Addin |
- (Gambar) Sekitar Solat Jenazah As-Syahid Pemimpin Jamaat E-Islami Yang Di Hukum Gantung Oleh Mahkamah Bangladesh
- (Advertorial) Vxgra Men Cream
- Punca Mat Sabu Di Tuduh Syiah Oleh KDN Tersebar
- Anak Taib Mahmud Wanita Terkaya Di Kanada?
- Rupanya Ini Punca Sebenar Ustaz Kazim Elias Tolak MT Umno
- Mat Sabu Mengakui Kagumi Khomeini
Posted: 13 Dec 2013 08:27 AM PST Suasana Solat Jenazah as-Syahid Syeikh Abdul Quader Molla,Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh.. Pada hari ini sejarah mencatatkan syahidnya saudaraku Abdul Quader Molla (14 Ogos 1948 - 12 Disember 2013) yang juga merupakan Penolong Setiausaha Agung Jamaat-e-Islami Bangladesh di tali gantung yang tidak mengenal erti kebenaran. Perbicaraan as-Syahid adalah satu momokan terhadap sistem keadilan, apabila disabitkan kesalahan dengan fakta yang meragukan dan penuh dengan sentimen politik dalaman Bangladesh. Ianya bukan sahaja mendapat bantahan dalam negara Bangladesh sendiri tetapi juga turut dikecam oleh komuniti Islam di peringkat antarabangsa. Jelas sekali tindakan menukar hukuman asal terhadap as-Syahid dari penjara seumur hidup adalah di atas desakan politik dalaman menerusi demonstrasi jadian seperti protes Shahbag pada Februari 2013 lalu yang menjadi tulang belakang agenda jahat kumpulan sekular yang bencikan Islam. Kepada pendukung Jamaat-e-Islami Bangladesh dan ahli keluarga as-Syahid, serta bakal as-syahid yang lainnya yakinlah bahawa kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan syurga adalah janji dari Allah. Teruskan perjuangan menentang kezaliman, mengikut al Quran dan as-Sunnah serta sirah para Nabi A.S., di mana fajar kemenangan Islam akan menyingsing jua dengan izin Allah. Allahu akbar! حسبنا الله ونعم الوكيل اللهم اقبله فى الشهداء واجعل دمه لعنه على قاتليه |
Posted: 13 Dec 2013 07:56 AM PST Vxgra Men Cream Treatment Tiub 30ml30ml USD22 @ RM60VXGRA Men Cream provide is a unique blend formulated and safe of herbal ingredients creating a sexual nutrient formulation which its instant effect on the penis and boosts your self-confidence. Men want to maximize increased sexual desire, sexual performance and more self-confidence then VXGRA Men CreamTM is one of the best solutions for YOU !! A Unique Herbs Formulation That's Based on Several Medical Research and Development by Our Certified GMP " Certified Pharmaceutical Labs. The Newly Improved Formulation of the VXGRA Herbs Extraction combines with a few men MOST powerful herbs in the world :CATUABA
To create a safe and all-natural herbal supplement 100% for male sexual enhancement that can be taken on a daily basis NO side effect. Proven to produce more frequent erections that are bigger and last longer which may help increase your confidence, sex drive and performance. Our product formulation contains only the best and most POWERFUL Herbs ingredients for increase MOST POWERFULL MEN INGREDIANTSResearch has shown that catuaba bark may enhance erectile strength Catuaba may even have some neurological benefits due to its antioxidant content. It's been observed to increase the brain's sensitivity to dopamine, which makes sex more pleasurable. Butea Superba�has a balancing effect on the male hormonal system. This has a number of benefits for men such as
Here are the Coolest Benefits of Tribulus Terrestris:
Panax Ginseng used on the skin of the penis as part of a multi-ingredient product for treating early orgasm (premature ejaculation). It is also use it for erectile dysfunction (ED). In Western medicine, Panax ginseng is used as a stimulant to make people more active. Maca has a lot of profit for males as a result of it has many effects on male sexual behavior. It will increase libido and improves sperm quality. Maca can enhance a person's stamina, or lasting power, within the bed room, in addition to enhance his total energy. This root can help balance such male sex hormones as testosterone and progesterone, which might provide support for males affected by hormone imbalances. The green leaves of honey goat weed were traditionally used to treat erectile dysfunction, stress and many other health conditions. The honey goat weed:
The root of Eurycoma longifolia contains several chemicals that have different effects in the body. Research in animals and humans suggests it might increase testosterone in the body. The root and bark of Eurycoma longifolia are used for treating erectile dysfunction (ED), increasing interest in sex, male infertility, boosting athletic performance, body building, and reducing body fat. |
Punca Mat Sabu Di Tuduh Syiah Oleh KDN Tersebar Posted: 13 Dec 2013 07:10 AM PST Pendedahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam mengaitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dengan fahaman Islam Syiah menjadi "bahan lawak" di kalangan rata-rata pengguna media sosial. Kebanyakan mereka tidak dapat menerima hujah Mohamad kagum kepada pemimpin besar Revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini sebagai salah satu bukti beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu menganut fahaman Syiah. "KDN, adakah jika aku kagum kat John Lennon sejak di bangku sekolah sampai dah mati dia pun aku kagum, maka aku anuti fahaman John Lennon?" tulis seorang pengguna Twitter @AbdMalekHussin yang juga merupakan Ketua Staf di pejabat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Andai kagumi Khomeini jadi Syiah, aku Abdul Malek bin Hussin, KP 560814-06-5467 sejak 1979 kagumi Ayatullah Rohullah Mustafa Musawi al-Khomeini."KDN semalam mendedahkan 10 bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya kerana memuji perjuangan Khomeni. Mohamad sebelum ini memberitahu The Malaysian Insider beliau tidak pasti sama ada KDN memaksudkan dirinya kerana Timbalan Presiden PAS bukan jawatan nombor dua dalam parti Islam itu. "Di dalam PAS, jawatan tertinggi adalah Mursyidul Am yang dipegang oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Manakala jawatan kedua tertinggi adalah Tuan Guru Datuk Haron Din," katanya. Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi juga memberitahu semalam, Mohamad adalah orang yang dimaksudkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini mengatakan orang nombor dua PAS menganut fahaman Syiah semasa ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno 2013. "Saya kagum Mandela, Che Guevara, Ghandi, Mother Theresa. Adakah bermakna saya Kristian, Komunis, Hindu?"Saya juga kagum Khomeini. Adakah saya Syiah?" tulis bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah melalui akaun Twitter @saifuddinabd petang semalam. Ada juga pengguna media sosial yang beranggapan pendedahan KDN mengenai 10 bukti pengelibatan Mohamad dengan fahaman Syiah sebagai tindakan Ahmad Zahid memperkudakan penjawat awam. "Saya tak peduli Mat Sabu nak jadi Sunni atau Syiah tapi saya kecewa dan marah bila menteri perkuda penjawat awam untuk tutup aib politik sendiri," tulis seorang pengguna Twitter @najwanhalimi. "KDN dijadikan kuda politik oleh Zahid Hamidi untuk tutup 'political blunder' yang dia buat ketika berucap dlm #PAU2013. Tak gentleman langsung!".Mengulas isu ahli politik menggunakan penjawat awam @AbdMalekHussin menulis: "Seperkara lagi. Jika Rahim Radzi KSU KDN nak main politik atau nak jadi macai politik Zahid Hamidi ~ letak jawatan masuk mana-mana cawangan Umno!"Gambar Ibrahim Ali bersama Imam Khomeini tersebar luas di media sosial selepas KDN mengeluarkan bukti Mat Sabu menganut fahaman Syiah. Selain itu, turut disebarkan oleh pengguna media sosial adalah gambar Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bersama Ayatollah Khomeini di Paris, Perancis sebelum pemimpin itu pulang ke Tehran untuk merasmikan Revolusi Islam Iran. "Zahid kata sapa kagum dengan Khomeini jadi Syiah - ada gambar Brahim Ali dengan Khomeini- Braheng jadi Shiah - kah kah kah. http://tukartiub.blogspot.com/2013/12/ibrahim-ali-shiah.html…," tulis Hishamuddin Rais yang menggendalikan blog Tukar Tiub di akaun Twitter @ishamrais. "Siapa Syiah? KDN kata sapa hormat pada Ayatollah Khomeini ialah Syiah – habis semua bani Melayu jadi Syiah kah kah kah."Dalam reaksi awal kepada pendedahan KDN Timbalan Presiden PAS berkata, beliau sememangnya mengagumi perjuangan Ayatollah Khomeni tetapi itu tidak bermakna dirinya berfahaman Syiah. "Tuduhan mengatakan saya amalkan Syiah, saya tetap nafikan. Dakwaan kagum dengan Khomeini, saya ucap terima kasih."Saya memang kagum dengan kepimpinan Khomeini kerana dia seorang pemimpin yang boleh membawa orang Islam berdiri sendiri. Saya juga kagum dengan Setiausaha Agung Hezbollah Sayyid Hassan Nasrallah," katanya dalam satu pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider semalam. ~tmi |
Anak Taib Mahmud Wanita Terkaya Di Kanada? Posted: 13 Dec 2013 01:34 AM PST Majalah satira paling popular Kanada, 'Frank' mendedahkan anak Ketua Menteri Sarawak, Jamilah Taib sebagai 'wanita paling kaya' di Kanada, lapor Sarawak Report. Menurut majalah tersebut, Jamilah yang merupakan anak sulung perempuan Taib Mahmud merupakan wanita terkaya di daerah Rockcliff dan Kanada dengan memiliki aset berjumlah $1.2 billion."Dia (Jamilah) wanita terkaya di Kanada dengan $1.2 bilion. Mana dia dapat semua ini? Tanya ayahnya!," tajuk laporan Frank dipetik. Laporan mendedahkan perniagaan merangkumi empayar hartanah Sakto bernilai berjuta dollar yang berpangkalan di Ottawa dimiliki Jamilah dan suaminya Sean Murray. Turut dipetik dari majalah tersebut laporan mengenai kegiatan Taib Mahmud selama 30 tahun menghimpunkan kekayaan yang dianggar berjumlah $15 billion menerusi syarikat-syarikat keluarganya dengan mendapatkan kontrak-kontrak utama di Sarawak. Perniagaan tersebut bertumpu pada pembinaan. Turut didedahkan berkenaan bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru dimana Taib telah memberikan kontrak berjumlah $82 juta untuk membina bangunan 27 tingkat itu kepada Cahya Mata Sarawak Berhad (CMS). CMS merupakan sebuah syarikat induk milik Taib dan keluarganya. Syarikat kemudiannya menganugerah kontrak itu kepada sebuah lagi syarikat binaan pada harga $60 juta dan menyimpan lebihan sebanyak $22 juta. Pendedahan paling menarik ialah pemberian $4 juta oleh Taib kepada Jamilah bagi memulakan syarikat Sakto pada tahun 80-an bersama bapa saudaranya Onn Mahmud dan adiknya Mahmud Abu Bekir. Dalam satu temubual pada tahun 2011, Taib Mahmud dilapor portal tersebut menyatakan bahawa "Saya memberikan sebahagian dari wang pencen saya untuk membolehkannya memulakan perniagaan yang baru, dan ianya berjaya.." Namun, Ketua Menteri itu tidak menjelaskan secara terperinci asal-usul wang yang dakwanya sebagai 'wang pencen' itu. ~kd |
Rupanya Ini Punca Sebenar Ustaz Kazim Elias Tolak MT Umno Posted: 12 Dec 2013 10:56 PM PST Tertekan dengan sejarah hitam hubungannya dengan PAS dipercayai menjadi punca Mohammad Kazim Elias atau Ustaz Kazim mengambil tindakan menolak pelantikan sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno. Kazim berkata, beliau bimbang jika menerima pelantikan itu, semua tindakan dan apa yang diperolehinya nanti adalah kerana beliau ahli anggota MT parti Melayu terbesar itu dan akan menekan segala usaha dibuatnya sekarang. "Jika saya menerima jawatan ini, orang akan fitnah saya dan juga Perdana Menteri dengan pelbagai perkara hanya kerana saya ahli Majlis Tertinggi Umno," kata Kazim dalam satu temu ramah eksklusif bersama The Malaysian Insider di pejabatnya di Ipoh awal minggu ini. Baru-baru ini, Kazim dilantik sebagai anggota MT dan diumumkan sendiri oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. Sebelum pelantikan dibuat, sekurang-kurangnya empat panggilan telefon dibuat oleh pegawai-pegawai Pejabat Perdana Menteri dan Najib sendiri kepada Kazim. Najib melantik Kazim walaupun melanggar perlembagaan Umno kerana hanya mereka yang menjadi ahli parti itu selama sekurang-kurangnya tiga tahun boleh dilantik ke jawatan ini. Kazim, seorang penceramah agama dan motivasi yang sangat popular melalui rancangan TV di Astro Oasis dan juga di kalangan masyarakat khasnya di Perak khasnya di kalangan wanita. Kazim mengaku 3/4 daripada pengikutnya adalah golongan wanita kerana isu kekeluargaan adalah topik kegemarannya. Namun selepas bertemu dengan Perdana Menteri, Kazim memaklumkan beliau terpaksa menolak jawatan itu walaupun namanya sudah diumumkan sebagai anggota MT Umno yang baru dilantik. Kazim tidak pernah menjadi ahli Umno akan tetapi menyertai PAS bersama dengan Datuk Dr Hasan Ali pada tahun 1998 selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Selepas menyertai PAS, beliau terpaksa meninggalkan segala-galanya termasuk gaji, pendapatan dan sebagainya sehingga terpaksa menjadi imam dengan gaji RM500 sebulan. Namun kata Kazim, hubungannya dengan PAS keruh bermula apabila beliau terpaksa menolak menjadi calon parti Islam itu pada pilihan raya umum 2004 kerana calon Barisan Nasional (BN) di kawasan itu merupakan abangnya sendiri. Atas permintaan ibunya, Kazim menolak permintaan PAS kerana tidak mahu bertembung dengan abangnya sendiri dalam pilihan raya dan tidak berkempen untuk parti Islam itu. Hubungan bersama PAS bertambah parah apabila Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menjemputnya memberikan kuliah mingguan di rumahnya. "Sejak itu, saya menerima pelbagai kata nista daripada PAS hatta terhadap keluarga saya," katanya. Beliau dipecat daripada PAS pada hujung Ogos 2013 setelah perbincangan mengenainya dimulakan pada bulan Mei sebaik sahaja selesai pilihan raya umum ke 13. Kazim berkata beliau tidak pernah dipanggil ataupun dihadapkan ke mana-mana jawatankuasa PAS bagi membela diri. Dia juga menegaskan tidak pernah menerima sebarang surat pemecatan daripada PAS. Kazim jelas kelihatan bimbang, jika dia menerima jawatan MT Umno kali ini, tekanan kepadanya semakin teruk lagi kerana kebanyakan pelajarnya kini terdiri daripada penyokong atau anak kepada anggota PAS. Semua ini berlaku kerana sikap tidak berpihak kepada parti yang diambilnya selama ini. Kazim kelihatan sangat yakin dengan Najib sehingga meletakkan gambar besar beliau bersama Perdana Menteri, Zambry dan pelajarnya di depan meja kerja di pejabat beliau. "Yang jelas, kata Datuk Seri (Najib), sekarang saya hanya boleh bercakap saja tetapi jika jadi anggota MT, saya ada kuasa dan ada peruntukan untuk melaksanakan apa yang saya cakapkan," katanya. Kazim juga jelas sangat sayangkan sekolahnya iaitu Pusat Pendidikan Al Barakah yang terletak di Manjoi, Ipoh dan bimbang jika beliau menerima jawatan itu akan menjejaskan sekolahnya. Kazim adalah pengetua dan pengerusi Pusat Pendidikan Al Barakah, sebuah pusat pendidikan Islam yang kelihatan mewah dengan pelbagai kemudahan yang hebat dan lengkap di pinggir bandaraya Ipoh. Selain mempunyai sebuah bas yang cantik, di dalam garajnya juga ada kereta Mercedes mewah, sebuah kereta Toyota Alphard, tiga buah van dan juga kemudahan perniagaan dan pendidikan yang baik. Menurut Kazim, antara yang Najib mahu beliau lakukan sebagai anggota MT Umno adalah untuk membantu kerajaan mengubah tingkah laku anak muda, terlibat dalam menjadikan filem dan drama agar lebih Islamik dan mengkaji sistem pendidikan sepanjang hayat sebagaimana beliau lakukan sekarang. Kazim memberikan empat sebab kenapa dia menolak jawatan itu iaitu sayangkan sekolahnya, takut dikaitkan segala-galanya dengan Umno, bertekad untuk menjadi pendakwah mulai 28 November lalu dengan meninggalkan ceramah di sana sini dan tidak tahan menerima tekanan masyarakat. ~tmi |
Mat Sabu Mengakui Kagumi Khomeini Posted: 12 Dec 2013 06:16 PM PST Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyerahkan kuasa kepada peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengaitkan dirinya dengan pengamal Syiah. Biarpun KDN hari ini mendedahkan 10 bukti mengenai perkara itu, pemimpin nombor dua Pas itu tetap menafikannya. Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, menafikan beliau adalah pengikut Syiah. Bagaimanapun, beliau mengakui mengagumi pemimpin Iran, Khomeini 'kerana kepimpinan dan perjuangannya mampu membawa umat Islam lebih berdikari'. Sebelum itu, Mat Sabu berkata, dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa beliau pengikut Syiah tidak seharusnya dikeluarkan kerana ia bukan sahaja membabitkan dirinya malah boleh menjejaskan hubungan Malaysia dengan negara yang mengamalkan ajaran Syiah. "Ini satu kenyataan paling tidak cermat dan boleh keruhkan hubungan Malaysia dengan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), sekali gus menyusahkan kerajaan kerana pertikaian akidah umat Islam sedunia," katanya. Mat Sabu menegaskan dakwaan itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus berjuang bersama Pas dalam merangka perhimpunan membantah kenaikan harga barang. "Usikan Zahid tidak jejaskan perjuangan saya menentang kenaikan harga barang," katanya. ~sh |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan