Isnin, 2 Disember 2013

Addin

Addin


Mahathir Letak Jawatan

Posted: 02 Dec 2013 10:44 AM PST

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini mengesahkan telah melepaskan jawatannya sebagai penasihat kepada Petronas, berkuatkuasa semalam.

Dr Mahathir berkata surat peletakan jawatannya diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.Beliau berkata sudah masa untuk beliau meninggalkan syarikat petroleum negara itu kerana faktor usia serta ingin menumpukan perhatian kepada kesihatannya.

"Saya sudah 10 tahun bersama Petronas, saya rasa Petronas sudah beroperasi dengan baik dan mempunyai untung banyak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menganjurkan jamuan tengah hari untuk peserta forum antarabangsa "Politik Kesederhanaan Ke Arah Keamanan dan Kestabilan" sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 di Kuala Lumpur hari ini.

Dr Mahathir dimasukkan di Institut Jantung Negara pada 16 November lepas dan dirawat hampir 10 hari setelah didapati terkena jangkitan paru-paru.

Ditanya sama ada beliau turut berhasrat untuk berundur daripada Proton Holdings Bhd, beliau berkata masih belum berfikir untuk berbuat demikian.

Selain itu, Dr Mahathir berharap Petronas dapat mengekalkan peranannya untuk meningkatkan penyertaan usahawan muda dalam syarikat itu. ~bernama




Iklan C (ii)



Berita Baik Buat Macai-Macai Umno BN.. Saksikanlah

Posted: 02 Dec 2013 01:36 AM PST

Putrajaya hari ini mengesahkan kenaikan kadar tarif elektrik sebanyak 14.98 % atau 4.99 sen hingga 38.53 sen per kWh yang akan berkuatkuasa Januari tahun depan.

Kenaikan itu diumumkan oleh Menteri Tenaga Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

Pengumuman itu bakal mengundang kemarahan orang ramai berikutan rancangan Putrajaya untuk mengurangkan subsidi minyak bagi pembekal kuasa pada suku pertama tahun 2014.

Setiausaha kementerian, Datuk Loo Took Gee dilaporkan berkata, pengurangan subsidi minyak bagi bekalan kuasa diperlukan untuk kestabilan ekonomi.

Kadar elektrik semasa ketika ini adalah 33.5 sen per KWH, iaitu 8.5 sen atau 25.3 % di bawah kos asal pada kadar 42 sen KWH. ~tmi





Iklan C (ii)



Laporan Audit: PAC panggil Finas, Universiti Malaysia Terengganu Dan JKR

Posted: 02 Dec 2013 12:02 AM PST

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil tiga lagi agensi di bawah kementerian iaitu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Universiti Malaysia Terengganu berhubung laporan Ketua Audit Negara Siri 3, kata Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar).

Pengerusi PAC itu berkata, ketiga-ketiga agensi berkenaan dipanggil kerana tidak mencapai rating yang tidak memuaskan hasil daripada laporan Ketua Audit Negara Siri 3 yang dikeluarkan hari ini.

"Daripada mesyuarat Jawatankuasa PAC kita mengambil keputusan akan memanggil Finas yang di bawah Kementerian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, JKR dan Universiti Malaysia Terengganu pada Januari depan.

"Kita dapati ketiga-tiga agensi itu harus memberi penerangan kepada PAC termasuk mengenai peningkatan kos projek Lebuh Raya Timur sebanyak RM900 juta daripada kos asal, " katanya pada sidang media di Parlimen sebentar tadi. ~tmi





Iklan C (ii)



Sekali Lagi Mukhriz Dipinggirkan Oleh Najib

Posted: 01 Dec 2013 10:48 PM PST

Selain perlantikan pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias sebagai ahli MT UMNO yang menjadi perbualan hangat, tercicirnya nama Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dalam senarai perlantikan turut juga menjadi persoalan ramai kalangan dalam UMNO. Ustaz Kazim dipertikaikan kerana dilantik tetapi Mahathir pula dipersoalkan kenapa beliau tidak dilantik.

Dalam pemilihan UMNO pada Oktober lalu, Mukhriz yang dilihat sebagai antara calon popular untuk memenangi kerusi Naib Presiden UMNO, sebaliknya hanya mampu mendapat tempat keempat dengan 93 undi, ketinggalan di belakang Zahid Hamidi yang mendapat 188 undi, Shafie Apdal 177 undi dan Hishammuddin Hussein 101 undi.

Antara sebab kekalahan Mukhriz ialah kerana beliau bukanlah calon pilihan Najib yang nyata lebih selesa mengekalkan status quo dan percaturan Najib dalam hal ini terbukti apabila Mukhriz tidak mendapat walau satu undi daripada 14 bahagian di Pahang, selain beberapa orang kanan Najib juga didapati berkempen agar ketiga-tiga penyandang dikekalkan.

Semua bahagian di Pahang didapati sepakat memberi undi hanya kepada penyandang yang dikenali sebagai "orang-orang kepercayaan Najib" iaitu Zahid, Shafie dan Hishammuddin dan ini tidak dapat ditolak daripada hakikat adanya "mainan halus" daripada Najib sendiri.

Mahathir sendiri meluahkan kekecewaannya atas kekalahan Mukhriz itu dan menegaskan punca utama kekalahannya ialah kerana tidak menjadi calon pilihan Perdana Menteri dengan mengambil contoh ketika beliau menjadi Perdana Menteri, tiada seorang pun yang dilihat sebagai penentangnya mampu memenangi jawatan kanan dalam UMNO.

Namun demikian katanya, Mukhriz bertanding kerana ingin membawa perubahan kepada UMNO tetapi malangnya tidak semua menerima dengan baik hasratnya itu.

Mukhriz pula, sebaik kekalahannya, berharap agar Najib menimbang untuk melantiknya menduduki kerusi MT kerana beliau mempunyai beberapa idea dan perancangan untuk dikongsi bersama demi kebaikan dan masa depan UMNO.

Malangnya, setelah beliau digagalkan oleh "permainan" Najib dalam pemilihan Naib Presiden UMNO yang lalu, kali ini sekali lagi beliau dipinggirkan untuk dilantik sebagai ahli MT UMNO.

Dalam perlantikan MT minggu lalu, Najib mengumumkan Naib Ketua Wanita UMNO, Azizah Mohd Dun dan Penolong Setiausaha Wanita, Rosni Sohar, Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri, Zahida Zarik Khan sebagai anggota MT yang mewakili sayap-sayap parti itu.

Dalam perlantikan dua hari lalu yang diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor, mereka yang dilantik pula ialah Nazri Aziz, Sharkar Shamsuddin, Hamzah Zainudin, Irmohizam Ibrahim, Johari Abdul Ghani, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Dr Asraf Wajdi Dusuki, Prof Ibrahim Abu Shah dan Ustaz Kazim Elias.

Dengan tercicirnya nama Mukhriz dalam senarai perlantikan ini, bermakna kedudukannya dalam MT hanyalah sebagai ahli yang turut hadir saja, bersama beberapa Menteri Besar dan Ketua Menteri yang tidak bertanding dalam pemilihan lalu. Walaupun turut dijemput dalam setiap mesyuarat MT, kedudukannya tidak sama dengan ahli MT yang dipilih atau dilantik kerana kedudukan sebagai ahli yang turut hadir tidak dikira sebagai korum, tidak boleh bersuara kecuali diminta dan tidak boleh mengundi.

Dalam erti kata lain, kedudukan Mukhriz dalam MT hanyalah sebagai ahli "kelas kedua" saja.

Tindakan Najib tidak melantik Mukhriz dipersoalkan oleh ramai ahli UMNO kerana beliau disifatkan sebagai pemimpin yang boleh membawa perubahan, mempunyai watak yang dipercayai boleh menarik lebih sokongan rakyat kepada UMNO dan antara ramuan terbaik dalam melakukan transformasi serta peremajaan parti dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

Lebih dari itu, dengan hanya kalah tipis kepada Hishammdin bagi merebut jawatan Naib Presiden UMNO walaupun pertama kali bertanding, Mukhriz juga telah membuktikan bahawa beliau mempunyai penyokong dan pengaruh yang agak besar dalam UMNO. Dan ini menunjukkan kedudukannya tidak wajar diketepikan begitu saja.

Tambahan lagi, Mukhriz juga secara berterus-terang meminta kepada Najib agar beliau dipertimbangkan untuk dilantik sebagai ahli MT UMNO.

Ramai yang sebenarnya mengharapkan agar anak bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu dilantik sebagai ahli MT, sekurang-kurangnya ia menunjukkan sikap budiman dan tolak ansur Najib terhadap percaturannya yang mahu mengekallan status qou Naib Presiden dalam pemilihan lalu.

Namun, dengan mencicirkan nama Menteri Besar Kedah itu, Najib dilihat seperti meminggirkannya sekali lagi.

Dengan Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin sudah berusia 66 tahun, Zahid Hamidi yang mendapat undi tertinggi Naib Presiden berusia 62 tahun manakala Shafie Apdal dari Sabah, tindakan Najib terus meletakkan Mukhriz "di kelas kedua" dalam barisan MT, tidak syak lagi bahawa beliau kini sedang menyulam benang-benang merah untuk dijadikan permaidani bagi dihamparkan sebagai laluan kepada sepupunya, Hishammuddin untuk mengambil alih tempatnya suatu hari nanti.

Dalam hal ini, terlihat bahawa agenda membawa perubahan dan memperkuat UMNO tidaklah sepenting agenda peribadinya. ~shahbudin






Iklan C (ii)



Komentar Terbaru Dr. Asri Berkenaan Perlantikan Ustaz Kazim Ke Jawatan MT Umno

Posted: 01 Dec 2013 07:21 PM PST

Tahniah juga kepada Umno kerana cuba mendapatkan khidmat golongan agama, harap benar-benar bertujuan kebaikan bukan sekadar politik kepartian," katanya.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berharap masyarakat tidak mudah membuat sebarang kesimpulan di atas dua tokoh agama iaitu Ustaz Mohammad Kazim Elias dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) Dr Asyraf Wajdi Dasuki sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Beliau yang dipetik menerusi laman sosial Facebooknya semalam, berkata, kedua-duanya adalah tokoh agama dan harus diberikan peluang di dalam parti politik tersebut.

"Tahniah di atas pelantikan ini, saya berharap mereka akan dapat memberi sumbangan ke arah positif dan membaiki keadaan negara.

"Tahniah juga kepada Umno kerana cuba mendapatkan khidmat golongan agama, harap benar-benar bertujuan kebaikan bukan sekadar politik kepartian," katanya.

Beliau turut berkata, jika ada keikhlasan, kedua-dua tokoh ini boleh membantu parti itu ke arah yang lebih baik.





Iklan C (ii)



Rosmah Bidas Pakatan Rakyat

Posted: 01 Dec 2013 05:07 PM PST

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor (gambar) membidas tohmahan dan tuduhan segelintir pihak terutamanya pembangkang terhadap pelaksanaan Program Permata yang dakwa mereka sebagai pembaziran.

Rosmah, yang juga Penaung Program Permata, berkata malah ada pihak yang mendakwa program itu dilaksanakan demi keuntungan sendiri yang sebenarnya mempunyai peranan tersendiri dalam menyokong sistem pendidikan kebangsaan.

"Sekarang ini sudah kurang sikit kritikan pada saya sebab mungkin pilihan raya sudah habis, tetapi kalau sebelum pilihan raya banyak kritikan saya terima.

"Saya mahu tegaskan di sini bahawa saya memang tidak peduli kritikan dan tohmahan mereka terhadap saya dan Program Permata kerana ia kini telah membuahkan hasil dalam memfokuskan pembangunan pendidikan kanak-kanak," katanya semasa merasmikan program Horey-horey Permata 2013 di Dataran Telok Kemang, di Port Dickson hari ini.

Beliau berkata pelaksanaan program Permata berkembang dengan pesat sejak penubuhannya apabila lima cabang khusus diwujudkan mencakupi potensi kanak-kanak iaitu Permata Negara, Permata Pintar, Permata Insan, Permata Seni dan Perkasa Remaja.

Rosmah berkata kejayaan itu tidak datang bergolek tanpa sokongan dan kerjasama padu daripada semua pihak khususnya agensi pelaksana yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan.

"Dua lagi program sedang dalam proses pelaksanaan iatu Permata Kurnia bagi kanak-kanak autisme dan Hospital Pakar Kanak-kanak Permata," katanya.

Beliau berkata pelaksanaan program Horey-horey Permata 2013 pula adalah sebagai platform bagi masyarakat mendekati serta mengenali lebih mendalam tentang fungsi dan peranan pelaksanaan sebenar Program Permata.

Katanya usaha itu bagi memberikan kefahaman serta gambaran sebenar tentang program itu, sekali gus menangkis khabar angin, tuduhan, dakwaan yang tidak benar berhubung Program Permata. ~bernama




Iklan C (ii)



Tiada ulasan: