Ahad, 29 Disember 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Harga Minuman Dijangka Naik

Posted: 29 Dec 2013 12:00 AM PST


Kenaikan harga dalam banyak perkara mengakibatkan masalah besar kepada premis makanan yang mungkin akan menaikkan harga mereka.

Terbaru apabila terdapat pengumuman kenaikan harga daripada pembuat ais. Jika kedai-kedai makan mahu menaikkan harga minuman, maka mereka kini mungkin menemui alasan yang terbaik.

Sejak Rabu lalu, harga satu blok 50 kilogram (kg) ais akan dinaikkan sebanyak RM2.50, manakala kos bagi 10kg tiub ais akan menigkat kos 50 sen lagi.

Bergantung kepada lokasi, satu blok 50kg kini dijual pada kira-kira RM10, manakala beg ais tiub boleh didapati pada harga sekitar RM3.

Perkara ini berikutan satu pengumuman oleh Tube Ice Manufacturers Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya pada Selasa.

Seramai 26 anggota persatuan itu termasuk Atlas Edible Ice Sdn Bhd, merupakan pembekal utama di kebanyakan negeri.

Penjual makanan telah pun mengalami penarikan balik subsidi gula dan kenaikan kos pengangkutan yang dibawa oleh subsidi bahan api yang lebih rendah.

Presiden Persatuan Pemilik Restoran India Malaysia, Datuk R. Ramalingam Pillai berkata, pembekal ais mahu meningkatkan harga ais ke seluruh negara kerana kebanyakan mereka merupakan adalah untuk kesemua tempat dan ini bermakna keuntungan restoran akan meningkat.

Presiden Persatuan Penjaja Pulau Pinang, Ooi Thean Huat berkata, ahli-ahlinya tidak lagi dapat menampung kesemua kenaikan harga.

"Tetapi jika kita menaikkan harga, ia akan menjadi peningkatan yang kecil," kata Ooi.

Pengerusi Perniagaan Kecil-Kecilan Johor Bahru, Chin Yoke Weng berkata, anggota persatuan akan mengekalkan harga minuman walaupun kenaikan harga ais tetapi Timbalan Presiden Pengguna Bumiputera Johor, Norizan Tarmeze berkata, beliau menjangkakan banyak restoran akan menaikkan harga minuman.

Di Pulau Pinang, Pengerusi Persatuan Koo Soo Kwong Choon Tong Restaurant dan Tea-House , Vinah Yee Yook Chee berkata, pembekal telah memaklumkan kepada persatuan itu peningkatan yang akan berlaku.

"Mereka memberitahu kami bahawa mereka tidak mempunyai pilihan tetapi perlu menaikkan harga disebabkan kenaikan harga elektrik dan bahan api. Kami tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana pembekal perlu berniaga juga bagi mendapatkan keuntungan," katanya ~ mStar


... Menteri nanti kata 'Harga ais naik, jangan minum minuman berais....".. tapi macai tak kisah sebab diaorang minum air longkang dan makan rumput... he..he..he..

Dituduh sebagai dalang: SAMM dan Jingga 13 akan saman Polis

Posted: 28 Dec 2013 09:11 PM PST


Polis mendedahkan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang sebagai dalang utama perhimpunan haram untuk menggulingkan kerajaan pada sambutan ambang tahun baharu di Dataran Merdeka, Selasa depan.

Empat pertubuhan tersebut adalah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang dikatakan turut merancang menimbulkan kekecohan dengan menggunakan senjata.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh ketika mendedahkan perkara itu berkata, pihaknya telah mengenal pasti kumpulan tersebut berdasarkan hasil maklumat dan risikan.

"Justeru polis tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas dan menangkap individu yang akan menggugat ketenteraman awam pada malam tersebut," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini semalam.

Rentetan dari itu  laporan Polis telah dibuat oleh Jingga 13 terhadap tuduhan tidak berasas yang dianggap sebagai fitnah itu, dan pihak yang menyebarkan fitnah tersebut akan disaman dalam tempoh yang terdekat.

Bagaimanapun sekumpulan individu dari PERKASA yang dibiayai oleh Kerajaan dilaporkan telah cuba menghalang laporan Polis itu.


Selain Jingga 13, SAMM yang turut difitnah sebagai dalang untuk menggulingkan kerajaan pada tahun baru ini turut mendesak agar Timbalan Ketua Polis Wilayah, Datuk Amar Singh Ishar Singh menarik semula kenyataan beliau atau berhadapan saman RM100Juta.

SAMM: Tarik balik fitnah atau disaman RM100j
SHAH ALAM - Pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak agar Timbalan Ketua Polis Wilayah, Datuk Amar Singh Ishar Singh menarik semula kenyataan beliau yang mengaitkan pertubuhan tersebut sebagai antara penganjur himpunan guling kerajaan pada 31 Disember ini.

Jelas Presiden SAMM Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, kenyataan tersebut adalah berbaur fitnah, dan pihaknya tidak teragak-agak untuk menyaman Timbalan Ketua Polis Wilayah tersebut sekiranya tiada bukti kukuh yang mengaitkan pertubuhan tersebut dengan himpunan itu.

"Saya dengan ini mendesak fitnah ini ditarik balik oleh Datuk Amar Singh Ishar Singh dan permohonan maaf dituntut.

"…dia harus dedah apa sumber dia, dan dedah bukti gred A sekiranya ada. Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan semua media jahat yang menjadi lidah penyambung fitnah tersebut.

"…isnin ini (30 Disember), Chegu Bard dan SAMM akan menghantar notis undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan media-media terbabit. Saya akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta ke atasnya," katanya yang dipetik menerusi kenyataan medianya.

Semalam, memetik laporan berita polis telah mengenal pasti empat kumpulan yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dijangka akan membuat kecoh pada sambutan ambang Tahun Baharu di Dataran Merdeka,31 Disember ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pertubuhan tersebut ialah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

"Kami tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas dan menangkap individu yang menimbulkan kekecohan pada malam tersebut," katanya ~ Sinar Harian

Tiada ulasan: