Anak Sungai Derhaka |
- Penjelasan JPJ mengenai isu saman lori bantuan mangsa banjir..
- KDN Dedah 10 bukti kaitkan Mat Sabu dengan Syiah (Video Inside)
- Berang disaman, Pemuda bakar kereta milik Polis..
- Harga makanan dijangka meningkat 10 peratus
Penjelasan JPJ mengenai isu saman lori bantuan mangsa banjir.. Posted: 12 Dec 2013 06:22 AM PST Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan bertindak kejam apabila menyaman lori yang dikatakan membawa barangan bantuan banjir seperti yang disebar dalam media sosial baru-baru ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata tindakan itu diambil setelah pegawai penguat kuasa mendapati lori berkenaan membawa muatan berlebihan tanpa dimaklumkan bahawa ia merupakan barangan bantuan banjir. "Pemandunya langsung tidak memaklumkan yang ia membawa muatan misi kemanusiaan banjir. Sepatutnya pemandu itu memaklumkan keadaan sebenar terlebih dahulu, dan bukannya bertindak mensensasikan keadaan itu di laman sosial," katanya kepada pemberita selepas penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Daerah Tumpat hari ini. Beliau berkata pihaknya bersedia membatalkan saman itu bagi menamatkan kontroversi berkenaan. Bagaimanapun, katanya, mana-mana pihak yang melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dinasihat memaklumkan perjalanan mereka kepada JPJ selain menggantung bendera penaja bagi mengelak sebarang masalah. Pada 7 Disember lepas, JPJ didakwa menyaman pemandu sebuah lori yang membawa muatan barangan bantuan banjir seperti pakaian, selimut, beras, gula, susu dan tepung di Tol Gombak, Selangor yang dikatakan dalam perjalanan ke Kuantan. Pemandu kenderaan itu didakwa disaman RM150 manakala syarikat lori berkenaan RM450 kerana membawa muatan lebih ~ Bernama Surat saman dan laporan mengenai JPJ halang dan saman lori bantuan mangsa banjir itu sila lihat di SINI |
KDN Dedah 10 bukti kaitkan Mat Sabu dengan Syiah (Video Inside) Posted: 12 Dec 2013 01:08 AM PST Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan 10 bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeni. Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, Mohamad adalah orang yang disebut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini. "Penama yang menjadi subjek dalam kenyataan Ahmad Zahid sebelum ini adalah Mohamad. Beliau pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisan di Harakah pada Julai 2008. "Beliau juga menyatakan kekaguman kepimpinan perjuangan Khomeini yang mana banyak mencorakkan kepimpinan beliau melalui ucapan pada Jun 2011," katanya dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini. Ahmad Zahid berkata di Pulau Pinang hari ini, bukti-bukti untuk menyokong tuduhan Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu terlibat dalam aktiviti Syiah akan didedahkan hari ini. Apabila ditanya jika pengumuman tersebut adalah mengenai dakwaan ke atas Mohamad, dia berkata, "Ia tentang perlibatan beliau dalam aktiviti Syiah" lapor The Malaysian Insider. Selain itu korang lihat video ini... Nampak macam nak cover Zahid saja kenyataan KSU KDN ni.. Tapi tak apa.. kalau nak tangkap Mat Sabu sebab dikatakan beliau pengikut Syiah kerana beliau kagum dengan perjuangan Khomeini.. jangan lupa tangkap juga Ibrahim Ali ni.. Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, antara yang terawal bertemu dengan Imam Khomeini di Paris sebelum berlakunya Revolusi Islam Iran kata Amin Iskandar. Untuk pengetahuan KDN sebelum revolusi Syria majoriti ummat Islam mengagumi Khomeni termasuklah Dr Mahathir dan kita masih ingat Dr Mahathir pernah membuat forum bersama Ulama Syiah Iran dan adakah Mahathir itu juga pengikut Syiah.. Dan Malaysia masih lagi menjalinkan kerjasama dengan Iran dan menubuhkan kedutaan di Iran, dan adakah kerajaan Malaysia juga menyokong Iran dan Syiah? Adakah dasar pandang ke timur dengan memandang pembangunan Jepun, adakah kita menganut fahaman Jepun dengan menyembah Matahari? Adakah kita mengagumi ketabahan Nelson Mandela dikira sebagai Kafir kerana beliau merupakan seorang Kristian? Teringat kata-kata Ulamak... Kebaikan Islam itu ada di mana-mana, jikalau kamu berjumpa di mana-mana kamu ambil lah kerana ia adalah kepunyaan Islam yang telah tercicir..wallahualam |
Berang disaman, Pemuda bakar kereta milik Polis.. Posted: 11 Dec 2013 11:17 PM PST Berang disaman polis kerana melanggar lampu isyarat merah dan tidak memakai topi keledar, seorang lelaki nekad membakar kereta Toyota Vios milik seorang anggota polis berpangkat konstabel dalam kejadian di sebuah taman perumahan di daerah ini, kelmarin. Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa berusia 20-an sedang tidur di rumahnya sebelum dikejutkan dengan bunyi penggera kereta miliknya yang diletakkan di hadapan rumah. Menurut sumber, curiga dengan bunyi penggera itu, mangsa bingkas bangun dan keluar meninjau keadaan di luar sebelum menyedari keretanya sudah terbakar. Katanya, tanpa berlengah, mangsa segera memadam kebakaran keretanya itu bagi mengelak ia merebak dan membahayakan jiran yang tinggal bersebelahan. Menurutnya, kereta mangsa terbakar di bahagian depan dan belakang manakala cermin hadapannya berlubang dipercayai di baling botol berisi petrol. "Siasatan awal mendapati, rakan serumah mangsa yang juga bertugas di balai polis sama ada mengeluarkan saman kepada seorang lelaki yang menaiki motosikal kerana tidak mematuhi lampu isyarat merah serta tidak memakai topi keledar di sekitar Klang kira-kira jam 3 pagi, hari yang sama. "Namun, lelaki terbabit yang berusia 20-an itu berang kerana disaman dan mengeluarkan kata kesat dan mengugut rakan serumah mangsa itu. "Tidak gentar dengan ugutan itu, rakan serumah mangsa tetap mengeluarkan saman. Namun, dia tidak menyangka lelaki itu akan membalas dendam dengan membakar kereta yang disangka kereta anggota polis yang menyamannya," katanya. Sumber berkata, sepasukan polis berjaya menahan empat lelaki di sekitar Klang dan seorang daripada mereka mengaku membakar kereta rakan mangsa yang disangka kereta mangsa menggunakan minyak petrol bersama dua lagi rakannya. ~ myMetro |
Harga makanan dijangka meningkat 10 peratus Posted: 11 Dec 2013 07:45 PM PST Kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe kenaikan harga gula dan bahan api tidak akan terlalu membebankan rakyat. Menurutnya, kenaikan harga gula tidak memberi impak yang besar kepada pengguna kerana setiap isirumah hanya menggunakan purata 5kg sebulan. Kata macai pula "Apahal pulak penyokong-penyokong PR nak bising-bising?.. bukannya korang guna Gula sekilo sehari.. lagipun harga gula yang mahal akan membantu mengurangkan risiko penyakit diabetes.. Tak membebankan pengguna konon... Baca ni... Harga makanan dijangka meningkat 10 peratus KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), menjangkakan peningkatan sekurang-kurangnya 10 peratus bagi harga makanan dan minuman akibat kenaikan harga gula. Pengarah Komunikasi Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata kadar kenaikan itu dijangka melibatkan jenis makanan siap di restoran-restoran dan kedai makan. "Ada sesetengah kedai makan di Kuala Lumpur yang menaikkan harga makanan panas seperti Nasi Goreng sehingga RM7 sepinggan. "Ini kerana harga bahan masakan seperti gula yang dibeli secara runcit oleh pemilik restoran telah meningkat," katanya dipetik Keadilandaily. Selain kenaikan harga gula, turut mendorong kepada kenaikan harga barangan selepas ini adalah kenaikan harga petrol dan terbaru pengumuman kerajaan menaikkan kadar tarif elektrik yang akan berkuatkuasa tahun hadapan. Menurut Mohd Yusof harga barangan yang dipek dan bertin juga semestinya akan turut naik kerana gula merupakan kandungan utama bahan makanan dan minuman. "Kelompok paling terkesan akibat kenaikan ini sudah tentu golongan muda dan mereka yang tinggal di bandar. "Ini kerana mereka bekerja sepanjang hari dan berada di pejabat. Mereka bergantung dan menjadi pengguna tetap ," tambahnya. Semalam, Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) membayangkan tambang pengangkutan awam LRT dan monorel pula bakal naik tahun depan. Mereka memberi alasan kenaikan tersebut wajar memandangkan sudah 10 tahun tiada kenaikan. Namun 'jaminan' diberikan bahawa satu kajian terperinci akan dibuat bagi memastikan ia adil dan tidak membebankan rakyat. Sementara itu, Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz baru-baru ini berkata, beliau menjangkakan kadar inflasi negara kemingkinan meningkat daripada 2.8 kepada 3.0 peratus tahun hadapan ekoran kenaikan tarif elektrik yang diumum kerajaan ~ Harakahdaily |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan