Singapura lewat malam Ahad apabila salah seorang daripada mereka, dilanggar oleh sebuah bas dalam satu kemalangan jalan raya. Perusuh bertindak membakar kenderaan polis dalam keganasan yang disifatkan sebagai yang terburuk sejak 40 tahun. Setakat ini seramai 18 orang dilaporkan tercedera. Dalam satu kenyataan media, polis Singapura berkata kejadian bermula di kawasan Little India negara itu apabila seorang lelaki warganega India yang berumur 33 tahun, dilanggar oleh sebuah bus milik syarikat swasta. Polis berkata lebih kurang 400 orang yang berada di tempat kejadian mula merusuh dan menyerang bas tersebut dan turut menyerang kenderaan polis yang tiba untuk mengawal keadaan. Sepuluh orang polis, empat pegawai pertahanan serta pemandu bas dan konduktor berkenaan adalah antara mereka yang tercedera. Seramai 27 pekerja warga asing dari Asia Selatan telah ditahan ekoran peristiwa itu dan boleh dipenjarakan selama tujuh tahun dan dirotan sekiranya didapati bersalah. Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata, walau apa pun sebab kejadian itu tercetus, tiada alasan untuk bertindak dengan keganasan melampau yang menyebabkan kerosakkan. "Kami akan berusaha untuk mengenal pasti pesalah dan menggunakan undang-undang sepenuhnya untuk mengambil tindakan ke atas mereka," katanya. Sebanyak lima buah kereta police, sebuah ambulans, serta beberapa kereta orang awam telah dibakar dalam rusuhan itu dan gambar-gambar serta video rusuhan itu tersebar dengan luasnya di laman media sosial. Keadaan menjadi lebih terkawal apabila pasukan elit Perintah Operasi Khas dan Gurkha polis tiba di tempat kejadian. Media Singapura MediaCorp berkata rusuhan ini adalah rusuhan pertama selepas kejadian rusuhan kaum pada tahun 1969. Singapura bergantung kepada pekerja asing terutamanya dalam sektor pembinaan dan ramai diantara mereka sering berkumpul di Little India pada hari Ahad untuk membeli-belah, makan dan minum. Undang-undang Singapura boleh menghukum sesiapa yang didapati bersenjata dalam rusuhan atau menggunakan sesuatu objek sebagai senjata, kepada penjara sehingga 10 tahun dengan kemungkinan sebatan.- AFP - 9/12/13 P/s: Bayangkan lebih 2 juta pekerja asing di Malaysia merusuh? | ||
Suami Berusia 15 Tahun Tekad Buktikan Diri Mampu Jadi Suami dan Ayah Terbaik Posted: 08 Dec 2013 03:45 PM PST Bukan sekadar cinta monyet [HM] Port Dickson: "Usia bukan ukuran untuk menentukan tahap kemampuan dan tanggungjawab saya untuk bergelar suami dan ketua keluarga. Restu keluarga dan sanak- saudara memberi kekuatan kepada saya. "Saya akan buktikan bahawa walaupun masih belasan tahun, saya boleh menjadi suami terbaik untuk seorang isteri, sekali gus bakal menjadi ayah dalam sebuah keluarga yang bahagia," kata pengantin 'junior' Muhamad Haikal Farith Mohd Shah yang memberi hantaran RM5,000 dan mas kahwin RM200. Muhamad Haikal, 15, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Nur Hazwani Mohd Kamal, 16, pagi kelmarin dan dikatakan antara suami termuda yang melangsungkan perkahwinannya di negara ini. Walaupun kisah kehancuran bahtera perkahwinan sepasang pengantin muda di Kedah yang berusia 13 dan 19 tahun sebelum ini menjadi topik hangat baru-baru ini, Muhamad Haikal tidak melihatnya sebagai suatu perkara yang menakutkan, malah mengambil kira kisah itu sebagai pengajaran berguna dalam mengharungi pahit manis berumah tangga. MUHAMAD Haikal dinikahkan Rahim, semalam. "Soal jodoh sudah ditentukan. Kegagalan orang lain bukan bererti kami juga akan gagal, tambahan pula perkahwinan saya ini mendapat restu dan doa keluarga kedua-dua pihak," katanya. -9/12/13 | ||
Posted: 08 Dec 2013 03:33 PM PST Syiah: PAS Sokong Mohamad Sabu Saman Zahid Hamidi [HD] KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini menyifatkan tuduhan kononnya Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terlibat dengan ajaran Syiah sebagai serangan peribadi yang keterlaluan. Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, beliau berkata justeru itu PAS menyokong usaha Mohamad untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membuat tuduhan itu. Menurutnya, sehingga kini PAS tidak pernah menerima sebarang laporan berhubung tuduhan yang dikaitkan ke atas Mohamad itu. "Saya sebagai Setiausaha Agung PAS tidak pernah menerima sebarang laporan berhubung pembabitan Mohamad Sabu seperti yang disebut itu. "Maka bagi saya, wajarlah Mohamad Sabu mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahid," kata Mustafa. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di PWTC semalam yang menuduh Mohamad mengamalkan ajaran Syiah. Dalam ucapan itu juga, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri bertindak mengumumkan memberi kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menahan pemimpin kedua tertinggi PAS itu. Dalam pada itu, Mohamad dalam reaksinya semalam berkata, beliau akan berbincang dengan peguam bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahid ekoran tuduhan terhadapnya itu. "Saya tak dengar sendiri apa dia kata, jadi kena bincang dengan peguam dulu," kata Mohamad. Beliau dalam pada itu dengan keras menafikan tuduhan Zahid tersebut dan menyifatkannya sebagai tuduhan berniat jahat. "Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," tegas Mohamad. -8/12/13 |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan