Khamis, 5 Disember 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Video Penyokong Tegar UMNO menari gembira ketika mangsa banjir derita tersebar!! Saksikan!

Posted: 05 Dec 2013 08:54 AM PST


Diketika masih terdapat seramai 34,058 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di Pahang, bersesak-sesak di lebih dari 50 pusat pemindahan..

Dan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Johor meningkat kepada 2,852 orang malam ini berbanding 2,027 orang di sebelah petang.


Serta jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di lima jajahan di Kelantan malam ini naik mendadak menjadikan kesemuanya berjumlah 2,078 orang berbanding 1,284 orang di sebelah petang..

Bersesak kesejukkan serta kelaparan memikirkan  nasib mereka.. memikirkan kerugian yang ditanggung mereka akibat bencana alam itu..

Masih ada saudara mereka yang kononnya dari parti pejuang bangsa, langsung tidak prihatin akan malang yang menimpa mereka..

Mereka sedang menderita tetapi ahli parti pejuang bangsa ini sedang bergembira..

Saksikan!!


Kalau Blogger UMNO yang publish video ni removed dari Youtube atau set as private.. silalah lihat di ( SINI )

Ahli UMNO akui UMNO lebih pentingkan Persidangan dari bantu mangsa banjir..

Posted: 05 Dec 2013 01:43 AM PST


Bekas calon Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman Jamalulail mendakwa Umno lebih mementingkan persidangan daripada menyelamatkan mangsa banjir di Pahang.

Katanya, Umno sepatutnya menangguhkan persidangan kerana keadaan banjir di Kuantan amat kritikal. "Sepatutnya para pemimpin Umno semua berada di kawasan banjir membantu mangsa terutamanya di Pahang, Terengganu dan Kelantan," kata beliau.

Beliau bertanya di mana pemuda dan Kelab Putra Umno di saat saat mereka memerlukan bantuan di musim banjir ini. "Saya hairan Datuk Aziz Rahim bersusah payah menghantar sukarelawan menyelamatkan mangsa taufan Haiyan di Filipina tetapi saya tak nampak pula mereka hantar sukarelawan Putra ke Pahang," katanya lagi.

Beliau juga menyentuh kritikan Khairy Jamaluddin terhadap TNB ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda Umno di persidangan pemuda Umno semalam.

"Saya hairan kabinet sudah bersetuju dengan cadangan menaikkan tarif elektrik kenapa pula Khairy bising di luar? Sepatutnya beliau membantah dalam mesyuarat kabinet," katanya.

Beliau meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengkaji semula kedudukan Khairy dalam kabinet kerana beliau tidak bersetuju dengan keputusan yang sudah dibuat oleh kabinet.

"Sebelum TNB buat keputusan, sudah tentu TNB mohon persetujuan kabinet terlebih dahulu. TNB bukannya buat pengumuman tanpa merujuk kepada kabinet," katanya.

Katanya lagi, adakah Khairy bermain sandiwara tidak bersetuju di luar sedangkan ia adalah keputusan kabinet. "Kalau tak puas hati, pemuda Umno sepatutnya menghantar memorandum kepada TNB," katanya.

Syed Rosli menambah dalam ucapan dasarnya juga Khairy menyentuh pemilihan PAS yang dikatakan kelam kabut.

"Bagi saya, pemilihan pemuda Umno pun kelam kabut. Keputusan pemilihan majlis tertinggi Umno, urusetia mengumumkan undi popular yang dipungut oleh calon-calon majlis tertinggi tetapi dalam pemilihan pemuda, semua calon ketua, naib ketua dan exco tidak tahu jumlah undi popular yang dipungut mereka," dakwanya lagi.

Beliau sendiri tidak tahu berapa undi yang diperolehinya ketika menentang Khairy pada 12 Oktober lalu dalam pertandingan lima penjuru yang turut disertai Akramsyah Ubaidah Sanusi, Irwan Ambak dan Karim Ali.~ Free Malaysia Today

Ustaz Kazim Berdosa sebab tolak jawatan MT UMNO..

Posted: 04 Dec 2013 11:15 PM PST


Dah jadi macam budak-budak pulak dah Ahli MT UMNO ni.. menolak jawatan yang di tawarkan oleh Najib dikatanya berdosa..

Kalau terdesak dan kecewa sangatpun coverlah sikit..

Patutlah selama ini bila ada pemilihan UMNO, riuh rendah ahli-ahli UMNO berebut nak pegang jawatan.. rupa-rupanya mereka takut berdosa...

Barulah aku faham betapa murninya niat ahli-ahli UMNO tu berebut jawatan, selama ini aku sangka mereka tu gila pangkat dan kuasa untuk buat harta.. rupa-rupanya takut mereka takut berdosa..

Tapi dalil dari mana tu?

..... Penolakan Mohammad Kazim Elias atau lebih mesra dipanggil Ustaz Kazim sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno disifatkan sebagai satu dosa kepada agama, kata Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau yang juga ahli MT Umno berkata, cadangan pelantikan Ustaz Kazim adalah penting kerana parti terbesar Melayu itu memerlukan ahli agama selain menggesa pendakwah bebas itu agar jangan terlalu memikirkan kritikan masyarakat.

"Sewajarnya beliau perlu menerima tawaran tersebut memandangkan Umno memerlukan orang agama untuk membantu mereka.

"Jika kita berada di luar dan tidak sama-sama di arus perdana, kita pasti tidak dapat membantu, nescaya kita akan melakukan sesuatu yang saya anggap dosa kepada agama ini," katanya seperti dilapor akhbar Sinar Harian hari ini.

Media semalam melaporkan Ustaz Kazim menolak pelantikan sebagai ahli MT Umno kerana mahu menjadi pendakwah yang boleh bergerak bebas dalam usahanya memartabatkan perpaduan umat Islam negara ini.

Beliau kecewa dengan tuduhan orang ramai dalam laman sosial dan blog yang melabelnya dengan pelbagai gelaran seperti syaitan bisu, anak babi, gila glamer dan mahukan duit melalui jawatan dalam MT.

Dr Asyraf Wajdi berkata, apa yang paling penting adalah Ustaz Kazim dapat terus memberikan sumbangan kepada masyarakat menerusi ilmu agama yang dimilikinya dan menyerahkan sepenuhnya kejayaan dakwah hanya kepada Allah.

"Lebih mustahak Allah akan menilai apakah sumbangan kita bukannya natijah. Soal berjaya atau tidak bukan kerja kita, itu kerja Allah.

"Paling penting kita sumbang apa yang kita mampu berasaskan ilmu yang kita ada," katanya.

Gaji Ahli Parlimen juga akan dinaikkan rupanya...

Posted: 04 Dec 2013 06:30 PM PST


Gaji dan elaun mesyuarat ahli Parlimen dijangka dinaikkan lebih sekali ganda iaitu sekurang-kurangnya RM16,000 dan RM500 sehari masing-masing.

Ia dijangka dibentangkan hari ini, seminggu selepas kenaikan gaji di beberapa negeri diumum dan mencetuskan kekecohan di kalangan ahli politik.

Berdasarkan kepada Akta Ahli Parlimen (Saraan), Ahli Parlimen kini memperolehi gaji pokok RM6, 508.59 dan elaun mesyuarat RM200 setiap hari. Terdapat juga beberapa elaun lain yang menjadikan jumlahnya kira-kira RM5, 000 sebulan.

Seorang Ahli Parlimen, yang meminta untuk tidak disebutkan namanya berkata, Jawatankuasa Dewan Rakyat bermesyuarat minggu ini untuk membuat keputusan ke atas gaji dan elaun baru, berikutan kenaikan gaji bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak, Selangor dan Pulau Pinang.

"Gaji seorang mungkin sehingga RM16, 000 iaitu setaraf dengan Jusa A atau gaji setiausaha bahagian. Dengan kenaikan elaun itu, ia boleh menjadikan gaji kami sehingga RM35,000 sebulan, " kata ahli Parlimen veteran itu kepada The Malaysian Insider.

Sumber lain berkata, Jawatankuasa Dewan, yang diketuai oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, mencapai persetujuan mengenai gaji dan elaun baru itu.

Terdapat enam anggota lain dalam jawatankuasa itu, termasuk dua ahli Parlimen pembangkang.

Gaji ahli Parlimen dan wakil kerajaan yang dipilih sekarang dikawal oleh Akta Ahli Parlimen (Saraan).

Ini termasuk gaji Perdana Menteri (RM22,826.65 ), Timbalan Perdana Menteri (RM18, 168.15), Menteri Kabinet (RM14, 907.20 ),Ahli Dewan Negara (RM4, 112.79 ), Ahli Parlimen (RM6, 508.59 ) dan Ketua Pembangkang (tambahan RM3, 846.59 ).

Ahli Parlimen juga dibenarkan membuat tuntutan di bawah Akta Kertas Statut 235, termasuk Hiburan (RM1, 500), Pemandu (RM1, 200), perjalanan (RM1, 500), telefon (RM900 ) dan elaun harian RM200 sehari selain daripada mesyuarat oleh agensi kerajaan yang ditetapkan pada RM150 sehari.

Menurut laporan Berita Harian pada 2011, negara jiran Malaysia mempunyai gaji yang lebih tinggi untuk ahli Parlimen mereka selepas penukaran kepada Ringgit Malaysia. Antaranya ialah Thailand (RM12,000), Singapura (RM34,000) dan Indonesia (RM18, 000).

Pusingan kenaikan gaji bermula pada Mei apabila Sarawak bersetuju menaikkan tiga kali ganda gaji Ahli Dewan Undangan Negeri kepada RM15,000 daripada RM4,500 sebulan.

Turut naik adalah gaji Ketua Menteri daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11 ,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker Dewan, RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Ini diikuti minggu lalu oleh Selangor apabila Dewan Negeri meluluskan 268% kenaikan gaji bagi Speaker Selangor, bersama-sama dengan kenaikan gaji Menteri Besar (RM29, 250) , Timbalan Speaker (RM15, 750) dan Ahli Dewan Undangan (RM11,250).

Pulau Pinang turut mengikut dengan cadangan menaikkan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri daripada RM4,112.79 kepada RM6,000.

Negeri ini juga berusaha meningkatkan elaun untuk ahli dewan dari RM2,000 hingga RM5,500, merangkumi elaun khas (RM1,500), pemandu elaun tetap (RM1,500), elaun tetap pengangkutan (RM1,000), pelbagai elaun (RM1,000) dan elaun perumahan (RM500).

Jumlah saraan Adun akan naik daripada RM6,112.79 kepada RM11,500.

Johor juga menyatakan ia akan menaikkan gaji Adunnya tetapi belum memberikan apa-apa angka.

Kenaikan gaji bagi Ahli Parlimen dan Adun tidak diterima dengan baik kerana orang ramai kini terpaksa berdepan dengan kenaikan tarif elektrik 15% di Semenanjung Malaysia dan 16 % di Sabah dan Labuan mulai 1 Januari, 2014 dan cukai baru yang dikenali sebagai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 6% berkuatkuasa April 2015.

Menurut Jabatan Perangkaan, purata pendapatan isi rumah di Malaysia meningkat daripada RM4,025 pada 2009 kepada hanya RM5, 000 pada 2012, atau peningkatan 7.2%.

Malaysia Terbaik Urus Banjir konon... Terbaiklah sangat...

Posted: 04 Dec 2013 04:30 PM PST


Berkatalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim pada 25 Nov lalu.. Pengurusan banjir di negara ini merupakan antara yang terbaik jika dibandingkan dengan negara-negara lain termasuk negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).

Menurutnya terdapat negara maju yang pihak berkuasanya hanya tiba di kawasan banjir seminggu selepas berlakunya bencana itu, berbeza di negara ini yang mana semua pihak sentiasa bersiap sedia menghadapinya.

Menurut beliau lagi, selain jabatan kerajaan, terdapat sukarelawan yang turut membantu kerja-kerja memindahkan mangsa dan menyediakan makanan di pusat-pusat pemindahan ketika bencana itu.

"Di negara kita juga, ketika berlakunya banjir, mangsa belum dipindahkan tetapi bekalan makanan telah siap disediakan di pusat pemindahan. Selain itu, bantuan RM500 yang diberikan kepada mangsa banjir bukanlah ganti rugi tetapi merupakan token (sumbangan)," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari itu..

Walaupun Shahidan telah berkata semuanya telah siap sedia...Tetapi bila banjir telah melanda beberapa buah negeri di Pantai Timur Semenanjung...


Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (gambar) menyelar kerajaan pusat di atas kegagalan menghantar bantuan dan menggerakkan operasi menyelamat kepada mangsa banjir di Kuantan dengan segera.

Menurut beliau, keadaan di Kuantan kini sudah lumpuh sepenuhnya dan dipercayai lebih 15,000 penduduk terperangkap.

"Masih tidak ada angka rasmi mengenai jumlah mangsa banjir namun bagi populasi tiga kawasan terjejas Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar ialah seramai 170,00 orang.

"Sejak pukul 4 petang semalam mangsa-mangsa ini dikatakan terputus dengan dunia luar dan kita berasa hairan kenapa kerajaan persekutuan lambat bertindak, kerana tidak ada satu bot pun yang kelihatan menyelamat mereka," katanya dalam satu sidang media di Parlimen .

Malah menurut beliau, keadaan banjir di Kuantan bertambah parah apabila bekalan elektrik kini dilaporkan terputus hingga menyukarkan mangsa mendapatkan bantuan.

"Banjir ini paling teruk pernah berlaku di Kuantan. Mereka menunggu bantuan, tidak makan sejak semalam.

"Ini semua tanggungjawab kerajaan pusat. Kita bukan power rangers yang boleh buat semua. Kita perlukan kerajaan untuk menghantar bantuan," katanya.

Mengulas mengenai penolakan usul beliau untuk Kuantan diisytiharkan darurat, Fuziah berkata ia merupakan usahanya bagi semua pihak agar dapat memberi fokus menghulur bantuan kepada mangsa banjir.

"Ahli Parlimen Kinabatangan marah-marah dan tanya apa saya buat di sini, perlu balik jenguk kawasan saya tetapi jika saya balik, bagaimana nak pastikan tindakan menghantar bantuan dapat disegerakan," katanya.

Pada masa yang sama, biarpun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim sudah mengesahkan operasi menyelamat dilakukan.

Bagaimanapun, ia selalunya dilakukan tanpa ada perbincangan dengan ahli Parlimen.

"Saya berterima kasih kepada mereka yang menghantar bantuan, Menteri Kebajikan pun turun sekali. Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini sudah bertindak.

"Namun yang kita persoalkan kenapa setiap kali MKN melakukan operasi tidak berbincang dengan kita. Ahli Parlimen yang lebih tahu selok belok kawasan sendiri," katanya.

Beliau menyifatkan tindakan berkenaan seolah-olah seperti perbuatan diskriminasi yang menghukum rakyat kerana tidak memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu ~ The Malaysian Insider

Kelewatan menghantar bantuan itu telah diakui oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim dan beliau telah memohon maaf tentang kelewatan itu dalam TV3 semalam..

..... Semua dah sedia tapi lambat tiba, jadi apakejadahnya?

Terbaiklah sangat Malaysia urus banjir.. sama macam terbaiknya sistem pendidikan yang ada di Malaysia, tapi hasilnya macam hampas... bacalah di ( SINI )


Tiada ulasan: