DUNIACACAMARBA |
- Remaja PERKOSA 300 Ekor Ayam
- Selangor Akan HALANG Kenaikan Tol 3 Lebuh Raya
- Wanita, Kanak-kanak Dirogol, Dipenggal, Dicincang
- Tujuh Sekeluarga Dikurung Along
Posted: 18 Dec 2013 04:00 AM PST [HM] Tasikmalaya (Indonesia): Seorang remaja, AS, 17, yang dibicarakan semalam atas tuduhan mencabul seorang kanak-kanak berusia enam tahun, mengejutkan mahkamah apabila mengaku turut mencabul ratusan ayam. Hakim yang mengetuai perbicaraan itu, Motur Panjaitan berkata, ini kali pertama dia mendengar kes seumpama itu. "Tertuduh mengaku memperkosa lebih 300 ayam dan kebanyakan haiwan itu mati akibat perbuatannya," kata Motur. Perbicaraan itu diadakan secara tertutup tetapi keadaan di luar penuh sesak dengan beberapa orang membawa ayam mereka kerana mahu menuntut ganti rugi. Peguam AS Ramadanil S Daulay berkata, remaja itu memiliki kelainan seks. "Kami memohon kepada mahkamah supaya mengarahkan tertuduh menjalani rawatan," katanya kepada wartawan selepas perbicaraan itu. AS ditangkap selepas memperkosa seorang kanak-kanak dan mencampakkan mangsa ke laut beberapa bulan lalu. Kanak-kanak berkenaan ketika itu dirawat di sebuah hospital tempatan. Sementara itu, seorang penduduk yang berada di luar mahkamah berkata, dia dan beberapa jirannya mahu AS membayar ganti rugi terhadap kematian ayam mereka. - Agensi - 18/12/13 | ||
Selangor Akan HALANG Kenaikan Tol 3 Lebuh Raya Posted: 17 Dec 2013 10:07 PM PST
[MK] Selangor akan menggunakan kedudukannya sebagai pemilik saham utama dalam tiga syarikat konsesi lebuh raya di negeri itu untuk menghentikan kenaikan tol yang dirancang. Penasihat ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) berkata, menteri besar setuju untuk mengeluarkan arahan kepada wakil kerajaan dalam syarikat konsesi untuk tidak menyokong kenaikan tol. Ketiga-tiga lebuh raya itu, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sprint. "Kami mahu berikan pesanan kepada kerajaan persekutuan, mereka boleh lakukan perkara sama dengan syarikat berkaitan kerajaan yang memiliki saham dalam syarikat konsesi lebuh raya," katanya. Semalam, 15 lebuh raya, kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur, dilaporkan akan menaikkan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 bermula 1 Januari tahun depan. -18/12/13 | ||
Wanita, Kanak-kanak Dirogol, Dipenggal, Dicincang Posted: 17 Dec 2013 09:57 PM PST [HM] Kinshaha: Mayat sekurang-kurangnya 21 orang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak yang diperkosa, dicincang dan dipenggal, ditemui selepas satu serangan di timur Republik Demokratik Congo. Misi pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) MONUSCO berkata, mangsa termasuk seorang bayi yang dibunuh dalam serangan ganas melampau di Kivu Utara minggu lalu. Sebuah pertubuhan masyarakat setempat menuduh kumpulan pemberontak ADF-Nalu, bertanggung jawab terhadap kekejaman itu. Kumpulan berkenaan adalah yang tertua dan paling kurang dikenali yang dikatakan berasal dari Uganda tetapi berpangkalan di Republik Demokratik Congo. "Mangsa, termasuk wanita dan kanak-kanak dengan yang paling muda berusia hanya beberapa bulan, dibunuh dengan kejam antara 13 dan 14 Disember," menurut kenyataan MONUSCO. "Tiga gadis bawah usia 18 tahun dilapor dirogol oleh penyerang dan kemudian dipenggal. Mayat seorang kanak-kanak yang dicincang ditemui di atas pokok di kampung Musuku," kata kenyataan itu lagi. Serangan berlaku di beberapa kampung berhampiran Beni, bandar yang terletak kira-kira 250 kilometer ke utara ibu negeri wilayah Goma. Ketua MONUSCO Martin Kobler berikrar pihaknya akan menjejaki kumpulan yang bertanggungjawab. - 18/12/13 | ||
Tujuh Sekeluarga Dikurung Along Posted: 17 Dec 2013 04:32 PM PST
[HM] Kuala Lumpur: Akibat bapa berhutang dengan along kerana ketagih judi, tiga anak lelaki berusia 61 tahun itu, seorang menantu dan tiga cucunya yang masih kecil menjadi mangsa apabila along bertindak mengurung mereka dalam rumah dengan merantai besi mengunci pintu rumah di Segambut Muda. Bapa berkenaan meninggalkan sekeping nota tertera nombor telefon dipercayai milik along serta jumlah hutang RM2,000 yang perlu dibayar sebelum menghilangkan diri bulan lalu, kerana bimbang diburu ceti haram berkenaan. Isterinya, Chan Ah Lin, 55, berkata, dia mengetahui mengenai kejadian pada 9 Disember lalu, itu jam 4 petang, selepas mendapat panggilan telefon daripada anak sulung memberitahu mereka sekeluarga diserang sekumpulan along yang datang ke rumah. "Saya bergegas pulang ke rumah dan mendapati mereka tidak dapat keluar kerana pintu utama sudah dikunci daripada luar menggunakan rantai besi. Anak sulung memanjat keluar melalui tingkap dan berusaha membuka kunci mangga menggunakan tukul, namun gagal. "Jiran yang mendengar bunyi bising ketukan datang ke rumah untuk membantu, namun gagal. Anak sulung saya kemudian ke kedai membeli gergaji untuk memotong rantai besi berkenaan," katanya yang ditemui di Wisma MCA di sini, semalam. Menurut Ah Lin, anaknya menyedari mereka sekeluarga dikurung selepas menerima panggilan telefon daripada along memberitahu mereka sudah merantai pintu kerana gagal membayar hutang sejak pertengahan bulan lalu. "Setiap kali along datang rumah, kami yang sengsara. Sejak 10 tahun lalu, hampir RM100,000 wang sudah dihabiskan untuk membantu melangsaikan hutang dia (suami) dengan ceti haram, namun hingga sekarang dia masih belum insaf. "Hingga awal Disember ini, sudah tujuh ceti haram datang ke rumah mencarinya, manakala lebih 10 lagi sering menelefon kami sekeluarga. Kami tidak tahu ke mana dia menghilang kerana sejak aktif berjudi, dia jarang pulang ke rumah," katanya. Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, hasil rundingan dengan along terbabit, pihaknya berjaya menyelesaikan sebahagian hutang lima daripada tujuh along tanpa mengambil kira sebarang bayaran faedah. -18/12/13 P/s: Ambil ikhtibar |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan