Khamis, 5 Disember 2013

Addin

Addin


Perwakilan Umno Cadang Penyokong Pembangkang Tidak Di Berikan BR1M

Posted: 05 Dec 2013 08:32 AM PST

Perwakilan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Shafei Abdullah menggesa Putrajaya mengkaji semula pelaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya ia tidak diberikan penyokong pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang turut menerimanya.

Mohd Shafei berkata penyokong pembangkang walaupun seringkali mengkritik pemberian BR1M, mereka juga tidak segan silu untuk mengambil bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan tersebut. "Sebagai contohnya bagi BR1M, berpusu dipulun orang PAS yang ambil walaupun sebelum itu mereka balun kita tapi bila bagi mereka ambil.

"Oleh itu saya harap kerajaan agar mengkaji semula pelaksanaan, supaya ada keberkesanan undi pada PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) nanti," kata Mohd Shafei, yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Wangsa Maju pada PRU13 lalu tetapi tewas.

Dalam pada itu, bekas penasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tersebut mendesak supaya kerajaan lebih memberi fokus kepada undi yang pasti, iaitu Bumiputera.

"Saya rasa kita mesti 'bet on sure things', bertaruh kepada yang pasti.

"Yang pastinya, yang kita nampak kali ini adalah undi Melayu, undi Bumiputera.

"Untuk meraih sokongan kepada yang pasti ini, strategi kita mesti ke arah undi Bumiputera dan Melayu ini," kata beliau lagi.

Selain itu, Mohd Shafei turut mahu konsep 1Malaysia yang diperkenalkan dikaji semula memandangkan strategi tersebut masih lagi gagal menarik sokongan pengundi bukan Melayu.

"Kalau nak kata konsep dan cara kerja kita bawa ini baik, undi Cina menurun.

"'We need to stud our strategy again'. Benar 1Malaysia can diamalkan 'but we must also have carrot and stick'," tambah beliau lagi.

Beliau juga menggesa supaya kerjasama dikalangan parti komponen dalam BN diperkukuhkan dan menjadikan contoh permuafakatan dalam Umno sebagai rujukan.

"Kadangkala tengok jentera sesama kita saja. Sedangkan jentera dalam komponen tank pernah ambil berat.

"Benar, mereka adalah komponen tapi untuk menang, 'we are a group'. Parti komponen juga mesti bekerja seperti Umno, 'in areas with 50-55%' Melayu, jadi kita perlukan undi bukan Melayu. Oleh itu gerak kerja mesti melalui proses kerjasama," tegas beliau lagi.

Najib yang juga pengerusi BN sebaik berakhir PRU13 menyifatkan kemerosotan kerusi Parlimen yang dimenangi oleh gabungan pemerintah tersebut berpunca daripada "Tsunami Cina", namun pengkritik dan penganalisis menolak hujah tersebut.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh badan bebas Centre For Strategic Engagement, berbanding dalam pilihan raya tahun 2008, BN memperoleh 58% sokongan daripada kaum Melayu tetapi angka tersebut menurun kepada hanya 54% pada 2013, sokongan kaum India juga menurun daripada 47% kepada 44% dan sokongan kaum Cina menurun daripada 35% kepada 13%.

Dalam pilihan raya lalu, parti komponen PR DAP menghancurkan musuh mereka MCA, parti komponen dalam BN yang menyaksikan gabungan pemerintah tersebut kehilangan bandar-bandar besar dari George Town ke Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan bandar besar di Johor.

Dalam pilihan raya 5 Mei lalu, BN menang tipis dengan memperoleh 133 kerusi Parlimen berbanding PR mendapat 89 kerusi.

Walaubagaimanapun, PR menang undi popular dengan memperoleh 51%, berbanding BN yang sekadar memperoleh 49% pada PRU13 lalu. ~tmi


Addin:

Umno ingat duit BR1M mak bapak diaorang yang punya..





Iklan C (ii)


Pemimpin Umno Kutuk Umno Tidak Cakna Kesengsaraan Mangsa Banjir

Posted: 05 Dec 2013 07:22 AM PST

Bekas calon Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman Jamalulail mendakwa Umno lebih mementingkan persidangan daripada menyelamatkan mangsa banjir di Pahang. Katanya, Umno sepatutnya menangguhkan persidangan kerana keadaan banjir di Kuantan amat kritikal.

"Sepatutnya para pemimpin Umno semua berada di kawasan banjir membantu mangsa terutamanya di Pahang, Terengganu dan Kelantan," kata beliau kepada FMT.

Beliau bertanya di mana pemuda dan Kelab Putra Umno di saat saat mereka memerlukan bantuan di musim banjir ini.

"Saya hairan Datuk Aziz Rahim bersusah payah menghantar sukarelawan menyelamatkan mangsa taufan Haiyan di Filipina tetapi saya tak nampak pula mereka hantar sukarelawan Putra ke Pahang," katanya lagi.

Beliau juga menyentuh kritikan Khairy Jamaluddin terhadap TNB ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda Umno di persidangan pemuda Umno semalam.

"Saya hairan kabinet sudah bersetuju dengan cadangan menaikkan tarif elektrik kenapa pula Khairy bising di luar? Sepatutnya beliau membantah dalam mesyuarat kabinet," katanya.

Beliau meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengkaji semula kedudukan Khairy dalam kabinet kerana beliau tidak bersetuju dengan keputusan yang sudah dibuat oleh kabinet.

"Sebelum TNB buat keputusan, sudah tentu TNB mohon persetujuan kabinet terlebih dahulu. TNB bukannya buat pengumuman tanpa merujuk kepada kabinet," katanya. 

Katanya lagi, adakah Khairy bermain sandiwara tidak bersetuju di luar sedangkan ia adalah keputusan kabinet.

"Kalau tak puas hati, pemuda Umno sepatutnya menghantar memorandum kepada TNB," katanya.

Syed Rosli menambah dalam ucapan dasarnya juga Khairy menyentuh pemilihan PAS yang dikatakan kelam kabut.

"Bagi saya, pemilihan pemuda Umno pun kelam kabut. Keputusan pemilihan majlis tertinggi Umno, urusetia mengumumkan undi popular yang dipungut oleh calon-calon majlis tertinggi tetapi dalam pemilihan pemuda, semua calon ketua, naib ketua dan exco tidak tahu jumlah undi popular yang dipungut mereka," dakwanya lagi.

Beliau sendiri tidak tahu berapa undi yang diperolehinya ketika menentang Khairy pada 12 Oktober lalu dalam pertandingan lima penjuru yang turut disertai Akramsyah Ubaidah Sanusi, Irwan Ambak dan Karim Ali. ~fmt






Iklan C (ii)



Pemimpin Umno Kecam Perlantikan Ustaz Kazim

Posted: 05 Dec 2013 05:17 AM PST

Keputusan penceramah bebas, Mohamad Kazim Elias untuk menolak pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno memberi tamparan hebat kepada Umno terutama kepada presidennya, Datuk Seri Najib Razak. Sekurang-kurangnya dua pemimpin Umno mengulas mengenainya dan menyifatkan ia berlaku berikutan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan Umno sendiri.

Bekas pemimpin kanan Umno, Tan Sri Dr Rais Yatim (gambar) yang menulis di Twitternya berkata: "Ustaz Kazim tolak jadi ahli MT Umno, yang rekomen beliau tu kenalah jawab. Kenapa tak buat kaji selidik dulu. Terus-terus jadi MT salah di sisi peraturan".

Setiausaha Penyelaras Barisan Nasional Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin juga sependapat dengan Dr Rais.

Beliau yang juga bloger Sang Kelembai berkata, pelantikan Kazim yang dibuat tanpa meminta persetujuan terlebih dahulu adalah perancangan salah.

Malah, katanya, ia lebih kepada tindakan cuba mendapat kredit peribadi atau dengan kata lain "membodek bos".

"Akhirnya Ustaz Kazim Elias tolak dilantik MT Umno. Agaknya dia dah istikharah malam tadi. Satu tamparan hebat pada Umno.

"Ini dia kerja mereka yang tidak merancang dan buat strategi, hanya kerana nak dapat kredit peribadi pada Boss," tulisnya di Facebook.

Semalam, Kazim menolak pelantikan menjadi MT Umno yang diumumkan perdana menteri, baru-baru ini dengan mengemukakan tiga alasan.

Alasan tersebut adalah kerana komitmen luar sebagai penceramah, mahu menjaga urusan pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Barakah dan ingin menjaga nama baik Umno daripada terus difitnah.

Keputusan itu diumumkan beliau selepas mengadakan pertemuan selama sejam dengan presiden Umno di bangunan Parlimen, beberapa hari lalu.

Zaharin berkata, "Perlembagaan Umno mestilah dihormati. Masa bertanding jawatan dalam Umno, kena ikut peraturan.

"Jika tak cukup tiga tahun jadi ahli, tak layak bertanding sebarang jawatan. Tak jadi ahli dan tak cukup tiga tahun jadi ahli boleh pula dilantik jadi ahli Majlis Tertinggi Umno.

"Boleh tak orang yang berkuasa di Ibu Pejabat Umno beri jawapan. Atau pembesar Umno buat Umno ini macam emak bapa dia punya," katanya. ~tmi





Iklan C (ii)




Shahidan Cakap Malaysia Terbaik Urus Banjir.. Gambar Memalukan Ini Sebagai Bukti

Posted: 05 Dec 2013 12:05 AM PST


Ini baru betul kata-kata bongkak, angkuh, sombong melangit Menteri Jaga Parlimen Malaysia Shahidan Kassim, betapa Malaysia adalah negara yang terbaik di dunia urus banjir .. Jauh lebih baik dari negara-negara termaju di dunia termasuk Amerika Syarikat.

Punyalah terbaik negara Malaysia mengurus banjir dibawah pemerintahan UMNO/BN 1M'sia dengan Perdana Menterinya Najib Razak ... sampaikan menempatkan para mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir yang juga di landa banjir.

Salute .. tabik spring melantun bertingakt-tingkat kepada Shahidan Kassim kerana berjaya membuktikan kepada dunia sehingga tidak mampu dikilas bahawa Malaysia di bawah pemerintahan UMNO/BN memang negara paling terbaik sekali urus banjir.

Lihatlah gambar di bawah.. Malaysia terbaik urus banjir..









Iklan C (ii)




Rupanya Gaji Dan Elaun Ahli Parlimen Mahu Di Jangka Di Naikkan

Posted: 04 Dec 2013 10:20 PM PST

Gaji dan elaun mesyuarat ahli Parlimen dijangka dinaikkan lebih sekali ganda iaitu sekurang-kurangnya RM16,000 dan RM500 sehari masing-masing.

Ia dijangka dibentangkan hari ini, seminggu selepas kenaikan gaji di beberapa negeri diumum dan mencetuskan kekecohan di kalangan ahli politik. Berdasarkan kepada Akta Ahli Parlimen (Saraan), Ahli Parlimen kini memperolehi gaji pokok RM6, 508.59 dan elaun mesyuarat RM200 setiap hari.

Terdapat juga beberapa elaun lain yang menjadikan jumlahnya kira-kira RM5, 000 sebulan.

Seorang Ahli Parlimen, yang meminta untuk tidak disebutkan namanya berkata, Jawatankuasa Dewan Rakyat bermesyuarat minggu ini untuk membuat keputusan ke atas gaji dan elaun baru, berikutan kenaikan gaji bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak, Selangor dan Pulau Pinang.

"Gaji seorang mungkin sehingga RM16, 000 iaitu setaraf dengan Jusa A atau gaji setiausaha bahagian. Dengan kenaikan elaun itu, ia boleh menjadikan gaji kami sehingga RM35,000 sebulan, " kata ahli Parlimen veteran itu kepada The Malaysian Insider.

Sumber lain berkata, Jawatankuasa Dewan, yang diketuai oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, mencapai persetujuan mengenai gaji dan elaun baru itu.

Terdapat enam anggota lain dalam jawatankuasa itu, termasuk dua ahli Parlimen pembangkang.

Gaji ahli Parlimen dan wakil kerajaan yang dipilih sekarang dikawal oleh Akta Ahli Parlimen (Saraan).

Ini termasuk gaji Perdana Menteri (RM22,826.65 ), Timbalan Perdana Menteri (RM18, 168.15), Menteri Kabinet (RM14, 907.20 ),Ahli Dewan Negara (RM4, 112.79 ), Ahli Parlimen (RM6, 508.59 ) dan Ketua Pembangkang (tambahan RM3, 846.59 ).

Ahli Parlimen juga dibenarkan membuat tuntutan di bawah Akta Kertas Statut 235, termasuk Hiburan (RM1, 500), Pemandu (RM1, 200), perjalanan (RM1, 500), telefon (RM900 ) dan elaun harian RM200 sehari selain daripada mesyuarat oleh agensi kerajaan yang ditetapkan pada RM150 sehari.

Menurut laporan Berita Harian pada 2011, negara jiran Malaysia mempunyai gaji yang lebih tinggi untuk ahli Parlimen mereka selepas penukaran kepada Ringgit Malaysia. Antaranya ialah Thailand (RM12,000), Singapura (RM34,000) dan Indonesia (RM18, 000).

Pusingan kenaikan gaji bermula pada Mei apabila Sarawak bersetuju menaikkan tiga kali ganda gaji Ahli Dewan Undangan Negeri kepada RM15,000 daripada RM4,500 sebulan.

Turut naik adalah gaji Ketua Menteri daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11 ,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker Dewan, RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Ini diikuti minggu lalu oleh Selangor apabila Dewan Negeri meluluskan 268% kenaikan gaji bagi Speaker Selangor, bersama-sama dengan kenaikan gaji Menteri Besar (RM29, 250) , Timbalan Speaker (RM15, 750) dan Ahli Dewan Undangan (RM11,250).

Pulau Pinang turut mengikut dengan cadangan menaikkan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri daripada RM4,112.79 kepada RM6,000.

Negeri ini juga berusaha meningkatkan elaun untuk ahli dewan dari RM2,000 hingga RM5,500, merangkumi elaun khas (RM1,500), pemandu elaun tetap (RM1,500), elaun tetap pengangkutan (RM1,000), pelbagai elaun (RM1,000) dan elaun perumahan (RM500).

Jumlah saraan Adun akan naik daripada RM6,112.79 kepada RM11,500.

Johor juga menyatakan ia akan menaikkan gaji Adunnya tetapi belum memberikan apa-apa angka.

Kenaikan gaji bagi Ahli Parlimen dan Adun tidak diterima dengan baik kerana orang ramai kini terpaksa berdepan dengan kenaikan tarif elektrik 15% di Semenanjung Malaysia dan 16 % di Sabah dan Labuan mulai 1 Januari, 2014 dan cukai baru yang dikenali sebagai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 6% berkuatkuasa April 2015.

Menurut Jabatan Perangkaan, purata pendapatan isi rumah di Malaysia meningkat daripada RM4,025 pada 2009 kepada hanya RM5, 000 pada 2012, atau peningkatan 7.2%. ~asd





Iklan C (ii)




Berita Dari Selangor Yang Tidak Di Siarkan Utusan, Berita, RTM Dan TV3

Posted: 04 Dec 2013 08:19 PM PST

Sebagai tanda simpati dan perihatin terhadap mangsa-mangsa banjir di Kuantan, Pahang serta mendengar rayuan dari Ahli Parlimen PKR/PR Kuantan sendiri YB Fuziah Salleh, petang tadi kerajaan PR Selangor melalui Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita YB Rodziah Salleh telah menyumbang RM50,000 kepada warga Kuantan.

Kini bilik gerakan bencana banjir peringkat Kuantan telah pun dibuka dan kini para sukarelawan PR termasuk Unit Amal Malaysia sedang giat membantu para mangsa banjir disana.

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan menghantar bantuan segera kepada mangsa banjir di Kuantan selepas empat hari hujan lebat turun berterusan.

Berikutan itu, ia telah menugaskan Exco Kerajaan negeri, Rodziah Ismail untuk menyelaras bantuan tersebut. Rodziah menulis dalam tweetnya bahawa Selangor telah meluluskan RM50,000 bantuan banjir di Pahang.

Wang itu adalah untuk menghantar segera barangan keperluan serta kerja-kerja bantuan yang lain. Bantuan seterusnya mungkin disalurkan kepada Johor dan Terengganu, yang turut dilanda banjir, katanya.



Rodziah berkata, ia merupakan kemanusiaan kerajaan Selangor untuk membantu rakyat Malaysia dalam situasi kecemasan.

Sebelum itu, kerajaan Selangor juga telah memberi sumbangan kepada mangsa banjir Cameron Highlands, kata seorang lagi Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong.





Iklan C (ii)




Diskriminasi Bantuan Banjir.. Ini Buktinya

Posted: 04 Dec 2013 06:28 PM PST


Menteri cakap tiada dikriminasi.. tetapi mesyuarat MKN berkenaan banjir pun pemimpin tidak di panggil. Ini belum cerita lagi berkenaan aduan bantuan lambat sampai kepada mangsa-mangsa banjir. Keikhlasan kerajaan pusat bukan di lihat dari hanya kata-kata tetapi yang lebih penting adalah perbuatan..

Bantuan banjir : Tiada Dikriminasi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menyangkal dakwaan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang mengatakan kerajaan bersikap diskriminasi terhadap pemimpin pembangkang berhubung misi bantuan mangsa banjir di kawasan itu.

Menurutnya, kerajaan tidak akan berbuat demikian kerana ia melibatkan perkara serius di mana rakyat perlu diberi keutamaan.

"Jangan bersangka buruk. Dalam soal ini kerajaan tidak akan mencampuradukkan isu politik kerana apa yang penting adalah bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

"Apa yang dikatakan beliau (Fuziah) itu tidak benar. Dalam beri bantuan, kita tidak mengira latar belakang politik pemimpin," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Terdahulu, Fuziah memberi kenyataan bahawa pemimpin pembangkang tidak dipanggil untuk sertai mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri (MKN) dalam membantu mangsa banjir.

"Kami lihat ia sebagai satu diskriminasi di mana kami tidak dijemput untuk menghadiri mesyuarat itu sedangkan kita perlu duduk bersama untuk mengetahui keadaan rakyat yang ditimpa banjir.

"Dalam hal ini, mereka mahu rakyat melihat kami tidak mampu berbuat apa-apa. Tapi saya percaya rakyat ini lebih bijak dan tidak akan tertipu dengan perkara seperti ini," katanya.

Mengulas lanjut mengenai usul tergempar pengisytiharan darurat ekoran banjir di Kuantan dari Fuziah yang ditolak Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam persidangan semalam, Shahidan memberitahu ia tidak seharusnya berlaku.

"Sebenarnya usul itu tidak perlu lagi. Semua wakil rakyat yang terlibat dengan banjir perlu balik ke kawasan masing-masing untuk bantu mereka yang memerlukan.

"Mereka perlu maklumkan kepada kita bantuan yang diperlukan. Bukan kita mahu publisiti tapi mahu bantu rakyat," katanya.

Pada masa yang sama, Shahidan memberitahu beberapa bantuan telah dikerah bagi membantu mangsa banjir terutamanya di kawasan yang terjejas teruk.

"Kita sudah hantar dua helikopter dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan enam bot tambahan dari MKN untuk mengeluarkan mangsa di Kuantan ke tempat yang disediakan.

"Selain itu, bantuan makanan juga telah di disalurkan kepada mereka. Saya berterima kasih kepada sukarelawan dan menyeru lebih banyak sukarelawan untuk muncul bantu mangsa banjir," katanya. ~sh





Iklan C (ii)


Tiada ulasan: