DIALOG RAKYAT |
- Rosmah Dapat 'Lesen Besar' Untuk Terus Guna Jet Kerajaan!
- [BERGAMBAR] Lihat Dulu, Siapa Yang Sebenarnya Membuat Kenyataan Bangsat?
- Perlu bukti untuk tuduh Syiah, kata Jamil Khir
- [VIDEO & GAMBAR] 3 Lamborghini Terbakar, Usianya Lebih 12 Tahun?
- PR sokong memorandum SAMM bantah kenaikan tarif bil ASTRO
- Permohonan lesen premis burung walit dibuka
- Sumbangan tersekat ekoran beberapa kawasan lumpuh akibat banjir buruk
- KDN masih teliti 3 buku sastera didakwa Syiah
- Zahid Hamidi gesa Mat Sabu ditahan kerana amal Syiah
- PM umum bantuan RM500 kepada setiap keluarga mangsa banjir
- Najib puji Rosmah atas “jasanya”
- Rais Yatim dan Karyawan Lawat Aziz Sattar
- Isytihar Diri sebagai Ahli : Jenice Lee Saman DAP
- Anak Soi Lek Bertanding Naib Presiden MCA
- Isu Syiah : Zahid Hamidi Beri Isyarat kepada Pimpinan PAS
- Liwat II: SD Mat Zain diguna untuk singkirkan pendakwa
- Pengerusi SPR tuduh parti politik dalangi kekacauan PRK
- Banjir: Pemuda PAS kumpul sumbangan RM40,300
- Menteri tak jawab status loji Lynas di Kuantan
- AMK lancar skuad khas, guna bot hantar bantuan banjir
- Bangkit, hentikan label dan rapatkan saf
- Lawan cukai tanah, bantah GST
- KEADILAN bantah permohonan peguam Utusan ketepi Surendran
- Pindah kubur kerana banjir
- Umno Tolak Tahaluf Siyasi Digariskan PAS
Rosmah Dapat 'Lesen Besar' Untuk Terus Guna Jet Kerajaan! Posted: 07 Dec 2013 05:15 AM PST shahbudindotcom Satu-satunya perkara yang menarik dalam ucapan penggulungan Najib di Perhimpunan Agung UMNO petang tadi ialah puji-pujiannya atas jasa dan sumbangan isterinya, Rosmah Mansor kepada negara. Pujian kepada isterinya sendiri yang dilakukan di pentas UMNO ini dengan sendirinya menenggelamkan segala isu lain dan menjadikan perkara-perkara lain tidak lagi menjadi perhatian. Selain memuji sumbangan dan peranan Permata yang menurut Najib tidak dapat dipertikaikan lagi, beliau juga menceritakan dua jasa dan sumbangan lain yang pernah dilakukan oleh isterinya kepada negara yang tidak pernah diperkatakannya sebelum ini iaitu membebaskan pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir yang disangka pengintip dan membantu pelajar yang menuntut di Mesir pulang ke Malaysia melalui Arab Saudi walaupun tanpa visa. Menurutnya, kerana hubungan isterinya yang baik dengan isteri Hosni Mubarak, Suzanne, pelajar tersebut dapat dibebaskan hanya dalam tempoh dua jam sementara kerana "networking" yang baik juga dengan keluarga diraja Arab Saudi, pelajar Malaysia bukan saja dapat pulang walaupun tanpa visa tetapi juga disediakan dua buah kapalterbang Jumbo dengan percuma. Dengan puji-pujian yang membuatkan Rosmah kelihatan tersipu-sipu malu di tempat duduk VVIP, Najib bergurau lagi, "agaknya malam ini dapat bayaranlah", lantas membuatkan Rosmah sekali lagi tersipu-sipu. Najib juga mengakui bahawa beliaulah yang meminta isterinya melakukan kerja itu. Tidak dapat dipastikan kenapakah Najib meminta isterinya melakukan kerja tersebut sedangkan sepatutnya beliau menggunakan saluran rasmi kerajaan iaitu Kementerian Luar Negeri untuk menyelesaikan perkara tersebut. Apakah ini menandakan beliau tidak meyakini Anifah Aman untuk melakukan tanggungjawab itu dan lebih mempercayai kemampuan isterinya? Atau apakah ini mengesahkan lagi tanggapan umum sebagaimana tulisan Kadir Jasin yang berbunyi, "...jadi benarlah seperti didakwa oleh sesetengah pihak bahawa UMNO sudah menjadi parti orang bangsawan, parti 'warlods' dan parti laki-bini." Tindakan Najib menceritakan tentang jasa dan sumbangan isterinya di pentas Perhimpunan Agung UMNO ini adalah dipercayai untuk menangkis serangan dan kecaman terhadap isterinya itu berikutan penggunakan jet eksekutif yang dibiayai oleh kerajaan untuk lawatan ke Qatar, baru-baru ini. Ia sekurang-kurangnya untuk meyakinkan perwakilan UMNO bahawa di sebalik pelbagai dakwaan tentang pembaziran, pemborosan dan kehidupan mewah yang dijalani oleh isterinya, beliau juga sebenarnya ada melakukan sumbangan kepada negara yang mungkin tidak diketahui sebelum ini. Najib sendiri berkata, inilah kali pertama beliau memaklumkan kepada umum tentang jasa dan sumbangan yang pernah dilakukan oleh isterinya itu. Dan seperti biasa, perwakilan UMNO telah memberikan tepukan gemuruh mengenai sumbangan Rosmah kepada negara sebagaimana yang diceritakan suaminya sendiri itu. Mereka seolah-olah menghargai dan mengkagumi peranan yang telah dimainkannya itu. Dan dengan tepukan gemuruh itu yang boleh dianggap sebagai "endorsment" terhadap kerja-kerja yang dilakukan oleh Rosmah, sama ada atas permintaan suaminya atau kehendaknya sendiri, isteri Perdana Menteri itu dipercayai akan terus aktif lagi selepas ini, walaupun serentak dengan keaktifannya, mungkin makin banyak pula kecaman dan serangan terhadapnya. Yang lebih penting lagi, dengan pujian Najib terhadap isterinya dan perwakilan UMNO pula memberikan tepukan gemuruh, ia seolah-olah "lesen besar" untuk isteri Perdana Menteri itu terus menggunakan jet eksekutif kerajaan dan pelbagai kemudahan-kemudahan lainnya selepas ini, bahkan mungkin dengan skala yang lebih besar lagi. Tahniahlah kepada perwakilan UMNO yang menganugerahkan " lesen besar" itu. | |||||||||||||||
[BERGAMBAR] Lihat Dulu, Siapa Yang Sebenarnya Membuat Kenyataan Bangsat? Posted: 07 Dec 2013 05:00 AM PST Shahrizat: Bangsat betul kenyataan pembangkang KELAB GREENBOC Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil menyelar tuduhan pemimpin Umno lambat dan tidak mempedulikan nasib penduduk Pantai Timur khususnya Kuantan yang dilanda banjir besar. Beliau menyifatkan tuduhan tersebut sebagai 'bangsat' dan tidak berasas. "Memang pembohongan, memang bangsat betul kenyataan itu. "Semalam presiden kita sanggup tinggalkan kita di dewan ini. Hanya setahun sekali kita berhimpun tetapi beliau tetap melawat tempat banjir," kata beliau dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. Tambah Shahrizat, dewan persidangan lengang kerana ramai menteri, ahli Parlimen, ADUN, ketua bahagian dan perwakilan terutamanya dari Pahang, Terengganu dan Kelantan menumpukan aktiviti bantuan di kawasan terlibat. "Saya nak tanya mana dia pembangkang? Dari apa yang saya dengar ahli parlimen Kuantan, Fuziah (Saleh) sibuk di Parlimen dan tidak kelihatan di mana-mana kawasan bencana," kata beliau. Shahrizat turut mengumumkan bantuan dari Skuad Sayang Wanita Umno yang telah berada di tempat banjir membantu Kelab Putra Satu Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi terlibat dalam soal bencana. Justeru beliau mahu penyokong dan pemimpin pembangkang untuk melihat dan menilai sendiri usaha pihak Umno dan BN dalam membantu perkara ini. "Apa dia (pembangkang) buat kepada mangsa dan pengundi mereka di Kuantan dan Indera Mahkota hari ini? "Jika tidak kerana perdana menteri, ADUN, menteri besar BN tidak ada, hanyutlah semua pengundi mereka di sana," kata beliau. -mk ULASAN GB Shahrizat menuduh "... Dari apa yang saya dengar ahli parlimen Kuantan, Fuziah (Saleh) sibuk di Parlimen dan tidak kelihatan di mana-mana kawasan bencana," Kenyataan di atas benar-benar satu fitnah yang amat nyata. Saksikan foto-foto di bawah ini:- Foto : FB YB Fuziah Sekarang siapa sebenarnya yang membuat kenyataan yang BANGSAT? Memfitnah kononnya Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh tidak kelihatan di mana-mana kawasan bencana ternyata satu kenyataan BANGSAT. | |||||||||||||||
Perlu bukti untuk tuduh Syiah, kata Jamil Khir Posted: 07 Dec 2013 04:56 AM PST Berikutan pendedahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu merupakan penganut ajaran Syiah, menteri berkaitan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata, pembuktian kukuh perlu dibuat untuk menuduh seseorang itu penganut Syiah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, ajaran Syiah bukan melibatkan parti semata-mata, kerana ia adalah berdasarkan iktikad seseorang penganut fahaman berkenaan. "Kita amat memandang ke hadapan pembuktian Datuk Seri Zahid," katanya ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. "Dalam ajaran Syiah dia bukan libatkan parti semata-mata. Syiah tak tertulis di wajah. Ia iktikad dalaman. Nak mendakwa seseorang itu Syiah, perlu ada pembuktian," katanya. Ahmad Zahid ketika ucapan penggulungan Naib Presiden Umno memberikan kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menahan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana didakwa mengamalkan fahaman Syiah. Beliau berkata, pihaknya mengetahui bahawa pemimpin nombor dua PAS itu mengamalkan ajaran Syiah. "Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam PAS. Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," katanya. Ahmad Zahid berkata, beliau sudah mengenal pasti perkara itu dan menyeru PAS untuk mengetepikan perbezaan politik, dan bersatu menentang ancaman Syiah kerana ini merupakan soal akidah dan keselamatan negara. Jamil Khir bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada Jakim sudah mempunyai bukti untuk menahan Mohamad, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada polis. "Elok tanya Zahid. Elok tanya polis. "Kita sebenarnya daripada awal kita adakan kerjasama dengan KDN," katanya. | |||||||||||||||
[VIDEO & GAMBAR] 3 Lamborghini Terbakar, Usianya Lebih 12 Tahun? Posted: 07 Dec 2013 04:48 AM PST KELAB GREENBOC SEREMBAN - Tiga kereta Lamborghini hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dekat Seremban, pagi semalam. Menurut sumber, kemalangan melibatkan kereta milik warga Singapura yang sedang berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur. Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 pagi itu, kereta ketiga daripada lima kenderaan itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya sehingga menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu. Akibat rempuhan itu, berlaku kebakaran melibatkan ketiga-tiga kereta itu. Sementara itu, memetik laporan portal tempatan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, dua jentera bersama 14 anggota tiba kira-kira tujuh minit kemudian, tetapi tiga kenderaan terbabit hangus terbakar. Bagaimanapun, katanya semua pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri. LIHAT VIDEO DI SINI ULASAN GB Sebelum ini MIROS membuat kenyataan bahawa kenderaan terutama yang berusia melebihi 12 tahun tidak selamat berada di jalan raya kerana ia mengundang risiko kematian lebih tinggi semasa kemalangan berbanding kereta baharu. Apakah 3 buah kereta Lamborghini di atas berusia lebih 12 tahun? Hukum kebenaran dan keadilan menolak kenyataan MIROS berkenaan. Bahawa angkubah kemalangan bukan berkait kepada faktor usia kereta. | |||||||||||||||
PR sokong memorandum SAMM bantah kenaikan tarif bil ASTRO Posted: 07 Dec 2013 04:13 AM PST Oleh : Afeeqa Afeera KUALA LUMPUR : Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) memberi sokongan penuh terhadap memorandum Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berhubung bantahan kenaikan tarif bil stesen berbayar ASTRO yang didakwa sangat melampau. Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata memorandum "Hentikan segera monopoli syarikat Astro" itu diserahkan SAMM untuk pertimbangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta seluruh Ahli Dewan Rakyat. Memorandum itu dipetik sebagai berkata ASTRO tidak layak menaikkan bil sesuka hati atas pelbagai faktor, ditambah sikap kerajaan pusat yang didakwa tidak mempedulikan rintihan rakyat yang terpaksa mengharungi kerenah stesen berkenaan. "Memo ini menegaskan bahawa ASTRO tidak layak menaikkan tarif kerana tayangan filem dan drama yang berulang-ulang setiap bulan hampir sepanjang tahun, kekerapan dan durasi iklan yang semakin tinggi serta siaran sering tergendala akibat hujan," katanya. Memorandum itu turut disokong wakil rakyat lain antaranya Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen; Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa. Kandungan memorandum itu antara lain menggesa kerajaan supaya membenarkan lebih daripada satu siaran berbayar beroperasi di negara ini untuk memberi pilihan kepada pelanggan, selain menjana persaingan sihat. "Jika dibandingkan dengan negara lain, India mempunyai enam operator televisyen berbayar sama seperti di Indonesia, manakala Australia mempunyai tiga operator. "Harganya juga jauh lebih rendah berbanding di Malaysia. Monopoli ASTRO ternyata hanya menguntungkan kroni dan merugikan rakyat, apatah lagi perkhidmatannya sangat tidak memuaskan," katanya.-NFN- | |||||||||||||||
Permohonan lesen premis burung walit dibuka Posted: 07 Dec 2013 04:09 AM PST Oleh : NORHAYATI UMOR SHAH ALAM : Orang ramai yang berminat untuk membuat permohonan lesen premis penternakan perusahaan burung walit perlu mematuhi beberapa syarat antaranya tempoh matang menamatkan perusahaan itu di bangunan perniagaan selama tiga tahun dan tujuh tahun di kawasan sawah padi. Pengarah Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam Majlis Perbandaran Klang (MPK), Norfiza Mahfiz, berkata pengusaha burung walit yang berpindah ke tanah pertanian akan diberi insentif selama lima tahun dan dikecualikan daripada membayar lesen, cukai tanah dan cukai taksiran. Katanya, tempoh yang diberikan kepada pengusaha burung walit untuk memohon lesen kepada majlis adalah sehingga 31 Dis ini dan pengusaha perlu memperbaharui lesen setiap tiga tahun bagi yang beroperasi di kawasan sawah. "Permohonan burung walit adalah untuk pengusaha yang beroperasi sebelum 31 Julai lalu dan hanya permohonan yang sudah didaftarkan dengan majlis sebelum 31 Disember ini sahaja layak memohon. "Selain daripada itu, antara lokasi yang dibenarkan adalah kawasan sawah padi dan komersial, manakala kawasan yang dilarang bagi operasi burung walit adalah kawasan perumahan,rumah kedai, premis yang pernah mendapat aduan dan lokasi yang termasuk di dalam zon 10 kilometer radius daripada landasan penerbangan," katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam. Norafiza berkata, tempoh pemberian lesen bagi kawasan komersial adalah tiga tahun bermula 1 Januari 2014 sehingga 31 Disember 2016, manakala kawasan sawah padi pula selama tujuh tahun bermula 1 Januari 2014 sehingga 31 Disember 2020. Beliau berkata, pembaharuan lesen secara tahunan bagi kawasan sawah padi boleh dibuat setiap tiga tahun dan MPK menetapkan bayaran bagi keluasan tidak melebihi 130 meter persegi berjumlah RM720, manakala setiap tambahan 25 meter persegi atau sebahagiannya berjumlah RM100. Bagi mereka yang berminat, borang permohonan burung walit boleh didapati di Tingkat 3, Jabatan Perlesenan dan Penjaja dengan bayaran RM 50 dan boleh menghubungi talian 03-3375 5555 sambungan 6308 untuk sebarang pertanyaan.-NFN- | |||||||||||||||
Sumbangan tersekat ekoran beberapa kawasan lumpuh akibat banjir buruk Posted: 07 Dec 2013 04:08 AM PST Oleh : Norhayati Umor GOMBAK : Kerajaan negeri dalam usaha mendapatkan lori daripada Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kerja Raya dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk kerja penghantaran bahan keperluan kepada mangsa banjir di Pantai Timur. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Iskandar Samad berkata, setakat ini banyak sumbangan orang ramai dihantar ke balai raya, pejabat, surau dan masjid. Katanya, sumbangan itu masih belum dapat dilaksanakan ekoran banyak kawasan sekitar negeri lumpuh ekoran banjir buruk yang melanda beberapa kawasan. "Kita sedang berbincang dengan Menteri Besar untuk mendapatkan lori daripada pihak tertentu supaya bahan keperluan seperti makanan yang sudah terlalu banyak dapat segera dihantar dan berharap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin. "Saya berterima kasih kepada rakyat Selangor yang prihatin dengan menghantar sumbangan ini," katanya ketika ditemui selepas melancarkan Flag Off bantuan banjir, di sini, hari ini. Dalam konvoi kumpulan pertama PAS Selangor itu, lebih 50 kereta dan empat lori mula bertolak ke negeri Pahang dan Terengganu dengan bahan makanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir. Iskandar yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, konvoi itu turut disertai 100 kereta, 30 lori dan sebuah kontena yang sudah bergerak ke negeri terbabit, malam semalam. "Kira-kira 200 petugas ditugaskan di Pahang dan Terengganu dan kita menjangkakan 80 hingga 100 tan bahan keperluan dapat dihantar ke sana, bahkan akan menambah keperluan jika masih belum mencukupi," katanya.-NFN- | |||||||||||||||
KDN masih teliti 3 buku sastera didakwa Syiah Posted: 07 Dec 2013 04:01 AM PST MALAYSIA KINI Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti tiga buah karya novelis Faisal Tehrani untuk memastikan penulisannya tidak mengandungi unsur fahaman syiah dan menyimpang daripada fahaman Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini. Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tiga karya itu -,Tiga Kali Seminggu, Drama Pentas Karbala dan kumpulan puisi Ingin Jadi Nasrallah - masih lagi di peringkat penilaian, dan jika didapati tidak menyalahi fahaman Islam di negara ini, akan dibenarkan diedar untuk bacaan ramai. "Jika karya atau puisi ini tidak ada kaitan dengan sebarang ajaran Islam yang salah termasuk syiah, jadi ia tidak patut diharamkan. Saya akan benarkan buku berkenaan diedarkan jika kandungannya tidak terpesong daripada ajaran Islam," katanya. Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai perkembangan tiga karya Faisal itu berikutan dua novelnya diharamkan sebelum ini iaitu 'Perempuan Nan Bercinta' dan 'Sebongkah Batu di Kuala Berang' kerana didapati mengandungi unsur fahaman Syiah. Terdahulu beliau melancarkan dua buah buku hasil tulisan Datin Seri Shuryani Datuk Shuaib berjudul "Je T'aime" dan "The Glory of God" di Kuala Lumpur semalam. Shuryani adalah isteri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Selain itu, Ahmad Zahid turut menegaskan kerajaan tidak akan membenarkan pendaftaran bagi mana-mana pertubuhan yang boleh menjejaskan keharmonian sesuatu kaum atau agama di negara ini. "Kami tidak benarkan pendaftaran Majlis Syiah Malaysia kerana ia akan menjejaskan perpaduan orang Islam. Sebab itu kenapa kami mahukan Sunnah Wal Jammah menjadi pegangan umat Islam di negara ini," katanya. KDN pada 25 Julai lalu mengisytiharkan bahawa Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1), Akta Pertubuhan 1966 pada 24 Julai 2013 melalui Pewartaan P.U. (A) 238/2013. Pertubuhan Syiah Malaysia merupakan sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar yang telah menyebarkan ajaran yang bertentangan dengan majoriti umat Islam di Malaysia yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ini mencetuskan suasana keresahan dan kebimbangan di kalangan umat Islam di negara ini. Peruntukan di bawah Seksyen 5 [Akta 335], Akta Pertubuhan 1966 adalah berkaitan dengan kuasa menteri di dalam mengisytiharkan sesebuah pertubuhan sebagai menyalahi undang-undang. - Bernama | |||||||||||||||
Zahid Hamidi gesa Mat Sabu ditahan kerana amal Syiah Posted: 07 Dec 2013 03:55 AM PST Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) hari ini memberikan kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menahan pemimpin kedua tertinggi PAS kerana didakwa mengamalkan fahaman Syiah. Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur berkata, pihaknya mengetahui bahawa pemimpin nombor dua PAS itu mengamalkan ajaran Syiah. "Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam PAS. Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," katanya merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang bertanggungjawab memegang portfolio agama. Naib Presiden Umno itu berkata, beliau sudah mengenal pasti perkara itu dan menyeru PAS untuk mengetepikan perbezaan politik, dan bersatu menentang ancaman Syiah kerana ini merupakan soal akidah dan keselamatan negara. Dalam Muktamar PAS ke 59 baru-baru ini, Mohamad Sabu berjaya mempertahankan jawatan timbalan presiden selepas menewaskan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Dalam reaksi awalnya, Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu, berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya mengenai dakwaan Ahmad Zahid itu. "Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu," katanya apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider. | |||||||||||||||
PM umum bantuan RM500 kepada setiap keluarga mangsa banjir Posted: 07 Dec 2013 03:52 AM PST THE MALAYSIAN INSIDER Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bantuan kewangan RM500 diberikan kepada setiap keluarga yang terlibat dengan musibah banjir. "Sebagai tanda keprihatinan kerajaan, saya faham bila kena banjir sebab saya ahli Parlimen (Pekan) kawasan yang selalu kena banjir. Saya tahu susah payah, penderitaan mereka. "Sebagai tanda kasih dan prihatin kerajaan maka saya nak umumkan pembayaran RM500 kepada setiap keluarga yang terlibat banjir," katanya dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, hari ini. Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut menyarankan semua bank di negara ini untuk membenarkan mangsa banjir menangguhkan sementara bayaran balik pinjaman mereka. "Saya mengalu-alukan cadangan malah langkah pertama dan dibuat oleh Malayan Banking supaya (bayaran balik) hutang bank bagi mangsa banjir ditangguhkan sementara. "Saya sebagai Menteri Kewangan sarankan semua bank mengikut langkah menangguhkan bayaran balik untuk sementara waktu," katanya. Presiden Umno itu melahirkan rasa simpati kepada rakyat Malaysia yang berdepan dengan masalah banjir khususnya di negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung. "Timbalan perdana menteri dah turun melawat dan sebagai pengerusi jawatankuasa banjir negara mengeluarkan arahan yang tegas kepada semua jabatan, agensi kerajaan bantu mangsa banjir dengan bersungguh-sungguh," katanya. Banjir yang melanda Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan membabitkan puluhan ribu mangsa terpaksa dipindahkan. Perdana Menteri juga bergegas ke Pahang untuk meninjau lebih dekat masalah rakyat susulan banjir, selepas merasmikan Perhimpunan Agung Umno pada Khamis. - Bernama | |||||||||||||||
Najib puji Rosmah atas “jasanya” Posted: 07 Dec 2013 03:38 AM PST Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini memuji isterinya Datin Seri Rosmah Mansor secara terbuka kerana "jasanya" kepada negara. Dalam ucapan penggulungannya semasa Perhimpunan Agung Umno 2013, Najib memberikan dua contoh pengorbanan Rosmah kepada negara. "Saya tak pernah berkongsi tentang ini sebelum ini. Apabila salah seorang pelajar kita ditahan di Mesir kerana dituduh sebagai perisik, isteri saya menelefon isteri Presiden Hosni Mubarak (Suzanne Mubarak) dan dalam masa dua jam pelajar itu dibebaskan. "Bukan itu sahaja, semasa Ops Piramid di mana pelajar kita tersekat di Mesir semasa kebangkitan Arab, melalui hubungannya, kerajaan Saudi menyediakan dua pesawat Jumbo dan bawa pelajar kita ke Riyadh, walaupun mereka tidak mempunyai visa ke Arab Saudi. "Mungkin malam ini akan dapat bayaran," kata perdana menteri secara berseloroh disambut dengan gelak tawa hadirin. Rosmah dikritik bulan lalu kerana menggunakan jet eksekutif kerajaan untuk lawatan peribadinya ke Timur Tengah. | |||||||||||||||
Rais Yatim dan Karyawan Lawat Aziz Sattar Posted: 07 Dec 2013 03:34 AM PST Aqilah Radzuankaidi Penasihat Khas Sosial dan Kebudayaan Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim bersama Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) Datuk Freddie Fernandez menziarahi seniman veteran Datuk Aziz Sattar, 89, yang menghidap masalah saluran jantung tersumbat. Aziz yang kini menetap di kediaman anak bongsunya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, kelihatan ceria dengan kunjungan itu walaupun beliau kini tidak boleh banyak bergerak kerana masalah kaki bengkak. Beliau merupakan salah seorang seniman yang serba boleh dalam bidang seni sebagai pelakon, pengarah filem, pelawak serta penulis skrip sepanjang kerjaya beliau. Aziz dikenali ramai menerusi lakonan hebatnya bersama Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin dalam filem Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok. | |||||||||||||||
Isytihar Diri sebagai Ahli : Jenice Lee Saman DAP Posted: 07 Dec 2013 03:01 AM PST Radhi Razak KUALA LUMPUR- Bekas anggota Dewan Undangan Negeri Teratai, Jenice Lee Ying hari ini menfailkan saman terhadap DAP, bagi memohon pengisytiharan bahawa beliau masih anggota parti itu. Lee, 33, menfailkan writ saman melalui Tetuan Harjit Sandhu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini dan menamakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai defendan. Lee dalam pernyataan tuntutannya memohon deklarasi supaya keanggotaannya dalam parti itu sejak 2001, dikekalkan. Selain itu beliau juga memohon injunksi untuk menghalang defendan daripada melucutkan keanggotaannya serta kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. Lee mendakwa pelucutan keanggotaannya oleh defendan, yang hanya diketahui melalui media pada 20 April lepas, adalah tidak sah. Pada 5 Jun lepas, Lee memfailkan saman terhadap DAP berhubung pelucutan keanggotaannya dalam parti itu, bagaimanapun pada 28 Okt, dia menarik balik saman itu. | |||||||||||||||
Anak Soi Lek Bertanding Naib Presiden MCA Posted: 07 Dec 2013 02:57 AM PST RRAKYAT NEWS KUALA LUMPUR - Ketua Biro Profesional Pemuda MCA Datuk Chua Tee Yong mengumumkan beliau akan bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti itu 21 Disember ini. Anak Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu turut mengumumkan pasukannya, yang terdiri daripada anggota jawatankuasa pusat MCA termasuk Datuk Lee Chee Leong serta 13 ketua bahagian, akan bertanding jawatan naib presiden dan 13 jawatan anggota jawatankuasa pusat parti berkenaan. Tee Yong yang turut mengumumkan bahawa Lee akan turut bertanding jawatan Naib Presiden, bagaimanapun enggan mengulas lanjut kumpulan ini akan menyokong siapa untuk jawatan presiden dan timbalan presiden parti. Selain Chua dan Lee, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun Dr Leong Yong Kong, yang juga Ketua MCA bahagian itu, mengesahkan akan bertanding bagi merebut jawatan naib presiden. Turut hadir pada sidang akhbar Tee Yong ialah Ketua MCA Bahagian Gelang Patah, Johor Datuk Teoh Siew Hock, Timbalan Ketua Pemuda MCA Datuk Mah Hang Soon, Setiausaha Organisasi Datuk Tan Chin Meng, Anggota Parlimen Alor Gajah Datuk Koh Nai Kwong dan Pengerusi MCA Melaka Datuk Gan Tian Loo. Mereka akan bertanding jawatan jawatankuasa pusat. Tee Yong, yang mengetuai pasukan itu, berkata mereka akan hanya bertanding dua jawatan naib presiden serta 13 jawatan anggota jawatankuasa pusat. Dalam sidang media berasingan, Ketua Pemuda MCA bahagian Batu Datuk Goh Gaik Meng mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan parti kali ini. Katanya, beliau bertanding atas dasar untuk mengembalikan sokongan anggota terhadap parti dan mentransformasi MCA dalam usaha menampilkan imej baharu kepada rakyat. Goh bakal berdepan Ketua Biro Pendidikan Pemuda MCA Choong Sin Woon, yang telahpun mengumumkan hasratnya untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan parti. | |||||||||||||||
Isu Syiah : Zahid Hamidi Beri Isyarat kepada Pimpinan PAS Posted: 07 Dec 2013 02:54 AM PST RAKYAT NEWS KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi isyarat akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pemimpin Pas yang terlibat dalam kumpulan Syiah di negara ini. Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Pas sewajarnya bersama-sama dengan pihak Kerajaan dalam membanteras ajaran Syiah di samping menyatakan komitmen politik (Pas) untuk menolak pemimpin besar kumpulan ajaran sesat itu daripada kepimpinan parti itu. "Kita tahu siapa pemimpin Pas yang syiah, (iaitu) Orang kedua dalam parti Pas tersebut," tegasnya ketika berucap dalam Pengulungan Perhimpunan Agung UMNO 2013 di sini hari ini. Ahmad Zahid mencadangkan agar Kementerian Dalam Negeri berkerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam menangani ajaran sesat. "Saya mencadangkan agar ditubuhkan segera suruhanjaya dalam menangani ajaran sesat, dengan kerjasama antara pihak KDN dan JAKIM perlu dilakukan secepat mungkin. Sementara itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan akan meneruskan Ops Cantas sehingga semua kongsi gelap dihapuskan di Malaysia. "Di sini saya ingin umumkan bahawa Ops Cantas akan diteruskan sehingga semua kongsi gelap dihapuskan. "KDN juga akan meneruskan Ops-ops yang telah dijalankan dan kami ingin mengucap terima kasih kepada rakyat atas sokongan mereka". | |||||||||||||||
Liwat II: SD Mat Zain diguna untuk singkirkan pendakwa Posted: 07 Dec 2013 12:37 AM PST MALAYSIA KINI Akuan Berkanun (SD) bekas ketua CID Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim dijadikan sandaran untuk permohonan baru untuk menghilangkan kelayakan Muhammad Shafee Abdullah daripada rayuan kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ketua pembangkang berkata, semalam, Messrs Karpal Singh & Co semalam memfailkan permohonan itu bagi pihaknya bagi menyingkirkan Shafee yang mengetuai rayuan pasukan pendakwaan. "Alasan untuk permohonan baru ini terdapat dalam afidavit yang disediakan dan difailkan saya, berdasarkan pendedahan Mat Zain dalam SD pada 7 Oktober 2013 dan pendedahan pada umum pada 2 Disember 2013," kata Anwar. Dalam kenyataannya, Anwar (kanan) berkata, pendedahan mengejutkan bahawa Shafee mengetahui dakwaan penglibatan peguam negara dalam memalsukan bukti dan lain-lain, membangkitkan persoalan tentang peranannya. Permohonan sama Anwar di Mahkamah Persekutuan pada 21 November lalu ditolak dengan alasan peguam negara mempunyai hak untuk melantik sesiapa sahaja sebagai pendakwa. | |||||||||||||||
Pengerusi SPR tuduh parti politik dalangi kekacauan PRK Posted: 07 Dec 2013 12:20 AM PST ALOR SETAR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin terdapat pihak tertentu melatih sekumpulan orang untuk membuat kacau semasa pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau, baru-baru ini, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff. Beliau berkata kumpulan itu juga bergerak dari satu PRK ke PRK dengan tujuan tertentu bagi memperlihatkan perjalanan PRK tidak bersih. "Kita melihat muka-muka sama iaitu orang luar berada di Sungai Limau, semasa pilihan raya kawasan Dewan Undangan Negeri itu berlangsung baru-baru ini. Muka-muka ini juga dilihat semasa PRK Kuala Besut berlangsung. "SPR bagaimanapun tiada kuasa mengambil tindakan terhadap mereka kerana ia di bawah bidang kuasa polis," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada para petugas PRK Sungai Limau dalam jamuan malam di sini, malam tadi. Beliau berkata keadaan sama berlaku dalam pilihan raya umum (PRU) dan lebih tertumpu di kawasan tertentu namun PRK lebih ketara kerana menjadi tumpuan ramai. Abdul Aziz berkata SPR juga mendapati badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik pihak tertentu bertindak di luar bidang kuasa terutama dalam PRU iaitu menahan kenderaan dan orang tempatan yang rupanya seperti rakyat asing. Beliau berkata tindakan NGO tersebut seolah-olah membantu parti politik tertentu kerana pemerhati dan pemantau yang dilantik oleh SPR hanya membuat catatan bertujuan menambah baik perjalanan pilihan raya. Menurutnya masalah lain yang sukar diatasi ialah budaya rakyat Malaysia enggan mematuhi peraturan waktu berkempen yang tamat pada pukul 12 tengah malam kerana mereka terus berkempen pada hari mengundi. "Mereka seharusnya balik selepas waktu itu namun masih lagi datang pada hari mengundi untuk merayu pengundi dengan membawa poster calon. Mereka member alasan bukan kempen tetapi meraih dan merayu namun bagi SPR ia adalah kempen. "Saya ingin menegaskan SPR sentiasa bertindak profesional. Kami tidak membantu kemenangan atau kekalahan calon. Kita layan semua pihak sama rata," kata Abdul Aziz. Beliau berkata PRK Sungai Limau baru-baru ini berjalan dengan baik kecuali satu kes seorang jentera Pemuda PAS menumbuk seorang petugas Wanita Barisan Nasional yang mencemarkan PRK itu. Katanya menjadi tradisi SPR mengadakan post-mortem setiap PRK selepas sebulan ia berlangsung untuk mengkaji setiap maklum balas daripada kumpulan petugas terbabit kecuali parti politik. Abdul Aziz berkata setiap maklum balas bermula daripada proses penamaan calon, kempen, hari mengundi, pengiraan undi dan pengumuman keputusan dikaji dengan teliti supaya kesilapan sama tidak dilakukan pada masa akan datang. Mesyuarat post-mortem itu berlangsung hari ini di sini turut dihadiri semua pegawai kanan SPR. - Bernama | |||||||||||||||
Banjir: Pemuda PAS kumpul sumbangan RM40,300 Posted: 07 Dec 2013 12:19 AM PST HARAKAHDAILY KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan terima kasih atas sumbangan bertali arus dari masyarakat yang prihatin terhadap musibah banjir yang berlaku di Pahang, Terengganu dan Johor beberapa hari ini. Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, setakat hari ini, DPPM telah menerima sejumlah RM40,300 duit kutipan hasil sumbangan orang ramai dan jumlah tersebut terus meningkat setiap hari. Katanya, hasil dari misi pertama pasukan Jabatan Amal Malaysia di dua daerah terlibat teruk dengan musibah ini, kerja-kerja misi pengagihan bantuan sedang giat dijalankan. Di daerah Kemaman, ujarnya pasukan Amal bersama Alternative Riding Club (ARC) seramai 70 orang keseluruhannya bertungkus lumus mengagihkan bantuan berupa makanan dan peralatan termasuk pakaian, ubat-ubatan, selimut dan bantal di pusat pemindahan banjir di stadium, sekolah dan juga masjid. Beliau berkata, Bilik Gerakan telah dibuka 24 jam untuk membantu kawasan terjejas teruk seperti Air Puteh, Chukai, dan Kemasek. "Dalam beberapa jam kebelakangan ini sudah ada tanda-tanda hujan semakin reda dengan ada mangsa yang telah kembali ke rumah dan misi menghantar bantuan ke rumah juga dilakukan oleh pasukan Amal," ujarnya dalam satu kenyataan. Menurut beliau lagi, misi seterusnya di kawasan terbabit adalah untuk pembersihan dan ia akan mula dilakukan pada hari Ahad bersama anggota Jabatan Amal seluruh negara yang akan berkampung di sana. Di Kuantan pula, katanya kawasan yang terjejas teruk adalah di Sungai Isap dan Tanjung Lumpur. Tambahnya, Pasukan Amal seramai 30 orang tempatan berganding bahu membantu menyelamatkan mangsa ke pusat pemindahan banjir yang berdekatan. Katanya, misi mengagihkan bantuan dijalankan 24 jam melalui sumbangan orang ramai di pusat pemindahan serta rumah-rumah yang tidak terjejas. "Operasi pembersihan rumah terjejas juga akan mula dilaksanakan pada hari Ahad bersama pasukan bantuan Amal dari seluruh negara," katanya lagi. Sehubungan itu, ujar beliau DPPM memohon agar seluruh masyarakat sama ada individu, NGO, persatuan mahupun parti politik turut sama membantu menghulurkan bantuan semampu boleh bagi meringankan bebanan dan kesukaran yang dialami oleh mangsa banjir. DPPM juga masih menerima sumbangan dari pelbagai pihak untuk disalurkan ke keluarga yang terlibat melalui Tabung Kemanusiaan Pemuda melalui akaun Maybank: 564025400100 atau hubungi Sdr Yusapiza Ya'acob di talian hotline: 017-2692944. "DPPM juga memohon umat Islam seluruh negara agar mengadakan solat Hajat dan bermunajat agar musibah ini akan segera berakhir," ujarnya. | |||||||||||||||
Menteri tak jawab status loji Lynas di Kuantan Posted: 07 Dec 2013 12:15 AM PST Oleh Ainudin Othman KUALA LUMPUR: Sikap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dibidas kerana enggan menjawab soalan berkaitan kesan operasi loji pemprosesan nadir bumi Lynas berikutan banjir besar di Kuantan. Pengerusi Himpunan Hijau Anti Lynas, Wong Tack (gambar) berkata, kerajaan seolah-olah mahu menutup mulut apabila isu Lynas dipersoalkan. "Mengapa Menteri kata isu ini tidak relevan dan sudah berakhir? Apa yang mereka ingin sembunyikan sebenarnya? kata Wong Tack kepada Keadilandaily. Ketika ditemui pemberita di Perhimpunan Agung Umno semalam, Zahid Hamidi enggan menjawab soalan berhubung risiko loji Lynas dan menyatakan isu tersebut 'tidak relevan'. Zahid turut menyatakan bahawa tidak perlu mengisytiharkan 'darurat' di Kuantan. "Kita tahu banjir menyebabkan semua parit ditenggelami air di sana.Di mana mereka membuang sisa buangan?, soal Wong Tack. 15 Oktober lalu penduduk Kuantan membantah ketibaan kapal kedua 'Red Resource' dari Pelabuhan Fremantle, Australia yang membawa bahan mentah berbahaya Rare Earth Oxides (REO) Ahli parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Abdul Rahman telah menghantar memorandum bantahan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), namun sehingga kini tiada jawapan. "Kita bimbang sisa tersebut bercampur dengan air banjir dan dihanyutkan ke merata tempat," kata Wong Tack. "Kita juga ingin mengetahui adakah pihak Lynas mempunyai pelan tindakan bencana untuk menghadapi situasi seperti ini? soalnya. | |||||||||||||||
AMK lancar skuad khas, guna bot hantar bantuan banjir Posted: 07 Dec 2013 12:11 AM PST Oleh Basyar Abkadir KUALA LUMPUR: Skuad khas Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dilancarkan hari ini bagi misi bantuan kepada mangsa banjir di Kuantan, Pahang. "Seramai 50 anggota skuad khas AMK akan bergerak ke Kuantan hari ini bagi misi kemanusiaan," kata Setiausaha AMK, Julailey Jemadi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN. Julailey Jemadi berkata, sebuah lori 10 tan digunakan untuk menghantar bantuan termasuk makanan dan barangan keperluan asas. "Bagi AMK Pulau Pinang dan Johor mereka ada menyumbangkan empat buah bot untuk membantu mangsa banjir di sana," katanya. Tambah Julailey, misi pertama dijalankan selama dua hari dan AMK merancang untuk bantuan seterusnya dalam bentuk alatan pembersihan rumah. "Kita akan atur untuk bantuan lain seperti pembersihan rumah dan sebagainya. "Berkenaan negeri-negeri lain yang turut dilanda banjir, kami dalam perancangan menghantar bantuan ke sana," kata Julailey. Sumbangan bantuan bencana banjir AMK Malaysia boleh disalurkan melalui: No. Akaun Maybank: 1621-7967-8902 Atas nama: Puan Zara Zahari (Timbalan Bendahari AMK Malaysia) Sila hubungi: 017-3910167 (Puan Zara) | |||||||||||||||
Bangkit, hentikan label dan rapatkan saf Posted: 07 Dec 2013 12:09 AM PST DETIK DAILY Muktamar dan pemilihan pemimpin- pemimpin tertinggi parti yang lama ditunggu telah berlalu, meletakkan misi untuk dihadapi dan mengangkat pemimpin pilihan ahli untuk menerajui parti. Selepas berlalu kempen dan pemilihan yang panas dan ada kalanya menyentuh sensitiviti dan mengguris perasaan, ahli wajar meninggalkan emosi kempen dan pemilihan, dan membawa semangat muktamar ke hadapan. KIni masanya untuk semua menghayati dan melaksanakan semangat "infiru", yang menjadi satu slogan muktamar pemuda, melaksanakan usaha menangani kefasadan dan meningkatkan usaha mengisi kemenangan yang telah dicapai dalam pilihan raya lalu. Dengan melaksanakan semua ini, barulah PAS dapat menterjemahkan misi Islam sebagai rahmat untuk semua di bumi Malaysia ini. Selepas selesai berkempen dan memilih barisan kepimpinan, ahliahli perlu menghentikan dan menolak sebarang usaha untuk memecahkan PAS dengan label-label yang menyeleweng, lebih-lebih lagi label-label yang dilemparkan semata-mata untuk memburukkan dan menjatuhkan kredibiliti. Label buruk seperti parasit, anai-anai, penganut Islam liberal dan sebagainya perlu dihentikan daripada terus dimainkan dengan niat jahat, seperti yang dilihat di laman-laman blog dan laman sosial, tanpa diberikan bukti-bukti yang nyata. Begitu juga dengan label-label seperti "geng UG" (pada awal dulu disebut sebagai promuzakarah), "faksi Umno," dan sebagainya, dalam usaha melemparkan tuduhan liar dan membina persepsi buruk sesama ahli yang menjadi saingan. Label-label ini hanya meningkatkan dan menyebarkan fitnah kepada umum, yang akibatnya ditanggung oleh parti secara keseluruhan. Pada masa sama, ahli-ahli juga perlu tidak membuka ruang fitnah dengan berhubungan rapat dengan penulis atau sesiapa sahaja yang telah terbukti menyumbang kepada membina suasana tidak harmonis dalam parti. Atas semangat berlumba-lumba mengerjakan kebaikan, seluruh ahli jamaah perlu menetapkan kesatuan pemikiran dan matlamat PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang tidak sepatutnya dicemari aliran-aliran pemikiran yang menyeleweng daripada Islam. Hanya dengan bersatu, merapatkan saf dan bangkit bersama sebagai satu barisan, PAS akan dapat menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti dengan lebih bersedia dan yakin, dan hasil kerja yang telah diusahakan, PAS dapat mengharapkan hasil yang lebih baik. Selepas menegaskan sekali lagi yang PAS perlu bersama dengan Pakatan Rakyat, dan perlunya penambahbaikan melibatkan hubungan sesama anggota komponen, ketetapan ini perlu dilaksanakan, untuk membuktikan keyakinan PAS sebagai anggota Pakatan yang menjadi harapan rakyat untuk menghadapi parti pemerintah Barisan Nasional yang merosakkan. Sejarah telah menunjukkan yang Pakatan ialah gabungan kerjasama parti paling berjaya dalam menghadapi BN, dan perlu terus diperbaiki dan diperkukuhkan, kerana ini ialah amanah yang diberikan oleh rakyat kepada kita. Dua pilihan raya umum yang dihadapi sejak 2008 membuktikan bahawa rakyat telah bersedia untuk menuntut dan melaksanakan perubahan. Maka oleh itu, marilah seluruh ahli merapatkan saf, mengetepikan perbezaan-perbezaan kecil, dan terus membuktikan kepada rakyat yang PAS dan Pakatan akan terus melaksanakan misi memikul amanah, melaksanakan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat. | |||||||||||||||
Posted: 07 Dec 2013 12:05 AM PST PENGALAMAN yang terlalu sedikit mengenai 'penjajahan bentuk baharu' di Kuala Lumpur berhubung tujuh buah kampung warisan ini bukan menafikan hak kita bagi menyelongkar bentuk penjajahan tanah dalam bentuk yang lain pula Asalnya, daripada 17 buah kampung, kini sudah tinggal 7 buah saja, begitu kata Pak Daud di Kg Puah Seberang, Sentul. Hari ini, penjajahan ini sudah hadir dalam wajah berlainan -- percukaian berganda dikenakan ke atas para penduduk kampung di ibu kota. Tanah itu aset bagi mendapat duit. Sama ada tanah itu dirompak secara sah dan terhormat dengan perundangan atas nama kemajuan dan pembangunan, atau dikenakan kadar cukai keterlaluan, maka hajat kaum kapitalis itu adalah wang. Kini, selepas Raja Nong Chik ditolak penduduk Kg Baru, maka mereka bertemu dengan musuh baru. Dan seteru baru ini didakwa kononnya kerabat diraja. Terbaru, Tengku Adnan Tengku Mansor, dalam isu percukaian (cukai pintu), katanya, ia tidak akan dinaikkan dengan mendadak. Bagaimanapun, rakyat perlu hatihati. Jaminan dan janji Umno ini selalu kosong. Maka, jaminan baru ini secara tidak langsung mengundang tanggapan lain pula, iaitu cukai pintu tetap dinaikkan, tetapi ia dinaikkan secara senyap-senyap dan bukan dinaikkan secara mendadak. Apa pun, cukai itu tetap naik juga. Bezanya, cuma antara mati mengejut, ajal mendadak tibatiba atau mati perlahan-lahan tanpa sedar. Apakah tidak boleh kadar cukai itu dilaksanakan seperti biasa? Cukai pintu Dalam laporan lain, disebutkan bahawa kadar kenaikan cukai pintu itu sudah mencecah 200 peratus lebih. Itu faktanya walaupun kadar cukai sudah naik 'secara senyapsenyap' mutakhir ini. Apakah kenaikan cukai ini pun berpunca daripada praktik dan pelaksanaan dasar kenaikan cukai secara senyap-senyap itu? Boleh jadi juga. Tengku Adnan mungkin berlapik kata apabila menjawab bahawa kadar baru itu belum lagi muktamad dan notis penyelarasan oleh DBKL itu baru di tahap cadangan sahaja. Namun, selain itu, beliau turut mengemukakan hujah, kenapa kadar cukai itu dinaikkan. Hal ini kerana, sudah 21 tahun lamanya, tanah itu tidak dinaikkan cukainya, sementara harga hartanah di sini pula sudah melambung tinggi! Maka inilah alasan Tengku Adnan. Tiadalah tertahan-tahan lagi hati mereka kerana nilai hartanah sudah melambung, tapi mereka tiada berpeluang merebut kekayaan yang terhidang di atas tanah-tanah di ibu kota. Oleh kerana Tengku Adnan dan Raja Nong Chik itu sering dilihat kerabat diraja, maka kita perlu lihat sejarah pergolakan saat segala kekuasaan raja merebutkan tanah. Dasar memungut hasil cukai tanah ini pernah dilaksana oleh penjajah British. British itu pula adalah warisan empayar Rom. Dalam sejarahnya, praktik dan amalan percukaian yang tinggi ini pernah berlaku dalam empayar Barat tersebut. Dan perang pun turut berlaku dalam kalangan Yahudi Palestin yang menolak dasar percukaian ini kerana ia sangat membebankan. Nabi Isa a.s, Yahya a.s. dan Zakaria a.s. pernah hidup pada zaman tadbiran Rom ketika cukai mengazabkan rakyat jelata. Dalam dakwah rasul, akhirnya ada pemungut cukai Rom yang menjadi Hawariyyun, iaitu sahabat kepercayaan Nabi Isa a.s sendiri. Ertinya jihad melawan percukaian yang tinggi adalah jihad para nabi-nabi juga. Dalam sejarah Barat, ditemukan lagenda yang bernama Lady Godiva. Wanita bangsawan ini pernah berbogel dan bertelanjang bulat untuk memberikan tekanan ke atas suaminya; seorang bangsawan agar kadar cukai diturunkan. Cukai bukan tidak perlu, tapi jangan membebankan. Raja Nong Chik, Tengku Adnan perlu menyelak sejarah perjuangan bangsawan Lady Godiva yang turut sama berjuang bagi membela hak rakyat tertindas. Kita sedar strategi Umno meletakkan bangsawan Raja Nong Chik, dan Tengku Adnan sebagai menteri di Kuala Lumpur. Kg Baru adalah tanah anugerah Sultan Selangor dahulu. Maka, sentimen bangsawan perlu dihadirkan juga. Tapi, kesedaran rakyat yang sedang menjalar, manakan boleh disekat-sekat. Penipuan bangsawan yang paling hodoh berlaku, saat umat tidak lagi bodoh. Hijrah umat dari wilayah kebodohan, itu petaka musibah ke atas bangsawan. Ketika muktamar, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyeru ulama turun ke jalan raya bagi membantah GST. Ya, salah satu cabaran dan pertanyaan yang sulit dijawab pada akhir zaman adalah: "Apakah kaum ulama akan terjun ke jalan raya demi ummah!?" | |||||||||||||||
KEADILAN bantah permohonan peguam Utusan ketepi Surendran Posted: 07 Dec 2013 12:03 AM PST KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: KEADILAN membantah permohonan Utusan Malaysia untuk mengenepikan N Surendran sebagai peguam mewakili Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Peguam Utusan guna alasan, kalau dia (Surendran) naib presiden, anak guamnya (Anwar) sebagai Ketua Umum. "Alasannya, situasi yang berlaku ada kepentingan peribadi,' kata Ketua Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya (gambar) kepada Keadilandaily. "Alasan ini tak masuk akal, sebab saya pun ahli MPP (Majlis Pimpinan Pusat) KEADILAN," tambahnya. Pada 4 Mac 2013, Anwar menyaman Utusan Malaysia dan TV3 sebanyak RM200 juta jika enggan membuat permohonan maaf berhubung laporan mengaitkannya dalam isu pencerobohan Lahad Datu, Sabah. Utusan pagi ini diwakili peguam Datuk Hafarizam Harun memfailkan permohonan mengenepikan Surendran atas alasan beliau merupakan Naib Presiden kepada parti KEADILAN, manakala TV3 diwakili peguam Lim Qi Shi. Menurut Latheefa, kes tersebut akan didengar pada 25 Februari, manakala perbicaraan pada 14 dan 15 April 2014. "Kita akan jawab dulu afidavit, Tapi sebelum itu, kita akan bantah permohonan peguam Utusan ini," katanya. | |||||||||||||||
Posted: 06 Dec 2013 11:50 PM PST Penduduk mengusung jenazah untuk urusan memandikan dan pengebumian, dekat Masjid Gual Periok, semalam. RANTAU PANJANG - Urusan pengebumian jenazah seorang warga emas di Kampung Tasik Hulu, semalam. hampir tergendala apabila kawasan itu masih dilanda banjir. Jenazah Allahyarham Samid Ghani, 86, terpaksa dipindahkan ke Tanah Perkuburan Islam Gual Periok kerana kubur terdekat di Rantau Panjang ditenggelami air sedalam 0.4 meter. Menantunya, Mohd Noor Abu Bakar, 50, berkata, mereka juga terpaksa mengubah lokasi ke masjid untuk urusan memandikan jenazah di Masjid Gual Periok yang terletak lapan kilometer dari pekarangan rumah. "Selepas buntu memikirkan masalah ini, kami bersyukur kerana Jabatan Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang menyalurkan bantuan untuk membawa jenazah ke lokasi baru," katanya, semalam. Mohd Noor berkata, arwah bapa mentuanya meninggal dunia di rumah kerana penyakit tua, jam 6.30 pagi semalam. Sebelum itu katanya, kaki kanan arwah terpaksa dipotong kerana penyakit saraf setelah mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Arwah meninggalkan seorang balu, 41 cucu dan 20 cicit. Dalam pada itu, Mohd Noor turut berterima kasih kepada pihak Masjid Gual Periok kerana membantu mengurus jenazah bapa mentuanya sehingga selesai urusan pengebumian. | |||||||||||||||
Umno Tolak Tahaluf Siyasi Digariskan PAS Posted: 06 Dec 2013 11:47 PM PST KUALA LUMPUR: Pendekatan dan konsep Tahaluf Siyasi yang digariskan oleh PAS adalah pendekatan yang ditolak dalam Umno. Wakil Umno Perak Dr Mohd Nizar Zakaria berkata ini kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menentang PAS dalam banyak perkara. "Jika kita lihat pendekatan yang diambil mereka, yang berpegang kepada konsep Tahaluf Siyasi, ia adalah Tahaluf Siyasi yang ditolak. "Setiap kali perkara-perkara yang disuarakan oleh PAS contohnya, akan ditentang oleh rakan-rakan sekongkolnya, baik daripada DAP mahupun PKR," katanya ketika membahaskan usul pendidikan dan agama di sini, Sabtu. Naib Ketua Umno Bahagian Parit ini berkata Umno telah menggunakan pendekatan Tahaluf Siyasi sejak zaman Parti Perikatan lagi. Katanya, atas pendekatan ini jugalah Almarhum Tuanku Abdul Rahman mahukan agama Islam dijadikan agama rasmi dan termaktub dalam Perlembagaan. "Kitalah yang mempelopori konsep ini. "Walaupun begitu dalam berkompromi dengan golongan bukan Islam seperti MCA dan MIC kita tetap jaga maruah dan kedaulatan agama Islam," katanya. Dalam pada itu beliau turut menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menuntut budaya ketimuran di negara ini ditukar kepada barat yang mana salah satu tuntutannya ialah kerajaan membenarkan transgender sebagai satu gaya hidup. Katanya, tuntutan tersebut adalah tuntutan biadab yang mencabar agama Islam. "Badan Perhubungan Umno Negeri Perak mencadangkan tindakan tegas diambil terhadap mereka ini. "Gunakanalah apa-apa perundangan yang boleh mengajar mereka supaya menghormati hak umat Islam dan Melayu di negara ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan