Isnin, 2 Disember 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Datuk Fauzi, Mu Tunggu Kami Datang.

Posted: 01 Dec 2013 06:45 PM PST

"Saya masuk PAS cuma nak dekat dgn Allah, kini saya rasa tenang sgt" "saya tak nak apa dah dunia ni, nak siap utk mati ja nih" itu lah kata² Datuk Fauzi yg selalu saya dengar..

 Datuk seorang yg mudah mesra dgn org ramai walaupun Datuk mantan pegawai tinggi PDRM tp sifat rendah dirinya mengalahkan orang lain..

 Yg menariknya, Datuk adalah org baru dlm PAS Larut dan baru beberapa bulan bekerja sepenuh masa utk bawa misi PAS di tengah² masyarakat, tp kerjanya mcm dah berpuluh tahun dlm PAS.

 "Dhaifnyaaa... tandas markaz ni, tlg buat kira tgk kos bina tandas dan bilik air baru" Prihatin sungguh Datuk ni, tergambar pd riak wajahnya seorang yg pemurah dan ikhlas ingin membantu...

 Skg Datuk dah pergi meninggalkan kita buat selama²nya. Satu kehilangan besar buat kita semua. Tugasnya sudah selesai, kita pula akn menyusul.Semoga ruh almarhum dicucuri rahmat dan maghfirah serta ditempatkan bersama org² solih. 

 Akmal Kamarudin,
 Batu Kurau, Perak.

Sila baca artikel saya mengenai Datuk Fauzi : Semakin bertambah orang cerdik menyertai PAS

PJ Perak : Tahniah kepada Tn Haji Razman

Posted: 01 Dec 2013 04:30 PM PST

Keputuan Tuan Guru Presiden : Tuan Haji Razman Zakaria
 Nampaknya undian PJ Perak terpaksa ditutup awal kerana Tuan Guru Presiden telah pun membuat keputusannya. Sumber menyatakan, Tn Haji Razman Zakaria, Timbalan PJ Perak (gambar kiri) telah dilantik sebagai PJ yang baru bagi menggantikan Ustaz Abu Bakar Hussin (gambar kanan). 

 Khabarnya, Ust Bakar sendiri sudah tidak mampu memikul tugas PJ Perak kerana sibuk dengan tugasnya sebagai Adun Titi Serong yang terpaksa berulang alek selalu Ipoh - Titi Serong....

 Harap-harap Haji Razman yang hanya selaku YDP Lenggong akan dapat menjalankan tugasnya sebagai PJ Perak yang baru.Beliau seorang aktivis parti yang berani berada dihadapan dan sering bersama-sama berdemo dengan rakyat. Tahniah kepada Haji Razman!

Keputsan Undian SIAPAKAH YG LAYAK JADI PJ PERAK SESI 2013-2015
DS Nizar Jamaludin - 215 (68%) Ust Idris Ahmad - 38 (12%)Ust Abu Bakar - 31 (9%)  Dr Mujahid Yusof Rawa - 30 (9%). Kah! kah! kah! 

Tiada ulasan: