Isnin, 30 Disember 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Datuk Amar Singh buat jenaka lagi...

Posted: 29 Dec 2013 03:54 PM PST

Dia sepatutnya mampu menjadi juara Maharaja Lawak Malaysia jika dia masuk bertanding. Dia berbakat besar sebagai pelawak walaupun mukanya bengis dengan misai dan janggut....Dia ialah Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh.


Beliau pernah buat lawak gempar yang amat lucu dan hampir memutuskan tali perut orang ramai mengenai hasil kejayaan rampasan polis merampas bahan letupan yang akan digunakan untuk menimbulkan kekacauan sewaktu perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih pada Julai 2011 lalu (BERSIH 2).

Mana tak lawaknya.... 44 molotov cocktail yang dirampas itu menggunakan bekas botol pelastik minuman air mineral….Kah!Kah! Kah! 




Menurutnya lagi, Polis juga telah menemi 23 parang, mercun dan baju T logo BERSIH semasa operasi polis di Gombak, Selangor dan tiga lokasi di Kuala Lumpur . Bacalah di sini

Kali ini dia buat jenaka lagi yang boleh buat orang ramai terkentut! Katanya kali ini :

 Penganjur perhimpunan haram nak gulingkan kerajaan dipercayai akan mendirikan khemah di sekitar Dataran Merdeka dengan membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan.Sumber

Tiada ulasan: