Anak Sungai Derhaka |
- Jadikan Syiah isu, cara UMNO perbodohkan minda Melayu
- Naik Tambang LRT: Masih ada yang cerdik rupanya dalam UMNO...
- 'The Heat' terima surat tunjuk sebab kerana siarkan keborosan Rosmah dan Najib ?
- Syiah: Jangan lupa "Amman Message " yang Pak Lah tandatangani..
- Dituduh Syiah: Ini Kenyataan Media Mat Sabu
Jadikan Syiah isu, cara UMNO perbodohkan minda Melayu Posted: 13 Dec 2013 07:18 AM PST Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz mengecam Kementerian Dalam Negeri (KDN) di bawah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang cuba memperbodohkan rakyat terutama orang Melayu dengan sengaja memperbesarkan isu Syiah sebagai satu ancaman. Beliau berkata, ancaman sebenar Melayu adalah perhambaan minda daripada tangan pemerintah bangsa sendiri iaitu UMNO/BN. "Sejak kecil, saya tidak pernah mendengar orang tua kita menyebut mengenai Syiah atau Sunni. Kita hanya menumpu perhatian kepada membetul dan mengukuhkan akidah. Setahu saya selagi orang itu mengucap dua kalimah syahadah, dia tetap Islam. Maka, amat menghairankan perkara ini dijadikan masalah besar. "Alangkah bodohnya bangsa Melayu jika menerima tuduhan bahawa Mat Sabu itu Syiah semata-mata dia mengkagumi pemerintahan Iran, Ayatullah Khomeini. Bodohlah kita bangsa Melayu kalau membenarkan pemikiran di 'Zulkifli Nordin-kan'. "Adakah Zahid antek dan ejen Amerika serta kuasa barat yang sentiasa mencari jalan memecahbelahkan orang Islam? Kita cabar 'Ustaz' Zahid keluarkan fatwa bahawa Mat Sabu itu kafir," katanya dalam kenyataan. Menurutnya, agama dan bangsa bukanlah satu ancaman tetapi ia sengaja terus dimainkan UMNO agar dapat mengekalkan kuasa. "Yang jadi bahaya ialah perhambaan minda daripada tangan pemerintah bangsa sendiri. UMNO yang menjahanamkan orang Melayu. "Isu besar orang Melayu bukan agama atau bangsa lain tetapi kebodohan pemimpin Melayu kita (UMNO). "Ancaman terbesar orang Melayu ialah penghambaan minda. Minda kita jadi begini disebabkan mewarisi beberapa tabiat perangai, kebiasaan lemah dan rendah yang jadi lazim pada zaman nenek moyang dahulu kala, beratus tahun lama diabdi dan diperah pemerintah daripada bangsa sendiri," ujarnya memetik kata-kata Pendita Zaaba pada 1927. -Roketkini.com |
Naik Tambang LRT: Masih ada yang cerdik rupanya dalam UMNO... Posted: 13 Dec 2013 12:41 AM PST Hakikatnya apa yang kita perlu akui ialah disebalik timbunan pemimpin-pemimpin kurang cerdik dalam UMNO, sebenarnya dari 3Juta lebih ahlinya itu ada juga yang cerdik.. Contohnya seperti apa yang diperkatakan oleh Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar Pergerakan Pemuda UMNO ini.. KERAJAAN Barisan Nasional seolah-olah mahu menguji kesetiaan rakyat yang memberi kemenangan kepada mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu melalui cadangan untuk menaikkan tambang pengangkutan awam - LRT dan Monorel. Langkah itu juga diibaratkan jerat yang akan memerangkap warga kota terutamanya, dalam bebanan kos hidup yang semakin meningkat selain memberi gambaran bahawa syarikat milik kerajaan (GLC) berlumba-lumba menaikkan kos perkhidmatan tanpa memikirkan kesan kepada pengguna. Sikap itu bertentangan dengan dasar kerajaan yang menggalakkan rakyat terutama warga kota menggunakan perkhidmatan awam ekoran kenaikan kos petrol dan diesel. "Kerajaan sebelum ini telah mengalakkan rakyat khususnya warga kota untuk menggunakan perkhidmatan awam, namun cadangan untuk menaikkan tambang pengangkutan awam ini seakan-akan menjadi jerat untuk pengguna khususnya warga kota yang sedia maklum telah terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi di Kuala Lumpur ini. "Adakah tindakan dan cadangan ini mahu menguji kesetiaan rakyat yang telah memberikan kemenangan kepada BN dalam Pilihanraya Umum ke13 yang lalu," tanya Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar Pergerakan Pemuda UMNO, Hussin Akhtar Hussin seperti yang disiarkan oleh UMNO Online. Oleh itu katanya, Pemuda UMNO mendesak kerajaan menilai semula cadangan-cadangan yang akan memberikan kesan buruk kepada rakyat, khususnya warga kota yang berpendapatan sederhana yang saban hari menggunakan pengangkutan awam untuk berulang-alik mencari rezeki. "Pihak Suruhanjaya PengangkutanAwam Darat (SPAD) perlu jelaskan kepada rakyat bandar khususnya, apakah penambahbaikkan terhadap sistem pengangkutan awam dalam tempoh lima tahun ini yang memungkinkan kos tambang perlu ditingkatkan. "Diharap kerajaan tidak menjadikan peningkatan gaji atau pendapatan kakitangan awam sebagai ukuran bagi membolehkan keperluan-keperluan lain ditingkatkan kerana ini bukan petunjuk jelas pendapatan purata rakyat," tambahnya. Pada masa sama, tambah beliau SPAD seharusnya melihat atau membuat kajian latar belakang pengguna pengangkutan awam yang rata-ratanya merupakan golongan pekerja kelas sederhana dan rendah manakala kelas menengah dan atasan menggunakan kenderaan sendiri. "Rakyat yakin dan percaya perlu ada peningkatan kos tambang terhadap pengangkutan awam dan adalah mustahil ia dapat dikekalkan sampai bila-bila. Cuma perlu melihat mutu perkhidmatan serta keselesaan kepada pengguna. "Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu menjelaskan rasional terhadap peningkatan pelbagai kos yg dilihat seperti sudah dirancang," tambahnya lapor MalaysiaGazette Tapi.. biasanya orang-orang yang cerdik macam ni akan berada tidak lama.. sebabnya dalam UMNO pemimpin kebanyakkannya dilantik dari golongan kurang cerdik supaya mudah untuk diperbodohkan.. Macam mamat kat atas tu.. tak lama lagi kena cantaslah tu.. kalau tak kena cantas dihulur dua atau tiga projek maka jadi bodohlah ia... Nak tahu apa implikasinya kenaikkan tambang LRT dan Monorel itu buat warga kota?.. baca apa yang terpapar di bawah ni.. Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) meramalkan, penduduk bandar berpendapatan sekitar RM3,000 paling menerima kesannya kerana terpaksa bergelut dengan tekanan sara hidup yang semakin mendesak. "Kalau dulu semasa berlaku kenaikan harga minyak kita suruh orang ramai guna pengangkutan awam, tetapi sekarang kalau tambang LRT dan monorel pun naik juga maknanya kini mereka tiada pilihan. "Perlu cari jalan lain seperti melakukan kerja tambahan tapi itu berisiko menimbulkan kesan sosial lain pula," kata Pengarah Komunikasi Fomca Mohd Yusof Abdul Rahman ketika dihubungi. Beliau berkata sedemikian dalam responnya terhadap spekulasi kenaikan kadar tambang LRT dan monorel tahun depan. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar dilaporkan berkata, peningkatan itu bergantung kepada peningkatan tarif elektrik yang akan bermula Januari depan Namun menegaskan perkara itu masih dalam peringkat kajian berdasarkan empat faktor, iaitu struktur sedia ada tambang, operasi dan penyelenggaraan kos bagi semua pengendali tren, peningkatan dalam bahan api dan kos tenaga dan kemampanan jangka panjang industri. Begitu juga dengan ura-ura kenaikan tol dibeberapa lebuh raya utama bermula Januari 2014 selepas pengumuman kenaikan gula termasuk harga minyak petrol dan diesel selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. Mohd Yusof meramalkan, kadar tambang industri rel dijangka naik dalam kadar 10% selepas mengambil kira tempoh kenaikan yang tidak berlaku sejak 10 tahun lalu. Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan perlu mengutamakan tanggungjawab sosial dengan mencari jalan lain supaya rakyat golongan sederhana dan bawahan tidak menjadi 'mangsa' dengan kesannya. "Sebagai sebuah syarikat milik kerajaan industri rel perlu cari jalan supaya kadar perolehan adalah berdasarkan jumlah kekerapan pengguna pengangkutam awam, bukan memikirkan keuntungan sama seperti syarikat swasta lain," katanya ~ FreeMalaysiaToday |
'The Heat' terima surat tunjuk sebab kerana siarkan keborosan Rosmah dan Najib ? Posted: 12 Dec 2013 07:57 PM PST Nampaknya menerbitkan artikel berhubung perbelanjaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor boleh menyebabkan sesuatu organisasi bermasalah. Malaysiakini difahamkan, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada mingguan The Heat berhubung artikel berjudul "All eyes on big spending Najib" dalam keluaran Novembernya. The Heat sebuah penerbitan bawah Kumpulan HCK Capital yang diterajui oleh ahli korporat Clement Hii. Sumber enggan mendedahkan kandungan surat itu. Begitu juga Ketua Pengarang David Lee Boon Siew. "The Heat tiada komen untuk diberikan," katanya ketika diminta mengesahkan menerimat surat tunjuk sebab itu. Sebelum ini, Malaysian Insider melaporkan, Pejabat Perdana Menteri mengarahkan Astro Awani menarik balik artikel berhubung Rosmah, yang ditulis berdasarkan tulisan bekas tokoh wartawan A Kadir Jasin di blog.. lihat di SINI Kalau betullah laporan dari Malaysiakini tu... persoalannya disini ialah sejak bila semua media cetak tidak dibenarkan menyatakan yang benar? |
Syiah: Jangan lupa "Amman Message " yang Pak Lah tandatangani.. Posted: 12 Dec 2013 04:30 PM PST Sebenarnya yang mana satu pendirian Kerajaan Barisan Nasional dalam hal Syiah ni?.. sekejap boleh, sekejap tak boleh, lepas tu boleh kemudian tak boleh pulakdah.. macam lalang saja pendiriannya.. Dua atau tiga bulan yang lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir kata mana-mana individu yang bersekongkol dengan fahaman Syiah akan didakwa di mahkamah sivil dibawah Enakmen Kawalan Pencegahan Penyebaran Bukan Muslim. Hukuman juga boleh dijatuhkan dibawah undang-undang Enakmen Pertahanan Jenayah mengikut fatwa. "Negara ini mengamalkan sunnah wal jamaah, tindakan tegas akan diambil bagi siapa yang mengembangkan ajaran ini, " kata Jamil Khir. Tapi mungkin bila dia teringat akan perjanjian 'Amman Message' yang ditandatangani oleh mantan Presiden UMNO, Pak Lah dan menantunya Khairy Jamaluddin, Hamid Othman serta Shahidan Kassim, lain pulak bunyinya.. Jamil Khir Baharom menegaskan penganut ajaran Syiah di negara ini tidak mempunyai halangan mengamalkan mazhab itu. Perjanjian "Amman Message " pada tahun 2004 yang ditandatangani bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi dan juga menantunya Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Abdul Hamid Othman dan bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim. Perjanjian itu merupakan inisiatif dari pemerintah Jordan pada ketika itu dimana ia adalah satu deklarasi bagi tujuan memperjelaskan kepelbagaian mazhab seperti Sunni, Syiah, Ibadi dan Thairi. "Sesiapa pun yang mengamalkan satu dari empat mazhab sunnah mengikut undang-undang Islam seperti (Hanifi, Maliki, Shaf'i dan Hanbali), dua dari mazhab Syiaah (Ja'fari dan Zaydi) serta mazhab Ibadi dan Thahiri adalah muslim. Menggelarkan mereka orang yang ingkar dan sesat adalah sangat mustahil," kata perjanjian tersebut. Semalam pulak.. Menteri di Kementerian Dalam Negeri pulak keluarkan kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.. Agensi berita nasional, Bernama melaporkan Ahmad Zahid mahu menangani segera Syiah di negara ini bagi memastikan tiada isu keselamatan yang mungkin dicetuskan penganut fahaman itu. Tujuannya yang tersurat iaitu tak mahu umat Islam dinegara ini berpecah dua itu baik sekali.. cuma adakah Zahid Hamidi dah lupa atau pura-pura lupa tentang perjanjian yang telah ditandatangani oleh Pak Lah itu? Dalam hal ini kenyataan mana satu kita nak pakai ni? Menteri di Jabatan Perdana Menteri atau Menteri di Kementerian Dalam Negeri? |
Dituduh Syiah: Ini Kenyataan Media Mat Sabu Posted: 12 Dec 2013 10:00 AM PST Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam mendedahkan 10 bukti kononnya Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terlibat dalam kegiatan Syiah. Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, Mohamad adalah orang yang disebut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini. Bagaimanapun bukti KDN itu dipertikaikan oleh banyak pihak malah dipermainkan oleh warga internet.. Bukti yang didedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung dakwaan bahawa timbalan presiden PAS Mohamad Sabu seorang pengikut Syiah jga tidak meyakinkan bekas anggota kabinet Datuk Saifuddin Abdullah. KDN hari ini antara lainnya membangkitkan bahawa Mohamad pernah menyatakan kekaguman ke atas kepemimpinan dan perjuangan revolusi Iran 1979 Imam Ruhollah Khomeini.. sila lihat videonya di ( SINI ) Saifuddin dalam tulisan di Twitter berkata, beliau juga mengagumi Khomeini, dan juga tokoh revolusi lain seperti ikon anti-apartheid Nelson Mandela, pemimpin gerila Bolivia Che Guevara, dan pejuang kebebasan India Mahatma Gandhi. "Saya kagum Mandela, Che Guevara, Ghandi, Mother Theresa. Adakah bermakna saya Kristian, komunis, Hindu? "Saya juga kagumi Khomeini. Adakah saya Syiah?," tulis bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu. Seorang lagi bekas anggota Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim juga menyatakan rasa hairan dengan alasan KDN tersebut, yang disifatkannya sebagai "karut". "Apa dah jadi? Apa salah kalau saya kagumi Khomeini? Atau (pejuang hak sivil golongan kulit hitam) Martin Luther (King Jr) atau (tokoh falsafah Cina) Confucius. "Bukan berti saya tukar agama atau akidah. Karut," tulisnya. Turut hairan dengan alasan KDN itu ialah Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh yang berpendapat sumber yang digunakan untuk siasatan tersebut sepatutnya digunakan untuk membanteras jenayah. "Tentulah lebih baik jika sumber dan masa mereka digunakan untuk memerangji jenayah dan bukannya Mat Sabu," kata ADUN DAP itu di laman sosial tersebut. Manakala berikut adalah kenyataan media Mat Sabu mengenai tuduhan KDN ini.. 2 Disember 2013, jam 850 malam Langkawi ----------------------------------------------------------------------------------------------- Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri pada sidang akhbar khas petang tadi berkaitan bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS dengan Syiah terhadap saya adalah bersifat fitnah terhadap diri saya. Kenyataan beliau adalah lanjutan dari kenyataan Naib Presiden UMNO dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO. Kenyataan Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi memang mempunyai rekod tidak bertanggungjawab. Pernah beliau mengeluarkan kenyataan di Melaka hal memerangi jenayah seperti 'tembak dulu, baru siasat'. Kenyataan berulang kali oleh Naib Presiden UMNO berjawatan Menteri Dalam Negeri ini juga memberi imej buruk kepada kerajaan dan negara Malaysia. Saya telah menghubungi peguam untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap fitnah Naib Presiden UMNO dan KSU Kementerian Dalam Negeri terhadap saya. Sekian, Mohamad bin Sabu Timbalan Presiden PAS Bersamalah kita tunggu dan lihat siapa yang kena.... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan