Khamis, 12 Disember 2013

Biaqpila

Biaqpila


AYAT MAKAN DALAM

Posted: 12 Dec 2013 09:01 AM PST



..terima kasih kepada kerajaan yang telah menzahirkan kasih, cinta, menjaga serta mendahulukan kepentingan rakyat dengan kenaikan di sana sini demi kesenangan hidup rakyat..rakyat bertambah bahagia dan selesa hidup sekarang dan akan datang dengan kenaikan tarif elektrik, tambang LRT, harga barang keperluan dan lain-lain..akan datang tol, GST dan lain - lain lagi..semuanya untuk mengelakkan rakyat kencing manis, kemalangan jalan raya, terkena kejutan elektrik, terjatuh LRT dan lain lain tujuan keselamatan rakyat...sementara mereka yang tidak mendapat kasih sayang kerajaan hanya boleh menggunakan kemudahan negara dengan begitu mewah seperti pesawat negara untuk hadir ke fashion show di London dan seumpamanya..terima kasih kerajaan..kami kasih padamu dan hargai pengorbananmu..


fb dr maza

Tiada ulasan: