Anak Sungai Derhaka |
- Himpunan 'Protes Rakyat Ambang 2014' di Dataran Merdeka hendak disabotaj?
- Gempar! Puting Beliung Melanda Johor Bahru
- Cukai Pintu: Bukan Cukai Naik Tapi Nilai Hartanah kata Menteri
- Najib! mana akujanji BN turunkan kadar tol lepas PRU-13?
- Kantoi!! Gara-gara gagal tepati janji kurangkan tol, BN padam manifesto dari website..
Himpunan 'Protes Rakyat Ambang 2014' di Dataran Merdeka hendak disabotaj? Posted: 18 Dec 2013 07:30 AM PST Nampaknya ada dua perhimpunan untuk menyambut tahun baru 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur kali ini, satu dinamakan 'Himpunan Guling Kerajaan' dan satu lagi pula 'Protes Rakyat Ambang 2014'. Bagaimanapun perlu diketahui walaupun kedua-dua himpunan itu diadakan pada hari yang sama dan ditempat yang sama kedua-duanya tidak ada kena mengena. Siapa yang menganjur 'Himpunan Guling Kerajaan' tidak diketahui, bagaimanapun dipercayai tujuan himpunan tersebut diadakan untuk sabotaj 'Protes Rakyat Ambang 2014' yang akan dilangsungkan secara aman. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melalui Pengarah Propaganda nya, Edy Noor Reduan menegaskan pihaknya tidak akan menyertai apa-apa usaha untuk menggulingkan kerajaan seperti yang dipromosikan oleh Himpunan Guling Kerajaan itu. Namun dalam masa yang sama menegaskan "Sekiranya kerajaan yang lemah ini terguling dengan sendirinya hasil dari 'polisi' yang diperkenalkan, maka tidak boleh disalahkan sesiapa melainkan kerajaan itu sendiri. "Himpunan di Dataran Merdeka adalah sebuah protes anjuran rakyat marhein. Ia sebuah protes yang aman selari dengan seruan supaya orang ramai hadir tidak membawa apa-apa senjata. Oleh itu SAMM menyeru kepada semua pihak termasuk NGO, aktivis dan orang ramai tanpa mengira warna kulit dan fahaman kepartian agar hadir berpakaian Baju Hitam dan mengenakan mask 'Guy Fawkes' ke Dataran Merdeka 30 Disember 2013 jam 10 malam.. Berikut adalah kenyataan Media dari SAMM Kenyataan Media 18 Mutakhir ini, rakyat telah dikejutkan oleh pelbagai kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan sekaligus meningkatkan kos sara hidup secara mendadak. Ia menerbitkan kegelisahan orang ramai terpancar melalui pelbagai laporan media termasuklah di media sosial. Malah, respon kebanyakkan menteri terhadap kenaikkan ini turut memacu kemarahan rakyat. Justeru itu, hasil perbincangan melalui media sosial, hadir idea untuk bersama menyatakan protes terhadap peningkatan kos sara hidup secara melampau. Sambil menyifatkan tahun 2014 adalah tahun yang begitu mencabar, malam 31 Disember / ambang tahun 2014 yang disambut di Dataran Merdeka setiap tahun dipilih sebagai waktu dan lokasi yang paling sesuai untuk sebuah protes rakyat besar-besaran. Inisiatif rakyat ini boleh dilihat melalui sebuah laman FB yang mengumpul kehadiran orang ramai ke Dataran Merdeka pada malam tersebut. Usaha ini berhasil apabila lebih seribu pengguna FB mengesahkan kehadiran dalam masa hanya beberapa jam. Laman tersebut adalah seperti di bawah; Laman: https://www.facebook.com/events/666666776717568 Hashtag: #RakyatPilihDataranMerdeka31Dis #RPDM31D Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyahut cabaran mempromosi protes rakyat ini secara maksima, menyeru kepada semua pihak termasuk NGO, aktivis dan orang ramai tanpa mengira warna kulit dan fahaman kepartian. SAMM percaya semua tidak terkecuali, samada penyokong kerajaan atau sebaliknya, merasai bebanan kenaikan harga barang serta perkhidmatan yang melampau dan bertindan-tindan. Antara bebanan yang dimaksudkan ialah kenaikkan harga petrol pada September lalu diikuti kenaikan harga gula pada Oktober, kenaikkan tarif elektrik pada Januari depan, semakan harga gas, semakan harga tiket pengangkutan awam seperti LRT dan tambang bas sekolah, dan juga peningkatan kadar tol yang melibatkan 15 lebuhraya. Maka himpunan bantahan ini adalah bertepatan. Melalui media, SAMM difahamkan sebuah gabungan NGO TURUN turut berhasrat untuk bersama rakyat memilih Dataran Merdeka sebagai lokasi protes. SAMM menyambut baik keputusan tersebut dan menggalakkan lebih banyak NGO untuk turun protes bersama di Dataran Merdeka. Dalam perkembangan sama, tidak dinafikan ada pihak / individu tertentu yang bertindak agresif cuba untuk menganjur perhimpunan di lokasi sama dengan harapan menggulingkan kerajaan. SAMM menafikan sama sekali sebarang keterlibatan. Namun sekiranya kerajaan yang lemah ini terguling dengan sendirinya hasil dari 'polisi' yang diperkenalkan, maka tidak boleh disalahkan sesiapa melainkan kerajaan itu sendiri. Sementara itu Polis meminta seorang individu yang gambarnya tertera dalam satu poster menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyertai Himpunan Guling Kerajaan di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini, untuk tampil segera membantu siasatan. Poster terbabit yang menampilkan wajah seorang lelaki berkaca mata hitam dan mengikat kain berwarna kuning di kepala, dikesan tersebar di internet sejak semalam. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya berharap individu yang wajahnya tertera pada poster berkenaan dapat menyerah diri secepat mungkin. "Kita perlukan dia untuk membantu siasatan bagi memastikan, adakah dia yang membuat hebahan tersebut atau gambarnya disalah guna oleh individu lain. "Kita perlu memastikan perkara ini terlebih dahulu kerana sejauh mana kesahihan seruan memanggil anak-anak muda menyertai himpunan tersebut belum diketahui," katanya selepas Majlis Penyerahan Cek Derma Pengajian Anak-anak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak RM30,000 daripada Persatuan Komuniti Korea di negara ini yang disampaikan melalui Duta Korea ke Malaysia, Cho Byung Jae, di sini, hari ini. Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun memandang serius perkara tersebut kerana jika ia benar (himpunan), mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 124 C Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen. Menurutnya, siasatan juga akan dibuat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 Sosma kerana ia melibatkan kesalahan keselamatan. Menurutnya, satu laporan polis juga dibuat semalam dan pihaknya sudah mengambil langkah-langkah proaktif berhubung perkara tersebut lapor Sinar Harian di SINI |
Gempar! Puting Beliung Melanda Johor Bahru Posted: 18 Dec 2013 05:01 AM PST Satu kejadian puting beliung melanda di Danga Bay di sini sebentar tadi telah menggemparkan orang ramai yang berada di kawasan berkenaan. Bagaimanapun, pembentukan puting beliung tersebut dilaporkan tidak lengkap kerana tidak mencecah sehingga ke daratan. Setakat ini, tiada sebarang laporan kerosakan dan kecederaan dilaporkan. Untuk rekod, Malaysia pernah dilaporkan dengan beberapa kejadian puting beliung di beberapa kawasan termasuk di Kota Damansara sekitar tahun 2010. Kejadian yang berlaku di PPR Seksyen 8 itu telah mengalami kerosakan melibatkan 30 buah gerai penjaja. Lagi gambar-gambar sila lihat di SINI |
Cukai Pintu: Bukan Cukai Naik Tapi Nilai Hartanah kata Menteri Posted: 17 Dec 2013 11:13 PM PST Bukan cukai yang naik rupanya.. tapi nilai hartanah.. ha..ha..ha.. ayatnya berbunyi seperti yang pernah kita dengar.."Bukan harga minyak naik tapi hanya subsidi yang dikurangkan.. Walau apapun alasan.. subsidi dikurangkan atau nilai hartanah naik yang jelas ialah rakyat perlu mengeluarkan lebih sikit wang dari poket untuk menampung kenaikkan nilai hartanah itu... Nasib kitalah.. kerana 47% yang bodoh untuk mengekalkan kerajaan yang ada seluruh negara menanggung beban kebodohan mereka itu.. Lagi apa yang belum naik?.. beras dan tepung belum lagi kan?.. naikkanlah semuanya sebab kenaikkan ini tidak akan membebankan rakyat.. Yang betul.. 'bukan kenaikkan ini tidak akan membebankan rakyat' tapi kenaikkan ini tidak akan membebankan ahli dan penyokong UMNO'.. sebab depa makan rumput dan tidur dalam kandang.. ha.. ha.. ha.. Laporan berkaitan.. Cukai Pintu: PR sengaja kelirukan rakyat, KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pihak pembangkang sengaja mencetuskan kekeliruan kepada masyarakat umum berhubung kenaikan cukai taksiran pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Malah, beliau menegaskan tidak ada kenaikan seperti yang digembar-gemburkan pakatan pembangkang sebelum ini, sebaliknya pelaksanaan kadar baharu cukai berkenaan akan dibuat berdasarkan kadar sewaan dan bukan mengikut nilai hartanah kerana ia lebih adil selain memberi kebaikan kepada rakyat. Beliau berkata tindakan itu juga memberi keuntungan kepada rakyat kerana cukai pintu akan ditaksir berdasarkan nilai sebenar hartanah. "Semalam pun Datuk Bandar dah terima macam-macam, kena caci untuk minta letak jawatan. Ini semua kerja tak berfaedah. Kita lakukan untuk kebaikan rakyat. "Dah berkali-kali saya sebut, tidak ada kenaikan kadar cukai taksiran, sebaliknya adalah nilai hartanah.Itu baik untuk rakyat dan juga sektor komersial," katanya pada sidang media selepas merasmikan 'Park N Ride' Bandar Tasik Selatan, di sini hari ini. Mengulas lanjut protes yang diadakan pakatan pembangkang semalam, Adnan berkata setakat ini mereka hanya menerima sebanyak 80,000 surat bantahan daripada 570,000 pemilik hartanah di bandaraya ini. Bagaimanapun, Adnan berkata pihaknya kini masih belum menetapkan berapa kadar cukai taksiran yang akan dikenakan kelak. "Setakat yang saya terima hingga pagi tadi, daripada 570,000 pemilik hartanah, kita terima lebih kurang 80,000 yang membuat bantahan. Semua kandungannya serupa, sebab tak faham konsep perlaksaan ini. "Mereka ingat daripada RM40,000 nilai hartanah naik kepada RM100,000, mereka kena bayar RM100,000. Bukan begitu. Sama ada 6 peratus, 4 peratus atau 3 peratus, saya belum putuskan lagi. Tunggu saya putuskanlah," katanya lagi. Selain itu, Adnan juga menyifatkan desakan supaya Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib meletak jawatan adalah sebagai keterlaluan. Semalam, kira-kira 300 warga kota menyertai bantahan kenaikan cukai taksiran pintu di perkarangan Dewan Bandar Kuala Lumpur (DBKL) yang dianjurkan pembangkang. Ia turut disertai beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan) bagi mendesak Ahmad Phesal untuk meletak jawatan ekoran gagal menangani kenaikan tersebut. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah yang juga merupakan Naib Presiden PKR mendesak Ahmad Phesal untuk menarik semula kenaikan cukai tersebut yang terlalu tinggi ~ AntaraPos |
Najib! mana akujanji BN turunkan kadar tol lepas PRU-13? Posted: 17 Dec 2013 08:43 PM PST Antara manifesto BN di bawah tajuk Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar ialah 'mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat'. "Ini merupakan pembohongan yang bertaraf lima bintang, kerana dilakukan orang yang berkedudukan tinggi dalam negara ini," kata pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail. 14 Disember lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengesahkan kadar tol dinaikkan pada tahun hadapan. Lima belas lebuh raya kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur, akan menaikkan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 bermula 1 Januari 2014. Justeru kata Azan, kenaikan ini telah menjadi tradisi dan kebiasaan kerajaan Umno-BN. "Setiap kali selepas pilihan raya kita akan lihat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di Malaysia seolah-olah satu tradisi. "Bagi Umno pilihan raya bukanlah satu mandat yang diperoleh daripada rakyat. Tetapi mereka melihat pilihan raya merupakan satu peringkat untuk menyusun dan merangka semula kenaikan harga barang ke peringkat seterusnya, "Mereka seolah-olah berpuasa sebelum pilihan raya. Selepas menang pilihan raya mereka beraya dan meraikan kemenangan. "Ketika itu rakyat dilupakan. Budaya begini berterusan untuk pilihan raya akan datang jika Umno terus memerintah," katanya ~ KeadilanDaily |
Kantoi!! Gara-gara gagal tepati janji kurangkan tol, BN padam manifesto dari website.. Posted: 17 Dec 2013 04:30 PM PST Gara-gara gagal melaksanakan janji menurunkan kadar tol antara bandar seperti mana dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) ketika menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu, BN mula bermain 'silap mata' dengan 'menghilangkan' manifesto mereka yang sebelum ini dipaparkan di laman sesawang www.barisannasional.org.my. Di muka surat 12 di bawah perkara 'Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar' manifesto bertajuk 'Rakyat Didahulukan – Menepati Janji, Membawa Harapan' itu menjanjikan untuk mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat. 'Kehilangan' itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pengumuman kerajaan untuk menaikan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 bermula 1 Januari tahun hadapan, bertentangan dengan janji menurunkan kadar tol seperti mana terkandung dalam manifesto itu. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata ini membuktikan BN ketika merangka manifesto itu sememangnya tiada niat untuk melaksanakan janji mereka. "BN sebenarnya tidak niat atau rancangan pun hendak laksanakan tetapi terpaksa menciplak manifesto Pakatan Rakyat (PR) bagi menyaingi PR dan menunjukkan kononnya mereka tidak terpisah dengan rakyat; jadi saya kira rakyat boleh lupakan janji lain BN dalam manifesto mereka. "Itu cuma taktik mereka untuk raih undi dan hari ini baru tujuh bulan menang pilihan raya, terbukti, bukan kata turunkan tol malah BN naikkan lagi," kata Rafizi ketika dihubungi Selangor Kini hari ini. Keadaan ini berbeza dengan Manifesto PRU-13 PR yang bertajuk 'Harapan Rakyat – Pakatan Harapan Rakyat' yang setiap perancangan dasar baru yang menguntungkan rakyat disertakan dengan plan perlaksanaan terperinci. Kata Rafizi lagi, BN patut malu dengan tindakan mereka sebelum ini yang mendakwa Kerajaan PR Selangor tidak menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum ke 12 pada 2008 lalu. "Dahulu mereka kecoh nak saman Kerajaan Selangor pasal manifesto tetapi sekarang dengan menggunakan hujah BN sendiri, BN patut redha kalau ada rakyat yang mahu menyaman mereka," kata beliau lagi lapor Selangorkini.. Ni manifesto BN yang berjaya diselamatkan.. tengoklah sendiri setelah lebih enam bulan kembali berkuasa apa yang telah BN mungkiri... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan