Ahad, 15 Disember 2013

Addin

Addin


Patutlah Bekas IGP Makin Galak Bersuara Sumbang.. Ini Sebabnya

Posted: 15 Dec 2013 08:02 AM PST

Kenyataan Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar bahawa ada komplot untuk menghancurkan negara, disifatkan usaha menutup masalah sebenar seperti rasuah dan kenaikan kos sara hidup, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Menurutnya, Hanif sepatutnya bimbang dengan nasib rakyat yang dihimpit kenaikan harga barangan dan bukannya mengeluarkan kenyataan membodek kerajaan ataupun Sultan.

Pada masa ini, katanya, harga rumah, kos bahan api dan barang keperluan harian mengalami kenaikan dan membebankan rakyat, berbanding pendapatan mereka yang tidak berganjak.

"40% isi rumah di negara ini mempunyai pendapatan bawah RM3000 sebulan. Isu ini yang patut beliau bangkitkan. Bukan cuba momokkan rakyat dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak relevan," katanya ketika dihubungi.

Saifuddin berkata, isu hak istimewa Bumiputera, kedudukan raja-raja Melayu dan kesucian agama Islam tidak pernah dipersoalkan Pakatan Rakyat. Sebaliknya, pimpinan PR sendiri komited mempertahankan perkara itu seperti ditegaskan dalam perlembagaan.

"Semasa konvesyen PR di Shah Alam pada 19 Disember 2009, pimpinan tertinggi PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang telah menandatangani deklarasi yang mempertahankan perkara-perkara asas ini sebagai komitmen mereka memeliharanya dalam Perlembagaan Malaysia," ujarnya.

Dalam pada itu, ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menganggap Hanif menjatuhkan kedudukannya sebagai bekas Ketua Polis Negara dengan menjadikan dirinya seperti 'lembu dicucuk hidung' oleh kerajaan.

"Kerajaan telah membuat penyelewengan terhadap hak istimewa Bumiputera. Mereka 'putera'kan kroni dan mem'bumi'kan kaum Melayu dan Bumiputera," katanya.

Tambahnya, Hanif patut menyalahkan kerajaan yang gagal dalam menjalankan fungsi sehingga munculnya rakyat negara ini yang mengaku diri sebagai tuhan seperti yang didakwanya. ~kd






Iklan C (ii)





Apa Dia?? Gambar Pelanggan PI Wimax Mengamuk Di Selayang Mall?

Posted: 14 Dec 2013 10:32 PM PST


Sudah menjadi pengetahuan umum heboh di laman sosial apabila banyak luahan tidak berpuas hati pengguna P1 Wimax yang mengatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap perkhidmatan internet P1 Wimax yang dikatakan sering menipu pelanggan. Ramai pengguna yang dikatakan tertipu dengan "janji manis" yang disebut oleh jurujual mereka.

Salah satu kemuncak rasa tidak puas hati ini apabila salah seorang pelanggan telah mengamuk di kaunter P1 Wimax di Selayang Mall baru-baru ini.

Pihak SKMM perlu masuk campur dan ambil tindakan sewajarnya jika apa yang diluahkan ini benar.

Untuk rakyat yang rasa tidak puas hati cara begini bukanlah diizinkan oleh undang-undang. ~omakkau






Iklan C (ii)




Berita Yang Menggembirakan Macai-Macai Umno BN

Posted: 14 Dec 2013 06:36 PM PST

Kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar (gambar) berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

"Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain.

"Telah tiba masanya untuk mengotakan perjanjan yang telah dipersetujui," katanya hari ini.

Abdul Wahid juga memberitahu kenaikan itu pada tahun hadapan, dapat mengelakkan daripada berlakunya peningkatan secara mendadak yang lebih membebankan rakyat, apabila masa untuk menyemak semula kadar baru tiba.

"Kenaikan tol juga bersikap adil pada pembayar cukai, kerana pampasan dibayar menggunakan wang cukai, sedangkan lebuh raya adalah laluan alternatif yang tidak semua pembayar cukai guna setiap hari," katanya.

Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.

Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.

Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.

Sementara itu, Abdul Wahid dalam ucapannya berkata sambutan yang julung kalinya diadakan itu dapat membuka pintu Parlimen kepada orang awam untuk melihat dengan lebih dekat keunikan seni bina bangunan itu yang merupakan salah satu ikon ibu negara.

"Sambutan ini juga dapat membetulkan persepsi masyarakat bahawa Parlimen adalah kawasan larangan, sedangkan ia boleh dilawat jika dibuat surat permohonan atau melalui acara seperti ini," katanya. ~bernama




Iklan C (ii)




Kredibiliti Ku Li Tergugat

Posted: 14 Dec 2013 04:58 PM PST

Taraf Tengku Razaleigh Hamzah sebagai negarawan dan ahli politik berpandangan jauh tergugat apabila beliau dikatakan menerima undangan Perkasa untuk merasmikan mesyuarat agung keempat pertubuhan itu minggu hadapan.

Walaupun Ahli Parlimen Gua Musang itu sering menerima lawatan daripada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan mereka berasal dari Kelantan, pemikiran kedua-dua tokoh itu berbeza.

Tengku Razaleigh mempunyai pandangan yang disukai masyarakat bandar, canggih dan kosmopolitan manakala Ibrahim dikatakan mempunyai pandangan kaum sempit dan sering melompat parti sehingga digelar "katak".

The Malaysian Insider difahamkan bekas Menteri Kewangan dan veteran Umno yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu sudah mengesahkan untuk hadir ke mesyuarat yang akan diadakan di Pusat Islam, Kuala Lumpur pada 22 Disember.

Sumber yang rapat dengan putera Kelantan itu memberitahu, sebelum mengesahkan kehadiran ke majlis itu, beliau sudah menilai baik buruk untuk hadir mendekatkan diri dengan Perkasa dalam perhimpunan bertemakan, "Mendaulatkan Perlembagaan Negara: Sejahtera Untuk Semua" itu.

"Beliau mahu mendekatkan diri dengan kepimpinan Perkasa dan meyakinkan mereka supaya menjadi lebih inklusif," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.

Tengku Razaleigh satu ketika dahulu ditugaskan untuk menubuhkan syarikat minyak negara Petronas itu sering menegaskan, liberalisasi pasaran dan ekonomi sepanjang dekad lalu berbanding Ibrahim yang percaya kaum Melayu perlu diberikan lebih banyak kawalan dan kepentingan dalam ekonomi.

Ibrahim menyampaikan pandangannya dengan sokongan 50,000 ahli Perkasa (sebahagian besar daripada Umno), yang beliau tubuhkan selepas Pilihan Raya Umum 2008 ketika beliau bertanding di atas tiket PAS.

Beliau kemudiannya mengisytiharkan siri sebagai calon bebas mesra Barisan Nasional (BN) selepas Tun Abdullah Badawi meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Hubungannya dengan Ku Li bermula sejak zaman Umno ketika kedua-duanya bersama dalam parti Semangat 46 yang pernah berkongsi kuasa dengan PAS dalam kerajaan negeri Kelantan.

Kedua-duanya kembali menyertai Umno pada 1996 dan Ibrahim pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dalam kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ku Li yang pernah menjadi menteri kewangan dahulu merupakan musuh politik Dr Mahathir apabila beliau merebut jawatan Presiden Umno pada 1987 dan kalah dengan 44 undi.

Ironinya, Dr Mahathir merupakan penaung kepada Perkasa.

Bulan lalu bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengisytiharkan menyertai Perkasa.

Ibrahim memberitahu The Malaysian Insider, lebih ramai tokoh ternama menyertai pertubuhan itu namun enggan mendedahkannya secara terperinci.

"Perkasa terbuka kepada semua. Ramai yang berminat menyertai Perkasa termasuk nama-nama besar. Saya akan bercerita lanjut menjelang perhimpunan nanti," katanya.

Antara tokoh negara yang menyertai Perkasa termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Perkasa, pertubuhan yang memperjuangkan ideologi kaum Melayu itu menarik perhatian media apabila Abdul Rashid mengumumkan penyertaannya ke dalam kumpulan itu pada 24 November lalu.

Abdul Rashid berkata, tujuan penyertaannya adalah bertujuan bagi membantu Perkasa memperkukuh kuasa Melayu Islam di negara ini.

Beliau kemudiannya memperakui tiga persempadanan semula yang dilakukan semasa beliau mengepalai SPR adalah bagi memastikan Umno dan orang Melayu kekal berkuasa. ~tmi





Iklan C (ii)





Tiada ulasan: