DUNIACACAMARBA |
- Misteri Kepala Mayat Anak Dara Hilang Terjawab
- Tumpang Tangan Terputus pada Buku Lali
- Tuhan Harun dan Pengikut Berdepan Hukuman Mati
- PLUS Dakwa Tidak Terbabit Kenaikan Tol
- Pelakon Azean Irdawaty Meninggal Dunia
- Tuduh Syiah: Mat Sabu Akan Saman Zahid Hamidi
- 4 Lelaki Didakwa Bunuh Remaja Yang Disyaki Curi Tabung Masjid
- Punca Tol Naik
- Mat Sabu dilantik Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang
Misteri Kepala Mayat Anak Dara Hilang Terjawab Posted: 17 Dec 2013 07:30 AM PST Bongkar Kubur Nak Jadi 'Superman' [HM] Cilacap: Misteri pembongkaran beberapa kubur di daerah di Jawa Timur ini akhirnya terjawab apabila polis Cilacap menahan seorang pemuda yang mengaku ingin belajar terbang seperti Superman dan menjadi halimunan. Resi Rookiswana @ Pamungkas mengaku memerlukan kain kafan dari sejumlah kubur atas arahan seseorang bernama 'ratu' untuk menguasai ilmu itu. "Ini untuk dibuat ilmu terbang. Saya sendirian mengambil kain kafan di kubur atas arahan ratu di Srandil," katanya. Antara mangsa Resi ialah Endah Setyowati, 24, yang meninggal dunia baru-baru ini. Resi didakwa memenggal kepala mayat Endah selepas membongkar kubur anak dara itu. Lelaki itu semalam berdegar-degar mengakui mampu menghilangkan diri, namun apabila diminta polis menunjukkan bakatnya itu dia sekadar ketawa dan memberi alasan cuma boleh melakukannya di tempat sunyi. "Saya mampu menghilangkan diri, tahu-tahu sudah berada di tempat lain. "Bukan sebarang orang boleh buat begitu," dakwanya. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Cilacap AKP Agus Turyadi berkata, pihaknya menahan suspek selepas mengekorinya beberapa jam. "Kami mengekorinya sepanjang malam sebelum menahannya di tepi landasan kereta api. "Bahan bukti termasuk peralatan digunakannya juga dirampas di situ berikutan tempat itu dijadikan rumahnya," katanya. Menurutnya, polis merampas tulang tangan, rusuk, baju dan tali kain kafan milik seorang bayi yang juga diselongkar kuburnya. Batu dan senjata tajam turut ditemui di rumah suspek. Sementara itu, ketika dibawa ke balai polis, keluarga wanita yang kuburnya dibongkar suspek menyerang Resi. Bagaimanapun mereka berjaya dihalang anggota polis bertugas. Menurut Agus, Resi pernah dipenjara pada 2010 dan 2012 kerana mencuri motosikal. - Agensi - 17/12/13 Berita awal di sini. | ||
Tumpang Tangan Terputus pada Buku Lali Posted: 17 Dec 2013 06:53 AM PST
[HM] Beijing: Doktor di Changsha berjaya mencantumkan tangan seorang lelaki yang terputus selepas menampalnya pada kaki mangsa selama sebulan. Xiao Wei putus tangannya selepas kemalangan di tempat kerja pada 10 November lalu. "Saya tergamam sehinggalah rakan-rakan memadam mesin yang saya gunakan dan mengambil tangan itu sebelum membawa saya ke hospital. "Doktor memaklumkan tidak dapat menyelamatkan tangan saya. "Saya masih muda dan tidak dapat membayangkan kehidupan sebagai orang kudung," katanya. Bagaimanapun, doktor mencadangkan supaya dia mencuba nasib di hospital daerah yang lebih besar. Sehubungan itu, tujuh jam selepas kejadian Xiao Wei dirawat doktor di Changsha dan mereka yakin dapat mencantumkan semula tangan itu. Bagaimanapun, mereka menampal tangan itu pada buku lalinya untuk mengelak pereputan. "Kecederaan dialaminya serius kerana tangan itu bukan saja koyak malah penyek. "Kami terpaksa membersihkan dan merawat kecederaannya sebelum menyambungkan semula tangannya itu," kata seorang doktor yang merawatnya. Kini, selepas hampir sebulan kejadian, Xiao sudah cukup sihat untuk menjalani pembedahan mencantumkan semula tangannya itu. Walaupun dia masih memerlukan beberapa pembedahan lain, doktor yakin tangan itu mampu digunakan seperti sedia kala. - Agensi - 17/12/13 | ||
Tuhan Harun dan Pengikut Berdepan Hukuman Mati Posted: 17 Dec 2013 06:46 AM PST
[BH] Kuantan: Ketua kumpulan ajaran sesat, Harun Mat Saat, 47, bersama isteri ketiganya dan dua pengikut, berdepan hukuman mati jika didapati bersalah terbabit dalam kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Ab Malek, bulan lalu. Berkerusi roda Semalam, pengasas kumpulan 'Tuhan Harun' itu yang dalam keadaan tidak terurus dan berkerusi roda selepas diserang angin ahmar Julai lalu, dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini untuk menghadapi pertuduhan bersama isteri ketiganya,Azida Mohd Zol, 30, serta dua pengikut, Sumustapha Suradi, 39, dan Shaizral Eddie Nizam Shaari, 37.-17/12/13 P/s: Tuhan kena strok??? | ||
PLUS Dakwa Tidak Terbabit Kenaikan Tol Posted: 17 Dec 2013 06:44 AM PST
[BH] Kuala Lumpur: PLUS Malaysia Bhd (PLUS), pemegang konsesi lapan lebuh raya utama di negara ini tidak terbabit dengan kenaikan tol yang dikatakan bermula tahun depan. Selain Lebuhraya Utara-Selatan, tujuh lebuh raya lain di bawah syarikat itu ialah Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Persekutuan Laluan 2, Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Lingkaran Tengah Utara-Selatan (NSECL), Laluan Kedua Malaysia-Singapura, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang. Perjanjian konsesi tamat 2016 "Lebuh raya PLUS tidak terbabit, mungkin lebuh raya lain kerana perjanjian konsesi sedia ada di antara PLUS dengan kerajaan hanya akan tamat 2016 berbanding 25 lagi syarikat konsesi," kata sumber syarikat itu kepada BH semalam, namun enggan mengulas lanjut. Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, dilaporkan berkata kenaikan kadar tol dijangka tahun depan sejajar dengan perjanjian di antara kerajaan dan pemegang konsesi. Bagaimanapun, kenaikan itu dijamin secara sistematik bagi memastikan pengguna tidak memikul beban. Antara lain, perjanjian berkenaan mewajibkan kadar tol disemak semula untuk dinaikkan pada 2011, tetapi kerajaan mengambil inisiatif membayar pampasan RM400 juta bagi mengekalkan kadar sedia ada sejak dua tahun lalu. -17/12/13 P/s: Jangan main wayang, tidak naik Januari, naik Februari.... | ||
Pelakon Azean Irdawaty Meninggal Dunia Posted: 17 Dec 2013 06:24 AM PST [Mstar] PETALING JAYA: Pelakon Azean Irdawaty, 63, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser yang dihidapinya. mStar Online dimaklumkan pelakon itu meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam Selasa di depan suaminya, Khairil Anwar dan juga anak-anak. Pelakon itu yang sering keluar masuk hospital sebelum ini menghidap penyakit kanser payudara sehingga ia menjadi kritikal apabila ia merebak kepada barah tumor. Azean yang pernah popular dengan lagu Bawalah Daku Bersamamu pada tahun 1980-an pernah memenangi anugerah Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia pertama (FFM1) menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada FFM3. Sepanjang penglibatannya dalam seni, beliau banyak berlakon filem termasuklah Mama Oh Mama, Perjanjian Syaitan, Perempuan, Bintang Malam, Sutera Putih, Baginda, Layar Lara, Mami Jarum Kembali dan Waris Jari Hantu serta berpuluh-puluh drama televisyen tempatan. Jenazah akan dibawa ke rumahnya di 92, Jalan BU11/7, Bandar Utama, di sini. -17/12/13 P/s: Takziah. | ||
Tuduh Syiah: Mat Sabu Akan Saman Zahid Hamidi Posted: 17 Dec 2013 06:20 AM PST [MK] Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan memfailkan saman ke atas Datuk Seri Zahid Hamidi ekoran kenyataan menteri dalam negeri itu di Perhimpunan Agung Umno lalu yang mendakwa beliau berfahaman Syiah. Mohamad berkata tuduhan Zahid yang juga naib presiden Umno itu adalah fitnah terhadap dirinya. "Pada masa ini peguam saya akan memfailkan saman ke atas Datuk Seri Zahid Hamidi sahaja kerana bagi saya beliau adalah pencetus kepada tuduhan fitnah ke atas saya itu. "Dan saya percaya tuduhan fitnah yang dilemparkan oleh beliau ke atas saya adalah didasari oleh niat jahat bagi menjatuhkan maruah dan integriti saya. "Insya-Allah segala proses saman itu kini saya serahkan semuanya kepada kebijaksanaan para peguam saya," katanya dalam sidang medianya petang ini. Mohamad mendakwa ucapan Ahmad Zahid pada 7 Disember lalu menunjukkan menteri dalam negeri itu menyalahguna kuasa apabila didakwa telah memberi kuasa kepada Jakim untuk mengambil tindakan ke atasnya. "Saya yakin ini satu bentuk penyalahgunaan kuasa kerana smua tahu bahawa Jakim bukan terletak di bawah bidang kuasa KDN, maka atas dasar apakah KDN boleh dengan secara sewenang-wenang memberi kuasa kepada Jakim mengambil tindakan ke atas saya," katanya. Sehubungan itu, Mohamad berkata beliau akan membuat laporan polis terhadap Zahid berhubung kenyataan yang dianggapnya " tidak bertanggungjawab" dan berharap polis bersikap profesional menyiasat kenyataan menteri itu tanpa rasa gentar dan memihak. Mengulas berhubung tindakan undang-undang itu, Mohamed Hanipa berkata pihaknya akan menghantar notis penarikan balik dan permohonan maaf kepada bekas tahanan ISA yang mesra dipanggil 'Mat Sabu' dalam minggu ini. "Kita beri masa tiga hari. Kita rasa dia sudah bersedia. Kita hantar notis tuntutan. Kita tengok respon. Mana tahu (dalam tempoh itu) kalau Allah dia nak minta maaf. "Mat Sabu nak berjumpa dia (Zahid) di mahkamah. Datuk Seri Zahid berseorang," tegas pengamal undang-undang itu. Turut hadir dalam sidang media itu, tiga peguamnya iaitu Mohamed Hanipa Maidin, Nasar Khan dan Aminuddin Zulkifli. Dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno 7 Disember lalu, Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno antara lain menyeru PAS berani menyatakan komitmen politiknya untukmenolak pemimpin Syiah yang menjadi salah seorang pemimpin parti itu. Tanpa menyebut nama Mohamad Sabu, Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk mengambil tindakan ke atas "orang nombor dua dalam PAS". Dalam satu sidang media beberapa hari kemudian, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkansejumlah bukti 'gred B' yang bagi menyokong dakwaan mengaitkan Mohamad Sabu dengan ajaran Syiah. Bukti yang antara lainnya menyebut bahawa Mohamad pernah mengagumi pemimpin revolusi Iran 1979, Ayatollah Khomeini, bukan sahaja menjadi bahan jenaka di Internet malah tidak meyakinkanbekas anggota Kabinet. KDN dalam reaksinya selepas itu menyebut bahawa kementerian berkenaan memiliki bukti lebih bermutu yang mengaitkan Mohamad dengan Syiah. Namun, menterinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bukti yang dikategorikan sebagai 'Gred A' itu tidak akan didedahkan seperti bukti 'Gred B'. -17/12/13 | ||
4 Lelaki Didakwa Bunuh Remaja Yang Disyaki Curi Tabung Masjid Posted: 16 Dec 2013 10:00 PM PST
[Bernama] KUALA LUMPUR: Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini Selasa atas pertuduhan membunuh seorang remaja yang disyaki mencuri tabung masjid, dua minggu lepas. Pengurus Keselamatan Mohamad Yusof Mohamad, 39, dan tiga lagi pengawal keselamatan Mohd Aswenry Majon, 26, Iweldo Putra, 19, dan Pondri Neriko, 20, didakwa membunuh Mohamad Shah Reza Fauzi, 20, di tangga tepi pagar Masjid Al-Azim, Jalan Pandan Indah, Ampang Jaya dekat sini pada 5 pagi, 3 Disember lepas. Tiada pengakuan dicatatkan daripada kesemua tertuduh yang berdepan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan 17 Feb depan untuk sebutan, sementara menunggu laporan bedah siasat. Sementara itu, Iweldo dan Pondri dari Indonesia turut dijatuhi hukuman penjara selama setahun dan dikenakan dua sebatan selepas mengaku bersalah kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah untuk masuk ke Malaysia. Ayuni mmerintahkan Iweldo dan Pondri menjalani hukuman itu bermula dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 3 Disember lepas. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Pandan Indah 4/8, Pandan Indah, Ampang Jaya dekat sini pada 2.30 petang, 3 Disember lepas di bawah Akta Imigresen. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene dan kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. - 17/12/13 | ||
Posted: 16 Dec 2013 09:50 PM PST Kesilapan perjanjian konsesi punca kadar tol naik, kata Khalid Ibrahim [TMI] Kesilapan kerajaan pusat ketika membuat perjanjian dengan syarikat konsesi lebuh raya tanpa menyatakan jumlah keuntungan maksimum yang boleh dikutip mengakibatkan rakyat terpaksa membayar tol lebih daripada sepatutnya. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata kesilapan ini sepatutnya diperbetulkan kerajaan pusat sejak sekian lama supaya rakyat tidak lagi terbeban dengan keadaan ini. Khalid, bekas tokoh korporat negara berkata, perjanjian konsesi lebuh raya lebih menumpukan kepada tempoh perjanjian sehingga mengakibatkan syarikat konsesi mengaut keuntungan berganda yang melampaui kos perbelanjaan awal yang telah dikeluarkan untuk menyiapkan projek berkenaan. "Kita dapati syarikat konsesi, apabila membentangkan kertas kerja, menyatakan peratus pertumbuhan trafik adalah lebih rendah dari apa yang berlaku sekarang. "Ini bererti aliran tunai atau pendapatan hasil untuk konsesi adalah lebih besar daripada apa yang dijangkakan. "Walau bagaimanapun pemegang konsesi masih menuntut walau mereka sudah memperoleh (keuntungan) daripada apa yang dijangkakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dalam sidang medianya sebagaimana dilaporkan Selangorkini. Bagi beliau, kerajaan pusat perlu menyemak semula pulangan keuntungan yang diperoleh syarikat konsesi dan mengubah pendirian mereka kerana pada dasarnya kerajaan sudah membayar lebih dari sepatutnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan Ini kerana, perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya dan telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011. Menurut angka yang disebarkan melalui laman sosial, kenaikan mendadak kadar tol di negara ini akan berlaku mulai tahun depan. Mengikut angka yang tidak pasti kebenarannya itu, kadar tol di lebuh raya Sungai Besi Besraya akan naik dari RM1.30 ke RM2. Lebuh raya NPE dari RM1.60 ke RM2, LDP dari RM1.60 ke RM2.10, Akleh dari RM1.50 ke RM2.50, Kajang SILK dari RM1 ke RM1.30. Lebuh raya KL-Putrajaya (MEX) pula dari RM2.50 ke RM3.50, lebuh raya Kajang -Seremban (Lekas) dari RM1.90 ke RM2.30, lebuh raya trafik KL Barat (Sprint) dari RM1.50 ke RM2.50, Lebuhraya Pantai dari RM1.50 ke RM2.50, Damansara RM1 ke RM1.50, Kiara dari RM2 ke RM3. Lebuh raya SKVE pula dari RM14.96/kilometer ke 16.46/kilometer manakala Lebuh raya Koridor Guthrie (GCE) pula dari RM1.40 ke RM1.90 dan Lebuhraya Smart dari RM2 ke RM3. – 16 Disember, 2013. | ||
Mat Sabu dilantik Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Posted: 16 Dec 2013 09:46 PM PST [TMI] PAS hari ini mengumumkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang manakala Asmuni Awi dilantik sebagai Bendahari PAS yang baru. Setiausahasa Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata Asmuni menggantikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob yang melepaskan jawatannya bagi memfokuskan tugas sebagai menteri besar tetapi kekal sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan. "Mohamad dipilih kerana beliau adalah anak jati Pulau Pinang dan terkenal di negeri itu. Pemilihannya juga dapat meneruskan usaha hubungan baik dengan Pakatan Rakyat (PR). "Jawatannya sebagai timbalan presiden dapat menyelaraskan kerja di negeri itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, hari ini. Hadir sama ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar. Salahuddin berkata, jawatankuasa PAS yang baru tidak lagi memisahkan parti itu kepada ulama dan profesional tetapi kedua-duanya bergerak seiringan mendepani cabaran politik. – 17 Disember, 2013. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan