Selasa, 31 Disember 2013

.

.


Himpunan TURUN boleh dielak jika Najib...

Posted: 30 Dec 2013 06:08 AM PST

RENUNGAN                                                                  

Kita akan mengakhiri tahun 2013 Masihi yang boleh dianggap tahun tiada kemenangan untuk BN dan PR. Tahun seri. Tahun ini telah berlangsung pilihan raya umum ke-13, Mei lalu dengan kesudahan memberi kemenangan kepada BN (dengan kiraan kerusi), bagi terus memerintah Malaysia selama lima tahun lagi.

Manakala dari sudut undi popular, PR boleh merasa mereka menang kerana mempunyai kelebihan undi sekitar 2%, dengan kedudukan 52% PR berbanding 47% BN.

Beberapa jam lagi tahun 2014 akan meninggalkan kita dengan membawa seribu kenangan pahit manis terutamanya dalam arena politik. Sepanjang 363 hari lalu bermacam-macam aksi politik yang berlaku, dan telah dirakam oleh sejarah. Dalam pelbagai aksi itu berbagai tunjuk perasaan, himpunan, perarakan, protes telah diadakan. Semua aksi dan keramaian itu meletakkan BN dalam keadaan cemas dan bimbang.

Bolehlah dianggap sebelum pilihan raya umum, 5 Mei 2013 seluruh pemimpin BN terutamanya Umno tidak nyenyak tidur. Mereka pada waktu itu sedang bertarung nyawa sama ada akan dapat meneruskan mempertahankan kerajaan atau pun tidak. Tegasnya tahun 2013 adalah tahun sangsara politik bagi BN dan tahun kekurangan bekalan oksijen bagi Umno.

Walaupun kerajaan pimpinan Mohd Najib Razak sepanjang tahun 2013 tidak membuat banyak tangkapan bagi mengendur semangat dan aksi 'pemberontak demokrasi' rakyat seperti di era Dr Mahathir Mohamad, tetapi ada banyak juga ahli politik pembangkang diseret ke penjara, ditahan dalam lokap polis dan dibawah ke mahkamah. Sesetengah perbicaraan atas pelbagai tuduhan yang setengahnya tidak masuk akal masih belum selesai hingga kini.

Menjelang 1 Januari 2014 lusa, dirancangkan satu lagi himpunan besar-besaran yang dianjurkan oleh Ngo yang menamakan diri mereka Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN). Ngo yang merupakan gabung beberapa Ngo ini mulai dikenali apabila individu dikatakan bertanggungjawab menjadi ketuanya telah ditangkap dan disiasat polis.

Himpunan yang dirancang bermula 9:00 malam esok di beberapa lokasi itu adalah bertolak daripada penolakan kerajaan di parlimen terhadap desakan pembangkang supaya kerajaan menangguhkan kenaikan beberapa jenis barangan keperluan. Pembangkang melihat kenaikan harga barang seperti petrol, gas, takrif eletrik, tol adalah membebankan rakyat. Hampir semua wakil pemabangkang di parlimen bangun menyuarakan bantahan mereka. Namun kerajaan tetap dengan rancangannya tanpa sedikit pun mempedulikan bangkangan rakyat. Bertolak dari itulah memungkinkan terjadinya himpunan TURUN esok.

Jika dihayati dengan fikiran yang teduh, usaha Ngo itu adalah untuk kebaikan bersama. Ia tidak sepatutnya ditentang dan diprovok oleh pihak kerajaan sebagai hendak mengguling kerajaan. Tidak timbul kerajaan hendak dijatuhkan, bahkan kalau kerajaan bersikap terbuka, telus mereka juga perlu responsif  dengan desakan itu. Jika kerajaan bersikap 'tawakus' begitu ia juga dilihat sebagai bertanggungjawab.

Kalau pun rakyat sertai himpunan tersebut, ia adalah untuk membela kehidupan mereka sendiri. Ia juga membela kehidupan bagi merengankan masalah sebahagian rakyat termasuk yang menyokong kerajaan tetapi tidak tergamak untuk membantah kerana termakan budi janji yang tidak ditepati dan terjinak dengan pemberian wang 1 Malaysia juga. Kenapa dikatakan begitu, kerana jika berlaku kenaikan harga barang, ia bukan saja menyusah dan membebankan penyokong PR tetapi BN juga.

Kenapa ia dihalang dan diwarnakan dengan rupa begitu hitam sekali kepada himpunan itu? Apakah kerajaan begitu takut dengan keupayaannya sendiri dan sangsi dengan penerimaan rakyat terhadap kemampuannya disebabkan kelemahan gagal diatasi? Sepatutnya, sebelum bertindak menghalang himpunan itu kerajaan yang telah menggunakan polis, mengkaji terlebih dahulu apakah natijah dan semangat himpunan itu.

Jangan mudah ia dieksploitasikan sebagai satu himpunan buruk dan keji, sesekali berfikirlah secara postif dan bersikap berani serta mendewasakan minda politik kita.

Kalau maksud dan tujuannya himpunan itu baik, rakyat tidak boleh dikelirukan dengan pelbagai momokkan dan provokasi. Rakyat bukan golongan jenis Pak Kadok dan Pak Pandir atau Lebai Malang, atau macam 'lembu kondo' yang akan memakan apa sahaja hidangan yang disajikan untuk mereka. Sebagai manusia bukan lembu, rakyat tetap akan mengidamkan menu kehidupan asli, kalau umpama lembu mereka mahukan kepada rumput yang segar, hijau dan bukan yang dikitarkan semula.

Boleh jadi kerajaan takut kepada himpunan itu kerana ia boleh menjadi permulaan atau pembuka babak siri-siri himpunan pada tahun 2014. Kerajaan dengan apa yang berlaku mungkin tidak percaya ia adalah satu penutup kepada siri-siri himpunan dan tunjuk perasaan sebelum ini. Mungkin himpunan Kebangkitan Rakyat (Bangkit 2013) pada Januari dan Black 505 pada Jun antara dua himpunan besar-besaran tahun ini memberi pengalaman dan tekanan menakutkan.

Sekiranya BN dan Najib Razak berani, dan tidak mudah gelabah mereka boleh hentikan himpunan TURUN besok dan menjamin tidak akan ada siri-siri himpunan selepas itu. Syaratnya Najib perlukan sedikit keberanian dan keterbukaan dalam menerimanya. Jangan terlalu prejudis kepada rakyat sehingga menganggap semua pandangan, teguran dan kritikan mereka tidak baik dan berniat jahat.

Najib boleh mencerakinkan mana-mana pandangan dan idea rakyat atau pembangkang yang baik, membawa kesejahtraan untuk umum diterima pakai. Beliau tidak akan dikatakan perdana menteri, 'kontoi' kalau beliau sedia berbuat demikian bahkan akan dihormati semua.

Himpunan menjelang tahun baru itu mungkin dibimbangi kerana akan menganggui prospek ekonomi negara boleh diatas dengan syarat Najib sedia mengubah sikap dan pedekatan dalam melayani pembangkang yang semakin mendapat kepercayaan rakyat khususnya generasi muda. Fahami apa yang mereka minta dan tuntut, dan jangan melihat dengan perasaan jengkil. Sebagai warga negara ini kita percaya apa jua yang mereka lakukan demi kebaikan negara. Najib dan Umno jangan merasa syok sendiri kononnya hanya beliau dan Umno yang mahu membela negara.

Perpaduan Nasional yang dilontarkan Anwar Ibrahim hendaklah diterima dengan baik. Begitu juga keinginan daripada pihak Pas untuk berbaik-baik dan kerjasama dengan Umno demi survivel kerajaannya di Kelantan serta kepentingannya di Selangor, Pulau Pinang, Terengganu dan lain-lain negeri perlu dilayani segera. Ketegangan yang berlaku di negara ini, dengan disebabkan isu dan masalah kaum, agama, ekonomi dan sebagainya yang dipengaruhi oleh suhu politik semasa di antara BN dengan PR akan dapat dikendurkan.

Dalam pada itu bagi memastikan idea yang baik untuk semua itu terlaksana, Najib dan Umno juga jangan menerima tindakan sesetengah Ngo yang redikal dan fanatik terhadap bangsa dan agama secara borong. Teliti dan kajilah apa yang disuara dan dibangkitkan oleh Ngo-Ngo itu kerana kadang kala apa yang konon yang diperjuangkan itu telah menjadi bara dan minyak memanaskan keadaan.

Sangat elok kalau tahun 2014 bakal hadir dijadikan tahun keharmonian politik Malaysia. Tahun duduk bersama untuk merancang dan memikirkan ekonomi negara dan keselamatan negara. Perpaduan nasional yang dicadangkan itu perlu diprejudis sebaliknya direalisasikan secara lebih adil dan saksama. Sesungguhnya kalau Perpaduan Nasional itu berlaku, seperti mana disarankan Anwar Ibrahim dengan mampakejkan sekali Pas dan DAP, ia boleh menyelamatkan Najib. Najib harus ada kepercayaan dan keberanian untuk mencipta sejarah atau pun mengulangi sejarah bapaknya Tun Abdul Razak Hussein.

Acara minum kopi di antara Najib dan Anwar di New York tidak lama dulu perlu disambung semula dalam negara.

Kejayaan merealisasikan itu juga menjadikan Najib boleh menarik nafas lega. Kerana sudah pasti agenda-agenda tersembunyi orang tertentu untuk menjatuhkannya akan gagal. Najib juga kena sedari kekuatan dirinya untuk mempertahankan kepimpinan tidak begitu kuat dan ampuh maka hendak tidak hendak beliau perlukan sokongan.

Sepohon kadok yang naik tinggi menjulang langit tidak mungkin berjaya dilakukan begitu tanpa ada jujung atau sokongan. [wm.kl.8:08 pm 30/12/13]

Tiada ulasan: