Anak Sungai Derhaka |
- Surat terbuka buat Najib: Ke mana menghilang duit kami?
- BN Menang, Ikut suka dialah nak naikkan harga barang kata Ibrahim Ali
- Bukan saja tampal pelekat TG Nik Aziz salah di UiTM.. Gambar Ustaz Azhar Idrus pun salah?
- Alasan Terbaru Kenapa Tarif Elektrik Naik Oleh Suruhanjaya Tenaga..
Surat terbuka buat Najib: Ke mana menghilang duit kami? Posted: 19 Dec 2013 06:34 AM PST YAB Datuk Seri, Tidak dapat dinafikan, Malaysia yang dipimpin YAB kini berhadapan masalah ekonomi. Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) diunjur malar, defisit kian melebar, hutang makin mengakar, inflasi terus menjalar dan tabungan semakin sukar. Walaupun transformasi dijana dan janji dijaja, barah rasuah dan disiplin integriti masih kekal di tahap lama. Kerajaan YAB dilihat mengambil formula mudah untuk mengatasi masalah ini – cukai dinaikkan, subsidi dikurangkan, integriti dipersoalkan. YAB pasti mengerti, pelbagai perbelanjaan, subsidi dan bantuan yang diberi kerajaan, semuanya dipungut daripada rakyat. Pendapatan rakyat dicukai, keuntungan rakyat dicukai, perbelanjaan rakyat dicukai, manakala simpanan rakyat dipinjam untuk membiayai hutang kerajaan. Jika demokrasi adalah pemerintahan "dari rakyat, untuk rakyat, oleh rakyat", ekonomi yang sihat juga begitulah sifatnya. Untuk pengetahuan YAB, kami anak muda juga cakna memikirkan hal ekonomi negara. Saban hari kami hadapi – harga makan minum mahal, harga rumah mahal, sewa rumah mahal, harga kereta mahal, tambang bas dan teksi mahal. Hendak belajar perlu berhutang, hendak berniaga tiada modal, hendak bekerja peluang terhad, hatta hendak berkahwin terpaksa meminjam. Tidak cukup dengan itu, YAB mengumumkan kenaikan 20 sen harga petrol selepas empat bulan pilihanraya, harga gula diumum naik 34 sen selepas lima bulan pilihanraya, tarif elektrik diumum naik 15% selepas enam bulan pilihanraya dan terkini tol lebuhraya pula mahu dinaikkan, yang semuanya tidak pernah dijanjikan. Semua ini adalah senarai rasionalisasi (baca: pengurangan) subsidi yang telah diumumkan, belum dikira dengan yang bakal diumumkan, ditambah pula dengan peniaga yang menaikkan harga barangan. YAB pasti tahu, harga barangan menjadi mahal (baca: inflasi) disebabkan dua faktor, tolakan-kos dan tarikan-permintaan. Dengan kenaikan kos bahan ini, sifir mudahnya, harga akhir yang perlu dibayar pengguna akan turut meningkat. Natijah kenaikan harga barangan ini, kos sara hidup kian menghimpit, kuasa beli makin menyusut, dan hutang isi rumah dijangka terus meningkat. Siapa akan pulihkan ekonomi Malaysia? Rakyat tiada akses pada perjanjian pembelian tenaga (PPA) oleh Tenaga Nasional Berhad terhadap penjanakuasa bebas (IPP) yang mengaut untung besar, yang kami kira wajar dikaji-semula. Rakyat tiada akses pada keuntungan dan royalti minyak dan gas Petronas, yang kami hitung, wajar diagih rata. Rakyat tiada akses pada perjanjian konsesi tol yang telah mendapat pulangan atas pelaburan (ROI), yang kami darab, wajar dirunding-semula. Rakyat tiada akses pada tender dan kontrak kerajaan, yang kami bahagi, wajar diberi secara telus dan terbuka. Rakyat tiada akses pada subsidi untuk monopoli beras dan gula, yang kami anggar, wajar diagih saksama. Rakyat tiada akses pada aliran perbelanjaan menteri, yang kami perincikan, wajar dijimat dalam berbelanja. Benar, rakyat tiada akses, tetapi rakyat punyai azam dan cita untuk berubah demi hidup sejahtera. Akhir dari saya, ingatlah, ketika YAB (dan isteri) berfikir ke mana mahu pergi, kami anak muda berfikir ke mana duit kami pergi. Teringat saya akan konsep wasatiyyah yang sering dizikirkan. Jika ikhlas diamalkan, pasti masalah mampu diselesaikan. Syahir Sulaiman |
BN Menang, Ikut suka dialah nak naikkan harga barang kata Ibrahim Ali Posted: 19 Dec 2013 01:26 AM PST Datuk Ibrahim Ali mengatakan kerajaan Barisan Nasional (BN) berhak menaikkan harga barang kerana mereka memenangi pilihan raya umum lalu dan prestasi mereka sedang dinilai rakyat. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu berkata, rakyat mempunyai kuasa melalui pilihan raya dan Pilihan Raya Umum ke-14 bukan satu tempoh yang lama. "Pilihan raya umum akan diadakan setiap lima tahun sekali. Kenapa nak pergi ke jalanan? Mereka telah menerima mandat. Terpulang kepada mereka. "Berhimpun di jalanan tak hormat proses demokrasi. Jika perkara ini berterusan, kita tak akan berhenti pilih kerajaan. BN akan buat sesuatu bagi menjaga hati rakyat," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di Kuala Lumpur hari ini. Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat menggunakan isu kenaikan harga barang sebagai mengukuhkan kuasa politik bagi menguatkan sokongan mereka bagi menuju Putrajaya ~ The Malaysian Insider |
Bukan saja tampal pelekat TG Nik Aziz salah di UiTM.. Gambar Ustaz Azhar Idrus pun salah? Posted: 18 Dec 2013 11:39 PM PST Ingatkan bila hampir pilihanraya saja, macai-macai walau dimana berada takut kepada bayang-bayang TG Nik Azizi.. selepas pilihanraya pun sama.. Di UiTM, Kampus Sri Iskandar, Perak seorang pelajar telah didenda kerana melekatkan sticker gambar TG Nik Aziz pada keretanya.. Apa punya undang-undang ni? Sejak bila melekatkan gambar TG Nik Aziz pada cermin kereta menjadi satu kesalahan? Kalau gambar Rosmah.. mungkin tak jadi kesalahan agaknya... Pelajar UiTM Didenda, Letak Kenderaan Di Kawasan Larangan &Tampal Pelekat Nik Aziz PETALING JAYA: Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) didenda oleh pihak berkuasa universiti itu kerana meletak kenderaan di kawasan larangan dan menampal pelekat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kenderaannya. Sebuah gambar kereta yang dikunci tayarnya, tersebar di laman media sosial selepas dimuat naik di Facebook Page, Nik Aziz, mendapat lebih 10,500 likes dan dikongsi 1,400 pengguna, dua jam selepas disiarkan pada pagi Khamis. Kebanyakan pengguna laman sosial itu, mengutuk tindakan pihak berkuasa universiti kerana menyekat kebebasan pelajar untuk berpolitik. Kesalahan yang dinyatakan dalam kertas saman itu bertulis, 'Meletak kenderaan di kawasan larangan' dan 'menampal pelekat Tuan Guru Nik Aziz - Ahli politik/PAS'. Insiden itu dipercayai berlaku di UiTM, Kampus Sri Iskandar, Perak. Menurut sumber, satu risalah dikatakan telah diedarkan sebelum itu yang melarang pelajar universiti tersebut membawa fahaman politik kepartian ke dalam kampus. Pegawai UiTM yang bertanggungjawab tidak dapat dihubungi dan kakitangan lain enggan memberikan sebarang komen ~ mStar Kalau kerana UiTM melarang pelajarnya membawa fahaman politik kepartian (selain UMNO) kedalam kampus dijadikan alasan sebab pelajar itu disaman.. Apahal pulak kenderaan yang ada gambar Ustaz Azhar Idrus juga turut disaman?.. UAI ni ahli parti politik mana?.. setahu aku UAI ni bukan ahli mana-mana parti politik.. "Saya bukan ahli PAS. Memang, selama ini ramai orang ingat (anggap) saya ahli PAS. Kita berjemaah tapi saya tidak masuk mana-mana parti politik," Kata UAI suatu ketika dulu.. Aku yakin yang keluarkan saman tu mesti macai tegar UMNO.. |
Alasan Terbaru Kenapa Tarif Elektrik Naik Oleh Suruhanjaya Tenaga.. Posted: 18 Dec 2013 08:11 PM PST Berbagai alasan terpaksa dicipta mereka untuk menghalalkan tindakan mereka menaikkan tarif elektrik, jika sebelum ini CEO TNB berkata kenaikan itu adalah perlu bagi proses rasionalisasi subsidi oleh kerajaan ini pula penjelasan dari Suruhanjaya Tenaga. Menurut Ketua pegawai eksekutif suruhanjaya, Datuk Ahmad Fauzi peningkatan tarif elektrik yang diumumkan perdana menteri awal bulan ini adalah untuk menampung kos penyelengaraan tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia dan kos janakuasa tenaga dari bahan api. Suruhanjaya Tenaga menjelaskan bahawa peningkatan tarif elektrik yang diumumkan perdana menteri awal bulan ini adalah untuk menampung kos penyelengaraan tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia dan kos janakuasa tenaga dari bahan api. Ketua pegawai eksekutif suruhanjaya itu Datuk Ahmad Fauzi Hasan dalam ucapannya hari ini menjelaskan, kos penyelenggaraan itu turut melibatkan kerosakan yang banyak berlaku di janakuasa dan juga ke atas masalah ketidaklancaran sistem. Masalah berkenaan dikesan banyak berlaku sejak tiga tahun lalu, katanya. "Kita juga mengalami masalah pembekalan gas yang tidak cukup untuk menampung keperluan tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia. "Dari segi inflasi,kos penyelenggaraan dan kos tenaga kerja kita terpaksa menaikkan harga tarif kita. "TNB diberi tempoh 1 tahun untuk membuat penyelenggaraan,untuk kali ini dalam tempoh 4 tahun takkan ada kenaikan tarif lagi kalau kita berasaskan rangka kerja ini," katanya. Beliau berucap ketika merasmikan satu majlis penerangan berhubung isu penetapan tarif elektrik di semenanjung Malaysia di Putrajaya hari ini ~ Malaysiakini Persoalannya kini ialah kemana menghilang keuntungan TNB yang baru-baru ini yang dilaporkan telah mencatatkan keuntungan bersih selepas tukaran wang asing berjumlah RM4.61 bilion bagi keseluruhan tahun kewangan berakhir pada 31 Ogos 2013. Ianya adalah peningkatan sebanyak 4.6 peratus berbanding RM4.41 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya. Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie sendiri mengatakan, pendapatan tahunan kumpulan meningkat kepada RM37.13 bilion pada tempoh itu daripada RM35.84 bilion pada tahun kewangan 2012. Untung Berbillion-billion masih tak mampu untuk menampung kos penyelangaraan?.. Jika Ketua pegawai eksekutif suruhanjaya itu berkata sejak tiga tahun lalu banyak kerosakan berlaku di Janakuasa oleh itu kos penyelengaraannya meningkat, tetapi dalam masa yang sama keuntungan TNB terus meningkat jadi apa rasionalnya tarif elektirk dinaikkan? Inilah untungnya Syarikat Monopoli.. rasa untung tak cukup dan kroni tak cukup kaya lagi..naikkan harga perkhidmatan... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan