Addin |
- Berita Ini Membuatkan Polis Terkedu..
- Harga Minuman Pula Bakal Naik
- Surat YB Fuziah Salleh Kepada Presiden Emeriah Arab Bersatu (UAE) Bertanyakan Status Wang Bantuan Banjir Tersebar
- (Gambar) Pasangan Islam Jadikan 800 Ekor Anjing Liar Sebagai Teman Baik
Berita Ini Membuatkan Polis Terkedu.. Posted: 29 Dec 2013 08:31 AM PST Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran memberi tempoh 48 jam kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat kesahihan dakwaan beberapa blogger pro-Umno yang mendedahkan e-mel ancaman bom dengan mengaitkan anak guamnya, Rafizi Ramli. Beliau berkata, jika polis enggan berbuat demikian, pihaknya tidak teragak-agak mengheret pihak berkuasa itu ke mahkamah kerana dipercayai bersengkongkol dengan pihak berkepentingan politik. "Penyiasatan itu bermotifkan politik untuk memberi sokongan kepada tindakan kerajaan yang mendakwa akan wujud usaha menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini. "Kita bagi tempoh 48 jam atau dengan segera, tangkap blogger pro-Umno yang mengeluarkan e-mel palsu itu, kalau tidak, kita akan tahu bahawa mereka itu memihak kepada Umno dan bukan menjalankan siasatan dengan adil," katanya selepas menemani anak guamnya memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini. Semalam, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat satu entri blog pro-Umno yang mendedahkan satu e-mel yang mengaitkan beliau dan seorang individu didakwa mendalangi komplot ancaman bom menjelang perhimpunan rakyat pada 31 Disember ini. Beliau berkata, pihak polis wajar mengambil tindakan tegas terhadap blogger terbabit yang mereka-reka e-mel tersebut sambil menyifatkannya sebagai 'fitnah luar biasa' kerana ia membabitkan ancaman bom serta boleh menggugat ketenteraman awam. Surendran juga mendakwa PDRM cuba bermain 'wayang' dengan menghubungi anak guamnya semalam untuk memberikan keterangan sedangkan mereka cuba memberi gambaran seolah-olah ancaman menggulingkan kerajaan itu adalah benar. "E-mel itu juga tidak berasas malah polis tidak menyiasat penyebar e-mel terbabit, kenapa mereka menghubungi Rafizi dan berlakon sedangkan PDRM cuba memberi gambaran sebenar seolah-olah ancaman guling itu akan berlaku," "Secara rasmi telah dinyatakan dalam keterangan polis hari ini e-mel itu palsu, sila ambil tindakan ke atas blogger Umno dengan segera," katanya lagi. ~sh |
Posted: 29 Dec 2013 06:18 AM PST Kenaikan harga dalam banyak perkara mengakibatkan masalah besar kepada premis makanan yang mungkin akan menaikkan harga mereka. Terbaru apabila terdapat pengumuman kenaikan harga daripada pembuat ais. Jika kedai-kedai makan mahu menaikkan harga minuman, maka mereka kini mungkin menemui alasan yang terbaik. Sejak Rabu lalu, harga satu blok 50 kilogram (kg) ais akan dinaikkan sebanyak RM2.50, manakala kos bagi 10kg tiub ais akan menigkat kos 50 sen lagi. Bergantung kepada lokasi, satu blok 50kg kini dijual pada kira-kira RM10, manakala beg ais tiub boleh didapati pada harga sekitar RM3. Perkara ini berikutan satu pengumuman oleh Tube Ice Manufacturers Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya pada Selasa. Seramai 26 anggota persatuan itu termasuk Atlas Edible Ice Sdn Bhd, merupakan pembekal utama di kebanyakan negeri. Penjual makanan telah pun mengalami penarikan balik subsidi gula dan kenaikan kos pengangkutan yang dibawa oleh subsidi bahan api yang lebih rendah. Presiden Persatuan Pemilik Restoran India Malaysia, Datuk R. Ramalingam Pillai berkata, pembekal ais mahu meningkatkan harga ais ke seluruh negara kerana kebanyakan mereka merupakan adalah untuk kesemua tempat dan ini bermakna keuntungan restoran akan meningkat. Presiden Persatuan Penjaja Pulau Pinang, Ooi Thean Huat berkata, ahli-ahlinya tidak lagi dapat menampung kesemua kenaikan harga. "Tetapi jika kita menaikkan harga, ia akan menjadi peningkatan yang kecil," kata Ooi. Pengerusi Perniagaan Kecil-Kecilan Johor Bahru, Chin Yoke Weng berkata, anggota persatuan akan mengekalkan harga minuman walaupun kenaikan harga ais tetapi Timbalan Presiden Pengguna Bumiputera Johor, Norizan Tarmeze berkata, beliau menjangkakan banyak restoran akan menaikkan harga minuman. Di Pulau Pinang, Pengerusi Persatuan Koo Soo Kwong Choon Tong Restaurant dan Tea-House , Vinah Yee Yook Chee berkata, pembekal telah memaklumkan kepada persatuan itu peningkatan yang akan berlaku. "Mereka memberitahu kami bahawa mereka tidak mempunyai pilihan tetapi perlu menaikkan harga disebabkan kenaikan harga elektrik dan bahan api. Kami tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana pembekal perlu berniaga juga bagi mendapatkan keuntungan," katanya. ~mStar |
Posted: 29 Dec 2013 05:19 AM PST Pada 24hb Disember lalu heboh satu dunia Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan menyumbang sebanyak Dh36.6 juta (RM32.9 juta) kepada misi bantuan kemanusiaan untuk mangsa banjir di Malaysia. Menurut laporan agensi berita UAE, bantuan berkenaan akan memanfaatkan lebih 20,000 keluarga yang terjejas di Pahang dan Kelantan, baru-baru ini. Bencana alam terbabit menyebabkan kemusnahan rumah dan kerosakan harta benda. Antara inisiatif yang akan dilaksanakan Persatuan Bulan Sabit Merah (RCA) UAE, termasuk membaik pulih lebih 20,000 rumah yang musnah, selain menyediakan barangan keperluan asas. "RCA akan mendapatkan semua bekalan barangan berkenaan daripada pasaran tempatan," katanya. Menurut laporan itu, inisiatif berkenaan akan membolehkan lebih 100,000 mangsa banjir kembali ke rumah masing-masing dan menjalani kehidupan seharian seperti biasa. YB Fuziah Salleh sebagai wakil rakyat berstatus Ahli Parlimen Kuantan yang bertanggung jawab dipilih rakyat maukan agar bantuan tersebut turut dirasai oleh penduduk Kuantan yang amat teruk terkesan dan terjejas dengan bencana banjir besar baru-baru ini. Untuk itu beliau terpaksa mengutus surat kepada Presiden UAE secara terus untuk mendapatkan kepastian. |
(Gambar) Pasangan Islam Jadikan 800 Ekor Anjing Liar Sebagai Teman Baik Posted: 28 Dec 2013 09:35 PM PST Di negara di mana rakyat beragama Islam jijik dengan anjing atas sebab keagamaan, satu pasangan beragama Islam melangkau 'halangan' itu demi menjaga anjing liar dan terbiar di Kedah. Daripada bangun pagi sehinggalah ke waktu tidur, pasangan itu yang lebih dikenali sebagai Pak Mie dan Mak Intan, meluangkan setiap saat mereka untuk menjaga 800 'anak berbulu' di Rumah Perlindungan Haiwan Pak Mie di Tanjung Bendara. Walaupun dengan bebanan kerja yang berat untuk menjaga 800 ekor anjing, pasangan itu hanya ada cucu serta seorang penolong untuk membantu mereka di rumah perlindungan itu. "Kita sudah beroperasi selama 20 tahun. Kerja ini memang susah dan ia bukanlah dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Kita tidak pernah tutup atau pulang ke rumah dan goyang kaki sambil menonton televisyen. Kita korbankan tidur dan makan. "Tapi kita teruskan juga atas dasar belas kasihan. Perasaan ini sangat penting walaupun untuk anjing liar," kata Pak Mie atau Muhammad Azmi Ismail kepada The Malaysian Insider. Oleh kerana bekerja dengan anjing liar, isterinya Mak Intan, 56 tahun atau Halijah Idris telah banyak menerima tohmahan serta kritikan darpada orang ramai yang tidak dapat menerima hubungan rapatnya dengan anjing-anjing itu. Baca artikel selanjutnya di SINI. Addin : Seharusnya selepas ini pihak berwajib atau pendakwah memberikan khidmat nasihat agama terhadap pasangan ini. Jangan biarkan mereka hanyut dengan dunia canggungnya.. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan