DUNIACACAMARBA |
- Polis Cari 5 Lelaki Samun dan Rogol Dua Wanita di Dungun
- Anwar: Monopoli Bernas Umpama Lintah Darat Hisap Darah Rakyat Miskin
- Azab 10 Minit Ditoreh Suami
- Jabatan Peguam Negara Buka Kes Rogol Babitkan Janda Berusia 13 tahun
Polis Cari 5 Lelaki Samun dan Rogol Dua Wanita di Dungun Posted: 03 Dec 2013 07:28 AM PST Titik Hitam Jam 3 Pagi[HM] Kuala Terengganu: Samun dan rogol. Itu kejadian malang menimpa dua wanita apabila bukan saja disamun malah dilarikan sebelum dirogol dalam kejadian di sebuah inap desa di Jalan Kenanga, Dungun, kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 pagi ketika kedua-dua mangsa berusia 20-an bersama tiga rakan lelaki berusia 20-an dalam perjalanan pulang ke rumah. Beliau berkata, sebaik tiba di kawasan Bukit Chantak, Dungun, kereta Proton Satria dinaiki mereka dihimpit dua kereta Honda dengan nombor pendaftaran WWW1861 dan sebuah lagi yang tidak dapat dikesan nombor pendaftarannya sebelum suspek mengarahkan mangsa memberhentikan kenderaan dengan memperkenalkan diri sebagai polis. "Suspek kemudian mengarahkan mangsa mengikuti arahan mereka dengan seorang daripada mereka memandu kereta mangsa sebelum merampas lima telefon bimbit milik mangsa lalu beredar meninggalkan lokasi kejadian. "Bagaimanapun, sebaik tiba di Kampung Durian Mentagau, Dungun kira-kira jam 4.15 pagi, suspek yang memandu kereta Proton Satria milik mangsa melanggar pula sebuah kereta Perodua Kancil dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun bersama abang dan kakak iparnya. "Sebaik melanggar kenderaan itu, suspek turut melarikan wanita di dalam Perodua Kancil itu sebelum meninggalkan wanita itu kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian kedua. "Namun, suspek sempat menyamun sebuah telefon bimbit milik mangsa," katanya. dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, semalam. Manoharan berkata, suspek sekali lagi memberhentikan kenderaan dan meninggalkan tiga lelaki bersama Proton Satria kira-kira empat kilometer dari lokasi mereka meninggalkan seorang wanita sebelum itu dan beredar bersama dua mangsa wanita yang dilarikan dalam kejadian pertama. Katanya, kedua-dua wanita itu kemudiannya dirogol suspek utama berusia 31 tahun di sebuah inap desa sebelum mereka dirogol oleh dua lagi suspek yang tiba di inap desa beberapa jam kemudian. "Bagaimanapun, kira-kira jam 10 pagi tadi (semalam), dua mangsa berjaya melarikan diri ketika suspek berada di kawasan Kampung Durian Mentagau dipercayai untuk menukar nombor pendaftaran kereta bagi mengaburi mata pihak berkuasa. "Susulan maklumat daripada dua mangsa masing-masing bekerja sebagai pelayan dan pekerja di sebuah kedai telefon bimbit, gerakan mengesan kesemua suspek dijalankan sekali gus membawa kepada penahanan dua suspek termasuk suspek utama dan seorang warga Indonesia berusia 30-an di sebuah rumah di Kampung Gong Pasir, di sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi (semalam). "Hasil siasatan awal mendapati dua suspek yang ditahan ini turut merogol kedua-dua mangsa. Siasatan mendapati suspek utama turut mempunyai rekod jenayah membabitkan samun bersenjata sebelum ini," katanya sambil memaklumkan polis turut menemui sebuah kereta Honda dengan nombor pendaftaran WWW1861 di rumah berkenaan. Manoharan berkata, kumpulan itu dikesan mula bertapak di Dungun dan Kemaman dengan menyasarkan lelaki dan wanita sebelum mangsa disamun dan dirogol. Katanya, selepas kejadian pertama dan kedua, suspek turut mengulangi jenayah sama apabila cuba melanggar sebuah kereta Honda Civic dinaiki pasangan suami isteri yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu. di lampu isyarat Bukit Teruna, Kijal kira-kira jam 1.55 pagi semalam. "Namun, mangsa yang curiga dengan keadaan itu tidak memberhentikan keretanya sebelum melarikan diri," katanya. Menurut Manoharan, pihaknya kini sedang memburu lima lagi suspek dengan identiti empat daripadanya sudah pun dikenal pasti. dan percaya pihaknya dapat menahan kesemua suspek dalam masa terdekat. Sehubungan itu, katanya, polis mengesan tiga lelaki dikenali sebagai Wan Zazaliala Wan Hussin atau Zaza, 32, (bekas polis) dari Kampung Baru Pasir Akar, Jertih, Besut; Mohd Nuzul Mohamad atau Nuzul, 27, dari Kampung Baru Kiri, Kemasik, Kemaman dan Nazlie Ali atau Naza, 26, Kampung Padang Merchang, Kuala Terengganu. - 3/12/13 |
Anwar: Monopoli Bernas Umpama Lintah Darat Hisap Darah Rakyat Miskin Posted: 02 Dec 2013 09:00 PM PST [KD] AMPANG 2 DIS: Penswastaan syarikat Beras Nasional (Bernas) yang menguntungkan hanya seorang individu umpama lintah darat yang menghisap 200,000 pesawah miskin di negara ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, penguasaan Bernas oleh jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary antara contoh penyelewengan pimpinan Umno. Menurutnya, Bernas yang diswastakan pada 1995 dan awal '96 diluluskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau menjawat Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Menteri Kewangan. "Bila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir putus nak swastakan Bernas, dia luluskan dulu kemudian barulah kertas sampai kepada Menteri Kewangan," dedah Ketua Umum KEADILAN itu. Anwar berkata, ketika itu beliau memberi jaminan di luar dan di dalam Parlimen jika berlaku penswastaan, kerajaan tidak sesekali meminggirkan kepentingan pesawah padi. "Saya bagi jaminan walaupun kita swastakan, kerajaan tidak akan bertolak ansur untuk pertahankan kepentingan pesawah padi di negara ini," katanya lagi pada Ceramah Perdana dan Penerangan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) di Padang Tasek Tambahan, Ampang malam tadi. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, kerajaan pada waktu itu menjamin Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) yang juga dianggotai pesawah padi akan diberikan 10 peratus saham. Begitu juga Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) termasuk nelayan-nelayan kecil memperoleh 10 peratus saham, manakala Pertubuhan Peladang (Mada), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) dan pekerja Bernas masing-masing memperoleh 5 peratus saham meliputi jumlah keseluruhan 45 peratus. Tauke besar bantah Menurut Anwar, agihan saham itu yang pada mulanya dibantah kroni Umno berjaya dilaksanakan hanya sehingga beliau dipenjarakan pada 1998. "Tauke-tauke besar macam Tun Daim (Zainuddin) bantah, dia kata buat apa nak bagi 45 peratus kepada pesawah, peladang sebab mereka tak tahu berniaga. "Industri beras ini menyentuh kepentingan rakyat miskin. Siapa lagi yang nak pertahankan golongan itu bila beras diswastakan. Alhamdulillah pemberian saham dapat dipertahankan 45 peratus," katanya. Sambung Anwar, nasib pesawah tidak lagi terbela apabila pemberian saham tersebut ditarik semasa beliau dipenjarakan dan saham tersebut dianugerah kepada Syed Mokhtar yang mengaut keuntungan berlipat ganda. "98 saya cuti di 'istana hinggap' Sungai Buloh, 45 peratus saham itu dan syarikat Bernas dibeli atau dijual kepada Tan Sri Syed Mokhtar. Syed Mokhtar sekarang mempunyai 84 peratus daripada saham Bernas. Mana dia saham untuk Nafas, Peladang, nelayan, staf Bernas? Semuanya kosong. "Berapa untung Syed Mokhtar dapat? Import beras setahun satu juta metrik tan. Satu metrik tan dari Vietnam dan negeri-negeri lain untung RM700 setahun dia untung RM700 juta. Apa yang diperoleh pesawah padi…kosong! Syed Mokhtar untung RM1 bilion. Ini yang dikatakan bela nasib Melayu," bidas Anwar. Sebab itu katanya beliau membantah keras dan meminta Ahli-Ahli Parlimen Umno menjawab isu ini tetapi mereka menikus malah mencerca beliau di media Umno. "Saya kata saya bela hak 170,000 pesawah padi miskin dan angka ini menurut Jabatan Pertanian. Dari jumlah itu, 95 peratus adalah Melayu. Selebihnya sedikit kaum Cina di Sekinchan, Bidayuh, Iban dan Kadazan di Sabah dan Sarawak. Tetapi kalau mengikut Lembaga Pertubuhan Peladang, jumlah pesawah dan petani seramai 200,000. "Dalam Parlimen, saya tanya MP BN mana pembela Melayu? Kamu bela Melayu mana? Saya pula jawab, saya pertahankan hak 200,000 pesawah padi Melayu miskin. Tapi kamu guna kuasa pertahan seorang yang bernama Syed Mokhtar, seorang pun MP BN tak berani bangkit. Dia maki saya dalam TV3 tiap malam tak apa. Bila berdepan tak ada seorang yang berani bangkit kerana ini adalah fakta. "Bernas ini syarikat kerajaan, pasal apa nak bagi dekat seorang. Dia balas saya balik, dia kata pasal apa Anwar marah sangat Melayu ini (Syed Mokhtar) sebab dia kaya. "Saya tak peduli. Dia kaya bagus…tapi jangan jadi lintah darat yang hisap darah orang miskin. Sebab itu mereka gunakan media untuk cerca kita. Mereka kata kita ini khianat pada Melayu. Melayu mana? 200,000 pesawah yang miskin, siapa sebenarnya yang khianat," kata Anwar menegaskan penyelewengan ini mesti dihentikan dan pastikan perubahan akan berlaku. |
Posted: 02 Dec 2013 06:58 PM PST [HM] Seremban: "Hanya Allah mengetahui kesakitan yang saya alami ketika suami mengelar pipi, dahi, bibir dan tangan saya dengan pisau lipat," kata Nor Hafazalina Mohd, 30, yang menerima 80 jahitan akibat tindakan kejam suaminya itu. Menurutnya, kejadian berlaku jam 5 petang Jumaat lalu di rumah mereka di Ampangan, di sini, selepas dia minta diceraikan kerana tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang tidak bertanggungjawab dan kerap keluar masuk penjara. Nor Hafazalina berkata, suaminya yang berusia 30-an seperti naik hantu apabila mengelar muka dan tangannya lebih 18 kali biarpun dia meraung kesakitan dan merayu agar dikasihani. "Puas saya merayu supaya dia menghentikan perbuatan itu, namun dia bagaikan naik hantu apabila tangan kanan menoreh muka manakala tangan kirinya menarik rambut saya," kata ibu kepada dua anak lelaki itu yang ditemui di wad sebuah hospital, di sini, semalam. Menurutnya, dia meminta cerai daripada suaminya yang dikahwini hampir 10 tahun lalu selepas berasa seperti digantung tidak bertali dan terpaksa menumpang di rumah ibunya di Ampangan, di sini. -3/12/13 Berkaitan: Suami Kelar Isteri 18 Kali Kerana Minta Cerai [AA] SEREMBAN: Seorang suami bertindak kejam dengan mengelar isterinya dengan menggunakan pisau lipat, selepas isterinya dilaporkan meminta cerai. Harian Metro dalam laporannya hari ini menyebut, mangsa Nor Hafazalina Mohd, 30, menerima 80 jahitan ekoran perlakuan tidak berperikemanusiaan suaminya. Nor Hafazalina ditoreh di pipi, dahi, bibir dan tangan dalam kejadian yang berlaku di rumah mereka di Ampangan, di sini pada Jumaat. Mangsa dikatakan meminta cerai selepas tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang didakwa tidak bertanggungjawab serta kerap keluar masuk penjara. Menurut laporan Harian Metro, suaminya yang berusia 30-an itu dikatakan seperti naik hantu apabila mengelar muka dan tangannya lebih 18 kali biarpun dia meraung kesakitan dan merayu agar dikasihani. Hafazalina meminta cerai daripada suami yang dikahwininya hampir 10 tahun lalu selepas berasa seperti digantung tidak bertali. Lelaki terbabit baru sahaja keluar dari penjara dan memujuk untuk kembali bersama lantas membuatkan Hafazalina menumpangkan suami di rumah berikutan lelaki itu dibuang keluarga ekoran kerap masuk keluar penjara. Ketika kejadian, dua anak mereka tiada di rumah kerana berada di rumah kakaknya di Seremban. Selepas dikelar, suaminya berlari keluar dari rumah dan meninggalkannya dalam kesakitan dan berlumuran darah. Dia dibawa ke hospital oleh beberapa jiran yang mendengar pergaduhan mereka. -3/12/13 Ibu mangsa, Juriah Hashim berkata, menantunya ada menelefon pada malam selepas kejadian dan mengugut supaya berhati-hati. Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Baharuddin Mustapa mengesahkan menerima laporan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan. |
Jabatan Peguam Negara Buka Kes Rogol Babitkan Janda Berusia 13 tahun Posted: 02 Dec 2013 06:20 PM PST Jabatan Peguam Negara Buka Semula Kes Rogol Remaja 12 Tahun [Mstar] PUTRAJAYA: Kertas siasatan untuk menyiasat dakwaan rogol seorang remaja perempuan berusia 12 tahun yang berkahwin dengan lelaki yang didakwa merogolnya dan bercerai setahun kemudian telah dibuka semula oleh polis susulan permintaan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC). Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, beliau membuat permintaan itu kepada polis selepas mengambil kira keprihatinan orang awam terhadap isu itu. Bagaimanapun, beliau berkata keputusan sama ada kes itu akan dibicarakan hanya akan diumumkan minggu depan selepas AGC menerima penemuan polis. "Saya telah meminta siasatan lanjut dilakukan dan saya memberi polis tempoh selama seminggu untuk memaklumkan kepada saya," kata Abdul Gani pada sidang media di sini, Isnin. Kes berkenaan mula mendapat perhatian selepas penceraian pasangan muda itu pada November mendapat liputan meluas media, dan bapa remaja perempuan itu membuat kenyataan media bahawa anaknya menjadi mangsa rogol sebelum berkahwin. Remaja itu dinikahkan pada bulan November tahun lepas setelah mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim. Beberapa hari selepas penceraian, bapa gadis itu dilaporkan berkata bekas suami remaja itu dan dua kawan lelakinya telah memperkosa anaknya empat bulan sebelum pernikahan, dan kes itu pernah dilaporkan kepada polis pada 15 Julai 2012. Menurutnya laporan itu ditarik balik selepas dia didatangi bapa lelaki berkenaan yang merayu supaya laporan ditarik balik.- 3/12/13 |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan