DIALOG RAKYAT |
- Wanita PKR Johor bawa isi hati rakyat
- Emel palsu: PKR mahu polis siasat 4 blog
- Nur Jazlan: PM perlu penasihat baharu
- Kecil belanja kerajaan, perkasa institusi wakaf
- Cuepacs mahu penjawat awam diberi kuota khas haji
- Kalau benar nak larang Kristian dari guna kalimah Allah, pinda Perlembagaan
- SPRM: Kuasa siasat harta tidak sepadan pendapatan
- Guru besar, anak maut kereta tenggelam dalam parit
- Takkanlah Kerajaan Najib Serapuh Biskut Kering?
- Negara Mampu Hasil 3.4 Juta Tan Metrik Padi Pada 2020 - Tajudin
- Beberapa Kawasan Di Miri & Mukah Terputus Hubungan Akibat Tanah Runtuh - Jabu
- Rafizi: Emel palsu dibawa ke Dewan Rakyat
- Akta GST tak halang kenaikan harga barang
- Fitnah himpunan Turun guna skrip sama
- Bekas Ketua Polis Negara yakin himpunan esok aman
- Sebutlah Selalu "GULING KERAJAAN", Maka Benar-benar Kerajaan UMNO BN Akan Terguling!
- Kenaikan harga barang: Tiada aduan atau menteri tidak mendengar?
- AKTIVITI YB: 200 murid gunting rambut percuma di DUN Seri Andalas
- Selangor bangun sektor pertanian, jalin rangkaian kerja bersama Nestle
- Mayat siswa S'pura ditemui di lubuk Air Terjun Stong
- Jingga 13 juga mahu saman Amar Singh
- Rafizi: Siasat penulis blog isu emel 'letupan'
- BERSIH: K'jaan guna taktik sama tekan TURUN
- Pelajar Singapura hilang di Gunung Stong
- 50% muka baru dalam Badan Perhubungan PAS S'wak
Wanita PKR Johor bawa isi hati rakyat Posted: 30 Dec 2013 04:23 AM PST Natrah (tiga, kiri) mengiringi Haniza (dua, kanan) beramah mesra dengan Wanita PKR negeri yang hadir ke Majlis Pemilihan Jawatankuasa Pilihanraya Wanita PKR Negeri Johor, semalam. JOHOR BAHRU – Wanita PKR Johor akan menghantar jenteranya untuk bersama-sama menyertai himpunan di Dataran Merdeka, 31 Disember ini. Ketuanya, Natrah Ismail berkata, Wanita PKR menolak dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang mengatakan himpunan berkenaan diadakan untuk mengguling kerajaan sedia ada. Sebaliknya menurutnya, himpunan itu dibuat untuk bersama-sama memprotes pelbagai kenaikan harga barang yang tidak disangka-sangka hanya beberapa bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Kita akan bersama-sama membawa isi hati rakyat kerana pelbagai kenaikan barangan yang berlaku secara mendadak menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat, tapi mereka tidak berani untuk tampil ke depan. "Kalau ramai yang membantah, contohnya berpuluh ribu, tak mungkin kerajaan masih tidak peka dengan kehendak rakyat," katanya selepas Majlis Pemilihan Jawatankuasa Pilihanraya Wanita Negeri Johor, semalam. Majlis perasmian disempurnakan Pengarah Pilihanraya Wanita PKR merangkap Adun Taman Medan Selangor, Haniza Talha. Natrah berkata, kerajaan sepatutnya peka dengan mendalami isi hati rakyat yang masih ramai hidup dalam kesempitan dan kesusahan, bukannya dibebani kenaikan secara mendadak sedemikian. "Bagi golongan berada di atas, mungkin tiada masalah, tapi cuba kita selami rakyat yang bekerja makan gaji, petani dan pekebun, macam mana nak hidup dengan situasi semakin menghimpit sekarang. "Pada saya, kita bukan nak guling kerajaan, tapi kita nak bantah perkara yang menghimpit kehidupan rakyat biasa sebelum berlabuh tirai 2013," katanya. |
Emel palsu: PKR mahu polis siasat 4 blog Posted: 30 Dec 2013 04:19 AM PST SHAH ALAM - PKR hari ini menggesa polis menyiasat empat blog atas dakwaan menyebarkan emel palsu bertujuan mencetuskan huru-hara. Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, aduan polis telah dibuat ke atas blog yang didakwa pro Umno, yang menggunakan alamat theunspinners.blogspot.com, theflyingkick.blogspot.com, bidaman.blogspot. com serta badutrakyat.blogspot.com. Penyebaran emel palsu itu kata Rafizi, menyebabkan beliau disiasat polis semalam. Ahli Parlimen Pandan itu juga mendakwa, emel palsu mengenai rancangan untuk memasang bom di beberapa tempat di Kuala Lumpur yang kononnya dialamatkan kepadanya itu direka oleh blogger berkenaan. "PDRM tanpa menyemak terlebih dahulu kesahihan emel rekaan itu terus memanggil saya untuk memberi keterangan dan disiasat," ujarnya pada sidang media, hari ini. Beliau juga kecewa apabila Polis DiRaja Malaysia (PDRM) masih belum menyatakan sama ada beliau merupakan saksi ataupun orang yang disyaki dalam siasatan ke atas sebaran emel palsu tersebut. "Sehingga sekarang, pegawai penyiasat yang mengambil kenyataan saya tidak boleh mengesahkan sama ada saya hanya seorang saksi atau suspek," katanya. |
Nur Jazlan: PM perlu penasihat baharu Posted: 30 Dec 2013 04:16 AM PST SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pulai (BN), Nur Jazlan Mohamed hari ini menyarankan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil penasihat baru,bagi memberikan idea baharu terhadap kepimpinan PM. Jelas Nur Jazlan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), kepercayaan terhadap penasihat-penasihat lama terbukti gagal memberikan keputusan lebih baik kepada BN, selain melantik konsultan asing untuk memberikan imej positif kepada kerajaan juga baginya perlu diketepikan sama sekali. "PM perlu menghimpunkan penasihat-penasihat baharu beliau bagi memberikan idea baharu supaya lebih memahami denyut nadi rakyat. "…kepercayaan terhadap penasihat lama terbukti gagal memberikan keputusan lebih baik kepada BN dalam PRU13 yang lalu, sekaligus memberikan imej negatif kepada BN. "…kini, setiap kata-kata kerajaan BN menjadi satu bahan gurauan dan momokan rakyat sehingga dilihat sukar untuk kembali meraih semula sokongan daripada rakyat," katanya dalam penulisan terbarunya. Mengulas lanjut, beliau menegaskan rakyat sebenarnya sedar pembangkang juga tidak sebaik BN, namun oleh kerana mereka (rakyat) berada dalam keadaan marah sudah pasti mahu mencari mangsa untuk melepaskan kemarahan mereka. "Rakyat sebenarnya, sedar pembangkang juga tidak sebaik BN, tetapi dek kerana mereka berada dalam keadaan marah, sudah tentu mereka mencari mangsa. "Oleh itu, bagi saya kegagalan BN mengoptimumkan penggunaan jentera parti memberikan penerangan kepada rakyat akan memberi padah besar kepada BN sendiri," katanya. |
Kecil belanja kerajaan, perkasa institusi wakaf Posted: 30 Dec 2013 04:14 AM PST SHAH ALAM – Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) mencadangkan institusi wakaf diketengahkan sebagai salah satu langkah menangani kos sara hidup yang semakin membimbangkan mutakhir ini. Presidennya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, golongan miskin terus tertekan kerana tidak ada program untuk membantu mereka. "Sebab itu dalam DPIM kami menggalakkan agar institusi wakaf diketengahkan. Termasuk wakaf korporat. Sebab pada zaman perkembangan Islam dahulu, sebahagian besar perbelanjaan ditanggung oleh badan-badan wakaf yang disumbangkan oleh orang-orang kaya. "Hari ini dalam keadaan sekarang, kita lihat orang kaya bertambah kaya, tidak ada program untuk membantu orang miskin dan orang miskin akan terus tertekan," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui, baru-baru ini. Menurutnya, cadangan itu sudah lama dikemukakan kepada kerajaan melalui memorandum yang dihantar. "Sejak awal lagi DPIM sudah mengemukakan kepada kerajaan supaya konsep wakaf korporat, konsep institusi wakaf ini dikaji, diteliti serta diaplikasikan Supaya dapat mengurangkan jurang perbezaan kaya dan miskin. "Kita sudah lama pun menghantar memorandum kepada kerajaan supaya mengkaji dan memperkenalkan konsep wakaf. Kaedah wakaf paling sesuai kerana kita menggunakan harta orang kaya untuk mendapat ganjaran pahala di akhirat," katanya. Mengulas lanjut, beliau menekankan bukan sahaja orang kaya, kerajaan dan orang ramai juga boleh menyumbang untuk disalurkan kepada yang memerlukan. "Tak boleh nak buat esok. Sebab itu saya kata kerajaan kena kaji supaya wakaf ini boleh menjadi jambatan untuk menyalurkan kekayaan daripada sektor korporat.. sebab yang susahnya hari ini adalah orang miskin. "Sangat penting untuk kita mengkaji seluruh sistem pengurusan ekonomi negara kita dan yang paling molek ialah mencontohi semula kaedah pengurusan ekonomi mengikut kaedah Islam, di mana masyarakat yang kaya dapat menyumbang untuk membantu masyarakat miskin," katanya. Dalam perkembangan sama, beliau melahirkan kebimbangan mengenai kenaikan kos sara hidup yang tidak diselaraskan dengan tindakan sewajarnya oleh pihak kerajaan. "Cabaran ini akan lebih menyusahkan oleh sebab semua negara di dunia menghadapi cabaran ekonomi. Yang membimbangkan ialah apabila kenaikan kos ini tidak diikuti dengan tindakan terlebih dahulu oleh pihak kerajaan untuk menentukan perbelanjaan kerajaan itu berhemah. "Kerajaan sebenarnya sudah lama ada rancangan transformasi ekonomi yang antara lain perlu menumpu perhatian bagaimana nak mengecilkan perbelanjaan. Ini satu langkah jangka panjang. Tak boleh dibuat sewenang-wenangnya. Perlu ada perancangan. "DPIM menyeru supaya perancangan tersebut mengambil kira aspek ini iaitu bagaimana nak mengecilkan perbelanjaan kerajaan. Dalam Islam pun kerajaan tak perlu belanja besar," katanya. |
Cuepacs mahu penjawat awam diberi kuota khas haji Posted: 30 Dec 2013 04:09 AM PST KOTA KINABALU - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu penjawat awam diberi kuota khas, terutama pesara, untuk menunaikan ibadah haji mulai tahun depan. Presidennya, Azih Muda berkata, kuota khas itu bagi mengelak penjawat awam menunggu dalam tempoh yang lama selain menggalakkan lebih ramai penjawat awam menunaikan ibadat suci itu. "Cuepacs mahu penjawat awam juga perlu diberi kouta bagi menunaikan haji, terutama mereka yang hampir bersara tetapi tidak berpeluang untuk menunaikan haji, boleh mengambil kuota ini daripada Tabung Haji," katanya dalam sidang media selepas bertemu pemimpin kongres itu di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Cuepacs Sabah Jamian Dom. Azih berkata cadangan itu antara perkara yang diberi penekanan oleh Cuepacs bagi tempoh tiga tahun selain semakan elaun, pencen dan peningkatan tangga gaji untuk membantu kebajikan penjawat awam. Beliau berkata, selain kouta khas haji, kerajaan juga harus membenarkan penjawat awam yang berusia 55 tahun mengeluarkan 20 peratus ganjaran wang pencen mereka bagi tujuan tertentu, termasuk umrah dan haji serta perubatan dan bayaran pendidikan anak-anak. "Cuepacs juga mencadangkan formula ganjaran persaraan penjawat awam disemak semula kepada 10.5 peratus daripada tempoh perkhidmatan sebelum ini iaitu 7.5 peratus," katanya. Selain itu, Cuepacs mencadangkan agar Gantian Cuti Rehat (GCR) penjawat awam yang tidak dapat menghabiskan cuti atas sebab perkhidmatan ditambah daripada 150 hari kepada 180 hari, dan jika masih ada cuti tahun terakhir semasa persaraan, ia perlu dibayar dengan wang tunai dalam sekali bayaran sahaja. Beliau berkata, Cuepacs juga akan memastikan tangga gaji untuk semua jenis jawatan dalam perkhidmatan awam dikaji semula selain semakan semula 231 jenis elaun yang belum dikaji sejak 10 tahun lepas. Dalam perkembangan lain, Azih meminta Jabatan Kesihatan Sabah memberi penjelasan berhubung isu tuntutan elaun pakaian seragam kakitangannya yang menimbulkan kekeliruan. Beliau berkata, Cuepacs menerima aduan berkaitan arahan meminta kakitangan jabatan itu membayar balik baki elaun tempahan pakaian seragam pada 2011, tahun lepas dan tahun ini. Azih berkata, menerusi pekeliling yang dikeluarkan sebelum ini, kakitangan jabatan itu dibenar membuat tuntutan tempahan pakaian seragam sehingga RM690 setahun untuk tiga pasang pakaian. "Bagaimanapun, pada September lalu, jabatan berkenaan mengeluarkan arahan meminta kakitangan membayar baki elaun berdasarkan kadar jahitan ditetapkan Pejabat Kesihatan di seluruh negeri, dan jika gagal, mereka dikenakan tindakan tatatertib," katanya. - Bernama |
Kalau benar nak larang Kristian dari guna kalimah Allah, pinda Perlembagaan Posted: 30 Dec 2013 04:00 AM PST Apabila pengarang mingguan Katolik, The Herald, Father Lawrence Andrew mengatakan gereja di Selangor tetap akan menggunakan kalimah Allah, ramai pihak yang marah dan geram dengan kenyataan itu. Penegasan itu menunjukkan akhbar berkenaan tidak prihatin mengenai sentimen orang Islam Selangor mengenai hal itu. Luahan kegeraman ini termasuklah oleh Umno Selangor yang menyuarakan menerusi Setiausahanya, Johan Abdul Aziz yang menganggap kenyataan Andrew itu biadab kerana tidak menghromati titah Sultan Selangor. Sebelum ini Sultan Selangor dengan kuasa yang ada kepadanya terhadap seluruh jajahan takluk Selangor memberi amaran atau melarang agar kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang Kristian di negeri itu. Larangan Sultan itu dilihat sebagai tidak mempedulikan kepada perlembagaan negara serta hubungan Selangor dalam persekutuan Malaysia dan merasakan Sultan berkuasa sepenuh-penuhnya ke atas hal ehwal agama. Atas realiti itu kalau pun Andrew tidak menghormati kata-kata sultan. Kenyetaan Andrew itu kata Johan ia juga bertentangan dengan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran kepada orang Islam) 1988, yang diluluskan oleh kerajaan BN semasa memerintah Selangor. Dakwa Johan enakmen itu terpakai kepada semua orang bukan Islam dan harus berhati-hati. Sebagai menunjukkan kepedulian tinggi Umno kepada perkembangan agama Islam, Johan memberi kata dua kepada Jais (jabatan Agama Islam Selangor) agar bertindak sekiranya pihak Kristian tidak mempedulikan nasihat Sultan itu. Kata Johan Umno jika tidak Umno akan mengenakan tindakan lanjut kepada Kristian. Apakah bentuk tindakan itu? Kalau setakat melaungkan amaran, rasanya tidak payahlah buat buang air liur sahaja. Sebelum ini sudah berguni amaran demi amaran dikeluarkan tetapi habuk pun tidak ada. Pihak tertentu tidak menghiraukan kerana mereka lihat amaran sebegitu hanya permainan politik semata. Sebagai orang Islam yang menerima pakai enakmen itu menjadi hak Johan atau sesiapa jua untuk mempertahankan enakemen BN itu dan menyelar tindakan Andrew. Tetapi Johan juga disamping asyik memberi peringatan dan nasihat, beliau juga perlu faham akan hak dan kebenaran mengikut Perlembagaan yang dibenarkan sehingga membolehkan Andrew berani membuat kenyatan itu. Andrew bukan berkata-kata atas emosi tetapi tentulah atas fahaman akademik dan undang-undang. Begitu juga dengan sultan Selangor itu seharus memahami akan peruntukan dalam Perlembagaan yang dijadikan alasan atau benteng mempertahankan tindakannya oleh Andrew dalam mempertahankan kepentingan agamanya. Kata Andrew, Artikel 11(3) (A) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan setiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal keagamaan mereka sendiri. Berdasarkan peruntukan itu maka beliau membuat ketegasan itu tanpa merasa takut kepada amaran Sultan. Mungkin beliau mengambil faham, pengurusan itu tanpa mengira di mana-mana sahaja ia boleh dilakukan di seluruh tanah Persekutuan? Jelas beliau, Jais selaku badan penguatkuasa agama Islam negeri tidak berhak terhadap kumpulan agama lain. Kenyataan Andrew itu benar-benar berani dan yakin dengan pendangan prinsip undang-undang. Saya melihat isu ini akan berterusan dan menjadi polemik oleh kedua pihak (gereja dan orang Islam Selangor), khasnya dan amnya di antara Kristian dengan orang Islam seluruhnya. Ia tidak akan selesai dan tuntas selagi berlaku ketidak-selarian (selaras) dari bidang kuasa di antara Persekutuan dengan negeri-negeri. Ketiga pihak, umat Islam Selangor, Sultan dan Umno ada alasan tersendiri dalam hal ini. Dan begitu juga dengan Andrew. Di sini apa yang dapat dilihat berlaku pertindihan kuasa atau peraturan dari sudut perlembagaan. Walaupun Sultan mempunyai kuasa mutlak mengenai agama Islam di Selangor tetapi baginda tidak boleh menafikan kebebasan beragama yang dibenarkan oleh Perlembagaan. Selangor adalah salah sebuah negeri yang terikat dengan semangat Federalisme. Dalam hal ini sesiapa tidak boleh bersikap buta terhadap undang-undang dan peraturan. Jalan penyelesaian ialah dengan menyelaraskan perkara ini, baru ia tidak akan jadi 'bertindih bertindan'. Misalnya Umno yang menjadi tunggak kepada kekuasaan negara ini boleh mengemukakan pindaan perlembagaan untuk menjelaskan dan memperluaskan bidang kuas berhubung agama Islam termasuk menghalang penggunaan kalimah Allah yang jadi kontroversi itu. Hasrat ini boleh dibantu oleh Majlis Raja-Raja agar ia menjadi kenyataan. Majlis Raja-Raja boleh memberi cadangan kepada perdana menteri untuk melakukan pindaan demi menjaga, mengawal kesucian agama Islam yang dianggap telah tercemar dengan penggunaan kalimah Allah itu. Tidak ada guna tindakan hanya sekadar memberi kenyataan, amaran itu dan ini tetapi kuasa atau 'tali' utamanya tidak terbuang dalam perlembagaan. Apakah ada cadangan berhubung perkara ini dalam perhimpunan agung Umno lalu? Apakah dengan kemasukan para ulamak 'mujtahid' di dalam Umno menerusi lantikan ahli MT, tidak boleh memikirkan hal ini? Kehadiran mereka dalam Umno harus mewujudkan sesuatu yang signifiken baru ia membawa erti dan bermanfaat. Kalau perlantikan mereka hanya menjadi reket untuk smash kenyataan pembangkang tidak guna setengah sen pun. Tidak ada guna kedua pihak, khususnya pihak orang Islam di Selangor membuat larangan dan memberi amaran kepada gereja Kristian sedangkan mereka ada 'tali' atau pun senjata menjadikan mereka berhak untuk mengembangkan agama mereka. Putuskan dulu tali harapan itu baru dapat menyelesaikan masalah yang menjadi bertele-tele kini. Sekiranya ada mana-mana pihak gereja dikenakan tindakan, atau larangan penggunaan itu dalam premis mereka sudah pasti ia akan berakhir di mahkamah. Pihak Kristian akan membawa ke mahkamah untuk mendapat penentuan dan keadilan. Mahkamah pula dalam membuat keputusan mestilah berlandaskan kepada undang-undang dan Perlembagaan negara. Sistem 'dual mahkamah' Syariah dan Sivil tidak banyak memberi keuntungan kepada Islam. Dalam zaman sistem raja berpelembagaan yang diamalkan kini, mana-mana Raja tidak ada kuasa mutlak dan kekebalan lagi kerana tindakan mereka boleh dibawah ke mahkamah. Pindaan Perlembagaan membabitkan imuniti Raja-raja dibuat Mahathir telah memecat kuasa raja. Kalau tidak percaya umat Islam Selangor atau Umno Selangor dengan berpandukan kepada titah Sultan itu boleh membuat percubaan dengan membawa perkara ini ke mahkamah tentang apa-apa larangan penggunaan kalimah Allah itu. Cubalah. Hari ini apa juga masalah perlu diselesaikan dengan fakta bukannya dengan laung suara tinggi. Enakmen diluluskan semasa Barisan nasional (BN) memerintah Selangor itu turut melarang bukan Islam di negeri ini menggunakan 35 perkataan Arab termasuk ALLAH, Nabi, Injil dan Insya-ALLAH. "Enakmen ini terpakai kepada semua, mereka perlu faham dan berhati-hati buat kenyataan. Mereka bukan dia tidak tahu dan ini melampau," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Andrew berhubung gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah ALLAH dalam perhimpunan mingguannya meskipun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menghantar notis peringatan kepada mereka berhubung enakmen negeri melarang bukan Islam menggunakan kalimah itu. Andrew berkata, Artikel 11(3) (A) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan setiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal keagamaan mereka sendiri. Menurutnya, Jais selaku badan penguatkuasa agama Islam negeri tidak berhak terhadap kumpulan agama lain. 14 November lalu, Sultan Sharafuddin bertitah penggunaan kalimah ALLAH dalam bible dan juga penerbitannya dalam akhbar mingguan The Herald versi Bahasa Melayu, perlu dihentikan serta-merta. Johan berkata, Umno Selangor mendesak Jais bertindak tegas dalam perkara ini kerana kenyataan itu didakwa mencabar enakmen tersebut. Menurutnya, pihaknya mendesak paderi tersebut menarik semula kenyataan itu serta memohon maaf secara terbuka dalam masa seminggu. Katanya, sekiranya paderi tersebut gagal mematuhi desakan itu, Umno Selangor tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut. "Kita desak paderi tarik balik kenyataan ini dan minta maaf terbuka dalam tempoh seminggu ini. "Tindakan yang kita ambil bergantung pada paderi sendiri dan sekiranya senyap maka kita akan gerakkan 22 Umno bahagian di negeri ini," katanya. Dalam pada itu, beliau menggesa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan pendirian kerajaan negeri berhubung isu tersebut. "Kita tinggal di negeri ini berbilang kaum dan agama, jangan cetuskan sebarang perkara yang menggugat sensitiviti. "Sultan Selangor j uga merupakan Ketua Agama Negeri Selangor, maka semua pihak perlu menghormati perkara itu," katanya. |
SPRM: Kuasa siasat harta tidak sepadan pendapatan Posted: 30 Dec 2013 03:32 AM PST PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengalu-alukan pandangan meminta SPRM menyiasat kes pemilikan harta kekayaan yang berlebihan dan yang tidak sepadan dengan pendapatan yang diperoleh oleh seseorang individu. SPRM pernah mengetengahkan keperluan untuk mengadakan peruntukan itu. Malah, perkara yang sama telah disyorkan oleh badan panel yang memantau perjalanan SPRM iaitu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) dan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), yang dianggotai oleh ahli-ahli Parlimen dari Barisan Nasional, DAP, PKR dan PAS. SPRM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini menyatakan laporan terbaru JKMR yang dikeluarkan awal bulan ini, antara lain menyebut, Seksyen 36 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 perlu dipinda bagi membolehkan seseorang individu mengisytiharkan kewangan atau harta benda tanpa ada siasatan awal dibuat terlebih dahulu. Selain itu, tambah kenyataan itu, JKMR juga menyebut bahawa "JKMR dan juga masyarakat melihat isu ini sebagai satu kekangan kepada kerajaan dan SPRM untuk membanteras rasuah dengan berkesan kerana didapati terdapat sesetengah anggota pentadbiran ataupun penjawat awam mempunyai harta kekayaan yang berlebihan dan tidak sepadan dengan pendapatan yang diperoleh". Menurut kenyataan itu lagi, pada hakikatnya, walaupun siasatan pemilikan harta tidak sepadan dengan pendapatan bukan fungsi SPRM sepenuhnya, SPRM mengalu-alukan jika perkara itu dimasukkan dalam senarai pindaan Akta SPRM 2009 yang bakal dibawa ke Parlimen pada tahun depan. |
Guru besar, anak maut kereta tenggelam dalam parit Posted: 30 Dec 2013 03:14 AM PST ANTARAPOS.COMKUCHING: Seorang guru besar dan anaknya maut selepas kereta mereka terhumban ke dalam parit sedalam dua meter berdekatan Jambatan Mata Parang di Jalan Samarahan-Asajaya, Kota Samarahan. Hamidah Johar, 49, dan anaknya Mainol Yakin, 11, disahkan meninggal selepas terperangkap di dalam kenderaan pelbagai guna tersebut. Seorang lagi anak perempuan mangsa yang berumur 19 tahun berjaya diselamatkan orang awam dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi itu. Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Lee Chong Chern yang mengesahkan kejadian itu berkata kemalangan berlaku ketika hujan. Menurutnya, tiga beranak itu dikatakan dalam perjalanan balik dari sekolah tempat Hamidah bertugas, menuju kediaman mereka di Kampung Tanjung Parang, Samarahan. |
Takkanlah Kerajaan Najib Serapuh Biskut Kering? Posted: 30 Dec 2013 03:10 AM PST Serentak dengan sambutan malam tahun baru beberapa hari lagi, beberapa NGO pro pembangkang telah merancang untuk mengadakan perhimpunan aman di Dataran Merdeka untuk menzahirkan luahan perasaan terhadap kerajaan yang menaikkan beberapa harga barang dan perkhidmatan sejak beberapa bulan lalu. Sejak pilihanraya umum Mei lalu, kerajaan didapati telah menaikkan empat hingga lima barang dan perkhidmatan, manakala menjelang 1 Januari 2014 nanti, beberapa kenaikan lagi turut menyusul yang sekaligus menjadikan kehidupan rakyat terus-terusan disusahkan oleh kerajaan. Siri kenaikan yang paling banyak dalam sejarah negara ini jelas tidak dapat diterima oleh majoriti rakyat, termasuk oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang menyatakan kerajaan sepatutnya mengurangkan kos, bukannya menaikkan harga. Lebih dari itu, ada yang menyifatkan tahun 2014 sebagai tahun barang naik dan tahun sengsara bagi rakyat yang pada hakikatnya semakin hari semakin dikemudiankan oleh kerajaan. Lantaran itu, perhimpunan aman di malam ambang merdeka ini tentulah dapat difahami maksud dan tujuannya. Ia hanyalah sekadar medan untuk rakyat meluahkan perasaan dan agar kerajaan lebih mendengar rintihan mereka. Bagaimanapun, sementara sesetentah pemimpin dan ahli UMNO memahami dengan rasional tujuan perhimpunan itu, terdapat pula pihak lain yang cuba memesongkan pemikiran massa dengan mengatakan perhimpunan itu bertujuan menggulingkan kerajaan. Beratus-ratus laporan polis sudah dibuat untuk meminta polis mengambil tindakan terhadap perhimpunan yang didakwa mahu menggulingkan kerajaan itu. Walaupun sudah dijelaskan berkali-kali oleh pihak penganjur bahawa perhimpunan itu tiada kena-mengena dengan agenda menggulingkan kerajaan, namun ia seperti tidak diendahkan dan laporan polis terus juga dibuat. Termasuk yang tidak mahu faham dan turut mengaitkannya dengan tujuan menggulingkan kerajaan ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam yang turut mengetuai sekumpulan orang membuat laporan polis semalam. Rupa-rupanya bukan kalangan pemimpin muda daripada Pemuda UMNO saja yang tidak faham, pemimpin sudah beruban seperti Ali Rustam pun turut sama tidak faham. Hakikatnya, ketidakfahaman mereka itu lebih menggambarkan kebimbangan terhadap kejayaan perhimpunan tersebut. Mereka tahu rakyat sedang marah ketika ini dan ia mungkin mendorong ramai daripadanya untuk turut sama turun ke Dataran Merdeka. Jika ramai yang turun ke Dataran Merdeka, tentulah ia dilihat sebagai manifestasi bahawa rakyat semakin jauh dengan kerajaan. Tetapi ia cuma sekadar itu. Sambil merayakan sambutan tahun baru, mereka ingin juga melakukan sesuatu yang bermakna, selain daripada berhibur. Selebihnya mungkin hadir hanya untuk berhibur semata-mata. Tidak mungkin kerajaan terguling atau tumbang hanya kerana sekumpulan anak-anak muda mengadakan protes kenaikan harga barang. Sistem, budaya dan kedudukan masyarakat kita jelas tidak menerima kerajaan ditumbangkan melalui rusuhan atau tunjuk perasaan. Berdemo dan mengadakan tunjuk perasaan hanyalah sekadar meluahkan perasaan, lagi pula ia dibenarkan dalam Perlembagaan dan sesuai dengan janji Najib mengenai perhimpunan aman sendiri. Tidak mungkin kerajaan tumbang atau terguling hanya ketana perhimpunan seperti jni, kecualilah kerajaan Najib ini sudah begitu rapuh seperti biskut kering yang mudah dipatah atau lembut bila direndam dalam air. Tetapi adakah begitu keadaannya? Sejarah telah membuktikan bahawa kita ada rekod dan sistem tersendiri kalau mahu menukar kerajaan atau menukar Perdana Menteri. Jadi, janganlah kalut terlebih-lebih dengan perhimpunan ini. Begitu dengan kenyataan Timbalan Ketua Polis KL, Amar Singh Ishar Singh yang menyatakan perhimpunan itu bertujan menimbulkan kekecohan, malah menyatakan penganjur akan mendirikan beberapa khemah di sekitar Dataran Merdeka serta membawa pelbagai senjata termasuk bom ke perhimpunan itu. Kenyataan ini lebih bertujuan menakutkan rakyat dan tidak membantu memperbaiki imej kerajaan. Polis seharusnya lebih fokus kepada kawalan keselamatan dan mencegah sesuatu yang buruk. Jika ada bukti kukuh dan sahih, tangkaplah mereka yang terbabit itu walaupun secara realitinya ternampak mustahil penganjur secara terbuka mendirikan khemah dan membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan ke tempat awam. Jika benar polis mempunyai maklumat seperti itu, mereka yang terbabit seharusnya ditahan sebelum pun mereka sampai ke Dataran Merdeka lagi. Maklumat seperti ini tidak seharusnya diucapkan secara santai melalui media, kecualilah tujuannya hanya untuk menakut-nakutkan dan menghalang kehadiran rakyat. Walaupun sudah beratus laporan polis dan nyanyian mengguling kerajaan semakin kuat kedengaran, pihak polis tidak seharusnya mudah melatah dengan perkara ini. Biarkanlah anak-anak muda ini meluahkan perasaan mereka, tetapi mesti diingatkan supaya mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang buruk yang boleh menjejaskan keselamatan. Daripada menghebahkan pelbagai perkara yang tidak pasti, pihak polis sebaiknya memanggil penganjur terlibat dan meminta jaminan tiada kekecohan, huru-hara atau keganasan daripada mereka atau mereka akan dipertanggungjawabkan jika berlaku sesuatu yang buruk. Kerajaan seharusnya lebih bijaksana menangani isu, manakala sikap kalut dan reaksi berlebih-lebih hanya memperlihatkan kepimpinan Najib sedang rapuh dan umpama biskut kering saja kedudukannya. |
Negara Mampu Hasil 3.4 Juta Tan Metrik Padi Pada 2020 - Tajudin Posted: 30 Dec 2013 03:07 AM PST MSTAR ONLINE PUTRAJAYA: Negara mampu mengeluarkan 3.4 juta tan metrik padi setahun menjelang 2020 dengan purata pengeluaran 10 tan sehektar, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman. Katanya keyakinan itu berasaskan pengeluaran sekarang yang mencecah 1.7 juta tan setahun dengan purata 5.4 tan sehektar. Walaupun tanah sawah terhad, pengeluaran boleh dioptimumkan menerusi teknologi moden dan penggunaan benih berkualiti tinggi serta kaedah pengairan yang baik, kata dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kebangsaan Kumpulan Pengguna Air, di sini, Isnin. Beliau berkata setakat ini permintaan beras negara ialah sekitar 2.6 juta tan dengan sebahagiannya ditampung menerusi import. Sementara itu, Pengarah Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian kementerian, Syed Abdul Hamid Syed Shuib berkata Kumpulan Pengguna Air (KPA) diwujudkan bagi membantu pihak pembekal air mengagihkan air secara baik, sekali gus membolehkan semua petani bertanam padi dua musim setahun atau lebih. "Harapan kementerian adalah supaya setiap petani ataupun pemilik sawah bersatu dalam satu KPA, mini estet, syarikat tujuan khas (SPV) dan sebagainya dalam mengusahakan penanaman padi secara besar-besaran," katanya dalam sidang media yang sama. Konvensyen kali ini disertai 150 anggota jawatankuasa KPA dan 50 pegawai dari jabatan dan agensi kementerian berkenaan yang terlibat dengan penanaman padi. - BERNAMA |
Beberapa Kawasan Di Miri & Mukah Terputus Hubungan Akibat Tanah Runtuh - Jabu Posted: 30 Dec 2013 03:06 AM PST MSTAR ONLINE KUCHING: Beberapa kawasan di Miri dan Mukah kini terputus hubungan jalan raya akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat yang berterusan sejak hampir seminggu. Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Seri Alfred Jabu berkata kejadian tanah runtuh itu turut menjejaskan perhubungan darat antara daerah kecil Bakong dan bandar raya Miri. Kerja-kerja memulihkan jalan raya yang terjejas sedang dilaksana, kata Jabu selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa bencana negeri, di sini, Isnin. Katanya keadaan hujan lebat yang berterusan itu juga menyebabkan air sungai Batang Baram di Miri dan Batang Kemena di Bintulu melimpahi tebing dan membanjiri kawasan rendah. "Jawatankuasa ini melalui jabatan dan agensi yang terlibat telah menghantar bantuan kepada penduduk yang terjejas akibat banjir ini," katanya. Sementara itu, kenyataan media jawatankuasa berkenaan yang diedar kepada media kemudian menyatakan 261 mangsa banjir membabitkan 60 keluarga di Miri dan Bintulu telah dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan. Daripada jumlah itu, 222 orang di Bintulu, manakala 34 orang di Niah dan lima di Marudi, masing-masing daerah kecil di Miri. - BERNAMA |
Rafizi: Emel palsu dibawa ke Dewan Rakyat Posted: 30 Dec 2013 01:09 AM PST Ainudin Othman PETALING JAYA: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan membawa isu penyebaran berita palsu yang mengaitkannya dengan plot menanam bom setiap kali persidangan Dewan Rakyat. Rafizi hari ini membuat laporan polis terhadap empat blog pro-Umno yang bertanggungjawab menyebar berita dan email palsu untuk mewujudkan suasana huru-hara. Laporan dibuat terhadap blog The Unspinners, The Flying Kick, bidaman.blogspot.com dan badutrakyat.blogspot.com di balai polis Tropicana kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi. "Saya akan pastikan kes ini dibawa ke Dewan Rakyat setiap kali ada persidangan sehinggalah keempat-empat blogger Umno ini disiasat dan dikenakan tindakan undang-undang," katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN. "Jika PDRM hanya menyiasat saya dan bukan dalang di belakang email palsu dan blogger yang menyebarkan berita dan email palsu tersebut, jelas mereka (polis) hanya menjadi alat kepada Umno bagi tujuan politik," tegasnya. Tambahnya, propaganda mengenai plot menggulingkan kerajaan ini hanyalah satu taktik untuk mengalihkan perhatian dari pelbagai kegagalan BN setakat ini. "Saya syak ini satu perencanaan terancang untuk membina persepsi kononnya ada plot menggulingkan kerajaan menjelang 31 Disember. "Rencana di blog-blog itu yang memaparkan email palsu yang direka itu menuduh kononnya saya terlibat di dalam plot menanam bom tersebut," kata Rafizi. "Ia taktik lama untuk menutup kemarahan rakyat mengenai kenaikan harga barang, pembelian kondominium mahal RM110 juta oleh anak Datin Seri Rosmah Mansor, pelaksanaan GST dan kenaikan tol,"katanya. |
Akta GST tak halang kenaikan harga barang Posted: 30 Dec 2013 01:07 AM PST Ainudin Othman KUALA LUMPUR : Tidak ada peruntukan dalam rang undang-undang GST ( RUU cukai barangan dan perkhidmatan) untuk mengekang kenaikan harga barang, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. "Dalam RUU GST 2009 yang dibekalkan kepada ahli parlimen, tidak ada satu pun Bahagian atau Fasal menyatakan peniaga wajib menurunkan harga sekiranya peniaga telah menuntut cukai input dari pembelian dan kos perniagaannya," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN. Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan kerajaan cuba menurunkan harga barang dengan pengenalan GST. "Pandangan beliau itu cetek tidak mengambil kira suasana praktikal apabila GST dilaksanakan. Mungkin kerana beliau tidak pernah pun berkhidmat di dalam sektor perniagaan," kata Rafizi. Menurutnya kerajaan minoriti BN hanya melakukan propaganda dengan menyatakan pengenalan cukai GST akan menyebabkan harga barang turun. Sedangkan, kos yang ditanggung peniaga juga akan meningkat dan mengurangkan keuntungannya. "Walaupun peniaga boleh menuntut kembali cukai GST yang dibayar ke atas pembelian dan kos perniagaannya disebabkan kenaikan harga barang secara keseluruhan, cukai GST yang dituntut itu tidak mencukupi untuk menampung kenaikan kos perniagaannya. "Dalam keadaan BN hanya berharap supaya peniaga menurunkan harga tanpa ada peruntukan undang-undang untuk mengekang kenaikan harga, sudah tentu peniaga tiada pilihan lain kecuali menaikkan harga untuk memastikan perniagaan mereka tidak lingkup," tegasnya. |
Fitnah himpunan Turun guna skrip sama Posted: 30 Dec 2013 01:05 AM PST KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR : Kerajaan minoriti Umno-BN menggunakan 'skrip sama' untuk memfitnah himpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) 31 Disember ini, kata Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad. Kata Nik, sebelum ini media pro-BN seperti New Straits Times pernah memfitnah Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) pada September 2012 kononnya berkomplot dengan anasir asing untuk menggugat kestabilan negara. "Umno-BN menerusi institusi-institusi kerajaan dan media menabur fitnah dengan dakwaan bahawa akan berlaku keganasan untuk menggulingkan kerajaan dalam himpunan ini. "Skrip baru kononnya ada e-mel di antara Abdul Rahim Ghouse dan Rafizi Ramli mengenai bom di tapak perhimpunan. "Skrip ini skrip sama yang digunakan sebelum ini untuk perhimpunan Bersih dan sebagainya. Namun tuduhan seperti kononnya ada molotov cocktail dan parang habis begitu sahaja selepas (himpunan) Bersih," kata Nik dalam kenyataan. Katanya, kerajaan mengalihkan perhatian daripada tuntutan Turun yang mendesak kerajaan memerangi rasuah, menyusun semula subsidi korporat, menangguhkan pelaksanaan cukai GST, mendedahkan perjanjian konsesi tol dan menghapuskan monopoli gula. "NST pula terpaksa meminta maaf atas dakwaan akhbar tersebut bahawa beberapa NGO digunakan untuk menggulingkan kerajaan. Cukuplah memperbodohkan rakyat. "Kita sewajarnya mengucapkan tahniah kepada golongan anak-anak muda ini kerana mempunyai kepedulian sosial dan keberanian menyatakan pendirian," kata Nik. Justeru, beliau sendiri akan turut bersama hadir ke himpunan Turun dan menyeru anak-anak muda yang cintakan keadilan dan keamanan untuk bersama-sama pada 31 Disember ini. "Kita buktikan kita tidak akan tunduk kepada provokasi atau terpengaruh dengan propaganda murahan dan akan berhimpun secara aman untuk menyatakan pendirian kita," katanya. |
Bekas Ketua Polis Negara yakin himpunan esok aman Posted: 30 Dec 2013 12:49 AM PST Bekas Ketua Polis Negara itu itu berkata, beliau percaya dengan kemampuan anggota pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga sikap rasional rakyat Malaysia yang tidak akan mencetuskan keganasan. "Saya berkeyakinan dengan kemampuan polis untuk kendali situasi begini kalau wujud. "Kedua, saya yakin dengan masyarakat Malaysia yang rasional. "Atas dua premis ini, saya yakin perkara ini tak akan berlaku," katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini. Badan bukan kerajaan Turun Kos Sara Hidup (Turun) akan menganjurkan perhimpunan besar-besaran bersempena sambutan ambang Tahun Baru membantah kenaikan kos sara hidup. Pengerusi Turun, Muhammad Azan Safar telah ditahan polis ekoran penganjuran himpunan berkenaan pada 23 Disember lalu atas dakwaan ingin menggulingkan kerajaan. Kenaikan kos sara hidup telah menjadi tajuk hangat sejak beberapa bulan ekoran penstrukturan semula subsidi, yang mana menyaksikan kenaikan harga minyak, pemansuhan subsidi, kenaikan harga barang dan juga kenaikan tarif elektrik. |
Sebutlah Selalu "GULING KERAJAAN", Maka Benar-benar Kerajaan UMNO BN Akan Terguling! Posted: 30 Dec 2013 12:47 AM PST KELAB GREENBOC KUALA LUMPUR: Menuding suara rakyat membantah kenaikan kos sara hidup dengan tuduhan mahu menggulingkan kerajaan adalah dangkal dan tidak menghormati sentimen rakyat yang terpaksa menanggung bebanan keperluan harian yang semakin berat, bidas Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid. Menurut beliau, tuntutan rakyat supaya kerajaan mengawal dan menurunkan kos hidup yang semakin meningkat menerusi perhimpunan 31 Disember ini adalah wajar. "Perhimpunan yang bertujuan supaya suara rakyat untuk menuntut pihak kerajaan mengambil langkah mengatasi isu kenaikan kos hidup yang meningkat tidak harus dipandang serong. "Kami mengingatkan bahawa jika kerajaan terus menerus dengan sindrom menafi berlakunya kenaikan kos, dan kerajaan mendakwa bahawa kini kos sara hidup adalah manasabah dan meningkatnya kos tidak dapat dielakkan, maka rakyat pasti akan melihat kerajaan ini tidak bertanggungjawab," tegas beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini. Mohd Azmi berkata, jurang kaya miskin di negara ini masih ketara dan wujud kelompok berpendapatan tinggi di negara ini yang hidup mewah termasuk di kalangan pemimpin dan ahli keluarga pemimpin. Beliau mempersoalkan kewajaran rakyat untuk berdiam diri apabila wujud kepincangan dalam pengurusan kewangan negara sedangkan para pemimpin dan keluarga mereka terus menonjolkan kemewahan dan tidak prihatin terhadap kenaikan sara hidup yang ditanggung rakyat bawahan. "Tidak dapat dinafikan dengan kadar kenaikan sara hidup yang mendadak , keresahan rakyat akan beransur-ansur memuncak dan akhirnya keadaan tidak boleh terkawal lagi. "Keresahan ini bukan suatu yang dibuat-buat, apatah lagi tidak boleh dengan mudah dituduh perhimpunan yang digembleng bertujuan untuk menggulingkan kerajaan," jelas beliau. Beliau menyifatkan dakwaan kononnya perhimpunan Turun pada 31 Disember ini bertujuan menggulingkan kerajaan adalah tuduhan yang sangat tidak bertanggungjawab , malah menjadi petanda wujudnya sindrom nafi (denial syndrome) di kalangan pemimpin negara. "Kesempitan hidup kini dirasai oleh semua peringkat rakyat terutama di kalangan golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang merupakan lebih 80 % dari keseluruhan penduduk di negara ini. "Kesan berganda dan berangkai terhadap kos sara hidup pasti tidak dapat dielakkan bila kos pengangkutan naik serentak dengan kenaikan harga minyak mahupun tol lebuhraya," tegas beliau. Jika benar pemimpin kerajaan mengutamakan rakyat seperti yang sering didakwa , beliau menggesa supaya isu kos hidup ini ditangani segera. "Langkah yang sepatutnya diambil oleh kerajaan ialah menangani isu-isu utama ini dan menghormati suara rakyat yang mahu menyatakan kerasahan mereka melalui perhimpunan aman," katanya. -HD ULASAN GB "Himpunan Guling Kerajaan" - itulah ungkapan dan istilah yang digunakan oleh pihak berkuasa, terutama pihak polis bersama-sama dengan UMNO, para pencacainya dan NGO-NGO mesra-UMNO serta media massa arus perdana terhadap perhimpunan TURUN yang akan diadakan malam esok. GB merasa lega kerana pihak TURUN, parti-parti komponen Pakatan Rakyat, NGO-NGO mesra-PR tidak terlibat dengan himpinan yang dimaksudkan untuk guling kerajaan tersebut. Yang ada ialah himpunan untuk mendesak kerajaanj menurunkan harga barang akibat kenaikan kos sara hidup jika kenaikan harga barang tidak dibendung. Persoalan kini: kenapa dan mengapa pihak-pihak berkenaaan mengembar-gemburkan "guling kerajaan"? Takut dengan sebarang perhimpunan rakayt seperti BERSIH dan Black505 dahulu yang mendapat sambutan puluhan malah ratusan ribu rakyat? Kecut kerana merasakan kerajaan UMNO BN bakal tumbang kerananya? Terbukti, tanpa provokasi mana-mana pihak - kesemua perhimpunan yang dibuat dan disertai Pakatan tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini. Dan kini perkataan "guling kerajaan" digunakan dan promosikan secara meluas untuk mengugut dan menghalang rakyat menyertai perhimpunan TUUN malam esok. Menurut Ilmu Psikologi, sesuatu perkara yang tidak wujud tetapi apabila acapkali disebut dan diulang-ulang ia bakal menjadi kenyataan. Itu dinamakan Hukum Suggesti (cadangan). Apabila perkataan "guling kerajaan" diulang-ulang, ia akan diterima oleh alam separa-sedar sebagai "perkara yang benar" dan alam separa sedar akan bertindak mengikut seperti yang disebutkan. Maka akan berlakulah "realiti" iaitu kerajaan akan terguling! Di dalam Islam, kita diajar bahawa: "Setiap perkataan itu adalah doa" (Kullu kalam addu'a). Justeru itu apabila pihak polis, UMNO, NGO mesra-UMNO dan media massa arus perdana berkata bahawa himpunan yang hendak diadakan adalah himpunan untuk menggulingkan kerajaan BERARTI mereka sendiri yang mendoakan agar "kerajaan terguling", maka jangan salahkan orang lain jika ia bernar-benar berlaku nanti. Kamu yang mendoakan begitu! |
Kenaikan harga barang: Tiada aduan atau menteri tidak mendengar? Posted: 30 Dec 2013 12:44 AM PST Oleh Abdul Hadi Alias MEMBACA penuh minat laporan-laporan mengenai kenaikan harga barang. Selaku rakyat biasa, pastinya pengumuman menggila daripada kerajaan ini sedikit sebanyak memberi kegusaran kepada saya. Ramai berpendapat, sebagai salah seorang penduduk Sarawak, pastinya kurang terasa dengan pengumuman demi pengumuman yang dibuat dan bakal dibuat mengenai kenaikan harga barang. Di Sarawak, tiada pengumuman kenaikan tarif elektrik dan kenaikan tol. Ya, secara umumnya, penduduk Sarawak tidak begitu terjejas dengan pengumuman-pengumuman ini. Ini kerana, sudah sekian lama penduduk Sarawak dibebankan dengan kos sara hidup jauh lebih tinggi berbanding Semenanjung Malaysia. Tol-tol yang mahal di Sarawak Cadangan kenaikan tol-tol dalam bandar sekitar Lembah Klang memang merungsingkan. Bayangkan kenaikan sekitar RM0.30 hingga RM1.00 bakal meningkatkan perbelanjaan harian pengguna tol sebanyak RM9- RM30 sebulan. Namun, rakyat Sarawak tidaklah merasai kenaikan harga tol ini. Pertama, kerana ia kenaikan harga tol dalam bandar. Tol-tol sebegini tidak wujud di Sarawak. Kedua, kerana tol-tol Sarawak sudah jauh lebih mahal daripada itu. Seperti yang pernah diulas oleh Ketua Pemuda Sarawak, tol Jambatan Miri-Kuala Baram yang panjangnya hanya sekitar 1 kilometer, mengenakan tol RM10 bagi satu arah. Begitu juga dengan Jambatan Lanang, Sibu, yang pernah dijanjikan 'kajian' untuk pemansuhan tol oleh Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor pada tahun 2011, masih mengenakan bayaran tol RM3. Panjang jambatan ini hanyalah 1.2 km. Harapnya 'kajian' Kementerian Kerjaraya ini bakal disiapkan dalam waktu terdekat kerana sudah ramai yang mengadu terbeban dengan bayaran tol ini. (Jambatan Pulau Pinang, yang sepanjang 7.5 km, mengenakan bayaran tol RM9.40 bagi kenderaan kelas dua). Tarif elektrik yang mahal Pengumuman kenaikan tarif elektrik oleh TNB berkuat kuasa 1 Januari 2014 baru-baru ini adalah secara purata akan memberikan kenaikan 10.6% kenaikan atau 3.03 sen/kWh. Namun kenaikan ini dikatakan tidak menjejaskan lebih 70% pengguna elektrik yang menggunakan elektrik dengan kadar minimum (kurang 300kWh). Namun, sudah sekian lama, tarif elektrik yang dikenakan oleh kepada penduduk Sarawak ialah 34.00 sen/kWh bagi 100kWh pertama dan 29.00 sen/kWh bagi 100-200kWh kedua berbanding tarif elektrik Semenanjung Malaysia ialah 21.80 sen/kWh bagi 200kWh pertama. Mengambil peratus mudah perbandingan dengan penduduk Semenanjung, sebanyak lebih 70% penduduk kelas bawahan dan sederhana terbeban dengan kadar tinggi ini. Namun, yang lebih menarik adalah peratusan perbandingan dengan penduduk Semenanjung sebenarnya tidak tepat, kerana masih ramai penduduk Sarawak yang tidak mendapat bekalan elektrik yang sempurna. Sebagai contoh, Kampung Pasir, Lutong yang terletak tidak jauh dari pusat minyak dan gas Miri, masih menggunakan jenerator elektrik sehingga ke hari ini. Taraf kampung setinggan lebih menyukarkan mereka untuk mendapat kemudahan asas yang sempurna, ditambah pula kebimbangan dengan matlamat kerajaan negeri ke arah 'Setinggan Sifar' menjelang 2015 tanpa ada usaha ikhlas menempatkan mereka ke penempatan yang lebih sempurna. Dasar Kabotaj: Kenaikan berganda harga minyak Pastinya kenaikan harga minyaklah yang paling membebankan rakyat Sarawak. Namun, kenaikan ini merupakan kenaikan berganda bagi kami penduduk Sarawak. Dasar Kabotaj, yang digunakan kerajaan sejak tahun 1990 melalui pindaan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, sudah lama menyebabkan harga barangan ke Sabah dan Sarawak jauh lebih mahal berbanding Semenanjung Malaysia. Kenaikan harga minyak ini pastinya meningkatkan kos logistik barangan pengguna. Bagi penduduk Sarawak, kenaikan ini seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Secara umumnya, dasar ini membantu melindungi industri perkapalan domestik, tetapi natijahnya, kos barangan yang lebih mahal di Sabah dan Sarawak. Tiada aduan, atau menteri yang tidak mendengar? Beberapa hari yang lepas, seorang menteri dengan selamba menyatakan tiada aduan dan rungutan mengenai kenaikan harga barangan menunjukkan rakyat menyokong kenaikan ini. Tidak lama selepas itu, menteri yang sama menyatakan rakyat jangan merungut mengenai kenaikan harga barangan. Soalan saya kepada menteri ini, adakah tiada aduan, atau rakyat dibisukan atau menteri sendiri tidak mahu mendengar? Tidak lama selepas menteri ini membuat kenyataan-kenyataan ini, saya melawatsebuah kampung di pinggir Bandar Miri. Mereka bukan sahaja mengadu, malah marah dengan kenaikan harga barang ini. Kata mereka, hanya gaji mereka yang tidak naik-naik! Daftar masuk sahaja laman sosial Facebook atau Twitter atau apa-apa sahaja laman sosial, pastinya banyak luahan perasaan rakyat mengenai kenaikan harga barangan ini. Pelik, jika tulisan 'main-main' yang mungkin rekaan mengenai 'Himpunan Jatuhkan Kerajaan' dipandang serius dan dibuat aduan polis seluruh Malaysia oleh pengampu-pengampu kerajaan, masakan tidak pula mereka dan menteri terpandang aduan dan luahan mengenai kenaikan harga barang? Di mana menteri ini ketika rakyat sedang merintih mengadu? Adakah menteri ini tidak mendengar? Nota kaki: Adakah saya juga diarah keluar Malaysia oleh Ketua Wanita Umno Kuantan selepas ini? Mohon jangan diarah, saya masih sayangkan Malaysia. Cuacanya kurang enak akhir-akhir ini, tapi makanannya kelas pertama dunia! - * Penulis adalah Ketua Penerangan Pemuda PAS Sarawak. |
AKTIVITI YB: 200 murid gunting rambut percuma di DUN Seri Andalas Posted: 30 Dec 2013 12:38 AM PST SELANGOR KINIKLANG : Seramai 200 orang murid mendapat perkhidmatan gunting rambut percuma dalam satu program Gunting Rambut 'Back to School' yang dianjurkan Pejabat Khidmat ADUN Seri Andalas dan Ahli Majlis MPK N49A. Program ini diadakan di hadapan Pusat Aktiviti DUN Seri Andalas dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Setiap murid yang menyertai program ini diberi satu set alat tulis. Program mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan penduduk sekitar membawa anak-anak mereka untuk menyertai program ini. Program telah dirasmikan oleh ADUN Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dan juga Ketua Cabang Parti Keadilan Kota Raja. Turut hadir adalah Encik PS Rajoo, Ahli Majlis MPK dan Encik Manaf, Ahli Majlis MBSA. Dr Xavier mengucapkan terima kasih kepada Akademi LaJoise dan Giat MARA yang menyumbang tenaga kerja menggunting rambut serta penghargaan kepada semua sukarelawan yang menjayakan program ini. EZY |
Selangor bangun sektor pertanian, jalin rangkaian kerja bersama Nestle Posted: 30 Dec 2013 12:31 AM PST Oleh : NORHAYATI UMOR TANJUNG SEPAT,: Syarikat dari Switzerland, Nestle akan mengemukakan cadangan rangkaian kerja dengan kerajaan negeri dalam sektor pertanian bermula minggu ini. Exco Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi, berkata pihaknya akan mula membincangkan rangkaian kerja membabitkan Nestle dan masyarakat kampung itu. Baru-baru ini, kerajaan negeri menjalin kerjasama dengan Nestle untuk menjadikan Selangor sebagai hub peringkat Asia Tengah dalam sektor pertanian. Sallehen berkata, pemilihan Nestle dibuat ekoran kejayaan syarikat yang berasaskan produk makanan itu memperoleh pendapatan tinggi walaupun sekadar mengusahakan tanah seluas 10 hektar. Katanya, 20 peratus sahaja yang diperlukan bagi memenuhi keperluan dalam negara sementara selebihnya dieksport ke luar negara daripada hasil perusahaan Nestle itu nanti. "Walaupun 10 hektar, tetapi pendapatan syarikat itu sama dengan pendapatan tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand. "Jadi minggu ini, Nestle akan memulakan rangkaian kerjanya. Sebagai contoh jika mereka mahu cili, jadi masyarakat kampung akan terbabit dengan penanaman cili begitu juga dengan pengeluaran lain. "Jadi pengusaha tempatan tidak akan membazirkan walau seinci tanah yang dimiliki bagi mendapat hasil yang baik," katanya dalam ucapan perasmian di Karnival Mesra Rakyat, di Pantai Kampung Batu Laut, di sini, semalam. Selain itu, Sallehen memaklumkan kerajaan negeri sudah meluluskan pewartaan kira-kira 404 haktar tanah di kawasan Tanjung Sepat sebagai zon pertanian. "Ia penting untuk meletak zon bagi kawasan terbabit supaya memastikan kawasan pertanian itu kekal dan masyarakat kampung boleh menjalankan aktiviti pertanian," katanya.-NFN- |
Mayat siswa S'pura ditemui di lubuk Air Terjun Stong Posted: 29 Dec 2013 04:14 PM PST Mayat pelajar Universiti Kebangsaan Singapura yang hilang selepas tergelincir dari tebing Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai, malam tadi, ditemui pasukan penyelamat hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli Penolong Penguasa Bomba Soleh Nasir berkata pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat Lee Jun Jie, 23, pada 9.50 pagi di dalam sebuah lubuk di kawasan Air Terjun Stong, kira-kira 100 meter dari Kem Baha yang dijadikan tempat perkhemahan mangsa bersama 22 lagi rakannya. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat, katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Dalam kejadian itu, Lee, yang sedang melihat pemandangan waktu senja semasa berhenti untuk berkhemah di Kem Baha, tergelincir dari tebing disebabkan keadaan tanah yang licin akibat musim hujan lalu terjatuh ke dalam Air Terjun Stong. Mangsa bersama rakan-rakannya tiba di Dabong, Kuala Krai petang semalam dengan menaiki kereta api, dan mendaki Gunung Stong untuk berkhemah di situ. Lapan belas anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Jeli dan Kuala Krai serta polis (10), Jabatan Pertahanan Awam (7), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (7) dan Renjer Hutan (3) terlibat dalam operasi mencari mangsa. Gunung Stong mempunyai ketinggian 1,422 meter dan Air Terjun Jelawang yang terletak di gunung tersebut merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara. Kem Baha terletak kira-kira 400 meter dari kaki Gunung Stong merupakan kem pertama yang perlu disinggahi pendaki sebelum meneruskan pendakian ke Puncak Ayam yang terletak di Gunung Stong. - Bernama |
Jingga 13 juga mahu saman Amar Singh Posted: 29 Dec 2013 04:12 PM PST Satu lagi NGO, Jingga 13, turut merancang untuk mengemukakan saman ke atas Datuk Amar Singh Ishar Singh sekiranya timbalan ketua polis Kuala Lumpur itu enggan menarik balik tuduhan yang mengaitkan pertubuhan tersebut dengan rancangan menimbulkan kekacauan pada malam 31 Disember. Timbalan Koordinator Jingga 13, Amizudin Ahmat berkata tuduhan tersebut berniat jahat, berunsur fitnah yang melampau serta tidak masuk akal sama sekali dan bertujuan mengalih isu besar mengenai bantahan kenaikan harga barang. "Jingga 13 tidak pernah sama sekali mengeluarkan sebarang kenyataan atau arahan kepada mana-mana pihak sama ada melalui apa jua instruments merancang untuk mengadakan kekacauan, apa lagi bersabit penggunaan senjata atau bom bagi tujuan mengguling kerajaan," katanya. Amizuddin ditemui selepas beliau selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini. Laporan polis tersebut mendesak pihak polis mengemukakan bukti bahawa Jingga 13 terlibat dengan segala pertuduhan yang dibuat. Amizudin berkata Jingga 13 juga merancang untuk mengemukakan saman ke atas akhbar Utusan Malaysia dan stesen TV3 berhubung tuduhan sama. "Jingga 13 tegas menyatakan bahawa segala tuduhan jahat yang dikaitkan dengan kami adalah berupa fitnah serta bertujuan memburukkan imej kami serta bertujuan menakut-nakutkan rakyat dengan isu kekacauan, huru hara, senjata dan bom tangan," kata beliau. Semalam, Amar Singh mengumumkan empat NGO telah dikenalpasti dalang untuk mengadakan kekacauan dan himpunan gulingkan kerajaan pada malam 31 Disember depan. Kumpulan tersebut adalah Jingga 13, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). SAMM telahpun menyatakan bahawa mereka akan menghantar notis saman kepada Amar Singh Isnin ini. |
Rafizi: Siasat penulis blog isu emel 'letupan' Posted: 29 Dec 2013 04:11 PM PST Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata beliau terkejut dipanggil memberi keterangan berhubung sebaran emel yang mendakwa akan berlaku kejadian letupan semasa perhimpunan pada malam 31 Disember. Beliau berkata Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sepatutnya menyiasat penulis blog dan juga akhbar yang didakwanya menyebarkan emel khabar angin tersebut. "Hal ini bukan saja drama yang teruk, tapi mewujudkan satu duluan yang teruk. "Adakah selepas ini jika ada orang dapat emel mengenai cerita (Datin Seri) Rosmah (Mansor), PDRM akan panggil beliau (Rosmah)? MP Pandan itu juga berkata beliau tidak tahu menahu mengenai sebarang usaha berhubung apa-apa letupan pada malam 31 Disember. "Satu-satunya bom yang saya tahu ialah kuih bom," kata MP muda itu secara berseloroh. Rafizi tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 11:30 pagi tadi diiringi peguamnya N. Surendran dan Pengerusi Biro Guaman PKR, Latheefa Koya. Beliau kini sedang memberi keterangan setelah dipanggil untuk siasatan hari ini. Sementara itu Surendran berkata PDRM patut menarik balik anggapan buruk terhadap Rafizi kerana ia hanya tohmahan semata. "Saya beri amaran jika mereka (PDRM) tidak minta maaf atas tuduhan ini, kita akan saman di mahkamah," kata beliau. |
BERSIH: K'jaan guna taktik sama tekan TURUN Posted: 29 Dec 2013 04:09 PM PST MALAYSIAKINI Usaha kumpulan masyarakat sivil untuk mengadakan bantahan atas kenaikan kos sara hidup mula mendapat tekanan oleh agensi kerajaan yang menuduh kumpulan terbabit cuba menggulingkan kerajaan.Penganjur demonstrasi di Dataran Merdeka yang dipromosi sebagai Himpunan Turunkan Harga berkata tujuan protes tersebut adalah untuk memberi tekanan kepada kerajaan kerana menaikkan harga minyak, gula, elektrik dan beberapa barangan dan perkhidmatan. Usaha berkenaan kini terhalang dengan laporan polis dan juga perisytiharan dari Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh bahawa para peserta demonstrasi merancang untuk membawa senjata dan bom tangan semasa perhimpunan tersebut. Ketua NGO Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Azan Safar yang menjadi antara penggerak bantahan tersebut berkata tindakan pihak berkuasa itu serupa seperti dengan kronologi drama menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0, masing-masing pada 2011 dan 2012. Taktik sama tekan BERSIH "Ini taktik sama yang digunakan seperti masa lalu untuk memburukkan himpunan rakyat," kata Azan ketika dihubungi Malaysiakini. Beliau melihat bahawa tindakan itu menunjukkan kerajaan cuba mengelak dari menjelaskan justifikasi kenaikan harga barang. Azan menegaskan bahawa perhimpunan itu akan berlangsung secara aman tetapi beliau tetap khuatir sekiranya pihak yang menentang acara tersebut akan melakukan sabotaj. Pihak polis menerima lebih 2,000 laporan polis pada 2011 oleh pihak yang membantah penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0. Malah dua hari sebelum protes pada 9 Julai, pegawai sama, Amar Singh mendedahkan polis menjumpai berbelas parang dan 'molotov cocktail' yang didakwa disimpan oleh penganjur demonstrasi. "Seperti TURUN, kerajaan turut menuduh kami cuba menggulingkan kerajaan selepas kami menganjurkan himpunan BERSIH 3.0 pada 2012," kata pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah ketika dihubungi. BERSIH telah mengemuakan saman ke atas New Straits Times berikutan dakwaan tersebut, dan akhbar tersebut kemudiannya memohon maaf. Maria berkata beliau hairan mengapa kerajaan masih melakukan modus operandi yang sama terhadap Turun. "Mereka (kerajaan) harus tahu rakyat tidak lagi mempercayai taktik sebegini. Rakyat lebih bijak dan mempunyai lebih akses maklumat. 'Kerja gila' "Adalah lebih baik untuk kerajaan belajar dan menjawab soalan dengan bijak, bukannya melakukan kerja gila seperti ini," kata beliau. Beliau menambah yang TURUN, seperti BERSIH memperjuangkan isu rakyat yang jelas dan bermakna. Sejurus himpunan TURUN diumumkan, sebuah gambar misteri disebarkan di sosial media yang mempromosi acara "himpunan gulingkan kerajaan" dengan tarikh dan tempat yang sama dengan himpunan TURUN. Pemimpin akar umbi BN serta NGO berkaitan Umno membuat lebih 1,000 laporan polis atas "himpunan guling" tersebut. Polis dengan pantas menahan Azan atas dakwaan menjalankan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen tapi kemudiannya terpaksa membebaskannya kembali kerana gagal mendapatkan perintah reman. Polis juga cuma menahan pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, seorang lagi yang giat mempromosikan bantahan ini. Walaupun para aktivis berulangkali berkata protes mereka menumpukan isu kenaikan harga barang sahaja, media berkaitan kerajaan terus memainkan peranan dan menggunakan terma "himpunan gulingkan kerajaan" dalam laporan berita mereka. Kemuncaknya, blog pro Umno semalam menerbitkan sebuah emel didakwa dihantar oleh Abdul Rahim Ghouse, seorang yang rapat dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada pengarah strategi PKR Rafizi Ramli. Emel bertajuk "C for Chaos" (C untuk Kekacauan) itu mendakwa akan terdapat berlaku beberapa "letupan kecil" pada hari tersebut. Rahim menafikan menghantar emel tersebut sementara Rafizi menganggap ia satu 'drama yang teruk'. |
Pelajar Singapura hilang di Gunung Stong Posted: 29 Dec 2013 04:01 PM PST HARAKAHDAILY KOTA BHARU: Seorang pelajar Universiti Kebangsaan Singapura yang sedang berkhemah di Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai, hilang selepas tergelincir dari tebing gunung itu malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli Penolong Penguasa Bomba Soleh Nasir berkata dalam kejadian kira-kira 7 malam, Lee Jun Jie dikatakan sedang melihat suasana pemandangan waktu senja ketika berhenti berkhemah di Kem Baha. Dia kemudian dilaporkan tergelincir dari tebing disebabkan keadaan tanah yang licin akibat musim hujan dan dikhuatiri terjatuh ke dalam Air Terjun Stong yang terletak kira-kira 18 meter di bawah Kem Baha, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Beliau berkata 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jeli dan Kuala Krai ditugaskan untuk mencari dan menyelamat mangsa sejak malam tadi. Operasi disambung semula 7.30 pagi ini dengan bantuan polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Kuala Krai dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia Kuala Krai. Difahamkan, mangsa bersama 23 rakannya tiba di Dabong, Kuala Krai petang semalam dengan menaiki kereta api, dan mendaki Gunung Stong untuk berkemah di situ. Gunung Stong mempunyai ketinggian 1,422 meter dan Air Terjun Jelawang yang terletak di gunung tersebut merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara. Kem Baha terletak kira-kira 400 meter dari kaki Gunung Stong merupakan kem pertama yang perlu disinggahi pendaki sebelum meneruskan pendakian ke Puncak Ayam yang terletak di Gunung Stong. - Bernama |
50% muka baru dalam Badan Perhubungan PAS S'wak Posted: 29 Dec 2013 03:59 PM PST KUCHING: PAS Sarawak kali ini melantik 50 peratus anak muda dalam saf kepimpinan baru Badan Perhubungan PAS Negeri itu. Dengan mengekalkan tiga Timbalan Pesuruhjaya sebelum ini, perubahan dibuat bagi jawatan Setiausaha PAS Negeri yang diamanahkan kepada Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus menggantikan Mohd Fidzuan Zaidi yang dipertanggungjawabkan sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri. Berikut senarai penuh saf kepimpinan Badan Perhubungan PAS Sarawak 2013-2015. Pesuruhjaya Haji ADAM AHID Timbalan Pesuruhjaya 1 Ustaz SALMAN HISHAM (Kekal) Timbalan Pesuruhjaya 2 Cikgu MD SHOKRI AHMAD FAUZI (Kekal) Timbalan Pesuruhjaya 3 Haji JOFRI JARAIEE (Kekal) Setiausaha ABANG AHMAD KERDEE ABANG MASAGUS (Baru) Penolong Setiausaha 1 MOHD MUKHLIS SUHAILI (Baru) Penolong Setiausaha 2 MUHAMMAD NIZAR AHMAD (Baru) Penolong Setiausaha 3 ZAIDI SAID (Baru) Bendahari MOHD AZWANI ABDUL RANI (Sblm ini Ketua Penerangan) Ketua Penerangan ANDRI ZULKARNAIN HAMDEN (Baru) Pengarah Pilihanraya MOHD FIDZUAN ZAIDI (Sebelum ini SU) Ketua Pemuda MOHD ARIFIRIAZUL PAIJO Ketua Muslimat JURINA MUT AJK-AJK:- 1. AZMAN FAIZ 2. AHMAD NAJIB ABDUL 3. AIZAN MOHD NOOR (Baru) 4. Haji KIPRAWI AMAN (Baru) 5. SALLEHAN MOHAMMAD (Baru) 6. HABSAH BUJANG 7. Ustazah SYARIFAH HANIM MOHD (Baru) Pembentukan saf kepimpinan ini dibuat pada mesyuarat di Markas badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak di sini malam tadi. Ia dibuat mengambil tema "Iltizam untuk Sarawak" sebagai gagasan persediaan berdepan pilihan raya negeri yang dijangka berlaku seawal November 2015. Selain membentuk tanzim itu, PAS Sarawak juga membuat keputusan mensasarkan untuk bertanding sekurang-kurangnya 10 kerusi Dun dalam pilihan raya itu nanti. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan