Rabu, 18 Disember 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


54 peratus tak percaya hujah ekonomi k'jaan

Posted: 18 Dec 2013 06:32 AM PST

 

 


Lebih dari separuh responden yang ditinjau oleh pusat kajian Merdeka Center berkata mereka "tidak percaya dengan kenyataan kerajaan mengenai ekonomi".
Malah, seorang dari setiap lima orang yang diselidik dalam tinjauan itu berkata mereka "amat tidak percaya" dengan kenyataan berkenaan.

Tinjauan berkenaan meminta responden menyenaraikan masalah utama yang dihadapi negara ini dan mendapati isu ekonomi menjadi kebimbangan utama yang digariskan oleh 67 responden.

Kebimbangan lain yang disenaraikan di tahap lebih rendah ialah isu kaum, isu politik, jenayah dan masalah sosial.

Selain itu, kira-kira 55 peratus dari 1,000 rakyat Malaysia yang menjadi responden dari seluruh Malaysia berkata mereka tidak memahami Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dibentangkan oleh perdana menteri dalam Bajet 2014.

Kes sumbang mahram: Sarjan kena 18 tahun penjara

Posted: 18 Dec 2013 06:22 AM PST

 

 

Mahkamah Tinggi hari ini menambah tempoh hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Sesyen ke atas bekas anggota polis berpangkat Sarjan yang didapati bersalah melakukan sumbang mahram terhadap anak tirinya dua tahun lalu.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim menambah hukuman kepada 18 tahun daripada 12 tahun yang dikenakan Mahkamah Sesyen pada Mei lalu terhadap Idrus Ayob, 56, setelah beliau membenarkan rayuan pihak pendakwa.

Beliau memerintahkan Idrus menjalani hukuman daripada tarikh jatuh hukum yang ditetapkan Mahkamah Sesyen pada 3 Mei lepas.

Mahkamah Sesyen mengenakan hukuman penjara 12 tahun ke atas Idrus selepas dia didapati bersalah melakukan sumbang mahram terhadap anak tiri perempuannya di sebuah rumah di Jalan Air Itam pada 18 Nov 2011.

Idrus diwakili peguam bela Amirul Fairuzzeen Jamaluddin sementara Melissa Mohd Awal bertindak selaku peguam pemerhati kepada keluarga mangsa.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Lim Cheah Yit.- Bernama

Aktivis PAS kutip tandatangan bantah tarif elektrik naik

Posted: 18 Dec 2013 06:10 AM PST

 

Farah Noor Samat

 
VIDEO l 1:18 minit 


PAS Wilayah Persekutuan mensasarkan untuk mengumpul 10,000 tandatangan dalam tempoh dua minggu bagi membantah kenaikan tarik elektrik yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak awal bulan ini.

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Khairil Nizam Khirudin berkata, beliau gembira dengan sambutan menggalakkan dari para pengguna tren LRT, ketika program itu dijalankan di stesen Sentul Timur semalam.

"Program hari ini sebagai satu 'kickstart' untuk kita membantah kenaikan tarif elektrik ini, seterusnya kita akan mendapatkan tandatangan di seluruh kawasan di Kuala Lumpur.

"Ia bagi mendapatkan sokongan rakyat yang sama-sama merasakan beban kenaikan tarif elektrik ini, Ia akan membawa kesan domino kepada rakyat.

"Seterusnya kita akan buat satu surat (bersama tandatangan petisyen) yang akan dihantarkan kepada Datuk Seri Najib Razak bagi mewakili rakyat seluruh Kuala Lumpur bahawa tindakan kenaikan membebankan rakyat," katanya ketika ditemui Malaysiakini semalam.

Dalam program tersebut, para aktivis berkenaan turut menggunakan pembesar suara untuk menarik perhatian para pengguna LRT dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Tamil.

Setakat jam 7.15 semalam, kumpulan aktivis tersebut berjaya mengutip sebanyak 1,650 tandatangan.

Kumpulan peguam: Hentikan aniaya & buli Syiah

Posted: 18 Dec 2013 06:08 AM PST


MALAYSIA KINI
 
 
 
Kerajaan harus menghentikan kempen anti-Syiah demi kepentingan politik kerana ia sama seperti penganiayaan, kata kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL).

Membariskan beberapa insiden berkaitan sebelum ini, kumpulan pro hak asasi itu berkata, mereka mengesan kempen yang selaras untuk mengharamkan fahaman Syiah dan sekali gus menjadikannya jenayah.

NONE"Kami melihatnya selari dengan pendakwaan di Myanmar terhadap orang Islam oleh negara majoriti Buddha, yang sangat sedikit tujuannya untuk mempertahankan penganut Buddha atau Buddhisme, tetapi semata-mata demi kepentingan politik.

"Lawyers for Liberty oleh itu menggesa kerajaan dan pihak berkuasa agama berhenti membuli dan mengganggu masyarakat Muslim Syiah, yang jika diteruskan akan mendorong kepada vigilantisme agama dan keganasan terhadap fahaman Syiah, seperti dilihat di Pakistan, Indonesia dan Mesir," kata pengasas bersama LFL Eric Paulsen (atas).

Insiden dibangkitkan LFF, antaranya pendakwaan terdapat dua individu di Perak kerana memiliki bahan bacaan Syiah, kenyataan polis mengaitkan fahaman itu dengan sikap militan dan serangan kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

PR terima desakan untuk turun ke jalanan

Posted: 18 Dec 2013 06:00 AM PST


Rafizi Ramli  
Rafizi Ramli


PETALING JAYA - Pakatan Rakyat menerima desakan orang ramai untuk mengadakan bantahan besar-besar berikutan isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang diumumkan kerajaan sejak kebelakangan ini.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, bantahan itu mungkin sampai turun ke jalanan seperti perhimpunan yang lepas.

"Kami akan bincangkan isu ini secara lanjut dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR Jumaat ini. Agenda mesyuarat ini hanya satu iaitu berbincang mengenai kenaikan harga yang diumumkan kerajaan.

"Sama ada kita akan  perhimpunan besar-besaran atau tidak, akan diputuskan Jumaat ini," katanya.

Beliau berkata, mesej yang diutarakan rakyat sangat jelas bahawa mereka sangat marah dengan kenaikan yang bertindan dalam tempoh enam bulan ini.

Ditanya adakah PR akan mengadakan perhimpunan itu bersama NGO lain atau secara berasingan, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kemungkinan besar mereka akan bergabung bersama NGO lain seperti Bersih.

Sementara itu, menerusi sidang media, Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PR akan mengadakan kempen anti cukai  barangan dan perkhidmatan (GST).

Mengulas mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low, Anwar berkata, GST  tidak akan menurunkan kadar pelarian wang seperti didakwa.

`Saya ingin menegaskan bahawa GST tidak mempunyai pengaruh yang besar terhadap masalah aliran wang haram, apatah lagi, yang berhubung dengan jualan eksport ke luar negara.

`GST ke atas eskport adalah pada kadar sifar dan tidak mempunyai kesan pun ke atas harga barangan eksport,`katanya.

Menurut Anwar,  alasan yang digunakan itu hanya bertujuan untuk mengiyakan pelaksanaan GST dengan mengelirukan rakyat yang rata-rata masih kurang memahami mengenai isu ini.

1Basikal: Jalan penyelesaian

Posted: 18 Dec 2013 05:43 AM PST

 Izmil Amri

semua naik



KITA semua ada masalah sekarang. Tanpa mengira latar politik, kaum, agama dan usia, semuanya ada masalah. Ya, jerung pun ada masalah. Haiwan lain pun ada masalah. Punya pasal dialah. Masalah kita ini bukan sahaja lebih besar, malah bertimpa-timpa.

Anda tahu apa masalah itu. Ia menghantui anda setiap hari. Setiap kali anda buka dompet dan melihat helaian wang keluar bagai air mengalir, anda dihantui masalah ini. Setiap kali anda melihat gaji anda sudah masuk akaun dan kemudian separuh daripadanya hilang sejam selepas itu, anda seakan mahu bunuh diri akibat daripada masalah ini.

Jangan bunuh diri dulu. Letakkan botol racun itu ke bawah. Kini ada penawar baru untuk masalah anda.

Memperkenalkan 1Basikal.

1basikal

Saya tidak tahu siapa sebenarnya yang bikin poster ini. Tapi ini kerja yang sungguh 'epic'.

Laman Facebook Roketkini menerima sebanyak 127,872 'view' (setakat ini) bagi paparan itu yang dikongsi petang semalam. Hampir 1,500 pengguna Facebook berkongsi imej terbabit di laman masing-masing.

Sebelum itu pun poster berkenaan sudah dikongsi di beberapa laman Facebook yang lain dan saya kira ia turut menerima respon serupa.

1Basikal adalah jawapan dan penawar paling mujarab buat semua masalah yang tuan puan hadapi hari ini. Kecuali barangkali masalah akidah Syiah atau yang sewaktu dengannya. Masalah itu perlu anda selesaikan sendiri. DAP parti sekular, ia tak mahu masuk campur.

Sudah berminggu isu kenaikan harga tol berlegar di media. Ini tambahan kepada isu kenaikan cukai taksiran yang dikenakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, selain isu kenaikan tarif elektrik dan kenaikan kos sara hidup secara am.

Walaupun nampak seolah-olah hanya orang Lembah Kelang yang terkesan dengan semua isu ini, barang diingat bahawa anda yang terperuk di Cerok Tok Kun sana pun terkesan sama. Ini nanti akan ada kesan limpahannya atau disebut orang putih sebagai spillover effect. Jadi kena jaga-jaga.

Apa sebab semua benda ini mesti kena naik harga? Siapa yang miskin dan memerlukan tambahan dana? Kalau kita baca laporan media, Tenaga Nasional Berhad contohnya mencatatkan keuntungan berbilion ringgit. Stafnya juga bakal menerima bonus berganda. Tak mungkin tarif elektrik naik sebab TNB tak ada duit.

Begitu juga dengan kadar tol. Mana pernah kita dengar pengusaha lebuhraya jatuh miskin atau syarikatnya lingkup. Ini kerana bisnes yang diusahakan syarikat lebuhraya adalah bisnes yang tak mungkin rugi. Tambahan kalau hanya itu sahaja laluan yang ada untuk bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain. Contohnya untuk masuk ke Shah Alam, hampir pasti akan terpaksa bayar RM1.10 di tol Batu Tiga. Atau kalau dari Puchong nak ke Bandar Utama, mesti kena bayar tol LDP.

Jawapan menteri kepada permasalahan ini ialah supaya rakyat tidak menggunakan jalan bertol.

Belum ada lagi yang bijak pandai untuk menyuruh rakyat pasang lilin atau hembus diri sendiri kalau tak mahu guna lampu dan alat pendingin hawa sebab takut bil elektrik mencanak naik.

Jawapan sebegini memang dinanti-nantikan orang ramai. Jawapan pendek akal begini adalah punca kepada kemarahan rakyat jelata yang beberapa bulan sudah menyirap dengan jawapan menteri yang satu lagi. Menteri itu kata kalau ayam naik harga, makanlah daging. Barangkali dia tak pernah tahu bahawa orang beli ayam kerana daging mahal. Tak apalah, kalau tidak jahil murakkab itu bukan menteri UMNO namanya.

"Cuba kalau potong gaji menteri. Kalau tak suka, janganlah jadi menteri," kata orang ramai di internet.

Malah Perdana Menteri pun rasanya masih belum beri respon jelas tentang isu kenaikan harga ini semua. Menterinya yang lain terpaksa ternganga-nganga menjawab kononnya kerajaan tidak ada pilihan lain.

Mujur GST hanya akan dilaksana pada 2015. Masih ada satu tahun untuk tuan-tuan memahami GST dan kemudian membantah GST.

Imej yang tidak diketahui karya siapa ini memperjelas dengan tulus kebangsatan yang melanda negara. Kalau tak mahu bayar tol, naiklah basikal. Gula naik harga, minumlah air tebu. Tapi perahlah sendiri, guna elektrik yang dijana basikal tadi.

Agak-agak kalau putus asa dengan segalanya dan tidak bersetuju dengan saranan tadi; naiklah basikal itu ke sempadan, dan pindah ke negara lain. Atau kalau betul-betul depresi, langgarlah mana-mana lori atau terjun gaung dengan basikal tadi.

Kalau ide ini dijadikan produk rasmi 1Malaysia, agaknya kontraktor mana yang akan dapat tender 'supply' basikal? Barangkali nanti ejaannya pun ditukar sekali; jadi 'BAS1KAL'. – Roketkini.com

Sesungguhnya dijajah oleh bangsa sendiri lebih perit dari dijajah oleh kuasa asing

Posted: 18 Dec 2013 05:28 AM PST

ASPAN ALIAS


Ramai masih tidak berpuas hati dengan jawapan dan pencerahan Abdul Wahid Omar, orang baru dalam kabinet Malaysia berhubung dengan isu tol sekarang ini. Saya amat terkejut dengan jawapannya dan telah saya sentuh dalam posting yang lepas. Saya ingin menambah sedikit lagi tentang jawapan seorang tokoh perbankan yang terkenal yang sekarang di masukkan ke dalam Jemaah Menteri Malaysia.

Tentulah seorang tokoh perbankan itu di masukkan ke dalam Jemaah Menteri itu bersebab, iaitu untuk menambah nilai dan kekuatan kepada Jemaah Menteri kita itu untuk kepentingan rakyat. Walaupun ramai telah mengalu-ngalukan beliau menyertai kabinet dengan harapan menggunung, tetapi saya tidak berasa begitu sejak dari awal kemasukan beliau, kerana UMNO itu adalah pelemah kepada pemikiran manusia. Sekarang Wahid sudah menjadi mangsa UMNO yang terakhir sekali.

Bukan Wahid orang yang pertama yang bergelar ahli korporat yang menyertai kabinet Malaysia tetapi sebelum ini ramai telah dibawa masuk tetapi mereka tidak boleh mengubah UMNO itu, tetapi mereka diubah dan dipengaruhi oleh 'attribute' jembel kabinet negara itu.

Isu tol ini perlu mendapat tentangan dari rakyat kerana ia amat tidak adil dan kandungan perjanjian yang tidak diketahui umum itu memeritkan rakyat tidak terkira. Pada 1hb Januari yang akan datang ini (2014), 15 pemegang konsessi akan menaikan tol dari .50 sen sehingga RM2 dan ini merupakan tindakan yang sangat tidak berperi kemanusiaan terhadap rakyat yang sudah tersedia menderita sekarang ini.

Kerajaan mesti berunding untuk mengkaji semula perjanjian yang dibuat dalam isu ini. Kita tidak mahu jawapan seperti yang diberikan oleh Wahid, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Siapa yang tidak tahu jika mengikut perjanjian konsessi itu kadar tol akan bertambah mengikut waktu yang dipersetujui dan itu pun sebabnya rakyat marah. Ada yang memberi komen, "This boy looks smart, but only until he opens his ass".

Dalam hal tol ini kerajaan nampaknya begitu bersimpati dengan semua pemegang konsessi dan menjadikan kandungan dalam perjanjian konsessi sebagai halangan untuk kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa. Tetapi perjanjian Royalti minyak kerajaan Pusat tidak teragak-agak menggunakan ototnya untuk tidak menghormatinya. Dalam isu Royalti minyak keengganan kerajaan Pusat untuk menghormati perjanjian itu juga mengorbankan rakyat. Justeru segala-gala perbalahan akan memaksa rakyat untuk berkorban.

Buat masa sekarang ini semua pemegang konsessi perlu memberitahu rakyat bila dan masanya tol akan dinaikkan seperti terkandung dalam perjanjian itu. Rakyat perlu diberitahu kerana ia membabitkan kehidupan rakyat yang kini sedang menghadapi masalah kehidupan dan mereka jugalah yangt dijanjikan oleh kerajaan yang mereka akan menjadi rakyat yang berpendapatan tinggi dan negara kita akan menjadi negara maju menjelang tahun 2020 nanti.

Kenapa rakyat diperlakukan sedemikian rupa oleh pemerintah? Kenapa pemerintah menjadi masalah kepada rakyat dan kenapa pimpinan begitu bebal dan tidak memahami keadaan rakyat yang semakin susah dengan kos perkkhidmatan dan barangan yang melambung tinggi?

Rakyat sedang menunggu dengan perasaan gundah gulana. Mereka akan dicukai melalui percukaian GST sebanyak 6 peratus. Rakyat sedang bertanya menjelangnya April 2015 berapa harga dan perkhidmatan semasa itu? Jika harga barangan dan perkhidmatan melambung naik sebelum GST dilaksanakan, 6 peratus itu adalah berdasarkan kepada harga yang sudah melambung itu.

Ssungguhnya kerajaan hari ini mesti berhenti dan berundur. UMNO wajar mengundurkan barisan pimpinan hari ini jika parti itu mahu kekal memerintah. Jika ia tidak dilakukan keseluruhan UMNO dan komponennya akan diundurkan oleh rakyat. Mereka ingat saranan untuk mereka berhenti dan bersara itu adalah saranan yang main-main.  Najib, Muhyiddin dan semua pimpinan UMNO hari ini sepatutnya mengangkat tangan menyerah diri kepada rakyat dan lakukan tindakan yang disanjung rakyat, iaitu berundur dari jawatan dan tanggungjawab sekarang.

Bukan tidak ramai dikalangan ahli Kabinet Malaysia yang bersama merasakan kelemahan UMNO pimpinan Najib ini, tetapi tidak siapa berani bertanggungjawab dengan menzahirkan kepada Najib, 'you have to go'. Tetapi mereka semuanya takut kerana mereka takut kepada menghadapi kenyataan. Mereka rela berdiam diri dan memerhatikan parti mereka dan kerajaan yang mereka sertai itu menjadi hina dari masa ke semasa. Justeru mereka juga adalah kumpulan yang tidak bertanggungjawab dan dosanya sama dengan si pelaku kesalahan itu.

Ahli-ahli Kabinet mesti berani untuk menegur apa yang tidak betul yang dilakukan oleh pucuk pimpinan mereka. Seruan ini bukan sahaja kepada ahli-ahli Jemaah Menteri tetapi juga kepada ahli-ahli Parlimen yang mewakili rakyat. Jika semua bertanggungjawab masakan rakyat akan merasakan apa yang mereka rasakan ini kerana mereka mempunyai wakil di dalam Dewan-Dewan Legislatif, tempat mereka bersuara mewakili perasaan rakyat yang ramai.

Tetapi ahli-ahli Parlimen juga tidak bertanggungjawab kerana mereka hanya pandai bersungut dibelakang tetapi mereka tidak mempunyai cukup kekuatan untuk bertindak dan melakukan perubahan bagi pihak rakyat. Mereka lebih menumpukan kepada apa untung rugi peribadi mereka jika mereka bertindak lebih-lebih lagi bertindak menongkah arus.

Kita sekarang sedang menghadapi masalah kos kehidupan yang tinggi dan tidak lama lagi terpaksa membayar tol yang lebih tinggi kerana pembayaran tol yang tinggi itu sudah termaktub di dalam perjanjian konsessi itu. Semua keperluan di kuasai oleh individu secara monopoli. Gula, tepung, beras, air dan banyak lagi dimonopoli oleh segelintiran manusia yang hanya boleh berjaya tanpa saingan. Mereka ini sahajalah yang mendapat keuntungan besar dari keringat ahli-ahli parti selama ini. Mereka ini lah yang melakukan manipulasi terhadap tokoh-tokoh legislatif dan pimpinan  kerajaan sekarang ini.

Itulah sebabnya keresahan rakyat tidak akan selesai selagi masih ada kumpulan 'law-makers' dan kerajaan yang boleh dijual beli oleh beberapa 'East India Companies' UMNO sekarang ini.

Jika dahulu rakyat negara ini dijajah oleh British dalam ekonomi melalui East India Company, sekarang ini rakyat terjajah oleh syarikat-syarikat besar rakyat sendiri yang hampir dengan kuasa.

Terjajah lagi kita semua. Bila kita kan merdeka tidak dapat kita ketahui. Rasa terjajah oleh kuasa asing tidak seperit dijajah oleh bangsa sendiri. Nak bercakap lantang pula, nanti ada pula pemimpin yang halau kita dari negara ini jika tidak berpuas hati.

Barang naik: Angkara penasihat atau tanda lemahnya Najib?

Posted: 18 Dec 2013 12:12 AM PST

Shahbudin Husin



Kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang berturut-turut sejak beberapa bulan lalu mula menimbulkan keresahan kepada rakyat. Setelah beberapa kenaikan berlaku, pertanyaan yang sering bermain di fikiran ialah, apakah lagi akan naik selepas ini?

Setelah kenaikan tarif letrik sebanyak 15 peratus bermula Januari 2014, kenaikan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 di beberapa lebuh raya bermula tarikh yang sama, mungkin adalah hadiah tahun baru paling menyedihkan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat. Lebih-lebih lagi, janji pengurangan tol antara bandar adalah antara janji BN yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Dengan pengumuman kenaikan tol semalam bermakna kerajaan 'membakulsampahkan' janjinya sendiri kepada rakyat sehingga dilaporkan kandungan manifesto itu sudah pun dipadamkan daripada laman web BN. Ia menunjukkan satu lagi bukti janji dicapati, bukannya ditepati.

Sebelum ini, walaupun hanya mencapai kemenangan paling buruk dalam sejarah BN, kerajaan juga sudah mengumumkan kenaikan harga minyak, penghapusan subsidi gula, kenaikan cukai pintu DBKL dan pelaksanaan cukai GST yang akan bermula pada April 2015.

Dengan segala kenaikan yang dilakukan kerajaan itu, semua kos kehidupan kini sudah meningkat dan rakyat mempunyai semakin kurang wang dalam poket masing-masing.

Keresahan rakyat terhadap kerajaan kini boleh didengari di mana-mana. Di dalam Umno dan kerajaan sendiri sudah mula kedengaran suara-suara yang semakin lantang menolak pelbagai kenaikan yang dilakukan oleh kerajaan ini. Pemuda Umno misalnya tidak berselindung lagi menyatakan rasa tidak senangnya dengan kenaikan yang bertalu-talu sejak kebelakangan ini dan akan membangkitkannya dalam mesyuarat Kabinet.

Blogger dan laman sosial pro Umno dan kerajaan juga mulai bersikap kiri dengan mengkritik pelbagai kenaikan yang berlaku sejak kebelakangan ini yang dianggap tidak sensitif terhadap kehidupan rakyat yang sudah sedia terhimpit kehidupannya. Lebih daripada itu, kenaikan harga barang dan perkhidmatan ini juga seolah-olah menunjukkan kerajaan tidak mengenang budi pengundi luar bandar yang memenangkannya dalam pilihan raya lalu.

Bagaimanapun, bagi kebanyakan pemimpin Umno dan blogger pro kerajaan, mereka lebih banyak menyalahkan penasihat Najib dalam semua kenaikan yang berlaku ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala yang mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan atau Pemandu serta penasihat kanan Najib, Omar Ong adalah dua individu yang paling banyak dipersalahkan kerana mereka berdua yang dikatakan memberi nasihat mengenainya kepada Najib.

Kedua-dua mereka ini digambarkan sebagai orang paling berpengaruh kepada Najib dalam menentukan dasar kerajaan dan ekonomi negara. Idris dikatakan orang yang bertanggungjawab meyakinkan Najib untuk memperkenalkan cukai GST dengan menjadikan negara Greece yang muflis sebagai rujukannya.

Beliau juga merupakan nadi dalam pelbagai program transformasi yang diperkenalkan Najib serta di sebalik pengumuman pelaburan bernilai berbilion ringgit yang diperolehi kerajaan.

Omar Ong, selain penasihat kanan Najib dan Ahli Lembaga Pengarah Petronas, dikatakan memainkan peranan penting dalam penstrukturan harga minyak dan rasionalisasi subsidi yang sehingga ini  menyebabkan meningkatnya harga minyak dan gula. Kenaikan tarif eletrik juga dikatakan atas nasihat beliau sebagai salah satu cara menambah pendapatan negara.

Tersebar juga berita bahawa hasrat peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Petronas adalah juga kerana kecewa dengan peranan Omar Ong yang terlalu berpengaruh dalam syarikat minyak itu sehingga dikatakan bekas PM itu tidak dapat berbuat banyak perkara, terutama berkaitan dengan usaha membantu usahawan Bumiputera.

Tetapi sejauh mana peranan dan pengaruh mereka ini kepada Najib tidak dapat dipastikan dengan tepat kebenarannya. Selain kedua-dua tidak pernah membuka mulut atau menafikan cakap-cakap orang ramai mengenainya, Najib juga turut berdiam diri dan tidak pernah bercakap tentangnya.

Tetapi setiap kali berlaku kenaikan yang dilakukan kerajaan, setiap kali itulah juga nama Idris dan Omar dikaitkan. Malah kalangan pemimpin kanan parti dan kerajaan juga turut menyebut mengenai perkara yang sama, seolah-olah merekah berdua inilah yang menentukan perjalanan serta hala tuju kerajaan.

Dan adalah mustahil Najib yang merupakan antara pemimpin dunia paling aktif dalam laman sosial tidak mengetahui langsung mengenai pelbagai dakwaan yang dilemparkan terhadap Idris Jala dan Omar Ong itu kerana setiap kali berlaku kenaikan harga barang dan perkhidmatan, pasti nama mereka itu disebut ramai.

Idris dan Omar juga mustahil tidak mengetahui langsung apa yang pemimpin Umno, blogger pro kerajaan dan orang ramai mengata mengenai diri mereka.

Oleh itu, sikap berdiam diri mereka ini agak misteri sifatnya. Ia mungkin bermakna benar mereka itu berpengaruh dalam menentukan dasar kerajaan yang diperkenalkan Najib atau mungkin juga semua kenaikan itu adalah kehendak Najib sendiri untuk menambah pendapatan dan mengurang hutang negara yang sudah pun mencecah 53.6 peratus daripada KDNK negara tetapi menjadikan Idris dan Omar sebagai kambing hitamnya.

Tetapi kalau pun Idris dan Omar begitu berpengaruh dalam merancang pelbagai dasar untuk kerajaan, Najib juga tidak seharusnya menerima bulat-bulat nasihat mereka itu, kecuali kalau perdana menteri sudah kena bomoh dengan mereka itu. Sebagai perdana menteri, Najib sebenarnya boleh menerima nasihat dan pandangan daripada sesiapa saja tetapi kata putus terpulang kepada beliau menentukannnya.

Dan sebagai perdana menteri yang memerlukan mandat rakyat setiap lima tahun, sebelum sesuatu keputusan dibuat, selain perlu juga menerima pandangan daripada menteri-menteri Kabinetnya, Najib juga perlu memikirkan soal kesejahteraan dan susah senang kehidupan rakyat. Tentulah tidak bermakna melaksanakan sesuatu yang kelihatan cantik daripada segi rekod ekonomi tetapi mengundang kemerosotan sokongan rakyat.

Menguruskan negara bukan seperti menguruskan syarikat perniagaan yang semata-mata berpaksikan keuntungan. Menguruskan negara adalah menguruskan kehidupan dan kesejahteraan rakyat dan faktor ini akan menjadi perkiraan paling penting setiap kali pilihan raya.

Kiranya benar semua kenaikan harga barang dan perkhidmatan ini adalah angkara nasihat daripada penasihat kiri dan kanannya yang tidak pernah memikirkan soal beban hidup rakyat tetapi semata-mata kerana mahu melihat rekod ekonomi tertulis dengan pencapaian yang baik, tindakan Najib menerima bulat-bulat nasihat mereka tidak lebih menunjukkan kelemahannya sendiri.

Sama ada peranan penasihat ini dapat dibuktikan atau sebaliknya, beban pertanggungjawaban terhadap segala penderitaan dan kesusahan rakyat akibat pengenalan dasar baru atau kenaikan harga barang dan perkhidmatan sejak kebelakangan ini adalah terletak dibahu Najib sepenuhnya.

Tiada orang lain yang boleh dipersalahkan dan Najib juga tidak boleh menyalahkan orang lain mengenainya. Najib pula mungkin berat untuk mengakui kesalahan dan kelemahannya, walaupun jauh di sudut hatinya beliau menyedari hakikat itu.

Oleh itu, kitalah sebagai rakyat dan pengundi yang perlu memberitahu Najib mengenai kesalahannya itu apabila tiba waktunya nanti. – shahbudindotcom.blogspot.com,

Afidavit Shafee: Polis soal siasat Mat Zain hari ini

Posted: 18 Dec 2013 12:08 AM PST

OLEH LEE SHI-IAN
















 
 
Polis akhirnya mengambil tindakan untuk menyoal siasat bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini berhubung laporan polisnya yang menuduh peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (gambar) menipu dalam afidavit permohonan rayuan kerajaan terhadap pembebasan tuduhan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shafee dilantik sebagai timbalan pendakwa raya dalam permohonan itu di sebalik bantahan daripada Anwar, yang mengatakan bahawa peguam kanan itu tidak layak menyandang tugas itu selepas Mat Zain memfailkan kenyataan bersumpah dan laporan polis menyatakan peguam itu memfailkan afidavit palsu.

Menurut sumber yang rapat dengan laporan itu, Mat Zain dijangka datang ke ibu pejabat polis Putrajaya hari ini untuk merekodkan keterangannya.

"Susulan daripada laporan polis Mat Zain yang dibuat di balai polis Setapak, satu kertas soal siasat dibuka berhubung isu itu," sumber memberitahu The Malaysian Insider.

"Selepas kenyataan Mat Zain direkodkan dan polis mendapat gambaran jelas, satu keputusan akan dibuat untuk sama ada membuka kertas siasatan dan mengklasifikasikan kes itu," katanya.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa polis Putrajaya mengendalikan kes berkenaan kerana afidavit yang dipersoalkan itu diserahkan kepada Istana Keadilan.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat Mat Zain berhubung akuan berkanunnya (SD) setebal 31 halaman berhubung pertemuannya dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Shafee mengenai tuduhan salah laku Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Ahad lalu, Mat Zain membuat laporan polis terhadap Shafee dan menyatakan afidavit peguam Umno itu yang diserahkan kepada Mahkamah Rayuan mengandungi fakta tidak tepat dan ia adalah menyalahi undang-undang.

Shafee memfailkan afidavit itu di mahkamah minggu lalu sebagai maklum balas terhadap afidavit kedua Anwar untuk mengenepikannya daripada mewakili Putrajaya dalam kes rayuan liwat berkenaan.

Permohonan Anwar dijadualkan didengar di Mahkamah Rayuan esok.

Dalam laporan polisnya, Mat Zain mendakwa Shafee melakukan sekurang-kurangnya dua kesalahan mengikut Kanun Acara Jenayah dengan yang pertama ialah membuat kenyataan palsu dalam afidavit.
Beliau menuduh Shafee turut menyembunyikan bukti material dengan niat memperdaya mahkamah.

Mat Zain yang mendedahkan kenyataan pada Selasa meminta Abdul Gani memberi penjelasan dan alasan mengapa pejabatnya memfailkan dua afidavit yang didakwanya palsu.

"Jika Abdul Gani terus berdiam diri atau tidak mahu mengambil tindakan, maka beliau dan keseluruhan Pejabat Peguam Negara perlu menanggung akibat dan bertanggungjawab.

"Dua afidavit palsu itu difailkan Shafee dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusoff," katanya.

Mat Zain berkata, Abdul Gani patut menyingkirkan Shafee daripada mengetuai barisan pendakwaan dalam kes rayuan liwat itu serta-merta

Bekas menteri dakwa isu Syiah dikendali cara pandir, politik cetek

Posted: 17 Dec 2013 11:57 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


KDN dicabar bawa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ke mahkamah. Gambar fail.KDN dicabar bawa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ke mahkamah. Gambar fail.























Bekas Menteri Penerangan melahirkan rasa kesal dan tidak puas hati dengan cara isu Syiah dikendalikan di negara ini dan menyifatkan ia hanya permainan politik yang semakin cetek dan pandir sahaja.

Tan Sri Zainuddin Maidin dalam tulisannya di Sinar Harian berkata, setelah gempar seluruh negara bagaikan langit hendak runtuh, maka akhirnya kelak rakyat akan melihat tiada sesiapa pun yang akan bertanggungjawab untuk bertindak dengan berani dan tegas.

"Orang itu serah pada orang ini, orang ini serah pada orang itu," tulis bekas Ketua Pengarang Utusan yang lebih dikenali sebagai Zam itu.

Maka, katanya, kredibiliti kerajaan Barisan Nasional dan Umno semakin terhakis.

"Berapa lamakah kita harus berada dalam permainan politik seumpama ini," katanya.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mempunyai 10 bukti mengaitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) sebagai  Syiah menyerahkannya kepada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) untuk tindakan selanjutnya.

Jakim pula melepaskan tangan kepada Majlis Majlis Agama Islam Negeri dan mereka  ini pula akan bercanggah antara satu sama lain dalam soal mengambil tindakan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar KDN, jika mempunyai bukti yang kukuh, bertindak dan hadapkan Mohamad ke mahkamah supaya dia dapat membela diri.

Sebelum itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan orang nombor dua PAS adalah Syiah dalam ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung Umno 2013.

Semalam, Mohamad mengumumkan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Zahid.
Zam berkata, tindakan menendang ke sana sini untuk diambil tindakan menyebabkan rakyat akan tinggal dalam keraguan.

"Lebih bahaya lagi, mereka juga akan semakin ragu  sama ada ajaran Syiah bertentangan dengan Islam atau tidak," katanya.

Beliau berkata, di akhirnya rakyat akan melihat dan yakin bahawa ini hanyalah suatu permainan politik agama dan imej Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu akan lebih hebat walaupun merapu dan akan lebih banyak lahir orang yang mengamalkan ajaran seperti Ajaran Harun.

Ahli PAS Turut Terhina, Akan Berdoa Pastikan Zahid Hamidi Terima Hukuman

Posted: 17 Dec 2013 11:51 PM PST

Syiah: Peguam Mohd Sabu beri tempoh 3 hari kepada Zahid

KELAB GREENBOC

 
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini menyerahkan kepada panel peguam PAS untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaan Syiah.

Beliau berkata, barisan peguam akan memfailkan saman ke atas Zahid sahaja yang juga Naib Presiden Umno, kerana pencetus fitnah ke atas dirinya.

"Saya hari ini menyerahkan kepada panel peguam untuk mengambil tindahan ke atas Zahid berhubung ucapan beliau pada Perhimpunan Agung Umno yang mengaitkan saya sebagai pemimpin Syiah.

"Peguam hanya akan bertindak ke atas Zahid sahaja kerana beliau merupakan pencetus fitnah tersebut, yang bagi saya didasari niat jahat untuk menjatuhkan maruah dan integriti saya," jelas beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS sebentar tadi. (

Beliau mengambil keputusan untuk tidak akan memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan Syiah sehinggalah perkara tersebut dibawa ke mahkamah.

Mohamad juga meminta agar panel peguam meneliti ucapan Zahid pada perhimpunan tersebut yang mana wujud penyalahgunaan kuasa sebagai Menteri Dalam Negeri.

"Beliau dalam ucapanya menyatakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memberi kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengambil tindakan ke atas saya.

"Saya yakin ini satu bentuk penyalahgunaan kuasa kerana semua tahu Jakim bukan terletak di bawah bidang kuasa KDN, maka atas dasar apakan KDN boleh dengan secara arbitrari memberi kuasa kepada Jakim untuk bertindak," katanya.

Beliau juga akan membuat satu laporan polis terhadap Zahid atas kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan berharap pihak polis dapat menjalankan tanggungjawab seadil yang mungkin.

Sementara itu, Peguam Mohamed Hanipa Maidin memberitahu pihaknya akan menghantar notis kepada Zahid seberapa segara untuk menarik balik dan memohon maaf dalam masa tiga hari.

Katanya, notis tersebut hanya ditujukan kepada Zahid dan tidak melibatkan KDN.

"Notis kita hanya tertumpu kepada Zahid saja bukan melibatkan KDN, sebab bagi kita Zahid merupakan pencetus kepada fitnah tersebut," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Sepang.

Beliau tidak mengulas tentang bukti yang dikemukakan oleh KDN dan berharap jika Zahid mahu membuktikannya perlu dibawa ke mahkamah.

"Zahid telah memfitnah dan kita harap beliau dapat buktikan apa yang beliau katakan Mat Sabu sebagai pemimpin Syiah, tunjukkan bukti, Syiah itu mengancam keselamatan negara, sila buktikan apa yang telah berlaku dan Mat Sabu sesat, kita juga mahu bukti.

"Kalau ada kenyataan mengatakan bukti gred A atau B, biar mahkamah yang menentukan bukannya mereka yang membuat kenyataan.


"Kita tidak akan menyaman KDN tetapi kita ingin bertemu Zahid di mahkamah," tegas beliau.

Beliau berkata, Zahid sebagai menteri tidak boleh menggunakan kuasa untuk mengarahkan pihak tertentu kerana setiap siasatan dilakukan melalui laporan yang dibuat bukannya secara arahan terbuka dan fitnah.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Peguam Nasar Khan Mirbas Khan dan Aminuddin Zulkifli. -HD

ULASAN GB

Mat Sabu berhak untuk mengheret Zahid Hamidi ke mahkamah kerana beliau telah difitnah. Ahi-ahli PAS berhak untuk mendoakan kemenangan Mat Sabu di dalam kes ini dan agar Zahid Hamidi menerima hukuman setimpal terhadap fitnah yang dilakukannya.

Ini kerana ahli-ahli PAS yang telah memilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS di muktamar yang baru lalu dan Zahid Hamidi tidak ada hak untuk mempersoalkan mengapa Mat Sabu terpilih sebagai Timbalan Presiden. Tetapi Zahid Hamidi di dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur berkata, pihaknya mengetahui bahawa pemimpin nombor dua PAS itu mengamalkan ajaran Syiah.

"Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam PAS.

Dengan membuat kenyataan seperti itu Zahid melakukan dua kesalahan besar. Pertama memfitnah Mat Sabuu (orang no 2 PAS) dan kedua menghina ahli PAS yang telah memilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden.

Justeru itu, ahli-ahli PAS seluruh negara akan berdoa siang dan malam untuk pastikan Zahid Hamidi menerma hukuman sepertimana janji Allah:

Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10

End of the day, si pemfitnah akan tetap terhukum juga. Tidakkah mereka melihat apa yang telah terjadi ke atas papagomo yang ditimpa kehinaan sejak masih di dunia lagi akibat suka melakukan fitnah? Bukankah janji Allah itu benar? Itu sekadar satu contoh.

Dan seperti GB sudah ulas sebelum ini :

Ini jelas menunjukkan Zahid dan pegawai KDN buta undang-undang apabila di dalam perhimpunan agong UMNO 2013 dengan angkuhnya mengarahkan JAKIM untuk menahan Mat Sabu sedangkan JAKIM tiada kuasa untuk menahan sesiapa pun. Kuasa menahan seseorang di atas kesalahan syariah terletak kepada Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri.
br>Hukum kebenaran dan keadilan menetapkan "yang memfitnah dan yang angkuh itulah nanti yang bakal terhukum!"

Umno celaru minta salam 1Melayu, kaji semula BR1M

Posted: 17 Dec 2013 11:43 PM PST



Oleh RAYUSA



ADA dua cadangan yang menarik perhatian dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 (PAU 2013) di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur dari 3 hingga 7 Disember lalu.

Pertama, cadangan perwakilan dari Pulau Pinang, Dato' Musa Sheikh Fadzir agar salam 1 Melayu menggantikan salam 1 Malaysia kerana kaum lain tidak membantu Umno negerinya.


Kedua, cadangan pemimpin Umno Wilayah Persekutuan, Shafei Abdullah agar kerajaan mengkaji semula pemberian BR1M untuk diberi kepada penyokong Umno serta Barisan Nasional sahaja, tidak penyokong Pakatan Rakyat. Musa menceritakan pengalamannya "ditikam" oleh kaum lain dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Katanya, Umno bertungkus-lumus menyokong calon parti tersebut bertanding, tetapi parti berkenaan tidak berbuat perkara yang sama di kawasan calon Umno.

Kenyataan Musa yang juga ketua Umno Bukit Mertajam itu mengundang kontroversi dan tidak disenangi oleh ahli parti komponen BN sendiri.

Walaupun tidak menyebut nama, masih dapat diteka kaum mana, apatah lagi beliau merujuk pada  parti majoriti kaum lain yang bersekutu dengan Umno.

Ternyata telahan tersebut benar kerana sehari selepas itu (6 Disember lalu), Gerakan Pulau Pinang menggesa Umno mengarahkan Musa meminta maaf dan menarik balik cadangannya.

Menurut setiausaha Gerakan negeri, Oh Tong Keong, kenyataan rasis itu merosakkan semangat 1 Malaysia. Katanya, Musa tidak wajar dibenarkan kekal dalam Umno kerana boleh merosakkan perkongsian dalam BN dan perpaduan nasional.

Oh mendesak kepimpinan tertinggi Umno mengarahkan Musa menarik balik kenyataannya dan meminta maaf kepada bukan Melayu. Beliau menganggap orang yang rasis seperti Musa ketinggalan zaman serta tidak patut terus berada dalam Umno dan BN kerana akan menyebabkan parti pemerintah itu semakin ditolak.

Anehnya, Musa berdolak-dalik pula sambil bertegas tidak akan meminta maaf kepada Gerakan.
Beliau menjelaskan bahawa saranan 1 Melayu hanya dalam konteks PAU 2013 dan bukan untuk menggantikan konsep 1 Malaysia, ciptaan Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Musa mengatakan beliau tidak mahu menukar 1 Malaysia dengan 1 Melayu, sebaliknya bertujuan menyatukan orang Melayu. Sambil menasihatkan agar Gerakan bertenang, beliau bertanya di mana pemimpin parti tersebut semasa Jeff Ooi dari DAP menggelar pegawai bawahan Majlis Perbandaran Pulau Pinang sebagai "kucing kurap" dan pihak yang mendakwa Pendaftar Pertubuhan adalah "anjing" Umno.

Tegas Musa, Ooi tidak perlu menjadi wira kerana PAU 2013 adalah perhimpunan orang Melayu dan orang Melayu berhak bercakap mengenai 1Melayu.

Beliau menganggap kenyataan Ooi tidak adil lantaran tidak memahami konteks perhimpunan tahunan Umno itu.

Kontroversi tersebut turut menunjukkan betapa kegagalan 1 Malaysia enggan diterima oleh beberapa orang pemimpin kanan Umno sendiri.

Walaupun menolak cadangan agar salam 1Malaysia ditukar kepada salam 1Melayu kerana ia menyanggahi niat sebenar Umno dan hanya pendapat peribadi, rata-rata mereka menganggap cadangan itu tidak bersifat rasis, sebaliknya cuma kata-kata semangat bagi menyatukan ahli parti.

Menurut Naib Presiden Umno, Dato' Shafie Apdal, seruan untuk perpaduan sesama bangsa tidak rasisme, sebaliknya penting dalam perjuangan parti.

Kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu, kekuatan dan kesinambungan Umno selama ini ialah orang Melayu. Jadi, tegas beliau, Umno tidak wajar melupakan asalusul mereka bagi memastikan bukan sahaja sokongan masa kini, tetapi untuk menambah sokongan orang Melayu pada masa hadapan.

Shafie menafikan 1 Malaysia yang dibawa oleh Najib pada tahun 2009 gagal. Beliau tidak mahu mengatakan gagasan itu terbantut, tetapi menganggap ia juga adalah alat di mana rakyat boleh bersatu melalui kerjasama dan saling memahami.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dato' Bung Mokhtar Radin pula berkata, pandangan yang berbeza dalam parti tidak semestinya sesuai digunakan oleh parti.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu juga berdolak-dalik apabila cuba menjelaskan beliau tidak menolak 1 Melayu kerana itu adalah pandangan perbahasan dan tentu ada persepsi berbeza.

Tegas Bung, beliau melihat cadangan tersebut tidak menepati keadaan semasa negara kerana Umno berkongsi kuasa dengan kaum lain. Katanya, 1 Malaysia masih relevan dan berjaya dalam aspek penerapan senegara, meskipun gagal menawan hati pengundi Cina.

Beliau mendakwa bangsa lain tidak akan ditinggalkan begitu sahaja kerana mereka turut berjuang mati-matian untuk negara.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Dato' Mukhriz Tun Dr Mahathir yakin idea mengubah 1 Malaysia semasa pentadbiran Najib tidak akan mendapat sokongan. Mungkin dalam konteks PAU, katanya, itu dicadangkan, tetapi dalam konteks seluruh Malaysia, 1 Malaysia yang dipelopori oleh Najib masih dipegang dan diikuti.

Sementara itu, cadangan Shafei agar BR1M hanya diberikan kepada penyokong Umno serta BN sahaja menunjukkan ketidakfahaman mengenai perbezaan di antara wang parti dengan wang kerajaan, selain keburukan hati pemimpin parti tersebut.

Shafei boleh dianggap mewakili mentaliti pemimpin Umno keseluruhannya yang menganggap wang BR1M adalah kepunyaan parti itu hingga tidak boleh diberikan kepada bukan ahli atau penentang.
Mereka lupa wang BR1M itu adalah wang kerajaan untuk semua rakyat tanpa mengira ideologi politik.

Pendidikan: Kerajaan hanya buat pengumuman kosong, kata Ideas

Posted: 17 Dec 2013 11:40 PM PST

Oleh Md Izwan



















Badan bebas Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) membidas kerajaan kerana banyak membuat pengumuman kosong yang tidak menunjukkan hasil dalam meningkatan kualiti pendidikan negara.

Malaysia hanya berjaya berada di kedudukan ke-55 daripada 65 negara dalam ranking keputusan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (Pisa) yang diumumkan baru-baru ini.

Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan (gambar), berkata terlalu banyak pembaharuan 'berilusi' yang dicipta menerusi pelbagai pengumuman oleh kerajaan.

"Tetapi kita kena ingat ini hanya pengumuman. Realitinya, tidak ada apa-apa yang berlaku dan kita tidak lihat satu sistem yang memberi faedah besar," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Baru-baru ini, keputusan skor PISA menunjukkan sistem pendidikan negara berhadapan dengan krisis.

Prestasi pelajar berusia 15 tahun ketinggalan jauh di belakang negara-negara kurang maju seperti Vietnam.

"Ini adalah satu titik penting.

"Akses kepada pendidikan tidak lagi isu utama. Isu sebenar adalah akses kepada pendidikan yang berkualiti," katanya merujuk kepada keputusan terbaru Pisa itu.

Wan Saiful berkata, kebanyakan ibu bapa pelajar tidak menyedari hakikat ini, malah ramai yang mengganggap kualiti pendidikan masih berada pada tahap baik.

"Antara 80-90 peratus ibu bapa berpendapat sekolah berjalan dengan baik dan guru mengetahui subjek mereka dengan baik.

"Mereka percaya kerajaan memberikan pendidikan yang baik. Ia nampak satu penemuan yang positif, tetapi realitinya ia sangat membimbangkan," katanya.

Pisa adalah sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah yang dikendalikan oleh OECD (Organisation for Economic Corporation and Development) bagi pelajar 15 tahun yang melibatkan negara dari seluruh dunia.

Ia menguji kemampuan dan penguasaan pelajar dalam tiga bidang utama iaitu membaca, matematik dan sains.

Pisa menjadi piawaian antarabangsa yang digunakan untuk menilai keberkesanan dan mutu sistem pendidikan sekolah di dunia.

Purata min skor ialah 494 dan kajian itu menguji 510,000 pelajar tahun lalu merangkumi tiga bahagian peperiksaan – matematik, sains dan keupayaan membaca. Malaysia memperolehi min skor 421.

Pelajar Malaysia dikatakan mendapat pencapaian yang teruk dalam bahagian membaca dengan skor 398 (purata:496), bahagian matematik, Malaysia mendapat 421 (purata:494) dan sains, 420 (purata:501).

Malah, Vietnam berada di tangga ke-17 dalam kajian itu dengan markah 511 manakala Shanghai-China mendapat 613 untuk mendapat tempat pertama dalam ranking itu.

Enam, termasuk remaja mati terbakar dalam nahas Nissan Skyline

Posted: 17 Dec 2013 11:27 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa daripada kenderaan Nissan Skyline yang hangus terbakar.Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa daripada kenderaan Nissan Skyline yang hangus terbakar.





















Enam termasuk seorang remaja, mati terbakar selepas kereta mewah yang mereka naiki melanggar pembahagi jalan di lebuh raya dan meletup di bulatan Kampung Pandan, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Saksi berkata, semua mangsa dipercayai sekeluarga datang dari arah terowong Smart ke Jalan Perkasa kira-kira jam 12.40 pagi ketika kereta Nissan Skyline yang mereka naiki hilang kawalan dan terlanggar tiang konkrit.

The Star melaporkan kereta tersebut terbakar, tetapi bergerak beberapa meter ke hadapan sebelum terhenti.

Seramai 13 ahli bomba mengambil masa sejam untuk mengeluarkan mayat yang rentung daripada rangka kereta.

"Semua mayat mangsa dalam keadaan rentung sehingga tidak dapat dikenal pasti identiti mereka. Ada tiga lelaki dan tiga wanita yang kami percayai adalah dewasa semuanya.

"Kecuali satu yang kami percaya seorang remaja berdasarkan kajian paramedik.

"Apabila kami tiba di tempat kejadian, ia dalam keadaan huru-hara. Kereta masih terbakar dan anggota badan mangsa tercampak di sana-sini," kata Komander Operasi, Hamid Daud yang dipetik daripada The Star Online.

Semua mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat

MB: Selangor arah PKNS halang kenaikan tol

Posted: 17 Dec 2013 11:23 PM PST

Oleh Md Izwan

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim arah lembaga pengarah PKNS halang kenaikan tol di lebuh raya negeri itu. Gambar fail.Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim arah lembaga pengarah PKNS halang kenaikan tol di lebuh raya negeri itu. Gambar fail. 























Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menghalang kenaikan tol di lebuh raya negeri itu.

Abdul Khalid berkata, langkah tersebut diarahkan bagi memastikan rakyat negeri tersebut tidak terbeban akibat kenaikan tol di Selangor.

"Melalui GLC kerajaan negeri memiliki pemilikan saham tetapi bukan majoriti yang tidak lebih 30 peratus dalam beberapa konsesi lebuh raya.

"Kita mengarahkan ahli lembaga pengarah dalam PKNS untuk membuat beberapa cadangan meminta syarikat konsesi tidak menaikkan kadar tol tersebut demi menjaga kepentingan rakyat," katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam.

Abdul Khalid berkata, PKNS memperolehi pulangan yang sudah mencukupi daripada pegangan dalam syarikat lebuh raya negeri itu.

"Kita rasa PKNS sudah mendapat pulangan baik dan tidak perlu tingkatkan keuntungan menerusi kenaikan tol," katanya

2014 bakal jadi tahun mencabar bagi rakyat

Posted: 17 Dec 2013 09:45 PM PST


 
DETIK DAILY
 
Tahun 2014 akan muncul dalam masa beberapa minggu sahaja lagi, selepas kita semua melalui tahun 2013 yang penuh dengan cabaran dan ujian.

Menjelang berakhirnya tahun 2013 ini, kita dikejutkan dengan berita demi berita tentang kenaikan kos barangan dan perkhidmatan, yang sebahagian besarnya kita tidak mempunyai pilihan lain.

Bagi mereka yang berdepan bencana banjir, amat sukar dibayangkan kesusahan yang mereka alami. Mereka ditimpa bencana pada masa persediaan anak-anak hendak bersekolah dan pelbagai keperluan lain sedang dihadapi.

Selepas reda masalah banjir, masalah mangsa-mangsa banjir ini semua belum lagi selesai, kerana mereka akan perlu melakukan pembaikan dan menggantikan barangan yang rosak atau hilang semasa banjir.

Semasa pengumuman belanjawan beberapa bulan lalu, diumum kan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan pada 2015.

Selepas itu, satu persatu berita kenaikan kos sampai kepada kita, termasuk tarif elektrik, cukai taksiran di Kuala Lumpur, ura-ura kenaikan harga tol dan mungkin ada lagi selepas ini.

Semua berita ini sampai pada masa rakyat sedang pening kepala me mikirkan perbelanjaan hujung tahun seperti persekolahan dan lain-lain, dan sedang bergelut de ngan kos hidup yang sudah sedia tinggi.

Kesan rantaian daripada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan terbabit juga akan sampai kepada pengguna, apabila peniaga-peniaga menaikkan harga.

Harga minyak yang tinggi akan mendorong semua perniagaan, daripada pengangkutan seperti bas dan teksi, kepada barangan makanan harian menaikkan harga dengan alasan kos meningkat.

Rakyat yang sudah sedia mengikat perut akan terpaksa lagi mengurangkan perbelanjaan melibatkan mana-mana yang boleh, tetapi perlu menanggung juga keperitan melibatkan keperluan yang tidak dapat dielakkan seperti elektrik.

Malah, harga perkhidmatan televisyen Astro yang dibenarkan memonopoli oleh pemerintah Barisan Nasional akan terus naik tanpa ada pesaing lain yang boleh memberi alternatif.

Kesan keputusan-keputusan yang dibuat dulu, terutama semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi perdana menteri kini dirasai oleh segenap lapisan rakyat.

Seperti juga tol dan penjana tenaga bebas (IPP) yang diberikan kepada sekelompok kapitalis yang dijamin keuntungan mereka.

Pihak yang mendapat konsesi tol dahulu kini terus mengaut keuntungan walaupun perkhidmatan di lebuhraya ala kadar, jalan sesak, dan sebagainya.

Begitu juga dengan IPP yang terus mengaut keuntungan pada masa rakyat mengeluh menghadapi kenaikan tarif elektrik.

Lebih menyakitkan hati rakyat, menteri-menteri dan keluarga, kroni-kroni dan terus bermewahmewah dan tidak menunjukkan usaha berkorban untuk kepentingan rakyat.

Hal ini perlu ditangani dengan lebih tegas oleh pemerintah, dan jangan menambahkan kesakitan rakyat dengan nasihat-nasihat yang sekadar mudah diucapkan.

Kerajaan BN telah banyak kali mengumumkan dasar dan program untuk menggerakkan negara menjadi negara berpendapatan tinggi, tetapi masih belum dilihat lagi sebarang hasil yang jelas.

Selain bantuan BR1M yang bukan semua layak menerimanya, program yang konsisten untuk membantu meningkatkan pendapatan rakyat masih tidak ada yang terlaksana dengan sempurna dan mendatangkan kesan.

Dasar membantu Bumiputera juga tidak menampakkan kesungguhan pemerintah BN, apabila Petronas yang sepatutnya berperanan penting itu pun semakin meminggirkan orang Melayu.

Usaha yang jauh lebih kuat dan bersepadu perlu dilakukan, sebelum impian untuk menjadi negara berpendapatan tinggi hanya tinggal impian.

Standard menteri dalam sistem Umno sama

Posted: 17 Dec 2013 09:39 PM PST




Oleh Mohd Sayuti Omar


Menteri atau ahli politik yang disistemkan oleh Umno mempunyai pandangan dan pola pemikiran yang sama, streotype. Tidak kira walaupun mereka itu dari latar belakang mana, iktisad atau profesionalisme, bila masuk dalam kepok Umno mereka menjadi sama dan serupa. Ruang fikir mereka menjadi sempit sesempit lubang 'jebul'. Sempit dan penuh dengan colestrol rasisme, fasisme dan ortodoks.

Mereka akan lupa kepada ilmu dan disiplin diamalkan sebelum menyertai Umno. Sia-sia sesetengahnya menuntut sampai ke peringkat PhD akhirnya terjelapak dalam sistem Umno.

Mereka akan terikut dengan induk yang menjuarai sistem Umno itu sendiri. Kalau mereka berlatar belakang agama yang tahu halal haram, tahu kepentingan sifat perikemanusiaan, tetapi mereka akan lupa ilmu berkenaan.

Begitu juga kalau mereka berpendidikan ekonomi tahu pengurusan ekonomi dan sebagainya, tetapi bila sudah menjadi ahli politik mereka tidak lagi mempergunakan ilmu itu sebagai pandauan corak pemikiran mereka.

Misalnya perhati sahaja kepada jawaban-jawaban atau pun alasan diberikan menteri mengenai sesuatu tindakan yang memberi kesan langsung kepada rakyat hasil polisi dan dasar diperkenalkan kerajaan. Contohnya dalam menangani kenaikan harga barangan seperti ayam, gula, bahan bakar, kenaikan tol, cukai pintu, pengangkutan awam dan sebagainya. Bagaimana jawaban mereka? Perhatikan mereka menggunakan sifir atau formula yang sama untuk menjawab bagi meredakan keresahan rakyat.

Menteri yang jaga ayam misalnya bila berlaku kenaikan harga ayam mereka menjawab dan menasihatkan rakyat agar jangan makan ayam. Yang menjaga petrol bila berlaku kenaikan dan rakyat merunggut mereka menasihati rakyat agar guna kenderaan awam atau kayuh basikal. Mereka juga akan menggunakan alasan, kononnya di negara lain harga minyak jauh lebih mahal daripada Malaysia.

Bila ada rakyat yang mengkritik tindakan rasis Umno terhadap tindakan kerajaan, mereka akan marah kepada pihak pengkritik dan menghalau supaya keluar dari negara ini agar kembali ke tanah air asal datuk nenek mereka. Jika ada yang mempertikaikan sistem pilihan raya di negara ini, tidak telus dan minta diubah daripada sistem menang berasaskan undi bukan peratusan, mereka menghalau agar cari negara lain yang difikir sesuai.

Terbaru jawaban yang sama kelasnya dibuat oleh tokoh korporat yang baru direndam di dalam tempayan budu Umno, bernama Abdul Wahid Omar. Beliau yang bertanggungjawab hal ehwal fizikal negara termasuk kenaikan tol lebuh raya menasihat rakyat agar jangan guna lebuh raya kalau tidak mahu menerima kenaikan tol.

Jawaban-jawaban berupa escapisme begitu tidak wajar diberikan oleh orang yang dianggap cerdik dan terkecuali daripada menganuti fahaman politik Umno. Jawaban itu bukan memberi kelegaan kepada rakyat tetapi lebih untuk menyindir rakyat. Sebagai kerajaan bila mereka bersikap sindir dan herdik rakyat, rendah sangatlah darjat sesuatu kerajaan itu.

Rakyat boleh menerima kenaikan harga barangan, tetapi biarlah ia beralasan dan logik serta tidak terlampau membaban. Kerajaan perlu menggunakan alasan yang kemas untuk memerah peluh rakyat. Sebagai rakyat mereka sanggup lakukan apa sahaja kepada negara demi kedaulatan mereka, tetapi kalau alasan diberikan tidak munasabah dan berbentuk menyindir ia menyesalkan rakyat.

Kerajaan jangan berfkir selamanya mereka boleh lepas dengan jawapan dan penjelasan begitu. Rakyat mahluk yang hidup ada hati dan perasaan sedang memerhati sejauh mana kezaliman kerajaan kepada mereka. Mungkin tindakan mereka agak lambat sedikit kerana sebilangan besar terpengaruh dengan umpan dan gula-gula daripada kerajaan.

Apa salah kalau kerajaan mengambil kira pandangan dan kritikan pembangkang. Kenaikan harga barangan disebabkan keadaan negara kita merudum. Hutang negara sudah melimpah tong kemampuan sebenar. Puncanya telah dikenali pasti oleh pembangkang, antara kerana berlaku ketirisan dan penyelewengan serta pemborosan oleh kerajaan.

Disebabkan ketirisan, penyelewengan dan pemborosan itu menyebabkan tabung kewangan negara tidak bisa ditampung lagi.

Cuba kerajaan mengambil perhatian atas teguran pembangkang itu tentu keadaanya tidak separah hari ini. Sepatutnya kerajaan bersikap terbuka dengan teguran dan kritikan itu kerana di samping ia menguntungkan rakyat ia juga memberi kebaikan kepada kerajaan sendiri.

Jangan kerajaan berdegil untuk tidak peka kepada teguran dan kritikan pembangkang. Manakala jawaban-jawaban berbentuk bersifat lepas tangan dan bodoh seperti yang dilakukan hentikanlah. Menteri berfikir dan berilah jawaban yang ada logik dan menggambarkan yang mereka ada akal sikit. – msomelayu.blogspot.com

Saingan sebenar akhbar cetak masa kini

Posted: 17 Dec 2013 09:35 PM PST




Oleh ANIS NABILAH CHE MOHD YUSOFF, INTAN SHAFINAZ MOHD AZMI dan NOR AINMAR SHAHIDA CHE OMAR



AKHBAR berperanan penting dalam sesebuah masyarakat.Malahan akhbar boleh dianggap satu medium yang berupaya mengubah persepsi masyarakat yang miskin dengan ilmu pengetahuan semasa. Walaupun akhbar dahulu dan sekarang jauh berbeza, tetapi fungsinya tetap sama iaitu sebagai perantara antara masyarakat dan dunia luar.


Jika pada era 1990-an, setiap organisasi akhbar berbangga dengan kenaikan jumlah pembacanya setiap tahun, tetapi kecemerlangan masa lalu tidak semestinya menjadi penentu masa depan dalam industri persuratkhabaran.

Kini, penurunan jualan akhbar tahun demi tahun sudah menjadi realiti dunia persuratkhabaran.
Sesungguhnya, akhbar sekarang sedang berhadapan dengan krisis kejatuhan.

Zaman berubah,generasi berubah, dan teknologi berubah. Pemilikan peranti digital dan internet menjadi pilihan generasi kini. Generasi kini bukan lagi generasi yang menyelak helaian surat khabar untuk mendapatkan berita tetapi generasi kini menyentuh skrin sebesar tapak tangan untuk semua ini.

Kemunculan teknologi ini sekali gus telah mengubah corak penerimaan pembaca.

Jika dulunya pembaca harus meluangkan waktu mereka untuk keluar membeli surat khabar, tapi kini dengan hanya menekan butang "enter" di komputer ataupun di telefon pintar, segala berita tidak kira dari luar atau dalam negara terpampang di depan mata.

Platform yang menghubungkan akhbar dengan masyarakat sesungguhnya telah jauh berubah.

Eric Schmidt, bekas CEO pertama Google dalam ucapannya pada 1 Julai 2010 berkata, beliau meramalkan surat khabar pada masa akan datang lebih banyak didapati dalam bentuk bacaan dalam talian kesan pesatnya sambutan pengguna terhadap telefon bimbit dan tablet.

Setiap orang menggunakannya untuk mendapat maklumat, berhubung serta berhibur secara peribadi. Ucapan itu diberi dua tahun lalu. Kini, apa yang dikatakan Schmidt ternyata adalah kenyataan.

Pertumbuhan teknologi yang menyumbang kepada kejatuhan jualan akhbar cetakan sebenarnya bukan sahaja hanya dirasai di negara kita. Malah ia terlebih dahulu dialami negara luar contohnya Amerika Syarikat dan juga negara-negara Eropah.

Mereka kehilangan pembaca mereka bukan disebabkan kualiti atau kebolehpercayaan yang dipertikaikan tetapi juga kerana fenomena global era digital. Akhbar Washington Post, USA Today, New York Times turut mengalami penurunan jualan ekoran kehilangan pembaca.

Sesungguhnya, penurunan jualan bukan sahaja berlaku kepada akhbar yang dilabelkan sebagai "suara kerajaan." Malah akhbar suara pembangkang seperti Harakah juga menghadapi krisis penurunan.

Dunia saingan organisasi akhbar bercetak negara ini bukan antara pengamal politik, bukan juga antara kekuatan tampuk penguasaan tetapi saingan yang sebenar bagi organisasi akhbar bercetak adalah media di internet contohnya Facebook, blog dan akhbar digital.

Ia merupakan cabaran utama bagi media terutamanya akhbar. Media sosial bukan sahaja pantas menyampaikan maklumat malah dianggap lebih telus, terbuka, bebas dan demokratik terutamanya dalam isu yang membela kepentingan rakyat.

Sesungguhnya, pada era kebangkitan media sosial ini, semua peneraju organisasi akhbar harus realistik terhadap kemahuan pembaca. Mereka mahukan sebuah media yang berperanan sebagai suara rakyat. mereka mahukan sebuah ketelusan berita terutama dalam bab politik.

Tidak ada yang boleh dilindungkan atau dibohongkan daripada rakyat. Tiada seorang pun yang berupaya menyekat penggunaan media sosial kecuali menghentikan jaringan internet seperti yang terjadi di Korea Utara.

>> Penulis-penulis adalah pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Syiah: Tindakan KDN dipersoal pemimpin Pas

Posted: 17 Dec 2013 09:31 PM PST

DETIK DAILY


SHAH ALAM - Jika kerajaan serius mengambil tindakan terhadap pengikut Syiah,  sewajarnya individu yang mengaku menganut ajaran itu yang perlu ditahan bukannya orang yang tidak mengaku ahli Syiah.

Demikian menurut Ahli Jawatankuasa Pas, Idris Ahmad yang menyifatkan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memaksa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu supaya mengemukakan bukti bukan pengikut Syiah merupakan perkara yang tidak munasabah.

"Sebelum ini kerajaan sendiri pernah umumkan jumlah pengikut Syiah, dan ada individu yang mengaku sebagai pengikut ajaran Syiah, jadi kenapa mereka pula tidak ditahan?

"Tapi yang disibukkan sekarang adalah orang yang tidak mengaku Syiah, ini yang jadi bahan ketawa orang ramai," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, tindakan KDN yang 'memburu' Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu hanya untuk memberikan imej buruk kepada Pas.

"Ini semua 'nasi tambah' kepada isu lain untuk jatuhkan Pas. Sebelum ini isu agama, Melayu, raja dan sebagainya.

"Kalau betul KDN ada bukti, tolong dedahkan kerana kita juga mahu tahu bukti yang bagaimana untuk kaitkan Mat Sabu dengan Syiah, tidak perlu untuk beritahu bukti gred A, B atau pun C," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Sehubungan itu katanya, KDN perlu bertindak bukan hanya  bercakap memandangkan maklumat sudah pun ada untuk menahan pengikut Syiah.

"Kalau bukti sudah ada, buat apa suruh orang yang dituduh bertindak untuk menunjukkan bukti beliau tidak terlibat.

"Sekarang ini siapa yang mendakwa dan siapa pula yang didakwa. Jadi rasanya tidak perlu orang yang dituduh menampilkan bukti. Dakwa sahaja pihak yang mengikut  ajaran Syiah," kata beliau.

Kelmarin, Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam  KDN, Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata, Mat Sabu perlu kemukakan bukti jika dirinya tidak terlibat fahaman Syiah.

Kata Zamihan, Mat Sabu perlu berhujah secara ilmiah bagi menafikan 10 bukti KDN yang mengaitkannya dengan fahaman Syiah.

Pada 12 Disember lalu, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkan 10 bukti yang mengaitkan Mat Sabu dengan ajaran Syiah antaranya pernah 'berselawat' sebagaimana penganut Syiah pada satu sesi ceramah Pas, di Arau, Perlis

Adi Putra Tidak Akan Tunduk Permintaan Suami Noraida

Posted: 17 Dec 2013 09:29 PM PST




Adi Putra
 
 
 
PETALING JAYA: Pelakon Adi Putra tidak akan tunduk dengan permintaan Amiruddin Othman, 50, iaitu suami kepada Noraida Abd. Mutalib, 29, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengannya agar mengaku dia terbabit dalam kes pertukaran gambar lucah.

Adi berkata, dia mempunyai pendirian sendiri dan berhak untuk tidak mengikut kata Amiruddin kerana tidak bersalah dalam kes itu.

"Saya hormat dengan permintaannya yang mahu saya mengaku kesilapan itu tetapi saya tidak akan tunduk dengan keinginannya.

"Saya tahu saya berada di pihak yang benar dan saya ada pendirian untuk tidak berbuat demikian. Sekiranya pihak di sana ingin membuat tindakan lanjut, silakan," katanya.

Adi ditemui pada majlis pra tonton filem Balistik di e@Curve di sini pada Selasa.

Adi Putra dalam sidang medianya pada 13 Disember lalu mendakwa dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.

Amiruddin Othman bersama Noraida Abd. Mutalib pada sidang media mereka 13 Disember lalu.
 
Berikutan itu, Amirrudin menerusi peguamnya, Muhammad Hasif Hassan pada sidang media pada 13 Disember lalu meluahkan rasa kecewa selain mendakwa pegawai penyiasat kes berkenaan di Johor berat sebelah.

Sehubungan itu dia bersama isteri telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.

Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan aktor itu disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.

Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin.

Sementara itu, Adi juga menegaskan, kes tersebut juga tidak akan menghalangnya untuk membalas mesej-mesej peminatnya di laman sosial di Twitter, Instagram mahupun di Facebook selepas ini.

"Tidak kira apa status peminat itu, lelaki atau perempuan, saya akan membalas mesej-mesej mereka. Saya tahu batas saya melayan peminat-peminat," tegasnya.

Kenaikan kadar tol: PKR desak respons segera PM

Posted: 17 Dec 2013 09:19 PM PST


Nurul Izzah Anwar 
 Nurul Izzah Anwar


SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini, mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar mengeluarkan respons segera berkaitan kadar kenaikan tol bagi meredakan kebimbangan rakyat.

Jelas Nurul Izzah, yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, tindakan Perdana Menteri yang bertindak berdiam diri hanya akan menambahkan lagi kegusaran rakyat ditambah lagi dengan pelbagai berita kenaikan sejak beberapa hari yang lalu.

"Saya mendesak agar perdana menteri mengeluarkan respons serta-merta berkenaan kadar kenaikan tol ini.

"…Bagi saya janji yang dimungkiri ini akan membebani rakyat, oleh itu saya berasa amat kecewa dengan tumpuan kerajaan BN yang mengukir masa hadapan Malaysia ke arah yang malap, oleh itu perdana menteri harus keluarkan kenyataan bagi menenangkan semula hati rakyat," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.

Baru-baru ini pula, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kerajaan terpaksa menaikkan kadar tol kerana kerajaan membelanjakan RM400 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya.

Kadar kenaikan tol dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan berapa jauh.

Difahamkan, terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.

Dikait Syiah, Mat Sabu tetap 'cool'

Posted: 17 Dec 2013 09:09 PM PST


Mohamad Sabu 
 "Saya orangnya jenis "cool", saya kena berbincang dengan peguam dan benda ini bukan benda perlu melatah apa-apa. - Foto Sinar Harian oleh AZMI ARYANTO


SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyatakan kelewatannya bertindak apabila dikaitkan dengan isu Syiah kerana mahu kekal "cool".

Bercakap kepada Sinar Harian dalam wawancara khas semalam, Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, apabila dirinya dikaitkan dengan fahaman itu, perkara pertama dilakukan adalah tidak boleh melatah dan perlu berbincang dengan individu yang lebih arif mengenainya.

"Saya orangnya jenis "cool",  saya kena berbincang dengan peguam dan benda ini bukan benda perlu melatah apa-apa.

"Saya pun sudah sebut dah tajuk ini (dalam sidang media), biarlah ia di mahkamah, baik kita cakap benda lain," katanya dalam temu bual yang diadakan di pejabatnya, semalam.

Awal bulan ini, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung Umno menyatakan pembabitan pemimpin nombor dua Pas itu dengan fahaman Syiah.

Beliau kemudian menggesa pihak bertanggungjawab mengendalikan kes itu

Susulan itu,  Ahmad Zahid menerusi kementeriannya mengemukakan 10 bukti bagi mengaitkan Mat Sabu dengan Syiah dan menggesa pemimpin Pas itu membuktikan dirinya tidak terlibat dengan fahaman itu.

Selain 10 bukti yang didedah kepada awam, KDN berkata, beberapa bukti yang dikategorikan gred A akan diserahkan kepada Jakim bagi tindakan selanjutnya.

Namun Mat Sabu dilihat mengambil pendekatan relaks dan baru semalam secara rasminya menyatakan pendirian berhubung tuduhan penganut Syiah yang dilemparkan ke atasnya.

Beliau mengumumkan bakal memfailkan saman ke atas Ahmad Zahid kerana mendakwa menteri itu sebagai pencetus yang mengaitkan beliau dengan isu Syiah.

Dalam pada itu, Mat Sabu yang baru semalam diumumkan sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang baru berkata, selepas ini beliau tidak akan lagi bercakap kepada umum isu berkaitan Syiah.

"Saya memang tak akan cakap isu ini lagi, saya akan cakap isu biasa saja," katanya.

Nooraida: Saya tak sengaja pakai seksi

Posted: 17 Dec 2013 09:07 PM PST


Nooraida: Saya tak sengaja pakai seksi


NAMA isteri kepada seorang ahli perniagaan yang dikaitkan dengan pelakon Adi Putra terus menjadi bualan hangat di laman sosial ekoran kemunculannya pada sidang akhbar minggu lalu dengan berpakaian seksi.

Nooraida Abdul Talib kemudiannya tampil menjelaskan, dia berpakaian sebegitu tanpa disengajakan.

"Saya bukan sengaja. Jaket yang saya patut pakai tercabut butang dan sudah lambat hendak ke sidang media. Sepatutnya saya tak turut serta dalam sidang media tapi berlaku saat akhir. Terima kasih ambil berat," tulisnya di laman mikro Twitter.

 Amiruddin Othman iaitu suami kepada Nooraida Jumaat lalu mendakwa pihak polis tidak telus dalam menyiasat kes berkenaan.

Sehubungan itu Amiruddin telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman agar satu tindakan terhadap pegawai penyiasat kes berkenaan iaitu Inspektor Fergie anak Din di sebuah balai polis di Johor dapat diambil.

"Saya mendapati siasatan terhadap kes melibatkan Adi Putra ini tidak telus dan berat sebelah apabila pegawai penyiasat kes berkenaan mohon agar laporan polis kes berkenaan ditarik balik," katanya dalam satu sidang media di Hotel Concorde di sini petang Jumaat.

Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, pada malam Khamis telah membuat satu sidang media menyatakan kes berkenaan telah digugurkan oleh pihak polis dan tiada tindakan lanjut atau 'no further action (NFA)'.

Sehubungan itu Adi mendakwa dengan gugurnya kes berkenaan, ia membuktikan dia tidak bersalah.

NGO kecewa KPM tak beri layanan

Posted: 17 Dec 2013 09:05 PM PST


SPPBS  
SPPBS


SHAH ALAM - Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM) kecewa apabila permohonan untuk berbincang dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung kepincangan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) tidak dilayan sehingga kini.

Menurut Ketua Gerak Kerjanya, tiada maklum balas diterima terhadap surat permohonan yang dihantar pada 30 November lalu.

"SGMM kecewa kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pendidikan tidak memberi respon dengan surat permohonan SGMM bertarikh 30 November 2013.

"Ia untuk mengadakan Mesyuarat Meja Bulat bagi membincang dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah kepincangan sistem PBS," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pihaknya tetap bertegas agar sistem  PBS dan SPPBS itu dimansuhkan.

"SGMM tetap bertegas mahu PBS ini dimansuhkan dan diganti dengan sistem peperiksaan yang ditambah baik.

"Kita tidak mahu murid Tingkatan 3 tahun 2014 ini menjadi 'Tikus Makmal' diuji dengan sistem kedua tercorot di Asia Tenggara, merujuk kepada keputusan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (PISA)," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan gesaan SGMM yang mahu perbincangan meja bulat dibuat secara terperinci antara kementerian dengan guru-guru bagi menyelesaikan isu ini.

"Saya sudah hantar surat itu melalui e-mel kepada kementerian. Saya mendapat tahu surat itu sudah diterima pihak KPM, cuma tidak ada maklum balas daripada mereka sehingga hari ini (3 Disember).

"Kami sudah bersedia untuk berjumpa dengan pihak KPM sendiri untuk bincang mengenai isu ini. Isu ini sudah dijawab dalam Parlimen tetapi jawapan yang diberi Timbalan Menteri I dan Timbalan Menteri II tidak menjawab kepada persoalan yang diajukan. Mereka hanya menjelaskan teori pelaksanaan PBS itu sendiri," katanya.

Semalam, Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh memberitahu, KPM sedang membangunkan modul PBS yang baharu menggunakan teknologi Java dan HTML 5 yang lebih cekap dan ringan berbanding teknologi sebelumnya.
 
Beliau memberitahu persidangan Dewan Negara bahawa pendekatan baharu dalam pengurusan kapasiti pemprosesan di pusat data secara 'on-demand' itu diambil bagi membolehkan keupayaan pemprosesan ditingkatkan mengikut keperluan.
 
Kementerian juga melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam modul PBS baharu dengan menyediakan keupayaan 'cache' bagi membolehkan PBS terus beroperasi walaupun secara 'off-line'.

Pakatan, penganalisis kutuk BN mungkir janji tidak naik kadar tol

Posted: 17 Dec 2013 04:47 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

 
Barisan Nasional mempermainkan pengundi sejak kempen PRU13, kata Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago. Gambar fail.Barisan Nasional mempermainkan pengundi sejak kempen PRU13, kata Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago. Gambar fail.























Dalam kempen PRU13 lalu, Barisan Nasional (BN) berjanji akan mengurangkan kadar tol dalam bandar tetapi musuh politik dan penganalisis kini berkata parti pemerintah itu akan menyebabkan 13 lebuh raya  menyaksikan kadar yang lebih tinggi tahun depan.

 Kadar tol dijadualkan berlaku ekoran kenaikan tarif elektrik di seluruh negara, dan peningkatan yang dicadangkan dalam cukai taksiran serta tambang pengangkutan awam di Lembah Klang yang menjadi tempat tinggal kepada kira-kira tiga juta rakyat Malaysia.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata BN  mempermainkan pengundi sejak dari awal lagi, kerana mereka tahu kadar tol akan naik dan subsidi akan dipotong yang bakal menyebabkan kos sara hidup lebih tinggi.

"Rakyat Malaysia pada dasarnya sentiasa ditipu, kerajaan memilih untuk tidak jujur kepada rakyat dan kini mereka berada dalam situasi yang tidak baik," katanya ketika mengulas janji pengurangan tol yang dijaja secara aktif  oleh calon BN di Selangor dan Kuala Lumpur semasa kempen pilihan raya lalu.

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming, berkata kenaikan tol yang dicadangkan adalah satu cara untuk menghukum pengundi bandar kerana tidak menyokong parti pemerintah.

Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor, yang juga Setiausaha Agung BN, tidak mahu berdebat mengenai manifesto ini dan berjanji bahawa kadar tol dalam bandar akan dikurangkan.

"Tiada komen," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur semalam apabila ditanya mengenai isu itu.

Pengkaji pendapat yang disegani, Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian, berkata terdapat juga janji-janji lain yang dibuat melalui ucapan pemimpin BN yang sampai kini tidak dipenuhi.

Katanya,  adalah jelas bahawa Putrajaya bersedia untuk menghadapi rasa tidak puas hati orang awam terhadap kenaikan tol  untuk 13 lebuh raya yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Selangor.

"Akhirnya, kerajaan perlu menangani defisit dan siling hutang dalam ekonomi supaya mereka bersedia untuk menghadapi rasa tidak puas hati orang ramai.

"Pilihan raya umum akan datang masih jauh dan mereka akan dapat meredakan keresahan ini menjelang PRU14 nanti," katanya kepada The Malaysian Insider.

Penganalisis politik, Khoo Kay Peng yang mempunyai pandangan berbeza berkata, gabungan faktor penarikan balik subsidi, kenaikan tarif elektrik dan kenaikan tol yang dicadangkan itu akan menyebabkan BN menghadapi rasa tidak puas hati pengundi, bermula dengan pilihan raya negeri Sarawak pada 2016.

"Di Sarawak, mereka juga menghadapi kenaikan tarif elektrik sebanyak 17%, dan pada masa sama, pendapatan mereka tidak meningkat.

"Ini menunjukkan perancangan yang tidak baik di pihak kerajaan dan akan menyebabkan kadar inflasi yang tinggi kerana semua peningkatan ini datang serentak, dengan GST menjadi aising pada kek," kata Khoo.

Ong berkata, Pakatan Rakyat akan memastikan orang ramai tidak lupa tindakan BN yang melupakan janjinya ini.

"Pakatan Rakyat akan memastikan orang ingat perkara ini kerana peningkatan kos sara hidup akan membebankan rakyat untuk masa lama, memandangkan kenaikan tarif elektrik, kos pengangkutan dan harga gula yang datang serentak," katanya dan menambah bahawa apabila GST dilaksanakan pada April 2015, kos lebih banyak barangan dan perkhidmatan akan naik.

Kerajaan mengurangkan subsidi minyak pada September, mengumumkan penghapusan subsidi gula di bawah Bajet 2014 dan baru-baru ini mengumumkan kenaikan tarif elektrik yang akan berkuatkuasa bulan depan.

Pengumuman ini menyebabkan penurunan nilai kredit Malaysia pada Julai oleh Fitch Ratings.

Ong berkata, pembangkang tahu bahawa semua janji yang dibuat oleh BN sebelum pemilihan 5 Mei lalu tidak akan dipenuhi.

"Ini (pengurangan kadar tol antara bandar) hanya salah satu daripadanya dan kita sudah tahu dari awal lagi.

"Ini adalah sebabnya mengapa pembangkang berjaya mendapat undi bandar, dengan mengatakan bahawa kita akan menghapuskan bayaran tol, tetapi mereka berjanji untuk mengurangkannya dalam masa lima tahun," katanya.

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli bersetuju bahawa kadar tol boleh turun dan bukannya naik.

Beliau berkata, ini boleh dilakukan oleh kerajaan melalui rundingan semula perjanjian dengan syarikat konsesi tol, yang beliau dakwa adalah agensi yang berkaitan.

Beliau berkata, peningkatan besar jumlah kenderaan di lebuh raya juga meningkatkan keuntungan pengendali tol.

Santiago, bagaimanapun berpendapat rakyat Malaysia akan lupa janji BN.

"Bila rakyat negara ini ingat?

"Kerajaan tidak bodoh, yang mereka lakukan sekarang adalah supaya dalam tiga tahun akan datang apabila pilihan raya sudah dekat, mereka akan membuat lebih banyak janji dan orang ramai akan lupa tentang ini," katanya.

Ibrahim juga bersetuju dan berkata, janji yang tidak ditunaikan pada kadar tol tidak akan menjejaskan bank undi BN kerana akan ada pengundi baru yang percaya janji kerajaan yang dibuat dalam pilihan raya akan datang.

"Dalam setiap pilihan raya umum, ada di antara 20% dan 25% pengundi baru yang belum mendaftar tetapi akan menyertai senarai daftar pemilih dalam empat tahun akan datang.

"Mereka tidak akan tahu atau ingat isu ini," kata Ibrahim.

Kenaikan tol yang dicadangkan ini dijangka berlaku tahun depan bagi mematuhi perjanjian di antara kerajaan persekutuan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata kenaikan itu tidak dapat dielakkan, kerana ia dinyatakan  dalam perjanjian konsesi antara Putrajaya dengan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya.

Beliau berkata, bahawa kadar tol itu sepatutnya disemak semula pada 2011, seperti yang dinyatakan dalam perjanjian konsesi, tetapi ia dikekalkan dan Putrajaya terpaksa menanggung kos RM400 juta untuk membayar pampasan kepada syarikat-syarikat ini dengan menggunakan wang pembayar cukai.

Kenaikan kadar tol dicadangkan selepas pengumuman kadar pengangkutan, peningkatan 15% dalam tarif elektrik dan kadar taksiran yang lebih tinggi untuk hartanah di Kuala Lumpur.

Tiada ulasan: