ALHUSSEYN |
Bila Presiden kita sudah kena lobi, inilah jadinya ... Posted: 02 Dec 2013 04:17 PM PST Maka ramailah yang buat tuduhan bahawa aku buat fitnah apabila aku keluarkan gambar diatas itu.Aku dapat gambar itu dari facebook salah seorang yang tertera gambarnya kat situ. Dalam entri aku tu, tidaklah aku siarkan kapsyen sebagaimana yang tertera itu : Rehlah Tarbiyah .... Aku pun tulih : "Tentu tidak molek kalau ada orang berkata bahawa mereka telah mengadap Tuan Guru Presiden untuk melobi perlantikan seseorang sebagai PJ ke apa?...." Baca seterusnya di sini Jelasnya bukan aku pi ambil gambar mereka dan siarkan untuk buat fitnah.Tapi penyiaran gambar itu difacebook telah membuka pintu fitnah. Kalau tidak ada gambar ini, siapa pun tak tahu perkara ini!Betul tak? Ok, ini bukan pasal rumah dah siap, tukul masih berbunyi lagi.Cumanya aku tertarik dengan apa yang Cenangau tulih dalam entrinya mengenai pemilihan Razman sebagai PJ Perak ini : Pelik juga kan? Nizar tu Timbalan Pesuruhjaya 1, lojiknya dialah yang patut naik menggantikan Ust Abu Bakar sedangkan Razman hanyalah Timbalan PJ 3 sahaja. Ramai yang nak tahu, apa masalahnya dengan Nizar hingga Presiden anggap dia tidak layak naik langkah setapak sahaja lagi tu... Dan apa istimewanya Razman Zakaria maka ianya terpilih? Apakah Razman sendiri merasakan dirinya lebih layak dari Nizar untuk jadi PJ dan seterusnya jadi MB jika PR menang di Perak nanti? Betul tak kalau aku kata Presiden sudah kena lobi? Fraksi UG tidak mahu Nizar jadi MB Perak nampaknya weh! |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan