Ahad, 15 Disember 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Syiah: Zahid Hamidi Kantoi Lagi..

Posted: 15 Dec 2013 06:26 AM PST


Baca betul-betul apa yang Zahid Hamidi ucapkan dalam PAU13 sepertimana yang telah dilaporkan di atas,.. Merasakan dirinya sangat berkuasa, Zahid memberikan kuasa kepada JAKIM untuk menahan Mat Sabu kerana amal Syiah.

Setelah 10 bukti yang kononnya kaitan antara Mat Sabu dan Syiah didedahkan menjadi bahan ketawa majoriti rakyat, hari ini keluar lagi laporan kononnya KDN ada bukti 'Gred A' pula.

Dah jadi macam berniaga telur ayam pulak dah.. ada berbagai gred..

Mungkin untuk mengelakkan dirinya menjadi bahan lawak rakyat Malaysia sekali lagi, Zahid kata tak akan dedahkan bukti itu..

Laporan The Star Online menyebut, Zahid Hamid berkata beliau juga akan berhenti dari membuat kenyataan selepas menyerahkan bukti tersebut kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Tugas kami (Kementerian Dalam Negeri) adalah untuk memastikan keselamatan negara manakala tugas Jakim pula ialah melihat isu yang melibatkan akidah.

"Jadi, amat penting untuk menyerahkan bukti kepada jabatan (Jakim)," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai langkah lanjut Kementerian Dalam Negeri (KDN) setelah mendedahkan 10 bukti penglibatan Mohamad Sabu dalam Syiah Khamis lalu.

Kalau nak tahu apa jenis orang yang nak dedahkan bukti 'Gred A' tu.. silalah lihat di ( SINI )

Hakikatnya ialah selain dari berjaya memperpodohkan perwakilan UMNO yang berada dalam PWTC pada hari itu, Zahid juga menyerlahkan kepada seluruh negara meskpun beliau adalah Menteri Dalam Negeri, beliau sendiri tidak faham undang-undang.

Ini kerana di bawah Jadual 9 perlembagaan negara, Islam berada di bawah negeri masing-masing, jadi segala bentuk penyelenggaraan berkaitan isu agama adalah di bawah Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri dedah Jamil Khir..

Jakim hanya bantu Majlis Agama Islam Negeri

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menegaskan segala bentuk penguatkuasaan dan tindakan undang-undang berhubung kesalahan syariah adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri.
Beliau berkata, berdasarkan perlembagaan negara ini, segala isu berkaitan agama Islam adalah di bawah kuasa Majlis Agama Islam Negeri, manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya membantu untuk penyelarasan di peringkat pusat.
"Untuk makluman, di bawah Jadual 9 perlembagaan negara, Islam berada di bawah negeri masing-masing, jadi segala bentuk penyelenggaraan berkaitan isu agama adalah di bawah Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri.
"Ini kita tidak boleh kacau (masuk campur)...hak dan milik kuasa negeri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Zakat 2013, Sistem Talian Zakat (I-Zakat) dan pembayaran zakat syarikat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Mufti Sabah Bongsu@Aziz Jaafar semalam bahawa beliau menerima laporan mengenai 17 permohonan kahwin mutaah (kahwin kontrak) yang menjadi amalan pengikut Syiah, di daerah Papar.
Bongsu berkata hal itu menunjukkan fahaman Syiah kini sudah merebak ke kawasan luar bandar.
Sehubungan itu, Jamil Khir berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Majlis Agama Islam Negeri itu untuk bertindak menyelesaikan masalah permohonan nikah mutaah berkenaan sekaligus menangani penularan fahaman Syiah ~ Sinar Harian

Bodoh tu simpan siktlah Zahid.. tunjuk dekat ahli UMNO sudahlah jangan tunjuk kat seluruh rakyat Malaysia... 


Tak malu ke Pemuda UMNO kena sound dengan wartawan macam ni?

Posted: 15 Dec 2013 02:00 AM PST


Penumpang satu perkara yang biasa dilihat pada setiap temasya sukan sama ada Sukan SEA, Asia, Komanwel mahupun Olimpik.

Ada dua kategori pertama 'atlet penumpang' dan keduanya 'pegawai penumpang'.

Atlet penumpang dimaksudkan adalah atlet yang gagal menyumbang sesuatu kepada kontinjen negara atau pemain simpanan yang hanya memerhatikan rakan beraksi.

Pegawai yang saya maksudkan pula adalah 'rombongan' yang dilihat tidak menyumbang apa-apa kecuali mungkin memberikan sokongan kepada skuad negara di beberapa gelanggang pertandingan.

Mereka biasanya mengiringi Menteri atau Chef de Mission dan tidak terkecuali di Nay Pyi Taw kali ini apabila ramai 'Pemuda UMNO' dilihat mengiringi Khairy Jamaluddin Abu Bakar di setiap gelanggang pertandingan.

Malah rakan saya mengenali seorang Ketua Pemuda UMNO bahagian turut ke sini selain watak yang tidak asing lagi Tan Sri Annuar Musa yang pernah memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan ketika saya mula bertugas sebagai wartawan sukan pada awal 1990-an.

Itu yang saya dan rakan kenali, belum lagi yang kami tidak kenali namun tampil dengan tag 'Observer' atau 'Pemerhati'.

Ramai juga yang memakai tag sebegini. Untuk apa dan apa faedahnya Pemuda UMNO ini hadir beramai-ramai di Myanmar?.

Ini penyalahgunaan pas Sukan SEA yang tidak seharusnya dibenarkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dengan memantau senarai nama permohonan pas Pemerhati atau VIP terutama daripada Majlis Sukan Negara (MSN).

Budaya 'penumpang' ini perlu dikikis segera supaya ia tidak menjadi barah kerana sudah tentu kehadiran mereka di sini menggunakan duit rakyat.

Itu apa yang ditulis oleh wartawan myMetro mengenai ramainya Ahli-ahli UMNO yang turut ke Myanmar yang menyemak mata memandang..


Berikut pula adalah apa yang dikatakan oleh Blogger Pro UMNO mengenai perkara ini..

Mereka rasa besar sebab Pengerusi Biro Media Baru UMNO, Saudara Ibdillah Ishak pun turut sama sebagai 'Pegawai Penumpang'.

Pengerusi Media Baru Puteripun turut serta sama sebagai tukang sorak.

Apabila pihak waratawan akhbar turut menegur, sudah sampai masanya kita rasa Menteri berkenaan menjawab isu berkenaan.

Kenapa begitu ramai tukang sorak dari Pemuda dan Puteri UMNO yang dibawa ke Sukan Sea di Vietnam?

Hendak kata mereka ini atlet atau ahli sukan yang boleh memberikan pendapat dan pandangan, badan masing-masing macam ahli sumo saja?

Sukan sumo ada ka di Sukan Sea?

Kita tidak kisah kalau rombongan ini ditaja sepenuhnya oleh Pak Menteri sebagai mengenang jasa. Kalau pakai duit Kementerian, tak berapa kenalah.

Rakyat tidak perlu tukang sorak ramai-ramai untuk menghabiskan bajet Kementerian ~ Cucu Tok Selampit 
Tak malu ke pemuda-pemudi UMNO tu??.. Sebab tak malulah tu.. kalau malu nak menjadikan duit rakyat sebagai duit sendiri tentu diaorang tak pergi...

Keluar UMNO masuk PKR kerana roti?.. Ini jawapan Fuziah Salleh

Posted: 15 Dec 2013 12:00 AM PST


Pengerusi Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata sekumpulan ahli Umno dilaporkan keluar parti dan menyertai PKR baru-baru ini kerana tidak puas hati dengan agihan makanan kepada mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan, di sini.

Menurutnya perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh pihak Umno dan PKR.

Bagaimanapun, katanya, jumlah mereka yang keluar parti itu sebenarnya tidak lebih daripada 40 orang. Mereka dikatakan daripada Cawangan Umno Tanah Putih Baru, di sini.

Adnan, yang juga Menteri Besar Pahang berkata, beliau sendiri menyiasat untuk mengenal pasti punca sebenar ahli-ahli Umno itu bertindak demikian.

"Maaf saya cakap, puncanya hanya (kerana) roti. Kita diberitahu bekalan roti di pusat terbabit cukup. Bagaimanapun, pegawai yang bertugas mengagihkannya secara sikit-sikit.

"Bila mereka minta lebih, petugas tak bagi. Jadi mereka kecewa dan marah," katanya ketika diminta mengulas berhubung perkara itu, di sini, hari ini. Beliau berkata, beliau faham dalam situasi banjir ada di antara mangsa yang tertekan, apatah lagi dalam keadaan terdapat makanan, tetapi tidak diagihkan secukupnya.

"Petugas yang terlibat pun mungkin ada sebabnya sendiri tidak berikan roti itu kepada mangsa seperti yang diminta.

"Sebenarnya dalam situasi kritikal akibat bencana banjir ini, kita faham roti amat bermakna kepada mangsa dan keluarga, terutama yang ada ramai anak," katanya.

Adnan berkata, beliau faham dan tidak berasa kecewa dengan keputusan ahli Umno itu, tetapi jumlah yang terlibat tidaklah seperti yang digembar-gemburkan.

"Saya kenal ketua kumpulan ini dan kami pernah berjumpa dalam beberapa majlis, tapi disebabkan terlalu kecewa, dia mengambil keputusan keluar parti dan menyertai PKR.

"Bagi saya keputusan hendak keluar parti biarlah kerana prinsip perjuangan, bukan disebabkan roti," katanya lapor Sinar Harian

Benarkah apa yang didakwa oleh Menteri Besar Pahang itu?.. Ini penjelasan Fuziah Salleh mengenai perkara ini..

"Bukan sebab roti, tapi rata-rata orang Kuantan, terutama mangsa banjir, berkecil hati dengan kelemahan agensi kerajaan kendali isu banjir," kata Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, semalam.
Katanya, mereka amat terasa hati apabila kepayahan yang mereka alami seolah-olah dilayan sambil lewa oleh pihak kerajaan.
Fuziah Salleh, yang juga Naib Presiden PKR berkata demikian ketika mengulas punca sebenar ahli-ahli Umno Cawangan Tanah Putih Baru, di sini, bertindak keluar parti dan memohon menyertai PKR.
Beliau berkata, penjelasan demi penjelasan daripada agensi terlibat dalam pengurusan banjir mengguris hati mereka kerana segala yang diperkatakan itu tidak sama dengan keadaan sebenar dihadapi mangsa banjir, di sini.
"Rakyat yang menghadapi kesulitan dengan pelbagai masalah seperti makanan tidak cukup, keperluan yang diperlukan lambat diagihkan dan sebagainya sedangkan mangsa banjir ini amat terdesak.
"Lebih malang lagi kita dapat aduan bekalan makanan dan keperluan ada tetapi tidak diagihkan kepada mangsa di saat-saat mereka memerlukannya," katanya.
Fuziah berkata, warga Kuantan juga rasa terhina apabila usul beliau di Parlimen meminta darurat diisytiharkan di Kuantan ekoran banjir besar baru-baru ini diperlekehkan.
"Saya cuba bawa usul ini demi kepentingan penduduk Kuantan, tapi ada yang yang mempersoalkan cadangan itu, malah kehadiran saya di Parlimen ketika itu juga disindir," katanya.
Menurutnya, selepas membawa usul itu, beliau terus ke Kuantan dan sehingga kini bersama-sama menghulurkan bantuan membantu mereka yang terjejas.
"(Seramai kira-kira) 100 ahli Umno ini antara yang sedar dan menghargai segala yang kita buat. Justeru, keputusan mereka keluar parti bukan kerana pujuk rayu, tetapi kerana kecewa.
Fuziah berkata, beliau terkejut apabila kumpulan ini, termasuk seorang pengendali bilik gerakan Umno semasa PRU13 lalu, menemuinya ~ Sinar Harian

Tol naik tahun depan, tak naik tahun 2011 sebab BN takut kalah PRU

Posted: 14 Dec 2013 06:58 PM PST


Nak kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri ni bodoh rasanya dia taklah bodoh sangat sebab dia ni kalau tak silap aku ex-CEO Maybank..

Walaupun beliau mengakui kenaikkan harga tol ini membebankan rakyat, tapi alasan yang digunapakainya untuk menghalalkan kenaikkan harga tol ini jelas cuba memperbodohkan rakyat.

Kenapa tidak beliau berterus terang sahaja tentang kenaikan tol ini selain dengan mengatakan jika Kerajaan membenarkan kenaikkan kadar tol pada tahun 2011 dikhuatiri akan memberikan kesan kepada BN pada PRU13 lalu?

Kemarahan rakyat terutama pengguna lebuhraya tidak boleh dielakkan kerana kenaikan ini akan memberi kesan besar kepada kos perjalanan mereka.

Selain itu ia pasti akan dijadikan alasan oleh para pengusaha pengangkutan awam dan pengeluaran barangan siap untuk menaikkan harga produk dan perkhidmatan masing-masing.

Bagaimanapun segala kemarahan dan kritikan itu tiada gunanya kerana bodohnya 47% rakyat yang memberi mandat kepada UMNO/BN untuk terus melakukan apa-apa sahaja sewenang-wenangnya.

BN telah diberikan 'cek kosong' oleh 47% rakyat yang bodoh dalam pilihan raya umum lalu bila membenarkan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa di parlimen.

Oleh itu untuk apa 47% rakyat yang bodoh itu mengeluh melihat harga petrol, tarif air paip, harga barangan keperluan meningkat dan kadar tol dinaikkan sedangkan tangan anda sendiri yang mengizinkannya.

Rakyat telah diberi pilihan pada Mei 2013 sama ada mahukan negara yang bebas tol atau tidak dan 47% rakyat yang bodoh itu telah mengundi untuk hidup dengan dikeliling oleh plaza tol.

Rakyat telah diingatkan tentang bahana dari tol ini tetapi 47% rakyat yang bodoh itu tidak mahu mendengar protes tersebut.

Mereka terus mengundi BN dan ini bermakna anda merestui kenaikan kadar tol. Kenaikan kadar tol pada 1 Januari ini bukannya yang terakhir...

Tidak dinafikan kadar tol di negara ini adalah yang terendah di rantau ini. Di Jepun, Korea Selatan malah di Thailand kadarnya jauh lebih tinggi.

Tetapi itu bukan alasan untuk menghalalkan kenaikan tersebut. Kita kena mengkaji kos hidup di negara berkenaan dengan paras pendapatan yang mereka perolehi sebelum membandingkan dengan kadar tol di sini.

Apalah gunanya kenaikan gaji sebanyak 10 peratus pada awal tahun depan jika kenaikan tol, petrol, tarif elektrik dan harga barangan juga 10 peratus malah lebih.

Tidakkah kuasa membeli rakyat tidak berubah?

Malah mungkin ia semakin mengecil kerana kenaikan harga barangan dan perkhidmatan lazimnya melebihi kenaikan gaji.

Begitulah adanya nasib rakyat.. kerana wujudnya 47% yang masih bodoh seluruh rakyat Malaysia menanggung beban akibat kebodohan mereka itu...

Kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

"Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain.

"Telah tiba masanya untuk mengotakan perjanjan yang telah dipersetujui," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan mewarna dan melukis sambutan ulang tahun ke-50 Bangunan Parlimen di dataran Parlimen di sini, Sabtu.

Abdul Wahid juga memberitahu kenaikan itu pada tahun hadapan, dapat mengelakkan daripada berlakunya peningkatan secara mendadak yang lebih membebankan rakyat, apabila masa untuk menyemak semula kadar baharu tiba.

"Kenaikan tol juga bersikap adil pada pembayar cukai, kerana pampasan dibayar menggunakan wang cukai, sedangkan lebuh raya adalah laluan alternatif yang tidak semua pembayar cukai guna setiap hari," katanya.

Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.

Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.

Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu. Sementara itu, Abdul Wahid dalam ucapannya berkata sambutan yang julung kalinya diadakan itu dapat membuka pintu Parlimen kepada orang awam untuk melihat dengan lebih dekat keunikan seni bina bangunan itu yang merupakan salah satu ikon ibu negara.

"Sambutan ini juga dapat membetulkan persepsi masyarakat bahawa Parlimen adalah kawasan larangan, sedangkan ia boleh dilawat jika dibuat surat permohonan atau melalui acara seperti ini," katanya. -BERNAMA

Kadar Baru Tol Seluruh Malaysia

-LEBUHRAYA SUNGAI BESI BESRAYA RM1.30 to RM2.00 ... +54%
-LEBUHRAYA BARU PANTAI (NPE) RM1.60 TO RM2.00 ... +25%
-LEBUHRAYA DAMASARA/PUCHONG (LDP) RM1.60 TO RM2.10 ... +31%
-LEBUHRAYA BERTINGKAT AMPANG (AKLEH) RM1.50 TO RM2.50 ... +67%
-LEBUHRAYA KAJANG (SILK) RM1.00 TO RM1.30 ... +30%
-LEBUHRAYA KL-PUTRAJAYA (MEX) RM2.50 TO RM3.50 ... +40%
-LEBUHRAYA KAJANG-SEREMBAN (LEKAS) RMRM1.90 TO RM2.30 ... +21%
-LEBUHRAYA TRAFIK KL BARAT (SPRINT) RM1.50 TO RM2.50 ... +67%
-LEBUHRAYA PANTAI RM1.50 TO RM2.50 ... +67%
-LEBUHRAYA DAMASARA RM1.00 TO RM1.50 ... +50%
-LEBUHRAYA KIARA RM2.00 TO RM3.00 ... +33%
-LEBUHRAYA LEBAH KLANG SELATAN (SKVE) RM14.96c/KM TO 16.46c/KM ... +10%
-LEBUHRAYA KORIDOR GUTHRIE (GCE) RM1.40 TO RM1.90 ... +36%
-LEBUHRAYA SMART RM2.00 TO RM3.00 ... +33%

Tiada ulasan: