RAKYAT MARHAEN |
- SG LIMAU: NAJIB RAZAK CUBA NAK PUJUK HATINYA YANG LUKA DAN LARA
- Sg Limau: Ke mana hilangnya 1,225 orang pengundi PAS? BN hanya mampu tambah 465 undi..!!!
- Sg Limau: Lebih 5,000 penyokong Pas rai kemenangan Ustaz Azam
- Sg Limau: Kemenangan hari pertama tahun Hijrah – TG Nik Aziz
- Sg Limau: Presiden PAS ucap tahniah
- Sg Limau: Hadiah Tahun Baru 1435 Hijriah
- Sg Limau: PAS harap kemenangan hari pertama tahun hijrah bawa tuah
- Sg Limau: Kami tewaskan dua kerajaan, BN hanya mampu tambah 465 undi dari PRU13
- Sg Limau: Apakah ini pengakhiran Mahathirisme?
- Sg Limau: Kekalahan Yang Tidak Mengecewakan Najib
- Ucapan sulung YB Ustaz Azam selepas menang PRK N20 Sg Limau
- Sg Limau: UMNO@BN bongkak akhirnya gagal juga
- Sg Limau: PAS menang, 'Mukhriz tak kalah'
- Lawak 4-Nov-2013: 'Kita menang dalam kalah' - Kak Ijat
- Sg Limau: BN gagal walaupun guna segala kekuatan dan wang ringgit
- PRK N20 Sg Limau PAS menang majoriti 1,084 undi
- Sg Limau: Pengundi "BERANI HIJRAH" Dari Politik Jahat Dan Zalim UMNO@BN Untuk "KEKAL" PAS
- Keputusan RASMI PRK N.20 Sungai Limau (Rasmi Dari SPR- BN Kalah Dengan Majoriti 1084)
- Sg Limau: Info Terkini Keputusan
- Suasana Hari Pengundian PRK Sg Limau 04 Nov 2013
- Sg Limau : Ustaz Azam Harap Pilihanraya Telus
- Sg Limau: Penjumlahan Undi Bermula
- Sg Limau: 85.5% (23,249) keluar mengundi sehingga ditutup jam 5 petang - Lensa 6
- Balu Azizan kecam pihak sebarkan SMS palsu guna namanya, timbang ambil tindakan undang-undang
- Balu Azizan: Sebar SMS palsu perbuatan tak berakhlak
SG LIMAU: NAJIB RAZAK CUBA NAK PUJUK HATINYA YANG LUKA DAN LARA Posted: 04 Nov 2013 07:30 PM PST Walaupun tewas di Sungai Limau, saya berbangga dengan usaha dan semangat yang dipamerkan oleh calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim bersama jentera pilihanraya kecil DUN Sungai Limau. Mereka telah bertungkus-lumus bekerja sehingga dapat mengurangkan majoriti undi yang diperolehi oleh pihak pembangkang. Semoga usaha gigih ini dapat diteruskan, serta janganlah berputus asa. Sesungguhnya perjuangan kita tidak pernah selesai. Begitulah bunyi ayat dan nada suara yang diluahkan oleh Najib Razak apabila keputusan PRK DUN N20 Sg Limau tidak memihak kepada UMNO/BN sebaliknya calon PAS berjaya mengekalkan DUN Sg Limau dari dirampas oleh UMNO/BN. Dah kalah mengaku sajalah yang UMNO/BN ditolak oleh rakyat DUN Sg Limau. Dulu cakap bukan main .. menang majoriti 1 undi pun di kira menang .. yang utama adalah menang dan berapa majoriti tidak menjadi perhitungan. Jenis berbelit lidah biawak betul Najib Razak ni. Terimalah kenyataan yang UMNO dah kalah walaupun ratusan juta ringgit janji ditaburkan kepada penduduk Sg Limau. Yang seronoknya tu tuduh DSAI sudah di tolak rakyat .. akhirnya UMNO juga ditolak tersungkur baham tanah. |
Sg Limau: Ke mana hilangnya 1,225 orang pengundi PAS? BN hanya mampu tambah 465 undi..!!! Posted: 04 Nov 2013 07:17 PM PST PAS berjaya mengekalkan kerusi Sungai Limau yang dimenangi Tan Sri Azizan Razak sejak tahun 1995. Tetapi BN patut dipuji kerana berjaya mengurangkan majoriti yang dimenangi PAS enam bulan lalu. Mohd Azam, 37, mendapat 12,069 undi dan Ahmad Sohaimi, 52, mendapat 12,069 undi, umum Pegawai Pengurus PRK Abdul Rashid Othman di SMK Agama Yan, Kedah malam ini. PAS berjaya mengekalkan kerusi Sungai Limau yang dimenangi Tan Sri Azizan Razak sejak tahun 1995. Tetapi BN patut dipuji kerana berjaya mengurangkan majoriti yang dimenangi PAS enam bulan lalu. Pada 5 Mei lalu, Azizan mendapat 13,294 undi manakala calon BN, Mohd Fadzillah memungut 1,520 undi. Abdullah (Bebas) mendapat 100 undi dan Sobri (Bebas) mendapat 84 undi. Azizan menang dengan majoriti 2,774 undi. Kejayaan BN mengurangkan majoriti PAS sebanyak 1,690 undi merupakan satu kejayaan yang besar. Apatah lagi sudah lima penggal bekas Menteri Besar Kedah itu bertapak di DUN tersebut. Yang menjadi tanda tanya kepada kita, ke mana 1,225 orang pengundi PAS yang mengundi Azizan pada Mei lalu? Azizan pada 5 Mei mendapat 13,294 undi manakala Mohd Azam pada 4 November mendapat 12,069 undi. Kenapa mereka seramai 1,225 orang PAS ini tidak keluar mengundi? Adakah mereka tidak suka kepada calon PAS seperti yang didakwa Exco Puteri Umno, Asfalinda Anuar? Atau adakah mereka ini pengundi luar yang menyokong Azizan selama ini yang tak dapat dikesan oleh Umno Bahagian Jerai seperti yang didakwa oleh bekas calon Bebas, Sobri Ahmad? BN walaupun kalah harus berbangga kerana dapat meningkatkan 465 undi.Pada Mei lalu, calon BN yang juga sepupu Azizan mendapat 10,520 undi tapi kali ini Dr Sohaimi mendapat 10,985 undi. Adakah 465 orang ini pengundi PAS yang mahu berhijrah kepada BN? |
Sg Limau: Lebih 5,000 penyokong Pas rai kemenangan Ustaz Azam Posted: 04 Nov 2013 07:11 PM PST YAN - Lebih 5,000 penyokong termasuk pemimpin parti Pas pelbagai peringkat berkumpul di pusat penjumlahan undi yang berlangsung di SMA Yan, di sini, malam tadi. Kehadiran mereka yang ternyata gembira sekali gus meraikan kemenangan calon Pas, Mohd Azam Abd Samat yang menewaskan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada PRK Dun Sungai Limau. Sejurus keputusan diumumkan kira-kira jam 9 malam oleh Pengurus Pilihan Raya Negeri, penyokong yang hadir melaungkan kalimah takbir "Allahuakhbar". Mohd Azam mendapat kemenangan dengan jumlah undi sebanyak 12, 069, manakala Ahmad Sohaimi mendapat 10, 985 dengan majoriti 1, 084 undi. Dengan keputusan itu, menjadikan Mohd Azam sebagai Adun Sungai Limau menggantikan Allahyarham Tan Sri Azizan Razak. |
Sg Limau: Kemenangan hari pertama tahun Hijrah – TG Nik Aziz Posted: 04 Nov 2013 07:09 PM PST KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kemenangan calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau semalam sebagai "kemenangan di hari pertama tahun hijrah 1435H". Read More / Baca Lagi >>Dalam entri terbaru di laman facebook beliau, Tuan Guru Nik Aziz memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT dengan kemenangan itu dan merakamkan tahniah kepada semua petugas, penyokong dan pengundi. "Syukur Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan kemenangan kepada calon PAS di Dun Sungai Limau Kedah kelmarin (semalam). "Tahniah saya rakamkan kepada semua petugas, penyokong dan pengundi PAS yang ternyata telah menolak tawaran wang ringgit semata-mata untuk kekal istiqamah bersama-sama dengan PAS. "Kemenangan di hari pertama tahun hijrah 1435H diharapkan menjadi langkah kanan kita untuk terus melakar sejarah gemilang di pentas politik negara, Insya Allah," ujarnya. |
Sg Limau: Presiden PAS ucap tahniah Posted: 04 Nov 2013 07:09 PM PST KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada para pengundi di Dun Sungai Limau yang memberikan kepercayaan kepada calon PAS dalam Pilihan raya Kecil (PRK) itu. Katanya, PAS akan memastikan amanah yang diberikan kepada wakil rakyat baru Dun Sungai Limau ini dilaksanakan dengan sebaiknya. "Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada petugas dari PAS dan rakan Pakatan Rakyat yang datang dari seluruh pelosok tanah air untuk membantu kemenangan calon PAS," ujarnya dalam satu kenyataan ringkas, malam ini. Sesungguhnya, kata beliau sumbangan tenaga dan dalam apa jua bentuk bantuan sepanjang tempoh PRK itu adalah sangat dihargai. "Semoga Allah SWT membalas segala pertolongan tuan puan semua," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang. Calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau mengalahkan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan majoriti 1,084 undi. Beliau mendapat 12,069 undi sementara calon BN pula 10,985 undi menjadikan majoriti 1,084 undi. |
Sg Limau: Hadiah Tahun Baru 1435 Hijriah Posted: 04 Nov 2013 07:08 PM PST Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan menganggap kemenangan Ustaz Mohd Azam Abd Samat adalah hadiah Tahun Baru 1435 Hijriah buat seluruh rakyat Sungai Limau khasnya dan kepada jamaah amnya. "Alfun Mabruk buat YB Ustaz Mohd Azam Abd Samad di atas kemenangan dalam pilihan raya kecil N20 bagi menggalas amanah jamaah dan rakyat di Dun Sungai Limau," tulis beliau menerusi facebook. Sehubungan itu, beliau mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat berbesar hati atas kepercayaan parti kepada calon anak muda dan kini ia menjadi pilihan yang telah dimuktamadkan oleh rakyat Dun Sungai Limau untuk menobatkan Ustaz Mohd Azam Abd Samad sebagai Adun yang menyambung legasi Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak. Katanya, Ustaz Mohd Azam juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai dan Pengarah Pasti Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dilihat mampu menggalas amanah yang diberi dengan baik dan cemerlang. Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua jentera pemuda yang datang dari segenap pelosok tanahair membantu jamaah membawa pulang kemenangan ini. "Tahniah juga buat seluruh saf pimpinan jamaah yang pastinya banyak berkorban masa, tenaga dan harta," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh. |
Sg Limau: PAS harap kemenangan hari pertama tahun hijrah bawa tuah Posted: 04 Nov 2013 07:05 PM PST PAS berharap kemenangan Sungai Limau adalah kemenangan hari pertama tahun Hijrah yang akan menjadi langkah kanan untuk PAS tahun ini. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) dalam entri terbaru di laman Facebook miliknya melahirkan kesyukuran dengan kemenangan itu dan merakamkan tahniah kepada semua petugas, penyokong dan pengundi. "Syukur Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian ke hadrat Allah SWT yang mengurniakan kemenangan kepada calon PAS di DUN Sungai Limau Kedah kelmarin (semalam). "Kemenangan hari pertama tahun hijrah 1435H diharapkan menjadi langkah kanan kita untuk terus melakar sejarah gemilang di pentas politik negara, Insya-Allah," katanya. PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dengan majoriti yang lebih kecil iaitu 1,084 undi. Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat, 37, memperoleh 12,069 undi mengalahkan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, yang mendapat 10,985 undi. Pada pilihan raya umum pada Mei lalu, allahyarham Tan Sri Azizan Razak memenangi kerusi DUN Sungai Limau dalam pertandingan empat penjuru dengan majoriti 2,774 undi. Keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Abdul Rashid Othman di pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan kira-kira jam 9.00 malam. Daripada 23,249 pemilih berdaftar yang keluar mengundi, 145 kertas undi diisytiharkan rosak. PAS mengekalkan kerusi Sungai Limau sejak pilihan raya umum 1995. |
Sg Limau: Kami tewaskan dua kerajaan, BN hanya mampu tambah 465 undi dari PRU13 Posted: 04 Nov 2013 07:03 PM PST PAS menyifatkan kemenangan mereka di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau amat manis kerana mereka berjaya menewaskan dua kerajaan yang bergabung menentang mereka. "Kita berdepan dengan dua kerajaan dalam pilihan raya ini, kerajaan negeri Kedah dan kerajaan pusat dan kita menang," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam perhimpunan selepas calon PAS diumumkan menang di Dulang Kecil malam tadi. Calon PAS Mohd Azam Abdul Samad menewaskan calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan majoriti 1,084 malam tadi. Mereka diarahkan berkumpul di situ sebaik sahaja berita PAS menang tersebar, manakala mereka yang mempunyai pas masuk pergi ke pusat penjumlahan undi untuk mendengar keputusan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR_. Setelah selesai keputusan diumumkan, semua pemimpin dan calon PAS bergerak ke Dulang Kecil. "Mereka bawa segala macam ke sini, itik dan juga lembu, tetapi kita tetap menang," kata Mohamad merujuk kepada pelbagai pemberian BN kepada penduduk Sungai Limau. Di Bukit Besar, kubu kuat PAS, gula hanya dijual RM1 sekilo dalam karnival anjuran BN walaupun harga gula kini ialah RM2.85 selepas kerajaan menghentikan subsidi gula sebanyak 34 sen dalam bajet baru-baru ini. Read More / Baca Lagi >> |
Sg Limau: Apakah ini pengakhiran Mahathirisme? Posted: 04 Nov 2013 07:00 PM PST Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad turun ke Sungai Limau pada saat-saat terkahir untuk berkempen pada 3 November, seorang aktivis kanan PAS dari Alor Star menyifatkannya sebagai satu "kelegaan". "Ramai penduduk di Sungai Limau berlatarkan pendidikan agama," kata aktivis itu merujuk kepada komuniti guru, pelajar dan ibu bapa yang terlibat dengan pendidikan Islam atau digelar "pondok" di kawasan itu. "Mereka masih ingat bagaimana Mahathir merendah-rendahkan PAS dan konsep negara Islam kami," kata aktivis itu merujuk kepada "perang panjang" bekas Perdana Menteri itu dengan PAS sebelum meletakkan jawatan pada 2003. Jadi ia umpama "hari pembalasan" apabila Dr Mahathir turun untuk membantu memancing undi bagi Barisan Nasional (BN) daripada orang yang pernah beliau "perangi" satu ketika dahulu. Tetapi penganalisis dan aktivis berkata, anak kelahiran Kedah itu mempunyai pengaruh untuk memenangi hati pengundi atas pagar yang masih belum membuat keputusan pada hari mengundi. "Saya tidak percaya pengaruhnya hari ini sehebat seperti media gembar-gemburkan," kata penganalisis politik, Prof Datuk Dr Shamdul Amri Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia merujuk kepada Dr Mahathir. "Mungkin di peringkat antarabangsa, tempat seperti Somalia, beliau masih disanjung, tetapi tidak lagi di sini," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Sg Limau: Kekalahan Yang Tidak Mengecewakan Najib Posted: 04 Nov 2013 06:58 PM PST Oleh Shahbudin Husin Setelah bertarung selama 12 hari dalam kempen pilihanraya yang sengit dan penuh dengan gula-gula politik, Pas akhirnya berjaya mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau melalui calonnya, Mohd Azam Samad yang menewaskan calon BN, Dr Ahmad Suhaimi dengan majoriti 1084 undi. Kemenangan Pas, walaupun dengan jumlah undi yang merosot berbanding PRU 13 iaitu 2774 undi tetapi seperti yang selalu diucapkan oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, walau dengan kelebihan satu pun tetap dikira menang juga. Dengan longgokan projek dan janji pembangunan yang banyak ditaburkan oleh Muhyiddin Yassin sepanjang kempen, selain janji MB Kedah Mukhriz Mahathir untuk menjadikan Sungai Limau sebagai DUN angkatnya serta janji-janji lainnya, kemenangan Pas ini diira sudah memadai walaupun Mahfuz Omar menyalahkan kemerosotan majoriti itu disebabkan hari mengundi diadakan pada hari bekerja yang menyebabkan pengundi luar tidak balik untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Kemenangan Pas ini juga memberi isyarat bahawa Mahfuz bakal memberi cabaran yang sengit kepada Mukhriz dalam pilihanraya umum akan datang ini. Di pihak UMNO pula, kekalahan dalam pilihanraya ini tidak mendatangkan banyak kesan kerana ia tidak menjejaskan kedudukan kerajaan negeri yang dikuasai BN, begitu juga dengan kerajaan Pusat. Oleh itu, tiada terlihat nada kecewa daripada para pemimpinnya. Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil menyifatkan BN menang dalam kalah kerana berjaya menurunkan majoriti Pas dengan drastiknya. Read More / Baca Lagi >> |
Ucapan sulung YB Ustaz Azam selepas menang PRK N20 Sg Limau Posted: 04 Nov 2013 06:43 PM PST |
Sg Limau: UMNO@BN bongkak akhirnya gagal juga Posted: 04 Nov 2013 06:30 AM PST Ini belum lagi dengan hasil kerja tangan SPR. Pengundian dibuat hari bekerja. Kalau tengok bola pun boleh bagi cuti, Apasai SPR tak nak rancang buat hari cuti atau kerajaan negeri bagi cuti sempena pilihanraya? Benarkah UMNO kalah bergaya ..? Seperti kata Shahrizat Jalil "Walaupun kita kalah, kita menang dalam kalah kerana majoriti mereka turun dengan drastiknya," begitulah reaksi Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat "Kita tengok wanita di sini minat dengan BN, tetapi memandangkan ada yang berbai'ah dengan suami, mereka takut (untuk undi BN)," katanya. "Kita terima kekalahan dengan hati terbuka sebab rakyat dah buat keputusan mereka," katanya. penburukonline harap sangat kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan yang ditadbir oleh UMNO melayu ni hormat dan tidak meminggirkan penduduk DUN Sungai Limau. Kalau hormat janganlah buat perangai sama untuk Kelantan dan negeri-negeri pembangkang yang lain. penburukonline sekadar berharap tapi macam biasa UMNO tidak pernah belajar dari kesilapan. UMNO akan terus menerus menghukum pendudk yang berpayung di bawah prinsip demokrasi. Tahniah kepada PAS!Berikut keputusan penuh pilihanraya DUN Sungai Limau 4 November 2013. Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau menyaksikan parti Pas mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti sebanyak 1,107 undi. Calon Pas, Mohd. Azam Abd. Samat yang mendapat 12,105 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim yang memperolehi undi 10,998 undi. (Ucapan Sulung Ustaz Azam Malam Ni Bersama Penyokong) Bilangan undi majoriti yang diperoleh Mohd. Azam merosot dibandingkan dengan majoriti yang diperoleh bekas ADUN Pas Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri AzizanAbdul Aziz berjumlah 2,774 undi. Pada pilihan raya itu, Allahyarham Azizan memperoleh 13,294 undi berbanding lawannya daripada BN, Mohd. Fadzillah Mohd. Ali yang memperoleh 10,520 undi. Pengumuman dibuat oleh Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau, Abdul Rashid Othman (Muka-Muka Kecewa Di Sungai Limau..ha.ha..ha..siapa yang kena...!!!) |
Sg Limau: PAS menang, 'Mukhriz tak kalah' Posted: 04 Nov 2013 06:24 AM PST Seperti yang dijangkakan, PAS berjaya mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau yang menjadi kubu kuat parti itu dalam pilihan raya kecil hari ini. Dan seperti juga yang dijangka, ia menang dengan majoriti yang merosot lebih 50 peratus kepada 1,084 undi daripada majoriti 2,774 undi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat (kanan) memperolehi 12,069 undi manakala calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim mendapat 10,985 undi. Seramai 85.5 peratus (22,642 pemilih) daripada 27,222 pemilih dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu menunaikan tanggungjawapnya hari ini. Namun kemerosotan lebih 50 peratus undi majoriti yang diperolehi PAS menimbul persoalan mengenai kemampuan pemimpin pemimpin "dua M" di Kedah dalam menerajui parti masing-masing dalam berdepan dengan PKR di Sungai Limau. Pemimpin "dua M" yang dimaksudkan itu ialah Menteri Besar Kedah yang juga pengerusi Umno negeri, Datuk Mukhriz Mahathir dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar. Walaupun Mukhriz popular di kalangan ahli akar umbi Umno apabila hampir-hampir menumbangkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan parti itu bulan lalu, namun pengaruhnya belum cukup untuk menarik sokongan rakyat di DUN tersebut untuk beralih sokongan kepada BN. Read More / Baca Lagi >> |
Lawak 4-Nov-2013: 'Kita menang dalam kalah' - Kak Ijat Posted: 04 Nov 2013 06:23 AM PST "Walaupun kita kalah, kita menang dalam kalah kerana majoriti mereka turun dengan drastiknya," begitulah reaksi Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. "Saya nampak sebenarnya kalau kita kaji, kita menang dalam kalah, kerana ini kubu kuat PAS," katanya ketika diminta mengulas keputusan pilihan raya kecil DUN Sungai Limau yang dipertahankan PAS sejak lima penggal yang lalu. "Saya nak katakan untuk BN ini kemenangan dalam kekalahan," katanya sambil undi untuk BN melonjak, walaupun Sungai Limau dikatakan kawasan hitam untuk parti itu. Menurut Shahrizat lagi semua alim ulama PAS turun berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Sungai Limau. "Kita tengok wanita di sini minat dengan BN, tetapi memandangkan ada yang berbai'ah dengan suami, mereka takut (untuk undi BN)," katanya. |
Sg Limau: BN gagal walaupun guna segala kekuatan dan wang ringgit Posted: 04 Nov 2013 06:02 AM PST Barisan Nasional (BN) gagal merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau walaupun menggunakan segala jentera kerajaan negeri dan pusat, di samping wang dan tokoh-tokoh besarnya. PAS berjaya memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,084 undi apabila calonnya Mohd Azam Abdul Samad mengalahkan calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dalam pertandingan satu lawan satu. Kegagalan BN untuk merampas kerusi ini juga menjadikan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir kalah buat kali kedua dalam masa tidak sampai sebulan. Mukhriz memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pilihan raya kecil ini dengan berkampung di Sungai Limau sepanjang kempen berjalan. Beliau berada di mana-mana dalam kawasan pilihan raya untuk memastikan jentera Umno berjalan dengan baik. Ayahnya, Tun Dr Mahathir Mohamad, turut dibawanya untuk membantu kempen BN. Selain gambar calon BN, gambar Mukhriz banyak digantung di sini. Tidak sebagaimana pilihan raya kecil sebelum ini, gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak digantung oleh petugas BN di Sungai Limau. Walaupun Mohd Azam menang, majoriti 1,084 undi adalah kurang berbanding majoriti 2,774 yang diperolehi oleh allahyarham Tan Sri Azizan Razak dalam pilihan raya umum lalu. Kemenangan Mohd Azam, Penolong Pengetua Sekolah Menengah Agama An Nahdzah, Bukit Besar mengalahkan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Ahmad Sohaimi merupakan satu keputusan yang manis bagi PAS di Kedah setelah hilang negeri jelapang padi itu dalam pilihan raya lalu. Kemenangan ini juga manis buat Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar, yang menggalas tanggungjawab itu selepas Azizan meninggal dunia. Ia bakal menjadi bekalan penting untuk Mahfuz dalam pemilihan PAS dari 22 hingga 24 November ini apabila beliau dijangka akan mempertahankan jawatannya sebagai naib presiden. Kekalahan calon BN juga bermakna program Karnival Rakyat yang banyak mendapat sambutan penduduk tempatan tidak berjaya diterjemahkan dalam bentuk undi untuk BN. Ia hanya menghabiskan wang yang banyak kepada BN apabila barangan seperti gula, beras dan Milo dijual dengan harga yang murah. Walaupun kerajaan telah menghentikan subsidi gula sebanyak 34 sen dengan alasan untuk mengelakkan penyakit kencing manis, gula dijual dengan harga murah di Sungai Limau. Tindakan kerajaan menarik balik subsidi 34 sen gula telah menyebabkan harga gula naik melambung kepada RM2.84 sekilo, namun penduduk di sini mendapat gula dengan harga RM1 sahaja sekilo. Sekampit beras 5 kilogram hanya dijual dengan harga RM5 sahaja oleh karnival anjuran BN di sini. Namun, terbukti ia tidak berjaya membeli undi penduduk Sungai Limau, khasnya di kubu kuat PAS iaitu Bukit Besar, tempat berlangsungnya karnival tersebut. |
PRK N20 Sg Limau PAS menang majoriti 1,084 undi Posted: 04 Nov 2013 05:47 AM PST |
Sg Limau: Pengundi "BERANI HIJRAH" Dari Politik Jahat Dan Zalim UMNO@BN Untuk "KEKAL" PAS Posted: 04 Nov 2013 05:17 AM PST RASMI: PAS berjaya mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau dengan majoriti kira-kira 1,084 undi - merosot 1,690 undi daripada majoriti pada PRU13 lalu. Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat memperolehi 12,069 undi manakala calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim mendapat 10,985 undi. Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Abdul Rashid Othman di pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan. Seramai 85.5 peratus (23,249) daripada 27,222 pemilih dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu menunaikan tanggungjawab mereka hari ini. |
Keputusan RASMI PRK N.20 Sungai Limau (Rasmi Dari SPR- BN Kalah Dengan Majoriti 1084) Posted: 04 Nov 2013 03:17 AM PST Yb Ustaz Mohd Azam Abd Samad Di Pusat Pengumpulan Undi Sek Men Agama Yan Malam Ini Pemimpin BN Hilang Dari Pusat Pengumpulan Undi SM Agama Yan Kesian Kerusi Kosong Di SM Agama Yan KEPUTUSAN RASMI - KEDAH N20: SUNGAI LIMAU: KEDAH: 27,222 1. Ahmad Sohaimi Lazim (BN)................... 10,985 undi 2. MOHD AZAM ABDUL SAMAT (PAS)................ 12,069 undi Jumlah pengundi.............. (23,249) Peratus.......................... (85.5%) Undi ditolak................... 145 undi Majoriti......................... 1,084 undi Penyandang: Tan Sri Azizan Abdul Razak: PAS Undi diperoleh: 2013: 13,294 Majorit: 2,774 |
Sg Limau: Info Terkini Keputusan Posted: 04 Nov 2013 03:05 AM PST
Keputusan tidak rasmi. Peti Undi Bukit Besar PAS 1,415 BN 943 Majoriti PAS 472 Peti Undi Dulang Kechil: PAS 398 BN 1,337 Majoriti BN 939 Padang Lumat: PAS 363, BN 413, Majoriti BN 50 PAS 702, BN 689, Majoriti PAS 13 |
Suasana Hari Pengundian PRK Sg Limau 04 Nov 2013 Posted: 04 Nov 2013 02:55 AM PST |
Sg Limau : Ustaz Azam Harap Pilihanraya Telus Posted: 04 Nov 2013 02:54 AM PST |
Sg Limau: Penjumlahan Undi Bermula Posted: 04 Nov 2013 02:22 AM PST YAN -- Pengiraan undi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau bermula pukul 5.30 petang di pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan di sini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan rasmi dapat diketahui seawal 9 malam. Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan antara calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS Mohd Azam Abdul Samat. Kerusi DUN Sungai Limau kosong berikutan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang merupakan wakil rakyat kawasan itu sejak 1995. DUN Sungai Limau mempunyai 27,222 pemilih berdaftar, meliputi 25,323 orang atau 93 peratus pengundi Melayu, 1,842 orang atau 6.7 peratus (Cina), 15 orang atau 0.6 peratus (India) dan selebihnya kaum-kaum lain. |
Sg Limau: 85.5% (23,249) keluar mengundi sehingga ditutup jam 5 petang - Lensa 6 Posted: 04 Nov 2013 01:50 AM PST |
Balu Azizan kecam pihak sebarkan SMS palsu guna namanya, timbang ambil tindakan undang-undang Posted: 04 Nov 2013 01:32 AM PST Isteri bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah (gambar) hari ini mengecam pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan pesanan khidmat ringkas (SMS) palsu menggunakan namanya. Faekah menyifatkan tindakan tidak bertanggunjawab tersebut sebagai terdesak untuk meraih undi pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau yang berlangsung hari ini. "Ada orang gunakan nombor telefon saya mengatakan kononnya saya ralat (terasa hati) dengan insiden menggantung kaki. Menurut Faekah, SMS mula disedari penyebarannya sejak semalam dan sehingga pagi ini ia masih berlaku. "Ia mula sejak semalam bermula pukul 11 malam sampai pagi ini. "Lebih kurang 70 mesej yang sama diterima, yang call pun saya tidak layan... tentulah terdesak sangat kira last minute punya agenda," kata beliau lagi. "Tak berakhlaklah ornag yang buat fitnah ini. Menjatuhkan maruah ibu bapanya." Read More / Baca Lagi >> |
Balu Azizan: Sebar SMS palsu perbuatan tak berakhlak Posted: 04 Nov 2013 01:19 AM PST Balu kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah berkata beliau kesal dengan penyebaran SMS palsu yang mendakwa beliau menggesa pengundi memilih BN. Menurutnya, SMS tersebut yang dikesan berlegar di kalangan warga Sungai Limau sejak jam 11 malam tadi mendakwa beliau kesal dengan penghinaan PAS ke atas Allahyarham Azizan. Katanya, penyebaran SMS tersebut merupakan tindakan tidak berakhlak kerana turut mendakwa PAS terlibat dalam bahan kempen yang menghina Allahyarham Azizan. "Orang yang buat ini saya harap Allah balas pada dia. Tak berakhlaklah orang yang buat fitnah ini menjatuhkan maruah ibu-bapanya," katanya kepada pemberita sewaktu diminta mengesahkan berita ini. Menurut Faekah, beliau akan menyerahkan kepada peguamnya untuk menentukan langkah yang perlu diambil berhubung penyebaran SMS itu. Kiriman SMS berkenaan ditunjukkan kepada wartawan orang seorang penyokong PAS yang mengiringi Faekah ke satu pusat pengundian di SK Bukit Besar. SMS tersebut antara lainnya mendakwa beliau menyalahkan PAS kerana menghina Allahyarham Azizan – dengan menaikkan patung tanpa kaki – yang mencetus kontroversi di Sungai Limau beberapa hari lalu. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan