Isnin, 4 November 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Pelarasan Gaji Kakitangan Awam Naik 2013/2014 + Elaun Penjawat Awam (JPA + KSN)?

Posted: 04 Nov 2013 07:58 PM PST

Pelarasan Gaji Kakitangan Awam Naik 2013/2014 + Elaun Penjawat Awam (JPA + KSN)?

gaji kakitangan awam
Pelarasan Gaji Kakitangan Awam: Berdasarkan laporan Berita Semasa pada 23 September 2013 (DI SINI), masih ingat lagi? Mengenai pelarasan gaji kakitangan awam yang bakal digunakan pada masa akan datang. Nah terbaru, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah tampil memberikan kenyataan melibatkan maklumat awal mengenai kajian pelarasan gaji kakitangan awam naik untuk kali ini….
Sampai bila gaji kakitangan awam tiada tangga gaji? Sekarang ini, kalangan yang kakitangan kerajaan gunakan adalah gaji minimum dan gaji maksimum (KLIK SINI SUMBERNYA) disebabkan masih tiada lagi skim gaji baru selepas pembatalan SBPA yang cukup KONTROVERSI (SEPERTI DI SINI).

Gaji Kakitangan Awam Naik : Kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN)

KLIK pada imej di bawah ini untuk paparan yang lebih jelas
Pelarasan Gaji kakitangan awam
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) : Keratan akhbar yang Berita Semasa petik daripada Berita Harian di halaman 16 menyentuh kajian pelarasan gaji kakitangan awam (minima) supaya sepadan dengan kenaikan kos sara hidup melibatkan kalangan penjawat awam.
Dan berdasarkan sumber yang Berita Semasa terima lagi :
  1. Akan ada kenaikan pangkat bagi orang-orang lama dalam penjawat awam. Jumlah yang agak besar juga yang terlibat
  2. Ada beberapa skim akan dijumudkan. Ada beratus-ratus jawatan juga dikhabarkan akan dihapuskan.
  3. Dijangka akan datang hanya ada kakitangan kontrak 3 bulan ke 3 bulan sahaja.
  4. Ada info lain yang ingin anda kongsikan?
Gaji Kakitangan awam Naik

Gaji Kakitangan Awam Naik VS Harapan Berita Semasa

Bagi Berita Semasa pembayaran COLA perlu diperbanyakan kumpulan & kelompok sasaran. Apa yang berlaku sekarang jurang pemberian antara penjawat awam yang di tinggal di ibu kota dengan kampung terlalu kecil.
Selain itu, mana-mana pegawai kerajaan yang tidak efisen, tidak amanah dalam menjalankan tugas harus ditamatkan perkhidmatan dengan serta-merta supaya memberikan peluang kepada yang lain.
Mana-mana kementerian yang bertindih patutnya digabungkan. Contohnya :
  • Kementerian Pendidikan dengan KPT
  • JKJR masuk JPJ ataupun JKR.
  • PEMANDU dihapuskan. Tiada kredibiliti sepertimana yang disuarakan oleh laporan Ketua Audit Negara 2012
  • Anda ada cadangan lain?
Mana-mana menteri yang dipilih rakyat sahaja dibenarkan menikmati elaun menteri, menteri yang dipilih oleh Najib Razak atas dasar yang Berita Semasa sendiri tidak pasti apa motifnya, contohnya Shahrizat Jalil dan juga Samy Vellu tidak sepatutnya menikmati wang pembayar cukai rakyat Malaysia & dana negara. Sekaligus dapat menjimatkan lagi wang negara.
P/S : Walauapapun, apabila gaji kakitangan awam naik, prestasi kerja pun mestilah seiring naik sama. Insyaallah. Apa respon balas anda dengan kenyatan terbaru KSN kali ini?

PAS menang, Najib hepi, Mahathir frust (LM)

Posted: 04 Nov 2013 04:33 PM PST

Kekalahan yang tidak mengecewakan Najib

Setelah bertarung selama 12 hari dalam kempen pilihanraya yang sengit dan penuh dengan gula-gula politik, PAS akhirnya berjaya mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau melalui calonnya, Mohd Azam Abdul Samad yang menewaskan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan majoriti 1,084 undi. 

TERKINI!!!: Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik 2 Tangga Gaji & Kenaikan Gred November 2013. SEMAK!

Posted: 04 Nov 2013 02:57 AM PST

TERKINI!!!: Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik 2 Tangga Gaji & Kenaikan Gred November 2013. SEMAK!

Berita Semasa pernah mengeluarkan laporan berita mengenai pelarasan gaji kakitangan awam sekitar 1 bulan lebih yang lalu iaitu pada 23 September [klik : DI SINI]. Nampaknya proses menambahbaik skim penjawat awam berjalan seperti yang dirancang. Terbaru….

Terbaru, daripada 1.4 juta kakitangan awam, sejumlah 600,000 penjawat awam akan terlibat sama akan menrima "durian runtuh" apabila bakal menerima kenaikan gaji kakitangan awam naik yang mana akan melibatkan 81 skim perkhidmatan awam kesemuanya. Antaranya :

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik 2 Tangga Gaji : Senarai Skim?


  1. Pembantu Kawalan Trafik Udara
  2. Pemandu Lokomotif Sabah
  3. Pereka
  4. Pegawai Kebudayaan
  5. Ahli Fotografi
  6. Jurusolek
  7. Pegawai Galian
  8. Pegawai Kimia Bumi
  9. Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)
  10. Penolong Pegawai Galian
  11. Penolong Pegawai Kimia Bumi
  12. Pembantu Galian
  13. Pembantu Kaji Bumi
  14. Pegawai Makmal Filem
  15. Penolong Pegawai Makmal Filem
  16. Pembantu Makmal Filem
  17. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
  18. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
  19. Pensyarah Perubatan
  20. Pensyarah Pergigian
  21. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/
  22. Penolong Pegawai Latihan Vokasional/
  23. Pegawai Latihan Vokasional
  24. Pengajar Kraf
  25. Pembantu Pertanian
  26. Pembantu Veterinar
  27. Renjer Hutan
  28. Pengajar Membalak
  29. Pengawas Hutan
  30. Pembantu Hidupan Liar
  31. Pembantu Hidupan Liar Rendah
  32. Tukang K1
  33. Tukang K2
  34. Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah
  35. Operator Loji
  36. Pekerja Awam Khas
  37. Pekerja Awam
  38. Penyelamat
  39. Pelukis Pelan
  40. Juruteknik Landskap
  41. Juruteknik
  42. Juruteknik Ukur
  43. Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
  44. Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera
  45. Juruteknik
  46. Juruteknik Ukur
  47. Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
  48. Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera
  49. Penguasa Bekalan Air
  50. MerinyuTali Air
  51. Pegawai Perhubungan Preman
  52. Penyelia Jeti
  53. Penghantar Notis
  54. Pembantu Kamera
  55. Pemandu
  56. Pemandu Kenderaan
  57. Pembantu Am Pejabat
  58. Pengurus Stesen
  59. Penyelia Jurupakaian
  60. Peniup Kaca
  61. Pegawai Khidmat Pelanggan
  62. Pengawas Pemulihan
  63. Pegawai Penerbitan
  64. Penolong Pegawai Penerbitan
  65. Pembantu Penerbitan
  66. Operator Kamera Offset
  67. Pembuat Plat
  68. Penolong Operator Kamera
  69. Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
  70. Pembantu Penyelidik Sosial
  71. Pengurus Asrama
  72. Penolong Pengurus Asrama
  73. Penyelia Asrama
  74. Penolong Pegawai Tadbir Tanah
  75. Pembantu Tadbir Tanah
  76. Pegawai Pemeriksa Paten
  77. Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera)
  78. Pembantu Pemuliharaan
  79. Jurulatih Kawad
  80. Pembantu Wartawan/Wartawan
  81. Atendan Kesihatan
  82. Penolong Pegawai Penaksir
  83. Pegawai Aktuari
  84. Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
  85. Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia

Senarai 81 skim seperti di atas termasuk dalam Bajet 2014 yang mana anda semua akan mula menrima surat tawaran opsyen bermula November 2013 ini. Nantikan…..

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik & Kenaikan Gred


  1. November 2013 : Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mula dikeluarkan. Mula terima surat tawaran opsyen bagi kenaikan gaji & gred kakitangan awam daripada ketua jabatan masing-masing
  2. Disember 2013 : Penjawat awam perlu beri jawapan. Terima atau tidak.

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik & Kenaikan Gred 2013 : Initpatinya?


  • kenaikan taraf skim perkhidmatan gred 1 hingga 10 kepada gred 11
  • pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji
  • pertukaran nama beberapa skim seperti diminta Cuepacs dan kesatuan berkaitan

Jika skim anda belum tersenarai lagi untuk menerima kenaikan gaji dan gred dalam tempoh terdekat ini, Cuepacs Malaysia sedang berusaha keras untuk membolehkan lebih banyak skim menerima tempias penambaikan dan kenaikan.

Termasuklah  Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta pihak berkuasa tempatan.

Skim-skim yang lain tetap akan ada harapan untuk menerima berita kenaikan gaji selepas ini. Nantikan berita gembira tersebut tidak lama sahaja lagi. Apa kata penjawat awam mengenai berita kenaikan gaji yang terbaru ini?
 
  1.  

Tiada ulasan: