DUNIACACAMARBA |
- Guru Tadika Diperkosa dan Diliwat Remaja 16 Tahun
- Rogol Gadis Bawah Umur: Pengurus Restoran Diperintah Bela Diri
- SPAD Beri Isyarat Kenaikan Tambang LRT, Monorel
Guru Tadika Diperkosa dan Diliwat Remaja 16 Tahun Posted: 11 Dec 2013 05:48 AM PST Nafsu budak hingusan [HM] Kajang: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun layak digelar binatang apabila tergamak merogol guru tadika di Taman Impian, di sini, pagi kelmarin hanya kerana meminati wanita itu dan menaruh perasaan cinta terhadapnya. Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang padah apabila mangsa berusia 26 tahun menghubungi pasangan suami isteri yang juga majikannya sebelum remaja itu berjaya dikesan di sebuah klinik haiwan berhampiran taman itu. Suspek kemudian ditahan selepas mangsa mengecam wajahnya dan dibawa ke Balai Polis Kajang untuk siasatan lanjut. Sumber berkata, guru terbabit pada mulanya datang ke tadika itu kira-kira jam 7 pagi berseorangan kerana tadika itu tidak dibuka kerana masih bercuti. "Mangsa pada mulanya menyedari kehadiran remaja itu yang menunggu di luar tadika dan tidak mengesyaki apa-apa dan terus membuka pintu pagar sebelum mahu masuk ke dalam. "Bagaimanapun, sebaik mangsa membuka pintu tiba-tiba remaja itu terus datang dari belakang dan memeluknya sebelum mengheret mangsa masuk ke dalam tadika itu. Malah, remaja itu memberitahu meminati mangsa dan menaruh perasaan cinta terhadapnya," katanya. Beliau berkata, mangsa yang terkejut dengan tindakan remaja terbabit cuba melawan, namun gagal sebaliknya remaja itu terus menanggalkan pakaian mangsa sebelum merogolnya. "Selepas merogol mangsa, remaja terbabit terus melarikan diri. Mangsa yang trauma dengan kejadian itu menghubungi majikannya yang tiba tidak lama kemudian. "Mangsa menceritakan apa yang berlaku sebelum memberikan gambaran mengenai wajah remaja berkenaan kepada majikannya itu," katanya. Menurutnya, majikannya kemudian terus keluar mencari remaja itu di kawasan berhampiran sebelum menemuinya berhampiran sebuah klinik haiwan. "Majikannya itu kemudian membawa remaja itu berjumpa dengan mangsa untuk pengecaman sebelum wanita itu mengesahkan remaja itu yang merogolnya. "Mereka kemudian membawa remaja itu ke balai polis dan mangsa turut membuat laporan berhubung kejadian itu," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -11/12/13 P/s: Menurut laporan The Star, guru malang ini turut diliwat suspek. GILA!!!! |
Rogol Gadis Bawah Umur: Pengurus Restoran Diperintah Bela Diri Posted: 11 Dec 2013 05:26 AM PST [Bernama] KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu memerintahkan seorang pengurus restoran membela diri atas pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur. Hakim Ummu Khaltom Abd Samad berkata mahkamah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Riduan Masmud, 40. Beliau menetapkan 16 dan 17 Dis untuk kes pembelaan. Mahkamah sebelum ini mendengar keterangan 19 saksi dari 1 Julai hingga 14 Nov. Riduan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan berumur lingkungan 12 tahun sekitar 9 pagi hingga 10 pagi di dalam sebuah kereta di tepi jalan dekat kawasan Air Terjun Kionsom di Inanam pada 18 Feb tahun ini. Dia berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Pada 20 Mei, Riduan memberitahu mahkamah dia sudah mengahwini gadis itu. Bagaimanapun, pada 6 Jun, Jabatan Peguam Negara berkata pendakwaan terhadap pengurus restoran itu akan diteruskan. Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharuddin manakala Riduan tidak diwakili. Hadir selaku peguam pemerhati ialah Mary Lee bagi Kumpulan Daya Tindakan Wanita Sabah (SAWO), Pusat Kesedaran Wanita Pulau Pinang (WCC Pulau Pinang), Sisters in Islam dan Mama Anne of Bukit Harapan, serta peguam Mary Florence Gomez bagi Persatuan Undang-undang Sabah dan Suara Kanak-kanak Malaysia. - 11/12/13 |
SPAD Beri Isyarat Kenaikan Tambang LRT, Monorel Posted: 11 Dec 2013 05:01 AM PST [TMI] Ketika keadaan belum reda dengan kritikan terhadap kenaikkan tarif elektrik baru-baru ini serta harga barangan lain, Tan Sri Syed Hamid Albar memberi isyarat tambang pengangkutan awam LRT dan monorel pula bakal naik tahun depan, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) tersebut memberi alasan kenaikan tersebut wajar memandangkan sudah 10 tahun tiada kenaikan. "Sudah 10 tahun tak pernah dinaikkan, jadi kadar tambang LRT dijadualkan naik tahun depan," kata beliau yang dipetik dalam akhbar harian The Malay Mail hari ini. Bagaimanapun, Syed Hamid memberi jaminan kajian terperinci akan dibuat bagi memastikan ia adil dan tidak membebankan rakyat. Ketika ini tambang LRT berkadar antara 70 sen ke RM5.90. Heidzir, 35, seorang penumpang yang menggunakan pengangkutan awam tersebut setiap hari berulang-alik dari Putrajaya ke Bangsar menyatakan rasa tidak puas hatinya. "Saya menggunakan pengangkutan awam supaya dapat berjimat cermat, tapi kalau naik apa gunanya saya guna tren ini. "Minyak pun naik, tol pun mungkin naik, tambang tren pun nak naik juga. Tren ini kebanyakannya digunakan oleh rakyat yang tidak berkemampuan," kata beliau yang bekerja sebagai jurutera IT. Putrajaya pada 2 Disember lalu mengumumkan kenaikkan tarif elektrik sebanyak 15% bermula 1 Januari depan. Sebelum itu, kerajaan pentabiran Datuk Seri Mohd Najib Razak juga telah memotong subsidi minyak sebanyak 20 sen dan semasa pembentangan Bajet 2014 menghapuskan subsidi gula sebanyak 34 sen. Langkah tersebut menerima kritikan pelbagai pihak khususnya pembangkang Pakatan Rakyat yang menggesa kerajaan menangani ketirisan dan keborosan dalam pentadbiran seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara lalu. -11 Disember 2013. P/s: Terima kasih pengundi BN. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan