Sabtu, 7 Disember 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Zahid Hamidi pun sokong yang 'faqeh' jadi pemimpin dalam PAS?

Posted: 07 Dec 2013 01:32 PM PST

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) hari ini  dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menahan pemimpin kedua tertinggi PAS kerana didakwa mengamalkan fahaman Syiah. 

Beliau mendakwa, pihaknya mengetahui bahawa pemimpin nombor dua PAS itu mengamalkan ajaran Syiah. Kata Zahid di sini 

Dalam reaksinya, Mat Sabu berkata, dia sedang berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Zahid Hamidi. 

"Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu," katanya.

 Beliau dengan keras menafikan tuduhan Zahid tersebut dan menyifatkannya sebagai tuduhan berniat jahat. 

 "Saya Ahli Sunnah Wal Jama'ah, seorang Islam yang mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah," katanya lagi di sini .

 Walaupun Zahid tidak menyebut nama, umum jelas , bahawa Zahid merujuk kepada Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS dan adalah merupakan pemimpin nombor dua PAS.

 Dalam perkara ini, Korang semua jangan marah aku kerana aku mahu tabik spring diatas keberanian Zahid yang menghukum Mat Sabu sebagai Syiah. 

Keberanian yang membabi buta Zahid ini bakal diambil tindakan undang-undang oleh orang yang kena tuduh, Mat Sabu.

 Zahid Hamidi berani berterus terang tuduh Mat Sabu sebagai pengamal fahaman Syiah. Zahid tidak sebagaimana beberapa kalangan pemimpin PAS yang hanya berkempen dibelakang-belakang sewaktu pemilihan di Muktamar PAS ke 59 yang baru lalu menuduh Mat Sabu sebagai Syiah dan sebagainya.
 

 Malah Zahid pernah dilaporkan mahukan Mat Sabu tersingkir dari jawatan Timbalan Presiden PAS yang dipertahankan itu.




 Namun Mat Sabu berjaya mengekalkan kedudukannya didalam PAS dan nampaknya, bukan sahaja dikalangan tertentu dalam PAS yang hampa dan kecewa dengan kemenangan Mat Sabu itu, malah Zahid juga terbukti turut kecewa dan terus berdendam rasa diatas 'Unsinkable Mat Sabu' Kekecewaan Zahid itu jelas digambarkan melalui ungkapanya :
 "Kita tak faham kenapa pilih pemimpin Syiah itu jadi orang nombor dua dalam PAS. Datuk Seri Jamil Khir, KDN beri kuasa ambil tindakan terhadap kepimpinan kedua parti itu," 
  Woit! Zahid Hamidi pun sokong 'yang faqeh jadi pemimpin dalam PAS? Apakah tidak mungkin Zahid merupakan mastermain/perancang utama dalam 'grand design' yang mahu menyingkirkan Mat Sabu dari arus politik perdana PAS? 

Amat malang sekali sekirannya ada kalangan orang PAS sendiri yang berkomplot dengan musuh hingga sanggup menjadi boneka mereka atas alasan 'bersatu menentang ancaman Syiah kerana ini merupakan soal akidah dan keselamatan negara' konon-kononnya!

 Maka sebab itu, lihat dan tunggulah, apa komen dari fraksi UG ini. Tunggu dan tunggulah ….hingga kucing bertanduk pun korang akan terus menunggu!

 Aku tidaklah kenal siapa gerangan Fahmi Fadzil ini ~ samada dia ni seorang yang 'faqeh' atau ulama' Haraki.Namun dia ni cepat-cepat keluarkan kenyataan membidas Zahid. Dia kata Tuduhan Syiah, Zahid hukum tanpa bicara – Fahmi Fadzil

Tiada ulasan: