Addin |
- Gambar Yang Memeningkan KDN.. Saksikanlah
- (Gambar) Punca Masjid Tidak Tenggelam Dalam Banjir Besar Di Kuantan Tersebar..
- Datuk A. Kadir Jasin Buat Onar Lagi..
Gambar Yang Memeningkan KDN.. Saksikanlah Posted: 12 Dec 2013 08:23 AM PST Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan 10 bukti penglibatan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeni. Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, Mohamad adalah orang yang disebut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini. "Penama yang menjadi subjek dalam kenyataan Ahmad Zahid sebelum ini adalah Mohamad. Beliau pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisan di Harakah pada Julai 2008. "Beliau juga menyatakan kekaguman kepimpinan perjuangan Khomeini yang mana banyak mencorakkan kepimpinan beliau melalui ucapan pada Jun 2011," katanya dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini. Ahmad Zahid berkata di Pulau Pinang hari ini, bukti-bukti untuk menyokong tuduhan Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu terlibat dalam aktiviti Syiah akan didedahkan hari ini. Apabila ditanya jika pengumuman tersebut adalah mengenai dakwaan ke atas Mohamad, dia berkata, "Ia tentang perlibatan beliau dalam aktiviti Syiah". ~tmi Addin: Diharap selepas gambar Ibrahim Ali dan Khomeini ini tersebar, ada tindakan drastik dari KDN. |
(Gambar) Punca Masjid Tidak Tenggelam Dalam Banjir Besar Di Kuantan Tersebar.. Posted: 12 Dec 2013 03:49 AM PST Heboh di perkatakan di media sosial berkenaan masjid tidak tenggelam semasa banjir. Memang umat Islam wajib percaya setiap kejadian adalah atas ketentuan Allah SWT. Namun setiap kejadian ada penjelasannya dari segi naqli ataupun aqli. Dalam pemerhatian Addin page FB artis terkenal seperti Siti Nurhaliza dan Izzue Islam juga publish gambar masjid ini. Dalam kejadian banjir di Kuantan baru-baru sebuah masjid di Sungai Isap tidak tenggelam (gambar di atas) walaupun seluruh kawasan di sekitar ini di tenggelami air banjir. Memandangkan masjid tersebut berdekatan dengan rumah keluarga Addin di Sungai Isap, jadi ianya menjadi tanggungjawab Addin untuk memberi pencerahan kepada warga cyber. Baru-baru Addin berkesempatan untuk balik ke Kuantan dan membantu keluarga yang diberi ujian oleh berhadapan dengan banjir besar ini. Gambar di bawah ini adalah masjid Sungai Isap Damai yang tidak tenggelam yang sempat di rakam selepas kejadian banjir besar baru-baru ini. Perhatikan ketinggian masjid ini, sebenarnya masjid ini di bina di atas tanah tambak yang tinggi. Jadi.. inilah asbabnya atau sebab masjid itu tidak di tenggelami banjir. Moga pencerahan ini dapat merungkaikan kekeliruan yang berlaku. Wallahualam.. |
Datuk A. Kadir Jasin Buat Onar Lagi.. Posted: 11 Dec 2013 04:46 PM PST Datuk A Kadir Jasin menempelak Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil (gambar) yang masih mengagungkan Datuk Seri Najib Razak dengan menggelar 'mahaguru'meskipun kesalahan demi kesalahan dilakukan Perdana Menteri itu. Bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times Press (NSTP) itu berkata, antara kelemahan Najib adalah kegagalannya menawan semula Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang disifatkannya rekod lebih buruk berbanding mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. "Najib tidak tahu apa yang perlu dilakukan di Selangor. Inilah 'mahaguru' Shahrizat," katanya melalui kiriman di blog bertajuk "Ketua Wanita dan Mahaguru". Beliau berkata krisis moral juga turut membayangi Umno dan BN setelah bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disingkirkan daripada parti atas isu tersebut. Katanya, mujur Najib tidak meluluskan usul Shahrizat semasa Perhimpunan Agung Umno 2013 (PAU 2013) lalu untuk menubuhkan Bank Wanita yang turut menyarankan agar akaun Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diperiksa bagi memastikan ia berada dalam keadaan teratur. "Shahrizat tinggal serumah dan tidur bersama suami Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail tetapi beliau mendakwa tidak tahu-menahu suami dan anaknya terlibat dengan National Feedlot Corporation (NFC)," katanya yang menyifatkan rakyat tidak mudah diperbodohkan. Kadir turut menyelar Najib atas cubaannya melantik bekas ahli PAS Mohammad Kazim Elias ke dalam ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno pada hujung bulan lalu namun ditolak oleh pendakwah bebas itu. "Adakah Najib tidak mempelawa Mohammad Kazim menyertai MT? Mujur PAS tidak segeliga mana menyerang Mohammad Kazim. Mereka sepatutnya tidak bersuara dan biarkan beliau menjadi pengintip parti lawan. "Mengapa mengadu negara lain mengintip kita? Najib sendiri menjemput pengintip menyertai MT. Jangan terkejut jika beliau suatu hari nanti menjemput ahli DAP dan PKR juga," katanya yang menyangka prinsip itu diambil berdasarkan Umno yang dilabel parti rakyat," katanya. ~tmi |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan