Addin |
- Akuan Bersumpah Mat Zain Dedah Najib Sembunyi Salah Laku Gani Patail
- Gambar Puting Beliung Melanda Johor Bharu Tersebar
- Berita Memalukan Najib.. Tapi Najib Tak Kisah
- Perbuatan Khianat.. Sekilo Paku Di Temui Di Laluan Motosikal
- Kes Bengang Ke Ni? Gambar Outlet P1 Wimax Musnah Di Rempuh Kereta
- Berita Ini Pasti Menyakitkan Hati Najib dan Kuncu-Kuncunya..
- Patutlah Tarif Elektrik Naik.. Nak Bagi Durian Runtuh
- Bekas Menteri Kesal Umno BN Bertindak Macam Pak Pandir
- Aksi Terlampau Anggota Polis Tersebar
- BN Kantoi!! Gagal Tepati Janji Turunkan Kadar Tol, BN Padam Manifesto Di Lawan Web
- Saksikanlah Pembohongan Najib Bertaraf Gred A..
Akuan Bersumpah Mat Zain Dedah Najib Sembunyi Salah Laku Gani Patail Posted: 18 Dec 2013 08:00 AM PST Datuk Mat Zain Ibrahim didalam akuan bersumpahnya mendedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah secara sengaja dan sedar menyembunyikan maklumat mustahak. Dalam perakuan bersumpah tersebut, 'maklumat mustahak' yang dimaksudkan ialah salah laku jenayah bagi melindungi Gani Patail dalam kes pemalsuan laporan kes mata lebam melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu, beliau telah mengirimkan maklumat lengkap bertulis disertai beberapa dokumen yang telah dipalsukan Gani Patail kepada Najib Razak pada Febuari 2009. Namun menurutnya keputusan siasatan kes pemalsuan laporan tersebut oleh satu panel bebas telah terganggu. gani_patailIni kerana Najib Razak menurut Mat Zain mempunyai masa yang cukup untuk mengedarkan maklumat yang sepatutnya dan bertindak menyembunyikan selain tidak menyalurkan maklumat-maklumat berkenaan kepada pihak berkenaan. Kata Mat Zain dalam akuan setebal 31 muka surat itu, tindakan tersebut menyebabkan Gani dan seorang lagi individu terlibat terlepas dari didapati bersalah atas tuduhan pemalsuan laporan yang dilakukan. Dokumen yang diserahkan kepada Najib itu antara lain menjelaskan peranan yang dimainkan oleh Gani dan seorang lagi individu yang terlibat dengan pemalsuan tersebut selain cara pemalsuan dokument siasatan tersebut dibuat. ~kd |
Gambar Puting Beliung Melanda Johor Bharu Tersebar Posted: 18 Dec 2013 06:22 AM PST Gambar puting beliung di JB Johor Bahru pada 18 Disember 2013. Dilaman sosial, kecoh apabila beberapa pengguna telah merakamkan fenomena puting beliung yang melanda dibeberapa kawasan sekitar Johor Bahru kira-kira jam 6.30 petang. Menerusi imej yang dirakam, terpapar seolah-olah puting beliung sedang berlegar di ruang angkasa dan tidak mencecah tanah. Foto tersebut kemudiannya telah mendapat perhatian umum khususnya dilaman sosial. Apapun, tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan akibat fenomena tersebut. Punca Fenomena Di Johor Bahru 18 Disember 2013 Fenomena puting beliung yang terjadi di Johor Bahru turut dikenali sebagai belalai air (waterspout). Belalai air ialah pusaran angin yang terbentuk di permukaan air dan kerap berlaku di iklim tropika. Fenomena ini amat biasa berlaku di Malaysia. Ia biasanya berlaku di kawasan perairan disebabkan kumules awan yang besar. Belalai air juga tidak akan sampai ke darat atau mencecah tanah. Ia memerlukan kelembapan yang tinggi. Oleh sebab itu, ia biasanya akan bermula dan mati di kawasan perairan. Namun, belalai air juga mampu mencederakan orang ramai jika mendekatinya. Lagi gambar dan video di SINI. ~melvister |
Berita Memalukan Najib.. Tapi Najib Tak Kisah Posted: 18 Dec 2013 04:00 AM PST Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) jatuh paling rendah sejak memegang jawatan itu apabila ratingnya jatuh daripada 62% Ogos lalu ke 52% pada bulan Disember ini, lapor kaji selidik yang dibuat oleh Merdeka Centre. Menurut Merdeka Centre, kajian itu dibuat selepas pemotongan subsidi minyak dibuat oleh kerajaan pada September 2013, pembentangan Bajet 2014 yang memperkenalkan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kenyataan peningkatan tarif elektrik mulai Januari 2014. Menurutnya, isu ekonomi terutamanya kenaikan harga dan inflasi menjadi kebimbangan sehingga 67% daripada respondan yang ditanya. Kajian itu mendapati, 57% daripada pengundi di Semenanjung Malaysia tidak faham bahagaimana GST berperanan dan memberikan kesan kepada mereka. 54% daripada mereka juga tidak percaya kepada kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin kerajaan berkenaaan keadaaan ekonomi negara. Jumlah yang melahirkan rasa gembira dengan kerajaan juga jatuh merudum kepada 38% berbanding 50% Ogos 2013 lalu, yang menunjukkan kejatuhan kepada sikap positif di kalangan semua peringkat di negara ini. Merdeka Centre juga mendedahkan data yang tidak pernah didedahkan dalam kajian pendapat selama ini iaitu untuk bukan Jun 2013 dan Ogos 2013. Kajian terkini ini dibuat serentak dengan Perhimpunan Agung Umno ke atas 1,005 orang pengundi berdaftar iaitu 60% di kalangan Melayu, 31% Cina dan 9% India yang dibuat melalui perbualan menerusi telefon. Mereka dipilih secara rawak yang mewakili masyarakat Malaysia yang berbeza bangsa dan jantina.Kajian bulan Jun 2013 mengandungi 1006 orang responden manakala 1008 orang responden untuk kajian Ogos 2013. ~tmi |
Perbuatan Khianat.. Sekilo Paku Di Temui Di Laluan Motosikal Posted: 18 Dec 2013 12:33 AM PST Di Jakarta, pihak berkuasa terpaksa menggunakan penyapu magnet untuk mengutip paku dan serpihan besi tajam yang ditabur di jalan raya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Kini, fenomena buruk itu juga semakin menjadi-jadi di Lembah Klang. Tindakan sesetengah pihak yang mengambil kesempatan itu dipercayai perbuatan sesetengah mekanik jalanan mendapat untung atas kecelakaan orang lain. Bukan semua tetapi mereka dilihat pihak yang mendapat untung daripada apa yang berlaku sekiranya tayar kenderaan orang rosak terkena paku. Modus operandi itu tidak ubah seperti perangai buruk sesetengah sindiket kereta tunda di lebuh raya atau lebih dikenali sebagai longkai seperti di Lebuh Raya Karak. Selain paku, longkai di lebuh raya menuju ke Pantai Timur itu juga menggunakan taktik membuang minyak hitam di jalan yang cerun dan menyebabkan sesetengah pemandu hilang kawalan dan menyebabkan kenderaan mereka terlibat dalam kemalangan. Malah ada yang melibatkan kematian. Bagaimanapun pada akhirnya laporan kematian hanya mengaitkan kerosakan kenderaan yang gagal berfungsi dengan baik sebagai punca kemalangan. Jarang ada kajian forensik jalan raya yang meneliti punca sebenar dan menghantar laporan kepada Lembaga Lebuh Raya Malaysia untuk tindakan susulan. Baru-baru ini, pihak PLUS mengadakan operasi mengutip paku yang ditabur di jalan sikal di lebuh raya sekitar Sungai Besi di sini dan mereka berjaya mengumpul hampir sekilo paku bertaburan di kawasan jalan. Difahamkan, operasi itu dilakukan bersama-sama pengguna jalan raya selepas satu kejadian kemalangan melibatkan kematian seorang penunggang motosikal. Menurut sumber, tayar motosikal pekerja kilang baja di Bangi itu terkena paku menyebabkan kenderaannya tidak dapat dikawal dan berlaku kemalangan. Apa pun, sudah tiba masanya kerajaan melalui LLM, Majlis Keselamatan Jalan Raya dan syarikat konsesi jalan raya mengambil tindakan tegas dan menambah bilangan peronda mereka bertugas bagi menangani perkara itu. Jika perlu, pinda undang-undang demi kebaikan bersama. Bagi polis, soal siasat melibatkan mekanik jalanan perlu dilakukan bagi mengenalpasti dalang dan longkai terbabit untuk diambil tindakan. ~mg |
Kes Bengang Ke Ni? Gambar Outlet P1 Wimax Musnah Di Rempuh Kereta Posted: 17 Dec 2013 11:28 PM PST Premis P1 Wimax Musnah Dirempuh Kereta…Tak Sengaja Atau Terlalu Marah?- Kemarahan pengguna terhadap P1 Wimax nampaknya kian meluap-luap dan sekarang dah sampai tahap meletup! Sebelum ini ada yang bertindak menghasilkan page Facebook P1 Wimax Sucks di mana para pengguna yang sakit hati dengan perkhidmatan ini berkongsi pengalaman masing-masing. Manakala beberapa hari lalu, seorang pelanggan telah datang mengamuk di kaunter penyedia perkhidmatan internet ini di Selayang Mall hingga mencetuskan kegemparan di sana. Terbaru, sebuah outlet P1 Wimax di Damansara pula dikatakan hancur dilanggar seorang pelanggan dengan kereta. Adakah ini hanya sebuah kemalangan biasa atau sebaliknya? Isk, kalau dah sampai sanggup jahanamkan kereta sendiri untuk tunjukkan perasaan ini bermakna pengguna tersebut memang dah terlalu makan hati dengan syarikat ini. Dari satu segi, memanglah tindakan mewujudkan page mengutuk P1 Wimax di Facebook, mengamuk di kaunter dan memecahkan kedai adalah perbuatan yang salah. Tapi dari sudut lain, ini merupakan petanda bahawa pengguna sudah terlalu meluat jadi pihak berkuasa seperti SKMM patut segera tampil membantu pengguna yang berasa diri mereka teraniaya. ~panggungopera |
Berita Ini Pasti Menyakitkan Hati Najib dan Kuncu-Kuncunya.. Posted: 17 Dec 2013 11:13 PM PST Selangor akan menggunakan kedudukannya sebagai pemilik saham utama dalam tiga syarikat konsesi lebuh raya di negeri itu untuk menghentikan kenaikan tol yang dirancang. Penasihat ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menteri besar setuju untuk mengeluarkan arahan kepada wakil kerajaan dalam syarikat konsesi untuk tidak menyokong kenaikan tol. Ketiga-tiga lebuh raya itu, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sprint. "Kami mahu berikan pesanan kepada kerajaan persekutuan, mereka boleh lakukan perkara sama dengan syarikat berkaitan kerajaan yang memiliki saham dalam syarikat konsesi lebuh raya," katanya. ~mk |
Patutlah Tarif Elektrik Naik.. Nak Bagi Durian Runtuh Posted: 17 Dec 2013 08:12 PM PST Khabarnya kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bakal terima durian runtuh. Saya hanya mampu mengucapkan tahniah atas rezeki yang bakal mereka terima. Mereka juga warga dan rakyat seperti kita, punya tanggungan dan beban kewangan. Mereka juga bekerja untuk memberikan khidmat kepada majikan dan negara. Mungkin ada perkiraan tertentu yang mewajarkan anugerah bonus ini diberikan kepada mereka. Semoga dengan bonus yang dikira agak besar ini, kakitangan TNB akan melipatgandakan lagi kecemerlangan hasil kerja. Kenaikan tarif elektrik yang bakal dinikmati bermula tahun hadapan bukan salah kakitangan TNB. Mereka adalah pekerja, bukannya pembuat dasar dan polisi. Yang menentukan dasar dan polisi sesebuah GLC seperti TNB adalah kerajaan yang memerintah. Kenaikan tarif elektrik bukannya ditentukan oleh CEO TNB, tetapi ditentukan oleh kerajaan BN setelah dibincangkan dalam Kabinet dan diumumkan oleh menteri yang bertanggungjawab. Saya tidak mempertikaikan kakitangan yang cuma bekerja mematuhi arahan majikan apatah lagi untuk memandang serong terhadap mereka. Sebahagian daripada mereka bukannya orang lain, sanak saudara kita juga. Bila tarif elektrik naik, kakitangan TNB pun turut bayar bil elektrik seperti kita. Yang tidak perlu bayar bil elektrik sendiri adalah PM, Timbalan PM dan menteri. Sebab itu mereka boleh umumkan kenaikan tarif elektrik tanpa ada kerut kesal di wajah. Mereka tidak menanggung beban sebagaimana yang ditanggung rakyat. Sebagai indikatornya, apabila sesebuah syarikat itu mampu memberikan bonus untuk kakitangannya bermakna prestasi syarikat tersebut mencatatkan keuntungan. Kalau laporan kewangan sesebuah syarikat mencatatkan kerugian, bukan setakat bonus tidak diberikan malah kadang-kadang staf pun boleh dibuang untuk mengurangkan kos operasi. TNB adalah antara syarikat GLC yang setiap tahun mengumumkan jumlah keuntungan yang diperolehi. Rasanya kita tidak pernah dengar laporan kewangan TNB mencatatkan kerugian. Syabas atas prestasi baik tersebut. Alangkah baiknya sekiranya keuntungan TNB yang berjumlah ratusan juta ringgit ini mampu dikongsi dengan semua rakyat. Tentunya rakyat tidak minta bonus sama ada 5 bulan, 4 bulan, 3 bulan, 2 bulan ataupun setengah bulan bonus. Cukuplah sekadar tarif elektrik tidak dinaikkan kalau sekali pun ia tidak diturunkan. Ia sudah cukup mengembirakan kami rakyat bawahan. Kalau dinaikkan sekali pun, kami tetap akan guna bekalan elektrik daripada TNB. Mustahil kami akan beralih menggunakan generator. Itulah ibaratnya nasib rakyat marhaen bagaikan mentimun dengan durian. Dr. Azman Ibrahim |
Bekas Menteri Kesal Umno BN Bertindak Macam Pak Pandir Posted: 17 Dec 2013 06:56 PM PST Bekas Menteri Penerangan melahirkan rasa kesal dan tidak puas hati dengan cara isu Syiah dikendalikan di negara ini dan menyifatkan ia hanya permainan politik yang semakin cetek dan pandir sahaja. Tan Sri Zainuddin Maidin dalam tulisannya di Sinar Harian berkata, setelah gempar seluruh negara bagaikan langit hendak runtuh, maka akhirnya kelak rakyat akan melihat tiada sesiapa pun yang akan bertanggungjawab untuk bertindak dengan berani dan tegas. "Orang itu serah pada orang ini, orang ini serah pada orang itu," tulis bekas Ketua Pengarang Utusan yang lebih dikenali sebagai Zam itu. Maka, katanya, kredibiliti kerajaan Barisan Nasional dan Umno semakin terhakis. "Berapa lamakah kita harus berada dalam permainan politik seumpama ini," katanya. Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mempunyai 10 bukti mengaitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) sebagai Syiah menyerahkannya kepada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) untuk tindakan selanjutnya. Jakim pula melepaskan tangan kepada Majlis Majlis Agama Islam Negeri dan mereka ini pula akan bercanggah antara satu sama lain dalam soal mengambil tindakan. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar KDN, jika mempunyai bukti yang kukuh, bertindak dan hadapkan Mohamad ke mahkamah supaya dia dapat membela diri. Sebelum itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan orang nombor dua PAS adalah Syiah dalam ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung Umno 2013. Semalam, Mohamad mengumumkan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Zahid. Zam berkata, tindakan menendang ke sana sini untuk diambil tindakan menyebabkan rakyat akan tinggal dalam keraguan. "Lebih bahaya lagi, mereka juga akan semakin ragu sama ada ajaran Syiah bertentangan dengan Islam atau tidak," katanya. Beliau berkata, di akhirnya rakyat akan melihat dan yakin bahawa ini hanyalah suatu permainan politik agama dan imej Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu akan lebih hebat walaupun merapu dan akan lebih banyak lahir orang yang mengamalkan ajaran seperti Ajaran Harun. ~tmi |
Aksi Terlampau Anggota Polis Tersebar Posted: 17 Dec 2013 06:19 PM PST Aksi polis 'terlampau', itu gambaran dalam video bertajuk 'Polis Tampar Orang Awam' yang dimuat naik dalam laman Youtube sejak beberapa hari lalu.Video berdurasi satu minit enam saat itu disaksikan kira-kira 1,230 selepas dimuat naik sejak Sabtu lalu. Bukan sahaja tersebar di Youtube malah ramai pengguna laman sosial berkongsi video berkenaan di laman sosail Facebook dan blog. Video yang memaparkan seorang anggota polis dari Balai Polis Bayan Baru menahan tiga lelaki warga asing terbabit boleh dianggap keterlaluan apabila anggota polis berkenaan bertindak di luar batasan dengan menampar beberapa kali serta memaki hamun tiga lelaki yang ditahan berkenaan. Difahamkan, kejadian yang berlaku di hadapan sebuah klinik di kawasan Queensbay itu berpunca apabila dua lelaki daripada tiga lelaki berkenaan cuba melarikan diri apabila diminta berhenti untuk diperiksa. Menurut sumber, anggota berkenaan yang ketika itu bertugas dalam Operasi Ops Payung di kawasan berkenaan meminta dua lelaki berkenaan berhenti untuk diperiksa namun tidak diendahkan mereka. Berang dengan tindakan dua lelaki berkenaan, anggota itu bertindak mengejar mereka menggunakan motosikal dan berjaya menahan mereka sebelum berlakunya aksi itu. Difahamkan, akibat daripada perbuatan anggota itu, beliau kini ditukarkan ke Unit Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya. Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi dalam satu kenyataannya di sini semalam berkata, Bahagian Tatatertib kontinjen negeri sedang menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan. Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota dan pegawainya yang melakukan kesalahan sehingga mencemarkan nama dan menjatuhkan imej PDRM. "Arahan dikeluarkan kepada semua ketua jabatan, ketua polis daerah dan ketua formasi untuk memastikan semua pegawai dan anggota di bawah seliaan mereka melaksanakan tugas mengikut undang-undang. "Jangan sesekali bertindak di luar batasan serta melakukan perkara yang mencemarkan imej pasukan," katanya. ~sh |
BN Kantoi!! Gagal Tepati Janji Turunkan Kadar Tol, BN Padam Manifesto Di Lawan Web Posted: 17 Dec 2013 05:27 PM PST Gara-gara gagal melaksanakan janji menurunkan kadar tol antara bandar seperti mana dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) ketika menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu, BN mula bermain 'silap mata' dengan 'menghilangkan' manifesto mereka yang sebelum ini dipaparkan di laman sesawang www.barisannasional.org.my. Di muka surat 12 di bawah perkara 'Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar' manifesto bertajuk 'Rakyat Didahulukan – Menepati Janji, Membawa Harapan' itu menjanjikan untuk mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat. 'Kehilangan' itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pengumuman kerajaan untuk menaikan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 bermula 1 Januari tahun hadapan, bertentangan dengan janji menurunkan kadar tol seperti mana terkandung dalam manifesto itu. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata ini membuktikan BN ketika merangka manifesto itu sememangnya tiada niat untuk melaksanakan janji mereka. "BN sebenarnya tidak niat atau rancangan pun hendak laksanakan tetapi terpaksa menciplak manifesto Pakatan Rakyat (PR) bagi menyaingi PR dan menunjukkan kononnya mereka tidak terpisah dengan rakyat; jadi saya kira rakyat boleh lupakan janji lain BN dalam manifesto mereka. "Itu cuma taktik mereka untuk raih undi dan hari ini baru tujuh bulan menang pilihan raya, terbukti, bukan kata turunkan tol malah BN naikkan lagi," kata Rafizi ketika dihubungi Selangor Kini hari ini. Keadaan ini berbeza dengan Manifesto PRU-13 PR yang bertajuk 'Harapan Rakyat – Pakatan Harapan Rakyat' yang setiap perancangan dasar baru yang menguntungkan rakyat disertakan dengan plan perlaksanaan terperinci. Kata Rafizi lagi, BN patut malu dengan tindakan mereka sebelum ini yang mendakwa Kerajaan PR Selangor tidak menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum ke 12 pada 2008 lalu. "Dahulu mereka kecoh nak saman Kerajaan Selangor pasal manifesto tetapi sekarang dengan menggunakan hujah BN sendiri, BN patut redha kalau ada rakyat yang mahu menyaman mereka," kata beliau lagi. ~selangorkini |
Saksikanlah Pembohongan Najib Bertaraf Gred A.. Posted: 17 Dec 2013 04:50 PM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terang-terangan menipu rakyat Malaysia apabia menaikkan kadar tol, berlawanan dengan akujanji kempen pilihan raya umum ke-13 Barisan Nasional. Antara manifesto BN di bawah tajuk Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar ialah 'mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat'. "Ini merupakan pembohongan yang bertaraf lima bintang, kerana dilakukan orang yang berkedudukan tinggi dalam negara ini," kata pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail. 14 Disember lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengesahkan kadar tol dinaikkan pada tahun hadapan. Lima belas lebuh raya kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur, akan menaikkan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 bermula 1 Januari 2014. Justeru kata Azan (gambar), kenaikan ini telah menjadi merupakan tradisi dan kebiasaan kerajaan Umno-BN. "Setiap kali selepas pilihan raya kita akan lihat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di Malaysia seolah-olah satu tradisi. "Bagi Umno pilihan raya bukanlah satu mandat yang diperoleh daripada rakyat. Tetapi mereka melihat pilihan raya merupakan satu peringkat untuk menyusun dan merangka semula kenaikan harga barang ke peringkat seterusnya, "Mereka seolah-olah berpuasa sebelum pilihan raya. Selepas menang pilihan raya mereka beraya dan meraikan kemenangan. "Ketika itu rakyat dilupakan. Budaya begini berterusan untuk pilihan raya akan datang jika Umno terus memerintah," katanya. ~kd |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan