Addin |
- Surat Terbuka Ahli Parlimen Kuantan Kepada MKN.. Saksikanlah
- Berita Tergempar Dari Meja KDN
- BN Berhak Naikkan Harga Barang Kerana Menang Pilihanraya - Ibrahim Ali
- Ahli Parlimen BN Pun Tertipu Dengan Najib
- Tuan Guru Nik Aziz Jawab Tuduhan Syiah Terhadap Mat Sabu
- Gara-Gara Wahhabi Di Serang, Shahidan Kassim Belasah Zamihan KDN
- Gambar Memeranjatkan!! Rakyat Bertindak Sepertimana Saranan Menteri Angkuh
Surat Terbuka Ahli Parlimen Kuantan Kepada MKN.. Saksikanlah Posted: 19 Dec 2013 03:00 PM PST Kenyataan Media MKN bertarikh 18 Dise bertajuk "Perkembangan Terkini Status Bencana Banjir Seluruh Negara dan Persiapan Kerajaan Dalam Menghadapi Gelombang Kedua Bencana Banjir 2013|2014" ada lah dirujuk. Disini saya ingin mengalu-alukan pemakluman berkenaan kemungkinan berlakunya Gelombang Kedua Bencana Banjir 2013 beserta dengan langkah-langkah menghadapi situasi ini yg telah di gariskan oleh Setiausaha MKN Datuk Mohammad Thajudeen Bin Abdul Wahab. Alangkah baiknya sekiranya MKN telah berbuat demikian sewaktu Gelombang Pertama dahulu. Oleh kerana banjir Gelombang Pertama merupakan sesuatu yang luarbiasa, juga tanpa amaran menyeluruh yang dikeluarkan oleh MKN, didapati keadaan amat gawat pada awal pagi 4 Disember apabila didapati ribuan mangsa telah berpindah ke Pusat -Pusat Pemindahan Banjir di Kuantan. Didalam keadaan yang sungguh gawat ketika itu, saya berasa amat kesal kerana MKN lambat bertindak dan lambat pula mengambil langkah-langkah korektif daripada pengurusan banjir secara biasa kepada pengurusan banjir secara luar biasa. Saya juga berharap semoga MKN telah belajar melalui kesilapan mereka didalam menghadapi Gelombang Pertama Banjir 2013 dan telah juga mengambil langkah penambahbaikkan di dalam Prosedur Pengurusan di Pusat-Pusat Pemindahan Banjir. Di antaranya ialah supaya MKN melantik pihak yang terlatih dan tidak terlibat dengan banjir untuk mengurus Pusat Pemindahan Banjir. Di dalam keadaan JKKK - Jawatankuasa Kebajikan dan Kemajuan Kampung bertanggungjawab mengurus Pusat-Pusat Permindahan, disini lah kita lihat kelemahan -kelemahan didalam pengurusan Pusat Pemindahan dan justeru itu kelemahan didalam menjaga kebajikan mangsa-mangsa banjir. Diantaranya: 1) Mereka sendiri (JKKK) merupakan mangsa-mangsa banjir sebab mereka pun dari kawasan setempat. Maka lambat lah mereka dapat mendaftar diri untuk menjalankan tugas. Mereka juga perlu selamatkan diri, keluarga dan harta benda. Saya kira mereka patut di bebaskan dari beban mengurus Pusat Pemindahan. 2) Adalah diiktiraf bahawa mereka(JKKK) punyai pengalaman uruskan mangsa banjir yang biasa berlaku tiap tahun dimana mangsa banjir di Pusat Pemindahan berjumlah paling ramai 500 orang rata2. Namun mereka sama sekali tidak punyai kepakaran pentadbiran mahupun kemampuan mengurus Pusat Permindahan dimana terdapat 3000 sehingga 5000 mangsa banjir seperti yang berlaku sewaktu Gelombang Pertama baru-baru ini. Sebab itu lah kita dapati banyak aduan mangsa yang kelaparan didalam keadaan makanan bertimbun-timbun. Antara alasan yang di berikan JKKK ialah peralatan tidak mencukupi. Pada saya itu ialah isu pentadbiran yang seharusnya boleh di atasi namun gagal diatasi oleh pihak pengurusan Pusat Pemindahan iaitu pihak JKKK. 3) Begitu juga apabila mangsa terpaksa tidur diatas lantai simen selama 3 atau 4 malam kerana kekurangan alas tikar dan selimut. Saya yakin ianya sesuatu yang boleh dielakkan sekiranya pengurusan Pusat Pemindahan Banjir diurus dengan cara lebih profesional. 4) Makanan yang diperlukan diawal mangsa dipindahkan ialah makanan segera dimakan seperti roti. Apa yang dilihat berlaku ialah terdapat beras bertimbun dan sardin dalam tin didalam keadaan tiada siapa yang bersedia untuk memasak. 5) Melantik pihak profesional untuk mengurus Pusat Pemindahan Banjir juga boleh mengelak daripada keadaan pilih kasih berlaku. Oleh kerana JKKK adalah merupakan dari kampung yang terlibat mereka dikenali oleh semua warga di Pusat Pemindahan. Aduan pilih kasih dan pemberian kepada kroni, samada benar atau tidak boleh di elakkan.Kita harus akur bahawa keadaan mangsa banjir yang menyabung nyawa meninggalkan rumah mereka dalam air yang deras. Kemudian pula dalam keadaan kesejukan tiada makanan dan tiada pakaian gantian dan juga tiada selimut, telah melalui keadaan trauma yang amat tinggi. Wajarlah kebajikan mereka diuruskan oleh pihak yang tidak terlibat dengan banjir yang tentu sekali boleh memaparkan tahap pengurusan yang lebih profesional. Akhir kata saya ingin menyeru supaya MKN sendiri bersifat lebih profesional didalam menangani insiden banjir Gelombang Kedua ini sekiranya berlaku (doa dijauhkan Allah). Juga diharap tidak sekali-kali di politikkan isu ini seperti dalam jawapan Setiausaha MKN kepada surat terbuka Nur Adilla Abdul Rahim.Bencana Banjir Besar seperti ini tidak diingini oleh sesiapa. Akan tetapi Allah SWT sahaja yang tahu akan hikmahnya. Dan sama-sama lah kita bantu membantu diantara satu sama lain tanpa mengira sempadan politik. Fuziah Salleh Ahli Parlimen Kuantan Naib Presiden KEADILAN |
Berita Tergempar Dari Meja KDN Posted: 19 Dec 2013 07:33 AM PST Akhbar mingguan The Heat digantung serta-merta oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dipercayai disebabkan artikel muka hadapan berhubung perbelanjaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Dalam satu kenyataan yang disiarkan di portal The Ant Daily, akhbar The Heat mengesahkan peneribitan mereka sudah digantung."Akhbar ini tidak akan diterbitkan seperti yang dijadualkan pada 21 Disember," kata The heat. Akhbar mingguan tersebut diberikan surat tunjuk sebab minggu lepas dan Ketua Pengarang David Lee Boon Siew turut dipanggil KDN ke Putrajaya dan diminta untuk melembutkan berita mereka. The Malaysian Insider difahamkan, walaupun KDN tidak menyatakan secara spesifik berhubung mana-mana artikel, dipercayai ianya disebabkan oleh ertikel bertajuk "All eyes on big spending Najib" yang diterbitkan dalam isu 23-29 November. Dipercayai, penerbitnya HCK Media diberikan masa 14 hari untuk memberikan jawapan.Difahamkan, kesemua pemberita sudah diberitahu mengenai perkara ini dalam satu mesyuarat hari ini. Sementara Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider mengatakan beliau tidak tahu mengenai pergantungan akhbar mingguan itu. Bagaimanapun Pengarang Kanan HCK Media Chong Cheng Hai enggan mengulas apabila dihubungi.Rosmah dikritik hebat oleh Ahli Parlimen pembangkang kerana menggunakan jet eksekutif kerajaan bulan lalu untuk menyertai persidangan wanita di Qatar di atas kapasiti peribadinya. Akhbar The Star pernah digantung penerbitannya selepas Operasi Lalang pada tahun 1987 yang menyaksikan perdana menteri pada ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan lebih 100 orang ahli politik dan aktivis. Akhbar milik MCA itu beroperasi semula pada April 1988.Pada tahun 2006, akhbar berbahasa Inggeris Sarawak Tribune digantung penerbitannya berhubung penebitan karikatur Nabi Muhammad. ~tmi |
BN Berhak Naikkan Harga Barang Kerana Menang Pilihanraya - Ibrahim Ali Posted: 19 Dec 2013 03:10 AM PST Datuk Ibrahim Ali (gambar) mengatakan kerajaan Barisan Nasional (BN) berhak menaikkan harga barang kerana mereka memenangi pilihan raya umum lalu dan prestasi mereka sedang dinilai rakyat. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu berkata, rakyat mempunyai kuasa melalui pilihan raya dan Pilihan Raya Umum ke-14 bukan satu tempoh yang lama. "Pilihan raya umum akan diadakan setiap lima tahun sekali. Kenapa nak pergi ke jalanan? Mereka telah menerima mandat. Terpulang kepada mereka."Berhimpun di jalanan tak hormat proses demokrasi. Jika perkara ini berterusan, kita tak akan berhenti pilih kerajaan. BN akan buat sesuatu bagi menjaga hati rakyat," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di Kuala Lumpur hari ini. Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat menggunakan isu kenaikan harga barang sebagai mengukuhkan kuasa politik bagi menguatkan sokongan mereka bagi menuju Putrajaya. ~tmi |
Ahli Parlimen BN Pun Tertipu Dengan Najib Posted: 19 Dec 2013 01:46 AM PST Ahli Parlimen Kepala Batas daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (gambar) mengingatkan semula kerajaan agar mengkaji semula cadangan kenaikan kadar tol kerana parti pemerintah itu semasa kempen Pilihan Raya 2013 lalu berjanji secara spesifik akan mengurangkan tol secara berperingkat.
Reezal mengulas kenyataan menteri yang mengatakan kenaikan harga tol akan berlaku di 13 lebuh raya bermula Januari 2014.
"Dalam konteks tol, di bawah tajuk 'Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Pembangunan Luar Bandar', untuk 'mengurangkan tol antara bandar secara berperingkat'. "Saya menaruh keyakinan bahawa Perdana Menteri akan melihat perkara ini dengan lebih komprehensif. Apabila Perdana Menteri umum 'kos sara hidup' sebagai agenda utama akujanji, ia pasti diberi perhatian oleh kerajaan," katanya dipetik daripada akhbar Sinar Harian.
Selain itu, Reezal turut menyeru Kementerian Kerja Raya membuat kajian lebih holistik sebelum menandatangani konsesi tol baharu pada masa akan datang.
"Ia perlu dilakukan dengan mengambil kira kadar keuntungan bersesuaian kepada syarikat konsesi berkaitan. Antara lebuhraya baharu dalam peringkat kajian, Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), Lebuh raya Kinrara-Damansara (Kidex) dan Lebuh raya Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) mempunyai implikasi kewangan 'harian' kepada pengguna," katanya.
Menurut bekas Setiausaha Politik kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi itu, Kementerian Kerja Raya perlu menyatakan kepada umum mengenai status kajian penstrukturan kadar tol Besraya, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).
"Rakyat wajar diberikan pencerahan mengenai kajian semula, apatah lagi ia dinyatakan secara spesifik dalam Pelan Perancangan Strategik Kementerian Kerja Raya.
"Rasionalisasi subsidi mesti dilakukan secara berhati-hati agar ia tidak membebankan rakyat dalam apa jua keadaan. Berdasarkan maklum balas rakyat, mereka terbeban dengan apa yang berlaku akhir-akhir ini," katanya. Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengatakan kerajaan akan menyediakan jalan alternatif kepada pengguna yang sedia membayar dengan kadar premium. "Bagi mereka yang fikirkan ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut," kata Abdul Wahid di Putrajaya baru-baru ini. Abdul Wahid juga berkata, pihak konsesi perlu menjalankan kajian daya saing untuk memastikan sama ada pengguna dapat menerima kadar tol baru yang dicadangkan sebelum ia dilaksanakan. Semalam Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menghalang kenaikan tol di lebuh raya negeri itu. Abdul Khalid berkata, langkah tersebut diarahkan bagi memastikan rakyat negeri tersebut tidak terbeban akibat kenaikan tol di Selangor. ~tmi |
Tuan Guru Nik Aziz Jawab Tuduhan Syiah Terhadap Mat Sabu Posted: 18 Dec 2013 08:10 PM PST Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan isu Syiah yang dikaitkan dengan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu hanya dendam politik untuk memerangkap pemimpin dan parti berkenaan semata- mata. Dakwanya, pemimpin parti lawan sanggup membuat dakyah baharu kerana mahu memburukkan imej parti Islam itu pada pandangan umum. "Sekiranya pemimpin Umno ingin memerangi Syiah, kenapa pengikut ajaran itu sebagaimana yang dilaporkan berlaku di Kedah tidak ditangkap," katanya dipetik Harakahdaily.net, semalam. Nik Abdul Aziz mendakwa, parti lawan sebenarnya tiada modal baharu untuk dibangkitkan bagi menarik sokongan sehingga memaksa untuk 'memerangkap' orang nombor dua Pas kononnya terlibat dengan fahaman Syiah. Beliau berkata demikian ketika mengulas kemelut isu Syiah yang masih belum berakhir melibatkan Mohamad Sabu dan tindakan undang-undang yang bakal diambil pemimpin tersebut. Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, rakyat kini semakin tertekan dengan kenaikan harga barangan keperluan harian yang nyata membebankan hidup mereka. "Kenaikan tol, tambang LRT, cukai itu dan ini semuanya akan memberi tekanan kepada rakyat," katanya. ~sh |
Gara-Gara Wahhabi Di Serang, Shahidan Kassim Belasah Zamihan KDN Posted: 18 Dec 2013 05:59 PM PST Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar) menyelar Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari kerana turut melibatkan aliran Wahhabi dalam serangan kerajaan terhadap penganut fahaman Syiah. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Zamihan cuba mengelirukan umat Islam di Malaysia dengan kefahaman salah mengenai aliran Wahhabi dan ramai orang-orang Umno marah dengan tindakan tersebut. "Pegawai di KDN nak hukum pasal Syiah itu tidak mengapa kita boleh sokong. Namun mencampuradukkan Wahhabi dan sebagainya merupakan satu perbuatan yang tidak boleh terima," katanya dalam satu temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider. "Kita tidak ada masalah dengan tindakan Zamihan dalam menentang pengaruh Syiah." Zamihan sebelum ini semasa masih bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pernah menjadi kontroversi apabila mengaitkan empat tokoh politik dan agama iaitu bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya, Shahidan dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan fahaman Wahhabi dan pengganas Jemaah Islamiah (JI). Menurut Shahidan yang merupakan bekas Menteri Besar Perlis itu, pengasas fahaman Wahhabi Syeikh Muhammad Abdul Wahab lebih mirip melaksanakan amalan Nabi Muhamad dan sebahagian besar daripada ajarannya diasaskan oleh Muhammad Ibni Hanbal yang merupakan imam kepada mazhab Hanbali. "Muhammad Abdul Wahab menaikkan semangat jihad dan menentang orang-orang putih yang telah pun menguasai Bani Uthmaniyyah (memerintah Mekah/Madidinah di bawah negara Hijaz) bila penguasaan British semakin bertambah kuat," katanya. "Oleh kerana gerakannya yang berpengaruh itu, British menulis buku gerakan tersebut bernama 'Wahhabi'," katanya. Shahidan turut menjelaskan Wahhabi bukanlah satu mazhab kerana sebenarnya ia tetap mengikut ajaran Sunni. "Kerana itu saya selalu kata Wahhabi umpama hantu yang kita selalu sebut tapi kita tidak nampak bagaimana. Bertanduk atau tidak? Ramai yang sebut tidak faham apakah itu Wahhabi," katanya. Menurut Shahidan, Syiah perlu ditentang kerana fahaman itu dibentuk berasaskan gerakan politik tidak seperti mazhab Sunni yang berteraskan ajaran Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, rakyat di negara ini seharusnya tidak terkeliru dengan perbezaan Syiah dan Sunni. "Islam di Malaysia adalah Sunni iaitu berpandukan mazhab Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali dan mana-mana fahaman dan agama Islam sendiri selain daripada itu adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk diamalkan. "Dan gerakan Syiah ini ditentang kerana mereka menentang mana-mana pemerintah selain Saidina Ali," katanya. Bagaimanapun pada tahun 2004, Shahidan bersama-sama bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan hal ehwal Islam Tan Sri Abdul Hamid Othman menandatangani perjanjian Amman Message. Amman Message merupakan inisiatif daripada pemerintah Jordan pada ketika itu yang memperkenalkan satu deklarasi bagi menjelaskan kepelbagaian mazhab dalam Islam seperti Sunni, Syiah, Ibadi dan Thairi. "Sesiapa pun yang mengamalkan satu daripada empat mazhab Sunni seperti (Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali), dua daripada mazhab Syiah (Jaafari dan Zaydi) serta mazhab Ibadi dan Thahiri adalah muslim. Menggelar mereka orang yang kafir dan sesat adalah sangat mustahil," kata perjanjian tersebut. Bagaimanapun kini Shahidan berkata, Syiah menimbulkan ketegangan kepada sesebuah negara dan itulah sebabnya mengapa kerajaan menentang mereka pada ketika ini. "Ia sudah termaktub dalam undang-undang, siapa yang amalkan Syiah maka dia bersalah. Orang itu tidak boleh amal dan kembangkan jika dia seorang dalam rumahnya pun, dia masih tidak boleh amalkan." ~tmi |
Gambar Memeranjatkan!! Rakyat Bertindak Sepertimana Saranan Menteri Angkuh Posted: 18 Dec 2013 03:40 PM PST Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang menyarankan pengguna menggunakan jalan biasa jika tidak selesa dengan kenaikan kadar tol dikecam hampir keseluruhan rakyat. Rakyat melihat kenyataan itu sebagai seorang menteri angkuh, sombong serta tidak mempedulikan kesengsaraan rakyat. Jikalau menteri memberikan cadangan yang tidak bijak maka sudah pasti tindakan refleknya sudah pasti juga tidak bijak. Inilah akibatnya apabila seorang bijak pandai menyertai Umno.. pasti tindakan jadi tidak bijak kerana Umno ketandusan orang bijak pandai seperti di ungkap oleh Mahathir. Apakah ini yang dimaksudkan oleh menteri yang angkuh ini? |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan