DUNIACACAMARBA |
- Bunuh Anak Kerana Cinta
- Kambing Mangsa Rogol Dibawa Ke Mahkamah Berdepan dengan Tertuduh
- Jaket Paku Elak Dihimpit dalam Pengangkutan Awam
- Bacalah Sebab Kewajaran Kenaikan Gaji ADUN Selangor dan Perbelanjaan Mereka
Posted: 05 Dec 2013 04:00 AM PST Anak Ganggu Cinta [HM] Paris: Seorang wanita menghadapi hukuman penjara selepas mengaku melemaskan anaknya yang baru berusia 15 bulan di Selat Inggeris hanya kerana budak itu 'mengganggu' hubungan cintanya. Kekejaman Fabienne Kabou itu dapat disaksikan hasil rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian yang menunjukkan wanita dari Senegal itu menolak anak perempuannya Adelaide ke pesisiran pantai di Berck sur Mer pada 19 November lalu. Mayat Adelaide ditemui nelayan dalam keadaan masih diikat pada kereta sorongnya. Dengan menggunakan data DNA yang ditemui pada kereta sorong itu, polis menahan Fabienne, 36, di sebuah rumah yang dikongsi dengan kekasihnya berusia 63 tahun di Paris 10 hari kemudian. Penuntut jurusan falsafah itu memberitahu polis, dia mengambil tindakan kejam selepas melihat kehadiran Adelaide 'mengganggu' hubungannya dengan lelaki terbabit yang juga bapa mangsa. Kepada kekasihnya, Fabienne mendakwa Adelaide sudah diserahkan kepada neneknya di Senegal. Fabienne ditahan Sabtu lalu dan disoal hakim dalam sesi mahkamah tertutup sebelum diarahkan disiasat atas tuduhan bunuh. Peguamnya Fabienne Roy-Nansion berkata, wanita terbabit mengakui perbuatannya. Bapa kanak-kanak itu dilaporkan berkata Fabienne ibu yang baik, malah jiran ditemui juga terkejut dengan kejadian itu. Kejadian itu menimbulkan kemarahan ratusan orang yang berhimpun di luar mahkamah serta pesisiran pantai dengan membawa atau memakai barangan berwarna putih - cara warga Perancis memprotes dalam kes membabitkan keganasan terhadap kanak-kanak. Sementara itu, pakar perundangan di Mahkamah Rayuan Paris, Gerard Lopez berkata, perbuatan Fabienne tidak boleh dianggap sebagai tindakan orang gila, sebaliknya sudah dirancang . "Siasatan kini perlu melihat sama ada dia menjadi mangsa penderaan fizikal atau psikologi pasangannya. "Ada orang yang menjadi keanak-anakan dan narsisistik selepas menjadi ibu. "Kita perlu mengkaji sama ada wanita itu terdorong akibat tekanan untuk memenuhi kehendak kekasihnya yang mahukan perhatiannya," katanya. - Agensi - 3/12/13 |
Kambing Mangsa Rogol Dibawa Ke Mahkamah Berdepan dengan Tertuduh Posted: 05 Dec 2013 12:57 AM PST Kambing Jadi Pemuas Nafsu [HM] Nairobi: Seekor kambing yang menjadi mangsa kes serangan seksual semalam hadir di mahkamah untuk berdepan penyerangnya seorang pemuda berusia 28 tahun. Katana Kitsao Gona dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menyetubuhi kambing berkenaan walaupun sudah beristeri. Dalam keterangannya di depan hakim, Gona berkata isterinya adalah seorang wanita kurang upaya dan hanya bergantung kepada dirinya untuk mencari rezeki. Justeru, katanya, dia berharap hakim dapat meringankan hukuman atas kesalahannya mendera kambing. Bagaimanapun majistret Muthoni Nzibe tidak mengendahkan rayuan Gona dan mengarahkan dia dipenjara 10 tahun selepas mengaku salah mengadakan hubungan seks dengan kambing. Kambing yang menjadi mangsa Gona dibawa ke mahkamah sebagai bahan bukti oleh pegawai pendakwa kes. Menurut pegawai pendakwa Jimmy Kema, Gona melakukan kesalahan itu Isnin lalu. Saksi yang juga jiran Gona berkata dia memasuki kawasan semak untuk membuang air kecil dan terkejut apabila melihat sehelai baju disangkut pada pokok. Apabila dia menyiasat lebih lanjut, saksi terkejut apabila ternampak Gona berbogel dan mengadakan hubungan seks dengan kambing yang ditambat itu. Dia memaklumkan pemilik kambing itu serta orang kampung sebelum Gona ditahan polis. Menurut laporan pejabat veterinar, kesan darah ditemui pada vulva kambing berkenaan yang turut membuktikan serangan seksual terjadi. - Agensi - 4/12/13 |
Jaket Paku Elak Dihimpit dalam Pengangkutan Awam Posted: 04 Dec 2013 09:52 PM PST [HM] Singapura: Seorang pereka yang jemu dengan keadaan tolak-menolak ketika berada dalam kereta api bawah tanah mencipta aksesori yang pasti memudahkannya - tetapi menakutkan penumpang lain. Siew Ming Cheng menghasilkan rekaan jaket bergelar Spike Away yang diperbuat daripada plastik dan dilengkapi dengan pepaku plastik yang tajam. Cheng menghasilkan rekaan jaket itu ketika menghadiri bengkel rekaan di Universiti Nasional Singapura. Bengkel Chindogu itu adalah acara yang mengumpulkan pereka bagi mencari ciptaan menangani masalah seharian. Ia dikendalikan pereka perabot futuristik Jerman, Werner Aisslinger. Selepas sesi perbincangan peserta diberikan setengah hari untuk mencari bahan dan merealisasikan idea mereka. Cheng memutuskan untuk mencipta jaket yang dilengkapi senjata sebagai penyelesaian paling berkesan untuk masalah itu. Kesemua bahan untuk membuat jaketnya diperoleh dari kedai biasa. Jajaran pepaku itu biasanya digunakan untuk mengelak burung dan kucing daripada merosakkan tanaman. Rekaan tidak semestinya amat praktikal selagi dapat menyelesaikan masalah dan bagi Cheng, ia sesuai digunakan dalam pengangkutan awam yang sesak. - Agensi -5/12/13 |
Bacalah Sebab Kewajaran Kenaikan Gaji ADUN Selangor dan Perbelanjaan Mereka Posted: 04 Dec 2013 05:45 PM PST MB : Gaji ADUN Berbaki RM500 Tanpa Pelarasan Gaji [SelangorKini] SHAH ALAM 4 DIS : Gaji yang diterima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor hanya berbaki RM500 dan tidak mencukupi bagi menampung keperluan keluarga masing-masing jika pelarasan gaji tidak dilaksanakan seperti yang diumumkan, baru-baru ini. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata perkara itu berlaku apabila perbelanjaan berbentuk sumbangan harus dihulurkan wakil rakyat terbabit kepada masyarakat setempat yang diwakili mereka. "ADUN bergaji RM6,000 dan hampir setiap minggu perlu dibelanjakan RM500 untuk sumbangan orang kahwin, orang datang pejabat dan orang meninggal dunia. Keseluruhan sumbangan sebulan mencecah RM2,000 dan hanya tinggal RM4,000. "Bayar kereta, rumah dan bayaran lain mencecah RM2,000, manakala kena beri kepada parti RM1,000. Beli baju kalau yang mementingkan gaya sudah RM500, tinggal RM500 duit untuk anak sekolah dan perbelanjaan keluarga. "Jadi, bagaimana dia ingin berbelanja dan sebab itu saya menaikkan gaji kerana susah untuk ADUN bekerja," katanya. Abdul Khalid berkata demikian dalam ucapan perasmian Bengkel Kenali Kampungku/Bagan/Tersusun bagi peringkat Hulu Selangor dan Sabak Bernam di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, di sini, hari ini. Abdul Khalid berkata, keputusan menaikan gaji mampu mengurangkan risiko pembabitan pemimpin kerajaan yang sering terdedah dengan gejala rasuah. "Saya tidak mahu ADUN kekurangan duit untuk menjaga masyarakat setempat. Nanti, kalau dia pergi pula minta pada tauke atau sana sini. Hal ini akan menjadi sangat susah dan negeri juga akan turut terpalit dengan masalah terbabit," katanya. Sebelum ini, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, langkah menaikkan gaji mampu membendung Menteri Besar, Speaker, Timbalan Speaker, Exco dan ADUN Selangor terjebak dengan gejala rasuah mengikut perspektif Islam. "Kalau soal akauntabiliti itu sudah ditekankan dan kemudian dinaikkan gaji sebagai salah satu langkah mengangkatnya, maka itu tidak menjadi masalah. Tidak kira sama ada Menteri Besar, ADUN atau Ahli Parlimen boleh dinaikkan gaji kalau benar terbukti mereka tidak pernah ambil sebarang keuntungan lain, selain gaji yang diterima," katanya. - 5/12/13 P/s: Sebelum kutuk dan bangkang, fikir dahulu. Kita bukan bercakap tentang ADUN yang pecah amanah yang menibai harta awam atau ADUN yang memiliki bisnes yang bernilai jutaan RM. Kita bercakap, insyaAllah tentang ADUN yang amanah dan berkhidmat sepenuh masa sebagai ahli politik (kecuali beberapa orang ADUN yang sememangnya sudah kaya sebelum menjadi ahli politik). Kerajaan negeri perlu menambah peruntukan kawasan ADUN agar mereka tidak perlu menggunakan duit poket sendiri untuk membantu dan membangunkan masyarakat. Penambahan ini juga perlu dibuat untuk tujuan pembangunan, penyediaan dan penambahbaikan kemudahan awam, kebersihan dan keceriaan negeri. Penambahan peruntukan ini dapat menjustifikasi kenaikan kos gaji dan sebagainya. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan