DIALOG RAKYAT |
- Dari Korporat Kepada 'Cap Ayam'
- Kaji semula perjanjian konsessi lebuhraya, ia berat sebelah
- Kalau BN tak atasi masalah kenaikan harga...
- Aksi 'terlampau' polis tersebar
- Tak macam jawapan menteri, kata penganalisis
- Pemuda Umno hanya berkokok isu kenaikan harga – Nik Nazmi
- Skuad takraw mohon maaf kepada media
- 'Salji turun di Mesir bukan petanda kiamat'
- Azean Irdawaty meninggal dunia
- Banjir gelombang kedua di Pahang dijangka esok
- “Najib, mana akujanji BN turunkan kadar tol lepas PRU-13? "
- [WASPADA] Hujan Lebat Episod Ketiga Bakal Tiba
- 'Naik atau tak, konsesi tol tetap untung berganda'
- Ranhill kunci mulut isu siling Hospital Serdang runtuh
- Harga padi diselaras tahun depan
- TURUN timbang tiga lokasi untuk himpunan 31 Dis
- 'Binatang pun ada hak, tapi bukan Syiah'
- Tol naik antara 50sen hingga RM2 bulan depan
- Tuduh Syiah: Mat Sabu akan saman Zahid Hamidi
- Sabah: Di balik tirai kemiskinan, ada rintihan rakyat tak berdosa – Junz Wong (ADUN DAP Likas)
- “Belum kahwin kah?”: DAPSY tuntut Abang Johari mohon maaf
- Cukai taksiran: Rakyat terbeban kenaikan serentak dengan harga barang
- Tiada alasan naik tol: PLUS untung 61 peratus, KESAS 121 peratus, Litrak 49 peratus
- Anwar tuduh Shafee mendakwanya demi kejar cita-cita jadi Peguam Negara
- Keputusan PRU13 dorong banyak peraturan, demokrasi makin mundur
Dari Korporat Kepada 'Cap Ayam' Posted: 17 Dec 2013 06:42 AM PST shahbudindotcomKenaikan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan yang berturut-turut sejak kebelakangan ini memang boleh membuatkan darah rakyat turut menaik saja. Kerajaan yang kononnya berpaksikan slogan "rakyat didahulukan" dan menjanjikan mimpi yang indah-indah semasa pilihanraya lalu, kini dilihat seperti melupai janji sendiri dengan tidak sabar-sabar mahu menyedut wang dari poket rakyat. Bermula dengan minyak, gula, cukai pintu DBKL, cukai GST, kenaikan tarif letrik sebanyak 15 peratus dan kini ura-ura tambang bas, LRT dan monorel turut dalam cadangan untuk dinaikkan. Yang terbaru pula ialah kadar tol di seluruh negara. Semua ini memperlihatkan bukan lagi kerajaan yang mahu meringankan beban rakyat tetapi rakyat sedang dipaksa untuk menolong kerajaan. Yang lebih membuatkan rasa jengkel rakyat ialah cara menteri atau pihak yang bertanggungjawab menghujahkan kenaikan tersebut. Dalam isu kenaikan kadal tol yang sedang hangat diperkatakan sekarang misalnya, hujah yang dilontarkan oleh Wahid Omar selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri, benar-benar mengecewakan dan seolah-olah beliau merasakan dirinya masih pemimpin korporat yang tiada tanggungjawab kepada rakyat. Wahid berkata, kenaikan kadar tol tidak dapat dielakkan kerana ianya terkandung dalam perjanjian antara kerajaan dengan pemilik konsesi dan sekiranya tidak setuju dengan kenaikan kada baru itu, pengguna tidak perlu menggunakan lebuhraya, sebaliknya gunakanlah jalan biasa. Jawapan sebegini bukanlah jawapan seorang menteri, ia jawapan orang yang sombong dan angkuh. Sebagai menteri, Wahid haruslah sedar bahawa beliau bukanlah seperti CEO Telekom atau Maybank dahulu yang hanya memikirkan untung sahaja. Sebagai pemimpin kerajaan, kliennya adalah rakyat dan jawapan seperti "cap ayam" ini benar-benar mengecewakan dan seperti ingin memperbodohkan rakyat. Hujah dangkal Wahid ini bukan saja mendapat kecaman dan bahan serangan pengguna internet, bahkan pemimpin politik, baik UMNO mahupun pembangkang, turut kecewa dengannya. Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli menyatakan, kerajaan sepatutnya menggunakan pengaruh dan kedudukan mereka untuk menangguhkan kenaikan itu memandangkan sebahagian besar pemegang konsesi lebuhraya adalah syarikat berkaitan dengan kerajaan atau GLC. Pemuda UMNO yang selama ini diragui peranannya sebagai kumpulan pendesak berikutan sikap berdiam diri dalam beberapa isu, turut bersuara kali ini. Selain Khairy Jamaluddin yang berkata akan membawa suara keluhan anak muda berkaitan kenaikan kos sara hidup dalam mesyuarat kabinet Rabu ini, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun turut membantah hujah Wahid yang meminta pengguna jalanraya menggunakan jalan biasa jika tidak setuju dengan kenaikan tol itu. Bagi beliau, kenyataan Wahid itu menggambarkan kerajaan tidak sensitif kepada keperluan rakyat, selain soal memilih jalan bertol atau jalan biasa adalah pilihan rakyat dan mereka tidak seharusnya diajar mengenainya. Secara umumnya, kenaikan kadar tol ini mendapat bantahan hampir semua pihak, tambahan pula di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur, menggunakan jalan bertol bukan lagi pilihan. Misalnya mereka yang tinggal di sekitar Sungai Buloh dan Sri Damansara untuk ke TTDI dan Damansara wajib melalui jalan bertol, malah untuk ke Putrajaya juga tiada jalan biasa yang tidak melalui jalan bertol. Tindakan kerajaan begitu pantas mahu menaikkannya bukan saja mengingkari janji dalam manifesto pilihanraya lalu tetapi juga memperlihatkan kegagalan kerajaan dalam mengurus kerajaan dengan lebih baik. Selain Najib yang dilihat tidak mahu memikir cara lain untuk meningkatkan pendapatan negara, pemilihan menteri dari kalangan pemimpin korporat yang tiada sensitiviti kepada keperluan rakyat, menambahkan lagi beban kebencian rakyat terhadap kerajaan yang ada. Selain Wahid, individu lain yang dilantik sebagai menteri melalui pintu belakang sebagai Senator ialah Idris Jalla. Jika Idris yang bertanggungjawab terhadap Pemandu dan dianggap sebagai penasihat kanan Najib dalam mengurus ekonomi sudah lama dikecam dan dipertikaikan kerana beberapa dasarnya yang dianggap tidak sensitif terhadap keperluan rakyat, Wahid pula dilihat sebagai watak baru yang mempamerkan wajah serupa. Keluarnya hujah beliau bahawa kalau tak suka jalan bertol, gunakanlah jalan biasa, tidak jauh maksud dan standardnya dengan ungkapan beberapa menteri sebelum ini seperti, kalau ayam mahal, janganlah makan ayam; kalau sayur mahal, tanamlah di belakang rumah; kalau tak setuju sistem pilihanraya, pindahlah dalam hutan; kalau rumah mahal, jangan beli rumah; kalau tak setuju sistem pendidikan, belajarlah di negara lain dan beberapa yang lain. Semuanya ini adalah ungkapan "cap ayam" daripada menteri yang berlogo "ayam ayam" juga. Amatlah malang, Wahid yang cemerlang ketika menjadi CEO Telekom dan Maybank, akhirnya turut termasuk dalam kelompok yang sama sebaik bercampur dan bergaul dengan mereka ini. Apakah mereka yang mentadbir kerajaan ini lupa bahawa sokongan rakyat kepada mereka sebenarnya hanyalah 47 peratus dan dengan kelebihan 23 kerusi saja? |
Kaji semula perjanjian konsessi lebuhraya, ia berat sebelah Posted: 17 Dec 2013 06:36 AM PST ASPAN ALIASBuat pertama kalinya, saya ingin membuat komen tentang apa yang disebut oleh Wahid, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, tentang kenaikan tol, isu yang sangat menyakitkan rakyat ini. Wahid mempertahankan kenaikan tol yang dibuat oleh 'concessionaire' lebuhraya kerana kenaikan itu adalah perkara yang sudah termasuk di dalam perjanjian 'concession' yang ditandatangani dengan kerajaan. Sememangnyalah begitu. Apa yang telah dipersetujui dahulu dan ditandatangani pula perjanjian itu, maka ia terpaksa dilaksanakan mengikut lunas-lunas perjanjian itu. Elok kita beritahu Wahid yang semuanya itu difahami rakyat kerana rakyat bukan lagi buta huruf seperti dahulu. Tetapi seperkara yang Wahid mesti tahu ialah rakyat sedang menghadapi kos kehidupan yang terlalu tinggi dan memeritkan kerana harga barang keperluan dan perkhidmatan seperti membayar tol ini amatlah tinggi. Pemimpin kita bercakap yang semua pihak perlu berkorban untuk memastikan negara kita melalui zaman susah ini dengan sabar dan perlu berkorban untuk negara. Nah, rakyat telah berkorban dengan pengurangan berbagai-bagai subsidi seperti subsidi bahan bakar dan berbagai-bagai lagi. Oleh yang demikian, tidakkah terfikir dan terdetik di dalam fikiran pemegang konsessi lebuhraya yang banyak ini untuk bersama-sama dengan rakyat untuk berkorban? Tidak bolehkah kerajaan berunding dengan pemegang konsessi ini untuk mengurangkan sedikit tol ini dan bersama-sama menunjukkan sikap ingin bersama berkorban dalam keadaan ekonomi rakyat yang sangat memeritkan sekarang ini. Kenapa hanya rakyat yang berkorban sedangkan pemegang tol tidak dapat bersetuju untuk tidak melaksanakan kenaikan tol itu walaupun masa untuk menaikkan tol itu sudah sampai seperti yang ada di dalam perjanjian konsessi itu? Apa ruginya pemegang konsessi jika mereka tidak menaikan harga tol itu? Apa yang sepatutnya berlaku kadar tol mestilah semakin hari semakin kurang kerana 'traffic' yang menggunakan tol itu bertambah dari hari ke hari. Kadar tol sepatutnya semakin hari semakin kurang. Pemegang-pemegang konsessi lebuhraya di negara ini tidak mempunyai perasaan kerana mereka bukan tidak tahu yang rakyat terseksa dengan harga kadar tol yang semakin hari semakin tinggi itu. Janganlah Wahid memberi jawapan seperti jawapan yang diberikan oleh Hassan Malek dalam isu kenaikan harga ayam dahulu dengan meminta rakyat jangan makan ayam kalau harga ayam naik. Itu jawapan seorang pemimpin yang tidak mempunyai perasaan. Wahid pula meminta rakyat menggunakan jalan alternatif yang disediakan. Tidak semua jalan bertol mempunyai jalan alternatif, jika Wahid ingin nak tahu. Masalahnya di negara ini jika kerajaan dan negara mahu pengorbanan untuknya, hanya rakyat yang marhean dan buruk ini sahaja yang perlu berkorban dan mengambil segala sedikit subsidi dan bantuan yang ada, sedangkan yang telah mengumpul kekayaan daripada perkhidmatan yang mahal, seperti pemegang konsessi lebuhraya hanya mahu mengambil keuntungan tanpa mahu berkorban. Jika pemegang konsessi ini mempunyai sikap bersedia untuk bersama berkorban kenapa tidak mengambil tindakan dengan mengurangkan atau setidak-tidaknya mengekalkan kadar kutipan tol tersebut? Pemegang konsessi dan kerajaan tidak jujur terhadap rakyat yang telah lemas dengan slogan 'rakyat didahulukan' itu. Ia hanya merupakan retorik yang 'bigotry' dan tidak membawa apa-apa makna kepada kita yang mendengarnya. Perniagaan konsessi lebuhraya ini sebenarnya merupakan perniagaan yang sangat untung dari segi menghadap masalah. Perniagaan ini adalah 'cash business' dan tidak menghadapi hutang tidak berbayar dari pengguna. Lintas sahaja 'toll gate' kita akan membayar dengan tunai. Yang lebih menguntungkan bagi konsessi itulah pembayaran melalui 'touch-n-go' kerana mereka (pemegang konsessi) dibayar secara 'advanced' dari pengguna dalam ratusan ringgit bagi seorang pengguna. Pemegang konsessi akan menggunakan tunai yang ratusan juta ringgit yang dikutip itu untuk dilaburkan ke dalam pasaran wang jangka pendek seperti pinjaman 'overnight' atau 'week money' kepada bank-bank dan 'discount houses' yang memberikan pulangan yang baik dan lumayan. Pulangan tunai yang mereka dapati dari 'touch n go' itu membolehkan mereka mengaut keuntungan yang besar. Maka adalah wajar jika pemegang 'touch n go' atau 'smart tag' itu diberikan potongan setidak-tidaknya 30% atau setidak-tidaknya 20% setiap kali pembelian 'advanced' yang dilakukan oleh pengguna lebuhraya itu. Justeru isu kenaikan tol ini wajar dikendalikan dengan baik dan tidak hanya pandai menaikkan tol tetapi bersama-sama berkorban untuk mengurangkan kos pengguna dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini. Jangan terlalu tertumpu kepada perjanjian yang terlalu berat sebelah itu. Perjanjian konsessi ini perlu dikaji semula kerana satu isu yang tidak wajar ada di dalam perjanjian itu ialah kenaikan kadar tol dari masa ke masa. Sepatutnya ia sepatutnya mengandungi peruntukan untuk mengurangkan kadar tol tersebut kerana 'traffic' yang menggunakan lebuhraya itu bertambah berlipat kali ganda dari tahun ke tahun. Najib dan pimpinan patut mengambil cadangan dengan serius kerana setakat ini Najib hanya nampak rakyat sahaja yang patut berkorban. Jika ini dilakukan, jangan pula nanti mengungkit-ngungkit bagaimana jasa pemegang konsessi berkorban seperti beliau mengungkit pengorbanan isterinya yang kononnya telah banyak berjasa kepada negara dengan kos yang begitu tinggi itu. Kita berharap pimpinan kita belajar untuk menggunakan keupayaan berfikir. Berfikirlah sekejap setiap hari untuk rakyat secara serius. Kata agama kita 'berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang malam'. Banyak untungnya kepada rakyat jika berfikir secara serius untuk rakyat ini. Tetapi jangan pula berfikir seperti pemikiran Wahid di Jabatan Perdana Menteri itu. Cara berfikir Wahid Omar itu tidak mempunyai faedah untuk rakyat kerana alasan beliau yang kadar tol tidak dapat dikurangkan kerana isu kandungan perjanjian yang ada dalam perjanjian pemegang konsessi itu dengan kerajaan. Entah fasal apa, orang-orang yang pandai pun, apabila menyertai UMNO dan menjadi ahli dalam barisan Jemaah Menterinya, pemikiran mereka akan menjadi tumpul. Tidak ada siapa yang boleh memberi jawapannya sampai ke hari ini. Tuan-tuan jawablah sendiri. |
Kalau BN tak atasi masalah kenaikan harga... Posted: 17 Dec 2013 06:34 AM PST SHAH ALAM - Beberapa bulan selepas berakhirnya PRU13, rakyat menyaksikan kenaikan harga barang dan perkhidmatan satu demi satu. Bermula dengan pengurangan subsidi yang menyebabkan kenaikan petroleum RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, diikuti pemansuhan subsidi gula 34 sen, kemudian peningkatan tarif elektrik 4.99 sen satu kilowat sejam (KWJ). Terbaru, pengumuman semakan semula kadar gas, tambang LRT dan monorel serta kadar tol membabitkan 13 lebuh raya. Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani melihat tindakan kerajaan yang mengurangkan subsidi itu sebagai satu usaha untuk menangani bebanan kewangan kerajaan namun ia tetap meninggalkan kesan. "Kerajaan dalam usaha mengurangkan beban kewangan dengan hapuskan subsidi dan sebagainya. Baru-baru ini, pengurangan subsidi gula menyebabkan harga gula melambung. "Kesannya pada pilihan raya umum memang ada. Kalau rakyat rasa terbeban dengan keadaan ekonomi yang begitu, mereka akan beri kesan kepada pemerintah. Jika gagal menangani isu ini, ia akan jejaskan peluang BN dalam PRU14 nanti," katanya kepada Sinar Harian Online. Menurutnya, kenaikan itu memberi kesan kepada golongan kelas menengah dan kelas bawah dan kerajaan perlu mengatasi bebanan rakyat ini. "Kenaikan harga barang mewah kita tak terasa sangat tetapi barang keperluan harian seperti gula, beras, ayam dan sebagainya akan beri kesan dalam kos sara hidup golongan kelas menengah dan kelas bawah. "....jika kerajaan tidak kawal ia akan beri kesan kepada pengundian pada PRU14," katanya. Azizuddin juga berpendapat kerajaan perlu mengawal kenaikan mendadak harga barangan keperluan asas untuk mengekalkan sokongan rakyat. "Tapi kerajaan boleh kawal kenaikan mendadak harga barang sebenarnya. Saya nampak harga barang asas penting. Jika, harganya tinggi sudah tentu beri kesan bebanan kepada rakyat. "Kalau kerajaan nak kekalkan sokongan rakyat, barangan asas ini perlu dikawal supaya harganya tidak naik dan pada masa sama rakyat boleh menikmati barangan itu dengan harga berpatutan. Itu mungkin yang boleh kerajaan lakukan," katanya. Sementara, penganalisis politik, Prof Madya Dr Ismail Sualman melihat pengurangan subsidi itu sebagai langkah pencegahan daripada berlaku inflasi pada masa akan datang. "Kerajaan bukan menaikkan harga tetapi mengurangkan subsidi. Selama ini subsidi telah diberikan. Sampai bila kerajaan akan menanggung terlalu banyak beban rakyat? "Saya lihat apa yang dilakukan adalah langkah pencegahan daripada berlaku inflasi dan sebagainya pada masa akan datang," katanya. Beliau menyifatkan rakyat mempunyai pilihan dalam setiap penggunaan barangan dan perkhidmatan. "Mereka ada pilihan. Kalau mereka tak nak dibebani oleh beberapa perkara yang meningkat, maka mereka perlu kurangkan atau pilih lain. Kalau nak pergi Johor, ikut jalan lamalah, jangan lalu jalan bertol. Tapi fikir sendiri apa nikmat kita boleh dapat kalau lalu tol dengan lalu jalan lama? "Contohnya, dengan peningkatan harga gula itu dapat menyedarkan betapa pentingnya pengurangan pengambilan gula yang menjejaskan kesihatan. Kos kesihatan meningkat sebab orang ramai dapat banyak penyakit. Kos kempen sampai RM 20 juta. "Jadi, apabila harga gula mahal, mungkin kita akan lebih berhati-hati dalam pengambilannya sekali gus mengurangkan kadar penyakit," katanya. |
Aksi 'terlampau' polis tersebar Posted: 17 Dec 2013 06:31 AM PST Aksi seorang anggota polis yang bertindak menampar seorang lelaki yang ditahan tersebar luas dalam laman sosial. GEORGETOWN - Aksi polis 'terlampau', itu gambaran dalam video bertajuk 'Polis Tampar Orang Awam' yang dimuat naik dalam laman Youtube sejak beberapa hari lalu. Video berdurasi satu minit enam saat itu disaksikan kira-kira 1,230 selepas dimuat naik sejak Sabtu lalu. Bukan sahaja tersebar di Youtube malah ramai pengguna laman sosial berkongsi video berkenaan di laman sosail Facebook dan blog. Video yang memaparkan seorang anggota polis dari Balai Polis Bayan Baru menahan tiga lelaki warga asing terbabit boleh dianggap keterlaluan apabila anggota polis berkenaan bertindak di luar batasan dengan menampar beberapa kali serta memaki hamun tiga lelaki yang ditahan berkenaan. Difahamkan, kejadian yang berlaku di hadapan sebuah klinik di kawasan Queensbay itu berpunca apabila dua lelaki daripada tiga lelaki berkenaan cuba melarikan diri apabila diminta berhenti untuk diperiksa. Menurut sumber, anggota berkenaan yang ketika itu bertugas dalam Operasi Ops Payung di kawasan berkenaan meminta dua lelaki berkenaan berhenti untuk diperiksa namun tidak diendahkan mereka. Berang dengan tindakan dua lelaki berkenaan, anggota itu bertindak mengejar mereka menggunakan motosikal dan berjaya menahan mereka sebelum berlakunya aksi itu. Difahamkan, akibat daripada perbuatan anggota itu, beliau kini ditukarkan ke Unit Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya. Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi dalam satu kenyataannya di sini semalam berkata, Bahagian Tatatertib kontinjen negeri sedang menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan. Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota dan pegawainya yang melakukan kesalahan sehingga mencemarkan nama dan menjatuhkan imej PDRM. "Arahan dikeluarkan kepada semua ketua jabatan, ketua polis daerah dan ketua formasi untuk memastikan semua pegawai dan anggota di bawah seliaan mereka melaksanakan tugas mengikut undang-undang. "Jangan sesekali bertindak di luar batasan serta melakukan perkara yang mencemarkan imej pasukan," katanya. |
Tak macam jawapan menteri, kata penganalisis Posted: 17 Dec 2013 06:27 AM PST SHAH ALAM - Naif dan bukan bertaraf menteri. Demikian pandangan Prof. Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff terhadap kenyataan menteri yang meminta pengguna lebuh raya menggunakan jalan biasa jika tidak mahu bayar lebih untuk kadar tol. Ujarnya, kenyataan tersebut tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang menteri kerana ianya seolah-olah merendahkan intelektual rakyat. "…dan bagi saya kenyataan tersebut juga bukan bersifat menteri, sepatutnya seorang menteri tersebut perlu berfikir secara rasional ketika mengeluarkan sebarang kenyataan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini. Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kenaikan kadar tol yang diuar-uarkan bakal berlaku tahun hadapan sebagai munasabah dan mereka yang tidak bersetuju boleh menggunakan jalan biasa. "Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium. "Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut," kata Abdul Wahid di Putrajaya semalam. Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai kenaikan kadar tol pula, Agus mencadangkan, kenaikan hanya pada kadar 10 sen sahaja. "Kalau kerajaan terdesak untuk naikkan juga harga tol, bagi saya kenaikan hanya pada harga 10 sen… ini bagi mengelak daripada rakyat terus terkesan. "…ini kerana rakyat sudah terkesan dengan pelbagai kenaikan sebelum ini, oleh itu kasihanilah rakyat," katanya. Sebelum ini ada laporan menyebut kadar tol dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan berapa jauh. Difahamkan, terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu. |
Pemuda Umno hanya berkokok isu kenaikan harga – Nik Nazmi Posted: 17 Dec 2013 06:26 AM PST KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Lagak Pemuda Umno untuk menjadi hero kononnya mahu membawa isu jenayah, rasuah dan kos sara hidup ke mesyuarat kabinet esok ibarat 'kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi'. Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sekadar bercakap, namun tetap gagal menyelesaikan masalah yang dihadapi golongan muda di negara ini. "Kita tidak mahu Khairy dan pemuda Umno bermain wayang semata-mata berkokok di luar seperti isu menyenarai hitam atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)," kata Nik. 21 Ogos lalu, Khairy dalam kenyataannya berkata, pentadbiran Najib tidak akan menyenarai hitam peminjam PTPTN, sedangkan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh menyatakan pelaksanaan itu hanya ditangguh sementara. Sementara pada 4 Disember lalu, Khairy semasa berucap depan pemuda Umno cuba menarik perhatian konon tidak bersetuju kenaikan tarif elektrik pada 2014. "Beliau juga menyerang Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam isu kenaikan tarif elektrik sebelum ini, tetapi gagal menghentikan satu demi satu kenaikan kos kehidupan," katanya. Terbaru, Khairy tetap gagal mengekang pentadbiran Najib mengumum kenaikan tol yang diumum Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Abdul Wahid Omar. |
Skuad takraw mohon maaf kepada media Posted: 17 Dec 2013 06:18 AM PST SKUAD sepak takraw negara hari ini meminta maaf kepada media atas insiden pengurus pasukannya Mohd Fareed Moh Norden cuba menyerang seorang wartawan media cetak Malaysia di Sukan SEA ke-27 di Naypyitaw semalam. "Bagi pihak pasukan, saya memohon, saya mohon maaf kepada media," kata jurulatih Jamaluddin Hassan. "Saya kesal dengan apa yang berlaku. Lagi pun selama ini wartawan banyak membantu memberi publisti kepada sukan sepak takraw. "Kita ambil dari segi positif terhadap kritikan yang bukan sahaja oleh wartawan tetapi peminat sukan sepak takraw," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Sambil mengucapkan terima kasih kepada media yang banyak membantu melaporkan perkembangan sukan berkenaan selama ini, Jamaluddin menyifatkan perkara itu mungkin disebabkan salah faham. Insiden kekecohan itu tercetus sejurus perlawanan akhir acara regu yang menyaksikan trio negara, Izurin Refin, Mohd Hanafiah Dolah dan Mohd Muqlis Borhan tewas kepada trio Thailand, semalam. Dalam kejadian di bilik pasukan Malaysia itu, wartawan berkenaan cuba mendapatkan ulasan kekalahan trio negara daripada Jamaluddin tetapi pengurus pasukan terbabit yang berada di sebelah dan sedang makan tiba-tiba naik angin serta cuba menyerangnya. Difahamkan, tindakan pegawai terbabit itu adalah kerana tidak berpuas hati dengan laporan isu duit poket RM200 diberikan oleh Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) kepada pemain sepanjang 12 hari di sini selain kritikan keras terhadap prestasi buruk pasukan dalam acara berpasukan. Dalam pada itu, ketua kontinjen negara Datuk Wira Amiruddin Embi berkata beliau sudah meminta pengurusan pasukan itu mengemukakan laporan berhubung insiden tersebut. "Saya akan lihat maklumat daripada kedua-dua pihak," katanya bahawa pada masa ini adalah terlalu awal untuk menentukan tindakan terhadap pengurus pasukan terbabit. - Bernama |
'Salji turun di Mesir bukan petanda kiamat' Posted: 17 Dec 2013 06:16 AM PST SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menegaskan kejadian turun salji di Mesir bukanlah satu petanda kiamat. Menurutnya, ada pihak mendakwa bahawa turunnya salji di Mesir sebagai satu tanda Kiamat berdasarkan hadis riwayat Muslim, Ibn Hibban dan lain-lain bahawa Nabi SAW bersabda: "Tidak berlaku kiamat sehingga Tanah Arab kembali menjadi bumi yang menghijau dan sungai-sungai". "…sebenarnya perkataan 'Tanah Arab' itu lebih merujuk kepada Jazirah Arab (Hijaz) dan boleh merangkumi Iraq, Yaman, Sham (Jordan Palestin dan Syria). Adapun Mesir ia bumi Afrika. "Kemudian salji memang saban tahun turun di Jordan, Palestin dan Syria sejak sekian lama, maka itu bukan tanda kiamat. "Hadis itu sebut Tanah Arab kembali menjadi hijau dan sungai bererti dahulu telah pun demikian keadaannya. Apabila Jazirah Arab (Saudi), Iraq, Yemen, Syria, Jordan, Palestin dan sekitar menghijau dan banyak sungai maka itu itu tanda kiamat.. oleh itu hati-hati dalam memberi maksud hadis," katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya. Baru-baru ini, Mesir sebuah negara yang beriklim panas, dituruni salji buat kali pertama dalam 112 tahun. |
Azean Irdawaty meninggal dunia Posted: 17 Dec 2013 06:13 AM PST [DIKEMASKINI] PRIMODANA filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Petaling Jaya Selangor malam ini. Allahyarham menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya. Difahamkan, pelakon itu meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam di depan suaminya. Khairil Anwar dan juga anak-anak. Ini disahkan oleh Pengarang hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah atau dikenali sebagai Kak Cham menerusi Twitternya sebentar tadi. "Kita pasti merindui dia. Alfatihah seniwati Azean Irdawati yang kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Alfatihah," katanya. Pemergian Azean turut mendapat reaksi daripada beberapa rakan artis yang mengucapkan takziah antaranya adalah Umie Aida. Allahyarham merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70-an dan namanya meledak di layar perak akhir 70-an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin. Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982. Allahyarhamah cukup dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba. Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008. Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarham Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009. Selain filem, Allahyarham turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah. Allahyarham meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty. |
Banjir gelombang kedua di Pahang dijangka esok Posted: 17 Dec 2013 06:10 AM PST KUANTAN - Banjir gelombang kedua dijangka akan melanda tiga daerah di negeri menjelang esok hingga 22 Disember apabila hujan lebat luar biasa dikatakan akan berlaku. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, kerajaan negeri telah diarahkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk bersiap sedia menghadapi gelombang kedua ini agar segala urusan dapat dilaksanakan dengan baik. Justeru, pihaknya akan meminda beberapa prosedur operasi standard (SOP) bagi pengurusan mangsa banjir yang lebih efisien. Menurutnya, pindaan SOP ini hanya akan dilaksanakan di daerah Kuantan sahaja, manakala bagi daerah Pekan dan Rompin, ia akan dijalankan seperti sebelum ini. "Mangsa banjir sekitar Sungai Isap, Cenderawasih, Bukit Rangin dan Kampung Belukar akan ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir iaitu di Dewan Sekolah Kebangsaan Chung Ching, Wisma Belia dan Dewan Sukpa. "Mereka akan dipindahkan oleh pihak berkuasa dengan lori ataupun bas untuk ditempatkan di pusat pemindahan tersebut. "Segala urusan memberi bantuan serta akan dilakukan oleh pihak sekolah, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), dan petugas Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), manakala kepimpinan atau NGO kawasan hanya bertindak sebagai pembantu sahaja. "Urusan memasak pula akan dilaksanakan oleh ATM dan pihak kantin sekolah," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Banjir di Wisma Sri Pahang di sini. Sementara itu, beliau menegaskan bekalan makanan untuk mangsa banjir juga mencukupi dan akan diagihkan terus ke pusat pemindahan oleh pihak berkuasa. |
“Najib, mana akujanji BN turunkan kadar tol lepas PRU-13? " Posted: 17 Dec 2013 06:07 AM PST Basyar Ab Kadir KUALA LUMPUR Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terang-terangan menipu rakyat Malaysia apabia menaikkan kadar tol, berlawanan dengan akujanji kempen pilihan raya umum ke-13 Barisan Nasional. Antara manifesto BN di bawah tajuk Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar ialah 'mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat'. "Ini merupakan pembohongan yang bertaraf lima bintang, kerana dilakukan orang yang berkedudukan tinggi dalam negara ini," kata pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail. 14 Disember lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengesahkan kadar tol dinaikkan pada tahun hadapan. Lima belas lebuh raya kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur, akan menaikkan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 bermula 1 Januari 2014. Justeru kata Azan (gambar), kenaikan ini telah menjadi merupakan tradisi dan kebiasaan kerajaan Umno-BN. "Setiap kali selepas pilihan raya kita akan lihat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di Malaysia seolah-olah satu tradisi. "Bagi Umno pilihan raya bukanlah satu mandat yang diperoleh daripada rakyat. Tetapi mereka melihat pilihan raya merupakan satu peringkat untuk menyusun dan merangka semula kenaikan harga barang ke peringkat seterusnya, "Mereka seolah-olah berpuasa sebelum pilihan raya. Selepas menang pilihan raya mereka beraya dan meraikan kemenangan. "Ketika itu rakyat dilupakan. Budaya begini berterusan untuk pilihan raya akan datang jika Umno terus memerintah," katanya. |
[WASPADA] Hujan Lebat Episod Ketiga Bakal Tiba Posted: 17 Dec 2013 06:00 AM PST KELAB GREENBOC Penduduk di Terengganu, Pahang dan Johor dinasihatkan bersiap sedia menghadapi episod ketiga hujan lebat yang dijangka bermula Rabu hingga Jumaat ini. Pengarah Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia Muhammad Helmi Abdullah ketika dihubungi Bernama berkata ia dijangka disertai air pasang besar dan tiupan angin kencang di Laut China Selatan. Beliau mengulas lanjut mengenai kenyataan media jabatan itu yang menyatakan hujan lebat itu boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah. Antara kawasan yang terlibat di Terengganu ialah Dungun dan Kemaman, di Pahang -- Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Johor -- Segamat dan Mersing. Berhubung kejadian banjir di tiga negeri itu termasuk Kelantan baru-baru ini, Muhammad Helmi berkata antara faktornya adalah curahan hujan yang tinggi dalam tempoh singkat. Katanya bacaan jumlah hujan yang dicatatkan di Kuantan adalah antara yang tertinggi pernah direkodkan iaitu lebih 300 milimeter sehari, pada 2 Disember lepas. "Bagaimanapun, sukar untuk kita mengaitkan episod hujan lebat ini dengan perubahan iklim. Tetapi para saintis mengakui ia disebabkan pertambahan kejadian cuaca ekstrem," kata Muhammad Helmi. - Bernama |
'Naik atau tak, konsesi tol tetap untung berganda' Posted: 17 Dec 2013 05:59 AM PST MALAYSIA KINI PKR membantah keras cadangan kenaikan kadar tol yang dilapor akan bermula tahun depan kerana syarikat konsesi sudah mendapat keuntungan berlipat kali ganda dan ia sentiasa bertambah setiap tahun. "Setiap kenaikan kadar tol sebenarnya menambahkan lagi keuntungan mereka sedangkan rakyat terus terbeban dengan tekanan ekonomi," kata pengarah strateginya Rafizi Ramli (kanan). Lima belas lebuh raya, kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur, hari ini dilaporkan akan menaikkan kadar tol antara 50sen hingga RM2 bermula 1 Januari tahun depan. Dalam kenyatannya hari ini, Rafizi berkata, keuntungan itu ditunjukkan dalam rekod kewangan syarikat masing-masing antara ratusan juta hingga berbilion ringgit. Menurutnya, keuntungan bersih sebelum cukai (dengan caj susut nilai) PLUS Berhad sebanyak RM2.515 bilion bagi tahun kewangan 2011 dan perincian kos 2010. Manakala, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), menurutnya, mencatatkan keuntungan berganda terkumpul (CAGR) sehingga 12 peratus antara tahun kewangan 2008 hingga 2012 seperti dilaporkan kajian bank. Keuntungan bersih sebelum cukai (dengan caj susut nilai) pula RM180 juta bagi tahun 2013, kata anggota Parlimen Pandan itu lagi. Justeru katanya, walaupun tol tidak dinaikkan, jumlah kutipan konsesi terlibat tetap naik ekoran margin keuntungan yang kekal tinggi kerana peningkatan kenderaan di lebuh raya sehingga 8.1 peratus. "Dalam keadaan kos operasi sudah pun rendah (bagi sesetengah lebuh raya, kos penyenggaraan tidak sampai 10 peratus pun dari kutipan tol), keuntungan yang dinikmati antara yang tertinggi berbanding industri-industri lain. "Oleh sebab itu, sebarang kenaikan kadar tol menghina rakyat pada kala kerajaan dan pemegang konsesi bermewah dengan keuntungan yang sudah pun terlalu tinggi," katanya lagi. Kembali ke kantung Putrajaya Sementara itu, Rafizi juga berkata, pampasan yang dibayar kerajaan kepada syarikat konsesi sebenarnya "bukanlah satu bentuk subsidi yang diwar-warkan". Ini kerana, katanya, subsidi bermakna belanja yang dikeluarkan kerajaan untuk menampung kos sesuatu barangan atau perkhidmatan supaya harganya dikekalkan pada paras lebih rendah. "Dalam kes kenaikan kadar tol, jumlah kos yang ditanggung pada kadar tol sekarang pun sudah terlalu rendah hingga memberikan keuntungan yang terlampau tinggi kepada pemegang konsesi," katanya. "Oleh itu, sebarang kenaikan kadar tol sebenarnya sama dengan kerajaan mencukai rakyat dengan cukai tambahan kerana keuntungan syarikat-syarikat pemegang konsesi yang dimiliki kerajaan ini, akhirnya kembali ke kantung Putrajaya untuk diborosi oleh Datuk Seri Najib Razak (atas) dan kabinetnya." |
Ranhill kunci mulut isu siling Hospital Serdang runtuh Posted: 17 Dec 2013 05:55 AM PST Kontraktor yang membina Hospital Serdang bernilai RM690 juta enggan mengulas rentetan insiden siling runtuh di situ sejak 2011, enam tahun selepas pusat perubatan itu beroperasi. Ketika dihubungi, Ranhill Bhd enggan mengulasnya dan menegaskan, perkara itu masih dalam siasatan Jabatan Kerja Raya (JKR). Menurut laporan tahunan Ranhill, yang diterbitkan sebelum penyahsenaraian konglomerat itu pada 2011, kerja-kerja itu dilaksanakan oleh anak syarikatnya Ranhill Civil Sdn Bhd. Walaupun Ranhill Civil sudah dibubarkan, Malaysiakini difahamkan, badan induknya masih mempunyai wakil dalam mesyuarat bersama JKR berhubung insiden yang menimbulkan kemarahan awam itu. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam pada 13 Disember lalu berkata, kementeriannya akan mengambil tindakan tegas, termasuk menyaman kontraktor Hospital Serdang ekoran insiden runtuhan siling di hospital itu. Tanpa menyebut nama syarikat itu, beliau berkata, kementerian tidak menyembunyikan isu ini dan kontraktorlah yang bertanggungjawab terhadap bangunan itu. |
Harga padi diselaras tahun depan Posted: 17 Dec 2013 12:15 AM PST MALAYSIA KINI Kerajaan akan menyelaras harga jualan padi di seluruh negara tahun depan selain mengkaji beberapa pindaan dalam sektor pertanian negara, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Yaakob. Beliau berkata perkara itu bertujuan menyeragamkan harga jualan padi kepada peraih. "Perbincangan masih dijalankan dan inisiatif ini adalah sebagai galakan kepada petani untuk meningkatkan pengeluaran padi," katanya pada majlis makan malam dan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kuala Lumpur malam tadi. Turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Datuk Zainal Dahalan dan Pengerusi NAFAS Datuk Seri Saipol Bahri Suib. Ismail Sabri juga mengingatkan para petani untuk mengoptimumkan pengeluaran padi negara memandangkan permintaan domestik yang semakin meningkat tetapi keluasan kawasan tanaman padi yang dijangka semakin berkurangan iaitu daripada 444.3 ribu hektar pada 2010 kepada 368.2 ribu hektar pada tahun 2020. Permintaan beras negara dijangka meningkat daripada 2.3 juta tan metrik pada 2010 kepada 2.69 juta tan metrik pada 2020, katanya.- Bernama |
TURUN timbang tiga lokasi untuk himpunan 31 Dis Posted: 17 Dec 2013 12:05 AM PST Penganjur bagi perhimpunan membantah kenaikan kos sara hidup yang dirancang untuk diadakan pada malam ambang tahun baru masih mempertimbangkan lokasi sesuai bagi acara tersebut. Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) Azan Safar dalam kenyataannya menyebut, tiga lokasi yang dipertimbangkan itu termasuk padang Kelab Sultan Sulaiman. Dua lagi kawasasn yang dipetimbangkan ialah Padang Merbok dan Padang Timur, Amcorp Mall, katanya melalui sistem pesanan WhatsApp. Menurutnya, acara itu akan menghimpunkan para aktivis, artis, pemimpin NGO serta tokoh daripada pelbagai parti politik sebagai tanda solidariti dengan golongan yang terjejas dengan kenaikan kos itu, katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini. Dalam kenyataannya, Azan berkata, perhimpunan bertemakan '2014 Tahun Sengsara Rakyat' yang akan bermula pada jam 8 mala itu dijangka menarik kehadiran 10,000 orang. Ia bagi menzahirkan kemarahan dan amaran rakyat kepada kerajan yang menurutnya "memeras dan mencuri harta rakyat" melalui kenaikan kos, termasuk tarif elektif, harga petrol, dan barangan keperluan, katanya. "Gerakan TURUN menyeru seluruh anak muda dan rakyat Malaysia untuk sama-sama bangkit bagi meraikan tahun baru 2014 dengan menzahirkan kemarahan rakyat kepada pemerintah dalam Himpunan Amarah Rakyat nanti. "Satu keunikan dan sejarah yang rakyat Malaysia akan lakukan di kala pada kebiasaannya tahun baru disambut dengan kegembiraan tetapi (tahun baru) kali ini disambut dengan kemarahan oleh rakyat Malaysia kerana menolak kezaliman pemerintah. "Bagi mengira detik menjelangnya tahun 2014 sebagai tahun yang menyaksikan kerakusan pemerintah dan bangkitnya rakyat menentang kerakusan mereka (pemimpin)," katanya dalam satu kenyataan. |
'Binatang pun ada hak, tapi bukan Syiah' Posted: 17 Dec 2013 12:01 AM PST MALAYSIA KINI Tindakan keras kerajaan terhadap kumpulan Syiah terus mengundang rintihan penganut ajaran itu di negara ini. Mereka beranggapan hak mereka dinafikan berbanding umat Islam lain, malah bukan Islam dan binatang sendiri. "Bukan Islam di negera ini turut diberikan hak mereka. Saya juga patut diberikan hak sebagai Muslim. "Tetapi untuk saya, tiada hak sama sekali. Malah binatang pun ada haknya," seorang pemimpin kanan masyarakat itu dipetik sebagai berkata. Kamilzuhairi Abdul Aziz, tokoh Syiah Imamiah Malaysia, berkata demikian ketika ditanya The Wall Street Journal apa yang tinggal bagi masyarakat itu selepas pusat mereka diserbu dan buku-buku mereka diharamkan. Provokasi isytihar Sunni musuh Dalam wawancara yang disiarkan pada Isnin, Kamilzuhairi, 47, juga berkata, mereka juga ditindas, antaranya apabila tidak dibenarkan mengamalkan upacara keagamaan berkaitan fahaman itu. "Pegawai penguatkuasa, pihak berkuasa agama, mereka lakukan banyak perkara yang bertentangan dengan perlembagaan dan ia satu bentuk penindasan. Tafsiran mereka terhadap undang-undang agama tidak selalu benar," beliau dipetik sebagai berkata. Kamilzuhairi, yang dilapor lahir sebagai Sunni sebelum bertukar kepada Syiah, berkata mereka juga diprovokasi untuk mengatakan Sunni sebagai musuh. ""Kami berita mereka, sampai hari pengadilan, kami tidak akan katakannya," kata Kamilzuhairi seperti dilaporkan akhbar itu. "Baru-baru ini ada artikel di akhbar oleh seorang yang dikatakan ulama (Sunni) yang berkata, (menurut Syiah) sesiapa yang membunuh Sunni mendapat pahala. "Ini semua tuduhan palsu. Ini fahaman yang bahaya. Kami boleh bertolak ansur dengan perbezaan-perbezaan asas." |
Tol naik antara 50sen hingga RM2 bulan depan Posted: 16 Dec 2013 11:57 PM PST MALAYSIA KINI Lima belas lebuh raya, kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur, dilaporkan akan menaikkan kadar tol antara 50sen hingga RM2 bermula 1 Januari tahun depan.Bagaimanapun, New Straits Times memetik Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof sebagai berkata, jumlah sebenar kenaikan tol masih belum diputuskan. Lebuh raya terbabit: Lebuh Raya Pantai Baru (NPE), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sprint, Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Maju (Mex), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Smart dan Sistem Lingkaran-Lebuh Raya Kajang (Silk). Fadilah berkata, menurut perjanjian konsesi lebuh raya, syarikat konsesi boleh menyelaras semula kadar tol setiap tiga tahun. Bagaimanapun, katanya, syarikat konsesi tidak melakukannya dalam tempoh enam tahun terakhir. Justeru, tambahnya, peningkatannya akan dibuat dua kali ganda, "Kerajaan membelanjakan RM400 juta pampasan jika tidak membenarkan penyelarasan," beliau dipetik sebagai berkata kepada Sin Chew Daily. |
Tuduh Syiah: Mat Sabu akan saman Zahid Hamidi Posted: 16 Dec 2013 11:53 PM PST Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan memfailkan saman ke atas Datuk Seri Zahid Hamidi ekoran kenyataan menteri dalam negeri itu di Perhimpunan Agung Umno lalu yang mendakwa beliau berfahaman Syiah. Mohamad berkata tuduhan Zahid yang juga naib presiden Umno itu adalah fitnah terhadap dirinya. "Pada masa ini peguam saya akan memfailkan saman ke atas Datuk Seri Zahid Hamidi sahaja kerana bagi saya beliau adalah pencetus kepada tuduhan fitnah ke atas saya itu. "Dan saya percaya tuduhan fitnah yang dilemparkan oleh beliau ke atas saya adalah didasari oleh niat jahat bagi menjatuhkan maruah dan integriti saya. "Insya-Allah segala proses saman itu kini saya serahkan semuanya kepada kebijaksanaan para peguam saya," katanya dalam sidang medianya petang ini. Turut hadir dalam sidang media itu, tiga peguamnya iaitu Mohamed Hanipa Maidin, Nasar Khan dan Aminuddin Zulkifli. |
Sabah: Di balik tirai kemiskinan, ada rintihan rakyat tak berdosa – Junz Wong (ADUN DAP Likas) Posted: 16 Dec 2013 11:32 PM PST Terjemahan/Olahan: Hafiz Zainuddin KATA orang, rezeki, maut dan jodoh ketentuan tuhan. Kita tidak mahu menolak kenyataan itu. Cuma yang ingin kita timbulkan ialah persoalan apabila rezeki mencurah-curah kurniaan tuhan kepada negeri cuma berlegar di sekitar tangan pemimpin tertentu, malah mereka yang dimenangkan oleh orang miskin! Ironi, tetapi itu sudah cukup mendukacitakan. Tidak dapat kita bayangkan bagaimana bapa kepada satu keluarga tiga atau lima anak hanya memperoleh pendapatan RM400 hingga RM500 sebulan hasil kerja memungut sawit atau pemandu lori. Tidak juga kita dapat bayangkan bagaimana kehidupan tanpa bekalan air bersih dan elektrik dan terpaksa manakung air hujan atau mengangkut air berjam-jam dari sungai. Dua, tiga perkara ini sudah cukup untuk melunyaikan warga kota yang sudah lama menikmati kemudahan asas. Tanda tanya terbesar yang timbul ialah bagaimana mungkin keadaan ini masih berlarutan di sebuah negeri yang kaya hasil bumi malah terkenal seantareo dunia? Malangnya nasib Kampung Kinadaan…. Apa yang saya katakan ini adalah satu daripada realiti, hakikat yang masih berlaku di Sabah. Pada 27 Julai lalu, saya mengetuai sepasukan Pemuda DAP mengadakan ziarah ke Kampung Kinadaan di Sugut, sebuah kawasan di utara Sabah. Kawasan ini dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu dengan 2,535 undi menewaskan calon PKR dan dua calon bebas lainnya. Kebanyakan keluarga di sini hidup dalam keadaan serba sederhana dan kekurangan tanpa kemudahan air, tanpa bekalan elektrik dan tanpa jalan penghubung yang sempurna. Mereka hanya mampu memperoleh pendapatan bulanan rata-ratanya RM500 sebulan dan tidak terbayang oleh kita bagaimana pula keperitan yang ditanggung keluarga yang mempunyai anak ramai. Sudahlah mereka dibiarkan hidup susah, anak-anak pula masih ramai yang tidak mempunyai dokumen kelahiran dan pendidikan yang menjadi asas dan hak setiap anak. Bolehkah anda menyalahkan keluarga ini yang tidak mempunyai maklumat, pengetahuan dan miskin supaya mengundi apabila diberi sejumlah wang? Sudah tentu, apa yang kami lihat ini adalah manifestasi politik wang dan salah guna kuasa melampau. Kemiskinan dan kemelaratan negeri yang mempunyai rakyat miskin teramai ini merupakan senjata utuh BN untuk terus mengekalkan status quo Sabah sebagai negeri "Deposit Tetap BN". Dua generasi tanpa pendidikan Tragedi terhadap penduduk di sini terus bertimpa-timpa setelah anak-anak mula membesar. Dengan kemiskinan, kemelaratan, pengasingan dan rantai masalah sosial yang berlaku merupakan faktor terbesar kesukaran ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah. Kita akui, pendidikan percuma di peringkat awal bagi anak-anak ini mungkin percuma tetapi dengan pelbagai masalah yang dihadapi, anak-anak ini tidak mampu ke sekolah. Saya ingin mengambil contoh bagaimana Tugak Ungong, 48, tidak pernah ke sekolah begitu juga dengan tujuh anaknya yang kini berusia 9 hingga 21 tahun. Bukan sekadar itu, mereka malah tidak pernah merasa keriangan kanak-kanak belajar di tadika. Bagi Rimlan Kusin, 42, pula, beliau terpaksa berhijrah ke bandar untuk bekerja bagi menampung keluarga dan pendidikan anak-anaknya. Walaupun kehidupan di bandar agak sukar bagi beliau, tetapi beliau berpuas hati bila mana dua anaknya paling bongsu itu boleh bersekolah memandangkan dua anaknya sebelum ini tidak berkesempatan untuk belajar. Ada juga ibu bapa yang cuba belajar sendiri daripada bahan bacaan seperti surat khabar lama tetapi tanpa bimbingan, mereka tidak mampu untuk membaca biar pun satu perenggan yang mudah. Apa yang menyedihkan saya, walaupun sekolah kerajaan, Sekolah Kebangsaan Matanggal siap dan lengkap dibina, ia terbiar begitu sahaja. Penduduk kampung amat berharap agar sekolah itu beroperasi kembali. Percubaan kami menghubungi Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap tidak berjaya. Keluar dari zon selesa Penelitian yang dibuat Profesor Bridget Welsh membenarkan jangkaan kita selama ini. Beliau menyimpulkan bahawa tindakan pihak berkuasa atau kerajaan menutup mata atas kemelut kemiskinan rakyatnya tanpa usaha memperkasakan rakyat keluar daripada kemelut kemiskinan hanya semata-mata bertujuan agar undi akan terus memihak kepada mereka, parti pemerintah. Malaysia Timur adalah elemen terpenting dalam menentukan perubahan kerajaan dalam Pilihn Raya Umum ke-14. Kunci paling mustahak adalah bagaimana rakyat di Malaysia Timur mampu untuk mengalami "pencerahan pemikiran", untuk mencapai tujuan ini, Sabah mesti bebas daripada kemiskinan. Bagi kemenangan Pakatan Rakyat (PR) sama ada di Sabah atau Sarawak, gerak kerja tersusun meliputi pelbagai elemen pendidikan, kesukarelawan harus dijalankan di kawasan pedalaman. Pembinaan infrastruktur seperti sekolah, bekalan air dan sebagainya amat penting dalam mencetuskan semangat untuk berubah. Hanya melalui pengetahuan dan pendidikan, kesedaran rakyat mampu dibentuk dan laungan perubahan bukan lagi mitos yang hanya ditertawakan. Menggegar negeri "deposit tetap" Penduduk kampung mengakui bahawa mereka telah memberikan undi kepada BN sejak 20 tahun lalu termasuk pada Pilihan Raya Umum ke-13 Mei lalu. Bagaimanapun, mereka mula sedar bahawa kerajaan BN seperti menutup mata dan memekakkan telinga di atas kemelut kehidupan yang mereka deritai. BN terbukti tidak membawa apa-apa perubahan baik daripada segi pembangunan mahupun kebajikan. Saya percaya bahawa DAP dan PR perlu berfikir melangkau "politik urban" dan perlu aktif dan bersungguh-sungguh berjuang demi kemaslahatan masyarakat di pedalaman. Kita perlu menunjukkan kesungguhan membela mereka dengan menjalankan lebih banyak aktiviti turun padang bagi menyelesaikan apa jua masalah semampu yang boleh lebih-lebih lagi membabitkan keperluan dan kemudahan asas. Hanya dengan langkah demikian, PR mampu memperoleh kepercayaan penduduk kampung. |
“Belum kahwin kah?”: DAPSY tuntut Abang Johari mohon maaf Posted: 16 Dec 2013 11:28 PM PST KUCHING,: DAP menyelar pemimpin BN Sarawak kerana mempermainkan hukum Islam dengan memperlekehkan kaum wanita. Ahli Jawatankuasa DAPSY Kebangsaan, Mahdzir Ibrahim turut membidas kenyataan itu yang bukan saja seksis malah tidak menghormati ajaran Islam. "Kenyataan itu jelas seksis dan tidak menghormati budaya Melayu serta ajaran agama. "Adakah Abang Johari sememangnya tidak tahu apa yang diajar dalam Islam atau sengaja cuba memperlekeh dan memalukan Violet? "Poligami adalah soal yang serius dalam Islam, bukannya bahan lawak dan sidang DUN juga bukan tempat untuk berlawak jenaka," tegasnya ketika dihubungi. "Belum kahwin kah, saya masih ada tiga kuota lagi," demikian soalan yang diajukan Menteri Pelancongan dan Perumahan Sarawak, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg (Abang Johari) kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wanita DAP Sarawak ketika menggulung perbahasannya. Dua ADUN wanita DAP itu, Violet Yong (Pending) dan Christina Chew (Batu Kawah) bertanyakan Abang Johari mengenai nasib penjaja pasar Kubah Ria, di Satok. Sehubungan itu, DAPSY Sarawak menuntut Abang Johari supaya memohon maaf kepada kedua-dua ADUN terbabit, lapor Malaysiakini. "Kenapa Abang Johari begitu lama mendiamkan isu ini?" soal Timbalan Ketua DAPSY Sarawak, Alan Ling Sie Kiong sambil menyifatkan kenyataan Abang Johari itu berbentuk gangguan dan tidak sewajarnya dibuat oleh seorang pemimpin seperti beliau. Menurutnya lagi, sekiranya Abang Johari merasakan kenyataannya itu boleh diterima di mata masyarakat dan kaum wanita terutamanya, beliau patut berani mempertahankan kenyataan seksis itu dan bukannya berdiam diri. Terlebih dahulu, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen turut menyelar kenyataan Abang Johari yang disifatkannya sebagai seksis malah melampaui batas gangguan seksual. Beliau yang juga ADUN Kota Sentosa turut menuntut pemimpin berusia 60 tahun itu memohon maaf ke atas kenyataan beliau. Minggu lalu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut terpalit dengan isu kenyataan seksis terhadap Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid apabila menyebut beliau sebagai seorang 'nenek rasis'. Bagaimanapun, Guan Eng memohon maaf keesokannya. – Roketkini.com |
Cukai taksiran: Rakyat terbeban kenaikan serentak dengan harga barang Posted: 16 Dec 2013 11:25 PM PST KUALA LUMPUR,: Rata-rata kebanyakan rakyat tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan menaikkan kadar cukai taksiran hartanah sehingga 300 peratus ketika mereka dihimpit dengan pelbagai kenaikan harga barangan lain. Perasaan itu terhambur ketika perhimpunan membantah kenaikan cukai taksiran yang disertai kira-kira 300 orang di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini, pagi tadi. Seorang warga kota, Yee Kam Heng, 57, berkata, kenaikan cukai taksiran itu terlalu tinggi dan ternyata tidak munasabah dan membebankan rakyat. "Bukan tidak boleh naik langsung, tapi terlalu tinggi dan tidak munasabah. Pada masa sama, elektrik dan petrol juga naik. GST (Cukai barangan dan Perkhidmatan) akan dikenakan nanti," katanya. Katanya lagi, kenaikan itu lebih menyedihkan kerana tidak disertakan dengan pembaikan infrastruktur dan perkhidmatan DBKL sendiri. "Infrastruktur masih seperti dulu. Kalau hujan lebat akan banjir, jalan pula berlubang," kata Yee yang tinggal di Cheras. Pada sesi Parlimen lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan kadar cukai taksiran berkuatkuasa 1 Januari 2014. Namun, berikutan bantahan pelbagai pihak, Kementerian Wilayah Persekutuan mengumumkan penangguhan pelaksanaan kenaikan itu. Warga Kuala Lumpur yang hanya ingin dikenali sebagai Joe, 25, pula menyifatkan rakyat terpaksa menanggung kenaikan itu akibat sikap kerajaan yang boros berbelanja. "Negara kita kaya, tapi kalau kerajaan dah boros berbelanja, duit dah habis, kitalah yang terpaksa tanggung," katanya lagi. Kira-kira 20,000 surat bantahan dihantar rakyat dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Kuala Lumpur di Ibu Pejabat DBKL pagi tadi.-Roketkini.com |
Tiada alasan naik tol: PLUS untung 61 peratus, KESAS 121 peratus, Litrak 49 peratus Posted: 16 Dec 2013 11:16 PM PST Oleh: NAZLI IBRAHIM PETALING JAYA : Keuntungan pengendali syarikat pemegang konsesi lebuh raya berlipat kali ganda setiap tahun sehingga melebihi unjuran dibuat semasa menandatangani kontrak konsesi antara kerajaan dan syarikat terbabit. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata laporan tahunan syarikat Projek Lebuh Raya Utara Selatan Bhd (PLUS) menunjukkan keuntungan bersih 2011 sebelum cukai sebanyak RM2.515 bilion atau 61 peratus berbanding jumlah bersih kos faedah dan pembiayaan kewangan RM507 juta kos ditanggung pada 2010 termasuk 6 peratus kos menyelenggara. Katanya, Syarikat pengendali Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Kesas Sdn Bhd pula mencatatkan keuntungan terkumpul berganda 121 peratus antara tahun kewangan 2008 hingga 2012 seperti dilaporkan Maybank Investment Bank Research bertarikh 6 November 2013. Manakala Litrak Bhd yang mengendalikan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sprint pula berdasarkan keputusan kewangan bagi 2013 mencatatkan keuntungan bersih RM180 juta atau 49 peratus berbanding kos menyelenggara 6 peratus. "Tidak banyak pernigaan di dunia ini yang mencapai peratus keuntungan bersih sehingga 61 peratus seperti yang dicatatkan Plus. Melihat kos menyelenggara hanya 6 peratus dari jumlah kutipan tol setiap tahun cukup menunjukkan kadar tol yang ada memberikan keuntungan berlipat kali ganda. "Setiap kenaikan (baru) hanya menambahkan lagi keuntungan mereka sedangkan rakyat terus terbeban dengan tekanan ekonomi," kata Rafizi dalam sidang medianya yang diadakan di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini. Kata Rafizi lagi, dakwaan kononnya terpaksa memenuhi perjanjian antara kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya sebagai alasan untuk menaikan kadar tol lebuh raya merupakan alasan tidak masuk akal kerana syarikat konsesi lebuh raya di negara ini dikuasai kerajaan. Syarikat terbabit yang turut mendapat bantuan kewangan dan subsidi kerajaan itu juga memperolehi keuntungan berlipat kali ganda setiap tahun sehingga melebihi unjuran yang dibuat semasa menandatangani kontrak konsesi dengan kerajaan. Rafizi Ramli turut membidas kenyataan beberapa Menteri Kabinet dalam beberapa isu yang menyentuh kepentingan rakyat dengan membayangkan seolah-olah mereka terpisah dari realiti kehidupan sebenar rakyat. "Sama seperti jawapan sebelum ini, adakah mereka ini datang dari Bulan? Saya membidas sekeras-kerasnya kenyataan Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) yang memberi kata dua kepada pengguna jalanraya agar tidak menggunakan jalan bertol jika tidak bersetuju dengan kenaikan tol," kata Rafizi lagi. Rafizi berkata, PKR turut mendesak agar kerajaan menyemak semula keputusan untuk menaikan kadar tol lebuh raya yang bermula tahun hadapan.-EZY |
Anwar tuduh Shafee mendakwanya demi kejar cita-cita jadi Peguam Negara Posted: 16 Dec 2013 11:08 PM PST Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengambil peranan sebagai timbalan pendakwa raya (DPP) dalam rayuan kes liwatnya dengan harapan untuk menjadi bakal Peguam Negara. Ketua pembangkang itu berkata, ramai di kalangan ahli politik dan pengamal undang-undang di Kuala Lumpur tahu bahawa Shafee secara terbuka menyatakan cita-citanya untuk menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara. "Ini menjelaskan mengapa Shafee begitu kritikal terhadap Gani dalam akuan berkanun (Datuk Mat Zain Ibrahim)," katanya dalam afidavit kedua menyokong permohonan mengapa Shafee patut diketepikan daripada bertindak sebagai DPP dalam kes liwat. Beliau berkata, barisan pendakwa tidak akan dapat mengendalikan kes itu dengan adil kerana Shafee cenderung dan berpihak kepada perdana menteri serta pemimpin kanan kerajaan yang lain dengan memastikan mereka tidak disabitkan dengan apa-apa kesalahan, supaya peguam Umno itu boleh dianugerahkan jawatan Peguam Negara yang amat diidamkan itu. Anwar memfailkan afidavit itu semalam dan permohonan akan didengar di Mahkamah Rayuan pada Khamis ini. Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, keinginan Shafee untuk memastikan Putrajaya memenangi rayuan itu sangat tinggi dan ia mungkin akan menjejaskan tanggungjawabnya sebagai ketua DPP dalam kes itu. "Konflik kepentingan seperti itu akan hanya menjejaskan pentadbiran keadilan. Ia sudah tentu akan prejudis terhadap saya ketika perbicaraan rayuan itu nanti," kata ketua pembangkang berusia 66 tahun itu. Anwar dibebaskan tahun lalu atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah unit kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 2008. Beliau berkata, permohonannya untuk mengenepikan Shafee buat kali kedua dilakukan berdasarkan kepada pendedahan mengejutkan dalam akuan berkanun Mat Zain. Anwar berkata, akuan itu menimbulkan isu serius terhadap pengetahuan Shafee mengenai tuduhan salah laku dan tindakan jenayah Gani dan peguam terpaksa berkompromi bagi memperolehi fiat (perintah) daripada Gani. Dalam afidavitnya di samping laporan polis yang dibuat oleh Mat Zain terhadap Shafee, beliau berkata, afidavit peguam kepada Mahkamah Rayuan mengandungi fakta tidak tepat dan ia adalah kesalahan jenayah. Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu membuat laporan di Balai Polis Setapak pada Ahad. Dalam laporannya, Mat Zain mendakwa Shafee melakukan sekurang-kurangnya dua kesalahan mengikut Kanun Acara Jenayah, dengan yang pertama ialah membuat kenyataan palsu dalam afidavit. Beliau mendakwa, Shafee turut menyembunyikan bukti material dengan niat untuk memperdaya mahkamah. Dalam 31 halaman akuan berkanunnya, Mat Zain berkata beliau bersama Shafee dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusof ke rumah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Aidilfitri lalu dan mereka dikatakan berbincang mengenai salah laku Gani. Shafee memfailkan afidavit balas kepada permohonan Anwar untuk menggugurkan kelayakan peguam itu daripada mewakili Putrajaya sebagai DPP dalam permohonan kerajaan terhadap pembebasan Anwar bagi tuduhan kedua meliwat. Shafee berkata, beliau memfailkan afidavit itu untuk menjelaskan apa yang berlaku di firma guamannya dan di rumah dr Mahathir. Beliau tetap menyatakan bahawa Mat Zain "mencondongkan" kenyataannya dalam akuan berkanunnya bertarikh 7 Oktober. Peguam itu turut mendakwa cubaan Anwar sekali lagi untuk mengenepikannya sebagai DPP adalah untuk melengahkan permohonan Putrajaya terhadap pembebasannya daripada tuduhan meliwat. |
Keputusan PRU13 dorong banyak peraturan, demokrasi makin mundur Posted: 16 Dec 2013 11:06 PM PST Keputusan pilihan raya umum 5 Mei lalu bukannya menjadikan Malaysia lebih demokratik, tetapi sebenarnya mengundur ke belakang berikutan tindakan Barisan Nasional (BN) mewujudkan lebih banyak undang-undang mengetatkan aktiviti politik di negara ini, kata penganalisis di sebuah majalah Komanwel. Profesor William Case dari Hong Kong City University berkata, Umno menggunakan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk menghasilkan polarisasi kaum apabila melancarkan serangan ke atas DAP dan masyarakat Cina. "Jika golongan elit Umno menunjukkan kemarahan mereka selepas Pilihan Raya Umum ke-12, mereka semakin berpadu dan lebih tegas lagi selepas PRU13. "Syak wasangka ke atas orang Cina yang dipamerkan semasa kempen ditambah lagi dengan kawalan ke atas pembangkang dan penganjur program diketatkan lagi. "Bukannya memajukan lagi sistem politik, PRU13 memundurkannya ke belakang," kata Case dalam pembentangan di Sidang Meja Bulat, Journal Komanwel untuk Hal Ehwal Antarabangsa. Dalam pilihan raya umum lalu, BN memenangi 133 kerusi persekutuan, kurang tujuh berbanding Pilihan Raya Umum 2008. Pakatan Rakyat (PR) memenangi baki 89 kerusi lagi di Parlimen. Case berkata, selepas pilihan raya Putrajaya memperkenalkan semula undang-undang pencegahan, memundurkan budaya toleransi apabila mendakwa penganjur Black 505 di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, yang disebut oleh Putrajaya sebagai undang-undang yang membenarkan perbezaan pendapat dinyatakan di khalayak ramai tanpa banyak sekatan. Antara mereka yang didakwa di bawah akta itu ialah Pengarah Komunikasi PKR yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang ditangkap mengikut Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2012 (PAA) kerana gagal memberi notis kepada polis 10 hari sebelum membantu menganjurkan perhimpunan di Kelana Jaya, Selangor. Selain itu, Penolong Setiausaha Penganjur DAP yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, Thomas Su; setiausaha PKR Perak, Mohammad Anuar Zakaria dan Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai blogger 'Chegubard', turut didakwa bagi kesalahan sama selepas menganjurkan perhimpunan itu di Ipoh dan Petaling Jaya. Empat lagi pemimpin PR di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang juga didakwa. Case berkata, masa depan wakil-wakil rakyat ini tergugat jika didapati sabit kesalahan di bawah PAA kerana mereka boleh didenda sehingga RM10,000 dan dengan itu akan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat. Katanya, PAA, sekalipun digambarkan sebagai langkah pembaharuan, menjadi satu lagi alat penindasan yang 'kejam'. Case berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bekerja rapat dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan ia seolah-olah mengesahkan tanggapan ini dengan mengulas,"Saya mengaku bahawa polis agak sukar dalam menangani isu dan aktiviti yang boleh mencemarkan kedaulatan negara." Mengenai dakwaan Umno bahawa DAP menggunakan PKR dan PAS untuk kepentingannya, beliau berkata, apa yang berlaku adalah sebaliknya. "Walaupun DAP sering dituduh menggunakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS untuk mendapat kuasa, ia sebenarnya Umno yang menggunakan DAP," katanya. Katanya, jika keputusan itu dilihat dengan terperinci, ia menunjukkan hanya DAP yang membuat pencapaian lebih baik manakala PKR hanya mengekalkan statusnya manakala PAS semakin mundur. Bagi BN, katanya, walaupun kerusi yang dimenangi semakin kurang kerana prestasi lemah MCA dan Gerakan, Umno terus mara ke hadapan. Profesor dari Amerika itu berkata, dakwaan Umno bahawa berlaku pengkhianatan dan tsunami Cina dalam PRU13 hanya dakwaan kosong kerana mereka sudah kehilangan undi Cina sejak sekian lama. "Kebanyakan retorik politik Umno sejak 2004 dan strategi PRU13 mengesahkan perkara ini," katanya. Beliau berkata, keraguan orang Melayu terhadap 'pengkhianatan Cina' sentiasa dimainkan. "Tetapi adakah bijak bagi orang Cina untuk menghadapi kecaman ini dengan mengundi Pakatan beramai-ramai dengan harapan Pakatan memenangi pilihan raya yang sebenarnya tidak menjadi kenyataan? "Mungkin Dr Mahathir betul: bahawa bukan orang Cina yang mengkhianati Melayu, tetapi sebaliknya DAP yang sebenarnya mengelirukan orang Cina," katanya membuat kesimpulan, merujuk kepada penilaian bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap keputusan pilihan raya. Case berkata, belum reda PRU13, pemimpin Umno yang baru dipilih berusaha bersungguh-sungguh memecahkan fahaman politik dan bukannya memperkenalkan pembaharuan untuk mendekati semula golongan bukan Melayu dan golongan pertengahan Melayu. Beliau mengingatkan tentang kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu jika penyokong PR tidak berpuas hati dengan sistem first-past-the -post, mereka harus berhijrah ke tempat lain. Datuk Seri Noh Omar, Timbalan Pengerusi BN Selangor juga berkata, mereka yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya Malaysia harus hidup di dalam hutan. Beliau juga mengingatkan bahawa sekumpulan NGO Islam, termasuk Persatuan Pengguna Islam, menuntut masyarakat Melayu memulau syarikat yang dimiliki orang Cina kerana menyokong PR. "Blogger Pro-Umno juga berkempen agar 'beli barangan Melayu pertama' dan 'Beli barangan Cina terakhir'," katanya. Case berkata, walaupun semua reda akhirnya, namun kekesalan kekal dalam masyarakat bukan Melayu. Majalah itu juga memetik Professor James Chin dari Institut Pengajian Asia Tenggara (ISEAS) Singapura, berkata walaupun PR membuat strategi yang betul untuk pemilihan, mereka gagal untuk mengatasi tiga halangan utama. "Pakatan Rakyat tidak boleh mengatasi tiga halangan terbesar bagi politik pembangkang di Malaysia iaitu undi Sabah dan Sarawak, pengundi Melayu luar bandar dan sistem pilihan raya yang berat sebelah," katanya. Chin, yang juga editor tetamu jurnal itu meneliti strategi yang digunakan oleh BN dan PR dalam pilihan PRU13 . "Kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang menyertai pilihan raya dengan strategi pilihan raya yang jauh berbeza. Kedua-dua berjaya melaksanakan strategi mereka dengan sempurna. "Barisan Nasional tertumpu kepada Najib , konsep 1Malaysia, luar bandar Melayu, Sabah dan Sarawak. Langkah mereka berjaya apabila mereka membentuk kerajaan dengan majoriti mudah," kata Chin. Chin berkata, walaupun BN kehilangan undi popular, ini adalah kerana kawasan luar bandar dan separa luar bandar mempunyai bilangan pengundi lebih kecil berbanding dengan bandar. "Strategi Pakatan Rakyat untuk memecahkan kubu Barisan Nasional di Johor dan Malaysia Timur adalah langkah yang betul untuk dibuat. "Bagaimanapun, PR gagal teruk dalam melaksanakan strategi ini di Sabah dan Sarawak. PAS juga tidak mampu untuk memenangi sejumlah besar pengundi luar bandar apabila gagal mengatasi jentera besar Umno di luar bandar, " katanya. Katanya, kejayaan PR adalah mendapat sokongan yang lebih besar daripada penduduk bandar, menyapu bersih undi Cina dan memasuki Johor. Chin berkata, jika PR gagal mengatasi halangan undi Melayu luar bandar dan bukan Melayu luar bandar di Malaysia Timur, hasil Pilihan Raya Umum ke-14 nanti mungkin sama saja. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan