. |
Zahid Hamidi harus diajar, caranya terserah Posted: 14 Dec 2013 06:05 PM PST RENCANA AHAD Yang sempat saya baca ada dua orang pengamal undang-undang (peguam) yang memberi pandangan atau nasihat kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengenai cadangannya untuk saman Naib Presiden Umno Zahid Hamidi yang dianggap telah memfitnah dan memburukkan dirinya dengan fahaman Syiah. Zahid membuat dakwaan itu semasa di pentas Umno. Seorang darinya, Dr Zulqranian Lukman penguam muda yang meningkat naik dan juga aktivis Pas. Manakala seorang lagi Zaid Ibrahim seorang pengamal undang-undang berpengalaman dan terkenal serta bekas menteri undang-undang di zaman Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri. Zulqranian memberi pandangan dari sudut prosuder perundangan berpandukan kepada kes-kes yang telah lepas berhubung keberkesanan (kejayaan) atas tindakan bakal dilakukan Mohamad Sabu itu. Mengikut hematnya bukan mudah Mohamad Sabu akan menang dengan saman itu. Beliau mengambil contoh macam mana Anwar Ibrahim sewaktu menyaman Mahathir Mohamad apabila Mahathir menuduh bekas TPM itu peliwat, ia dengan mudah ditolak mahakmah. Alasan yang diambil oleh mahkamah apa yang Mahathir kata itu sebagai termasuk dalam rukun-rukun, komen berpatutan (fair comment), atau kepentingan bersyarat (qualified privilege), kepentingan mutlak (absolute privilage) atau justifikasi (justification). Zulqarnaian tidak menyebut kemungkinan mahkamah tolak kerana pengaruh dan kedudukan Mahathir? Berdasar apa dilalui Anwar itu, Zulqarnain mengingatkan Mohamad Sabu agar tidak mudah mengambil tindakan mahkamah. Sebalik apa yang disarankan ialah, agar Mohamad terlebih dahulu menyelesaikan kes itu dengan membiarkan pihak KDN atau kerajaan negeri mendakwanya atas kesalahan disebut Zahid itu. KSU Kementerian Dalam Negeri, segeralah saman Mohamad Sabu sebab anda telah mendedahkan 10 bukti Mohamad Sabu sebagai Syiah? Sila... sila... Dalam kata lain menurut Zulquranian, Mohamad harus mendapat kata putus mengenai kedudukannya dari segi perundangan atau tafsiran agama mengenai Syiah baru membuat tindakan ke atas Zahid. Sesudah mahkamah menentukan dimana (jikalau) Mohamad didapati bukan seorang penganut ajaran Syiah seperti dituduh Zahid barulah saman boleh dikemukakan terhadap Zahid. Bagaimana pun beliau menyebut soal Syiah ini bukan mudah untuk ditetapkan oleh mahkamah. Cara itu bagi Zulqarnaian lebih kemas dan tuntas. Kalau berdasarkan kepada pandangan Zulqarnain yang bersifat akademik dan rasioanl itu seharusnya sebelum menteri "badigo' itu membuat tuduhan ke atas Mohamad Sabu beliau (Zahid) patut meminta KDN atau mana-mana kerajaan negeri mendakwa Mohamad Sabu dan biarlah mahkamah menentukan apakah timbalan presiden Pas itu Syiah atau tidak. Tidak beliau yang membuat tuduhan dahulu kemudian baru meminta bukti. Amalan dan stail demikian bukan sejajar dengan syariah Islam. Buruk dan jelek sangat orang yang dikatakan mendapat pendidikan agama, mampu hafal dua tiga kerat ayat-ayat Quran tergamak membuat tuduhan membuta tuli dan emosi. Orang seperti inilah yang dikatakan kail sejengkal tetapi lautan dalam hendak diduga. Mengaji belum khatam tetapi sudah mengembara jauh untuk menjadi guru? Ueekkkkk. Pandangan Zulqarnain itu lebih adil dan munasbah daripada pandangan Zaid Ibrahim. Zaid lebih tegas dan jelas katanya tidak ada guna Mohamad Sabu membuang masa dengan melayani karenah politik kayu Zahid Hamidi. Apa yang penting bagi Mohamad kepada Zaid, Mohamad Sabu harus menentang Zahid Hamidi dalam pilihan raya ke-14 kelak. Menurut pandangan Zaid, saman itu tidak memberi kesan kepada Zahid Hamidi sebalik ia boleh mencalarkan imej Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden Pas. Sesungguhnya martabat Mohamad Sabu dalam politik jauh lebih tinggi dari Zahid Hamidi hanya menjadi penyanyi lagu tiga kupang dalam Umno untuk mendodoikan Rosmah Mansor dengan kedudukan sebagai naib presiden saja. Menurut Zaid, sebaliknya Zahid lebih takut kepada Mohamad untuk berdepan dalam pilihan raya ke-14. Mungkin juga, sebab itulah Zahid beriya mahu membunuh karektor dan kepimpinan Mohamad Sabu. Mungkin pandangan Zaid itu berpandukan amalan dan sejarah perundangan di negara ini. Mungkin juga dia melihat apa berlaku kepada Anwar Ibrahim bila berdepan dengan Mahathir di mahkamah. Dalam keadaan mahkamah boleh dibeli, dirunding ... tidak mudah untuk Mohamad Sabu menang. Dan sebagai bekas peguam Umno dan menteri Umno Zahid tahu apa yang ada dalam kotak simpanan Umno. Kedua pandangan peguam itu boleh ditimbang terima oleh Mohamad Sabu. Kedua-dua pandangan itu munasabah dan postif. Tetapi apa yang perlu dilakukan sama ada menerusi saluran apa, dan bagaimana Mohamad harus mengajar Zahid Hamidi secukup-cukupnya. Kedudukan dia sebagai menteri KDN bukan lesen atau jaminan untuk dia kebal selama-lamanya. Perwatakan baiknya, mudah mesra bukan ufti untuk tidak menyerang dan membalas serangannya. Jahat harus dilawan dengan jahat. Yang pentingnya Zahidi Hamidi harus diajar sama ada di mahkamah atau pun didalam politik. Orang seperti Zahid tidak boleh dibiarkan dan dimaafi lagi. Perbuatan, tingkah lakunya sudah cukup untuk mengenali siapa dia sosok ini dan banyak kenyataan dan aksinya mencederakan keharmonian orang Melayu. Bencana besar yang dilakukan oleh orang ini ialah menghancurkan kerjaya dan masa depan Anwar Ibrahim. Anwar tidak akan musanah awal kalau bukan kerana nafsu besar Zahid Hamidi dan kuncu-kuncunya. Siapa yang mula mengkritik dengan biadab Mahathir Mohamad dalam perhimpunan agung kalau bukan Zahid Hamidi? Sifat oportunis yang dimiliknya yang suka mencari batas di antara dua lautan demi hidup meletakkan dia bukan seorang pemimpin yang boleh diharapkan. Orang mempunyai sifat begini ia boleh menjual bukan saja bangsa tetapi negara juga. Dia lebih mementingkan dirinya sendiri. Ada individu tertentu mengharapkan Zahid menjadi tokoh yang mempersatukan orang Melayu, Umno - Pas. Mereka ini mempercayai Zahid akan menjadi penyelamat. Penyelamat apa? Apa yang boleh diharap kepada orang talam dua muka. Kepercayaan itu diletak atas dasar hubungan peribadi mereka dengan Zahid. Namun matemetika politik Zahid tidak boleh diyakini dia akan muncul seperti mana diharapkan. Cara politik Zahid yang menggunakan PR sebagai modal dan aset tidak boleh dipakai dan dipercayai. Beberapa peristiwa masa lalu telah mengenalkan kita siapa Zahid kepada kita. Di sinilah ada kebenarannya kenapa Mahathir Mohamad menjera orang ini selama masa menjadi ketua pemuda Umno dahulu. Apa yang Mahathir nampak orang ini adalah talam dua muka, mempunyai dua ketua dalam satu masa. Ibrat mempunyai dua isteri satu dizahir dan satu lagi disembunyikan. Sifat-sifat ini juga sebahagian besar pemuda yang bersamanya dulu dalam Gerak Bakti Pemuda Umno menyumpah dan akan menjebeh bila disebut Zahid bakal menjadi PM ke lapan? Porahhh.... sumpah seorang yang dahulu menganggap Zahid adalah pemimpin dan heronya. [wm.kl.9:49 am 15/12/13] Masalah Zahid kini berdepan dengan Muhyiddin Yassin. Dia tahu yang Muhyiddin Yassin tidak akan mudah buntuk dipujuk dan jinak seperti Najib menerusi isterinya Rosmah. Kontau politik Zahid sudah diarifi oleh Muhyiddin. Jadi kerana merasa gerum dan mnelihat masa depannya gelap ini maka Zahid terpaksa memcipta isu yang dikira meletakkan dirinya lebih hebat dari Mu7hyiddin setidak-tidaknya dari aspek agama. XZahid suka kalau dia dikatakan tokoh bekerpreibarian agama di dalam Umno. Tetapi dalam masa sama dia tidak suka kalau dia didempetkan dengan sekolah agama Izuddin Shah kemudian Kolej Islam Kelang. Sebab itu dia berusaha mendapat 'doktor' untuk menjujung dirinya sebagai seorang ahli politik profesional. | ||||||||||||||||
Temboro kampung yang perlu dimalui Posted: 14 Dec 2013 04:26 AM PST CATATAN MUSAFIR [Bhg 2}
Kecewa! Perut pula sudah memulas. Mulut pula sudah kering dan lidah mengelat bagaikan menyepah pinang. Saya mengambil sikap tawakus daripada terus merepek kepada apa yang berlaku. Dalam perjalanan seperti itu kesilapan dan kecacatan kecil adalah ujian kesabaran dan keimanan. Ulah-ulah kecil kalau tidak dilayani dengan baik ia boleh mencemarkan keharmonian permusafiran. "Kita belum sampai puncaknya Inchek, nanti di sana ada," Ariff cuba memberi kelegaan kepada saya selepas dia menyedari saya sudah mahu meragam gara-gara lapar. Orang Indonesia membahasakan orang Malaysia Inchek sebagai gantinama panggilan bapak. Dia merasa bersalah kerana tempat awal yang dia berhenti untuk makan tengah hari, tiada apa-apa yang menarik dan benar-benar mengugahkan nafsu makan.
"Inilah untungnya berjemaah, kalau ada yang lalai, ada yang mengingatkan," Drs Zainuddin mengheningkan keadaan sambiri berfalsafah. Dia sudah mula sedar dari lali, mungkin juga sudah lapar. Bekas Adun Lombongan ini pun tidak boleh perut kosong, mulalah akan mengerunyuk. Dia juga harus jaga menu makannya. Menyebut fasal bekas wakil rakyat ini sesuatu mengkagumkan saya dan orang lain juga, mungkin. Dia pernah diserang kangker (cancer) usus bertahun dan kerap berulang alik ke hospital. Berbagai ubat dan penawar dicari dan dipunggahnya. Sampai satu peringkat penyakit itu benar-benar seakan mahu menamatkan riyawat hidupnya. Banyak kawan mengatakan beliau sudah tidak harapan untuk terus berjuang. Beliau juga sempat menjalani kimo sebanyak enam kali. Namun kuasa Allah sesiapa pun tidak dapat mengatasi dan menduga. Berkat kesabaran dan kekuatan semangatnya, akhirnya Drs Zainuddin bebas dari kanser? Sesuatu yang ajaib. Apa yang berlaku ke atas bekas wakaf rakyat satu dalam seribu. Beliau pernah menyebut kepada saya, pembebasannya dari kanser bagaikan terlepas dari satu penjara mahal hebat. "Orang tidak mengalaminya, tidak akan memahami keadaan ini, tetapi itulah yang ana rasakan," ujarnya pada satu umbi Subuh penuh pamrih.
Drs Zainuddin bukan seorang dikenali ustaz di dalam Pas. Dia adalah seorang guru berkelusuaan dalam bidang falsafah dan psykologis. Tetapi istiqamahnya dengan amal ibadat khasnya mendirikan solat malam sangat terasa. Mungkin orang yang tidak pernah bersahabat, berkelana dengan beliau tidak akan merasai kehebatan beliau ini. Orang akan melihat beliau tidak lebih sebagai badut politik saja. Pernah terlintas di telinga saya ada seorang bekas wakil rakyat mempersenda-sendakan Zainuddin dengan apa dibuatnya. Bahkan ada menganggap beliau sebagai 'kurang sihat'. Tanggapan itu melampau tetapi tidak menjadi halangan buat mantan YB ini untuk terus meneruskan perjuangan bagi menghabiskan sisa-sisa hidupnya. Biarlah kawan apa yang hendak dicemuhi terhadapmu, namun kau tetap seorang sahabat yang suci dan ikhlas buatku. Kau berjuangan kerana Allah bukan kerana apa-apa lagi. Memang benar falsafahnya mengenai situasi di hadapi van yang diberek mengejut tadi. Kalau jemaah atau penumpang tidak menengur sudah tentu van itu akan merimbas buntut lori sayur. Silap hari bulan semua kami akan terjunam ke bawah gaung yang sedalam lebih 100 meter. Ariff hanya ketawa, kit-kit... dan mengilai kecil sahaja. Bak jemaah ini bukan saja jemaah (penumpang) kereta boleh menegur pemandu yang lalai atau kurang cekap memandu, tetapi jemaah (makmum) dalam sembahyang juga boleh menegur imam. Ada keperluan dan kebenaran itu serta diberikan syarat-syaratnya. Kalau dalam sembanyang boleh ditegur imam yang terkhilaf, apa lagi dalam kepimpinan dan kerajaan, lagi-lagilah boleh ditegur. Kalau dalam sembahyang imam melakukan kesilapan setelah ditegur, makmum boleh 'mufarakah' - tingglkan imam, maka begitu juga keadaan rakyat dengan pemimpin, Jika pemimpin sudah berlaku zalim dan tidak adil, korup, bercakap bohong ia wajar ditentang. Tegasnya rakyat boleh memberi teguran kepada pemimpin atas nawaitu untuk kebaikan. "Di Sarangan Inchek," celoteh Arif memberi harapan baru dan terus mahu menarik perhatian saya. Mungkin dia sedar saya kurang senang dengan keadaan. Sudah lapar sangat. "Apa Sarangan?' soal saya seakan tidak sempat tangkap maksud Ariff itu. Saya sudah dapat meneka sebenarnya, di situ nanti kami akan berhenti makan. Mungkin di situ ada restoran yang sedap dan enak.
Selepas itu saya hanya mampu sabar saja sambil sesekali menghala muncung camera ke luar tingkap untuk merakam pemandangan indah di sebelah kiri, lembah pergunungan yang sayup mata memandang dan kejauhan kesayuan. Tindakan itu juga bagi mengelak bau muntah si bocah yang duduk di belakang yang sesekali meruap ke dalam kereta. Pemandangan di kiri jalan tidak terkata dan terlukis akan keindahannya. Bukit yang diteres bagaikana tangga panjang berbentuk bulat ditanam dengan sayur-sayuran bawang, kobis dan sebagainya. Keadaanya bagaikan sebuah permaidani hijau yang dihampar diperbukitan. Menjelang pukul 1:00 petang kami sampai di puncak yang dimaksudkan itu, Telaga Sarangan. Iya sebuah kawasan parawisata terkenal di Jawa Timur. Kawasannya memang aman. Udaranya sejuk. Ketinggiannya mencecah ribuan meter dari paras laut. Iya sebuah pekan kecil yang diawasi oleh PBT. Ala-ala pekan cowbay sahaja. Untuk masuk ke kawasan ini dikenakan tol. Ada Sherif yang mengawal. Tetapi kerana si Ariff sudah mahir dan tahu tektik bagi mengelakkan dikenalkan tol, beliau mencelah ke jalan belakang terlepas dari diperiksa. Otak geliga kata P Ramlee, otak penipu. Di sini tidak banyak restoran. Hanya beberapa buah kedai makan saja. Yang nyatanya banyak kedapatan hotel dan bilik penginapan. Kadar sewa tidaklah tinggi. Hostel yang kami tanya untuk didiami hanya kira-kira RM50 atau Rp170 ribu sehari untuk enam bilik. Telaga Sarangan ini merupakan sebuah kolam bekasan kawah gunung berapi. Keluasannya kira-kira 4 km persegi. Di sekelilingnya dibina jalan kecil untuk laluan kereta, kuda dan dijadikan lalu untuk jogging. Sarangan bermaksud kawah yang dikeringkan kemudian dialirkan air ke dalamnya. Sumber aliran yang dibawah masuk dari air terjun Tirtosari yang jaraknya kira-kira 10 km. Airnya yang jernih membiru laksana mata perempuan Inggeris, memukau pandangan. Bagi perindu kalau merenung air tasik itu akan berbagar-bagar (terbayang) wajah kekasihnya. Pengunjung dapat bersiar-siar menerusi track jungle traking yang disediakan. Perkhidmatan raidah dengan menggunakan kuda bemo juga disediakan. Berpuluh ekor kuda yang boleh disewa dengan diawasi tuannya. Kadar bayaran untuk satu pusingan Rp50,000 atau sekitar RM15.00 Pengunjung juga boleh bersiar-siar di kolam ini dengan menggunakan bot yang disediakan. Kadar untuk satu pusingan ialah Rp50,000. Anda boleh setir sendiri. Tempat peranginan begitu mungkin sesuai untuk rombongan berkeluarga apa lagi bagi penggantin baru berbulan madu tetapi tidak untuk kami yang mahu menjejaki 'ahli suluk' di Jawa Timur khas ke kampung Temboro. Kerana takut kelewatan tiba di kampung Temboro yang masih memerlukan perjalanan selama lebih dua jam, kami terus bergerak ke Temboro. Bersambung. [wm.kl.7:38 pm 14/12/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan