Isnin, 16 Disember 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


20,000 bantahan dihantar: Ratusan warga KL himpun depan Menara DBKL

Posted: 16 Dec 2013 04:39 AM PST

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar membawa masuk kotak berisi surat bantahan kenaikan cukai pintu ke DBKL. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Disember, 2013.Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar membawa masuk kotak berisi surat bantahan kenaikan cukai pintu ke DBKL. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim,  























Ratusan warga kota berhimpun di hadapan Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini bagi menghantar bantahan terhadap kenaikan cukai pintu bermula Januari 2014.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyerahkan notis bantahan itu kepada pegawai Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan menerima cop penerimaan.

Sementara ahli parlimen Kuala Lumpur itu menghantar notis bantahan kepada Datuk Bandar, ribuan warga kota hari ini mendesak Datuk Bandar turun ke perkarangan Menara DBKL.

Nurul Izzah berkata, Ahmad Phesal pada tahun lalu menyatakan prestasi cemerlang akaun DBKL tetapi mahu menaikkan kadar cukai pintu bermula Januari depan.

Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, berkata terdapat lebih 20,000 surat bantahan terhadap cadangan kenaikan cukai pintu dihantar menjelang tarikh tutup bantahan esok.

"Kenaikan cukai pintu bagi pemilik hartanah di KL tidak adil dan tidak boleh diterima," kata Ahli Parlimen Cheras daripada DAP, Tan Kok Wai.

Nurul Izzah berkata, permohonan maaf Menteri Wilayah, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor perlu disusuli dengan tindakan tegas oleh DBKL dengan tidak menaikkan kadar cukai pintu kerana banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

"Saya terima baik ucapan maaf Tengku Adnan tetapi ucapan itu perlu digandingkan dengan tindakan yang serius di mana kenaikan perlu dibatalkan sehingga semua pendengaran dilaksanakan dan kelemahan dibaiki.

"Belanjawan DBKL juga wajib dibentangkan di Parlimen. Itu permohonan kami. Datuk Bandar perlu ingat beliau bukan dipilih oleh rakyat tetapi dilantik oleh kerajaan persekutuan," katanya yang melihat tugas menggalakkan warga kota menghantar surat bantahan seharusnya dilakukan oleh DBKL.

Sementara itu, Chua percaya sekiranya DBKL masih bertegas mahu menaikkan cukai pintu, ramai warga kota yang enggan membayarnya.

"Saya fikir ramai yang tidak akan bayar kerana ramai warga kota tidak berpuas hati dan daripada segi undang-undang, DBKL perlu mengadakan sesi pendengaran," katanya.

Hujung bulan lalu, Nurul Izzah menggesa Menteri Wilayah Persekutuan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur meletakkan jawatan atas kekeliruan warga kota berhubung kenaikan cukai pintu bermula Januari 2014.

Katanya, ketelusan dan akauntabiliti merupakan isu yang boleh dipersoalkan berhubung kenaikan cukai pintu dengan kenyataan berbeza di antara Tengku Adnan dan timbalannya, Datuk Loga Balan Mohan Jaganathan selain Ahmad Phesal yang dilihat tidak memberikan penjelasan sebenar.

"Mereka semua mesti letak jawatan. Apa guna ada kementerian atau datuk bandar jika isu ini tidak dapat diselesaikan," katanya.

Nurul Izzah berkata, sehingga ke hari ini DBKL masih tidak memberikan hujah konkrit mengapa cukai pintu perlu dinaikkan.

Loga Balan semasa perbahasan di Dewan Rakyat pada bulan lalu mengumumkan cadangan kenaikan cukai pintu DBKL ditangguhkan bagi membolehkan orang ramai memberi maklum balas.
Katanya, tarikh sebenar pelaksanaan cukai tersebut masih belum ditetapkan.

"Saya ada berita gembira untuk ahli ParliWarga Kuala Lumpur berkumpul membantah kenaikan cukai taksiran yang dikenakan DBKL bermula Januari. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Disember, 2013.Warga Kuala Lumpur berkumpul membantah kenaikan cukai taksiran yang dikenakan DBKL bermula Januari. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, men terutama mereka yang tinggal di Kuala Lumpur. Pelaksanaan cukai taksiran yang baru ditangguhkan sehingga Mac tahun depan," katanya.

Selang beberapa hari, Tengku Adnan membetulkan kenyataan timbalannya dengan mendakwa tarikh akhir bantahan kenaikan cukai pintu tetap pada 17 Disember ini dan kenaikan akan bermula Januari 2014.

Beliau berkata, meskipun kenaikan bermula tahun hadapan namun pemilik hartanah dibenarkan menangguhkan pembayaran sehingga satu keputusan muktamad dicapai di antara DBKL dan warga kota.

Tengku Adnan turut menjawab teka-teki berhubung kaedah DBKL menjalankan tinjauan bagi membuat taksiran cukai pintu setelah dikecam oleh pembangkang dan warga kota.

Katanya, tujuh pendekatan digunakan bagi membuat tinjauan untuk mentaksirkan cukai baru dan cukai tidak dinaikkan tetapi kadar sewa semasa yang dinilai semula.

"Cara penilaian ialah pegawai ke lapangan, menggunakan ejen hartanah, melihat iklan, transaksi lalu, nasihat LHDN, carian internet dan kajian melalui telefon. Ia dijalankan sejak beberapa bulan lalu.

"Kita tidak buat penilaian. Kita berdasarkan kadar sewaan. Kalau berdasarkan penilaian lebih teruk. Sebagai contoh jika rumah teres di Jalan Telawi, ketika membeli rumah itu RM75,000 30 tahun lalu, tetapi sekarang harganya tiga juta ringgit. Kalau berdasarkan tiga juta ringgit lagi teruk," katanya.

Kenaikan harga tol: Pengguna boleh guna jalan biasa, kata menteri

Posted: 16 Dec 2013 04:34 AM PST

OLEH MD IZWAN

Datuk Seri Abdul Wahid Omar (tengah) memberi ucapan mengenai keadaan macro ekonomi negara di Putrajaya Convention Centre hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.Datuk Seri Abdul Wahid Omar (tengah) memberi ucapan mengenai keadaan macro ekonomi negara di Putrajaya Convention Centre hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari. 
























Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, kenaikan tol yang bakal berlaku tahun hadapan adalah munasabah.

"Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium.

"Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut," kata Abdul Wahid di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Wahid juga menegaskan pihak konsesi perlu menjalankan kajian daya saing untuk memastikan sama ada pengguna dapat menerima kadar tol baru yang dicadangkan sebelum ia dilaksanakan.

"Projek ini dicadangkan dan dilaksanakan oleh sektor swasta dan kerajaan kerajaan akan tentukannya berdasarkan keperluan memandangkan kita perlu pertimbangkan memperbaiki infrastruktur pada kos lebih rendah," terang beliau lagi.

Beliau bagaimanapun mengakui dalam kes dengan pengendali terbesar lebuh raya negara, PLUS, kerajaan mempunyai perjanjian dengan mereka untuk mengekalkan kadar tol hingga tahun 2015.

"Sebagai contoh dengan PLUS, terdapat peluang untuk memanjangkan tempoh konsesi dan mengekalkan kadar tol sehingga tahun 2015 dan kami telah lakukannya," kata Abdul Wahid.

Hujung minggu lalu, Abdul Wahid berkata enaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Beliau berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.

Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.

Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.

Pakatan Rakyat menentang cadangan tersebut kerana langkah itu hanya memberi keuntungan kepada syarikat konsesi dan tidak kepada pengguna.

Pemuda Umno bantah kenyataan tidak sensitif menteri berhubung kenaikan tol

Posted: 16 Dec 2013 04:32 AM PST

OLEH MUZLIZA MUSTAFA


















Pemuda Umno hari ini mengkritik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar atas saranannya kepada pengguna lebuh raya menggunakan jalan alternatif sekiranya tidak bersetuju dengan kenaikan tol.

"Kami tidak bersetuju dengan kenyatannya. Beliau perlu lebih berhati-hati dengan apa yang dikatakan.

Kenyataan itu memperlihatkan rasa tidak sensitif terhadap keperluan rakyat," kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun (gambar) dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

"Terpulang kepada rakyat untuk memilih dan jangan mengajar mereka," katanya.

Terdahulu, Abdul Wahid berkata pengguna jalan raya yang tidak bersetuju dengan kenaikan tol boleh menggunakan jalan alternatif biarpun syarikat konsesi akan menyelaras kadar kenaikan mengikut jumlah trafik.

"Kami menyediakan jalan alternatif kepada mereka yang sanggup membayarnya. Kepada yang berasa kadar tersebut terlalu tinggi, mereka ada pilihan untuk tidak melaluinya," katanya.

Khairul berkata Pemuda Umno mempunyai beberapa cadangan yang dapat diteliti oleh Putrajaya dan syarikat konsesi.

Salah satu cadangannya adalah syarikat konsesi mengurangkan tol melalui Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR).

"Kami tahu terdapat klausa dalam perjanjian membenarkan kerajaan mengurangkan harga. Apa yang kami tahu, hampir semua konsesi mendapat untung besar," katanya.

Media melaporkan kadar tol akan dinaikkan sebanyak 30 sen ke RM1.

Khairul berkata peningkatan harga hanya dapat dipersetujui jika kajian mendalam dilakukan berhubung peningkatan trafik dan ramalan keuntungan sesebuah lebuhraya.

"Lebuh raya seperti Lebuh Raya Baru Lembah Klang dan Lebuh Raya Damansara Puchong, tiada masalah untuk menjana keuntungan.

"Mengapa syarikat konsesi tidak menunjukkan tanggungjawab mereka dan mengurangkan harga sebagai sebahagian daripada CSR? Ia tidak terhad kepada sumbangan dan acara tahunan. Ini juga boleh dipraktikkan," katanya.

Khairul berkata Pemuda Umno turut mencadangkan kepada Putrajaya agar pengangkutan awam dikecualikan daripada kenaikan tarif elektrik.

"Kerajaan mahu rakyat menggunakan lebih banyak pengangkutan awam akibat kenaikan harga minyak tetapi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula mahu mengkaji tambang LRT dan monorel," katanya.

Beliau berkata Pemuda Umno hanya memberi tekanan kepada kerajaan berhubung isu berkaitan rakyat tetapi cadangan penyelesaian juga diberikan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini berkata siri kenaikan tarif kerajaan akan memberi kesan kepada rakyat dan harus dibincangkan ke Kabinet.

Khairy turut mengakui tsunami kenaikan harga adalah siri yang dirancang setelah ditunda dua ke tiga tahun lalu.

Tenaga Nasional Berhad mengumumkan kenaikan 15% kadar elektrik bermula tahun hadapan.
Kerajaan juga membuat kejutan apabila mengumumkan kadar tol akan dinaikkan bermula tahun depan.

Lembap macam Barisan Nasional

Posted: 16 Dec 2013 04:26 AM PST



Oleh ZULKIFLI YAHAYA


KENYATAAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Shahidan Kassim bahawa pengurusan banjir di Malaysia adalah yang terbaik di Asia Tenggara ternyata hanya propaganda untuk membohongi rakyat Malaysia. Zaman di mana makkumat cuma di hujung jari, rakyat dapat membuat perbandingan dengan pantas sekali. 

Di media sosial, tersebar foto pengurusan banjir di Thailand di mana khemah dan sekatan disediakan untuk setiap mangsa banjir.

Thailand bukan negara majoriti umat Islam tetapi mereka tahu menghormati hak persendirian.
Malaysia sebuah negara Islam yang akan meletakkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam perlembagaan, mangsa banjir diuruskan ala kadar oleh kerajaan BN. Lelaki, perempuan, kecil, besar, tua, muda dihimpunkan dalam satu dewan – langsung tidak mengikut Sunnah.

Masalah bagi kaum wanita hendak menyalin pakaian atau menyusu anak. Kalau wanita Muslim diasingkan pada satu  tempat, boleh juga mereka membuka tudung.

Bagi yang mahu mempertahankan syariat terpaksalah menutup aurat 24jam sepanjang berada di pusat penempatan banjir. Kerajaan BN tidak sempat untuk memikirkan itu semua, Mungkin kerana menganggap semua itu bukan masalah besar. Isteri Perdana Menteri pun sentiasa berbogel kepalanya.

Banjir melanda lima buah negeri kali ini iaitu Johor, Melaka, Pahang, Terenggau dan Kelantan.
Hampir 70 ribu terpaksa dipindakan di seluruh negara merupakan jumlah yang sangat besar.

Pahang dan Terengganu adalah dua buah negeri yang paling terkesan. Ada kawasan air banjir hingga mencecah bumbung. Kawasan yang jarang ditimpa banjir turut mengalaminya untuk kali pertama.

Ada yang berpindah ke pusat penempatan yang juga dinaiki air. Pelbagai kerumitan dialami oleh mangsa banjir. Mereka tidak dipindahkan segera dengan bantuan pelbagai unit dalam kerajaan. Ramai yang terpaksa menyelamatkan diri dengan inisiatif sendiri.

Foto seorang ibu mengharung air paras dada sambil mendukung bayi sangat menyayat hati. Ramai yang menitiskan air mata melihatnya, lalu bertanya apa kerajaan buat untuk bantu mangsa banjir?

Dalam keadaan mangsa banjir keputusan bekalan makanan, terdapat pusat penempatan yang tidak dapat menyediakan makanan dengan segera dan mencukupi. Keadaan diburukkan lagi dengan ketiadaan bekalan air dan elektrik. Bayangkan anakanak kecil yang kelaparan dan kesejukan. Jika tidak kerana bantuan NGO dan Unit Amal PAS yang turut membantu, mungkin terdapat mangsa yang kebuluran.

Dilaporkan pada peringkat awal hanya Jabatan Pertahanan Awam yang turun membantu.
Masalah kekurangan bot, lori dan pacuan empat roda menghantui gerakan membangtu mangsa di peringkat awal. Selepas hari ketiga baru tentera turut serta.

Seperti diduga kerajaan akan memberi alasan bahawa banjir yang berlaku adalah di luar jangkaan, justeru berlaku kelemahan di sana sini. Alasan seperti itu jangan diberitahu kepada rakyat yang cerdik kerana mereka tahu bahawa ia cuma alasan untuk menutup kelembapan kerajaan BN.

Pengerusi Majlis Keselamatan Negara adalah Perdana Menteri sendiri. Beliau mempunyai jentera yang cukup untuk menangani isu banjir tetapi mengapa tidak buat persediaan dari awal?

Di negara lain, melalui kajian saintifik mereka mampu mengesan ancaman ribut yang bakal berlaku lalu membuat persediaan. Di Malaysia sudah termaklum setiap hujung tahun terdapat ancaman banjir.

Dengan kadar air hujan yang turun sepatutnya, banjir sama ada kecil atau besar sudah mampu diramal. Apakan daya kerajaan kerajaan Malaysia terlalu lembap. Perkara semudah itupun tidak mampu diuruskan.

Jika ada pertandingan kerajaan paling lembap di dunia dari segi menghadapi bencana, mungkin Malaysia boleh dapat tempat teratas.

Sewaktu mangsa banjir bertarung nyawa dan alami penderitaan akibat kemusnahan harta benda, para pemimpin Umno sibuk bergelak ketawa di perhimpunan agung, sibuk memaki hamun pembangkang dan menabur fitnah.

Sibuk pula memuja-muji 'Wanita Pertama Malaysia' hingga ada kalangan rakyat yang termuntah-muntah.

Nyawa rakyat seolah-olah bukan keutamaan lagi bagi para pemimpin Umno.

Banyak perkara sudah yang Allah tunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa BN bukanlah kerajaan yang baik untuk mengurus kebajikan rakyat.

Banjir besar kali ini adalah satu dari bukti kelembapan BN itu.

Soalnya berapa ramai rakyat yang sedar bahawa BN adalah peneraju kerajaan yang lembap dan perlu ditukarkan?

Fitnah Lucah Intelektual Dakwah dll…

Posted: 16 Dec 2013 04:21 AM PST



Oleh Dinsman

SAYA sedang menyusun buku baru. Bukan menulis, tetapi menyusun, daripada esei-esei atau artikel yang pernah terbit dalam kolum Wacana Budaya ini, sejak awal 2008 hinggalah yang terbaru November 2013.

Bukanlah semuanya, kerana semuanya sudah ada lebih daripada 400 artikel. Saya pilih 100 lebih sikit saja. Campur dua lagi yang dari sumber lain daripada WB. Tebal jugalah!

Buku baru ini saya namakan Fitnah, Lucah, Intelektual, Amerika, Dakwah, Kata Benar dll… Macam pelik sikit namanya 'kan? Tapi rasa-rasanya nama itu memang sesuai; mewakili dan menggambarkan isi kandungannya.

Kumpulan esei-esei dalam buku ini sengaja dipilih yang bukan mengenai seni-budaya. Jadi tidak adalah tulisan mengenai teater, jelajah budaya, muzik, diskusi buku, ulasan buku, tokoh budaya, bahasa, puisi, mengenai A Samad Said dan yang seumpama itu. Juga mengenai Kelantan pun tidak ada, sebab sudah diterbitkan dalam buku Kelantan 22 Tahun Bukti Kejayaan, kira-kira setahun yang lalu.

Jadi, 110 esei atau 111 itu (kenapa 'atau 111' itu akan anda ketahui bila membeli bukunya nanti) memang mengenai "fitnah, lucah, intelektual, Amerika, dakwah, kata benar" dan lain-lain.
Rupa-rupanya ada enam perkara itu yang menjadi subjek kegemaran saya selama ini. Saya pun tak perasan. Bila sedang memilih dan menyusun itu barulah perasan.

Fitnah, lucah, intelektual, Amerika, dakwah, kata benar… Itu tentulah selain daripada subjek Tok Guru Nik Aziz, Kelantan, A Samad Said, teater dan seni-budaya yang sememangnya menjadi subjeksubjek kegemaran saya.

(Tetapi selepas beberapa bulan TG Nik Aziz tidak lagi menjadi Menteri Besar nampaknya sudah kelihatan semacam mulai ada sedikit demi sedikit kelainan yang berlaku di Kelantan. Namun apapun, saya tak mahu komen lagi. Masih dalam pemerhatian.) Yang pentingnya bukan perkara yang enam itu menjadi subjek kegemaran. Tetapi yang pentingnya ialah enam perkara itu adalah isu-isu penting dalam masyarakat kita sejak September 1998. Fitnah dan lucah itu – itulah dua musibat yang telah mewarnai wajah politik dan sosial masyarakat kita hingga menjadi hodoh dan semakin hodoh, rosak dan semakin rosak, tetapi diselindungi oleh pihak berkuasa yang penuh rasuah dan licik itu. Memang itulah subjeknya.

Bagi orang yang menulis mengenai masyarakat Malaysia khasnya politik dan sosial, bagi tempoh 10 tahun ini, kalau tidak menyentuh, menyorot atau mengkaji dan menganalisis mengenai gejala fitnah dan lucah, tidak lengkaplah kajian dan tulisannya.

Bermula daripada saat Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno melalui konspirasi fitnah yang penuh kelucahan itu, di situlah bermulanya satu era baru bagi masyarakat Malaysia. Ia telah mengubah hampir segalagalanya, terutamanya soal nilai, kebenaran, pembohongan, dan yang penting sekali ialah peranan fitnah dan penipuan dalam sistem politik kita.

Sebenarnya enam perkara itu bukanlah semuanya subjek kegemaran. Saya pun hanya sesekali sahaja menulis mengenai perkara yang lain daripada seni-budaya. Hanya apabila perkara-perkara itu begitu sekali ketara, menonjol, hingga mengganggu ketenteraman hati dan minda, seperti halnya fitnah kelucahan kali yang ke berapa itu, sekitar Mac 2011, maka saya pun menulis "Kelucahan melampau, 14 mufti yang bungkem".

Dan saya dapati perkara itu memang sentiasa ada dalam masyarakat kita. Perkara firnah dan lucah itu. Kita ada 14 orang mufti, semuanya diam membisu membiarkan fitnah dan kelucahan merebak dan merosakkan masyarakat.

Bayangkanlah, orang boleh mendakwa dia diliwat dan dia tampil bergaya membuat sidang media, disokong oleh mediamedia utama dan pihak yang berkuasa, hingga dia menjadi seperti seorang 'hero'.

Itulah nilai yang mencorakkan masyarakat kita. Dalam masa yang sama dikatakan gerakan dakwah dalam masyarakat kita pun sedang meningkat dan mendapat sambutan besar dan hebat. Beberapa orang tokoh dakwah menjadi popular hingga lebih popular daripada bintangbintang penghibur (penyanyi dan pelakon filem). Mereka pun mempunyai kadar bayaran yang tinggi disebabkan permintaan yang tinggi di pasaran.

Itukah dakwah? Itukah dakwah yang dimaksudkan oleh baginda Nabi s.a.w.? Maka saya pun turut menyorot perkara ini beberapa kali. Melihat persamaan antara dakwah dengan hiburan, dan dalam masa yang sama juga melihat gejala keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi dan orang dewasa kita.

Pandangan saya mungkin betul dan mungkin salah mengenai dakwah ini, hingga apabila orang hendak melabelkan teater saya sebagai berdakwah, saya jadi keberatan menerimanya. Sebab apa?
Sebab saya lebih banyak melihat para pendakwah itu (termasuk yang bergelar alim-ulama) menjenakakan ilmu lebih daripada memuliakan ilmu, ketika mereka berceramah.

Manakala subjek "berkata benar" pula memanglah menjadi moto atau prinsip yang dijulang dan diperjuangkan oleh kumpulan kami – Seniman Paksi Rakyat (Paksi). Di situlah kami berdiri, maka kami dapat melihat jelas pelbagai pembohongan, penipuan, kerakusan kuasa, kemunafikan, penyelewengan dan pelbagai sikap dan sifat yang negatif di kalangan para penguasa dan juga di kalangan kawan-kawan sendiri.

Dari tempat berdiri yang sama itulah juga kami selalu memerhatikan tingkah laku dan perangai orang-orang politik (termasuk kawan-kawan) yang selalu sibuk melampau dengan hal-hal politik mereka, hingga segalanya mahu dipolitikkan, dan tidak pernah ada masa untuk hal-hal yang bukan politik, sedangkan hidup ini bukanlah semuanya mengenai politik. Maka bagaimanakah kehidupan kita boleh menjadi harmoni dan seimbang?

Ada banyak lagilah sebenarnya. Ada 111 tajuk yang berbeza. Dan kenapa Amerika pun ada dalam tajuk buku ini? Intelektual pun ada! Tak dapatlah saya nak jelaskannya di ruang yang terhad ini. Tunggulah bukunya terbit tak lama lagi.

Harap-harap sebelum terbit matahari tahun 2014, buku ini sudah siap untuk dilancarkan.
Maka sesiapa yang berminat, nak beli buku atau nak buat pelancaran buku ini di tempat mereka, silalah SMS saya – 019- 7172408.

Perlis Bakal Jadi Negeri Pertama Miliki Capaian Internet Berkelajuan Tinggi

Posted: 16 Dec 2013 04:17 AM PST

 MSTAR ONLINE
 
 
KANGAR: Perlis bakal menjadi negeri pertama yang memiliki capaian Internet berkelajuan tinggi sepenuhnya apabila kemudahan Pelan Jalur Negara di negeri itu siap menjelang 2016.

Menteri Besar, Azlan Man berkata, fasa pertama projek itu dilaksana bulan inidengan nilai pelaburan keseluruhan RM49.2 juta.

Inisiatif itu bagi membolehkan capaian Internet mencapai kelajuan sehingga 20 megabit sesaat seperti yang dikehendaki oleh pelabur, katanya ketika membentangkan Bajet 2014 Perlis, di Dewan Undangan Negeri, di sini Isnin.

Beliau juga mengumumkan semua penjawat awam negeri itu akan menerima bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500.

Terdahulu, Azlan berkata bajet bertema 'Kemakmuran Ekonomi, KesejahteraanRakyat, Ke Arah Perlis Maju 2015' itu memperuntukkan RM188.84 juta bagi perbelanjaan mengurus dengan anggaran hasil RM82.77 juta.

Sekalipun ini bajet defisit, kerajaan negeri memfokuskan kepada usaha merancakkan ekonomi, memperkasa sektor pertanian dan meningkatkan kesejahteraan rakyat, katanya.

Antara projek ekonomi yang dirancang ialah ternakan ayam bersepadu dengan kos RM270 juta yang akan menyediakan 700 peluang pekerjaan selain beberapa projek pembangunan lain, katanya.

Azlan berkata, untuk bidang pertanian pula kerajaan negeri memperuntukkan RM4.97 juta bagi pembangunan industri padi, buah-buahan dan sayur-sayuran, selain RM1.1 juta untuk meningkatkan amalan teknologi tanaman padi secara pakej bagi mencapai sasaran lima tan sehektar.

Katanya, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM3.82 juta untuk bidangternakan dan perikanan.

Beliau berkata, untuk memajukan lagi perikanan, kerajaan negeri sedang mengenal pasti lokasi bagi membangunkan Pelabuhan Perikanan Antarabangsa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Kuala Perlis.

"Untuk kesejahteraan rakyat pula, sebanyak RM7 juta diperuntuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi penyaluran bantuan kepada lebih 4,300 penerima," katanya.

Menurut Azlan, kerajaan Perlis juga akan membina dua masjid, iaitu di Bintong dan Batu Dua Lama, selain menjaga kebersihan sumber air dengan peruntukan RM11.7 juta.

Kerajaan negeri juga memperuntukkan RM2.7 juta untuk membaik pulih sistem saliran bagi menangani masalah banjir, katanya.

Mengenai sukan pula, beliau berkata bagi memastikan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2014 berjalan lancar, kerajaan negeri sedang membina dan menaik taraf fasiliti sukan menerusi peruntukan berjumlah RM76.17 juta.

"Kerajaan negeri juga memperuntukkan RM3.28 juta kepada Majlis Sukan Negeri untuk persiapan Sukma, termasuk RM1.45 juta bagi pembangunan atlet," katanya. - BERNAMA

Insinerator Akan Dibina Di Tanah Merah, Port Dickson

Posted: 16 Dec 2013 04:14 AM PST

MSTAR ONLINE


Mohamad Hasan.
 
 
SEREMBAN: Sebuah insinerator berteknoloji tinggi bagi mengatasi masalah pelupusan sisa pepejal akan dibina di tapak seluas 40 hektar di Tanah Merah, Port Dickson, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata insinerator, model sama yang digunakan di kebanyakan negara maju, dijangka beroperasi pada 2015 dan akan menampung pelupusan sampah dari daerah Seremban, Port Dickson dan Rembau.

"Kita memerlukan insinerator ini kerana tapak pelupusan sampah sedia ada tidak boleh menampung lagi dari segi jumlah kapasiti dan juga membahayakan kesihatan," katanya ketika menjawab soalan Cha Kee Chin (DAP-Bukit Kepayang) semasa membahaskan usul Belanjawan 2014 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di sini, Isnin.

Mohamad berkata, insinerator itu akan dikendalikan oleh Cypark Resources Berhad dan ia mempunyai kemudahan menghasilkan tenaga biogas yang memberikan aliran tenaga diperbaharui bagi kegunaan penduduk kawasan sekitar.

"Kemudahan insinerator ini lebih selamat dan efisyen serta tidak memudaratkan kesihatan penduduk," katanya sambil menjelaskan 80 peratus tapak pelupusan sampah yang menggunakan kaedah lama sudah ditutup antaranya di Bukit Palong, Sua Betong, Pajam dan Kuala Sawah.

Katanya, kerajaan negeri juga turut mewartakan tapak pelupusan sampah yangditutup dengan tidak dibenarkan sebarang projek pembangunan di kawasan berkenaanbagi tempoh 25 tahun.

"Ini adalah kerana gas 'methane' yang terhasil dari bawah tanah di tapak pelupusan sampah kaedah timbus itu boleh membahayakan kesihatan orang ramai," katanya.

Beliau berkata, pembinaan insinerator baharu itu telah mendapatkan kelulusanJabatan Alam Sekitar (JAS). - BERNAMA

Perlu Ada Bukti Kukuh Untuk Dakwa Pengikut Syiah - Jamil Khir

Posted: 16 Dec 2013 04:11 AM PST

MSTAR ONLINE


Jamil Khir.


PUTRAJAYA: Jabatan agama perlu mempunyai bukti yang kukuh untuk melakukan pendakwaan terhadap pengikut fahaman Syiah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Ini kerana katanya, perkara sedemikian tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

"Dakwaan hanya boleh dilakukan menerusi pengakuan individu itu sendiri selainmemerlukan saksi bagi menguatkan pendakwaan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Pencegahan Jenayah Syariah, di sini Isnin.

Sehubungan itu, Jamil Khir meminta semua pihak agar tidak mengukur tindakan yang diambil oleh jabatan agama terhadap pengikut Syiah hanya bersandarkan bilangan kes yang diselesaikan.
"Jabatan agama sangat serius mengenai soal akidah ini.

"Di Selangor sahaja, mahkamah syariah menerima sejumlah 251 kes berkaitan fahaman Syiah bagi tempoh 2010 hingga 2013. Perkara ini mungkin tidak dihebahkan di media massa menyebabkan ramai yang tidak tahu mengenainya," katanya.

Beliau juga menegaskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan agensi berkaitan akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dan polis bagi memerangi kegiatan Syiah di negara ini. - BERNAMA

Gangguan Bekalan Air: Sebahagian Pengguna Mungkin Tidak Hadapi Masalah

Posted: 16 Dec 2013 04:07 AM PST




PETALING JAYA: Sebahagian penduduk Lembah Klang tidak akan mengalami masalah semasa gangguan bekalan air berikutan kerja penyelenggaraan selama 13 jam pada Selasa di loji rawatan air 2 Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2 ) oleh Puncak Niaga Sdn Bhd sekiranya mereka tinggal berdekatan dengan takungan air atau terletak di kawasan rendah.

"Terdapat pengguna yang 'terjejas' mungkin langsung tidak menghadapi sebarang gangguan," Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Priscilla Alfred.

Beliau turut menjelaskan bahawa pemulihan bekalan air itu bergantung kepada kedudukan geografi kawasan yang terjejas.

"Bekalan air dijangka kembali pulih seperti biasa dengan lebih cepat bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan takungan air atau di kawasan rendah," katanya.

Beliau berkata, terdapat bekalan air yang mencukupi dalam takungan air untuk disalurkan kepada pengguna bagi kegunaan normal sepanjang kerja-kerja penyelenggaraan selama 13 jam bermula Selasa di SSP2.

Sebahagian SSP2 ditutup dari pukul 8 pagi sehingga 9 malam bagi bagi menggantikan papan suis, pembaikan paip dan penggantian suis injap, dan tambahan pekerja dilaksanakan untuk mempercepatkan kerja-kerja penyelenggaraan.

"Bekalan air akan pulih secara berperingkat-peringkat dari pukul 9 malam Selasa sehingga 8 pagi Ahad.

"Pengguna di Kuala Lumpur dan Selangor dinasihatkan supaya menggunakan air secara berhemat," tambah beliau.

Bagi mendapatkan senarai penuh kawasan yang terjejas dan terkini mengenai gangguan, layari laman web www.syabas.com.my , www.facebook.com / PUSPEL dan laman sosial Twitter atau menghubungi talian bebas tol 1800-88-5252.

Pemilihan MCA: Pencalonan Ditutup; Liow, Gan, Ong Rebut Jawatan Presiden

Posted: 16 Dec 2013 04:06 AM PST




KUALA LUMPUR: Datuk Seri Liow Tiong Lai, Gan Ping Sieu dan Datuk Seri Ong Tee Keat akan merebut bagi jawatan Presiden MCA pada pemilihan parti yang akan diadakan 21 Disember ini.

Datuk Wee Ka Siong dan Datuk Donald Lim pula akan bertanding untuk jawatan timbalan presiden parti.

Seramai 186 calon menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding dalam 96 jawatan apabila tempoh pencalonan bagi pemilihan MCA ditutup pada pukul 5 petang.

Sebanyak 31 daripada 96 jawatan adalah jawatan utama MCA, 34 untuk sayap Pemuda dan 31 bagi sayap Wanita.

Sementara itu, hanya seorang calon bagi jawatan timbalan pengerusi Wanita apabila proses pencalonan ditutup.

Datuk Lee Pit Chern, 62, merupakan calon tunggal yang menang tanpa bertanding bagi jawatan timbalan ketua Wanita.

Berikut merupakan senarai pencalonan:

Presiden:
1. Liow Tiong Lai
2. Gan Ping Sieu
3. Ong Tee Keat

Timbalan Presiden:
1. Wee Ka Siong
2. Donald Lim Siang Chai

Naib Presiden:
1. Lee Wei Kiat
2. Kong Cho Ha
3. Wee Jeck Seng
4. Hou Kok Chung
5. Chew Mei Fun
6. Chong Itt Chew
7. Leong Yong Kong
8. Chua Tee Yong
9. Lee Chee Leong

Anggota Jawatankuasa Pusat:
1. Tan Ken Tan
2. Ong Ka Chuan
3. Chai Kim Sen
4. Ong Soon Boon
5. Boey Chin Gan
6. Yoo Wei How
7. Wong Kooi Fong
8. Toh Chin Yaw
9. Chuah Poh Khiang
10.Yee Hee Leong
11.Paul Kong Sing Chu
12.Sim Eng Peng
13.Wong Tat Chee
14.Tan Teck Poh
15.Tan Teik Cheng
16.Koh Chin Han
17.Teh Chai Aan
18.Chee Sien Chen
19.Chew Kok Wah
20.Tan Cher Puk
21.Hoh Khai Mun
22.Tan Chong Seng
23.Ti Lian Ker
24.Tan Seong Lim
25.Koo Chin Nam
26.Chew Yin Keen
27.Lee Ban Seng
28.Tan Lee Huat
29.Low Kim Mang
30.Gan Chee Biow
31.Lau Lee
32.Leong Kok Wee
33.Goh Tee Tee
34.Teh Kim Poo
35.Yap Ching Leong
36.Daniel Ling Sia Chin
37.Gan Joon Zin
38.Dr Por Choo Chor
39.Chew Lian Keng
40.Chin Hong Vui
41.Kow Cheong Wei
42.Ng Chok Sin
43.Ooi Eyan Hian
44.Koh Nai Kwong
45.Tan Chin Meng
46.Ooi Siew Kim
47.Lua Choon Han
48.Dr Lee Hong Tee
49.Wong Koon Mun
50.Edward Khoo Keok Hai
51.Dr Chin Tung Leong
52.Dr Mah Hang Soon
53.Ei Kim Hock
54.Dr Lim Chin Fui
55.Gan Tian Loo
56.Teoh Sew Hock
57.Tee Hooi Ling

Wanita:

Ketua Wanita:
1. Heng Seai Kie
2. Tan Cheng Liang

Timbalan Ketua Wanita:
1. Lee Pit Chern

Naib Ketua Wanita:
1. See Meng Geok
2. Lim Bee Kau
3. Ong Chong Suen
4. Wong You Fong
5. Chin Kim Moi
6. Saw Ooi Leng

Jawatankuasa:
1. Ng Siok Hwa
2. Yap Kim Can
3. Wong Pik Min
4. Tan Tok Kee
5. Koo Lay Chak
6. Leong Siew Kam
7. Yap Yem Ming
8. Tan Wen Ooi
9. Chua Fong Ling
10.Wee Lee Hooi
11.Chiew Hong Lan
12.Lai Poey Yee
13.Tan Choo Kuan
14.Nyam Mei Ting
15.Teh Siew Boey
16.Chong Sau Chan
17.Kathleen Wong Mei Yin
18.Yin Ah Mooi @ Yin Yoke Mooi
19.Choong Saw Fen
20.Wong Kui Fong
21.Teh Lay Cheng
22.Teoh Saw Ling
23.Wong Fong Leng
24.Kwang Swee Yuen
25.Chai Yat Chiew
26.Tan Ying Moi
27.Ong Lean Cheng
28.Lim Henn Jinn @ Margaret Lim
29.Kok Yom Lan

Ahli Jawatankuasa Pusat (U35):
1. Monna Ong Siew Siew
2. Yap Lay Keat
3. Chan San San
4. Tee Choon Ser
5. Phoebe Lem Yoke Peng

Pemuda:

Ketua Pemuda:
1. Chong Sin Woon
2. Goh Gaik Meng

Timbalan Ketua Pemuda:
1. Ting Tai Fook
2. Lee Ching Yong

Naib Ketua Pemuda (Kategori Wanita:
 1. Tee Hooi Ling
2. Wong Siaw Ting

Naib Ketua Pemuda (Kategori Terbuka):
 1. Liew Mun Hon
2. Tia Hong Guan
3. Tan Chee Hiong
4. Tan Kok Eng
5. Leaw Kok Chan

Setiausaha Agung:
 1. Leong Kim Soon
2. Lim Ban Hong

Bendahari Agung:
 1. Lee Kee Chong
2. Yip Jiun Hann
3. Lee Beng Seng

Juruaudit:
 1. Lim Swee Hu
2. Lau Chin Kok
3. Lee Chai Wah

Ahli Jawatankuasa (Kategori Terbuka):
 1. Chua Hock Guan
2. Lim Chai Kui
3. Quek Tai Seong
4. Lee Han Lim
5. Phee Kuan Joo
6. Chong Choon Foon
7. Khor Chin Ghee
8. Yu Seng Chong
9. Wong Chin Chong
10.Wong Kok Fye
11.Yeong Kun You
12.Tan Hing Teik
13.Tee Kum Seng
14.Teh Sin Leng
15.Tan Tiong Lai
16.Tan Bok Koon
17.Ong Li Tak
18.Seow Choon Teik
19.Kelvin Koo Seng Kiat
20.Chan Sain Lek
21.Chew Junn Weng
22.Melvin Chua Kew Wei
23.Wong Yik Shieh

Ahli Jawatankuasa (Wanita):
 1. Yap Lay Keat
2. Teow Chia Ling
3. Tee Tze Wei
4. Nian Yen
5. Loh Bee Lay
6. Ching Suet Ling
7. Mandy Kaw Shuen Hui
8. Vivienne Loo Yean Ling
9. Yun Chooi Yee
10.Lee Li Kuan
11.Wai Bee Hoon
12.Tan Guet Ien
13.Sou Fong Peng
14.Chan Kit Mun
15.Khor Mei Lee
16.Hong Sinn Yee

Ahli Jawatankuasa (U30):
 1.Low Kah Guan
2. Loh Ching Soon
3. Choo Wei Sern
4. Wong Kar Hee
5. Tee Chin Shen
6. Chua Gor Thung
7. Koh Yee Yong
8. Wong Kai Shyuan
9. Haw Kok Ping
10.Ng Kee Chung
11.Yeo Kok Keng
12. Tan Yee Hang

Husam turun pangkat?

Posted: 16 Dec 2013 04:00 AM PST

 
Husam bukan sahaja kehilangan jawatan Exco Kerajaan Negeri selepas PRU ke 13 malah kali ini beliau diturunkan pangkat pula dalam kepimpinan negeri.




KOTA BARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa  (gambar) diturunkan pangkat dari Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan II kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan III.

Husam bukan sahaja kehilangan jawatan Exco Kerajaan Negeri selepas PRU ke 13 malah kali ini beliau diturunkan pangkat pula dalam kepimpinan negeri.

Dalam barisan Perhubungan PAS Kelantan yang diumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar Datuk Nik Amar Nik Abdullah dilantik Timbalan Pesuruhjaya Negeri I manakala tempat Husam diisi oleh Senator Johari Mat.

Ahmad Yakob yang juga Menteri Besar mengumumkan perlantikan  Zulkifli Mamat sebagai Setiausaha Perhubungan, manakala Datuk Nasaruddin Daud sebagai Ketua Penerangan dan Datuk Hanifa Ahmad sebagai Bendahari.

Ahmad melantik ahli parlimen Kota Baru, Datuk Takiyuddin Hassan sebagai pengarah pilihanraya dan beliau melantik semua Exco Kerajaan Negeri sebagai ahli jawatankuasa Perhubungan PAS Negeri,

Mereka termasuk Mumtaz Nawi, Datuk Dr Fadzli Hassan, Datuk Abdullah Mat Nawi dan Datuk Abdul fatah Mahmoof.

Husam tidak dapat dihubungi untuk komen selanjutnya.

Syiah: Jakim salah fakta

Posted: 16 Dec 2013 03:51 AM PST


 
Kenyataan Jakim bahawa amalan Syiah berkembang di Tanah Melayu selepas Revolusi Iran ialah menunjukkan Jakim tidak memahami Syiah.




PETALING JAYA: Dua hari lepas, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menegaskan bahawa semua ajaran dan fahaman Syiah menyeleweng daripada pegangan Ahl Sunnah Wal Jamaah (AWSJ) dan hukum syarak.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha (gambar)  berkata kajian jabatannya mendapati bahawa Syiah berasaskan ajaran Imamiyyah Ithna 'Ashariyyah atau Imam Dua Belas aktif selepas Revolusi Iran pada tahun 1979.

Jabatan tersebut turut mengenal pasti seramai 1500 pengikut Syiah.
Menurutnya penyelewengan ajaran Syiah Imam Dua Belas ialah seperti berikut:
a) meyakini imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada sebarang dosa
b) mengkafirkan para sahabat Rasulullah (c) tiada solat Jumaat
d) mengharuskan jamak solat fardu dalam semua keadaan
e) menghalalkan nikah muta'ah (f) penyanjungan keterlaluan kepada Saidina Ali ibu Abi Taib sehingga disamatarafkan dengan Rasulullah, Nabi Muhammad saw
(g) menambah nama Saidina Ali dalam kalimah syahadah selepas nama Nabi Muhammad.

Walau bagaimanapun, kajian antropologi dan sosiologi menunjukkan bahawa pengikut Syiah wujud di Tanah Melayu sejak berkurun lamanya sebelum tercetusnya Revolusi Iran.

Ini menunjukkan bahawa pihak Jakim tersilap di dalam kajian mereka.

Menurut satu rencana jurnal bertajuk "The Malaysian Shi'a: A Preliminary Study Of Their History, Opprsssion and Denied Rights" di dalam Journal Of Shi'a Islamic Studies Jilid 6,No 4, 2013, ajaran Syiah tiba di Malaysia seawal abad ke-tujuh ketika dunia Melayu menerima Islam.

Mazhab Ahl – Sunnah Wal Jamaah pula tiba ke dunia Melayu dalam abad ke 13.

Bukti paling kukuh berkenaan kedatangan pengaruh Syiah ini wujud di dalam Batu Bersurat Terengganu.  Batu bersurat ini juga menunjukkan bukti kedatangan terawal Islam ke Tanah Melayu.
 Ia berusia lebih 700 tahun dan menggunakan skrip tulisan Jawi.

Bukti pengaruh Syiah di dalam Batu Bersurat Terengganu ialah perkataan 'Santabi' atau 'Sahabi'.
Kajian dari sudut bahasa terhadap perkataan tersebut menunjukkan bahawa ia kata pinjaman dari Bahasa Sanskrit, 'Sanabhya' yang bermaksud hubungan darah.

Berdasarkan penterjemahan ini jelas terdapat pengaruh Syiah di dalam Batu Bersurat Terengganu kerana ia tidak merujuk kepada para sahabat Nabi Muhammad saw tetapi ahli keluarga baginda.

Antara tuduhan yang kerap dilontar terhadap masyarakat ialah yang berkaitan dengan solat.  Ada yang mendakwa bahawa Syiah hanya solat tiga waktu (telu) bertentangan dengan rukun Islam kedua.

Fiqh Jafari di dalam ajaran Syiah menyatakan bahawa Syiah juga menunaikan solat lima waktu. Yang berbeza hanyalah waktu solat.

Waktu Asar pengamal Syiah bermula sejurus selepas Zohor. Waktu solat Maghrib pula bermula sejurus selepas Asar.  Amalan ini berbeza dengan ASWJ di mana waktu solat Asar ialah sekitar pukul 4 dan Maghrib bermula pada waktu matahari terbenam.

Ajaran Syiah juga tidak menyamatarafkan Saidina Ali sebagaimana yang didakwa Jakim. Selain itu imam tidaklah maksum sebagaimana dakwaan Syiah.

Pengikut Syiah menerima fakta bahawa Nabi Muhammad saw menerima wahyu daripada Allah swt.
Imam merujuk kepada Imam 12 iaitu Ali ibn Abi Taib , Hasan ibn Ali (Al-Mujtaba), Hussein ibn Ali (Sayyid as Syuhada), Ali ibn Hussein (al-Sajjad), Muhammad ibn Ali (Baqir al-ulum), Ja'far ibn Muhammad (As – Sadiq), Musa ibn Ja'far (al-Kazim), Ali ibn Musa (Ar-Redza), Muhammad ibn Ali (Al-Taqi), Ali ibn Muhammad (Al-Hadi), Hasan ibn Ali(Al-Askari) dan Muhammad ibn Hasan (Al-Mahdi).

Imam 12 dianggap sebagai pemimpin yang menjaga kesucian Islam.

Lihat juga:
Jakim kenal pasti 1500 pengamal Syiah

Menteri Muda Sarawak dirompak, kereta dilarikan

Posted: 15 Dec 2013 11:31 PM PST

SINAR HARIAN

Liwan Lagang  
Liwan Lagang


KUCHING - Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan negeri, Liwan Lagang dirompak dan kenderaannya dilarikan dua penjenayah dalam satu kejadian awal hari ini.
  
Menurut jurucakap polis, dalam kejadian 6.10 pagi itu Liwan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Belaga turut mengalami kecederaan pada paha kanan akibat terkena pisau ketika bergelut dengan perompak terbabit.
  
"Kejadian berlaku ketika mangsa berhenti untuk membeli surat khabar di Kota Sentosa selepas menghantar anaknya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk balik ke Bintulu.
  
"Apabila beliau hendak keluar dari kenderaan pacuan empat rodanya, datang dua lelaki bersenjatakan pisau dengan seorang memakai topeng, mengarahkannya keluar dari kenderaan," kata jurucakap itu kepada Bernama di sini.
  
Menurutnya berlaku pergelutan antara Liwan dan suspek yang menyaksikan Menteri Muda itu mengalami kecederaan selepas terkena pisau sebelum ditarik keluar oleh suspek.
  
"Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dengan memandu kenderaan milik beliau," kata jurucakap itu lagi.
  
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan Supt Pauzi Bujang mengesahkan kejadian dan polis sudah melancarkan gerakan mengesan suspek dan kenderaan yang dilarikan. - Bernama

KJ bawa kos sara hidup belia ke Kabinet

Posted: 15 Dec 2013 11:27 PM PST

SINAR HARIAN

Khairy Jamaluddin 
 Khairy Jamaluddin


KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan menyuarakan kebimbangan golongan belia berhubung isu kenaikan kos sara hidup semasa mesyuarat Kabinet, pada Rabu.

"Saya mengambil maklum apa yang dibangkitkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) yang mewakili semua belia di luar sana berhubung kos sara hidup. Saya akan suarakan kerisauan golongan belia ini pada mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang II Penggal ke-29 2013-2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Khairy berkata tiga perkara pokok bagi golongan belia di negara ini ialah kos sara hidup, rasuah dan kejadian jenayah.

"Perkara ini perlu dibangkitkan di peringkat Jemaah Menteri supaya tidak ada tekanan dalam kalangan rakyat," katanya.

Beliau mengulas ucapan Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohd Rapiee yang membangkitkan kebimbangan dan kerisauan golongan belia berhubung peningkatan kos sara hidup.

Mohamed Maliki turut menyatakan kebimbangan golongan belia berhubung Komuniti Ekonomi Asean (AEC) yang dijangka dilaksanakan pada 2015.

"Golongan belia ingin tahu mengenai kadar fiskal, kadar cukai dan landskap serantau kesan daripada komuniti ekonomi itu," katanya.

Terdahulu, Khairy dalam ucapannya berkata Kementerian Belia dan Sukan sedang dalam proses semakan semula Dasar Pembangunan Belia Negara (1997) bagi menghasilkan Dasar Belia Malaysia (DBM) yang lebih mantap dan komprehensif.

"Semakan semula dasar ini sedang diperkemas dan diperinci dengan mengambil kira penambahbaikan dan penyesuaian dengan peredaran masa kini serta dasar-dasar utama negara.

"Cadangan DBM juga dirangka agar menepati keperluan dan suara hati belia Malaysia," jelasnya.

Mengenai Parlimen Belia Malaysia (PBM), Khairy berkata sehingga kini, seramai 147,514 orang belia sudah mendaftar sebagai pemilih, iaitu 73.48 peratus daripada 200,000 sasaran minimum yang ditetapkan.

"Pemilihan untuk ahli Parlimen Belia dijangka pada Februari 2014 dan persidangan akan diadakan pada April 2014. Saya menyeru kepada semua agar bersama-sama membantu promosi Parlimen Belia yang akan berakhir pada 31 Disember ini," katanya. - Bernama

Jawatankuasa Fatwa Perlis haramkan daun ketum

Posted: 15 Dec 2013 11:21 PM PST

SINAR HARIAN
Dr Juanda Jaya  
Dr Juanda Jaya

KANGAR - Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan penggunaan daun ketum dan produknya kerana pengunaan tumbuhan itu membawa kerosakan kepada mereka yang menggunakannya.
  
Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa pada 30 Oktober lepas dan sudah disembah maklum kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.
  
Jawatankuasa memandang serius masalah ketagihan ketum yang boleh mengancam masa depan ummah dan akhir-akhir ini didapati menular dalam kalangan generasi muda termasuk murid sekolah rendah, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
  
Sehubungan itu juga kata Juanda, jawatankuasa tersebut mengusulkan kepada kerajaan agar mewujudkan undang-undang dan hukuman lebih berat seperti tindakan penyalahgunaan dadah, bagi mengekang ketagihan ketum.
  
"Letakkan penyalahgunaan daun ketum dan produknya di bawah Akta Dadah Berbahaya berbanding sekarang di bawah Akta Racun 1952 yang hanya membawa hukuman denda sehingga RM10,000 dan/atau penjara selama empat tahun bagi mereka yang disabit memiliki, memproses atau menjual daun ketum," katanya.

Selain itu katanya, pihak polis juga menghadapi masalah untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap suspek kerana mereka yang ditahan atas kesalahan berkaitan daun ketum tidak boleh direman, sebaliknya dibebaskan sementara menunggu didakwa.
  
Diharapkan dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Perlis ini akan memantapkan lagi tugas pihak berkuasa dalam mengawal penyalahgunaan daun ketum yang pada satu ketika dulu pernah dijadikan ubat tradisional, katanya.
  
Juanda juga menegaskan keputusan Jawatankuasa Fatwa Perlis itu dibuat selepas mendengar penjelasan pihak polis dan Jabatan Kesihatan negeri berhubung penggunaan daun ketum.
  
Ketagihan daun ketum ini bukan sahaja memudaratkan kesihatan individu terbabit tetapi juga menyebabkan seseorang itu agresif dan cepat marah, kata Juanda lagi. - Bernama

Surat terbuka kepada Kementerian Pendidikan Malaysia

Posted: 15 Dec 2013 04:17 PM PST

Mohamad Firdaus Ismail
 

Keputusan permohonan pertukaran guru bagi sesi Januari 2014 keluar pada 25 November 2013. Bagi yang berjaya tahniah diucapkan. Namun bagi yang tidak berjaya, keputusan itu adalah sesuatu yang amat mengecewakan. Bagi saya sendiri, kekecewaan kegagalan permohonan pada kali ini adalah sangat besar dan maha hebat berbanding sebelumnya.

Terdapat pelbagai isu yang masih berterusan mengenai proses pertukaran guru ini. Namun fokus tulisan bukan untuk menyentuh isu kelemahan sistem pertukaran tersebut.

Bagi permohonan kali ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui menterinya,  Mary Yap Kain Ching selakuTimbalan Menteri Pendidikan I, berulangkali mengeluarkan kenyataan untuk menambahbaik proses permohonan. Antara lain adalah untuk mengkaji semula pertukaran guru yang sudah berkahwin bagi mendekatkan guru yang berjauhan ini dengan pasangan masing-masing seperti disiarkan di akhbar. (Boleh baca di sini dan di sini).

Kenyataan yang berulang kali keluar di media utama ini memberi harapan kepada guru berkahwin terutama seperti saya. Kenyataan di media ini boleh dikatakan sebagai janji KPM kepada semua guru terlibat. Namun adalah amat mendukacitakan apabila keputusan permohonan pertukaran dikeluarkan, keputusannya masih gagal.

Untuk pengetahuan, saya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Jadi, bagi saya KPM seperti hanya menabur janji manis tetapi tidak dapat memenuhinya. Selepas keputusan permohonan dikeluarkan, KPM memberi peluang kepada semua guru yang gagal untuk membuat rayuan. Permohonan bagi rayuan ini ditutup pada 10 Disember yang lepas.

Namun, keputusan bagi rayuan tersebut tidak pula dinyatakan oleh KPM. Lantas, tulisan ini ditulis di tengah-tengah perjalanan proses rayuan tersebut berjalan. Saya menulis ini adalah untuk meminta KPM menilai rayuan yang dibuat dengan sewajarnya, terutamanya bagi guru dari Sarawak dan Sabah yang berkahwin untuk pulang bersama dengan keluarga atau pulang ke semenanjung, setidaknya.

Saya amat yakin, guru yang senasib dengan saya (yang berada di Sarawak dan Sarawak) sangat berharap dapat pulang ke Semenanjung. Jika pun tidak dapat ke negeri yang dipohon, dapat berpindah ke mana-mana negeri di semenanjung pun sudah dianggap sebagai satu kelegaan bagi kami.

Sekali lagi saya perjelaskan di sini, tulisan ini adalah untuk perhatian KPM supaya menilai rayuan yang dibuat dengan teliti dan adil. Tidak seperti proses rayuan seperti sebelum ini (Saya telah dua kali membuat rayuan namun KPM seperti bertindak seperti melepas batuk di tangga; dan tulisan ini tidak akan membincangkan hal tersebut).

Akhir sekali, letakkan situasi ini di bahu anda.

Bagaimana perasaan kita jika perkara ini berlaku kepada diri kita sendiri? Bagaimanakah perasaan dan kesusahan isteri yang berjauhan daripada suami dan terpisah daripada anak-anak?

Dan saya, meminta hak saya untuk mendapat keadilan.

* Penulis ialah guru di SMK St Elizabeth, Sibu.

DAP sasar 50% sokongan Melayu untuk Pakatan kekal di Selangor

Posted: 15 Dec 2013 04:13 PM PST

OLEH TRINNA LEONG

DAP sasar sokongan 50% sokongan orang Melayu Selangor menjelang PRU14, kata Timbalan DAP Selangor, Teresa Kok. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 15 Disember, 2013.DAP sasar sokongan 50% sokongan orang Melayu Selangor menjelang PRU14, kata Timbalan DAP Selangor, Teresa Kok. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari 
























DAP Selangor meletakkan sasaran untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 50% sokongan daripada majoriti Melayu di negeri itu bagi memastikan Pakatan Rakyat (PR) kekal memerintah Selangor dalam pilihan raya umum akan datang, kata Teresa Kok (gambar), hari ini.

Pengerusi DAP Selangor itu berkata, parti perlu bekerja keras bagi memastikan sokongan Melayu diperolehi terutama di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai 30% pengundi kaum itu.

"Kita harus berusaha bersungguh-sungguh di kawasan masyarakat Melayu supaya kita boleh mendapat sokongan pengundi Melayu sebanyak 50% dalam PRU14.

"Semasa PRU13, sokongan DAP di kalangan pengundi Melayu di Selangor adalah kurang daripada 40%," kata Kok dalam ucapannya di Konvensyen DAP Selangor di Shah Alam, hari ini.

Kok berkata, DAP Selangor juga mesti memainkan peranan untuk membantu rakan PR memenangi sokongan di kawasan-kawasan yang tewas kepada Barisan Nasional dalam PRU13 lalu.

"Mengikut kajian parti, satu undi di luar bandar bersamaan dengan enam undi di bandar.

"Saya juga ingin menyalurkan lebih masa dan tenaga saya untuk membantu rakan DAP dan Pakatan Rakyat untuk menerokai kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak," katanya dan menambah PR perlu mengubah cara fikir masyarakat luar bandar jika mahu memenangi undi mereka.

Beliau berkata, Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengganggu DAP selama beberapa bulan atas masalah teknikal pengiraan undi dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat  (CEC) parti itu.

"Laporan Ketua Audit Negara 2012 menunjukkan bahawa RoS sebenarnya tidak cekap daripada segi pelaksanaan dan penguatkuasaan.

"Semakan Ketua Audit Negara terhadap fail yang disimpan di Putrajaya, Pulau Pinang, Johor dan Pahang menujukkan terdapat 90 persatuan tidak menghantar apa-apa laporan kepada RoS dan RoS tidak mengeluarkan apa-apa notis kepada persatuan berkenaan," katanya.

Mat Zain buat laporan polis terhadap Shafee, dakwa peguam itu berbohong

Posted: 15 Dec 2013 04:11 PM PST

OLEH MD IZWAN


















Datuk Mat Zain Ibrahim akhirnya membuat laporan polis terhadap Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (gambar) mengatakan peguam Umno itu memalsukan afidavit yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu membuat laporan polis di Balai Polis Setapak tengah hari ini.

Shafee memfailkan afidavit di Mahkamah Rayuan minggu lalu sebagai respon kepada permohonan kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyingkirkannya dari mewakili kerajaan sebagai Timbalan Pendakwa Raya dalam rayuan Putrajaya terhadap pembebasan Anwar dari tuduhan liwat.

Rayuan Anwar akan didengar di Mahkamah Rayuan Khamis ini.

"Dengan segala hormatnya saya memaklumkan yang saya telahpun membuat laporan polis jam 2.11 petang ini, yang dijadikan Putrajaya Presint 7 Rpt:10437/13 bth.15.12.2013.

"Laporan ini adalah terhadap Tan Sri Mohammad Shafee bin Md Abdullah bersangkutan dengan Afidavit Jawapan diikrarkan pada 10.12.2013, yang beliau failkan dalam perkara Mahkamah Rayuan (Bidang Kuasa Jenayah) No: W-05-19-01/2012," tulis Mat Zain dalam satu kenyataan yang disertakan bersama-sama dengan laporan polis yang dibuat beliau.

Mat Zain mendakwa Shafee membuat dua kesalahan, sengaja membuat kenyataan palsu yang dibuat dalam Afidavit Jawapan dan menyembunyikan fakta material yang ada kaitan dengan prosiding Rayuan Jenayah kes Liwat II.

Turut menjadi bahan bukti dalam laporan polis yang dibuat hari ini, Mat Zain telah menyertakan sekali salinan Akuan Bersumpah (SD) yang dibuat beliau pada Oktober 7, 2013 serta salinan Afidavit Jawapan (2) yang diikrarkan oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff.

Shafee pada 11 Disember lalu mengemukakan afidavit ke Mahkamah Rayuan susulan permohonan Anwar untuk menyingkirkannya dari mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan pertuduhan kes Liwat II.

Mat Zain bagaimanapun menyifatkan afidavit tersebut sebagai "sebakul sampah" dan turut mengalu-alukan kenyataan Shafee untuk mendedahkan hubungannya dengan Anwar.

Kontroversi tercetus selepas Mat Zain dalam pengakuan "statutory declaration" muka surat 31, mendakwa beliau bersama Ramli telah dibawa Shafee untuk berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ogos lalu bagi membincangkan tentang salah laku Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Bagaimanapun, menurut Shafee, ia hanya satu kunjungan ziarah sempena Hari Raya dan tidak ada sebarang agenda yang dibincangkan.

Mat Zain juga mendakwa ketika pertemuan tersebutlah Shafee memintanya menyerahkan sebakul dokumen "pemalsuan bukti" kes mata lebam Anwar.

Shafee juga menafikan terlibat dalam perjumpaan membincangkan salah laku Abdul Gani ataupun dalam isu Pulau Batu Puteh.

Beliau juga menafikan tentang sejumlah dana yang dipindahkan ke dalam sebuah akaun di Hong Kong.

Tayar meletup: Treler terbalik, pemandu cedera parah

Posted: 15 Dec 2013 04:06 PM PST


 

Seorang doktor terselamat selepas kereta yang dipandunya dihempap sejumlah papan lapis yang terjatuh dari sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 124.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kepala Batas malam tadi.

Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, mangsa Suraya Hashim, 29, yang memandu kereta seorang diri sedang dalam perjalanan dari Parit Buntar, Perak ke Sungai Petani,  Kedah apabila sampai di lokasi berkenaan sebuah treler yang membawa papan lapis di laluan bertentangan terbalik manakala papan berkenaan menghempap kereta wanita itu.

Jurucakap polis berkata dalam kemalangan itu, treler terbabit membawa muatan ratusan kepingan papan lapis sedang dalam perjalanan dari utara menuju ke Selatan.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, satu daripada tayar treler berkenaan meletup menyebabkan treler terbabas lalu melanggar pembahagi lebuh raya sebelum ia terbalik,"  katanya ketika dihubungi di Kepala Batas hari ini.

Beliau berkata akibat hentakan yang kuat menyebabkan kabel pengikat papan lapis itu terputus dan menggelongsor ke arah bahagian hadapan kereta yang dipandu Suraya.

Katanya akibat kejadian itu, pemandu treler Ridzuan Abd. Karim, 40-an dari Batu Pahat, Johor cedera parah manakala Suraya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jurucakap polis itu berkata Ridzuan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan teruk lebih 10 kilometer di kedua-dua arah lebuh raya itu.        

Sementara itu, Suraya berkata beliau bernasib baik apabila kepingan papan lapis itu hanya menghempap bahagian depan kenderaannya.

"Saya bersyukur kerana sempat mengelak ke tepi walaupun saya menyedari  kejadian itu seperti mati hidup semula," katanya ketika ditemui di tempat kejadian malam tadi.- Bernama

Ustaz Idris dilantik Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak

Posted: 15 Dec 2013 03:52 PM PST

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR 


IPOH: Jawatan Badan Perhubungan PAS Perak sesi 2013-2015 telah berjaya dibentuk dengan gandingan pimpinan baru yang lama.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad telah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2 bersama Datuk Seri Nizar Jamaluddin dikekalkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1.

Timbalan Pesuruhjaya 3 pula diisi oleh 'orang lama' iaitu Noh Ahmad yang juga Yang Dipertua PAS Lumut ketika ini.

Setiausaha pula kekal kepada Dr Muhaimin Sulam untuk sesi kedua manakala Ustaz Misbahul Munir Masduki kini diamanahkan sebagai Ketua Penerangan.

PAS Perak telah membawa muka baru untuk beberapa jawatan iaitu Ustaz Ismi Mat Taib sebagai Bendahari, dan Khairul Anuar Ismail sebagai Pengarah Pilihanraya.

Ismad Shahril, Mazidah Ghazi dan Badrin Khalid masing-masing mengisi jawatan Penolong Setiausaha.

Mantan Pesuruhjaya, Ustaz Abu Bakar Hussien dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa bersama Rahim Nordin, Junaidin Yusof dan Mohamad Rizal Ayub.

Tiga lagi kekosongan bagi jawatan Ahli Jawatankuasa akan diisi pada mesyuarat kelak.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, jawatankuasa ini dibentuk dengan mengambil kira pandangan ahli perhubungan serta kemampuan masing-masing.

Beliau melahirkan keyakinan pasukan yang dibentuk itu dapat memacu PAS Perak ke tahap yang lebih baik.

"Saya yakin kemampuan semua, saya harap semua dapat menjalankan amanah sebaik mungkin.

"PAS Perak menetapkan empat fokus keberhasilan utama iaitu menang PRU14, mengukuhkan kewangan, memperkasakan pentadbiran dan merapatkan ukhwah dikalangan ahli parti," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Mesyuarat pertama itu berlangsung pagi tadi di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak.

Pemilihan DAP Selangor: Hannah Yeoh Peroleh Jumlah Undi Tertinggi

Posted: 15 Dec 2013 03:50 PM PST




Hannah Yeoh.
 
 
SHAH ALAM: Hannah Yeoh mendapat jumlah undi tertinggi dalam pemilihan jawatankuasa DAP Selangor pada Ahad.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu memperoleh 495 undi, diikuti dengan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dengan 491 undi.

Kemudian 15 jawatankuasa yang baru bersetuju untuk melantik Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sebagai pengerusi negeri, dengan Gobind sebagai timbalannya.

Yeoh dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP Selangor, manakala bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran, Ronnie Liu menjadi setiausaha publisiti.

Hanya 699 daripada 1,221 perwakilan yang hadir pada konvensyen itu, dengan menyaksikan 35 calon bertanding untuk 15 jawatan dalam jawatankuasa DAP Selangor.

Perompak larikan RM270,000 wang ATM

Posted: 15 Dec 2013 03:45 PM PST


 

Tiga penjenayah melarikan wang tunai RM270,920 selepas memecah dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya di Taman Cheras Utama, Batu 9, Cheras di Kuala Lumpur awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, kumpulan itu dipercayai menggunakan gas oxy-acetylene untuk memecahkan mesin ATM milik dua bank berlainan, yang berada pada jarak 15 meter antara satu sama lain.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Abdul Ghani Mohamad Ji berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang penyelia pengawal keselamatan pasar raya berkenaan pada 7.10 pagi.

"Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), ketiga-tiga suspek lelaki itu didapati tidak memakai topeng muka tetapi rakaman itu kabur. Namun, mereka kelihatan begitu mahir ketika melakukan rompakan itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Siasatan awal mendapati ada kesan terbakar di kedua-dua mesin ATM itu.

"Kita turut menemui sebatang skru drebar dan empat kesan tapak kasut di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata pasar raya itu hanya menggaji pengawal keselamatan dari 7 pagi hingga 10 malam setiap hari. - Bernama

Pengusaha bas sekolah mahu kenakan surcaj 40%

Posted: 15 Dec 2013 03:43 PM PST


 

Kesatuan pengendali bas sekolah mengumumkan bahawa anggota akan mengenakan surcaj tambahan 40 peratus ke atas kadar tambang apabila penggal persekolahan bermula bulan depan, sekiranya kerajaan tidak mendedahkan kadar baru bagi perkhidmatan itu.

Gabungan Persatuan Bas Sekolah (GPBS) meluluskan usul tersebut dalam mesyuarat agung tahunannya semalam ekoran kegagalan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat menjalankan semakan semula tambang.

Langkah itu juga dijalankan selepas kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi harga disel pada September lalu yang menurut GPBS menyebabkan pengusaha bas tertekan untuk meneruskan operasi.

Presien GPBS Amali Munif Rahmat ketika dihubungi semalam berkata, Lembaga Pelesenan Kenderaan Komersial kali terakhir membuat semakan harga tambang pada Ogos 2009.

Lembaga tersebut, yang kini dikenali sebagai Spad, sepatutnya membuat semakan setiap tiga tahun atau apabila berlaku langkah drastik seperti kenaikan harga bahan api, katanya.

"Sekarang sudah lima tahun tanpa semakan harga tambang walaupun sudah beberapa kali harga bahan api naik," katanya ketika Malaysiakini.

Dalam tempoh itu, harga disel dinaikkan tiga kali – yang menyebabkan kenaikan harga dari RM1.70 seliter kepada RM2.

Jenice Lee cetus drama di konvensyen DAP S'gor

Posted: 15 Dec 2013 03:41 PM PST

 

 

Suasana tenang semasa pemilihan DAP Selangor sedikit berkocak apabila bekas anggota parti itu, Jenice Lee tampil menimbulkan drama semasa konvensyen parti tersebut.

Lee yang mengenakan baju putih dan skirt hitam dihalang oleh petugas parti apabila cuba memasuki kawasan konvensyen tersebut di Shah Alam hari ini.

Beliau juga cuba mendaftar sebagai pemerhati tetapi turut dihalang.

"Kenapa anda tidak mahu benarkan saya masuk? Saya tiada apa-apa senjata?," katanya sebelum mendekatan setiausaha DAP Selangor Ean Yong Hian Wah untuk membenarkan beliau masuk.

Ean Yong turut enggan berbuat demikian.

Lee juga tidak berpuas hati kerana namanya dipadamkan dari minit mesyuarat konvensyen DAP Selangor pada tahun sebelumnya.

"Kita rakan sekelas... Macam mana awal boleh padamkan nama saya?," soalnya kepada Ean Yong, yang enggan menjawab.

Lee kemudiannya meninggalkan kawasan tersebut.

Ean Yong yang diminta memberi penjelasan oleh pemberita selepas itu berkata ia merupakan amalan biasa bagi parti politik untuk memadamkan nama anggotanya yang disingkir dari barisan anggota jawatankuasa.

Tiada ulasan: